Anda di halaman 1dari 27

Unit Anti-Pemerdagangan Orang & Anti-Penyeludupan Migran Johor Bahru likes this...

Unit Anti-
Pemerdagangan Orang & Anti-Penyeludupan Migran Johor Bahru
September 18, 2012.Syabas kepada Jabatan Imigresen Negeri Johor yang telah berjaya mematahkan
beberapa kes penyeludupan migran. Mereka ditangkap dalam percubaan untuk keluar dan juga masuk
gelap. Pegawai-pegawai penguatkuasa bersengkang mata dan meredah lumpur paya akhirnya usaha
mendatangkan hasil yang positif.

BENTUK-BENTUK PEMERDAGANGAN
ORANG DAN PENYELUDUPAN MIGRAN

Salah satu mangsa pemerdagangan bayi

Eksploitasi Seks
Eksploitasi seks adalah jenayah paling kerap berlaku dalam pemerdagangan orang. Mangsa biasanya
dijanjikan pekerjaan bergaji lumayan dan dibawa masuk secara sah ataupun diseludup secara haram.
Namun akhirnya, mangsa ditipu dan dipaksa melacurkan diri. Mereka dikawal dengan ketat dan
seringkali turut terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.







Buruh Terikat
Mangsa yang diseludup secara haram dipaksa melakukan kerja melampaui keupayaan dan sekiranya
mangsa menolak akan diugut diserahkan kepada pihak berkuasa. Mangsa akan dimanipulasi sepenuhnya
dan berada di bawah pengawasan ketat. Biasanya akan didera dan tidak dibayar gaji.






Pengabdian Domestik Secara Paksa
Mangsa ialah pekerja -pekerja domestik yang dipaksa bekerja di tempat yang tidak formal dan tidak
diberi bekerja dengan pekerja yang lain. Migran asing, biasanya wanita dan kanak-kanak direkrut dari
negara-negara yang kurang membangun seperti Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika dan Amerika Latin.
Wanita diarah bekerja sebagai pembantu rumah dan pengasuh manakala kanak-kanak akan dijadikan
buruh atau pengemis. Mangsa akan ditempatkan di negara-negara maju seperti Eropah, Amerika Syarikat,
Singapura, Taiwan dan Malaysia.

Permindahan Organ
Pemindahan organ merupakan salah satu dari aktiviti pemerdagangan orang. Organ kebanyakannya
diperoleh dari negara-negara miskin dan mundur. Kegiatan ini melalui cara mengeksploitasi mangsa di
dalam negara ataupun yang
diseludup secara haram. Ia memberikan keuntungan yang tinggi di peringkat antarabangsa. Berdasarkan
kajian Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), dianggarkan 10 peratus dari 70,000 buah pinggang yang
dipindahkan setahun mungkin berasal dari pasaran gelap.
Pemerdagangan Bayi
Bayi yang dijual di pasaran gelap juga memberikan pulangan yang lumayan kerana permintaannya yang
tinggi (contohnya di Malaysia, bayi dijual dari harga RM10,000 hingga RM20,000 seorang). Bayi yang
diperdagangkan biasanya diculik, diseludup atau dibeli oleh individu atau kumpulan yang terlibat dengan
sindiket ini. Bayi mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran gelap. Kementerian Sumber Manusia
dengan kerjasama ILO telah mengadakan simposium untuk mewujudkan kesedaran dan sasaran mereka
untuk majikan-majikan yang menyediakan pekerjaan kepada pekerja-pekerja asing. Pada tahun 2008,
pemeriksaan telah dilakukan ke atas 50,518 majikan dan sebanyak 15,376 majikan beserta pekerja asing
mereka yang terlibat. Tindakan telah diambil untuk menguatkan lagi proses dan prosedur pengambilan
pekerja-pekerja asing dan untuk mengurangkan permintaan terhdap pekerja asing ini.

1. Akta Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran 2007
2. Perbezaan Pemerdagangan Orang Dan Penyeludupan Migran






PERBEZAAN PEMERDAGANGAN ORANG DAN PENYELUDUPAN MIGRAN
PEMERDAGANGAN ORANG PENYELUDUPAN MIGRAN
Instrumen/ undang-undang antarabangsa yang terlibat
adalah Protocol to Prevent, Suppress and Punish
Trafficking in Persons, especially Women and
Children di bawah UN Convention on Transnational
Organised Crime.
Instrument/ undang-undang antarabangsa yang terlibat
adalah Protocol Against The Smuggling Of Migrants
By Land, Air And Sea di bawah UN Convention on
Transnational Organised Crime.
Elemen utama bagi membuktikan sebarang kesalahan
berhubung dengan pemerdagangan orang adalah unsur
eksploitasi dan ia boleh berlaku di dalam sesebuah negara
tanpa melibatkan aspek rentas sempadan. Ianya boleh
juga berlaku di peringkat domestik
Elemen penting di dalam penyeludupan migran adalah
ianya mesti melibatkan unsur rentas sempadan
Melibatkan elemen eksploitasi, manipulasi, ancaman
terhadap mangsa yang terlibat. Eksploitasi berterusan
dan berulang.
Melibatkan kerelaan orang yang diseludupkan dan
keuntungan terhadap sindiket penyeludupan manusia.
Kegiatan penyeludupan tamat apabila tiba di destinasi.

DEFINISI PEMERDAGANGAN ORANG DAN PENYELUDUPAN MIGRAN
Pemerdagangan orang
pemerdagangan orang ertinya segala perbuatan yang melibatkan pemerolehan atau pengekalan tenaga kerja atau
perkhidmatan seseorang melalui paksaan, dan termasuklah perbuatan merekrut, mengangkut, memindahkan,
melindungi, menyediakan atau menerima seseorang bagi maksud Akta ini; ; dan

Penyeludupan Migran
penyeludupan migran ertinya:

(a) mengatur, memudahkan atau merancang, secara langsung atau tidak langsung, kemasukan seseorang secara
tidak sah ke dalam atau melalui, atau pengeluaran seseorang secara tidak sah dari mana-mana negara yang orang itu
bukan warganegara atau pemastautin tetap sama ada dengan mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai
bahawa kemasukan atau pengeluaran orang itu adalah tidak sah; dan

(b) merekrut, mengangkut, memindahkan, menyembunyikan, melindungi atau menyediakan apa-apa bantuan atau
perkhidmatan bagi tujuan melaksanakan perbuatan yang disebut dalam perenggan (a);'.

(Sumber daripada : Bahagian Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran Disember 2010)


Pemerdagangan manusia
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pemerdagangan manusia adalah perdagangan dan perniagaan yang melibatkan pergerakan atau migrasi manusia
secara haram, termasuk aktiviti buruh secara sah dan secara paksa. Istilah ini digunakan dalam konteks lebih sempit
oleh kumpulan advokasi untuk merujuk kepada perekrutan, pengangkutan, perlindungan, atau pengambilan manusia
bagi tujuan perhambaan, pelacuran, dan buruh paksa (termasuk melalui ikatan hutang).
Pengeksploitan pemerdagangan manusia termasuk memaksa orang melakukan pelacuran atau bentuk eksploitasi
seks lain, buruh paksa, hamba atau amalan yang sama seperti perhambaan. Bagi kanak-kanak, ekploitasi termasuk
untuk tujuan pelacuran, pengambilan anak angkat antarabangsa yang tidak sah, perkahwinan kanak-kanak, atau
pengambilan kanak-kanak sebagai tentera, pengemis dan tujuan permainan, atau untuk tujuan kegiatan keagamaan.
PEMERDAGANGAN MANUSIA DI MALAYSIA
Menurut Pemerdagangan Manusia 2011 keluaran kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, Malaysia menjadi
negara destinasi bagi banyak imigran dari luar negara khususnya dari Indonesia, Nepal, India, Thailand, China,
Filipina, Burma, Kemboja, Bangladesh, Pakistan, dan Vietnam dengan tujuan untuk mencari peluang ekonomi yang
lebih besar.
Sesetengah imigran yang dibawa masuk ke Malaysia dipaksa bekerja secara paksa atau bekerja kerana terikat
dengan hutang kepada majikan, agen pekerjaan, atau perekrut buruh tidak formal. Ramai pesalah pemerdagangan
manusia di Malaysia adalah dari kalangan ahli perniagaan, ia juga didalangi oleh sindiket jenayah terancang yang
besar. Sejumlah besar wanita muda direkrut untuk bekerja di restoran dan hotel di Malaysia, yang mana sesetengah
mereka datang dengan menggunakan visa Pegawai Perhubungan Pelanggan, namun kemudian dipaksa untuk
bekerja dalam industri seks komersial di Malaysia.
Kebanyakan syarikat Malaysia yang merekrut tenaga buruh mengambil buruh berlebihan dari Bangladesh, Vietnam
dan negara-negara lain. Buru-buruh ini ditahan di gudang-gudang atau lokasi-lokasi lain dan diserahkan kepada
majikan yang tidak bertanggungjawab yang memaksa pekerja-pekerja ini menjadi buruh paksa. Ramai pekerja asing
di ladang, tapak pembinaan, kilang tekstil, dan mereka yang bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia
menghadapi amalan-amalan berupa pemerdagangan manusia seperti sekatan ke atas pergerakan, penipuan dan fraud
dalam pembayaran gaji, perampasan pasport, atau ikatan hutang oleh ejen atau majikan mereka. Perampasan pasport
oleh majikan dilakukan secara meluas, dan terdapat laporan bahawa majikan membuka akaun bank bersama sebagai
satu bentuk kawalan ke atas pekerja. Pekerja yang melaporkan teraniya memberitahu bahawa majikan mereka
mengawal mereka dengan mengancam untuk menyerahkan pasport bekerja kepada pihak berkuasa imigresen di
mana majikan akan mendakwa bahawa pekerja itu telah melanggar syarat-syarat kontrak pekerjaan mereka, jika
bersalah boleh mengakibatkan pembatalan visa dan seterusnya pengusiran. Sesetengah majikan di Malaysia
dilaporkan tidak membayar gaji pembantu rumah asing mereka selama 3 hingga 6 bulan. Ia dibuat atas alasan
sebagai bayaran balik kepada agensi pengambilan pekerja dan ikatan hutang lain yang dikenakan ke atas majikan.
Ada juga kes dimana majikan secara tidak sah menahan gaji pekerja secara eskrow sehingga tamat kontrak. Ini
menjadikan pekerja terus bekerja kerana takut tidak menerima pampasan kewangan jika mereka tidak memenuhi
kontrak. Pelarian, terutamanya dari Burma, adalah lebih terdedah kepada pemerdagangan, dan rakyat Malaysia
daripada masyarakat luar bandar dan kumpulan peribumi juga turut terdedah. Ikatan Relawan Rakyat Malaysia
(RELA) terus melakukan serbuan yang mensasarkan komuniti pendatang haram dan menahan pelarian, pemohon
suaka, dan mangsa pemerdagangan manusia bersama-sama mereka yang didakwa pendatang haram.
Namun begitu amalan ini dilaporkan telah berkurangan berbanding tahun 2010. Walaupun tidak menandatangani
Surat Hasrat (LOI) untuk meminda Memorandum Persefahaman (MOU), kerajaan Indonesia dan Malaysia belum
meminda atau mengganti MOU tahun 2006 mengenai pekerjaan pembantu rumah (amah) Indonesia di Malaysia,
yang membenarkan majikan Malaysia untuk merampas dan memegang pasport pembantu rumah.
Menurut pertubuhan-pertubuhan NGO, bilangan pembantu rumah yang bekerja secara sah di Malaysia telah
menurun daripada 300,000 kepada 230,000 sepanjang tahun lalu. Pertubuhan-pertubuhan NGO ini menganggarkan
bagi setiap pembantu rumah yang bekerja secara sah di Malaysia terdapat satu yang bekerja di negara ini secara
haram. 90% daripada pembantu rumah (amah) adalah dari Indonesia. Sebilangan kecil rakyat Malaysia telah
dilaporkan diperdagangkan di dalam dan luar negara ke Singapura, China dan Jepun dan mereka dieksploitasi
sebagai pekerja seks komersial.
Walaupun Kerajaan Malaysia tidak memenuhi sepenuhnya piawaian minimum untuk membanteras pemerdagangan
manusia, ia telah melaksanakan pelbagai usaha dengan bersungguh-sungguh ke arah itu. Sebagai contoh, undang-
undang anti-pemerdagangan manusia yang lebih berkesan dan usaha-usaha perlindungan mangsa telah ditambah
baik - Malaysia diletakkan pada Tahap 2 Senarai Pemerhatian bagi 2 tahun berturut-turut. Walaupun kerajaan
meningkatkan bilangan sabitan di bawah Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Akta Anti-Penyeludupan Migran
sepanjang tahun laporan dan meneruskan usaha kesedaran awam mengenai pemerdagangan manusia, ia tidak
menyiasat dan mendakwa secara berkesan kes-kes pemerdagangan buruh, dan gagal untuk menangani masalah
penglibatan kerajaan dalam pemerdagangan dan penjagaan mangsa dan kaunseling yang kurang berkesan oleh pihak
berkuasa. Penahanan mangsa pemerdagangan di fasiliti kerajaan juga turut membimbangkan.
[1]

