Anda di halaman 1dari 23

30 PANDUAN SAHAM

VANNESS YONG KAI XIANG


http://sahaminvestment.com
FACEBOOK COMMUNITY SAHAM INVESTMENT
Copyright Vanness Yong Kai Xiang, Stock Speculator 2014

2 | P a g e

NOTIS






Penerbit telah berusaha sebesar mungkin untuk menjadi penulisan e-book ini tepat dan
lengkap. Walaupun segala percubaan telah dibuat untuk mengesahkan maklumat yang
disediakan dalam penerbitan ini adalah tepat dan lengkap, tetapi penerbit tidak
bertanggungjawab ke atas kesilapan, peninggalan, atau tafsiran yang bertentangan dengan
perkara subjek di sini.
Dalam buku-buku nasihat praktikal, tiada jaminan pendapatan/ keputusan yang dibuat.
Semua pembaca diperingatkan bahawa anda harus sentiasa bergantung kepada
pertimbangan sendiri dalam keadaan masing-masing dan ambil tindakan yang sewajarnya.
Tujuan e-book ini adalah perkongsian maklumat sahaja tetapi tidak boleh digunakan
sebagai sumber undang-undang, perniagaan, perakaunan, atau nasihat kewangan. Semua
pembaca dinasihatkan supaya mendapatkan khidmat profesional dalam bidang undang-
undang, perniagaan, perakaunan dan kewangan.








Tujuan eBook ini adalah memberi panduan teknikal kepada pelabur dalam
jual beli saham. Saya berusaha dalam pelbagai saluran supaya pengetahuan
pelaburan yang saya kuasai boleh disampaikan kepada semua orang. Demi
mencapai tujuan ini, anda berhak memberikan ebook yang istimewa ini
kepada sesiapa yang sesuai, selagi anda TIDAK mengubah kandungan
ebook ini dalam apa jua cara.

Copyright Vanness Yong Kai Xiang, Stock Speculator 2014

3 | P a g e

Penghargaan
Bersyukur kepada peluang yang diberikan dalam perkongsian kajian saya dengan
semua pembaca. Tidak dapat dinafikan bahawa proses kajian dan pembelajaran adalah
perjalanan yang panjang dan memerlukan usaha yang gigih. Semua usaha ini adalah
berbaloi sekiranya kajian saya boleh membantu pelabur dan menjadi panduan pelaburan
mereka.
Tujuan saya adalah menyampaikan ilmu pelaburan kepada masyarakat kita, tujuan
ini tidak akan tercapai tanpa kesudian pembaca melanggan kepada Newsletter, laman
web dan muat turun e-Book saya. Dengan ini saya merakamkan terima kasih kepada
pembaca e-book ini, pencapaian anda dalam pelaburan adalah balasan yang terbaik
kepada usaha saya. Di sampingan itu, saya juga ucapkan ribuan terima kasih kepada ahli
keluarga saya, terutama ibu dan girlfriend saya atas sokongan yang diberikan sepanjang
perjalanan pelaburan saya. Persefahaman dan kesayangan mereka telah memberi banyak
masa dan sokongan kepada saya supaya menjayakan penulisan e-book ini.
Di sini, saya juga menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada guru pelaburan yang berikut.
Leon Hu ()
Jessie Livermore
George Soros
Cao Ren Chao ()
Perkongsian mereka dalam ilmu pelaburan telah memanfaatkan saya. Belajar ilmu guru
pelaburan dibagaikan seperti pendirian di atas bahu gergasi, saya dapat mencari cara unik
sendiri dengan bantuan penemuan mereka.
Akhir sekali, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada perisian carta, ChartNexus.
Perisian yang percuma telah dibekalkan oleh pihak ChartNexus. Semua carta saham yang
saya lampirkan dalam e-book ini adalah datang daripada perisian ChartNexus. Fungsinya
yang mudah dan cekap telah mempercepatkan proses penulisan saya.
Semoga usaha kajian seumpama ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa dan
hasil kajian boleh dimanfaatkan oleh semua pelabur ke arah merealisasikan hasrat
kebebasan kewangan.
Copyright Vanness Yong Kai Xiang, Stock Speculator 2014

4 | P a g e

Pengenalan
Sebelum berkongsi kajian pelaburan saham saya, saya ingin memperkenalkan diri
dulu. Nama saya ialah Yong Kai Xiang, datang dari Melaka. Saya seorang graduan
degree kejuruteraan pembuatan, Universiti Sains Malaysia. Walaupun major pelajaran
saya ialah kejuruteraan tetapi saya tidak berminat dalam bidang ini. Saya berasa bosan
terhadap pelajaran kejuruteraan. Tetapi, bersyukurnya saya mendapati dunia pelaburan
yang menaik telah mencetus minat saya yang kuat terhadapnya. Saya mula melabur
saham semasa belajar di universiti. Kerugian yang dialami telah memperkukuhkan niat
saya untuk berjaya dalam bidang ini, manakala keuntungan yang dijanakan adalah
balasan kepada usaha gigih saya.

Minat pelaburan saya tidak berhenti pada diri sendiri sahaja, tetapi saya ingin
menyampaikan ilmu pelaburan yang betul kepada masyarakat. Saya percaya kebebasan
kewangan lebih mudah tercapai melalui bidang pelaburan dan perniagaan. Tetapi, bukan
semua orang mempunyai sikap dan fikiran yang sesuai menjadi peniaga, manakala
kejayaan pelaburan boleh dicapaikan melalui konsep dan teknik yang betul. Oleh itu,
saya telah pilih jalan ini dan bersumpah mesti mencapai kejayaan dalam bidang ini.

Hari ini, motivasi yang dorang saya tubuhkan Saham Investment bermula apabila
saya mendapati sumber yang sedia ada untuk masyarakat tempatan dalam bidang
pelaburan adalah amat terhad. Jadi, saya berimpian dan berusaha untuk meningkatkan
kesedaran dan kejayaan masyarakat tempatan dalam bidang pelaburan.

Sebelum kita melaburkan wang dalam sebarang pelaburan, kita mesti tahu dan
faham tentang risiko yang wujud. Sebenarnya, risiko pelaburan saham datang dari saham
bermasalah, ia dibagaikan seperti perangkap yang akan menarik perhatian pelabur supaya
melabur wang dalamnya. Oleh itu, saya ingin berkongsi kajian saya, 10 jenis saham
bermasalah supaya anda boleh menghindari diri daripada risiko yang terbenam di dalam
Copyright Vanness Yong Kai Xiang, Stock Speculator 2014

5 | P a g e

pasaran. Risiko anda mesti berkurang selepas tahu 10 jenis saham bermasalah yang
dibincang kemudian.

Saya merupakan seorang peminat analisa teknikal. Sebelum saya berkenal dengan
analisa teknikal, saya memegang prinsip analisa fundamental yang kukuh dalam
pelaburan saham. Dalam aplikasi analisa fundamental, saya telah melabur dalam syarikat
yang berprestasi cemerlang dan berstatus kewangan yang baik. Apa yang menghairankan
saya adalah saham saya tidak naik tetapi yang naik adalah saham syarikat lain yang
berstatus kurang baik. Persoalan ini telah lama mengganggukan saya. Akhirnya,
persoalan ini dapat dijawab dengan pengetahuan analisa teknikal.

Dari segi analisa teknikal, harga dibagaikan sebagai kapal, manakala volume
dibagaikan air laut. Hanya saham yang terdapat volume akan naik. Kedudukan kapal
akan semakin rendah jika air laut surut; sebaliknya kedudukan kapal semakin tinggi
semasa air laut pasang. Konsep yang saya memperkenalkan di sini adalah prinsip utama
dalam analisa teknikal. Selepas faham konsep ini, anda akan lebih mudah memahami
panduan yang saya bincangkan kemudian.

Kerugian yang saya alami telah menyakitkan hati saya, tetapi ia juga merangsang
niat saya belajar dan mengkaji pelaburan saham. Saya telah merumuskan panduan
pembelian dan penjualan saham daripada kajian dan pratikal saya. Harapkan panduan
yang saya berikan dalam eBook ini boleh mengurangkan kerugian yang anda alami dan
mempercepatkan proses pembelajaran anda. Semoga anda suka dan dapat manfaat
daripada panduan yang saya berikan.

Happy learning. Happy investing.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di vanness@sahaminvestment.com


Copyright Vanness Yong Kai Xiang, Stock Speculator 2014

6 | P a g e

10 Jenis Saham Bermasalah

1. Syarikat asyik menerbitkan berita/pengumuman yang baik, volume saham telah
dirangsangkan dan meningkat. Sementara itu, harganya tidak naik tetapi turun.
(Kemungkinan besar terdapat pihak tertentu ingin melepaskan saham dalam
tangannya, jadi mereka ambil kesempatan dalam penerbitan berita baik untuk
menarik perhatian orang ramai membeli saham syarikat.)

2. Syarikat yang tidak mengakui desas-desus yang buruk, tetapi sahamnya telah
bereaksi kepada berita tersebut. Tambahan lagi, kejatuhan sahamnya telah berlaku
selama 1 bulan.
(Hanya pihak syarikat boleh membezakan berita yang disebarkan itu benar atau
palsu. Kejatuhan saham yang lama telah menggambarkan pihak tertentu sedang
jual sahamnya, kemungkinan besar pihak syarikat yang lepaskan sahamnya
secara diam-diam.)

3. Syarikat yang kreditnya berkembang pesat untuk labur dalam bidang yang tidak
berkenaan dengan perniagaannya, seperti pembinaan bangunan yang mewah.
(Kredit yang berkembang pesat akan membebankan kewangan syarikat,
penggunaan kredit yang salah akan merosotkan masa depan syarikat.)

4. Tren sektor telah menuju ke bawah, kebanyakan saham sektor itu telah turun
banyak, tetapi antaranya terdapat saham yang bereaksi berlainan, naik secara
drastik.
(Kenaikan saham dalam sektor yang lemah selalu merupakan perbuatan sengaja
pihak tertentu, mereka telah alami kerugian dalam trend turun, jadi mereka ingin
menaikan prestasi saham supaya menarik orang ramai beli sahamnya supaya
mereka boleh ambil kesempatan ini lepaskan sahamnya.)

5. Saham yang asyik dijual oleh badan perusahaan dan institusi kewangan, yang
lebih-lebih lagi ialah kejatuhan saham tersebut tidak berhenti.
(Saham yang dijual oleh institusi kewangan/pelaburan, sudah tentulah saham
tersebut bermasalah. Kadang-kala masalah tersebut masih tidak diketahui oleh
orang ramai, tetapi institusi pelaburan boleh menguasai informasi yang terbaru,
mereka akan ambil langkah cepat untuk lepaskan saham dulu.)

6. Banyak judul telah dianugerahkan kepada CEO syarikat sehingga beliao terlalu
antusias kepada kegiatan awam, dan tidak fokus dalam perniagaan syarikat.
(Pemimpin syarikat yang sibuk dengan perkara lain tetapi tidak fokus dalam
perniagaannya. Sudah tentulah prestasi syarikatnya akan terjejas.)




Copyright Vanness Yong Kai Xiang, Stock Speculator 2014

7 | P a g e

7. Syarikat yang selalu mengisukan obligasi konversi dan right issue untuk meminta
wang daripada pelabur. Ekuiti syarikat cepat berkembang, tetapi pendapatan
syarikat tidak bertambah.
(Penerbitan obligasi dan right issue bertujuan untuk mengumpul wang pelabur
untuk mengembangkan perniagaan supaya pulangan pelabur ditingkatkan. Pihak
syarikat patut mendatangkan lagi banyak pulangan supaya tidak mengecewakan
pelabur. Sekiranya pendapatan syarikat tidak meningkat, maka pulangan pelabur
akan berkurang.)

8. Tema/topik yang sama diulangi untuk spekulasi saham.
(Pihak utama ingin guna tema/topic yang sama untuk ambil kesempatan dalam
spekulasi saham.)

9. Saham yang perniagaannya kurang baik, tambahan pula, volume selalu berada
pada paras rendah.
(Saham yang lemah susah menarik perhatian pelabur. Volume yang kurang, tiada
wang mengalir ke dalam kaunter itu, maka prestasinya tidak mungkin akan
menjadi baik. Modal pelabur selalu terperangkap dalam saham yang lemah.)

10. Pemegang saham utama (pengasas, bank, institusi kewangan) asyik menjual
saham syarikatnya. Mereka pandai mencari alasan untuk menjelaskan sebab
penjualannya supaya melegakan hati pelabur.
(Tindakan pemegang saham utama akan menggambarkan keyakinan mereka
terhadap masa depan syarikat.)













Copyright Vanness Yong Kai Xiang, Stock Speculator 2014

8 | P a g e

10 Signal Pembelian
1. Dalam suasana pasaran yang kurang baik, berita buruk yang berkenaan dengan
saham diterbitkan.
Harga saham bukan sahaja tidak turun tetapi naik.
Volume meningkat secara ketara.
(Saham sudah kebas terhadap berita buruk, pihak penjualan sudah habis jual
sahamnya, tekanan penjualan hanya tinggal sikit.)

2. Perhatian kepada saham yang terbesar dan kedua terbesar dalam sektor tertentu.
Kedua-dua saham tersebut telah naik secara drastik.
Kedua-dua saham tersebut naik 3 hari berturut-turut.
Kedua-dua saham tersebut naik 4 hari daripada 5 hari perdagangan.
(Hal ini menunjukkan tren kenaikan sektor ini telah mula, saham lain dalam
sektor ini juga akan menyertai tren kenaikan ini.)

3. Saham yang dalam tren turun memberikan isyarat berikut:
Volume mingguan berkurang secara drastik (hanya tinggal 30% daripada
volume mingguan sebelumnya).
Saham telah berhenti jatuh.
Saham mula naik secara perlahan.
(Dalam tren turun, saham yang berhenti jatuh dan volume berkurang secara
drastik menunjukkan pemegang saham tidak ingin jual sahamnya, hanya sikit
tekanan penjualan yang wujud. Peluang beruntung telah wujud jika saham ini
mula naik secara perlahan.)







Copyright Vanness Yong Kai Xiang, Stock Speculator 2014

9 | P a g e

4. Ketiga-tiga garisan Simple Moving Average 5, 10 dan 15 hari bergerak ke atas
dengan serentak.
(Ketiga-tiga garisan SMA bergerak serentak menunjukkan momentum yang kuat.)

5. Saham bergerak dalam segi tiga yang semakin sempit, saham mengatasi garisan
atasan bersama dengan volume yang besar.


Copyright Vanness Yong Kai Xiang, Stock Speculator 2014

10 | P a g e

6. Selepas kejatuhan drastik selama beberapa hari, kemungkinan besar kejatuhannya
telah berakhir sekiranya candlestick yang terbentuk berciri:
Buka pada paras yang lebih rendah.
Ekor bawah yang panjang.
Volume yang tinggi wujud.

7. Saham yang telah naik banyak dan alami correction, tetapi saham berjaya
mengatasi titik ketinggian yang baru-baru ini.

Copyright Vanness Yong Kai Xiang, Stock Speculator 2014

11 | P a g e

8. Saham yang dalam keadaan tidur, tetapi carta mingguan telah menunjukkan
Kenaikan selama 2 minggu berturut-turut
Volume mingguan yang lebih tinggi

9. Saham berjaya mengatasi paras penting, iaitu tahap atas dalam gerakan kotak,
bersama dengan volume yang tinggi. Sebagai tambahan, saham berjaya berdiri di
atas kotak untuk tiga hari yang berikutnya.

Copyright Vanness Yong Kai Xiang, Stock Speculator 2014

12 | P a g e

10. Volume selalu berada pada tahap yang rendah, tetapi ciri-ciri yang berikut telah
muncul:
Volume yang terbentuk lebih 3 kali ganda tinggi daripada volume purata 5
hari yang lalu.
Harga saham itu naik pada hari tersebut.


Copyright Vanness Yong Kai Xiang, Stock Speculator 2014

13 | P a g e

10 Signal Penjualan
1. Selepas volume yang sangat besar muncul, tiada volume yang lagi besar muncul
dalam 10 hari perdagangan yang berikutnya.
(Volume sedang surut, harga akan mengikutnya.)

2. Candlestick hitam yang buka tinggi, tutup rendah muncul untuk 2 hari berturut-
turut.
(Keadaan buka tinggi merupakan signal bullish yang disebabkan keinginan
beli yang kuat. Malangnya, situasi yang bullish ini bertutup dengan kejatuhan,
hal ini jelas menunjukkan saham itu telah alami tekanan penjualan yang besar.)

3. Kejatuhan saham telah melebihi 15% dari titik tertinggi.
(Kejatuhan saham yang kurang daripada 15% adalah normal correction,
sebaliknya, lebih 15% adalah signal yang bahaya.)

4. Selepas saham naik sebanyak 30%, simple moving average 10 hari tidak
bertenaga untuk naik lagi dan arahnya tuju ke bawah dengan jelas sekali.
(Kenaikan 30% merupakan titik jualan ideal dalam jangka pendek. Kebanyakan
pelabur jangka pendek akan jual sahamnya selepas beruntung 30%.)

