Anda di halaman 1dari 14

1

RIS
SEMESTER 6 SESI 2010/2011
KOD & NAMA KURSUS
KRB3063
PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU

TAJUK TUGASAN 1






KUMPULAN
UPSI11 (A 121 PJJ)

DISEDIAKAN OLEH:
NAMA NO. ID NO. TELEFON
ROZIDAH BINTI TOMAT D20102043624 019 6692114

TUTOR E-LEARNING:

DR. BAZRUL BIN BAHAMAN,
FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI,
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS,
35900 TG MALIM, PERAK.

TARIKH SERAH: 10 NOVEMBER 2013

PEMARKAHAN

1. TUGASAN 1
2. TUGASAN 2
3. E FORUM
JUMLAH

Sejarah Melayu dan Ranjau Sepanjang Jalan adalah dua buah karya agung yang
masing - masing mewakili zaman sastera klasik dan zaman sastera moden.

Pilih salah satu karya tersebut dan bincangkan kekuatan karya berkenaan sebagai
Karya Agung berdasarkan ciri-ciri yang berikut:

a) Pemikiran (mesej dan isi)
b) Estetika dan Kepengarangan
c) Nilai Budaya dan Pandangan Hidup




2

BAHAGIAN A
1.0 PENGENALAN
Dato Emeritus Haji Shahnon Ahmad (S.N. Shahnon Ahmad), seorang tokoh
sastera yang telah menghasilkan sebuah karya agung sastera moden yang bertajuk Ranjau
Sepanjang Jalan. Karya ini dipilih untuk dibincangkan dalam tugasan KRB3063
Penghayatan Karya Agung Melayu yang akan dibincangkan dari aspek pemikiran, estetika
kepengarangan, nilai budaya dan pandangan hidup.
Ranjau Sepanjang Jalan adalah sebuah sebuah keluarga petani yang hidup pada
pertengahan abad ke-20, yang terdiri daripada seorang suami bernama Lahuma, seorang
isteri bernama Jeha dengan anak-anak perempuannya yang bernama Sanah, Milah, Jenab,
Semek, Liah, Lebar dan Kiah. Sebuah catatan hidup yang mengisahkan bahawa tidak
mudah hidup sebagai keluarga anak tani kerana hidup dan mati mereka bergantung pada
hasil padi. Pada ketika itu padi adalah segala-galanya makanan, wang bergantung kepada
hasil padi. Hasil padi tidak boleh berkurang dalam semusim. Lahuma meninggal dunia
kerana menderita akibat terpijak duri/onak nibung ketika bersawah. Hidup semakin
bertambah daif kerana beban mengerjakan sawah kini diusahakan sepenuhnya oleh Jeha
dan anak-anak perempuannya yang tidak semahir Lahuma. Selepas sawah padi dilanda
banjir, serangan ketam dan burung-burung tiak, Jeha menjadi gila kerana tidak dapat
bertahan daripada segala kesusahan hidup sendirian tanpa Lahuma. Akhirnya, beban
mengusahakan sawah terletak sepenuhnya pada anak-anak dara Jeha selepas Jeha menjadi
gila.
Penulis telah menunjukkan dan mengabdikan penghargaan dan penghormatannya
kepada para petani dengan pengisahan bagaimana payahnya kaum tani untuk mendapatkan
hasil padi. Kisah yang menunjukkan bagaimana sawah dan padi menjadi kepentingan
utama dalam hidup mereka sehingga diibaratkan padi dijaga dan dilayan seperti anak-anak
mereka dan mungkin lebih dari itu. Sawah padi dijaga daripada banjir dan kemarau,
tangkai padi bagaikan tengkuk anak-anak, tidak boleh berpatah, manakala setiap butir
isinya dijaga dan diawasi daripada dicuri burung-burung.
...daya jadikan latar belakang Ranjau Sepanjang Jalan yang dimainkan oleh dua watak
yang penting iaitu Jeha dan Lahuma. Kedua-dua nama ini memang wujud di kampung
kami dan mereka melambangkan kekayaan dalam kemiskinan. Kini Lahuma sudah mati.
3

Begitu juga Jeha. Mereka hanya petani kerdil yang tanam padi sekadar serelung dua
untuk menyara keluarga.
(Setitis Embun Semarak Api, m/s 18-19)
Penceritaan berdasarkan sebuah kisah benar dan gaya penceritaannya menjadikan
karya ini mampu menyentuh jiwa pembaca. Karya ni dipilih berdasarkan kerelevenan tema
dan latarnya. Hal ini kerana harga beras kini di pasaran seluruh dunia semakin meningkat
namun harga hasil tanaman padi yang dibeli daripada petani-petani tidak berganjak. Sekali
lagi kaum tani dihimpit satu lagi kesusahan. Mungkin bukan kesusahan dari segi teknologi
pertanian seperti yang dihadapi kaum tani pada waktu dahulu, tetapi dari segi tekanan
ekonomi global. Melalui pembacaan novel ini, setelah berlakunya peningkatan harga beras
ini, benar-benar terasa kesusahan yang ditanggung oleh mereka, dan barulah menyedari
kepentingan peranan mereka dalam kehidupan seharian kita.














4

2.0 PEMIKIRAN SHAHNON AHMAD DALAM NOVEL RANJAU SEPANJANG
JALAN
Sesebuah karya yang baik akan menjadi masterpiece kepada penulisnya. Karya-
karya agung ini lazimnya tidak akan berhenti dibincangkan oleh ahli-ahli sastera di institut-
institut pendidikan. Dalam proses membincangkan kekuatan sesebuah karya, aspek paling
penting yang perlu dinilai ialah bahagian pemikiran. Aspek pemikiran ini akan
membincangkan berkaitan kekuatan nilai dan kualiti isi serta mesej yang hendak
disampaikan.
Ranjau Sepanjang Jalan (RSJ) membawakan pemikiran Shahnon Ahmad terhadap
para petani di kampungnya. Penulis (Shahnon Ahmad) membawakan latar, watak dan
peristiwa yang benar dalam RSJ, dan ini menyebabkan pembawaan ceritanya memberikan
kesan kepada pembaca. Shahnon Ahmad ada mencatatkan dalam bukunya Setitis Embun
Semarak Api (2006: 18), Demikianlah suasana dan latar sewaktu novel saya RSJ dicipta.
Segalanya berlatar belakangkan kemiskinan yang menjadi kebiasaan hidup penduduk
kampung Banggul Derdap. Semuanya menjadi ilham yang begitu ghairah dan tajam bila
RSJ sedang dicipta. Tapi di tengah-tengah kemiskinan itu, terselit juga keseronokkan yang
sukar dilupakan. Dapat difahami bahawa penulis ingin menyampaikan bahawa kehidupan
dalam kemiskinan tidak semuanya membawa erti derita. Keharmonian dan kebersamaan
menjadikan kemiskinan itu sebuah kebahagiaan. Penulis menambah lagi bahawa kedua-
dua watak penting iaitu Jeha dan Lahuma memang wujud di kampungnya dan mereka
melambangkan kekayaan dalam kemiskinan. Namun, kini Lahuma dan Jeha sudah tiada.
Mereka hanya petani kerdil yang tanam padi sekadar serelung dua untuk menyara
keluarga.
Selain itu juga, novel RSJ telah dimulakan dengan sepotong ayat yang singkat tapi
membawa makna yang cukup bertenaga untuk memberikan gambaran secara kasar tentang
alam semesta yang akan sentiasa saling mempengaruhi rohaniah, emosi dan persekitaraan
fizikal yang diduduki oleh Lahuma sekeluarga. Mati hidup dan susah senang dipegang
oleh Tuhan. Dipegang oleh Allah Azzawajalla. (Halaman 1), mesej yang dibawa daripada
potongan ayat ini merupakan doktrin agama dan pegangan hidup, sikap patuh kepada
perintah Allah dan penyerahan diri kepada-Nya. Potongan ayat ini telah mengalami
perulangan bagi memberikan kesedaran kepada pembaca bahawa ia merupakan sebahagian
5

yang penting dalam kewujudan Lahuma yang diperjuangkan dengan bersungguh-sungguh
untuk kepentingan mereka.
Kehidupan di desa yang memerlukan pengorbanan tenaga dan kerja keras sering
terdedah kepada tragedi yang datangnya secara mendadak, memberikan hakikat yang
mengubah ukuran yang cenderung digunakan apabila hendak menilai jatuh-bangun dan
kualiti kehidupan secara umum. Novel ini secara tidak langsung memberikan gambaran
romantis dengan melakarkan gambaran suatu pandangan desa yang damai dan tenang.
Pembaca dikehendaki merasa bahawa semangat adalah diawasi dan harapan, walau
bagaimana kecil sekalipun nilainya, mungkin berakhir dengan kekecewaan. Memiliki
sesuatu itu dengan nilai yang sedikit sudah dianggap sebagai suatu rahmat. Hanya
kepercayaan kepada Allah sahaja yang sentiasa menjadi pegangan. Penulis telah mencipta
dunia fiksyennya yang menekankan akan kewujudan golongan tani yang kurang bernasib
baik.
Ciri-ciri kehidupan Lahuma, Jeha dan Sanah telah dibina menggunakan aspek-
aspek yang telah dipilih untuk memperkukuh dan memperdalamkan kesan melalui tema
dan pandangan berkaitan pergelutan hidup dengan pernyataan tidak ada jaminan bahawa
balasannya adalah setimpal dengan tenaga yang begitu banyak dicurahkan. Inti pegangan
agama yang diulang-ulang dengan tekanan yang sama di mana-mana saja bahagian dalam
RSJ ini terus memberikan penegasan tentang ketegangan yang tersembunyi di belakang
setiap peristiwa, tiap satunya berlaku di reluang. Ini memperjelaskan kekuatan tenaga
Lahuma yang kelihatan bersungguh-sungguh dan unik, begitu juga kaum tani yang lain.
Nasib seorang individu itu jelas dipengaruhi oleh alam semesta yang ditunjangi agama
Islam. Pengaruh ini bergerak di dalam konteks kehidupan para tani melalui beberapa
perintah yang agak mudah mengikat individu kepada Allah.
Turut ada dikemukakan bahawa tumpuan Shahnon adalah kepada dunia petani yang
suram. Ketika itu petani Melayu sekitar tahun 1960-an masih mengikuti cara-cara bertani
yang tidak banyak berbeza dari kehidupan zaman sebelumnya, yang masih banyak
bergantung seluruhnya kepada tanah, bergantung kepada penggunaan perkakas-perkakas
dan alat tradisi, yang masih menebal dengan nilai dan sikap lapuk serta mempertahankan
kepercayaan lama tentang corak hidup yang telah ditakdirkan. Konsepsi, penegasan dan
impak terakhir RSJ ini ialah penjelasan Shahnon tentang mengapa sukar bagi kaum tani
untuk berubah, untuk mencari tenaga-tenaga pembaharuan. Dalam keadaan ketika seluruh
6

cara kehidupan bergantung kepada kepercayaan yang begitu menebal, permodenan
bukanlah hanya bererti usaha memperkenalkan suatu teknologi baharu, pendidikan yang
tersekat-sekat, perubatan yang masih asing kepada kehidupan di Banggul Derdap yang
tersisih itu. Melainkan sikap umum, psikologi individu berubah secara radikal, maka corak
kehidupan seperti itu akan kekal selama beberapa generasi akan datang. Namun, secara
realitinya Banggul Derdap telah mengalami perubahan dan pembangunan, sebagaimana
kenyataan Shahnon dalam bukunya Setitis Embun Semarak Api (2006: 19), Kini wajah
Banggul Derdap sudah jauh berubah. Sawah sudah tidak wujud lagi kerana sawah sudah
habis dikambus untuk didirikan kilang-kilang. Kebanjiran tidak lagi dianggap bencana
kerana sungai dan caruk dijaga dengan baik. Kemarau pun tidak mengancam lagi kerana
ada air paip di sana sini. Penyakit pun tak melanda sehebat dulu lagi kerana sudah ada
hospital dan klinik. Padang bola pun sudah ada. Dan bolanya memang bola betul, bukan
dari limau kedangsa atau kelapa lagi.
Perubahan dan pembaharuan tidak dimasukkan dalam cereka RSJ. Namun ada juga
diselitkan sedikit iaitu berkaitan dengan jentera Tok Penghulu, tetapi kehadirannya seolah-
olah tidak membawa faedah dan tidak diberikan perhatian kerana tidak ramai yang mampu
menyewa jentera yang dapat menjimatkan banyak tenaga manusia ini. Kanak-kanak pula
berpeluang belajar ke sekolah hanya jika mereka dapat dilepaskan daripada tugas
membantu ibu bapa. Kewujudan satu keluarga tani, yang tersisih mungkin tidak dapat
diterima pembaca. Tetapi yang meyakinkan pembaca ialah apabila keluarga tani yang
tersisih daripada kehidupan bandar dan ini yang dikemukakan oleh novel RSJ. Sebagai
penutup, dapat dikatakan bahawa RSJ ini secara lahirnya menggambarkan kehidupan tani
yang begitu menyedihkan tetapi menarik tentang penderitaan manusia yang berterusan ini
diikuti dengan perjuangan yang tidak putus-putus di kalangan para petani tradisional
menentang bencana alam. Pada peringkat simboliknya, novel ini menceritakan tentang
kekacauan politik-ekonomi orang-orang Melayu sebagai golongan Bumiputera di
Malaysia. Andai simbolik ini difahami, ia memberikan petunjuk bahawa pemerasan kaum
kapitalis adalah sesuatu yang nyata dan merupakan masalah yang serius kepada petani-
petani Melayu. Kemudian masalah ini disertai dengan masalah sosio-politik, pada akhirnya
membentuk apa yang dikenali sebagai dilema Melayu.

7

3.0 ESTETIKA DAN KEPENGARANGAN NOVEL RANJAU SEPANJANG
JALAN
Setiap karya sastera itu mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri, sama ada
tahap tinggi atau rendah. Nilai estetika ini semestinya dapat dinikmati ketika membaca,
menghayati dan memahami setiap hasil karya. Aspek estetika ini sangat kuat dibincangkan
dalam bidang penulisan novel. Sepertimana dalam novel RSJ yang banyak memaparkan
keindahan kepada alam dan kehidupan manusia dengan nilai kehidupan masyarakat, sarat
dengan metafora dan gaya bahasa yang menarik serta indah. Keindahannya erletak pada
tema, persoalan, watak dan perwatakan yang hidup dan lincah, plot, latar masyarakat, nilai
dan pengajaran yang disampaikan.
Novel RSJ berlatarbelakangkan masyarakat kampung yang bertemakan kejatuhan
kaum petani Melayu. Ia menggambarkan satu masalah sosial kontemporari yang besar.
Bagaimanapun, novel ini tidak memberikan jawapan yang terang kerana ceritanya
bersimbolik. Pada zahirnya, tragedi Lahuma, hero novel ini disebabkan oleh kuasa-kuasa
alam, seperti ular, duri, hujan lebat, banjir, burung tiak dan sebagainya, namun semuanya
adalah simbol belaka. Sesetengah pembaca mentafsirkan bahawa kehidupan manusia
memang satu tragedi. Semuanya telah ditakdirkan oleh Tuhan. Mati hidup dan susah
senang dipegang oleh Tuhan, kata Lahuma. Konsep takdir ini yang melalui ini yang
digambarkan oleh Shahnon. Ini adalah analisa yang salah bagi kejatuhan kaum tani kita.
Kejatuhan itu bukan ditakdirkan tetapi berpunca daripada perkembangan ekonomi kapitalis
di negara kita. Pembolotan tanah oleh tuan-tuan tanah feudal dan kapitalis serta
pembolotan modal dan teknologi pertanian moden oleh kaum pemodal adalah punca
kejatuhan mereka. Novel ini sendiri sendiri sebenarnya meneriakkan pertanyaan
umpamanya melalui jeritan Jeha yang berpanjangan dan dahsyat itu,Siapakah yang boleh
menolong kaum tani kita? novel ini meninggalkan soalan itu tergantung tanpa jawapan
agar pembaca menjadi pemikir dan pemerhati.
Pengulangan lambang-lambang atau simbolisme wujud dan tidak akan terlepas
daripada pemerhatian pembaca yang tajam. Lambang-lambang yang dapat dilihat ialah
empat belas relung sawah padi kepunyaan Lahuma dan keluarga, enam relung sawah padi
jatuh ke tangan Cina, lintah, ular, ketam, banjir dan juga burung tiak. Pada zahirnya, empat
belas relung ini dikerjakan dan dijaga rapi oleh keluarga Lahuma dan tanah peninggalan
nenek moyang Lahuma ini merupakan baki dariapada jumlah asalnya sebanyak dua puluh
8

relung selepas enam relung jatuh ke tangan Cina. Pada tahap pengertian yang lebih tinggi,
empat belas relung itu mewakili tiga belas buah negeri di Malaysia, yang dipertahankan
bersungguh-sungguh daripada jatuh ke tangan penduduk-penduduk pendatang. Secara
kebetulan, keperluan untuk melindungi tanah ibunda dan kepentingan mereka yang
semakin merosot telah dirasakan secara meluas di kalangan orang-orang Melayu di sekitar
tahun-tahun sewaktu nivel RSJ ini mula dihasilkan. Oleh itu, dalam hubungan ini,
perjuangan lahiriah keluarga Lahuma dapat juga dilihat sebagai mewakili perjuangan
sosio-politik orang-orang Melayu dan keengganan Lahuma menyerahkan tanahnya dapat
dilihat sebagai keengganan orang-orang Melayu atau golonga Bumiputera menyerahkan
tanah ibunda mereka kepada kaum pendatang.
Aspek yang menarik dalam novel RSJ ini ialah ritma. Kelebihan pergerakan ritma
yang menyeluruh merupakan faktor yang paling menarik dalam novel ini dan berfungsi
dari memberi unsur-unsur yang menyegarkan dan memeranjatkan hingga memberi kepada
memberi kekuatan dan perkembangan makna. Ritma dalam novel RSJ ini dapat dilihat
pada pengulangan perkataan-perkataan penting, seperti Allah, rezeki, tiak, ketam dan
banjir. Dari awal hingga akhir cerita, pasti akan sentiasa menemui perkataan Allah dan
rezeki. Ini kerana Lahuma dan isterinya Jeha sering mengaitkan kedua-dua perkataan itu.
Malahan, sehingga ke akhir cerita, apabila Sanah sendirian untuk menanggung kesusahan
hidup pun, kedua-dua perkataan ini masih ditimbulkan. Pengulangan ini berkaitan dengan
ketiga-tiga watak dan ini menunjukkan bahawa adanya perjangkitan terhadap kepercayaan
tertentu dalam kalangan para petani tradisi. Secara tidak langsung, pengulangan ini
membantu penekanan makna dan implikasi kepercayaan tersebut kepada masyarakat petani
di situ.
Satu lagi nilai estetika yang dapat dilihat dalam novel RSJ ini ialah Shahnon
menggunakan teknik pertukaran pusat kesedaran. Teknik ini sesuai digunakan dengan
corak pertukaran watak utama yang diadakan oleh Shahnon. Apabila tiga watak uatam
memegang peranan aktif masing-masing menurut giliran yang teratur, pusat kesedaran
dalam cerita ini secara tidak langsung turut bertukar dari satu watak kepada satu watak
yang lain dari semasa ke semasa. Pada bahagian awal, cerita disampaikan melalui
kesedaran Lahuma. Apabila Lahuma mati, Jeha mengambil alih tempatnya, dengan
demikian kisah ini disampaikan melalui fikirannya. Apabila Jeha menjadi gila, Sanah
terpaksa menjaga sawah padi, adik-adiknya dan juga ibunya, cerita ini akhirnya
disampaikan melalui kesedaran seorang gadis yang dibebani oleh tanggungjawab dan
9