Laporan Pemerdagangan Manusia 2012
MALAYSIA (Senarai Pemerhatian Tahap 2)

Malaysia ialah negara destinasi dan sedikit sebanyak negara sumber dan negara transit bagi lelaki, wanita dan
kanak-kanak yang terdedah pada keadaan buruh paksa, sementara wanita dan kanak-kanak terdedah pada
pemerdagangan seks. Sebahagian besar mangsa pemerdagangan manusia terdiri daripada 2 juta pekerja asing sah
dan 1.9 pekerja asing tanpa izin di Malaysia. Mereka berhijrah secara sukarela ke Malaysia dari negara-negara
termasuk Indonesia, Nepal, India, Thailand, China, Filipina, Myanmar, Kemboja, Bangladesh, Pakistan, dan
Vietnam untuk mencari peluang ekonomi yang lebih besar. Sebahagian daripada mereka kemudian menghadapi
keadaan buruh paksa atau ikatan hutang di tangan majikan mereka, ejen pekerjaan, atau perekrut buruh yang tidak
formal. Walaupun ramai pesalah pemerdagangan manusia di Malaysia adalah ahli perniagaan individu, ia juga
didalangi oleh sindiket jenayah terancang yang besar. Sebilangan besar wanita muda asing direkrut kononnya untuk
bekerja secara sah di restoran dan hotel di Malaysia, sesetengah daripada mereka masuk ke negara ini secara sah
untuk bekerja tetapi dipaksa bekerja dalam industri seks komersil. Pada tahun itu, laporan menunjukkan
peningkatan jumlah wanita Uganda yang direkrut dan ditipu datang ke Malaysia untuk bekerja kononnya secara sah
tetapi dipaksa melacur apabila mereka tiba. Sindiket Uganda dan Nigeria membawa mangsa di antara China dan
Malaysia, dan menggunakan ancaman kemudaratan fizikal, termasuk melalui voodoo, kepada mangsa dan keluarga
mereka untuk memaksa mereka terlibat dalam pelacuran. Kebanyakan syarikat penyumberan luar Malaysia
mengambil pekerja dari India, Vietnam, dan negara lain. Pekerja ini sering tertakluk pada syarat-syarat buruh paksa
oleh majikan yang tidak bertanggungjawab. Dalam sesetengah kes, eksploitasi terhadap pekerja asing yang terdedah
memuncak apabila majikan mengabaikan untuk mendapatkan dokumentasi yang sewajarnya bagi pekerja atau
pekerja yang bekerja dalam sektor-sektor yang berbeza daripada visa pekerjaan yang telah diberikan kepada
mereka. Ramai pekerja migran di ladang pertanian, tapak pembinaan, kilang tekstil, dan di rumah sebagai pembantu
rumah di Malaysia tertakluk pada amalan yang menunjukkan keadaan buruh paksa seperti sekatan ke atas
pergerakan, penipuan dan perdayaan dalam gaji, perampasan pasport, dan pengenaan hutang yang banyak oleh ejen
atau majikan. Perampasan pasport masih berleluasa, terutamanya dalam kalangan pekerja pembantu rumah.
Sesetengah pekerja melaporkan bahawa majikan mereka mengawal mereka dengan mengancam untuk menyerahkan
pasport pekerja kepada pihak berkuasa imigresen di mana majikan akan mendakwa pekerja itu melanggar syarat-
syarat kontrak pekerjaan mereka, yang boleh mengakibatkan pembatalan visa dan seterusnya pengusiran.
Sesetengah majikan di Malaysia dilaporkan tidak membayar pembantu rumah asing mereka gaji selama tiga hingga
enam bulan kerana membayar balik kepada agensi pengambilan pekerja dan ikatan hutang lain. Dalam sesetengah
kes, majikan secara tidak sah menahan gaji pekerja secara eskrow sehingga tamat kontrak. Ini menjadikan pekerja
terus bekerja kerana takut tidak menerima pampasan kewangan jika mereka tidak memenuhi kontrak.
Buruh paksa, termasuk ikatan hutang, berlaku dalam kalangan pekerja pembantu rumah. Ia juga dilaporkan berlaku
di ladang di negeri-negeri di Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak dan di kilang papan lapis dan pulpa.
Terdapat kira-kira 250,000 pembantu rumah asing di Malaysia yang sah untuk bekerja dalam sektor itu. Pertubuhan
NGO menganggarkan tambahan 100,000 pembantu rumah asing yang tidak berdaftar secara rasmi; kebanyakan
pembantu rumah, baik yang mempunyai dokumen sah atau tidak, mungkin menjadi mangsa pemerdagangan.
Dianggarkan 90 peratus daripada semua pembantu rumah adalah dari Indonesia. Kerajaan Indonesia telah
mengharamkan kemasukan tambahan pembantu rumah Indonesia ke Malaysia sebelum ini. Walaupun larangan ini
tamat dalam tempoh laporan ini, rundingan yang belum selesai tentang semakan semula memorandum persefahaman
(MOU) antara kedua-dua kerajaan telah melambatkan kedatangan tambahan pembantu rumah Indonesia.
Sebilangan kecil rakyat Malaysia dilaporkan diperdagangkan di dalam dan di luar negara ke Singapura, China dan
Jepun dan mereka dieksploitasi sebagai pekerja seks komersial.
Kerajaan Malaysia tidak mematuhi sepenuhnya standard minimum untuk membanteras pemerdagangan manusia.
Kerajaan tidak menunjukkan bukti peningkatan keseluruhan usaha untuk menangani pemerdagangan manusia
berbanding tahun sebelumnya. Oleh itu, Malaysia diletakkan dalam Senarai Pemerhatian Tahap 2 bagi tahun ketiga
berturut-turut. Malaysia diberikan pengecualian daripada penurunan tahap ke Tahap 3 kerana kerajaan mempunyai
pelan bertulis yang jika dilaksanakan akan menjadikannya usaha penting untuk memenuhi standard minimum untuk
membanteras pemerdagangan manusia dan memperuntukkan sumber yang mencukupi untuk melaksanakan
rancangan itu. Pada tahun itu, kerajaan terus membatasi mangsa warga asing dengan kemudahan substandard dan
gagal memberikan mereka khidmat undang-undang, terjemahan, atau psikologi; mangsa yang disahkan kerajaan
tidak dapat memilih untuk tinggal di luar kemudahan ini. Undang-undang antipemerdagangan manusia di Malaysia
tidak memasukkan peruntukan yang mencukupi untuk perlindungan mangsa, dan kerajaan tidak mengambil langkah
untuk meminda undang-undang yang membolehkan mangsa yang disahkan untuk tinggal di luar kemudahan
kerajaan. Kerajaan mengambil langkah untuk memperbaiki keadaan teruk yang dihadapi oleh mangsa
pemerdagangan yang disahkan secara rasmi seperti pemberian permit kerja tiga tahun kepada satu kumpulan 32
orang mangsa lelaki buruh paksa - tetapi ia tidak mengambil langkah-langkah yang lebih bermakna untuk
memperbaharui struktur rejim pengenalpastian dan perlindungan mangsa yang kompleks dan tidak perlu yang boleh
menyebabkan lebih banyak bahaya kepada mangsa. Pegawai barisan hadapan masih kekurangan keupayaan untuk
mengenal pasti petunjuk pemerdagangan manusia, dan ini mengehadkan usaha mereka untuk membantu mangsa dan
menyiasat, mendakwa, serta menghukum pesalah pemerdagangan manusia.
Cadangan untuk Malaysia: Meningkatkan tindakan penguatkuasaan undang-undang di bawah undang-undang
antipemerdagangan, terutamanya kes pemerdagangan buruh; mengenakan hukuman jenayah yang tegas ke atas
mereka yang terlibat dalam penipuan pengambilan buruh atau buruh paksa; meningkatkan usaha untuk menyiasat -
serta mendakwa dan menghukum, mengikut keperluan - laporan mengenai pegawai kerajaan yang mungkin mengaut
keuntungan daripada menjalankan perniagaan haram atau yang mungkin mengeksploitasi mangsa; membangun dan
melaksanakan prosedur untuk mengenal pasti mangsa pemerdagangan buruh, menggunakan petunjuk buruh paksa
yang diiktiraf di peringkat antarabangsa bagi kumpulan yang mudah terdedah seperti pekerja migran dan merujuk
mereka pada perkhidmatan perlindungan yang sedia ada; meningkatkan latihan untuk pegawai berkenaan
pengendalian yang berkesan dalam kes pemerdagangan seks dan buruh, dengan penekanan khusus terhadap
perlindungan mangsa dan mengenal pasti mangsa pemerdagangan buruh; memperbaiki usaha-usaha mengenal pasti
mangsa untuk memastikan bahawa mangsa perdagangan manusia tidak diugut atau dihukum bagi jenayah yang
dilakukan akibat diperdagangkan; dengan bantuan pertubuhan NGO, meningkatkan perlindungan mangsa dalam
kemudahan kerajaan dengan menyediakan mangsa akses tetap ke perkhidmatan guaman dan kaunseling yang
berkesan dalam bahasa ibunda mereka; dengan kerjasama pertubuhan NGO, membangun dan melaksanakan
mekanisme untuk membolehkan mangsa pemerdagangan asing dewasa untuk berjalan, bekerja, dan tinggal di luar
kemudahan kerajaan, termasuk ketika di bawah perintah perlindungan; menyediakan semua mangsa alternatif
undang-undang untuk dikeluarkan dari negara di mana mereka akan menghadapi hukuman atau kesusahan;
melakukan usaha yang lebih gigih untuk mendidik pekerja migran hak-hak mereka, tindakan undang-undang yang
ada, dan remedi terhadap pemerdagang atau majikan yang gagal memenuhi kewajipan perundangan mereka;
membuat perjanjian MoU dengan negara-negara sumber untuk memasukkan perlindungan mangsa dan melarang
majikan daripada merampas pasport dan dokumen perjalanan dan memastikan bahawa MOU tersebut
dikuatkuasakan; melakukan usaha untuk mengurangkan permintaan bagi kedua-dua pemerdagangan seks dan buruh;
dan menggandakan usaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai bahaya pemerdagangan buruh dan seks.

