Anda di halaman 1dari 3

PYQ/EKOSISTEMTERANCAM_2008

1

1. (a) (i) The diagram below shows a phenomenon which occurs in the earths atmosphere.
Rajah di bawah menunjukkan satu fenomenon yang berlaku dalam atmosfera bumi.

.
Diagram/Rajah

Explain the effect of the phenomenon on the environment if the concentration levels of carbon dioxide,
CO
2
, are increasing.
[3 marks]
Terangkan kesan fenomenon tersebut terhadap alam sekitar jika aras kepekatan karbon dioksida,
CO
2
,semakin meningkat.
[3 markah]
(ii) The diagram below shows the activity of forest burning.
Discuss how this activity causes disasters to the environment.
[7 marks]
Rajah di bawah menunjukkan aktiviti pembakaran hutan.
Bincangkan bagaimana aktiviti ini menyebabkan bencana terhadap alam sekitar.
[7 markah]


2
Diagram
Rajah

(b) The diagram below shows two agricultural activities which use chemical products.
Rajah di bawah menunjukkan dua aktiviti pertanian yang menggunakan produk bahan kimia.


Diagram
Rajah

Discuss the good and bad effects of both the activities shown in the diagram above. The discussion should
be based on the impact to agriculture and environment.
[10 marks]
Bincangkan kesan baik dan kesan buruk kedua-dua aktiviti yang ditunjukkan pada rajah di atas.
Perbincangan harus berdasarkan impak pada pertanian dan alam sekitar.
[10 markah]



JAWAPAN
1. (a) (i) The increase in carbon dioxide concentration traps heat
Peningkatan kepekatan karbon dioksida memerangkap haba
Causes a rise in the Earth's temperature
Menyebabkan peningkatan suhu Bumi
The melting of polar ice rises the sea level.
Pencairan ais di kutub meningkatkan aras air laut.
This phenomenon is called the greenhouse effect.
Fenomena ini dikenal sebagai kesan rumah hijau.

(ii) Releases a lot of carbon dioxide into the air.
Membebaskan banyak karbon dioksida ke udara.
Carbon dioxide traps heat and causes global warming.
Karbon dioksida memerangkap haba dan menyebabkan pemanasan global.
Releases heavy smoke which reduces light intensity for photosynthesis, thus less yield of crop
plants.
Membebaskan asap yang tebal yang mengurangkan keamatan cahaya untuk fotosintesis, maka
kurang penghasilan hasil tanaman.
Smoke particles can cause health hazards.
3
Zarah-zarah asap boleh menyebabkan masalah kesihatan.
Destroys flora and fauna
Memusnahkan flora dan fauna
Causes substantial loss of herbs for medicinal purposes
Menyebabkan kehilangan/kemusnahan herba untuk kegunaan perubatan
Loss of habitat and the extinction of flora and fauna
Kehilangan habitat dan kepupusan flora dan fauna



(b) Spraying chemical fertilisers:
Menyembur baja kimia:
Good impact
Kesan baik
It supplies the required minerals to increase crop yield.
Ia membekalkan mineral yang diperlukan untuk meningkatkan hasil tanaman.
Bad impact
Kesan buruk
Excess fertilisers may be washed away causing the enrichment of water with nutrients
Lebihan baja mungkin dialirkan ke sungai menyebabkan air kaya dengan nutrien
As a result there is rapid growth of algae which finally increases the BOD of the water.
Kesannya berlaku pertumbuhan pesat alga yang akhirnya meningkatkan BOD air.
The oxygen content of the river is depleted causing aquatic animals in the river to die.
Kandungan oksigen di dalam sungai berkurang menyebabkan haiwan akuatik di dalam sungai mati.
Spraying chemical insecticides:
Menyembur racun serangga:
Good impact
Kesan baik
It is an effective way to destroy insects since some chemicals are toxic only to specific animals.
Ia adalah kaedah yang berkesan untuk memusnahkan serangga kerana sesetengah bahan kimia
adalah bertoksik terhadap haiwan tertentu.
Bad impact
Kesan buruk
It may be hazardous to farmers, if inhaled. It may contaminate the underground water which will cause
aquatic animals to die.
Ia mungkin berbahaya kepada petani jika terhidu. Ia mungkin mencemarkan air bawah tanah yang
akan menyebabkan kematian haiwan-haiwan akuatik.
And in the long term, the insects may develop into mutant strains which are resistant to the chemicals
Dan dalam jangka masa panjang, serangga mungkin berkembang menjadi strain mutan yang tahan
terhadap bahan kimia
As a result, the insecticides are no longer effective against the pests.
Akibatnya, racun serangga tidak lagi berkesan terhadap serangga perosak.