penderitaan. Teknik ini berjaya digunakan terhadap sudut pandangan novel itu sendiri,
iaitu sudut pandangan maha tahu. Teknik ini membantu memperdalamkan kesan
perwatakan secara keseluruhannya. Akhir sekali dan yang paling penting, teknik ini
membolehkan semua watak utama benar-benar sedar tentang perjuangan mereka yang
tidak berkesudahan dan penderitaan mereka yang tidak putus-putus, sekaligus menjadikan
pembaca lebih bersimpati terhadap mereka.
Banyak teknik penulisan yang baru lagi halus telah digunakan oleh Shahnon untuk
menjadikan karyanya sebagai satu hasil seni yang indah, dan juga untuk menyampaikan
mesejnya kepada pembaca. Satu daripada teknik yang digunakan dengan meluas ialah
ritma. Novel RSJ dalam bentuk asalnya penuh dengan gaya bahasa yang hidup sehingga
jika berlaku sedikit perubahan akan merosakkan seluruh struktur penulisan novel tersebut.














10

4.0 NILAI BUDAYA DAN PANDANGAN HIDUP NOVEL RANJAU SEPANJANG
JALAN
Novel RSJ ini dipilih kerana ia mencerminkan nilai budaya bangsa. Namun, nilai
budaya bangsa yang diterapkan di dalam novel RSJ ini berbeza dengan nilai nudaya
bangsa masa kini. Ini kerana novel RSJ mencerminkan nilai budaya bangsa masyarakatnya
yang berlaku beberapa tahun den dekad kebelakangan. Latar masa menjadi faktof
perubahan sama ada dari segi landskap alam semulajadi mahupun pandangan dunia
masyarakatnya seperti pemikiran, amalan kerja, kepercayaan, sikap dan sebagainya yang
membentuk nilai budaya masyarakat pada sesuatu masa atau zaman. Bagaimanapun
perbezaan budaya bangsa tersebut tidak akan menjadi masalah kepada pembaca jika
penggarapan cerita dan gambaran yang diberikan dilakukan dengan sangat baik dan teliti.
Nilai budaya bangsa dapat dilihat pada perenggan ini melalui keharmonian dan
keutuhan latar masyarakat yang digambarkan oleh Shahnon:
Bila kenduri kendara waktu ada kematian atau perkahwinan, kami begitu
bergembira dan kadang-kadang berlawak sampai ke petang. Anak-anak muda kami juga
rajin bermain bola di sawah bila habis mengetam, tapi bolanya bukanlah bola biasa. Kami
ambil buah limau kedangsa ataupun buah kelapa untuk dijadikan bola. Banyak juga
antara kami yang belajar silat; baik silat gayung, silat cekak, gayung patani dan silat
harimau. Ada yang bermain gasing, main wau dan banyak yang bersabung ayam pupuh
sehingga setiap rumah boleh dikatakan ada saja ayam pupuh yang dipelihara.
Nilai budaya bangsa yang digambarkan ini berbeza dengan budaya bangsa kini
apabila Shahnon ada menyatakan dalam bukunya Setitis Embun Semarak Api bahawa latar
budaya pada zaman kini telah berubah kerana berlakunya proses pemodenan. Jika
diperhatikan kebanyakan novel novel hasil tulisan Shahnon berkisarkan dengan isu
sosial, iaitu kemiskinan dalam masyarakat luar bandar, kisah kisah politik dan
sebagainya. Falsafah penulisannya paling banyak adalah berkaitan dengan isu kemiskinan.
Persoalan kemiskinan sering diutarakan dalam novel-novel Shahnon kerana beliau sudah
sebati kemiskinan. Beliau sendiri hidup dalam keluarga yang miskin, sanak saudaranya
serta masyarakat di sekelilingnya juga miskin. Dalam novel RSJ pula menceritakan tentang
kehidupan kampung yang berlatarbelakangkan kampung beliau. Novel ini menceritakan
kisah keluarga Jeha dan Lahuma. Padi yang ditanam mereka musnah sebendang kerana
diserang oleh ketam. Lahuma pula tertusuk duri menyebabkan kakinya membengkak dan
11

