Anda di halaman 1dari 8

Masalah Tidur

Oleh : Mohamed Yosri Mohamed Yong


Definasi
Insomnia merujuk kepada masalah untuk tidur yang menyebabkan pengidap Insomnia tidak
mendapat tidur yang mencukupi atau tidur yang tidak berkualiti.
Jenis-jenis Insomnia
Terdapat beberapa tahap Insomnia yang secara lazimnya dibahagikan kepada 3

1. Insomnia yang berlarutan dari satu malam sehingga beberapa minggu ditakrifkan
sebagai peralihan.
2. Insomnia yang berulang secara berkala dari masa kesemasa, ia ditakrifkan sebagai
terputus-putus "intermittent".
3. Insomnia yang berlarutan kebanyakan malam atau sehingga melebihi sebulan
dianggap Insomnia yang teruk dan perlu dirawat.
Punca Insomnia
Terdapat pelbagai punca Insomnia. Mereka yang mengidap Insomnia peralihan atau
Insomnia terputus-putus kebiasaannya disebabkan oleh satu atau lebih dari yang berikut :-

Krisis hidup atau tekanan "stress".
Masalah bunyi sekeliling
Suhu melampau
Perubahan sekeliling
Perubahan waktu tidur disebabkan mengembara "jet lag"
Kesan sampingan ubat-ubatan yang dimakan
Ubat yang tidak dirujuk "Nonprescription": seperti ubat diet, pelega hidung
"decongestants", selsema dan ubat batuk
Ubat diberikan "prescription" oleh doktor seperti: steroids, theophylline, phenytoin,
levodopa
Waktu kerja yang berpanjangan dari pagi sehingga lewat malam.

Insomnia teruk (kronik) biasanya disebabkan oleh yang berikut:
Kemurungan
Masalah mental "Mania"
Kerisauan "Anxiety"
Masalah Arthritis
Masalah buah pinggang
Fibromyalgia
Kegagalan hati "Liver failure"
Masalah jantung
Asthma
Apnea tidur
Narcolepsy
Sindrom Kaki Resah (Restless Leg Syndrome (RLS))
Masalah Pergerakan Anggota Berkala (Periodic Limb Movement Disorder (PLMD))
Penyakit Parkinson
Penyakit Alzheimer
Hyperthyroidism
Gastroesophageal reflux disease (GERD) or ulcer

Insomnia kronik juga disebabkan oleh tabiat seperti berikut :-
Penyalahguna kafin, alkohol, atau bahan lain.
Gangguan kitaran tidur/jaga disebabkan oleh kerja shif atau aktiviti malam.
Tekanan yang kronik.

Selain itu tabiat seperti berikut juga menyebabkan Insomnia pada sesetengah orang :-

Menjangkakan akan mengalami masalah tidur dan risau
Merokok sebelum tidur.
Tidur berlebihan pada waktu petang atau maghrib.

Faktor meningkatkan lagi risiko mengalami Insomnia
Faktor yang boleh meningkatkan lagi risiko mengalami Insomnia adalah seperti berikut :-

Umur melebihi 50 tahun.
Jantina perempuan (terutamanya ketika dan selepas mengalami putus haid).
Tekanan "Stress".
Mempunyai latar belakang masalah mental seperti kerisauan atau kemurungan.
Kesakitan melampau.
Alkohol, dadah, atau ubat-ubatan tertentu.
Waktu kerja shif yang berubah-ubah.
Kegemukan "obesity".
Penggunaan gabungan ubat-ubatan. Melebihi 1 jenis ubat.

Rujukan
http://www.vcu.edu/sleepwell/insomnia.html
http://www.vcu.edu/sleepwell/disorders.html
http://www.prohealthnetwork.com/library/showarticle.cfm/ID/428/e/1/T/Health/
to the S to the L to the double of E to the P .SLEEP.
Apakah Penyebab Masalah Tidur

