Anda di halaman 1dari 2

Kurikulum Tersembunyi

Kurikulum tersembunyi merupakan segala pembelajaran tidak formal yang berlaku di


sekolah. Kurikulum tersembunyi adalah sesuatu yang tidak dirancangkan dan tidak diajarkan
secara langsung oleh para guru. Ia diterima secara implicit oleh murid-murid. Murid-murid pada
kebiasaannya lebih menerima pengalaman-pengalaman sosil yang diperolehi secara tidak
langsung atau tidak sedar untuk ditiru dalam interaksi masing-masing (Amir Hasan Dawi, 2009).

Kurikulum tersembunyi adalah lanjutan atau tambahan daripada generalisasi kepada


norma-norma masyarakat. Menurut James (1968), kurikulum tersembunyi lahir daripada sekolah
sebagai satu organisasi, iaitu apa sahaja pelajaran di sekolah yang diterima oleh pelajar di luar
kurikulum yang nyata.

Sockket (1976) menyatakan terdapat perbezaan antara apa yang diajar oleh guru dengan apa
yang sebenarnya dipelajari oleh pelajar. Kurikulum tersembunyi juga tidak menunjukkan sikap
secara terus terang, tetapi pemindahan sikapnya akan berlaku apabila ia memberi contoh-contoh
yang memperkecilkan orang lain.

Terdapat bermacam-macam cara kurikulum tersembunyi tersampai kepada murid. Ini


termasuklah melalui iklim sekolah, peraturan-peraturan dan rutin sekolah, keadaan bangunan,
susun atur bilik darjah, gaya guru, struktur hierarki sekolah dan sebagainya. Pandangan teori
konflik selalu menunjukkan kurikulum tersembunyi adalah untuk memindahkan nilai-nilai
masyarakat kapitalis kepada murid-murid. Murid-murid dikatakan dilatih untuk menerima
peraturan, mematuhi autoriti, diregimenkan dan memerima ketidaksamaan. Mereka mengatakan
kurikulum tersembunyi secara tidak langsung mengukuhkan bentuk kelas sosial, identiti etnik,
gender, dan mencorakkan kedudukan seseorang dalam hirarki pekerjaan. Murid-murid
mempelajari melalui pengalaman dan pemerhatian mereka kepada sistem persekolahan yang
mempunyai yang mempunyai hierarki, peraturan dan perbezaan peranan berkenaan.

Di Malaysia, konsep kurikulum tersembunyi memainkan peranan yang penting. Secara


umumnya kurikulum tersembunyi tidak dianggap sesuatu yang negative. Kurikulum tersembunyi
mempunyai fungsi untuk mencapai kestabilan dalam masyarakat. Misalnya usaha-usaha yang
dilakukan dalam menceriakan persekitaran sekolah, mencantikkan bangunan, mengadakan hari
terbuka, guru-guru berpakaian kemas dan sebagainya merupakan aspek yang mempengaruhi
terhadap kurikulum tersembunyi. Kurikulum tersembunyi boleh menjadi negative sekiaranya
tidak ditangani dengan baik. Sikap guru yang autokratik misalnya, akan membentuk murid yang
mungkin penakut. Begitu juga sekolah yang mempunyai persekitaran tidak terurus dengan tahap
disiplin murid yang rendah akan melahirkan murid yang nakal dan mempunyai pengurusan diri
yang lemah.

Amir Hasan Dawi. 2009. Sekolah dan Masyarakat.Tanjung Malim .Quantum Books.

Kamarudin Hj. Husin (2004).Pedagogi Asas Pendidikan. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai