Anda di halaman 1dari 16

BINA INSAN GURU

(BIG) FASA KE-5


Maria James Chayak (921210-13-5832 /
2012111340231)
TESL 2 (SJKC)
PISMP SEMESTER 5
By

1
PENDAHULUAN
Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Bahagian
Pendidikan Guru (BPG) dalam usaha melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu,
berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Bagi menjayakan Program BIG
yang dirancang oleh BPG ini, guru-guru Malaysia bukan sahaja perlu mempunyai menguasai
kekuatan ilmu dari pelbagai bidang tetapi perlu juga mengaplikasikan segala yang dipelajari
melalui praktikalnya. Penghayatan yang begitu mendalam terhadap pelbagai aktiviti-aktiviti yang
dijalankan di dalam proram BIG ini akan mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji
serta etika keguruan dalam diri setiap bakal-bakal guru iaitu selaras dengan hasrat Negara.
YAB Dato Seri Abdullah Badawi, Perdana Menteri Malaysia ketika membentangkan Rancangan
Malaysia ke-9 di Parlimen telah menegaskan bahawa pendidkatan kepada pembangunan modal
insan haruslah secara holistik iaitu menyeluruh, Beliau meneankan pembangunan ilmu
pengetahuan, kemahiran, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif serta nilai etika dan
moral yang tinggi. Oleh yang demikian, program BIG ini telah dirancang secara menyeluruh
untuk melahirkan modal insan yang bergelar guru. Program BIG ini mengandungi pelbagai
aktiviti sebagai intinya contohnya perkhemahan, khidmat komuniti dan sebagainya. Semua
aktiviti ini dirancang serta diadakan untuk membentuk insan guru secara menyeluruh dari semua
aspek.
Sesungguhnya Bina Insan Guru seharusnya menjadi elemen yang berkesan untuk menjadikan
warga bakal pendidik menjadi insan yang sentiasa bersedia untuk Berkhidmat dan Berbakti
kepada nusa, bangsa dan juga negara.







2
BINA INSAN GURU (BIG) FASA KE-5 : PENANDA ARAS BENCH MARKING
Penanda bermaksud sesuatu yang digunakan sebagai tanda dan aras pula merupakan istilah
piawai yang digunakan untuk membandingkan prestasi sesebuah organisasi dengan prestasi
organisasi pesaing, dengan tujuan untuk memperbaiki prestasi organisasi tersebut. Piawaian
pula didefinisikan sebagai asas, rujukan dan sebagainya untuk dijadikan sebagai penentuan
sesuatu seperti mutu dan lain-lain (Kamus Pelajar Edisi Kedua, 2008). Oleh itu, penanda aras
akan membawa maksud tentang sesuatu yang dijadikan sebagai tanda untuk mengukur prestasi
dan seterusnya memperbaiki prestasi tersebut.
Pendidikan rendah atau pendidikan sekolah rendah mengambil masa selama enam tahun.
Kanak-kanak yang menerima pendidikan sekolah rendah ialah kanak-kanak yang berumur 7
tahun. Selain daripada kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira, kanak-kanak
yang menerima pendidikan sekolah rendah turut didedahkan kepada subjek-subjek lain seperti
sains, pendidikan jasmani dan pendidikan Islam serta moral (Maklumat, Sekolah Rendah, 2011).
Pada hujung pengajian mereka iaitu pada Tahun 6, murid-murid tersebut akan menghadapi
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Ujian ini diadakan untuk menguji penguasaan
kefahaman, penulisan dan lisan murid-murid sekolah rendah bagi Bahasa Malaysia dan Bahasa
Inggeris, penguasaa mereka terhadap kemahiran matematik serta konsep sains (Maklumat,
Pelajaran Rendah, 2011).
Sebuah jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan pada tahun 1974 untuk
mengkaji Dasar Pendidikan Negara dalam pencapaian matlamatnya melalui kurikulum sekolah
yang telah diumumkan melalui Laporan Jawatankuasa Kabinet pada tahun 1979. Perakuan-
perakuan yang diperakukan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet ini telah menjadi faktor asas
dalam pembentukan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1980 (Sang,
2009).
penanda aras merupakan proses membandingkan proses sendiri dan metrik prestasi dengan
yang terbaik dalam industri dan/atau perlaksanaan terbaik dalam industri lain. Dimensi yang
biasanya diukur adalah kualiti, masa, dan kos. Peningkatan daripada apa yang dipelajari bererti
melakukan sesuatu dengan lebih baik, lebih pantas dan leih murah.
Ia adalah satu proses yang sistematik dan berterusan untuk mengenalpasti, mempelajari,
mengubahsuai, dan melaksanakan amalan-amalan terbaik daripada organisasi yang sama atau

3
organisai yang lain. Penanda aras boleh menggalakkan produk berkualiti dengan cara,
pengurusan boleh meningkatkan kualiti dengan cara menganalisis dan kemudian meniru kaedah
pemimpin yang lain di dalam pelbagai bidang.



REFLEKSI
Maria Anak James Chayak
921210-13-5832 / 2012111340231

REFLEKSI 1
Lawatan Penanda Aras ke Sekolah Kebangsaan Setiawangsa, Kuala Lumpur.
Dalam proses pembinaan seorang guru yang cemerlang dan seimbang, memerlukan beberapa
perkara yang penting. Guru merupakan satu pekerjaan yang mulia. Bukan semua orang boleh
menjadi seorang guru yang baik dan cemerlang. Bagi mendapat seorang guru yang berkualiti
pada masa akan datang terdapat beberapa proses yang harus dilalui dan ditempuhinya seperti
seperti menghadiri program bina insan guru. Program tersebut harus dilakukan bermula apabila
guru pelatih mula menjejakkan kaki ke peringkat ijazah sarjana muda.
Pada semester kali ini iaitu semester lima, kami telah diwajibkan menjalankan program BIG iaitu
lawatan penanda aras ini. Sebelum itu, seluruh ahli kelas telah beberapa kali bermesyuarat
untuk menentukan organisasi untuk menguruskan aktiviti di dalam program BIG ini.
Sebelum Semasa Selepas

4
Sebelum program itu, pelbagai persiapan telah dilakukan. Antaranya ialah pemilihan tempat,
kertas kerja, bajet dan lain-lain yang dirasakan perlu. Untuk program kali ini, saya telah
diamanahkan untuk memegang tanggungjawab sebagai bendahari dan juga AJK Pendaftaran.
Setelah perbincangan dibuat, kami telah bersetuju untuk memilih Sekolah Rendah Setiawangsa,
Kuala Lumpur iaitu salah sebuah sekolah berprestasi tinggi untuk dijadikan tempat program BIG
dilaksanakan. Ahli Jawatankuasa bagi lawatan penanda aras ini telah berbincang serta
memohon kebenaran bagi mengadakan lawatan penanda aras ke sekolah tersebut. Pihak
Sekolah Rendah Berprestasi Tinggi Setiawangsa, Kuala Lumpur telah memberi maklum balas
yang positif untuk kedatangan kami ke sana. Kami berasa bangga dan terharu dengan
penerimaan itu.
Sekolah Kebangsaan Setiawangsa, Kuala Lumpur merupakan sebuah sekolah berprestasi tinggi.
Untuk makluman, sekolah ini telah mendapat pengiktirafan sebagai sekolah berprestasi tinggi
(SBT) pada pada tahun 2011.
Pogram Bina Insan Guru kali ini adalah agak istimewa kerana kami diberi peluang untuk
meninjau dalaman dan luaran sebuah sekolah yang antara yang terulung di Malaysia. Program
lawatan penanda aras ini bertujuan memdedahkan kami kepada alam persekolahan yang
sebenar yang mana pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah yang
berkesan akan menjamin produktiviti sesebuah sekolah sebagai satu institusi pendidikan.
Apabila sampai di Sekolah Kebangsaan Setiawangsa, Kuala Lumpur, kami telah disambut
dengan penuh mesra oleh warga sekolah. Seterusnya, kami dibawa ke Bilik Gerakan yang
begitu selesa untuk mendengar taklimat daripada Guru Besar, Tn Haji Ruslan Bin Madon
Sebelum majlis ramah mesra dijalankan kami telah disediakan sedikit santapan dari pihak
sekolah untuk dijamu kepada kami.
Selepas itu, beliau telah menerangkan tentang sejarah sekolah, kemudahan yang ada di
Sekolah Setiawangsa, Kuala Lumpur, dan pencapaian mereka dalam bidang akademik
mahupun sukan. Sekolah Setiawangsa, Kuala Lumpur telah mendapat pelbagai anugerah di
peringkat negeri, kebangsaan dan juga antarabangsa. Ini dapat menunjukkan betapa guru-guru
di sekolah ini bekerja kuat demi mengharumkan nama sekolah. Di Sekolah Rendah Berprestasi
Tinggi Setiawangsa, Kuala Lumpur, peruntukan yang diperoleh daripada Kementerian Pelajaran
Malaysia sebanyak RM 500, 000 selepas menerima Anugerah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