Kenapa saya tidak dapat tidur malam dengan
nyenyak?
Terdapat pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi tempoh atau kualiti
tidur anda.
Faktor-Faktor Psikologi dan Emosi
ETidur anda mungkin akan terganggu sekiranya anda mengalami salah satu
atau beberapa perkara di bawah dalam satu-satu masa.
Tekanan
Kerisauan
Kebimbangan
Keterujaan yang Terlampau
Ketakutan
Kemurungan
Lihat Mengawal Kerisauan dalam Tip-Tip Tidur
Faktor-Faktor Perubatan dan Fizikal
Kesihatan keseluruhan anda pasti perlu dinilai sekiranya anda sering
terganggu dengan masalah tidur.
Obesiti
Lazimnya dikaitkan dengan apnea tidur; di mana pernafasan akan
terhenti seketika ketika seseorang sedang tidur.
Hidung tersumbat atau kesukaran bernafas
Faktor-faktor penyumbang termasuklah berdengkur, merokok dan
asma.
Perubahan hormon
Seperti wanita yang mengalami sindrom prahaid.
Pengambilan ubat-ubatan
Pelbagai jenis ubat seperti ubat darah tinggi, antihistamin dan
antidepresan boleh mengganggu kitaran tidur.
Kecendurangan Genetik
Penyelidik telah berjaya menemui hubungan genetik untuk beberapa
masalah tertentu seperti apnea tidur dan narkolepsi (mengantuk yang
keterlaluan pada siang hari (EDS) atau kelesuan siang).
Penuaan
Oleh kerana tahap melatonin (bahan kimia yang mengawal kitaran
tidur dan berjaga) akan berkurangan apabila usia semakin meningkat,
individu yang berusia 65 tahun dan ke atas akan lebih cenderung
mengalami gangguan tidur.
Lihat Kesihatan yang Baik untuk Tidur yang Nyenyak alam Tip-Tip Tidur
Fakto-Faktor Lain
Faktor-faktor jangka pendek
Gangguan sementara mudah berlaku sekali-sekala walaupun terhadap
mereka yang paling mudah tidur, dan terutamanya bagi mereka yang sering
menjalani gaya hidup sibuk.
Gangguan ritma harian (Jet-lag)
Mengembara jarak jauh sememangnya boleh menganggu waktu tidur anda,
terutamanya apabila anda merentasi beberapa zon masa.
Pengambilan alkohol atau kafein
Minuman tertentu seperti kopi atau wain boleh menganggu waktu tidur
anda sama ada dengan membiarkan anda terus berjaga atau membuatkan
anda tidur lebih awal.
Ritma Sirkadian yang tidak Tetap (kitaran ritma harian)
Pelbagai masalah fasa boleh menganggu ritma sirkadian anda sama ada
dengan melambatkan (tidur terlalu lewat), mempercepatkan (bangun
tidur terlalu awal) atau menjejaskan keseimbangan ritma harian (jet-lag).
Faktor-faktor jangka pendek ini lazimnya boeh dirawat dengan
mengawalkan rutin tidur yang lebih sihat.
Faktor-Faktor Persekitaran
Gangguan bunyi dan suhu yang tidak selesa boleh mengganggu rehat
yang berkualiti.
Walaupun faktor-faktor ini sering berada di luar kawalan kita, ia lazimnya
bersifat sementara atau sekurang-kurangnya bolen dikurangkan.
Insomnia | Info & Tip Tangani Gangguan Sukar Tidur Malam
07/01/2013 | Filed under: keagamaan, kesihatan and tagged with: apa itu insomnia, cara
mudah cepat tidur, cara mudah tidur,doa mudah tidur malam, doa tak boleh
tidur, mengatasi insomnia, mengobati insomnia, penyakit tak boleh tidur, tips mengatasi
insomnia
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Harap yang sedang membaca di blog Belalang ini
semuanya berada dalam keadaan sihat. Untuk Info kesihatan kali ini, Belalang akan
kongsikan tentang penyakit Insomnia atau dalam bahasa melayunya penyakit tak boleh
tidur malam.
Sebenarnya secara fisiologinya, insomnia tidak dikategorikan sebagai penyakit
memandangkan hampir setiap individu pernah mengalaminya sekurang-kurangnya sekali
dalam fasa kehidupan.

Insomnia ini berpunca daripada gangguan tidur di waktu malam. Punca insomnia boleh
dibahagikan kepada beberapa sebab antaranya tertekan, masa tidur yang tidak menentu
atau tabiat suka minum minuman yang mengandungi caffein seperti kopi atau teh selepas
pukul 4 petang.

