Anda di halaman 1dari 7

Kesan Kepebagaian Pengaruh Tamadun Dalam Masyarakat

Melayu/Malaysia
1) KESAN PENGARUH BARAT TERHADAP TAMADUN MALAYSIA
Ekonomi
Aspek ekonomi ialah negara-negara membangun akan sentiasa bergantung kepada Negara Barat
kerana mereka kurang mahir dari segi teknologi dan juga kekurangan tenaga buruh yang mahir. Selain itu,
setiap urusan yang dilakukan akan menguntungkan pihak Barat sahaja. Hal ini menjadikan negara-negara
membangun sukar untuk mendapat keuntungan yang lebih yang akan digunakan untuk membangunkan
negara masing-masing dan juga untuk menampung keperluan rakyat mereka.
Politik
Aspek politik ialah politik menjadi tidak stabil memyebabkan sistem pentadbiran negara menjadi
kucar-kacir. Selain itu juga suasana politik menjadi tidak telus dan kotor dengan rasuah. Oleh itu keadaan
ini akan menjadikan negara pincang dan lemah. Di samping itu, negara tidak dapat untuk membuat
sesuatu keputusan melainkan mereka mendapat persetujuan daripada kuasa Barat. Ini menunjukkan
bahawa negara-negara membangun akan sentiasa ditindas diberi layanan yang tidak adil oleh kuasa besar.
Media
Aspek media pula, masyarakat Islam di seluruh dunia menghadapi kesulitan untuk menonjolkan
diri kerana pihak media Barat sentiasa memburuk-burukkan rakyat Islam dengan pelbagai gelaran yang
tidak sepatutnya seperti pengganas, pemberontak dan sering menimbulkan kekecohan. Hal ini akan
menyebabkan negara-negara lain memandang serong terhadap bangsa Islam dan ini akan menjejaskan
hubungan politik yang terbina pada sebelum ini. Jika hubungan yang dibina itu terputus, maka hal ini
akan menjejaskan sumber ekonomi negara tersebut. Ekonomi sesebuah negara amat penting untuk
pembangunan dan kemajuan sesebuah negara. Negara yang mundur akan ditindas oleh kuasa-kuasa besar
seperti negara Barat. Negara Barat menggunakan media sebagai senjata utama untuk menguasai dunia.
budaya
Aspek budaya pula pelbagai hiburan yang dibawa dari Barat menyebabkan masyarakat dunia
mendewa-dewakan penghibur dari Barat sebagai idola mereka. Mereka meniru cara pemakaian dan
perangai artis-artis tersebut tanpa menghiraukan pegangan agama. Hal ini dapat menarik diri mereka ke
kancah maksiat kerana kebanyakan artis dari Barat mempunyai tingkah laku dan akhlak yang buruk
seperti minum arak, merokok, seks rambang, homoseksual dan sebagainya. Apabila mereka terjebak di
dalam kehidupan sebegini, nilai moral tidak ada lagi dalam diri mereka. Gejala-gejala sosial semakin
meningkat dengan kes pembuangan bayi yang berleluasa kini. Kesannya juga dapat dilihat dengan apabila
ramai penagih-penagih dadah dari kalangan remaja bagai cendawan tumbuh selepas hujan apabila gejala
ini tidak dapat dibendung. Remaja merupakan tonggak dan harapan bangsa, jika budaya Barat menjadi
ikutan mereka maka punah ranahlah harapan negara. Jadi pelbagai pihak mestilah mengambil tindakan
yang sewajarnya untuk membendung budaya dari Barat ini dari terus menguasai dunia. Kebebasan
bertingkahlaku juga amat hangat dipromosikan di media-media dan telah berjaya melahirkan amalan
hedonisme, individualistik dan sikap mementingkan diri sendiri pada masyarakat kita termasuk golongan
remaja. Budaya gotong royong, bantu-membantu, bertegur sapa serta mengambil berat antara satu sama
lain di dalam sesebuah masyarakat telah semakin sirna. Keadaan seperti ini telah melahirkan masyarakat
yang mengagungkan hawa nafsu mengatasi hukum dan Syariat Allah.
Kebebasan pemilikan telah memaksa pemerintah atau penguasa membiarkan sumber-sumber alam
penjana ekonomi dikelolakan oleh pihak swasta dan termasuk negara asing. Akibatnya, Negara
kehilangan kemampuan dan keupayaan untuk memenuhi keperluan-keperluan asas rakyat seperti
makanan, pakaian, kesihatan serta pendidikan. Negara juga terpaksa menanggung hutang yang tidak
pernah surut, kos sara hidup menjadi sangat tinggi sehingga membebankan rakyat. Bebanan dan
kesempitan hidup ini telah memaksa sesebuah keluarga menggadai maruah dan institusi kekeluargaannya
demi mendapatkan sesuap nasi dan bagi memenuhi keperluan hidup yang lain. Kaum wanita terpaksa
bekerja malah para ibu terpaksa mengharungi keperitan dan kepayahan mengimbangi antara
tanggungjawab sebagai seorang ibu (ummun), menguruskan keluarga (rabbatul bait) dan membantu suami
mencari nafkah. Natijahnya, anak-anak diabaikan dan kurang mendapat perhatian serta didikan ibubapa
dan seterusnya menyalurkan anak-anak yang berharga ini ke kancah kemaksiatan dan terjebak dalam
gejala sosial.
Sosial
Implikasi dominasi Barat terhadap sosial ialah masyarakat dunia kini lebih mengenali tamadun
barat berbanding tamadun mereka sendiri lalu pincanglah penghormatan diri seseorang individu.
Kehidupan sosial mereka turut terjejas kerana mereka terlalu taksub mengejar kemewahan dan
kesenangan dunia lantas membelakangkan agama mereka sendiri.
Pemikiran
Dominasi terhadap pemikiran pula memberikan kesan yang besar terhadap pembangunan
manusia dan seterusnya membantutkan proses pembentukan modal insan. Penjajahan dari segi pemikiran
juga amat bahaya dan sukar diatasi kerana penjajahan ini tidak dapat dilihat oleh mata kasar tetapi
meresap secara halus dan membawa natijah yang besar kepada diri, agama dan bangsa.
Jadi umat Islam perlu yakin terhadap Islam kerana ia adalah kurnia terbesar Allah berikan kepada
manusia. Hakikatnya adalah Islam merupakan identiti utama umat Islam yang perlu dibanggakan dan
bukan disembunyikan. Sikap percaya diri sangat penting sebelum sesebuah bangsa atau umat dapat
bangkit dan bersaing dengan yang lain. Kita perlu tegas terhadap golongan yang mempersoalkan
kerelevanan Islam dan mempertikaikan ajaran Islam untuk menyambung lidah para orientalis yang
didorong rasa kebencian terhadap Islam. Golongan liberal ini lebih berbahaya kerana ibarat musuh dalam
selimut atau parasit yang merosakkan Islam dari dalam tubuh umat Islam sendiri. Banyaknya kajian-
kajianyang membuktikan keunggulan dan keutuhan Islam sudah cukup untuk memberi keyakinan kepada
umat Islam melangkah ke hadapan bersama Islam dan bukan dengan falsafah-falsafah Barat yang
mengelirukan.


2) Kesan Pengaruh Tamadun India Dalam Tamadun Melayu
Seterusnya, kita beralih kepada Interaksi tamadun india dalam tamadun melayu. Interaksi kedua-dua
tamadun ini telah bermula sejak abad ke-3 SM. Buktinya, bahan bertulis dari India ada menyebut tentang
Malayadvipa yang bermaksud Semenanjung Melayu. Hasil daripada interaksi ini, agama Hindu dan
Buddha telah disebarkan dan menjadi pegangan penduduk tempatan yang sebelumnya memegang
kepercayaan animisme. Antara tinggalan pengaruh ajaran Hindu ialah Candi Bukit Batu Pahat di Lembah
Bujang ketika kerajaan Chola menguasai Kedah.
Sistem Pemerintahan
Hasil daripada interaksi dengan tamadun melayu telah menyebabkan sistem pemerintahan kita
pada hari ini juga mempunyai unsur-unsur konsep ketuhanan agama Hindu berdasarkan konsep
Dewaraja. Kesannya, warisan ini masih dikekalkan seperti membesarkan keagungan dan kedudukan
Raja dalam upacara pertabalan raja. Struktur masyarakat dalam masyarakat Melayu dahulu juga telah
dipengaruhi oleh sistem kasta. Keadaan ini membawa kepada kemunculan masyarakat feudal dalam
kehidupan masyarakat Melayu.
Adat Resam
Adat resam dan budaya masyarakat Melayu juga turut menerima pengaruh daripada agama Hindu
iaitu amalan jampi dan mantera. Ini dapat dilihat daripada golongan bomoh atau dukun ketika melakukan
upacara yang berkenaan. Amalan seperti melenggang perut, bertindik telinga, bersanding dan berinai serta
mencecah garam dan menjejak kaki ke bumi bagi bayi dalam masyarakat Melayu juga dipengaruhi oleh
amalan masyarakat India.
Bahasa Dan Kesusteraan
Bahasa adalah unsur yang ketara dipengaruhi oleh interaksi kedua-dua tamadun ini. Tamadun
Melayu menerima pengaruh bahasa Sanskrit yang diubah sedikit menjadi kosa kata bahasa Melayu.
Penemuan Batu Bersurat Talang Tuwo (684 M) dan Batu Bersurat Karang Berahi (692 M) membuktikan
pengaruh bahasa Sanskrit dalam bahasa Melayu kuno ketika itu. Antara contoh bahasa Sanskrit yang
mempengaruhi bahasa Melayu lama ialah bhakti (bakti), prakara (perkara) dan vela (bila). Unsur terakhir
yang telah dipengaruhi dalam interaksi ini ialah kesusasteraan. Contohnya, kesusasteraan Sanskrit seperti
Epik Ramayana dan Mahabhrata. Hikayat Seri Rama telah diinspirasikan daripada Epik Ramayana
manakala versi tempatan bagi Epik Mahabhrata ialah Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Pandawa, Hikayat
Panda Delima dan Hikayat Sang Boma.


3) Kesan Pengaruh Tamadun China Dalam Tamadun Melayu
Rekod rasmi China yang menyatakan bahawa Kedah pernah menjalinkan hubungan diplomatik dengan
China melalui kedatangan China ke Kedah yang bertarikh 638 M menunjukkan interaksi di antara
Tamadun Melayu dan Tamadun China. Kesan daripada interaksi ini, penyebaran agama Islam di Tanah
Melayu di peringkat awal telah dikatakan datang dari Tanah Besar China ekoran daripada hubungan
perdagangan kedua-dua belah pihak. Hal ini terbukti dengan penemuan batu bersurat di Campa bertarikh
1039, di Brunei (1048) dan di Laren, Jawa (1082) yang mengatakan Islam datang dari Canton dan Hainan
pada kurun ke-9.
Kemunculan Masyarkat Baba Nyonya
Selain itu, hasil interaksi ini menyebabkan Tamadun Melayu juga mewarisi Cina Peranakan yang
dikenali sebagai Baba dan Nyonya. Kebudayaan Baba dan Nyonya pula mempunyai unsur-unsur
kebudayaan Melayu. Bahasa Melayu Baba pula banyak dipengaruhi oleh perkataan Hokkien iaitu salah
satu cabang dalam bahasa Cina. Cina Peranakan juga turut dipengaruhi oleh gaya masakan Melayu dan
mereka juga biasa makan menggunakan tangan. Malahan, golongan ini menggunakan kebaya dan kain
sarong sebagai pakaian mereka seharian. Disebabkan oleh pertukaran barang yang dijadikan sebagai
hadiah, Tamadun Melayu telah diperkenalkan dengan pelbagai jenis tekstil seperti kain sutera dan kain
kapas, barangan porselin, tembikar dan logam serta makanan seperti kicap, taugeh dan tauhu. Malahan,
adat memberi ang pau yang bermaksud sampul merah ketika perayaan Tahun Baru Cina juga
diperkenalkan.
Perubatan Dan Teknologi
Hasil daripada tempias interaksi tamadun China dalam tamadun melayu telah menyebabkan
Tamadun Melayu turut memperoleh keuntungan terutamanya dari aspek perubatan dan teknologi yang
dibawa oleh Tamadun China. Seperti yang kita ketahui, rawatan akupuntur dan herba adalah sangat
mujarab dan bertujuan bagi menyeimbangkan Yin dan Yang mengikut kepercayaan masyarakat Cina.
Perubatan herba Cina yang menggunakan lebih daripada seribu jenis herba juga dapat mengubati penyakit
seperti asma, anemia dan kanser. Dalam bidang teknologi, hasil interaksi dengan tamadun melayu
menyebabkan Tamadun China telah membawa teknologi membuat gula dari tebu ke Kepulauan Melayu
seperti di Jawa selain daripada penghasilan barangan lain seperti kertas, kain, bahan letupan,lilin dan
sebagainya.