5. Dalam carta mingguan, candlestick putih yang panjang diikutkan oleh satu
candlestick hitam, terutamanya candlestick putih yang terbentuk bersama dengan
volume besar.

Copyright Vanness Yong Kai Xiang, Stock Speculator 2014

14 | P a g e

6. Candlestick hitam yang berekor atas panjang terbentuk bersama dengan volume
yang tinggi.


7. Saham telah bergerak dalam kotak selama suatu tempoh, ia jatuh ke bawah kotak
dan gagal melantun balik ke kotak untuk 3 hari yang berikutnya.


Copyright Vanness Yong Kai Xiang, Stock Speculator 2014

15 | P a g e

8. Dalam carta mingguan, candlestick hitam yang terbentuk telah cover candlestick
putih sebelumnya.


9. Pembentukan corak carta M yang puncak kanannya lebih rendah, seterusnya
saham jatuh ke bawah neckline.

Copyright Vanness Yong Kai Xiang, Stock Speculator 2014

16 | P a g e

10. Saham jatuh ke bawah paras terendah doji.
(Ekor atas & bawah doji semakin panjang, kesannya semakin ketara.)



Copyright Vanness Yong Kai Xiang, Stock Speculator 2014

17 | P a g e

Epilog
Dalam e-book ini, saya telah merumuskan sebanyak 30 panduan saham yang
boleh mengurangkan risiko dan meningkatkan pulangan pelaburan anda. Panduan ini
bukan 100% betul pada setiap masa. Formula yang 100% betul tidak wujud di dunia ini.

Panduan ini merupakan kajian statisitk yang bernilai rujukan tinggi. Jika anda
mematuhi panduan di atas, anda akan mendapat manfaat dalam masa jangka panjang.
Isyarat pembelian yang dibekalkan boleh membantu anda mengenalpasti peluang
beruntung telah wujud, manakala signal penjualan boleh membantu anda elakkan diri
daripada tren turun dan melindung keuntungan anda. 10 jenis saham bermasalah yang
tersenarai pula boleh mengelakkan anda terperangkap dalam penipuan pihak tertentu.

Selain itu, perdagangan saham sebenarnya adalah perniagaan, kadang-kala
pelabur akan mengalami kerugian. Kerugian adalah kejadian semula jadi dalam
perniagaan. Tiada perniagaan yang boleh sentiasa beruntung. Oleh itu, pelabur harus
menerima hakikat ini dan berfikiran terbuka terhadap kerugian. Sentiasa mengkaji
kesilapan sendiri dan berusaha untuk mengubahsuainya serta jangan ulangi kesilapan
dulu.

Akhir sekali, saya yakin anda merupakan orang yang percaya ilmu yang
membawa kepada kekayaan. Takdir dipegang dalam tangan kita. Golongan kaya ambil
tindakan untuk lengkapkan dirinya dengan ilmu dan mentaliti yang betul untuk mengejar
impiannya; manakala, golongan miskin hanya mengejar impiannya dalam mimpi tetapi
tidak bertindak. Sekarang, anda telah menggunakan masa untuk habis baca e-book ini.
Tindakan anda yang mengejar ilmu akan mendatangkan pulangan yang lumayan. Anda
telah bertindak untuk menuju ke arah kejayaan.




p/s: Tunggu! Frasa-frasa guru pelaburan yang saya gemari telah dikumpulkan dan terkandung dalam
bahagian terakhir e-book ini. Semua ini hadiah kepada anda. Harap anda suka!
Copyright Vanness Yong Kai Xiang, Stock Speculator 2014

18 | P a g e

Frasa Warren Buffett
Rule No.1: Never lose money.
Rule No.2: Never forget rule No.1
Peraturan 1: Jangan rugi wang.
Peraturan 2: Jangan lupa peraturan 1.

Price is what you pay. Value is what you get.
Harga adalah apa yang anda bayar. Nilai adalah apa yang anda dapat.

I never attempt to make money on the stock market. I buy on the assumption that they
could close the market the next day and not reopen it for five years.
Saya tidak cuba untuk beruntung dalam pasaran saham. Saya beli saham atasandaian
bahawa pasaran saham akan tutup pada hari berikutnya dan tidak berniaga selama lima
tahun.

Risk comes from not knowing what you are doing.
Risiko berpunca daripada ketidaktahuan anda tentang apa yang sedang lakukan.