5
Setelah mendengar penerangan daripada guru besar sekolah maka sesi kami disusuli dengan
sesi bersoal jawab diantara pihak pelajar IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan dengan pihak
sekolah. Akhir sekali kami akhiri lawatan kami dengan sesi melawat sekitar kawasan sekolah.
Antara kawasan yang dilawati ialah pusat sumber sekolah, prasekolah, bilik muzik, sudut
pembelajaran, bilik kaunseling dan bimbingan, makmal dan lain-lain lagi.
Sepanjang membuat lawatan ke sekitar sekolah saya amat tertarik dengan bilik kaunseling di
sana terdapat satu bilik penghakiman bagi menghakimi pelajar yang membuat kesalahan disiplin
terutama kesalahan yang berat. Hanya kesalahan yang besar akan masuk ke dalam bilik
tersebut. Menurut salah seorang guru tersebut, sebelum bilik itu diwujudkan masalah disiplin
kurang memuaskan. Setelah pihak sekolah mencari inisiatif untuk adakan bilik hukuman tersebut
masalah disiplin semakin berkurang. Dalam bilik hukuman tersebut telah ditempatkan ada
kandang pesalah, baju hitam yang selalu digunakan oleh peguam untuk perbicaraan, dan ada
tempat duduk untuk saksi kes.
Terdapat beberapa kekuatan yang boleh saya dapati sepanjang melaksanakan program ini iaitu
mempunyai semangat kerjasama dan bersungguh-dalam melaksanakan program ini.
Kami telah berganding bahu dalam menyumbangkan idea, fikiran dan tenaga supaya program
dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang kekangan. Selain itu, dengan adanya program
sebegini secara tidak langsung saya dapat menambah dan mendalami dengan lebih mendalam
mengenai bagaimana untuk berurusan dengan pihak luar. Sekiranya di beri tugasan semasa di
sekolah nanti secara tidak langsung mampu menguruskan dan tidak teragak-agak untuk
menolak apa sahaja kerja yang diberikan oleh guru besar.
Dalam perjalanan menjadi seorang guru yang cemerlang, pengalaman memainkan peranan
yang sangat penting. Ia bermula dari dalam diri guru itu sendiri dan dipersekitaran dirinya. Jika ia
mampu melakukan pada masa sekarang iaitu mampu mengendalikan dan menguruskan sesuatu
perkara bermakna pada masa akan datang tidak mustahil akan dapat melakukan kerja tersebut
dengan lebih baik dan cemerlang.
Kekuatan yang lain boleh dilihat ialah dari pihak sekolah sendiri dalam mentadbir sekolah
tersebut. Saya dapati bahawa guru besar sekolah tersebut iaitu Tn Haji Ruslan Bin Madon
merupakan seorang guru besar yang suka merendah diri. Beliau menyatakan bahawa, sebarang
perubahan dan budaya kecemerlangan yang diterapkan di sekolah tersebut adalah sama seperti