bernanah menjadi busuk. Isterinya Jeha telah berkorban untuk merawat penyakit Lahuma
yang kritikal pada ketika itu. Ketam yang menyerang padi pula membawa maksud si
pemiutang yang datang mengambil padi mereka yang masih muda sebagai bayaran hutang.
Tema kemiskinan yang ditonjolkan dan digarap dengan baik dalam novel mampu
membawa pembaca menyelami penderitaan dan kepayahan golongan yang miskin. Dalam
novel ini, Shahnon mengutarakan mengenai kekolotan pemikiran masyarakat kampung
telah menyebabkan mereka sukar untuk mendapat pembangunan. Shahnon juga
menyelitkan sikap penduduk kampung yang mudah menyerah semasa ditimpa kesusahan.
Perkara ini bertujuan untuk menyedarkan mereka dari berfikiran kolot.
Dapat dikatakan bahawa pengarang yang menghasilkan novel ini sememangnya
mempunyai bakat, daya kreativit dan persepsi yang tinggi terhadap realiti semasa
masyarakat dan persekitaran terutama pada konteks zamannya. Mereka juga menguasai
teknik dan unsur penceritaan karya kreatif imaginatif dengan baik untuk mencitrakan
semula realiti sebagai cerminan dan bayangan nilai budaya masyarakat bangsanya dalam
bentuk karya sastera.
Kesimpulannya, karya Shahnon Ahmad sangat berkualiti kerana beliau bijak
mempersembahkan pemikiran beliau terhadap sesuatu isu dengan kreatif dan mampu
membawa pembaca menyelami sendiri kehidupan yang digambarkan dalam novel. Novel
novel yang ditulis kebanyakannya berkisarkan tentang kemiskinan dan beliau mahu
masyarakat dan golongan pemimpin membuka mata terhadap segelintir golongan miskin di
luar bandar. Hasil garapan penceritaan beliau membuktikan bahawa Shahnon Ahmad
merupakan seorang yang sangat peka dan berjiwa rakyat. Beliau turut melakukan kritikan
sosial dalam novelnya serta mengkritik pemimpin pemimpin yang tidak telus
menjalankan tanggungjawab mereka. Setiap hasil penulisan beliau sebenarnya
memperjuangkan sesuatu perkara yang berperang dalam dirinya. Beliau meluahkannya
melalui penulisan.




12

5.0 RUMUSAN
Karya-karya sastera yang dihasilkan oleh Shahnon Ahmad tidak dapat lagi
dinafikan akan kehandalannya dalam penggarapan cerita dan gambaran dalam setiap karya
yang dihasilkan. Kerana itu ramai pengkritik-pengkritik sastera telah terpesona dengan
kehandalan teknik Shahnon, keragaman dan kesuburan idea-ideanya dan tenaga kreatifnya.
Semua aspek kebolehan ini telah diperlihatkan di dalam novel RSJ dan merupakan contoh
novel yang paling baik hingga ini yang menggambarkan tentang keahlian tekniknya. Cara-
cara mengulang, melukis kesakitan dan kengerian secara realistik dan menimbulkan
tragedi demi tragedi telah digunakan dengan bijaknya dengan kesan yang mendalam dan
kadang-kadang menakutkan di dalam novel ini. Isinya mendedahkan sebuah kehancuran
para petani kecil, apabila hasil daripada tenaga mereka yang halal dan perjuangan mereka
yang adil dinafikan.
Novel ini ingin menonjolkan tragedi dalam kalangan petani-petani kecil pada ketika
itu. Keluarga petani sembilan orang ini mengerjakan sawah padi mereka setiap tahun
dengan perjuangan yang gigih dan kepayahan berhadapan dengan tenaga-tenaga alam
untuk mempertahankan tanah dan demi sesuap nasi. Perkisahan perjuangan keluarga tani
ini dikelilingi oleh tenaga-tenaga alam yang tidak mempunyai belas kasihan. Allah sentiasa
wujud di dalam kehidupan mereka, secara konkritnya boleh diertikan akrabnya seperti
seorang kawan, yang memberikan kekuatan kepada mereka untuk mendepani ujian yang
diterima. Bagaimanapun, mereka mempunyai komuniti masyarakat yang baik hati yang
sekali sekala muncul memberi bantuan yang perlu, tetapi mereka tidak mempunyai
hubungan-hubungan yang mesra dengan mereka.
Shahnon patut dipuji kerana telah menggambarkan watak Lahuma dan Jeha sebagai
manusia petani yang takut kepada Tuhan, teguh hati, rajin, sabar dan berani. Ia mengubah
sama sekali pandangan-pandangan negatif yang mengatakan mereka malas, mundur dan
tidak mempunyai daya utama. Semangat perjuangan Lahuma dan Jeha dilukiskan sebagai
satu simbol keberanian dan kegigihan petani-petani yang berjuang bagi mempertahankan
hak-hak mereka. Kerana Shahnon hampir dan kenal dengan subjek-subjeknya, maka
lakaran masalah-masalah petani-petani yang dinyatakan tidak dapat dinafikan. Tenaga-
tenaga alam dinyatakan seperti musuh yang kejam, bagaimanapun alam sebenarnya tidak
boleh dianggap sebagai musuh manusia. Seperti yang dinyatakan sebelum ini bahawa
novel ini boleh menjadi sebuah simbolik kepada manusia-manusia penindas.
13