We simply attempt to be fearful when others are greedy and to be greedy only when
others are fearful.
Kami hanya cuba menjadi takut ketika orang lain tamak dan hanya menjadi tamak ketika
orang lain takut.

Look at market fluctuations as your friend rather than your enemy.
Anggap naik turun pasaran sebagai rakan anda tetapi bukan musuh anda.

I try to buy stock in businesses that are so wonderful that an idiot can run them.Because
sooner or later, one will.
Saya akan cuba membeli saham yang perniagaannya cukup mudah supaya bodoh juga
boleh jalankannya. Hal ini kerana lambat laun seseorang yang bodoh akan
mengoperasikan syarikat itu.

If a business does well, the stock eventually follows.
Jika perniagaan syarikat berprestasi baik, maka prestasi saham juga akan mengikutnya.

Investors should remember that excitement and expenses are their enemies.
Pelabur harus beringat bahawa keseronokan dan perbelanjaan adalah musuh
mereka.





Copyright Vanness Yong Kai Xiang, Stock Speculator 2014

19 | P a g e

Frasa George Soros
If investing is entertaining, if you're having fun, you're probably not making any money.
Good investing is boring.
Jika pelaburan boleh menghiburkan anda, maka pelaburan anda mungkin tidak
mendatang sebarang untung. Pelaburan yang baik adalah bosan.

It's not whether you're right or wrong, but how much money you make when you're right
and how much you lose when you're wrong.
Keputusan pelaburan yang betul atau salah tidak memainkan peranan yang penting,yang
penting ialah berapa besar jumlah untung anda ketika betul dan berapa keciljumlah rugi
anda ketika salah.

Markets are constantly in a state of uncertainty and flux and money is made by
discounting the obvious and betting on the unexpected.
Pasaran sentiasa berada dalam keadaan yang ketidakpastian dan keuntungan dapat
dicarikan dengan abaikan perkara yang jelas tetapi bertaruh pada perkara yang di
luarjangkaan.

Once we realize that imperfect understanding is the human condition there is no shame in
being wrong, only in failing to correct our mistakes.
Sekali kita sedar bahawa manusia adalah tidak sempurna, maka kita tidak perlu bermalu
terhadap perbuatan kita yang salah, hanya bermalu jika kita tidak membetulkan
kesalahan yang dilakukan.

Every bubble consists of a trend that can be observed in the real world and a
misconception relating to that trend. The two elements interact with each other in a
reflexive manner.
Setiap gelembung terdiri daripada satu trend yang dapat dilihat dalam dunia sebenar
dan salah faham yang berkaitan dengan trend itu. Dua unsure tersebut berinteraksi
antara satu sama lain.

Stock market bubbles don't grow out of thin air. They have a solid basis in reality, but
reality as distorted by a misconception.
Bubbles pasaran saham tidak terbentuk dari udara tetapi terbentuk dari dasar yang
nyatadalam realiti yang diputarbelitkan oleh salah faham masyarakat.

Copyright Vanness Yong Kai Xiang, Stock Speculator 2014

20 | P a g e

Frasa John Templeton

Focus on value because most investors focus on outlooks and trends.
Fokus dalam nilai kerana kebanyakan pelabur fokus dalam pandangan dan trend.

Invest at the point of maximum pessimism.
Labur pada masa yang pesimisme maksimum.

Bull market is born on pessimism, grown on skepticism, matures on optimism and dies
on euphoria. The time of maximum pessimism is the best time to buy, and the time of
maximum optimism is the best time to sell.
Bull market lahir pada pesimisme, kembang dalam keraguan, matang pada keyakinan
dan mati pada keghairahan. Masa yang pesimisme maksimum adalah masa yang terbaik
untuk beli, dan masa yang keyakinan maksimum adalah masa terbaik untuk lepas.

For those properly prepared in advance, a bear market in stocks is not a calamity but an
opportunity.
Bagi pelabur yang telah bersedia awal, bear market yang berlaku dalam saham bukan
musibah tetapi peluang.

Sell when you find a much better bargain to replace what you are selling.
Jual apabila anda dapat cari tawaran yang lebih baik untuk ganti apa yang anda
lepaskan.

An investor who has all the answers doesn't even understand all the questions.
Seorang pelabur yang mempunyai semua jawapan, sebenarnya, mereka tidak faham
semua soalan.