6
sekolah-sekolah yang lain, tiada banyak perbezaan dilakukan. Namun, beliau amat menekankan
disiplin di sekolah tersebut. Bukan sahaja murid-murid perlu berdisiplin malahan guru-guru juga
tidak terkecuali. Menurut beliau sahsiah sahaja bukan datang dari murid tetapi mesti datang dari
guru barulah murid akan mengikuti. Selain itu, tema atau prinsip yang dipegang oleh beliau
dalam mentadbir sekolah ialah sahsiah cemerlang teras kejayaan dunia dan akhirat. Untuk
menjadi seorang guru yang hebat beliau menyatakan bahawa seorang guru perlu jadi agen
perubahan iaitu yang sentiasa mengikuti peredaran semasa. Agen perubahan yang
dimaksudkan ialah boleh bercampur dengan pelbagai lapisan masyarakat serta dapat
membetulkan sentimen minda masyarakat.
Selain itu, saya dapati kekuatan di sekolah tersebut ialah murid mereka digalakkan bersukan
ketika waktu rehat atau selepas habis sesi persekolahan. Ketika waktu berehat terdapat murid-
murid akan bermain badminton. Pada waktu lawatan tersebut saya ternampak juga guru turut
serta bermain permainan dengan murid. Ini menunjukkan juga bahawa jalinan hubungan antara
guru dan murid terjalin dengan erat dan mesra. Jadi tidak hairanlah sekiranya johan peringkat
daerah untuk kategori individu lelaki bawah 12 tahun, beregu bawah 12 tahun dan individu
perempuan bawah 12 tahun menjadi johan daerah bagi tahun 2011 dan 2012. Selain itu, sekolah
ini juga pernah memasuki peringkat negeri bagi permainan ping pong hingga ke suku akhir.
Di samping itu, kelemahan yang boleh dikenalpasti sepanjang melakukan tugasan ini ialah
kekangan yang saya maksudkan adalah dari segi masa,tenaga dan komitmen sesama unit. Ini
telah menyukarkan kami untuk menjayakan program tersebut. Selain itu, kelemahan yang lain
boleh dilihat ialah bagi sekolah tersebut ialah kemudahan padang yang kecil untuk menampung
kegunaan murid.
Bagi mengatasi semua kekangan di atas, terdapat beberapa penambahbaikkan dan cadangan.
Antaranya ialah kami telah cuba menyiapkan segala kertas kerja serta surat menyuarat yang
diperlukan seawal mungkin. Selain itu, masalah kekeliruan dan keraguan yang timbul telah
diatasi dengan semua unit telah berganding bahu serta bergilir-gilir untuk menjalankan tugas
supaya tidak berlaku pertelingkahan antara satus sama lain. Bagi penambahbaikkan dari segi
masa yang diperuntukkan pula, carilah waktu dan masa yang sesuai untuk menagadakan
program tersebut serta semua maklumat yang ingin disampaikan dapat disalurkan dengan
mudah dan tidak tegesa-gesa.

7
Tugasan yang diberikan dapat dijalankan dengan jayanya tanpa ada yang tertinggal dan dapat
diserahkan mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Terima kasih saya ucapkan pada semua
pihak terutama yang telah membantu secara langsung dan tidak langsung.
Pada pendapat saya, lawatan penanda aras ini amat penting dijalankan oleh guru-guru pelatih
kerana mampu memberi motivasi dan semangat kepada kami untuk bersungguh-sungguh
menimba ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin sebelum bergelar guru agar kami lebih
bersedia untuk membangunkan dan meningkatkan prestasi sekolah pada masa akan datang.
Selain itu, lawatan ini dapat memberi ilham, info dan tips kepada saya tentang pengurusan
sesebuah sekolah bagi memastikan sekolah terus berada dalam kemuncak kecemerlangan.
Saya amat kagum dengan kesungguhan guru besar sekolah ini kerana cukup tegas dengan
prinsip hidupnya untuk membawa sekolah ini supaya terus cemerlang.Secara keseluruhannya,
saya berpendapat bahawa objektif BIG Fasa 5 ini telah berjaya dicapai. Saya berharap program
seperti ini akan dapat diteruskan pada masaakan datang.













