Anda di halaman 1dari 15

a) Bagaimanakah guru dapat menambahkan nilai profesionalisme bagi menghadapi dunia

pendidikan yang penuh mencabar.



1.0 PENGENALAN
Perkembangan arus globalisasi telah menjadikan profession keguruan turut mengalami
perubahan. Semakin hari bidang ini menjadi semakin mencabar. Pada era ini tugasan sebagai
seorang guru bukan sahaja terhad kepada mengajar dan mendidik namun bidang tugas
sebagai seorang guru semakin meluas selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Profesion keguruan merupakan salah satu bentuk perkhidmatan sosial yang mencabar
dan sering kali menjadi tumpuan media massa dan juga masyarakat yang memberi tanggapan
dan dakwaan yang kurang menyenangkan mengenai profesion ini. Daripada kaca mata
sesetengah pihak, sekolah diibaratkan sebagai sebuah organisasi yang dihujani dengan
pelbagai bebanan tugas yang ada kalanya bentuk tugasan ini sebagai bukan satu tugasan yang
terancang tetapi sesuatu yang tidak terduga. Hal ini akan menyebabkan reputasi profesion
perguruan yang selama ini sentiasa dipandang tinggi dan mulia akan terjejas.
Selain itu, bidang keguruan tidak pernah sunyi daripada isu-isu yang melibatkan warga
guru itu sendiri. Malahan bidang ini juga dilihat sebagai pilihan terakhir bagi sesetengah orang.
Sehingga terdapat graduan yang ditanya tentang pemilihan kerjaya mereka, ramai yang
memberikan jawapan yang hampir sama iaitu bidang keguruan adalah pilihan terakhir yang
akan dipilih oleh mereka bagi mengelakkan diri daripada menganggur. Bidang keguruan sering
dilihat oleh masyarakat sebagai profesion kelas pertengahan yang telah jauh ditinggalkan oleh
profesion-profesion yang lain seperti kedoktoran, perundangan, kejuruteraan mahupun bidang
perakaunan.
Masyarakat menganggap tugasan sebagai seorang guru bukanlah suatu tugasan yang
sukar, dan mereka percaya bahawa sesiapa sahaja boleh menggantikan tugasan seorang guru.
Mereka berpendapat tugas sebagai guru hanyalah masuk ke kelas, dan menyampaikan ilmu
kepada murid. Namun realitinya tugasan bukanlah seperti yang mereka anggapkan. Guru perlu
mengawal tingkah laku murid yang mempunyai ragam yang berbeza, selain mereka perlu
menyampaikan isi pengajaran yang bersesuaian dengan tahap pencapaian dan pemahaman
murid.

Di samping itu terdapat juga pendapat yang beranggapan bahawa bidang tugas guru
tertumpu kepada bidang perkeranian seperti menaip dan mengisi borang yang berkaitan
dengan maklumat murid. Bebanan kerja ini sekiranya tidak diuruskan dengan baik oleh guru
akan mengakibatkan guru-guru menghadapi tekanan kerja yang akhirnya memberi kesan yang
buruk kepada guru, murid-murid dan juga pihak sekolah. Oleh itu, semua pihak harus membuka
mata bagi melihat profesion perguruan bukanlah satu pilihan terakhir yang terpaksa dipilih bagi
mengelakkan diri daripada menganggur.
Guru merupakan individu yang menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid-murid di
sekolah. Bagi memastikan murid-murid mendapatkan ilmu yang perlu mereka kuasai, guru-guru
perlu melengkapkan diri mereka dengan kemahiran-kemahiran, kaedah serta teknik-teknik
pengajaran yang bersesuaian dengan tahap murid-murid mereka agar murid-murid mampu
mengembangkan kebolehan yang terpendam di dalam diri mereka. Oleh itu, dari semasa ke
semasa guru perlu meningkatkan profesionalisme diri masing-masing.
Guru profesional seharusnya berilmu, mempunyai kemahiran dan berketrampilan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran, mempunyai sahsiah terpuji, berperibadi mulia dan
berkomitmen tinggi. Guru profesional harus mempunyai enam konsep iaitu, berkemampuan
terhadap amalan profesionalisme, melaksanakan amalan profesional, bertingkahlaku secara
professional, bertanggungjawab meningkatkan profesyen, menerima latihan dan pendidikan
pembangunan yang profesional dan manjalankan tanggungjawab sebagai agen reformasi
masyarakat.
Guru berhadapan dengan banyak cabaran. Sistem pendidikan yang berorientasikan
peperiksaan telah mencetuskan saingan akademik dikalangan pentadbir sekolah. Untuk
mendapatkan pengiktirafan umum, pentadbir mengarahkan guru melaksanakan pelbagai
program akademik yang memberikan tekanan kepada guru, sekaligus menambah beban tugas
guru. Masalah kekurangan guru, kekurangan prasarana dan kemudahan pengajaran dan
pembelajaran menjadikan tugas guru semakin mencabar lebih-lebih lagi pada zaman serba
canggih seperti sekarang. Murid-murid daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi, tahap
pencapaian dan kebolehan yang berbeza bukan sahaja telah mewujudkan pelbagai kerenah,
malahan keperluan dan kehendak setiap murid juga berbeza. Kepelbagaian ini juga
menyebabkan guru berhadapan perbagai masalah tingkah laku dan disiplin dikalangan murid.
Keadaan ini bertambah rumit dengan kewujudan kelompok murid yang tidak berminat untuk
mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Keadaan-keadaan ini mencabar kredibiliti guru
untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berkesan.
Ibu bapa meletakkan tanggungjawab mendidik anak-anak sekaligus membentuk
keperibadian dan sahsiah terpuji sepenuhnya kepada guru. Pada masa yang sama guru
dijadikan penyebab kepada faktor kegagalan anak-anak mereka di dalam akademik dan
pembentukan peribadi mulia. Sudah pastinya, masalah-masalah seperti ini tidak mampu
menghasilkan generasi yang boleh menjadi harapan Negara. Justeru itu, cabaran guru untuk
merealisasikan misi dan visi Negara bertambah rumit. Guru perlu memahami aspirasi
masyarakat dan Negara untuk melahirkan generasi insan yang seimbang dari aspek intelek,
jasmani, rohani dan emosi, serta memenuhi tuntutan perubahan semasa. yang menjadi tunjang
Falsafah Pendidikan Negara. Guru merupakan pemangkin kepada masyarakat berilmu
pengetahuan, pengimbang untuk ancaman yang dibawa oleh era k-ekonomi, dan merupakan
pihak yang bertanggungjawab untuk memenuhi jangkaan dari segi pendidikan. Guru juga perlu
memotivasikan diri menjadi pendidik selaras dengan harapan ibu bapa, masyarakat dan
Negara. Faktor-faktor bebanan kerja, spekulasi negatif masyarakat dan pendapatan yang tidak
standing golongan profesional yang lain sewajarnya tidak dijadikan satu alasan untuk tidak
mendaulatkan profesyen ini. Sebaliknya, ia perlu dijadikan motivasi diri paling berharga buat
guru-guru.
Antara cara-cara untuk meningkatkan profesionalnya ialah yang pertama seseorang
guru itu perlu memahami dan melaksanakan etika perguruan dengan mencintai profesion
perguruan itu sendiri, yakni bukan bekerja untuk dapat gaji pada hujung bulan semata-mata.
Martabat profesion perguruan harus dilihat bukan sahaja dari segi pendapatan tetapi juga dari
peranan dan sumbangannya.
Kedua, guru harus mempunyai sikap ingin belajar sepanjang hayat kerana ia amat penting
untuk guru itu sendiri. Ini adalah kerana dengan mengikuti latihan ikhtisas selama beberapa
tahun sahaja, tidak boleh menjamin bahawa seseorang guru itu sudah terlatih untuk selama-
lamanya. Sebaliknya, jika guru tidak mempunyai sikap untuk belajar dan menambah ilmu
pengetahuan selepas dilatih, guru itu akan ketinggalan dan profesion keguruan mungkin akan
kehilangan martabatnya.

Ketiga, guru perlu mempunyai komitmen yang tinggi untuk memastikan murid-murid
mendapat pendidikan yang berkualiti. Salah satu cara guru boleh meningkatkan martabat
profesion keguruan ialah melalui kecemerlangan keputusan peperiksaan awam di mana
masyarakat setempat membuat penilaian kepada pengajaran guru. Justeru itu, guru perlu
memberikan pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid.
Secara amnya, usaha-usaha kearah membangunkan modal insan seorang guru dapat
dilaksanakan berdasarkan ciri-ciri dan nilai-nilai yang terdapat dalam 10 Prinsip Islam Hadhari
(Abdullah Md. Zain, 2007). Diantaranya ialah dengan memperbetulkan dan memperkasakan
pengetahuan umat Islam tentang Tasawwur Islam, memperkasakan ketakwaan dan keimanan
umat Islam, mempertingkatkan usaha penguasaan ilmu secara meluas, berterusan dan
besepadu antara ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah, melahirkan lebih ramai pakar dalam
pelbagai bidang dan menggunakan sepenuhnya kepakaran dalam membangunkan negara,
menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu dalam semua bidang,
memperbanyakkan hasil kajian baru yang boleh dimanfaatkan semua manusia dan
menonjolkan peranan ilmuan dan sumbangan mereka kepada pembangunan ummah serta
berusaha menjadikan mereka sebagai role model dalam masyarakat yang bertamadun.
Salah satu cara untuk meningkatkan profesionalisma di kalangan guru ialah sistem
pementoran di sekolah. Sistem pementoran adalah suatu sistem dimana seorang guru yang
lebih berpengalaman bertindak sebagai role model, penasihat dan pembimbing kepada guru
lain yang kurang berpengalaman untuk memindahkan perkembangan profesional dan
peribadinya. Ini dilaksanakan secara bersahaja dalam suasana kasih sayang di sepanjang
waktu (Anderson & Shannon, 1995). Proses pementoran melibatkan pengajaran, bimbingan,
memberi galakan, kaunseling dan membina persahabatan dengan guru yang lebih
berpengalaman. Guru juga sepatutnya bertanggungjawab bukan sahaja dalam peningkatan
profesional guru dibawahnya, malah sepatutnya peningkatan keseluruhan perkembangan guru
tersebut. Pada kebiasaannya, seorang guru akan mempunyai seorang atau beberapa orang
mentor untuk membimbingnya.



Konsep belajar seumur hidup memberi peluang kepada guru membaca, menulis dan
membuat penyelidikan tindakan. Ini dapat memahirkan guru, seterusnya dapat meningkatkan
profesionalisme guru tersebut. Hanya dengan ilmu pengetahuan dapat menjadikan manusia
bertaqwa dan mengagumi Tuhannya (Tajul Ariffin & Noraini, 2002). Dengan ilmu jugalah
manusia mampu memikul tanggungjawab mengurus dan mentadbir alam ini. Dunia sekarang
semakin maju dan teknologinya juga cepat berkembang. Kemajuan dalam bidang internet
memungkinkan guru di Malaysia dapat berhubungan dan bertukar maklumat. Bukan itu sahaja,
kini dengan konsep dunia tanpa sempadan, membolehkan ilmu dan pengalaman dapat sampai
ke negara kita dengan cepat. Menurut Mohd Amin (2002), guru-guru bahasa Inggeris sangat
bagus dengan dengan penggunaan internet sebagai contohnya ialah VirTEC (Virtual Teacher
Education Center) telah berjaya merangsang guru dalam membina profesionalisme mereka.
Mengadakan program perkembangan staf. Diantara peranan yang dimainkan oleh
perkembangan staf termasuklah memberi sumbangan kepada peningkatan ilmu, ketrampilan
dan kepakaran staf, membina semangat berpasukan dan meningkatkan kualiti pembelajaran
dan pengajaran di sekolah. Menurut Sani et al. (2008), adalah mustahil untuk meningkatkan
keberkesanan sekolah atau menggerakkan profesionalisme guru tanpa program perkembangan
staf. Malah, banyak kajian tentang perkembangan staf telah membuktikan bahawa penglibatan
melalui aktiviti kerjasama dalam pasukan akan mencetuskan pemikiran dan memberikan
perspektif baru yang penting kepada perkembangan profesional staf (Little, 1982).
Akhir sekali, guru perlu mengambil peluang untuk meningkatkan diri dengan menerima
lebih banyak pendedahan kepada perkembangan terkini dalam bidang pendidikan melalui
latihan supaya maklumat yang diperolehi boleh disampaikan kepada lebih ramai guru yang lain.
Ini adalah kerana tanggungjawab sebagai seorang guru adalah kompleks, iaitu guru bukan
sahaja perlu mempertingkatkan pencapaian akademik murid tetapi juga perlu menaikkan
martabat profesion perguruan.
KESIMPULAN
Perkembangan profesional guru sangat penting kerana guru adalah insan yang
bertanggungjawab mendidik anak banagsa. Identiti sesebuah Negara itu, ditentukan oleh kualiti
pendidikannya. Maju, atau mundurnya sesebuah bangsa itu ditentukan oleh pendidikan.
Kegagalan di dalam perkembangan profesional guru mendatangkan banyak kelemahan yang
akan mempengaruhi pengajaran guru.

b) Bincangkan sejauh manakah guru yang mengamalkan budaya ilmu dapat menyumbang kepada
pembangunan Negara.Analisis jawapan anda dengan merujuk kepada peringkat perkembangan
guru

PENGENALAN
Profesion keguruan merupakan profesion tertua di dunia dan kini memasuki satu lagi era
baharu. Di dalam sistem pendidikan, guru lebih banyak berperanan sebagai pemudah cara
pengetahuan jika dibandingkan dengan sistem pendidikan dahulu yang hanya tertumpu sebagai
penyampai ilmu. Selaras dengan perubahan sistem pendidikan kini, guru harus lebih inovatif,
kreatif dan efektif dalam penyampaiannya dan sentiasa memikirkan pendekatan baharu di
dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru pada masa kini seharusnya professional dan
profesionalismenya ialah kunci kepada peningkatan kualiti (Jemaah Nazir, 2001). Peningkatan
kualiti ini merujuk kepada kualiti proses dan yang paling penting ialah kualiti produk.
Menurut Kamus Dewan (2005), profesion merujuk kepada satu bidang pekerjaan
khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan
khas. Bagi konsep professional pula merujuk kepada ciri-ciri yang terdapat dalam kalangan ahli
dalam suatu profesion. Di dalam buku Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru
Ornstein dan Levine (1993) menyatakan terdapat empat ciri di dalam satu profesion, iaitu ahli
perlu menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam, kecekapan dan kepakaran dalam bidang
tertentu, adanya kod etika untuk mengawal tingkah laku ahli-ahli serta kebenaran diberi kepada
suatu profesion oleh masyarat untuk beroperasi.
Berdasarkan penelitian tentang profesionalisme guru, dapat dinyatakan di sini bahawa
guru yang professional perlu berilmu, berkemahiran dan berketerampilan dalam pengetahuan
pedagogi serta pengetahuan kandungan pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain
itu juga, guru profesional perlu mempunyai sasiah yang baik dan boleh diteladani pelajar. Tugas
guru bukan sahaja mengajar tetapi juga merupakan pemimpin yang dapat mempengaruhi
pelajar untuk berubah, berkembang, berdikari, bertanggungjawab dan mencapai matlamat.
Guru yang berkesan mempunyai kemahiran moral, intelek dan sosial untuk menggunakan
kepimpinan demi kebaikan pelajar, rakan sekerja dan ibu bapa.