Apabila tubuh badan tidak mendapat rehat yang cukup atau dipanggil tidur yang berkualiti,
keesokkan harinya individu tersebut sudah semestinya akan kurang bertenaga, mood tidak
stabil, kurang motivasi dan daya tumpuan serta keletihan.
Insomnia, membabitkan beberapa ciri berikut seperti:
* Sukar untuk mula tidur (dianggap sebagai permulaan insomnia)
* Mudah tidur, kemudian terjaga dan tidak boleh tidur semula (kronik insomnia)
* Mudah tidur, tetapi terjaga setiap satu jam dan tidak boleh tidur (fragmented sleep)
Info-info yang kat atas tu baru mukhadimah pasal insomnia :). Ni yang bawah ni baru kita
ikuti secara terperinci sikit tentang penyakit ini.
Apa itu insomnia?
Ia merupakan sejenis gangguan tidur di mana kualiti tidur seseorang terjejas atau
menghadapi masalah tidur.
Tahap insomnia
* Ringan Berlaku dalam tempoh beberapa hari, fungsi harian hanya sedikit atau langsung
tidak terjejas.
* Sederhana Ia berlanjutan kurang dari sebulan, menjejaskan fungsi harian, disertai rasa
letih dan mudah tersinggung.
* Kronik Masalah sukar tidur yang berlanjutan lebih sebulan, sekali gus menjejaskan fungsi
harian. Individu terbabit akan berasa gelisah, mudah tersinggung, letih dan bimbang.
Jenis insomnia
* Insomnia primer
Seseorang yang menghadapi kesukaran tidur tidak disebabkan oleh masalah kesihatan.
* Insomnia sekunder
Seseorang yang menghadapi kesukaran tidur akibat masalah kesihatan yang dihidapinya. Ia
mungkin disebabkan oleh penyakit psikiatri atau bukan psikiatri.
A. Psikiatri
* Masalah kemurungan, skizofrenia
B. Bukan psikiatri
* Ubat-ubatan untuk hipertensi, kolesterol, sakit kepala
* Sindrom Pernafasan Terhenti (Sleep Apnea)
* Epilepsi
* Penyakit kegagalan buah pinggang berfungsi, paru-paru, hati
* Pola tidur yang terbalik, tidur siang berjaga malam
* Penyakit Parkinson

* Penyakit Fatal Familial Insomnia (FFI) iaitu
sejenis penyakit genetik tetapi jarang berlaku
* Rest leg syndrome
* Pedih hulu hati
* High altitude insomnia
* Angin ahmar
* Penyakit Alzheimer
* Ketumbuhan otak
* Migrain
Tempoh dan kekerapan berlakunya insomnia juga pelbagai. Insomnia juga terbahagi kepada:
* Insomnia akut
Berlaku dalam jangka masa pendek. Tempohnya mungkin antara satu malam hingga
beberapa minggu. Ia biasanya disebabkan gangguan pada emosi atau fizikal termasuklah:
a. Tekanan bertukar atau kehilangan kerja, kematian orang yang disayangi, berpindah
b. Sakit yang ringan
c. Persekitaran bunyi bising, cahaya, cuaca terlalu panas atau sejuk,
d. Perubahan masa tidur jet lag atau syif kerja.
* Insomnia kronik
Berlanjutan sekurang-kurangnya tiga malam seminggu dalam tempoh sebulan atau lebih. Ia
berpunca daripada banyak sebab seperti kemurungan, tekanan yang kronik, sakit dan
sebagainya.
Itu antara sebeb-sebab insomnia dan juga jenis-jenis insomnia yang perlu diketahui oleh
orang yang sukar tidur malam. Bagaimana pula caranya untuk kita tangani insomnia ini?
* Mempelajari teknik merehatkan mental dan fizikal
* Tidur pada waktu yang sama pada setiap hari
* Elakkan tidur pada waktu tengah hari
* Melakukan senaman dengan kerap
* Bergantung kepada sesetengah individu, elakkan minuman yang merangsangkan otak
seperti kopi atau teh pada lewat petang atau malam
* Jangan merokok
* Belajar menangani tekanan
* Pastikan persekitaran bilik tidur selesa untuk tidur.