8
REFLEKSI 2
Bengkel Bina Insan Guru Fasa ke-5
Pada 18/03/2014, kami telah menghadiri satu bengkel bina insan guru yang berlangsung selama
5 jam dari pukul 8.30 pagi sehingga pukul 1.30 petang. Bengkel ini adalah untuk memberi
pencerahan tentang surat-surat pekeliling, peraturan dan perundangan di sesebuah institusi
pendidikan di Malaysia. Berikut adalah penerangan yang saya dapati daripada bengkel ini.
Kualiti dan sikap profesional seorang guru adalah sangat penting untuk ditonjolkan. Bukan
sahaja semasa waktu sekolah, masyarakat akan sentiasa memandang tinggi guru-guru.
Pembelajaran yang berlangsung itu, bukan hanya di dalam kelas, sebailknya, ia juga boleh
terjadi secara tidak langsung di luar kelas. Buktinya, murid akan melihat gaya seorang guru itu di
dalam kehidupan bermasyarakat, bagaimana pertuturan mereka, personaliti, dan kesantunan
mereka. Ia akan sentiasa mejadi contoh. Ini secara tidak langsung, akan menjadi ejen kepada
perubahan di kalangan masyarakat
Dalam perjalanan menjadi seorang guru yang cemerlang, pengalaman memainkan peranan
yang sangat penting. Ia bermula dari dalam diri guru itu sediri dan dipersekitaran dirinya.
Kerohanian dan akhlak keguruan itu menjadi titik permulaan untuk perkara tersebut. Apa yang
penting, seseorang yang melalui proses menjadi guru hendaklah memahami domain
pembangunan diri yang seimbang, seperti yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, memahami konsep, nilai dan etika keguruan, memahami citra diri sebagai seorang
insan guru dan membina pemikiran yang positif dan motivasi yang tinggi terhadap profesion
keguruan itu sendiri.
Selain itu, seorang guru itu juga adalah sangat perlu untuk memahami konsep akuantabiliti
professional keguruan itu sendiri, sentiasa membina komitmen dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, dalam pelaksanaan peranan guru sebagai seorang pendidik, pembimbing dan
pembina akhlak anak-anak muridnya.
Guru juga perlu membina permikiran yang proaktif ke atas kerjaya ini dan betapa pentingnya
perkhidmatan pendidikan itu dalam proses melahirkan tenaga sumber manusia yang akan
menggatikan generasi sekarang ini. Juga betapa pentingnya kesedaran sosial dan perkhidmatan
guru itu sendiri.

