Anda di halaman 1dari 3

Punca-punca penagihan dadah

1.DIPENGARUHI OLEH ORANG LAIN.


remaja yang masih lagi cuba untuk mengenali pelbagai aktiviti atau budaya baru tidak tahu
membezakan antara gejala yang negatif atau positif.
remaja mudah terikut-ikut dengan kata dan arahan rakan-rakan atau orang lain tanpa menyedari
kesan buruknya.

2.SIKAP INGIN MENCUBA.
pada zaman sekarang,remaja semakin aktif dan sentiasa ingin mencuba perkara yang baru dan ini
merupakan peringkat pertama bagi sesuatu ketagihan dadah.


Tindakan pencegahan dadah yang berkesan memerlukan penglibatan semua golongan
masyarakat. Pada zaman moden ini, golngan muda lebih bebas, terdedah kepada pengaruh asing
dan mereka lebih mengutamakan pandangan rakan sebaya. Dengan ini, mereka mudah terlibat
dengan kegiatan yang tidak sihat. Untuk disanjung oleh kawan, mereka menunjukkan keberanian
dengan menghisap rokok dan dadah. Sekali mereka bermula, maka amat sukar bagi mereka
memberhentikan amalan buruk ini. Masyarakat harus dididik sejak kecil lagi bahawa dadah itu
najis, benda yang kotor dan tidak boleh disentuh. Sekiranya kita berjaya menyemai nilai ini dalam
hati sanubari mereka, sebahagian daripada kejayaan pencegahan dadah akan tercapai. Kita harus
sedar bahawa tindakan kita ke arah matlamat mencegah penyalahgunaan dadah ini adalah untuk
menyelamatkan bukan sahaja keluarga kita sendiri bahkan generasi muda untuk mewujudkan satu
bangsa yang bermaruah dan dihormati.

Sebahagian besar penagih-penagih dadah di negara kita terdiri daripada golongan remaja antara
15-29 tahun. Antara sebab-sebab utama mereka ini menjadi penagih ialah kerana keseronokan,
sikap ingin tahu, pengaruh persekitaran terutamanya pengaruh rakan sebaya, tekanan emosi
disebabkan oleh sama ada kegagalan, tidak mendapat kasih sayang ibu bapa atau kerana
kemewahan. Hal ini menunjukkan, sekolah boleh memainkan peranan penting dalam membasmi
bencana dadah. Pada tahun 2005 ini, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah melancarkan
program pencegahan penagihan dadah besar-besaran tahun ini dengan sasaran utama terhadap
golongan belia terutama pelajar sekolah. Program pencegahan merupakan usaha terbaik bagi
mengelak pertambahan jumlah penagih baru di negara ini. Menurut laporan agensi itu, sehingga
Oktober tahun 2004, daripada sejumlah 30,659 penagih dadah, sebanyak 15,292 orang adalah
penagih baru manakala sebanyak 15,667 adalah penagih berulang. Data ini jelas menunjukkan kita
perlu bersungguh-sungguh dengan program pencegahan kerana program pemulihan dan rawatan
sukar menghalang penagih-penagih ini mengulangi kegiatan mereka.

Kajian oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan kegiatan penagihan dadah lazimnya bermula
dengan tabiat menghisap rokok. Ini kerana tabiat ketagihan dihasilkan oleh unsur nikotin dalam
rokok. Apabila merasakan rokok tidak memberi kepuasan, mereka beralih kepada ganja dan
sekiranya ganja juga tidak memberi keseronokan, mereka akan beralih kepada heroin dan morfin.
Jelasnya, pencegahan tabiat merokok juga penting dalam memerangi najis dadah kerana
implikasinya terhadap dorongan untuk mendapatkan dadah.

Masyarakat harus sama-sama menyedari akan kesan pengambilan dadah. Dengan berfikiran
rasional, mereka tentu tidak sanggup menerima risikonya yang menakutkan. Antara kesan-kesannya
ialah mendapat penyakit meningitis, penyakit jangkitan jantung, AIDS, Hepatitis B, C, dan D,
kerosakan buah pinggang, otot-otot badan mengecut dan berkemungkinan lumpuh. Kesan fizikal
pula ialah apabila sekiranya bekalan dadah tidak diperoleh mereka akan berasa keluh-kesah, gian,
dan amat menderita. Jelasnya mereka akan berperang dengan kematian kerana terdedah dengan
penyakit terutamanya penyakit AIDS yang amat digeruni.

Kesimpulannya, kita harus bertekad dengan keazaman yang tinggi untuk memerangi dadah. Najis
dadah akan kita kuburkan dan wujudlah suasana dadah sifar. Marilah kita sama-sama
menghapuskan najis dadah yang menjahanamkan masyarakat daripada terus hadir di Malaysia.
Kita tiada pilihan melainkan hanya satu slogan di hati dan di minda pada setiap masa iaitu Perangi
Dadah Habis-Habisan.

Selain itu,masyaraakt juga memainkan peranan penting dalam pencegahan penagihan dadah.
Sebagai contoh,Rukun Tetangga,Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung serta
Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang memantau kawasan-kawasan yang sering menjadi sarang
penagihan dadah seperti di flat-flat terbiar dan kawasan felda. Tugas masyarakat adalah untuk
membuat rondaan dan melaporkan kepada pihak berkuasa jika berlaku kes penagihan dadah. Hai ini
adalah disebabkan oleh tempat-tempat penagihan dadah seperti di rumah-rumah kosong perlulah
dihapuskan bagi mengelakkan kes penagihan berlaku di tempat yang sama. Hal ini persis pepatah
Melayu,seperti pisang berbuah dua kali. Kebanyakan masyarakat pada era globalisasi ini hanya
mengetahui konsep man-to-man marking digunakan pada permainan bola sepak. Namun
demikian,konsep ini juga boleh digunakan sebagai subdaya pencegahan penagihan dadah. Konsep
ini diasaskan oleh Claudio Gentile dan telah berjaya melumpuhkan pergerakan penyerang pihak
lawan ketika itu iaitu Diego Maradona. Konsep ini juga boleh digunakan dalam pencegahan
penagihan dadah. Kita perlulah mendampingi golongan penagih dadah untuk membimbing mereka
kembali ke pangkal jalan. Ironisnya,masyarakat juga turut membantu dalam pencegahan penagihan
dadah.

Kita sepatutnyaberterima kasih kepada pihak kerajaan kerana telalh membantu mencegah
penagihan dadah. Tamsilnya,Karnival 6 Jahanam yang telah dirasmikan oleh Dato Seri Abdullah bin
Haji Ahmad Badawi. Karnival ini bertujuan membenci 6 jenis dadah utama iaitu
ganja,syabu,heroin,morfin,opium dan kodein. Pihak kerajaan juga perlulah komited dalam usaha
membantu mencegah penagihan dadah dengan melakukan pelbagai aktivitibergiat secara aktif
dalam usaha merealisasikan impian negara untuk bebas daripada masalah dadah pada tahun 2015.
Tanggal 19 Februari pada setiap tahun telah dipilih oleh pihak kerajaan sebagai Hari Anti Dadah
Kebangsaan yang secara tidak langsung dapat mengingatkan bekas penagih dadah akan bahana
dadah di samping memberi peringatan kepada masyarakat. Pihak kerajaan juga perlu
memperketatkan lagi undang-undang sedia ada seperti Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta
Racun1952. Dengan cara itu,masyarakat akan takut untuk terlibat daalm gejala dadah dan sekaligus
mengurangkan jumlah penagih dadah yang bertaburan di negara kita.

Anda mungkin juga menyukai