Anda di halaman 1dari 1

1.

0 PENGENALAN

Kita harus bersyukur kerana dilahirkan di bumi Malaysia. Ini kerana Malaysia telah
dikurniakan dengan bentuk muka bumi yang indah di samping mempunyai pelbagai sumber
flora dan fauna. Namun, apabila negara semakin pesat membangun, populasi dan keperluan
manusia juga turut meningkat. Demi mengejar keperluan kualiti hidup, manusia sering kali
alpa dengan kerakusan tingkah laku terhadap alam sekitar.

Terdapat pelbagai definisi tentang pendidikan luar. Dari petikan Priest & Gass (1997); Kraft,
(1985) mendefinasikan pendidikan luar sebagai suatu pendekatan pembelajaran bersifat
realistik yang mengandungi gabungan elemen kognitif, psikomotor dan afektif yang berpusat
kepada pelajar. Definisi lain pula adalah sekumpulan manusia yang menyertai aktiviti-aktiviti
adventure yang terancang di dalam suasana semula jadi dan menjadikan diri sendiri sebagai
sumber utama untuk menyelesaikan masalah (Neill, 2006). Pelbagai persoalan timbul tentang
bagaimana pendidikan luar mempengaruhi pelajar, terutamanya dalam kejayaan akademik
mereka (Hofferth & Jankuniene, 2001). Banyak kajian yang dijalankan tidak menunjukkan
perkembangan hasil yang signifikan (Shepard & Speelman, 1986)

Oleh itu, satu pendekatan konservasi perlu diwujudkan terutamanya dalam memberi
kesedaran dan pendidikan awal di peringkat sekolah rendah dan akan diteruskan sehinggalah
ke peringkat awam. Dengan itu, secara tidak langsung kepentingan aktiviti pemuliharaan dan
pemeliharaan alam sekitar dapat diterapkan kepada setiap individu bagi memberi kesedaran
mengelakkan kepupusan flora dan fauna terjadi.

Perkataan konservasi berasal dari kata Conservation yang terdiri dari kata
dasar con (together) danservare (keep/save) yang memiliki pengertian mengenai upaya
memelihara apa yang kita punya(keep/save what you have), namun secara bijaksana (wise
use). Idea ini dikemukakan oleh Theodore Roosevelt (1902) yang merupakan orang Amerika
pertama yang mengemukakan tentang konsep konservasi. Menurut Rijksen (1981),
konservasi merupakan suatu bentuk evolusi kultural dimana pada saat dulu, upaya konservasi
lebih buruk daripada saat sekarang.

Menurut Ford, P.M. (1981), Pendidikan Konservasi merupakan satu usaha sedar yang
dilakukan secara berulang-ulang kali atau dengan kata lain secara terus-menerus supaya
masyarakat memiliki kesedaran atau kepedulian konservasi terhadap alam sekitarnya dan
segala permasalahannya yang memiliki pengetahuan, sikap, keahlian, motivasi dan komitmen
untuk ikut memecahkan masalah konservasi. Mengikut UNESCO 1976, telah menggariskan
enam objektif utama Pendidikan Konservasi iaitu Kesedaran, Pengetahuan, Sikap,
Kemahiran, Kebolehan Menilai dan Bekerjasama.