9
Seorang guru akan pastinya akan sentiasa berdiri dikhalayak ramai, hadapan para guru lain,
murid-murid dan juga ibu bapa murid itu sendiri. Dalam proses mengajar dan memahami murid,
guru hendaklah menggunakan kata-kata yang sesuai dan mudah difahami oleh mereka. Selain
itu, guru juga perlu mengetahui tahap pemikiran anak-anak murid meraka agar ucapan yang
disampaikan boleh diterima dan dapat aplikasikan kelak, serta menggunakan laras bahasa yang
tepat.
Terdapat pelbagai etika sosial dan protokol dalam proses menjadi guru yang cemerlang. Ia
termasukah semasa proses pengucapan awam ataupun semasa proses pengajaran dan
pembelajaran, kesantunan bahasa dalam menyampaikan isi dan kemahiran mendengar secara
efektif. Selain itu, guru juga hendaklah tidak boleh melupakan tertib di meja makan, terutamanya
semasa majlis-majlis formal dan rasmi, dan juga etika pemakaian, di mana guru hendaklah
mengikut tertib dan pakaian yang betul mengikut tema majlis.
Guru juga hendaklah mempunyai kemahiran pengurusan dan perubahan diri. Seperti contoh,
guru boleh menyesuaikan diri dan mengadaptasi diri dalam budaya masyarakat yang baru
apabila dihantar untuk mengajar ke tempat yang baru kelak. Guru juga boleh melakukan
perubahan pada diri sendiri jika berhadapan dengan masalah yang baru, dan sentiasa mencari
jalan penyelesaian dengan fikiran yang positif dan rasional.
Seorang guru yang cemerlang juga dapat mengenali dan menilai diri sendiri dengan baik.
Merefleksi semua perkara dan akitiviti yang telah dilakukan agar boleh mencari sebarang
kelemahan untuk dibaik pulih. Guru juga dapat mengenali potensi diri yang ada pada mereka
agar guru dapat merebut semua peluang yang ada dalam meningkatkan potensi yang baik dan
cemerlang dalam kerjaya mereka dibidang pendidikan itu sendiri. Ini secara tidak langsung dapat
membantu melahirkan guru yang seimbang dari semua bidang, dan seterusnya dapat
memberikan yang terbaik kepada anak-anak murid mereka.
Namun begitu, apa yang penting, guru dapat menunjukkan kepekaan mereka terhadap segala
aktiviti yang berlaku di persekitaran mereka, dan memberikan tidak balas yang rasional. Juga,
menunjukkan kemahiran yang baik dan tinggi dalam bidang pengurusan hubungan dengan
masyarakat sekolah dan luar, juga kepada semua pihak yang berkaitan seperti komuniti
pendidikan yang ada di Malaysia, sama ada peringkat rendah, menengah, mahupun peringkat
tinggi. Selain itu, komitmen yang penting semasa menjalankan tugas sebagai seorang guru,
ataupun tugas-tugas lain seperti jurulatih, guru bertugas, atau guru disiplin hendaklah

10
ditunjukkan dengan baik dan cemerlang agar dapat melaksanakan peranan tersebut dengan
ikhlas.
Pengurusan dalam bidang pendidikan merupakan satu aspek yang penting dan sangat perlu
dititik beratkan, bukan sahaja pada pihak pentadbiran, tetapi juga kepada guru-guru. Ini kerana
ia merupakan satu tugas yang pelu dilaksanakan oleh guru-guru juga.
Seperti yang diketahui umum, bidang pendidikan di sekolah mempunyai hubung kait yang kuat
dengan pihak kerajaan. Ini kerana sebagai penjawat awam, kerajaan memberikan satu
keistimewaan agar guru-guru dapat memberikan yang terbaik dalam bidang pendidikan itu
khasnya. Guru-guru juga terlibat dengan perundangan mereka sendiri, termasuklah, nilai, etika,
profesion, dan tatatertib.
Guru-guru hendaklah merujuk kepada dokumen-dokumen penting seperti Surat Pekeliling
Ikhtisas dan Pekeliling Perkhidmatan agar apa sahaja yang guru-guru lakukan tidak menyalahi
undang-undang keguruan itu sendiri. Selain itu, pekeliling-pekeliling yang dihantar kepada pihak
sekolah adalah sebagai salah satu cara daripada pihak kerajaan untuk menyampaikan perkara-
perkara yang baru, juga sebagai garis panduan atau pemudahcara untuk melakukan sesuatu
aktiviti ataupun menyelesaikan sesuatu perkara.
JPN, ataupun nama panjangnya Jabatan Pendidikan Negeri adalah sangat penting. Antara tugas
yang perlu mereka lakukan ialah memantau pergerakan pendidikan yang dilakukan disekolah,
memberi batuan kepada sekolah yang memerlukan, dan memudahkan perhubugan dengan
sekolah-sekolah lain juga dalam bidang pengurusan pendidikan, kurikulum, dan juga ko-
kurikulum.
Guru sentiasa perlu menjadikan diri mereka fleksibel semasa menjalankan tugas. Ini kerana guru
perlu percaya, bahawa tugas mereka kini bukan sahaja sebagai penyampai ilmu, tetapi terdapat
beberapa tugas sampingan yang boleh membebankan diri sendiri jika tidak diurus dengan baik
dan sempurna. Ini bermakna, seorang guru itu perlu tahu mengurus perubahan diri yang berlaku
ke atas diri mereka, organisasi yang ada disekolah dalam bidang kurikulum ataupun ko-
kurikulum juga persekitaran sektor pendidikan itu sendiri.
Guru yang baik boleh membina pemikiran yang positif dan rasional serta dapat memotivasikan
diri mereka dalam profesion guru itu sendiri. Guru hendaklah sentiasa mengetahui tugas mereka