Di dalam dunia nyata, petani-petani berjuang melawan tuan-tuan tanah dan
kapitalis-kapitalis orang tengah yang menindas. Kehancuran yang dilakarkan oleh Shahnon
sebenarnya boleh diatasi dengan perjuangankaum tani bersama-sama rakyat progresif yang
lain untuk menghapuskan sistem penindasan ini. Dapat disimpulkan bahawa RSJ adalah
sebuah karya yang aneh, ngeri dan pesimis kerana ia satu gambaran realiti yang
diterbalikkan dan dipesongkan. Ia indah, tetapi gelap dan menakutkan. Ia penuh dengan
rasa kasih sayang kepada para petani, tetapi tidak menunjukkan jalan keluar bagi mereka.
Ia umpama satu sumpahan yang digambarkan melalui jeritan Jeha sepanjang malam.

















14

BIBLIOGRAFI
Buku

Safiah Hussain, Mohd. Thani Ahmad dan Ahmad Kamal Abdullah. (1984). Tanggapan
Pembicaraan Karya-karya Shahnon Ahmad. Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Shahnon Ahmad. (2006). Setitis Embun Semarak Api. Selangor Darul Ehsan: Alaf21 Sdn.
Bhd.


Esei/Kritikan

Achdiat Karta Mihardja. Ranjau Sepanjang Jalan. Dewan Sastera. Jun 1972.

Ainon Muhammad. Wawancara Ainon Muhammad dengan Adibah Amin Sekitar
Penterjemahan Novel Ranjau Sepanjang Jalan. Dewan Sastera. April 1975.

H.B. Jassin. Ranjau Sepanjang Jalan: Novel Ketiga Shahnon Ahmad. Horison. September
1968.

Kassim Ahmad. Ranjau Sepanjang Jalan Karya yang Aneh. Sukses Bil. 9. 1974.

Mohd. Yusof Hasan. Tinjauan Selayang Pandang Ranjau Sepanjang Jalan. Mastika.
Disember 1968.

Siti Hawa Salleh. Dari Kelab Kritik Pena: Ranjau Sepanjang Jalan Karya Shahnon
Ahmad. Dewan Bahasa. Disember 1968.

Umar Junus. Ranjau Sepanjang Jalan. Dewan Bahasa. Disember 1968.

Kajian

Mohd. Ali Muda. (1972). Ulasan Novel Ranjau Sepanjang Jalan. Kota Bharu: Pustaka
Aman Press.

Mohd. Yusof Hasan. (1971). Ranjau Sepanjang Jalan: Suatu Kajian. Alor Setar: Dinas
Penerbitan Pustaka Sekolah.

Umar Junus. (1971). Ulasan dan Kajian Ranjau Sepanjang Jalan. Kuala Lumpur: Pustaka
Melayu Baru.

Yahaya Ismail. (1971). Sorotan dan Kajian Ranjau Sepanjang Jalan. Singapura: Pustaka
Nasional.