Pendakwaan
Kerajaan Malaysia tidak menunjukkan kemajuan yang mencukupi secara keseluruhannya dalam menangani
pemerdagangan manusia melalui cara penguatkuasaan undang-undang dalam tempoh laporan. Walaupun ia terus
mendakwa dan menghukum pesalah pemerdagangan seks, ia tidak menunjukkan kemajuan dalam usahanya untuk
menghukum mereka yang mengeksploitasi orang lain sebagai buruh paksa. Undang-undang Malaysia melarang
sama sekali sebarang bentuk pemerdagangan manusia melalui Akta Antipemerdagangan Orang (Pindaan) 2010 yang
menetapkan hukuman setimpal dengan kesalahan berat lain seperti rogol. Pada bulan November 2010, kerajaan
menggubal pindaan pada undang-undang yang meluaskan definisi pemerdagangan termasuk semua tindakan yang
terlibat dalam memperoleh atau menyelenggarakan kerja atau perkhidmatan seseorang melalui paksaan.
Pada tahun 2011, kerajaan menyabitkan 17 pesalah pemerdagangan seks tetapi tidak pernah menyabitkan mana-
mana pesalah buruh paksa; ini berbanding dengan 14 sabitan bagi kedua-dua pesalah pemerdagangan seks dan buruh
yang diperoleh pada tahun 2010. Hukuman bagi pesalah yang disabitkan adalah dari dua hingga 30 tahun penjara.
Polis dan pegawai imigresen menyiasat 97 kes pemerdagangan yang disyaki pada tahun itu, 45 daripadanya adalah
kes pemerdagangan buruh; mereka memulakan 16 pendakwaan, yang mana 13 daripadanya melibatkan
pemerdagangan seks dan tiga melibatkan buruh paksa. Sebanyak 231 pendakwaan, yang dimulakan pada tahun-
tahun sebelumnya, masih berterusan pada akhir tempoh laporan ini. Jumlah pendakwaan yang dimulakan yang
membawa ke pembebasan terus kekal tinggi, sebahagiannya hasil daripada kekurangan insentif bagi mangsa untuk
mengambil bahagian dalam penyiasatan dan pendakwaan.
Pada bulan November 2011, Jabatan Buruh memfailkan pertuduhan dalam kes pemerdagangan buruh yang disyaki,
tindakan pertama sepertinya yang diambil sejak diberi kuasa untuk memfailkan tuduhan dalam kes-kes
pemerdagangan manusia pada tahun 2010. Tiga pesalah pemerdagangan manusia yang disyaki, pemilik syarikat
media, telah dituduh menggunakan lima warga India sebagai buruh paksa untuk mengedar dan menjual surat
khabar. Pada mulanya, mangsa - yang dokumen mereka telah dirampas oleh majikan mereka - telah ditangkap atas
kesalahan imigresen dan majikan tidak didakwa. Berikutan tekanan daripada masyarakat sivil, Jabatan Buruh
seterusnya membuat keputusan untuk menyiasat kes itu; pendakwaan tiga pemerdagang masih berterusan pada akhir
tempoh laporan ini.
Layanan tidak memuaskan kerajaan terhadap mangsa pemerdagangan yang dikenal pasti dan kekurangan
perlindungan mangsa atau insentif bagi bantuan mangsa dalam siasatan dan pendakwaan menjadi halangan besar
bagi pendakwaan yang berjaya. Seperti pada tahun-tahun sebelumnya, pertubuhan NGO melaporkan kes rujukan
mengenai pemerdagangan buruh dan seks kepada kerajaan tetapi percaya bahawa dalam banyak keadaan, pihak
berkuasa tidak menyiasat dakwaan-dakwaan tersebut. Pertubuhan NGO melaporkan bahawa polis dan pegawai
Jabatan Buruh sering kali gagal untuk menyiasat aduan perampasan pasport dan dokumen perjalanan atau menahan
upah - terutamanya yang melibatkan pembantu rumah - sebagai kemungkinan kesalahan pemerdagangan, dan
kegagalan pegawai barisan hadapan untuk mengenal pasti petunjuk pemerdagangan selalunya menjadikan mereka
menganggap kes-kes ini sebagai kesalahan imigresen. Pegawai Jabatan Buruh sering mengklasifikasikan kes
pemerdagangan sebagai pertikaian buruh yang biasa; inspektor buruh tidak berpengalaman dalam prosedur
antipemerdagangan. Kerajaan tidak melaporkan sebarang pendakwaan jenayah terhadap perekrut pekerja yang
menggunakan tipu muslihat dan ikatan hutang untuk memaksa pekerja migran berkhidmat tanpa kerelaan.
Pendakwaan seorang pegawai imigresen yang dilaporkan sebelum ini, yang ditahan pada Julai 2009 kerana didakwa
terbabit dalam pemerdagangan rakyat Burma ke Thailand, berakhir dengan pembebasan sepanjang tempoh laporan;
kerajaan memfailkan rayuan, tetapi tiada perkembangan lanjut telah dilaporkan. Laporan juga menunjukkan
terdapat pakatan sulit antara pegawai polis dan pesalah pemerdagangan manusia yang kadangkala menyebabkan
pesalah bebas daripada ditangkap dan dihukum. Kerajaan Malaysia tidak mengambil langkah-langkah yang dilihat
sebagai menyiasat laporan atau untuk mendakwa atau menghukum penglibatan secara langsung pegawai kerajaan
dalam jenayah pemerdagangan atau tindakan yang membantu jenayah pemerdagangan.

Perlindungan
Kerajaan membuat kemajuan yang sederhana tetapi tidak mencukupi dalam melindungi mangsa pemerdagangan
sepanjang tempoh laporan ini, dan secara keseluruhan usaha perlindungan mangsa masih tidak memadai dan
memberi kesan negatif terhadap mangsa. Mangsa yang dikenal pasti oleh pihak berkuasa Malaysia dihukum di
bawah perintah perlindungan rasmi yang menyebabkan penahanan mereka secara paksa di dalam kemudahan
kerajaan, di mana mereka mesti kekal berada di dalamnya bagi tempoh yang ditetapkan oleh mahkamah.
Kebanyakan mangsa dilaporkan tinggal di dalam kemudahan tersebut selama tiga hingga enam bulan, dan ada yang
ditahan selama lebih dari setahun. Kerajaan melaporkan bahawa mangsa tidak lagi dikunci di dalam bilik mereka,
namun mereka terus terkurung di dalam kemudahan-kemudahan ini, dan hanya dibenarkan meninggalkannya untuk
pergi ke hospital atau hadir di mahkamah di bawah jagaan polis, mangsa lelaki umumnya terhad di bilik mereka dan
mempunyai kebebasan pergerakan yang terhad di dalam kemudahan. Mangsa disediakan akses yang terhad, jika
ada, ke bantuan undang-undang atau psikologi oleh kerajaan atau pertubuhan NGO. Majoriti pembiayaan untuk
kemudahan tempat tinggal kerajaan termasuk melengkapkan kemudahan dengan tahap keselamatan yang tinggi,
yang mungkin digunakan untuk mengelakkan mangsa daripada melepaskan diri dan bukannya untuk melindungi
mereka daripada bahaya. Perlindungan yang melarang mangsa daripada meninggalkannya dianggap oleh pakar
sebagai memberi risiko yang serius dalam membangkitkan semula trauma mangsa. Kerajaan menyediakan
kaunseling terhad kepada mangsa; ia dilaporkan mula memberikan beberapa mangsa sesi kaunseling perseorangan
pada tahun itu dan meminta bantuan daripada lima pelajar universiti untuk menyokong kerja dua orang kaunselor
yang bekerja dengan kerajaan, walaupun ia tidak sentiasa mempunyai kemudahan yang mencukupi untuk
menawarkan mangsa privasi semasa sesi ini. Sepanjang tempoh laporan, kerajaan mula bekerja dengan entiti bukan
kerajaan untuk meningkatkan langkah menyediakan kaunseling dan membincangkan garis panduan bagi pengurusan
tempat perlindungan yang lebih baik. Kemudahan kerajaan tidak menggunakan pegawai perubatan atau pakar
psikologi terlatih, dan pekerja, yang diberikan tugas buat sementara waktu, tidak menerima latihan mencukupi, jika
ada, untuk menangani mangsa pemerdagangan manusia atau menguruskan kemudahan; kekurangan perkhidmatan
penterjemahan bermakna sesetengah mangsa tidak dapat untuk berkomunikasi dengan kakitangan.
Sepanjang tempoh laporan ini, kerajaan menghentikan dasar melayan mangsa yang disahkan sebagai pendatang
asing haram dan memindahkan mereka ke pusat tahanan untuk dihantar pulang setelah mereka memberi keterangan
kepada pihak pendakwa. Mangsa biasanya kurang arif mengenai proses perundangan yang dikenakan terhadap
mereka, dan kerajaan tidak melakukan usaha untuk memaklumkan kepada mangsa mengapa atau untuk berapa lama
mereka ditahan. Keadaan ini meningkatkan kesukaran bagi mangsa, yang sering menunjukkan rasa bimbang yang
tinggi kerana tidak mengetahui bila mereka akan dibenarkan pergi. Seperti yang dicatatkan semasa tempoh laporan
sebelumnya, dasar kerajaan menahan mangsa pemerdagangan tanpa kerelaan mereka terus menjadi penghalang
kepada mangsa dan pembela hak mereka untuk membawa kes ke perhatian kerajaan atau bekerjasama dengan pihak
berkuasa.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat terus mengendalikan tiga kemudahan
untuk mangsa pemerdagangan wanita dan kanak-kanak. Kemudahan ini menahan mangsa pemerdagangan warga
asing yang disyaki dan disahkan selama purata tiga hingga enam bulan (tetapi dalam beberapa kes lebih lama)
sehingga mereka dihantar pulang ke negara asal mereka, mengikut undang-undang Malaysia. Kemudahan wanita di
Kuala Lumpur berpindah ke lokasi yang lebih besar sepanjang tempoh laporan ini, walaupun terdapat laporan
bahawa ia kadang kala menempatkan jumlah mangsa di luar kemampuan. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
menguruskan tempat perlindungan yang sama bagi kaum lelaki yang menjadi mangsa pemerdagangan. Ia juga
menahan mangsa pemerdagangan yang disyaki dan disahkan. Kerajaan melaporkan rancangan Kementerian Wanita
memikul tanggungjawab bagi tempat perlindungan ini, tetapi ini tidak berlaku sepanjang tahun itu. Walaupun
terdapat sumber NGO khusus untuk memberi khidmat kepada mangsa pemerdagangan, termasuk menyediakan
tempat perlindungan yang boleh memberikan persekitaran yang lebih selesa kepada mangsa, kerajaan membataskan
mangsa dalam kemudahan sendiri di mana ia tidak mempunyai sumber keupayaan fizikal dan manusia untuk
menampung mereka. Asas bagi masalah keselamatan yang dinyatakan kerajaan berkenaan pusat perlindungan NGO
adalah tidak jelas, kerana tidak ada insiden keselamatan yang diketahui telah dilaporkan di pusat perlindungan NGO
dan lokasinya telah dirahsiakan.
Sepanjang tahun yang dilaporkan, 125 wanita asing, 75 lelaki warga asing, dan 22 kanak-kanak asing telah disahkan
sebagai mangsa pemerdagangan manusia dan ditahan di kemudahan kerajaan. Jumlah mangsa yang disahkan, 222,
adalah penurunan yang ketara daripada 383 mangsa yang dikenal pasti pada tahun sebelumnya. Kerajaan telah
mengenal pasti mangsa rakyat Malaysia yang tidak diketahui jumlahnya yang dieksploitasi dalam negara pada tahun
itu. Beberapa kedutaan asing melindungi mangsa secara langsung, dan bukannya memindahkan mereka ke
kemudahan Malaysia, untuk mempercepatkan penghantaran balik mereka dan melindungi mereka daripada tahanan
semasa prosiding jenayah yang panjang. Menteri Dalam Negeri telah melakukan satu langkah positif dengan
mengumumkan pada bulan Januari 2012 bahawa kerajaan akan memberikan sesetengah mangsa hak untuk bekerja
sementara di Malaysia berikutan penamatan tempoh perintah perlindungan mereka. Pada bulan Mac 2012, kerajaan
meluluskan permit kerja dan tinggal selama tiga tahun kepada 32 mangsa pemerdagangan buruh yang dianggap
berada dalam bahaya jika kembali ke negara asal mereka. Mangsa ini terpaksa bertahan tinggal lebih daripada satu
setengah tahun di kemudahan kerajaan. Kementerian Dalam Negeri melaporkan rancangan untuk melanjutkan
pemberian permit kerja kepada mangsa lain yang memenuhi kriteria tertentu berikutan penamatan tempoh perintah
perlindungan mereka, tetapi ia tidak memberikan maklumat lanjut tentang bagaimana program ini akan dilaksanakan
atau berapa ramai mangsa yang layak. Ia melaporkan bahawa hanya mangsa yang memasuki Malaysia secara sah,
dan yang keselamatan mereka tidak terjamin jika mereka pulang ke negara asal mereka, yang layak. Pertubuhan
NGO menyuarakan kebimbangan yang cabaran dalam penyelarasan antara agensi boleh menjadikannya sukar untuk
melanjutkan permit kerja sementara kepada semua mangsa yang layak. Walaupun kerajaan melaporkan ia
menggalakkan mangsa untuk membantu dalam pendakwaan pemerdagang mereka, sesetengah mangsa meminta
penghantaran balik serta-merta oleh kedutaan negara mereka di Malaysia atau oleh NGO, lebih baik daripada tinggal
di Malaysia untuk memberi keterangan, kerana faktor tolakan sistematik seperti penahanan yang lama dalam
kemudahan semasa prosiding mahkamah yang panjang. Mangsa yang disahkan tidak dibenarkan untuk
meninggalkan negara ini sementara mereka menunggu perbicaraan bermula. Kerajaan tidak memberikan apa-apa
insentif seperti permit bekerja kepada mangsa sepanjang tempoh perbicaraan pemerdagang mereka. Mangsa boleh
secara teorinya memfailkan saman sivil terhadap pemerdagang manusia, tetapi sebagai mangsa asing, mereka tidak
disediakan apa-apa bentuk bantuan perundangan ataupun perkhidmatan penterjemahan asas, tiada seorang pun
mempunyai akses pilihan ini pada tahun itu. Pegawai penguatkuasa undang-undang yang tidak menerima latihan
yang mencukupi untuk bekerja dengan mangsa, dan prosedur penyiasatan yang kurang baik tidak mengambil kira
kepentingan terbaik mangsa. Mangsa diminta menceritakan kembali pengalaman pemerdagangan mereka beberapa
kali kepada pegawai yang berbeza, dan semasa prosiding perbicaraan pihak berkuasa tidak melakukan usaha yang
mencukupi untuk memisahkan mangsa daripada pemerdagang atau ejen pengambilan kerja mereka, satu amalan
yang mungkin menyebabkan ancaman atau tekanan yang dikenakan ke atas mangsa dan keluarga mereka jika
mereka bekerjasama dengan polis dan pihak pendakwa. Beberapa pertubuhan NGO melaporkan bahawa mereka
secara umumnya tidak lagi merujuk mangsa kepada polis, kerana mereka percaya dengan berbuat demikian
menjejaskan kebajikan mangsa. Sesetengah pertubuhan NGO yang tidak bergabung dengan majlis
antipemerdagangan kerajaan telah dihalang daripada membantu mangsa lebih lanjut selepas mereka diletakkan di
dalam kemudahan kerajaan. Kerajaan tidak memberi bantuan kewangan kepada pertubuhan NGO yang
menyediakan perkhidmatan kepada mangsa. Undang-undang antipemerdagangan memberikan kekebalan kepada
mangsa pemerdagangan untuk kesalahan imigresen seperti masuk secara haram, kehadiran yang menyalahi undang-
undang, dan memiliki dokumen perjalanan palsu, tetapi beberapa mangsa yang tidak dikenali terus ditahan, dihantar
pulang, atau didakwa dengan kesalahan imigresen.
Kerajaan melaporkan bahawa agensi penguatkuasaan undang-undang mengikut prosedur yang seragam untuk
mengenal pasti, menemu ramah, dan merujuk mangsa pemerdagangan manusia, tetapi tidak ada bukti kewujudan
prosedur rasmi bagi mengenal pasti secara proaktif mangsa dalam kumpulan yang mudah terdedah yang telah
dihubungi oleh pihak berkuasa. Jabatan Buruh, yang baru-baru ini diberikan mandat untuk menyiasat kes-kes
pemerdagangan buruh, memerlukan bukti gaji yang tak dibayar untuk menyiasat kes pemerdagangan yang disyaki;
ia tidak membina atau melaksanakan prosedur untuk mengenal pasti petunjuk buruh paksa yang diiktiraf di
peringkat antarabangsa, seperti rampasan dokumen perjalanan atau pengenaan hutang yang ketara oleh majikan atau
broker buruh. Beberapa mangsa yang tidak dikenali, terutamanya mereka yang dokumen telah dirampas oleh
majikan, telah diproses sebagai pendatang haram dan ditahan di penjara atau pusat tahanan imigresen sebelum
dihantar pulang.

Pencegahan
Kerajaan Malaysia meneruskan usaha-usaha untuk membanteras pemerdagangan manusia dalam tempoh laporan
ini. Majlis Anti Pemerdagangan Orang (MAPO), dan Sekretariat antipemerdagangan orang dalam Kementerian
Dalam Negeri terus menyelaraskan tindak balas antipemerdagangan kerajaan; walaupun pertubuhan NGO tertentu
telah dimasukkan dalam majlis MAPO, beberapa NGO yang bukan dalam gabungan melahirkan kekecewaan tidak
dimasukkan dalam perbincangan dasar kerajaan yang merupakan bidang kepakaran mereka. Dalam satu langkah
positif, pejabat Peguam Negara dan Kementerian Wanita mula menjemput pertubuhan NGO tertentu yang tidak
bergabung dengan MAPO untuk menghadiri mesyuarat bagi membincangkan isu-isu buruh paksa dan perlindungan
mangsa. Namun, penafian akses tetap beberapa NGO ke kemudahan mangsa oleh kerajaan terus menghalang
kerjasama masyarakat sivil dan kerajaan yang berkesan untuk memerangi pemerdagangan. Sebuah majlis
antipemerdagangan peringkat negeri di Selangor, telah menjalankan usaha-usaha anti-pemerdagangan bebas di
negeri itu, walaupun ia belum secara rasmi diiktiraf oleh MAPO. Kerajaan meneruskan kempen kesedaran awam
mengenai antipemerdagangan di media cetak, radio, dan televisyen, dan pegawai-pegawai menunjukkan kesediaan
yang meningkat untuk bercakap mengenai bahaya pemerdagangan buruh di samping pemerdagangan seks. Sebagai
contoh, pada bulan November 2011, seorang pegawai dari Kementerian Sumber Manusia bercakap dalam program
berita waktu perdana untuk menghebahkan peruntukan baru perjanjian dengan Indonesia - termasuk potensi
mendakwa majikan yang bersifat mengeksploitasi di bawah undang-undang antipemerdagangan manusia - dan
untuk menggalakkan orang awam melaporkan penganiayaan yang disyaki. Kementerian ini dilaporkan menjalankan
satu siri program latihan yang menjangkau 514 pembantu rumah, 532 majikan, dan 93 ejen pekerjaan swasta.
Kementerian Dalam Negeri terus mengekalkan senarai pemerhatian ke atas 42 syarikat penyumberan luar yang
merekrut pekerja asing masuk ke Malaysia yang lesennya telah digantung kerana terlibat dalam aktiviti yang
mencurigakan, seperti penggunaan dokumen yang dipalsukan atau menyenaraikan majikan palsu, tetapi ia tidak
meneruskan pendakwaan jenayah ke atas mana-mana syarikat penyumberan luar sepanjang tahun itu. Kerajaan
melaporkan mengenakan sekatan pentadbiran terhadap 136 majikan pada tahun 2011, tetapi tidak diketahui sama
ada sebarang denda telah dikenakan bagi pelanggaran yang berkaitan dengan pemerdagangan manusia.
Walaupun Kementerian Dalam Negeri mengumumkan rancangan untuk menyiasat dakwaan yang agensi
pengambilan pekerja mengenakan bayaran berlebihan dan bersifat mengeksploitasi terhadap pekerja migran semasa
program pendaftaran pekerja migran kerajaan, ia tidak mengambil tindakan yang dilihat untuk memulakan sebarang
penyiasatan pada tahun itu. Pada bulan Mei 2011, kerajaan Indonesia dan Malaysia menandatangani pindaan pada
MOU dua hala tentang pembantu rumah; perjanjian yang dikemas kini termasuk peruntukan yang melarang majikan
daripada memegang pasport pembantu rumah melainkan jika persetujuan telah diberikan untuk berbuat demikian,
mewajibkan hari rehat mingguan bagi pekerja, mewajibkan pembayaran gaji terus ke dalam akaun bank,
mengehadkan jumlah yang boleh dipotong daripada pendapatan pembantu rumah untuk pembayaran balik bayaran
pengambilan kerja, dan menghendaki pekerja dan majikan menghadiri seminar yang menerangkan hak dan
tanggungjawab. MOU memberikan perlindungan yang mencukupi bagi pekerja yang dipaksa oleh majikan mereka
untuk "bersetuju" terhadap pemegangan pasport pekerja. Satu perjanjian sedia ada dengan Filipina memberikan
beberapa perlindungan bagi pekerja Filipina, dan kerajaan Malaysia meneruskan rundingan dengan kerajaan
Kemboja ke atas cadangan MOU untuk mentadbir pembantu rumah Kemboja yang bekerja di Malaysia. Pembantu
rumah dikecualikan daripada beberapa perlindungan dalam undang-undang buruh Malaysia.
Pada bulan Oktober 2011, kerajaan meminda Akta Pekerjaan untuk memberikan definisi sah "kontraktor untuk
buruh" sebagai majikan; tidak diketahui apakah kemungkinan kesan pindaan ini terhadap peraturan kerajaan
mengenai pengaturan buruh berasaskan kontraktor, yang mewujudkan kelemahan bagi buruh paksa. Walaupun
perampasan pasport oleh majikan pekerja migran adalah salah di sisi undang-undang, kerajaan terus membenarkan
amalan ini berleluasa, ia tidak mendakwa mana-mana majikan yang merampas pasport atau dokumen perjalanan
pekerja migran atau membataskan mereka di tempat kerja. Pada bulan Januari 2012, kerajaan, dengan organisasi
antarabangsa, menganjurkan bersama satu bengkel Proses Bali - satu persidangan serantau untuk memerangi
jenayah terancang transnasional, termasuk pemerdagangan - yang dihadiri oleh delegasi dari beberapa negara lain di
rantau ini, dan pada awal tempoh laporan, pegawai kerajaan bercakap di satu persidangan untuk melibatkan bersama
wartawan dalam isu-isu pemerdagangan manusia. Dalam pada pihak berkuasa terus membuat beberapa latihan
antipemerdagangan untuk pegawai yang bertanggungjawab untuk memerangi pemerdagangan, termasuk latihan
yang dibuat dengan kerjasama penderma asing, organisasi antarabangsa, dan pertubuhan NGO, kekurangan
pemahaman tentang pemerdagangan manusia oleh kebanyakan pegawai barisan hadapan Malaysia, seperti polis,
imigresen, dan pegawai buruh, terus menghalang pengenalpastian dan penyiasatan kes-kes pemerdagangan dan
pengenalpastian serta bantuan kepada mangsa pemerdagangan. Kerajaan tidak mengambil langkah-langkah untuk
mengurangkan permintaan terhadap buruh paksa atau perbuatan seks komersil. Kerajaan menyediakan latihan
antipemerdagangan kepada tentera Malaysia sebelum mereka dihantar ke luar negara dalam misi pengaman
antarabangsa.

Malaysia, AS bincang isu pemerdagangan orang
30 Julai 2013
Share on facebook Share on twitter Share on google_plusone_share More Sharing Services2
KUALA LUMPUR - Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) mengadakan satu sesi interaksi susulan negara diletak
pada Tahap 2 (Watchlist) Laporan Tahunan Jabatan Negara AS dalam isu jenayah pemerdagangan orang dalam
tempoh empat tahun mulai 2010 hingga 2013.

Kenyataan Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menyebut penilaian laporan itu dibuat berdasarkan kepatuhan
negara kepada Protokol Pemerdagangan Orang di bawah Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
mengenai jenayah terancang serta perudangan negara ini berkaitan perlindungan mangsa.

Sesi interaksi itu dilakukan antara anggota Majlis Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran
(MAPO) dengan Duta Besar mengenai pemerdagangan orang Jabatan Negara AS Luis CdeBaca dalam rangka
lawatan dua hari beliau bermula semalam.

Menurut kenyataan itu, sesi interaksi bertujuan memperjelas kepada AS tentang cabaran dan kekangan yang
dihadapi negara dalam membanteras jenayah berkenaan selain bertukar-tukar perspektif berkaitan senario
pemerdagangan orang di sini.

"Ia memperlihatkan komitmen kerajaan ke arah menambah baik usaha secara berterusan dalam membanteras
jenayah pemerdagangan orang melalui kerjasama pintar dengan negara-negara strategik seperti AS.

"Ini diharap dapat memperbaiki kedudukan negara pada laporan penilaian Jabatan Negara AS tahun depan,"
katanya.

Kenyataan itu juga menyebut memorandum persefahaman dalam isu jenayah berkenaan yang ditandatangani kedua-
dua negara pada Julai 2012 boleh diguna pakai bagi tujuan tersebut dalam mempererat jalinan kerjasama bagi
membendung masalah itu.

CdeBaca turut melawat Rumah Perlindungan 5 yang menempatkan mangsa wanita pemerdagangan orang dan
melakukan kunjungan hormat ke atas Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) KDN Datuk Alwi Ibrahim,
mewakili Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi, yang juga Pengerusi Mapo. -
Bernama










http://www.state.gov/g/tip/rls/tiprpt/2010/142760.htm (sudah diprint)
MALAYSIA (Senarai Pemerhatian Tingkat 2)

Malaysia menjadi negara destinasi, negara sumber dan negara transit bagi wanita dan kanak-kanak
untuk kegiatan pemerdagangan manusia, terutamanya untuk tujuan pelacuran paksa dan buruh paksa
bagi lelaki, wanita, dan kanak-kanak. Majoriti mangsa pemerdagangan manusia adalah pekerja asing
yang berhijrah ke Malaysia secara rela dari Indonesia, Nepal, India, Thailand, China, Filipina, Burma,
Kemboja, Bangladesh, Pakistan, dan Vietnam untuk mencari peluang-peluang ekonomi yang lebih besar.
Sesetengah mereka kemudian bekerja secara paksa atau bekerja kerana terikat dengan hutang kepada
majikan, agen pekerjaan, atau perekrut pekerja bukan formal. Meskipun ramai pesalah pemerdagangan
manusia di Malaysia adalah individu yang terdiri daripada ahli perniagaan, beberapa pemerdagangan
warga asing di Malaysia juga didalangi oleh sindiket jenayah terancang yang besar. Sejumlah besar
wanita muda direkrut untuk bekerja di restoran dan hotel di Malaysia, di mana sesetengah mereka
datang dengan menggunakan visa "Pegawai Perhubungan Pelanggan", tetapi kemudian dipaksa untuk
bekerja dalam industri seks komersil di Malaysia. Banyak syarikat yang mencari sumber tenaga kerja
dari luar di Malaysia mengambil pekerja secara berlebihan di mana pekerja-pekerja ini kemudian
dipaksa menjadi buruh paksa. Sesetengah warga Malaysia didagangkan di dalam dan luar negara ke
Singapura, Hong Kong, Perancis, dan United Kingdom dan dieksploitasi sebagai pekerja dalam industri
seks komersil. Terdapat sekitar dua juta pekerja asing di Malaysia yang mempunyai dokumen pada
tahun 2009, dan dianggarkan 1.9 juta lagi tidak mempunyai dokumen. Kebanyakan pekerja asing di
ladang, tapak pembinaan, kilang tekstil, dan mereka yang bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia
disekat pergerakan mereka, ditipu gaji, dirampas pasport, atau dipaksa kerja kerana terikat dengan
hutang. Ini semua adalah ciri-ciri pemerdagangan manusia. Sesetengah majikan di Malaysia dilaporkan
tidak membayar gaji kepada pembantu rumah selama tiga hingga enam bulan sebagai ganti kepada kos
yang dibayar kepada agensi pengambilan pekerja asing. Ini menjadikan pekerja-pekerja asing ini mudah
terdedah kepada pemerdagangan. Kumpulan lain yang terdedah kepada pemerdagangan manusia
termasuk pelarian, masyarakat luar bandar dan pribumi asli. Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA)
terus melakukan serbuan yang menyasarkan komuniti pendatang haram dan menahan pelarian,
pemohon suaka, dan mangsa pemerdagangan manusia. Beberapa mangsa pemerdagangan dikurung di
gudang atau rumah pelacuran. Kerajaan Indonesia dan Malaysia belum meminda atau menggantikan
Memorandum Persefahaman (MOU) mengenai pembantu rumah Indonesia di Malaysia yang dimaterai
pada tahun 2006. MOU ini memberi kuasa kepada majikan Malaysia untuk merampas dan memegang
pasport pembantu rumah.
Kerajaan Malaysia tidak memenuhi sepenuhnya piawaian minimum untuk membanteras
pemerdagangan manusia. Meskipun begitu, ia telah melaksanakan usaha-usaha yang
bersungguhsungguh
ke
arah
itu.
Berdasarkan
penilaian
bahawa
kerajaan
telah
melakukan
usaha
yang
bersungguhsungguh
dan
komitmennya
untuk
bertindak
pada
tahun-tahun
akan
datang
-
lebih-lebih
lagi
pelaksanaan

undang-undang
anti-pemerdagangan
manusia
-
Malaysia
diletakkan
di
Senarai
Pemerhatian
Tahap
2.

Kerajaan
Malaysia
telah
menunjukkan
komitmen
yang
lebih
tinggi
untuk
menangani
pemerdagangan

manusia yang diharap membawa kepada: peningkatan siasatan dan pendakwaan atas kesalahan
pemerdagangan buruh dan mengenalpasti mangsa pemerdagangan buruh; peningkatan usaha untuk
mendakwa pegawai kerajaan yang melakukan rasuah berkaitan dengan pemerdagangan manusia; dan
kerjasama lebih erat dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan organisasi-organisasi
antarabangsa untuk menambahbaik penyediaan perkhidmatan kepada mangsa di pusat perlindungan
kerajaan. Sepanjang tempoh laporan, pegawai kanan kerajaan, termasuk Perdana Menteri, telah
mengakui masalah perdagangan manusia di Malaysia. Kerajaan juga telah meningkatkan siasatan kes
pemerdagangan manusia dan mengemukakan dakwaan terhadap pesalah pemerdagangan manusia,
memperluaskan latihan untuk undang-undang anti-pemerdagangan 2007 kepada para pegawai,
menjalankan kempen kesedaran masyarakat tentang pemerdagangan manusia, membuka tiga lagi pusat
perlindungan mangsa pemerdagangan, dan melancarkan pelan tindakan kebangsaan lima tahun
berkenaan pemerdagangan manusia. Namun demikian, usaha-usaha awal ini memerlukan perhatian
berterusan, kerana terdapat banyak kebimbangan yang serius mengenai pemerdagangan di Malaysia,
termasuk penahanan mangsa pemerdagangan manusia di pusat-pusat kemudahan kerajaan.
Cadangan untuk Malaysia: Kerajaan Malaysia dicadangkan memperkukuhkan lagi tindakan
penguatkuasaan di bawah Akta Pemerdagangan Manusia terutama yang berkaitan dengan kes
pemerdagangan pekerja; melaksanakan hukuman berat ke atas mereka yang terlibat dalam penipuan
pengambilan pekerja atau eksploitasi buruh paksa, meningkatkan usaha mendakwa dan menghukum
penjawat awam yang mendapat keuntungan atau terlibat dalam pemerdagangan manusia, atau mereka
yang mengeksploitasi mangsa pemerdagangan; membangun dan melaksanakan prosedur untuk
mengenalpasti mangsa pemerdagangan buruh di kalangan kumpulan-kumpulan terdedah seperti
pekerja asing dan merujuk mereka kepada perkhidmatan perlindungan yang sedia ada; memastikan
mangsa pemerdagangan manusia tidak diancam atau dihukum kerana jenayah yang dilakukan akibat
menjadi mangsa pemerdagangan; merunding kembali MoU dengan negara-negara sumber untuk
memasukkan perlindungan mangsa dan memansuhkan peruntukan yang membenarkan pasport atau
dokumen perjalanan mereka dipegang majikan; meningkatkan kerjasama dengan NGO untuk
menambahbaik usaha-usaha melindungi mangsa pemerdagangan, termasuk di pusat perlindungan
mangsa; meneruskan usaha melatih pegawai dan memperluaskan latihan itu untuk mengendalikan kes
berkaitan pemerdagangan seks dan buruh secara berkesan, dengan penekanan khusus pada
perlindungan mangsa; dan terus memperluaskan kempen kesedaran awam yang menyeluruh dan
terbuka mengenai kedua-dua isu pemerdagangan buruh dan seks.

Pendakwaan
Kerajaan Malaysia telah menunjukkan beberapa kemajuan dalam usaha penguatkuasaan undangundang
terhadap
kegiatan
pemerdagangan
seks
sepanjang
tempoh
laporan
ini,
dan
kemajuan
yang

terhad
dalam
mendakwa
dan
menghukum
pesalah
pemerdagangan
buruh.
Undang-undang
Malaysia

melarang
sama
sekali
sebarang
bentuk
pemerdagangan
manusia
melalui
Akta
Anti-pemerdagangan

Manusia
2007.
Undang-undang
ini
menjatuhkan
hukuman
berat
yang
setara
dengan
kesalahan
serius

lain
seperti
merogol.
Sepanjang
tempoh
laporan,
kerajaan
telah
menghukum
tiga
pesalah

pemerdagangan seks dan melaporkan telah memulakan 180 siasatan berkaitan pemerdagangan dan
mengemukakan 123 pendakwaan terhadap 69 individu, walaupun jumlah sebenar kes pemerdagangan
tidak jelas. Pada Januari 2010, pihak berkuasa mengenalpasti kes pertama pemerdagangan buruh dalam
industri perikanan apabila Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia memintas bot nelayan Thailand
berdekatan pantai Sarawak dan menahan lima pedagang manusia rakyat Thai; kes ini masih belum
selesai. Meskipun badan-badan NGO melaporkan beberapa kes yang dipercayai melibatkan
pemerdagangan buruh kepada kerajaan, pihak berkuasa tidak melaporkan sebarang tangkapan atau
siasatan. Pihak berkuasa memulakan satu kajian semula pemberian lesen kepada 277 syarikat yang
dibenarkan bertindak sebagai perekrut pekerja di Malaysia. Kerajaan tidak melaporkan sebarang
pendakwaan jenayah ke atas majikan yang memaksa pekerja bekerja dalam keadaan buruh paksa atau
pencari tenaga buruh yang menggunakan tipu muslihat dan ikatan tebus hutang untuk memaksa pekerja
asing berkhidmat tanpa kerelaan. Walaupun kenyataan awam yang dikeluarkan oleh seorang pegawai
kanan menekankan hak pekerja untuk memegang pasport mereka sendiri, kerajaan terus membenarkan
majikan merampas pasport pekerja asing, dan tidak mendakwa majikan yang merampas pasport atau
dokumen perjalanan pekerja asing atau majikan yang mengurung pekerja mereka di tempat kerja. Pada
bulan September 2009, Menteri Dalam Negeri mengumumkan satu MOU baru yang sedang dirunding
antara Malaysia dan Indonesia tidak akan membenarkan majikan merampas pasport pekerja asing,
tetapi MOU tahun 2006 yang memberi kebenaran kepada perampasan itu belum dipinda atau diganti.
Pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap sukarelawan RELA yang mengancam dan
menganiaya pekerja asing dan memeras wang mereka, walaupun terdapat laporan-laporan yang
berterusan mengenai penganiayaan ini. Sebagai jawapan terhadap laporan yang boleh dipercayai
mengenai penglibatan langsung pegawai kerajaan dalam rangkaian pemerdagangan manusia di
sepanjang sempadan Malaysia-Thailand yang dilaporkan kepada Jawatankuasa Perhubungan Luar Senat
A.S., lima pegawai imigresen telah ditahan kerana dituduh terlibat dalam rangkaian pemerdagangan
manusia yang membawa pendatang Burma ke Thailand untuk dijual kepada sindiket pemerdagangan
manusia. Namun begitu, kerajaan hanya membuat pendakwaan jenayah di bawah Akta
AntiPemerdagangan
Manusia
terhadap
seorang
pegawai
dan
kes
terhadapnya
masih
belum
selesai.

Beberapa
pemerhati
melaporkan
bahawa
rasuah
memainkan
peranan
dalam
pemerdagangan
pekerja

asing,
khususnya
berkaitan
dengan
kebenaran
yang
diberikan
oleh
kerajaan
kepada
syarikat
tenaga
kerja

asing
di
Malaysia
untuk
mengambil
pekerja
secara
berlebihan.
Perkara
ini
berlaku
meskipun
terdapat

jaminan
dari
kerajaan
bahawa
amalan
itu telah
berkurangan
dengan
peraturan
yang
dikuatkuasakan

pada
bulan
Julai
2009
yang
menghendaki
syarikat
tenaga
kerja
asing
menunjukkan
keperluan
mereka

untuk
setiap
pekerja
yang
diambil.
Laporan
juga
menunjukkan
pakatan
sulit
antara
polis
dan
pesalah

pemerdagangan
manusia
kadang-kadang
membawa
kepada
pesalah
melarikan
diri
daripada
ditangkap

dan
terlepas
daripada
dihukum.
Namun
demikian,
tidak
ada
pegawai
yang
dihukum
kerana
bersubahat

dalam
kegiatan
berkaitan
pemerdagangan
sepanjang
tempoh
laporan.