Oleh yang demikian, seorang guru perlu berusaha keras bagi meningkatkan dan
memantapkan lagi profesionalisme diri guru dari peringkat pra perkhidmatan sehingga menjadi
seorang guru yang profesional. Terdapat beberapa peringkat yang perlu dilalui oleh seorang
guru bagi menjadikan dirinya sebagai seorang yang berkeyakinan serta mempu berhadapan
dengan semua golongan masyarakat. Selain itu juga, setiap peringkat yang dilalui dapat
memberikan ilmu serta pengetahuan baru kepada guru untuk menjadikan diri sebagai seorang
guru yang berkrebiliti tinggi serta berwawasan.

















1.0 Carta Alir Peringkat Perkembangan Guru
Daripada dahulu lagi, para pendidik bermint untuk mengetahui dan memahami proses
melahirkan seorang guru dari peringkat praperkhidmatan sehingga menjadi seorang guru yang
profesional. Terdapat pelbagai perbincangan tentang bagaimana seorang guru melalui
perubahan bermula dari peringkat praperkhidmatan ke peringkat guru profesional.
Di dalam buku Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru, Trotter (1986)
telah mengemukakan teori lima peringkat perkembangan untuk seseorang guru menjadi pakar
dalam bidang yang diceburinya. Di antara lima peringkat tersebut ialah :




Rajah 1 : Peringkat Perkembangan Guru

Peringkat Novis
Peringkat Novis Lanjutan
Peringkat Cekap
Peringkat Mahir
Peringkat Pakar
Lima Peringkat Perkembangan Guru (Trotter,1986)
a. Peringkat Novis (sekitar 1 tahun berkhidmat)
-mula mempelajari cara mengajar
-mempelajari fakta, konsep dan peraturan asas pengajaran
-masih belum dapat menangani tugas - tugas harian seorang guru
-dapat membuat satu peta kognitif tentang tugas - tugas am seorang guru profesional melalui
kursus yang ditawarkan dalam program Ijazah Perguruan

b. Peringkat Novis Lanjutan (sekitar 3 tahun berkhidmat)
-menambah dan memantapkan kefahaman fakta, konsep, prinsip berkaitan P&P.
-pengalaman awal kepada amalan bilik darjah membantu membina keyakinan diri
-bimbingan guru mentor amat penting dalam mengekalkan minat dan motivasi guru novis
lanjutan

c. Peringkat Cekap (sekitar 5 tahun berkhidmat)
- memiliki kelayakan ikhtisas
-lebih memberikan fokus kepada pembelajaran murid
-memahami prinsip dan konsep pembelajaran dalam pelbagai situasi dan juga situasi yang
khusus
-memiliki pelbagai strategi pengajaran dan mampu menyesuaikannya mengikut keperluan
pelajar yang berbeza



d. Peringkat Mahir (Sekitar 10 Tahun)
-Mahir dalam bidangnya
-Golongan yang diingati dan disanjungi oleh bekas pelajar
-gaya lancar dan spontan yang membolehkannya membuat keputusan berdasarkan intuisi
-kaya dengan pengalaman dan dapat menganalisis serta menyusun maklumat yang kompleks
berkaitan sesuatu situasi pembelajaran secara kreatif dan unik.

e.Peringkat Pakar (Sekitar 15 tahun)
-guru yang gemilang dan terbilang
-dapat memahami dan menangani maklumat yang banyak dan pelbagai dan masih mempunyai
gaya pengajaran yang lancar.
-orang yang berautoriti dalam profesionnya
-idea dan kemahiran boleh mempengaruhi polisi - polisi berkaitan pengendalian di bilik darjah.










2.0 Guru yang mengamalkan budaya ilmu dapat menyumbang kepada pembangunan
Negara
Budaya ilmu merupakan elemen yang tidak dapat dipisahkan dengan profesion
perguruan.Seorang guru yang cemerlang tidak kira apa pun peringkat perkembangannya
mestilah sentiasa berusaha mengamal dan menerapkan budaya ilmu di sekolah.
Apabila seorang guru itu menghayati setiap bait-bait perkataan yang terdapat dalam FPK maka
akan lahirlah seorang guru yang beriltizam bagi mencapai aspirasi yang terkandung dalam
elemen setiap FPK. Seorang guru yang rajin mengkaji dan menimbah ilmu pengetahuan yang
baru ini menjadi seorang pendidik yang lebih bersedia dalam melaksanakan strategi pengajaran
dan pembelajaran yang baru bagi melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Selain itu, kesan yang ketara juga jika seorang guru
itu menghayati FPK iaitu guru tersebut akan terus berusaha untuk menjadikan hasrat yang
terkandung dalam wawasan 2020.
FPK adalah satu dokumen rasmi yang menggariskan hasrat kerajaan terhadap sistem
pendidikan negara serta matlamat pendidikan dengan jelas. Oleh itu, kandungan FPK
hendaklah dihayati dan diusahakan oleh kaum pendidik bagi memastikan hasrat kerajaan dan
matlamat pendidikan tercapai.
Dari segi falsafah epistimologi ,guru perlulah berpandangan progresif dan saintifik. Seorang
guru mestilah sentiasa menimbah ilmu iaitu lanjutan daripada penemuan baru dan inovasi. Oleh
yang demikian jelaslah seorang guru bertanggungjawab untuk memperoleh ilmu baru agar tidak
ketinggalan zaman.
Sebagai seorang guru juga, kita seharusnya tidak boleh ketinggalan dalam arusperkembangan
teknologi ini. Menurut Craft (2002) dalam Ismail dan Subki (2010)menyarankan seseorang
pendidik yang profesional perlu peka terhadap insiatif pendidikanyang terkini. Manakala Mok
Soon Sang (2007) menegaskan guru hendaklah menlengkapkandiri dengan menguasai
kemahiran menggunakan internet untuk memperoleh maklumattentang perkembangan
pedagogi pengajaran masa kini di samping membimbing muridmenggunakan internet sebagai
bahan dalam P&P.


Seterusnya, dalam cabang falsafah aksiologi pula guru perlu berpekerti mulia, dan boleh
menjadi aspirasi kepada negara serta menyanjung warisan kebudayaan di negara kita. guru
akan merupakan rol model dan teladan yang baik kepada murid-muridnya. Oleh itu, seseorang
guru itu menunjukkan nilai-nilai murni kepada murid-muridnya seperti bermoral, beretika,
bersifat profesional dan sebagainya
Dalam proses pembangunan negara, guru berperanan mendidik manusia supaya faham makna
diri, makna Pencipta dan makna persekitaran dengan ilmu sebagai medium utama. Dalam
pengajaran di sekolah, ilmu diolah menjadi kurikulum dan ia menjadi fokus dalam menyusun
sukatan. Bagaimana penerapan nilai yang sewajarnya, bergantung kepada kebijaksanaan
melaksanakan proses pedagogi dalam bilik darjah. Hal yang sama juga berkait dengan kegiatan
ko kurikulum sama ada bentuknya sukan dan permainan, kesenian dan persatuan, ianya
berkembang dalam batas nilai.
Dalam pendidikan perlu ada nilai-nilai teras yang sifatnya fundamental seperti amanah, jujur
dan ikhlas, hormat-menghormati serta adil dan bijaksana. Nilai-nilai teras di samping nilai-nilai
tambahan dan kembangan harus disuburkan secara kreatif dan bijaksana agar watak yang
bersih sifatnya dapat digarap dalam jiwa pelajar. Dalam hal ini, guru atau pendidik merupakan
fokus utama dalam penerapan nilai. Murid atau pelajar mengalami proses perpindahan ilmu,
maklumat dan ketrampilan. Matlamat akhir pendidikan ialah berlakunya transformasi diri dan
penitipan adab kepada diri pelajar. Pada diri guru harus ada sifat muallim, murabbi dan pelbagai
sifat-sifat pendidik yang tinggi lain agar proses pendidikan ini dapat dilihat sebagi proses bina
insan. Sifat-sifat ini hendaklah terlihat dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan ianya
boleh menyebabkan berlakunya transformasi diri. Pada diri pendidik ada contoh yang fitrah
sifatnya dan seperti ibu bapa juga, guru berada di peringkat kedua menjadikan dirinya teladan
dan sumber ikutan para pelajar.





Matlamat pembentukan sebuah negara bangsa hanya dapat dicapai jika masyarakatnya
mempunyai ketrampilan dalam pelbagai bidang. Ini termasuklah juga di bidang pendidikan.
Guru yang cemerlang pastinya mampu menyediakan pendidikan berkualiti untuk semua kanak-
kanak supaya mendapat pendidikan yang terbaik supaya mereka dapat memperkembangkan
potensi mereka secara holistik dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dalam erti kata
yang lain pendidikan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk
menghasilkan seorang pelajar yang cemerlang dari segi ilmu pengetahuan, kemahiran dan
sahsiah. Dengan hasrat agar apabila pelajar telah tamat pendidikannya dengan kecemerlangan
ilmu pengetahuan khususnya dalam bidang sains, teknologi dan ICT; kemahiran tinggi seperti
berupaya berkomunikasi dengan berkesan dalam pelbagai bahasa; dan sifat sahsiah yang
positif maka mereka dapat menyumbang kepada kesejahteraan dan pembangunan dirinya,
keluarga dan negara Malaysia.
Pembinaan watak melalui kegiatan ko kurikulum juga amat penting dalam mengembangkan lagi
bakat dan minat para pelajar supaya ianya menjadi persiapan kepada pelajar dalam
menghadapi realiti hidup dan cabaran yang mendatang. Disiplin dalam organisasi, adab dalam
bersukan dan berseni menjadi aset yang penting kepada pelajar dalam membentuk jiwa
kepimpinan dalam diri mereka. Hakikatnya, pembabitan pelajar dalam organisasi merupakan
suatu jambatan kepada membina keperibadian, ketrampilan dan ciri kepimpinan yang akan
mempengaruhi hala tuju kehidupan pelajar tersebut pada masa akan datang.
Watak-watak berkeperibadian yang tinggi serta kepimpinan berasaskan nilai inilah secara tidak
langsung yang akan menghasilkan produk berkualiti untuk kemajuan negara pada masa akan
datang untuk meneroka kemajuan dan perubahan yang sifatnya membangun bukan
meruntuhkan. Inilah peranan utama guru yang mempunyai tahap profesianal yang tinggi dalam
pembentukan watak insan kamil demi kepentingan pembentukan negara bangsa.






KESIMPULAN
Perkembangan profesional guru sangat penting dalam pembangunan sesebuah kerana guru
adalah insan yang bertanggungjawab mendidik anak banagsa. Identiti sesebuah Negara itu,
ditentukan oleh kualiti pendidikannya. Maju, atau mundurnya sesebuah bangsa itu ditentukan
oleh pendidikan. Kegagalan di dalam perkembangan profesional guru mendatangkan banyak
kelemahan yang akan mempengaruhi pengajaran guru. Jesteru, bagi memastikan kualiti
pendidikan Negara terjamin, guru mestilah sentiasa mengamalkan budaya ilmu dan
menerapkannya dalam setiap jiwa anak bangsa.




















RUJUKAN

Abdullah, S.Y.,Abdul Rashid, M, & Abdul Ghani, A.(2007), Guru Sebagai Pemimpin, Kuala
Lumpur: PTS Professional Sdn. Bhd.
Ibrahim, Mamat (2001), Pengetua Sekolah Menangani Isu dan Cabaran Kepemimpinan, Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Kamus Dewan (2002), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Md Sani Ibrahim & Zuraidah Majid (2002). Perkembangan Profesion Guru: Satu tuntutan dan
Satu kemestian. Kertas dibentang di UPSITEC 2002.
Syed Ismail & Ahmad Subki (2010). Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional.
Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
http://blog.mohe.gov.my/2012/10/belajar-sepanjang-hayat-lahir-guru.html. Capaian pada 25
Ogos 2014.
http://www.ieyzartdsyahieyr92.my/2012/07/perguruan-sebagai-satu-profesion.html.Capaian
pada 28 Ogos 2014.