4) Kesan Pengaruh Tamadun Islam Dalam Tamadun Melayu

Agama Dan Kepercayaan
Kepercayaan tahyul dan khurafat iaitu kepercayaan animisme, dinamisme, dan penyembahan
nenek moyang atau hyang serta kepercayaan Hindu-Buddha digantikan dengan akidah tauhid. Selain itu
kedatangan islam juga menyebabkan kepercayaan sinkritime Hindu-Buddha-Hyang dihapuskan. Untuk
memastikan ajaran islam dapat disebarkan atau disampaikan dengan tepat dan betul golongan akan yang
mainkan peranan ialah ahli sufi dan para mubaligh. Selain itu, sejak kedatangan tamadun islam dalam
tamadun melayu Agama Islam telah menjadi agama rasmi. Apabila tamadun melayu telah menerima
ajaran islam kekuatan pegangan mereka terhadap agama telah timbulkan semangat jihad menentang
penjajah. Mengamalkan kepercayaan terhadap konsep ketuhanan, hormat-menghormati antara manusia
dan menitik beratkan soal persamaan taraf. Tidak ada lagi sistem kasta sepertimana yang diamalkan sejak
menerima pengaruh agama Hindu suatu ketika dahulu.
Pendidikan
Kedatangan Islam telah banyak merubah sistem pendidikan yang diamalkan oleh masyarakat
sebelum itu. Selepas kedatangan Islam, golongan bawahan berpeluang menerima pendidikan sama seperti
golongan atasan. Selain itu, banyak sekolah pondok didirikan supaya aktiviti pembelajaran menjadi lebih
bebas disebarkan kepada golongan bawahan. Tradisi keilmuan yang ditekankan oleh Islam telah
mengembangkan pula tradisi pendidikan dan pengajaran secara lebih komprehansif dan tersusun. Kesan
perkembangan ilmu pendidikan ini telah melahirkan ramai para cendekiawan dan ulama-ulama Melayu
yang menjadi pegawai pemerintah, guru-guru dan ahli agama seperti Syeikh Abdul Malik Abdullah,
Sheikh Wan Hassan Wan Ishak dan ramai lagi. Tokoh-tokoh ini telah banyak menyumbang ke arah
perkembangan ilmu pengetahuan di Tanah Melayu
Bahasa dan Kesusuteraan
Tamadun Melayu menerima pengaruh yang besar dengan kedatangan agama Islam.
Perkembangan bahasa Melayu bertambah teguh dan penyebarannya semakin meluas di Asia Tenggara
bermula pada abad ke-14 M sehingga akhir abad ke-18 M. Penggunaan tulisan jawi telah diperkenalkan
dan digunakan oleh orang-orang Melayu ketika itu. Sementara itu, tulisan Arab telah diperkenalkan.
Manakala perubahan dari segi bahasa boleh dilihat apabila masyarakat Melayu menyesuaikan perkataan
Arab kepada bahasa melayu. Perubahan ini dipermudahkan setelah tulisan Arab diubah suai dan dikenali
sebagai tulisan jawi. Melalui sistem tulisan ini, bahasa Melayu dapat memainkan peranan lebih penting
apabila ianya digunakan untuk menulis kitab-kitab agama, hikayat-hikayat, undang-undang dan
pentadbiran

Anda mungkin juga menyukai