Perlindungan
Kerajaan menunjukkan kemajuan amat sedikit dalam melindungi mangsa pemerdagangan sepanjang
tempoh laporan. Usaha untuk mengenalpasti dan melindungi kedua-dua mangsa pemerdagangan seks
dan buruh secara keseluruhannya masih tidak mencukupi. Kerajaan tidak melaporkan sebarang mangsa
pemerdagangan yang dikenalpasti rakyat Malaysia. Pada bulan Januari, pihak berkuasa menyelamatkan
dan mengenalpasti 16 lelaki yang menjadi mangsa buruh paksa di empat buah bot pukat tunda
berdekatan pantai Sarawak. Mereka ini adalah mangsa pemerdagangan pertama di industri perikanan
yang dikenalpasti oleh kerajaan. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat
(KPWKM) terus menyediakan dua pusat perlindungan untuk wanita dan kanak-kanak yang menjadi
mangsa pemerdagangan dan membuka pusat ketiga pada Julai 2009, yang menahan mangsa
pemerdagangan seks secara sukarela untuk 90 hari sehingga mereka dihantar pulang ke negara asalnya,
mengikut undang-undang Malaysia. Sepanjang tempoh laporan, kerajaan juga telah membuka buat
pertama kali dua pusat perlindungan untuk menempatkan mangsa pemerdagangan yang terdiri
daripada golongan lelaki. Walaupun begitu pusat-pusat perlindungan ini juga ada menahan mangsa
tanpa kerelaan mereka sehingga mereka dihantar pulang. Dasar kerajaan untuk menahan mangsa
pemerdagangan tanpa kerelaan mereka sedikit sebanyak menghalang mangsa dan pembela hak mereka
daripada membawa kes mereka untuk diambil perhatian oleh kerajaan.
Sepanjang tempoh laporan, 139 perempuan dan anak-anak telah disahkan sebagai mangsa dan ditahan
di pusat perlindungan. Seramai 232 individu yang lain diberi perintah perlindungan pada awalnya tetapi
kemudian kerajaan memutuskan mereka bukan mangsa pemerdagangan dan dihantar pulang
sungguhpun pegawai mengakui bahawa sesetengah mereka adalah mangsa pemerdagangan tapi
enggan memberi kerjasama dengan prosiding undang-undang penguatkuasaan. Sepanjang tahun itu,
kerajaan dilaporkan telah membuat beberapa penambahbaikan dalam proses tapisan untuk
mengenalpasti individu-individu yang memiliki kad UNHCR atau memiliki ciri-ciri mangsa
pemerdagangan manusia agar mereka dapat diasingkan daripada pendatang haram. Kerajaan terus
menggunakan khidmat sukarelawan RELA dalam membuat serbuan sembarangan untuk mengenalpasti
pendatang haram, sesetengah daripada mereka dilaporkan adalah mangsa pemerdagangan. Beberapa
kedutaan asing melaporkan bahawa mereka kadang-kadang tidak dimaklumkan oleh pihak berkuasa
Malaysia tentang kewujudan warganegara mereka di pusat perlindungan mangsa pemerdagangan, dan
pihak berkuasa Malaysia kadang-kadang tidak membenarkan perwakilan-perwakilan diplomatik
berjumpa dengan warganegara mereka yang dikenalpasti kedudukannya. Pusat perlindungan kerajaan
menyerupai pusat penahanan imigresen, dengan tidak menyediakan kebebasan asas kepada mangsa,
serta tidak mempunyai pegawai perubatan, ahli psikologi terlatih, atau kaunselor mangsa terlatih tetap.
Beberapa mangsa dikurung di dalam bilik-bilik di pusat-pusat perlindungan.
Meskipun pusat-pusat perlindungan yang diuruskan oleh NGO menyediakan kemudahan yang tidak
disediakan oleh pusat-pusat perlindungan kerajaan, pihak kerajaan tidak memberikan bantuan
kewangan kepada NGO, dan menghendaki semua mangsa yang dikenalpasti untuk tinggal di tempat
perlindungan sendiri. Undang-undang anti-pemerdagangan memberikan kekebalan kepada mangsa
pemerdagangan kerana kesalahan imigrasi seperti kemasukan tanpa izin, kehadiran yang menyalahi
undang-undang, dan memiliki dokumen perjalanan palsu, tetapi mangsa terus ditahan dan dihantar
pulang, seperti apa yang berlaku jika mereka ditahan kerana masuk tanpa izin. Undang-undang
Malaysia tidak memberikan kekebalan untuk perbuatan jenayah yang dilakukan akibat daripada menjadi
mangsa pemerdagangan. Pada bulan Januari 2010, seorang gadis Indonesia berumur 14 tahun yang
bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia telah dikenalpasti oleh pihak berkuasa sebagai mangsa
pemerdagangan. Pihak berkuasa mendakwa gadis itu kerana mencuri barang majikannya, tetapi tidak
mendakwa majikan gadis itu kerana melanggar undang-undang buruh kanak-kanak. Kerajaan
mengeluarkan garis panduan dan memberikan latihan tentang bagaimana mengenali dan pemprosesan
suspek mangsa pemerdagangan, tetapi tidak membina atau melaksanakan prosedur formal untuk
mengenalpasti mangsa pemerdagangan buruh secara proaktif. Kerajaan memperlakukan mangsa
pemerdagangan sebagai pendatang asing haram dan menyerahkan mereka kepada pihak berkuasa
imigresen untuk dihantar pulang setelah mereka memberi keterangan kepada pihak pendakwa. Mangsa
dikehendaki oleh undang-undang untuk membantu dalam proses pendakwaan terhadap pesalah
pemerdagangan manusia, tetapi kekurangan perlindungan kepada mangsa atau insentif untuk mangsa
membantu siasatan dan pendakwaan menjadi halangan ketara kepada pendakwaan yang berjaya.
Selain daripada ditempatkan selama 90 hari di pusat perlindungan, pihak kerajaan tidak menyediakan
pilihan alternatif undang-undang berkaitan penghantaran pulang mangsa ke negara-negara di mana
mereka mungkin menghadapi kesusahan atau dikenakan hukuman. Walaupun mangsa boleh
mengemukakan tuntutan sivil terhadap pengeksploit, mereka tidak mempunyai banyak pilihan untuk
bekerja secara sah sementara menunggu tuntutan mereka dipertimbangkan dan perkara ini membuat
mereka tawar hati untuk mengemukakan tuntutan sivil. Beberapa kerajaan asing meluahkan
keprihatinan tentang kurangnya perlindungan undang-undang bagi pekerja asing di Malaysia, khususnya
mereka yang bekerja tanpa kerelaan. Sesetengah mangsa yang tidak dikenali, termasuk kanak-kanak,
sering kali dilayan sebagai pendatang haram dan ditahan di penjara atau pusat tahanan pendatang
haram sebelum dihantar pulang.

Pencegahan
Malaysia telah melaksanakan beberapa usaha untuk membanteras pemerdagangan manusia sepanjang
tahun lalu. Kerajaan menjalankan banyak latihan anti-pemerdagangan manusia bagi pihak polis,
imigresen, pendakwa, pegawai jabatan buruh, dan pegawai KPWKM, dan mula bekerjasama dengan
NGO, organisasi antarabangsa, dan kerajaan asing dalam latihan-latihan tersebut. Pada bulan
November 2009, kerajaan melancarkan kempen kesedaran awam anti-pemerdagangan termasuk iklan di
media cetak, radio, dan televisyen, termasuk penampilan pegawai kanan kerajaan di televisyen untuk
membincangkan pemerdagangan manusia. Pada bulan Mac 2010, kerajaan melancarkan pelan tindakan
lima tahun untuk memerangi pemerdagangan manusia. Kerajaan mula menggunakan talian kecemasan
"999" sebagai talian utama melaporkan kegiatan pemerdagangan manusia di mana panggilan akan
disambungkan kepada pihak polis. Meskipun begitu panggilan hanya boleh diambil dalam Bahasa
Malaysia dan Inggeris. Pihak KPWKM telah mengeluarkan risalah bagi mangsa pemerdagangan manusia
dalam sembilan bahasa, yang telah mula diedarkan oleh Jabatan Imigresen. Kerajaan Indonesia dan
Malaysia masih belum meminda atau menggantikan MOU tahun 2006 berkenaan pembantu rumah
Indonesia di Malaysia, yang membenarkan majikan Malaysia untuk merampas dan memegang pasport
pembantu rumah, walaupun rundingan untuk melakukannya diteruskan sepanjang tempoh laporan.
Kerajaan menjalin kerjasama dengan syarikat penerbangan pada tahun terbabit, yang mula
mengumumkan peringatan tentang undang-undang pemerdagangan manusia dan hukuman dalam
beberapa penerbangan ketibaan. Kerajaan tidak mengambil langkah untuk mengurangkan permintaan
terhadap buruh paksa atau seks komersil. Kerajaan menyediakan latihan anti-pemerdagangan manusia
kepada pasukan tentera yang bersiap sedia untuk dikerah dalam misi menjaga keamanan antarabangsa.
Pada 26 Februari 2009, Malaysia menjadi sebahagian di dalam Protokol Pemerdagangan Manusia PBB
tahun 2000 dengan bersyarat







Home - Utusan Borneo - Berita Nasional
Faktor ekonomi menjadi tarikan mangsa pemerdagangan orang
Posted on April 28, 2010, Wednesday
KOTA KINABALU: Faktor sempadan yang luas dan kemakmuran ekonomi merupakan antara
penyumbang utama kepada aktiviti pemerdagangan orang di Sabah, kata seorang pegawai kanan
polis.Pegawai Cawangan Maksiat dan Perjudian, Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, DSP Mohd
Taufik Maidin berkata Sabah mempunyai permasalahan logistik serta sumber manusia dalam
mengawasi persempadanan yang begitu panjang sehingga memudahkan aktiviti pemerdagangan
manusia.
Sementara kemakmuran ekonomi pula, turut menjadi tarikan kepada kedatangan mangsa dari
negara asal mereka untuk ke Sabah, katanya dalam kertas kerja yang dibentangkan pada
seminar berkaitan Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 di sini semalam.
Beliau berkata Sabah telah di kenal pasti sebagai antara tiga lubuk utama aktiviti pemerdagangan
orang di negara ini.
Mohd Taufik berkata bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini sahaja, sebanyak tiga serbuan
dilakukan termasuk di Keningau, iaitu bahagian pedalaman yang menyaksikan 35 orang wanita
yang kebanyakannya dari negara jiran telah diselamatkan.
Dalam tempoh yang sama tahun lepas, sebanyak lapan serbuan dilakukan dengan 33 orang
wanita yang berumur antara 14 dan 28 tahun berjaya diselamatkan, katanya.
Semasa menutup seminar itu, Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah, Mariati
Robert berkata isu pemerdagangan orang merupakan satu jenayah yang semakin meningkat dan
menjadi satu bentuk perdagangan hamba abdi moden. Semua pihak perlu bekerjasama untuk
memebanterasnya

Read more: http://www.theborneopost.com/2010/04/28/faktor-ekonomi-menjadi-tarikan-mangsa-
pemerdagangan-orang/#ixzz2fCt9W24h