There's no free lunch.
Tiada makanan yang percuma.

Do not be fearful or negative too often.
Jangan terlalu kerap berasa takut dan negatif.

Don't panic
Jangan panik.

Learn from your mistakes.
Belajar daripada kesilapan anda.
Copyright Vanness Yong Kai Xiang, Stock Speculator 2014

21 | P a g e

Frasa Peter Lynch
Investing in stocks is an art, not a science.
Pelaburan saham adalah kesenian, bukan sains.
Although it's easy to forget sometimes, a share is not a lottery ticket. it's partownership of
a business.
Kadang-kala kebenaran ini mudah dilupakan, setiap saham bukan tiket loteri. Tetapi,ia
adalah sebahagian pemilikan perniagaan syarikat.

If you spend more than 13 minutes analyzing economic and market forecasts, you've
wasted 10 minutes.
Jika anda gunakan 13 minit dalam analisis ekonomi dan ramalan pasaran, anda telah
bazir 10 minit.

Owning stocks is like having children - don't get involved with more than you can handle.
Pemilikan saham adalah seperti anak-anak - jangan terlibat dalam lebihan yang anda
tidak dapat kendalinya.

When even the analysts are bored, it's time to start buying.
Masa mula beli saham telah tiba apabila penganalisis sudah berasa bosan terhadap
pasaran

When insiders are buying, it's a good sign.
Saham dibelikan oleh kakitangan syarikat sendiri adalah satu isyarat yang baik.

You get recessions, you have stock market declines. If you don't understand that's going
to happen, then you're not ready, you won't do well in the markets.
Anda mengalami kemelesetan, menemui penurunan pasaran saham. Sekiranya anda
tidak faham bahawa semua perkara ini akan berlaku pada masa depan, hal ini bermakna
anda belum bersedia, dan tidak akan berjaya dalam pasaran.

The best stock to buy may be the one you already own.
Saham yang terbaik untuk beli mungkin adalah saham yang anda milik.

If you don't study any companies, you have the same success buying stocks as you do in
a poker game if you bet without looking at your cards.
Sekiranya anda tidak kaji sebarang syarikat, kejayaan anda dalam pelaburan saham
boleh dibagaikan seperti kemenangan dalam permainan poker tanpa lihat pada kad anda.

Copyright Vanness Yong Kai Xiang, Stock Speculator 2014

22 | P a g e

Frasa Jessie Livermore

The stock market is never obvious. It is designed to fool most of the people, most of the
time.
Pasaran saham adalah tidak jelas. Pasaran ini merupakan ciptaan yang
memperbodohkan orang ramai pada kebanyakan masa.

Markets are never wrong, but opinions often are.
Pasaran tidak pernah salah, tetapi pendapat pelabur selalu salah.

The only way you get a real education in the market is to invest cash, track your trade,and
study your mistakes.
Pendidikan pasaran yang betul hanya boleh didapatkan melalui laburkan tunai
anda,jejakkan perdagangan anda dan belajar dari kesilapan sendiri.

I never try to predict or anticipate. I only try to react to what the market is telling me by
its behavior.
Saya tidak pernah ramal atau jangka gerakan pasaran. Saya hanya bertindak
berdasarkan gerakan pasaran.

No person can play the market all the time and win. There are times when you should be
completely out of the market, for emotional as well as economic reasons.
Tiada orang dapat menang pasaran sepanjang masanya. Kadang-kala, anda perlu betul-
betul tarik diri daripada pasaran ini atas sebab emosi atau ekonomi.

Always sell what shows you a loss and keep what shows you a profit.
Sentiasa jual apa yang menunjuk kerugian dan pegang apa yang menunjuk untung.

Successful trading is always an emotional battle for the speculator, not an intelligent
battle.
Kejayaan perdagangan seorang spekulator selalu bergantung kepada permainan emosi
tetapi bukan permainan kecerdasan.

A speculator must not be a student. He must be both a student and a speculator.
Spekulator bukan seorang pelajar sahaja. Dia mesti memainkan peranan sebagai pelajar
dan spekulator pada masa yang sama.

Copyright Vanness Yong Kai Xiang, Stock Speculator 2014

23 | P a g e

Sila tinggalkan pandangan di Saham Investment jika e-Book ini memanfaatkan anda.
Sebarang pertanyaan, komen atau cadangan adalah dialu-alukan.






TERIMA
KASIH