11
dan mengambil berat atas semua perkara yang mereka lakukan. Guru juga mesti menghayati
konsep kerjaya mereka ini adalah salah satu kerja ibadat dan sungguh berjasa.
Dalam proses menjadi seorang guru, terdapat pelabagai ilmu pengetahuan yang baru, yang
diperolehi. Semua itu diperolehi memlalui pengajaran dan pembelajaran dalam kelas,
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), dan juga ketika menjadi guru pelatih semasa waktu
pratikum.
Guru merupakan satu kerjaya yang mulia dan dipandang tinggi. Ini kerana kerjaya guru yang
menyampaikan ilmu juga merupakan satu ibadat, dan membimbing anak-anak murid agar
menjadi insan yang berguna kelak. Guru-guru juga memainkan peranan penting dalam proses
melahirkan generasi akan datang yang cemerlang dan dalam memimpin negara pada masa
akan datang.
Pengalaman yang saya perolehi sepanjang proses menjadi guru ini sangat berguna dan perlulah
saya aplikasikan kelak semasa menjadi guru sebenar kelak. Potensi yang ada pada saya
hendaklah saya huraikannya dengan cara dan kaedah yang betul, mengikut tertib agar dapat
dikembangkan dengan baik. Begitu juga personaliti yang ada pada saya, hendaklah saya
menjaga nama baik kerjaya dalam bidang pendidikan ini sebagai seorang guru agar tidak
memberikan kesan buruk kepada saya, dan bidang keguruan itu khasnya.
Ilmu yang saya perolehi ini secara langsung ataupun tidak langsung hendaklah digunakan
sepenuhnya. Perbincangan dengan para guru dan para pensyarah untuk proses meningkatkan
tahap profesional saya sebagai seorang guru kelak adalah sangat penting. Ini kerana, kadang-
kala diri sendiri itu tidak mampu untuk melihat kekurangan yang ada, sebailiknya orang lain yang
melihat sudah pastinya dapat mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang ada.
Seterusnya, daripada proses itu sendiri, saya juga boleh berbincang dengan mereka,
mendapatkan nasihat untuk menambahbaik dan menutup kelemahan saya dengan cara yang
betul dan baik. Ini kerana apabila melakukan perbincangan, kita dapat memperolehi lebih
banyak nasihat dan pelbagai pandangan, pendapat dan akhirnya dapat memberikan pelbagai
jalan penyelesaian yang baik.
Apa yang penting, proses menjadi seorang guru yang cemerlang itu mengambil masa yang lama.
Ini kerana kita akan belajar daripada pengalaman yang ada. Oleh itu, kita haruslah sabar dan
sentiasa berfikiran positif juga rasional agar tidak memberikan kesat buruk kepada diri sendiri.

12
Juga, saya perlulah sentiasa mengamalkan sikap profesional, etika, tatatertib, dan juga
personaliti sebagai seorang guru.

LAMPIRAN

LOGO SK SETIAWANGSA, KUALA LUMPUR


13
PENTADBIR SEKOLAH


14
GALERI PIBG




15
SEKOLAH DI MEDIA

Anda mungkin juga menyukai