Pemerdagangan manusia: Faktor tarik dan tolak
September 8, 2013
Jenayah memalukan ini, khususnya melibatkan wanita dan kanak-kanak, mendatangkan hasil
yang lumayan.
Oleh Fadzli Ramli
MELAKA: Pemerdagangan manusia menular menjadi epidemik di seluruh dunia ekoran
pulangan lumayan hasil daripada kegiatan jenayah memalukan itu khususnya membabitkan
wanita dan kanak-kanak.
Menurut laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat mengenai pemerdagangan manusia Jun lepas,
dianggarkan 27 juta orang menjadi mangsa pemerdagangan pada bila-bila masa tetapi hanya
40,000 mangsa atau 0.001 peratus dikesan.
Untuk mencari penyembuh kepada penularan epidemik ini, orang ramai perlu dididik,
respons kerajaan perlu ditingkatkan dan masyarakat perlu sentiasa peka, namun Koordinator
Residen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) MichellenGyles-McDonnough berkata: Kita
perlu lakukan lebih banyak lagi daripada sekadar menangani faktor penarik dan penolak
permerdagangan manusia.
Gyles-McDonnough, yang juga Wakil Residen Program Pembangunan PBB ke Malaysia,
Singapura dan Brunei, berkata faktor penolak sosio-ekonomi seperti kemiskinan, ketidaksamaan
gender, peluang kerja terhad dan kekurangan maklumat perlu ditangani.
Faktor penarik pula ialah permintaan global terhadap perkhidmatan dan buruh murah menjadi
pemacu jenayah kompleks ini yang memerangkap jutaan mangsa untuk bekerja dalam sektor
yang membayar upah murah atau tiada upah langsung seperti pertanian, pembuatan, pembantu
rumah dan industri pelacuran.
Sering kali orang muda, wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa jenayah ini dalam usaha
mereka sendiri atau keluarga untuk mencari pekerjaan untuk menampung kehidupan dan mencari
peluang untuk memajukan diri sendiri.
Dalam kes ini, mereka diperdaya untuk menjadi buruh atau dieksploitasi secara seksual, kata
diplomat kelahiran Jamaica itu kepada Bernama semasa ditemui di luar Persidangan
Antarabangsa mengenai Pemerdagangan Wanita dan Kanak-kanak di sini.
Persidangan lima hari anjuran Yayasan Belia Dunia itu yang berakhir semalam dihadiri 91
peserta dari 15 negara termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Singapura, Thailand dan
Malaysia.
Gyles-McDonnough berkata amalan dan nilai sosial yang telah berakar umbi turut memudahkan
lelaki, wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa pemerdagangan, menjadi sasaran mudah kepada
penjenayah yang berniat mengaut laba daripada harapan individu berkenaan untuk mencari
kehidupan lebih baik.
Eksploitasi
Merekrut atau mengeksploitasi orang yang tidak berdaya amat mudah serta kurang berisiko
dikesan, manakala kanak-kanak mudah menjadi sasaran kerana kurang matang dan tidak mampu
membuat keputusan sendiri.
Kanak-kanak bergantung kepada penjaga mereka yang mungkin sering mengabaikan mereka,
dan berikutan mereka kurang pengalaman, dan juga mudah mempercayai sesorang, ini
dipergunakan oleh penjenayah untuk mengeksploitasi mereka, kata Gyles-McDonnough.
Beliau berkata dalam kebanyakan masyarakat, wanita kurang diperkasakan berbanding lelaki dan
ini dapati dilihat daripada segi ketidaksamaan gender, akses kepada kesaksamaan dalam sistem
keadilan serta daripada segi memproleh hak asasi dan sosial.
Daripada segi risiko menjadi mangsa penjenayah, ini dapat dilihat daripada hakikat kekuatan
fizikal, yang menjadikan wanita dan kanak-kanak lebih mudah dieksploitasi berbanding lelaki
menerusi kekerasan atau ugutan.
Migran merupakan satu lagi kumpulan yang mudah menjadi sasaran, yang mencari peluang di
luar negara untuk memperbaiki kehidupan, termasuk migran yang baru tiba yang sering tanpa
ditemani anggota keluarga terdekat, kawan atau rangkaian sokongan lain.
Bakal migran mungkin terlalu teruja untuk mencari peluang kerja, dan sering tertekan untuk
mendapatkan kerja dengan cepat. Dan juga terdapat kumpulan lain yang juga mudah menjadi
sasaran seperti remaja, pelarian, orang kelainan upaya dan miskin, katanya.
Kerjasama global
Mengenai tindakan PBB untuk membanteras pemerdagangan manusia, Gyles-McDonnough
berkata pertubuhan itu secara berterusan menggesa dan menyokong kerjasama global untuk
tindakan dan juga sentiasa memberikan respons efektif di peringkat serantau, sub-rantau dan
kebangsaan.
Protokol PBB untuk menghukum, mencegah dan membanteras pemerdagangan manusia
terutamanya wanita dan kanak-kanak atau Protokol TIP, merupakan kunci utama kami dalam
usaha memerangi jenayah memalukan ini, mengikut kedaulatan undang-undang.
Ia melengkapi konvensyen PBB dalam membanteras jenayah terancang merentas sempadan dan
merupakan instrumen undang-undang di peringkat global dalam mendefinisikan pemerdagangan
orang dan selaras dengan Protokol TIP, 134 negara dan wilayah di seluruh dunia telah
mengambil ketetapan bahawa sebarang bentuk pemerdagangan manusia adalah satu jenayah,
katanya.
Beliau juga memuji usaha Malaysia dalam memerangi kegiatan pemerdagangan orang dengan
mengguna pakai Protokol TIP pada 2009, dan melaksanakan tindakan peringkat kebangsaan
dengan menguatkuasakan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran
2007.
Menerusi akta itu diwujudkan Majlis Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan
Migran (MAPO) bagi memantau pelaksanaan akta itu dan untuk merumuskan dasar-dasar dan
program-program untuk memerangi pemerdagangan manusia.
Penubuhan badan seperti itu bukan sahaja penting tetapi juga perlu kerana penguatkuasaan dan
pelaksanaan undang-undang yang efektif amat penting untuk memerangi jenayah yang kompleks
dan amat sukar ini.
Bagaimanapun, masih banyak yang perlu dilakukan di sini dan di seluruh dunia. Agensi-agensi
PBB bersedia membantu usah-usaha kerajaan dalam memperkukuhkan kapasiti nasional untuk
memerangi pemerdagangan orang, daripada segi mengenal pasti mangsa sehingga kepada
pengumpulan bukti dan pendakwaan individu terbabit jenayah itu, katanya.
- Bernama













Soalan 1
Jenayah pemerdagangan manusia semakin membimbangkan dan usaha mengekang jenayah ini
perlu dilaksanakan agar tidak terus berleluasa. Bincangkan.
Cadangan Jawapan: Skema 2 + 2
Pendahuluan [ cukup dengan 3 baris ayat sahaja )
- Jenayah pemerdangangan merupakan jenayah tertua dalam sejarah peradaban manusia.
- Jenayah terancangan, keuntungan yang banyak ( baca rencana Jual Orang lebih baik dari Jual
Unta )
- Malaysia anti permerdangan manusia.
A. Punca pemerdagangan orang ( pilih 2 isi sahaja )
1. Tekanan Hidup
- Kemiskinan dan tidak mampu menyara hidup
- jual diri, anak, isteri kepada sendiket /diperdaya oleh sindiket
- ingin keluar dari kemiskinan masalah negara miskin, sedang membangun: Ekploitasi negara
maju untuk merekrut orang terdesak jadi penjenayah.
2. Taraf pendidikan
- sudahlah miskin taraf pendidikan rendah
- mudah termakan tawaran/digula-gulakan oleh sindiket dengan habuan kerja dengan pendapatan
yang lumayan
- Ekploitasi oleh agensi pekerjaan tidak berdaftar dan kelicikan sindiket jenayah terancang.
- buta huruf dan mudah diperdaya; ditipu.
- sikap materialistik mangsa dan penjenayah. Hendak kaya, hendak senang dan hendak mewah.
3. Kelemahan penguatkuasaan undang-undang
- amalan rasuah
- kurang kerjasama antara negara
- kebocoran maklumat dan sering dihidu oleh sindiket. dilindungi oleh pemimpin tertentu/ orang
dalam kerajaan sendiri.
B Langkah-langkah ( 2 isi sahaja )
4. Penguatkuasaan undang-undang
- Ambil tindakan yang tegas tanpa rasuah
- rapi kawal pintu masuk negara/ sempadan
- tambah bilangan pegawai penguatkuasa, banyak Ops
- sistem biometrik
- kerjasama antara bangsa. Malaysia dangan CIA, FBI dan Australia. Perjanjian kerjasama
5. Kempen Kesedaran
- Kempen Anti Pemerdangan Orang RTM, media massa
- pendidikan pengguna, sekolah dan orang awam
- kerjasama orang awam dengan agensi penguatkuasaan; lapor kepada pihak berkuasa.
- saluran diplomatik ASEAN + 3, Anatarabangsa


KENYATAAN MEDIA Mesyuarat Majlis Antipemerdagangan Orang Dan
Antipenyeludupan Migran Bil 5/2012 26 Mei 2012
28 May 2012
Kenyataan Media/Akhbar
Mesyuarat Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran Bilangan 5/2012
telah diadakan di Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan dipengerusikan oleh Y.Bhg. Dato
Alwi bin Ibrahim, timbalan Ketua Setiausaha Kanan KDN. Semua ahli Majlis telah mengambil
maklum akan perkara-perkara seperti berikut :-
1. Statistik kes-kes pemerdagangan orang yang dilaporkan dan disiasat oleh agensi-agensi
penguatkuasa dari tahun 2008 sehingga 24 Mei 2012 adalah seperti berikut :
o Jumlah kes sebanyak 486
o Jumlah tangkapan sebanyak 672
2. Statistik mangsa yang telah diselamatkan dan mendapat Perintah Perlindungan Tetap (PO) serta
ditempatkan di rumah perlindungan dari tahun 2008 sehingga 24 Mei 2012 adalah seramai
1,024 orang dengan pecahan seperti berikut :
i. Lelaki : 264
ii. Wanita : 636
iii. Kanak-kanak : 124
Statistik kes-kes pendakwaan dari tahun 2008 sehingga 24 mei 2012 di bawah Akta Anti
Pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 adalah seperti berikut :
. Kes yang telah dituduh sebanyak 422
i. Kes selesai sebanyak 70
ii. Sabitan kes sebanyak 88
Statistik kes-kes penyeludupan migran yang dilaporkan dan disiasat oleh agensi-agensi
penguatkuasa dari 15 November 2012 sehingga 24 Mei 2012 adalah seperti berikut :
. Jumlah kes sebanyak 34
i. Jumlah tangkapan sebanyak 49
ii. Jumlah migran yang diseludup 716
Seramai lima mangsa pemerdagangan orang warga India telah diberi kebenaran untuk tinggal
dan bekerja di Malaysia baru-baru ini selaras dengan pengumuman oleh YB Menteri Dalam Negeri, Dato
Seri Hishammuddin Tun Hussein sempena Bali Ministerial Process on People Smuggling, Trafficking in
Persons and Related Transnational Crime Workshop on Victim Protection pada 12 januari 2012.

Anda mungkin juga menyukai