Anda di halaman 1dari 11

KRB 3023 : Prinsip Pengajaran Penulisan

1
UNIT 10

MENILAI PENULISAN MURID

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini anda akan dapat :
1. Penilaian dalam penulisan
2. Teknik penilaian dalam penulisan


PENGENALAN
Setiap hasil penulisan murid henclaklah dinilai bagi membantu mereka
meningkatkan kernahiran menulis. Terdapat tiga cara penilaian, iaitu: beri reaksi,
membuat analisis, dan memberi gred. Setiap cara ini digunakan untuk tugasan
dan tujuan yang berlainan.

1. Memberi Reaksi
Menilai dengan cara ini bererti guru bertinclak sebagai pernbaca biasa, bukan
sebagai seorang pakar. Dengan cara itu guru akan memberitahu murid apa
yang dirasakan paling menarik dan penting dalam penulisan itu, dan apakah
yang telah (fisampaikan dengan berkesan dan apa pula yang mengelirukan
pernbaca. Semasa berinteraksi, guru perlu mengeluarkan
pernyataan-pernyataan yang boleh mendorong dan menggalakkan murid untuk
terus menulis, seperti "Saya tertarik dengan pernilihan perkataan dalam
karangan ini" atau "Penerangan ini sangat baik dan berkesan", ataupun "Boleh
kamu ceritakan selanjunya?"
Sebenarnya murid patut menerima reaksi hasil daripada penulisan mereka itu
bukan sahaja daripada guru tetapi juga daripada teman-teman sekelas dan
pembaca-pembaca lain.


2. Membuat Analisis
Bagi menentukan setakat mana murid mencapai kemajuan dalam kernahiran
menulis, eloklah guru menganalisis hasil kerja murid kira-kira sebulan sekali.
Analisis itu harus ditinjau dari suclut proses menulis, fungsi penulisan yang
ditulis, stail penulisan, kecekapan menulis, tulisan mekanis dan sikap murid
terhadap penulisan.




KRB 3023 : Prinsip Pengajaran Penulisan


2
a. Analisis Proses Menulis
Guru perlu membuat pertimbangan bagaimana murid mendapatkan idea
untuk menulis tentang sesuatu tajuk; bagairnana mereka mentakrif taiuk,
membuat rangka panduan, menulis draf clan cara menyernak draf untuk
menghasilkan karangan yang baik. Oleh itu, guru perlu membuat
pernerhatian semasa murid menulis di samping menganalisis hasil penulisan
itu sendiri.
b. Analisis Fungsi Penulisan yang Ditulis
Ini melibatkan penganalisisan tajuk dan tujuan menulis. Murid ticlak akan
maju dalam penulisan kecuali mereka banyak membuat latihan menulis
dalam pelbagai jenis penulisan untuk berbagaibagai tujuan clan
berbagai-bagai golongan pernbaca.
c. Analisis Gaya (Stail)
Dalam analisis ini, guru membuat pertimbangan tentang bagaimana murid
menyusun isi bagi penulisan yang berbagai-bagai jenis; bagaimana 'Murid
membuat huraian dan menulis kata bual, clan bagaimana murid melibatkan
pernbaca.
d. Analisis Kecekapan Menulis
Guru membuat analisis tentang berapa kerap murid menulis, berapa banyak
mereka menulis clan kadar kernatangan fikiran murid seperti yang
ditunjukkan melalui hasil penulisan mereka. (Sila rujuk Lampiran 2).

3. Memberi Gred
Tujuan pengajaran dan pernbelajaran penulisan ialah untuk mengembangkan
kernahiran dan kecekapan murid dalam bidang itu. Untuk itu guru cligalakkan
memberi peluang kepada murid mengkritik dan membaiki hasil kerja mereka.
Memberi gred bagi latihan murid boleh dilakukan tetapi seharusnya tidak
meninggalkan kesan yang boleh membantut kesediaan dan minat murid untuk
terus menulis dengan lebih baik.
Memberi gred secara global kurang bermakna dalam menilai keseluruhan aspek
kanclungan dan mekanis dalam penulisan. Adalah dicadangkan agar guru
memberi gred secara berasingan tentang kedua-dua aspek besar ini supaya
murid dapat melihat bahagian manakah yang telah berjaya dihasilkan dengan
baik, dan aspek yang mana pula perlu dimajukan lagi. (Sila rujuk Lampiran 3).
Adalah disarankan juga supaya guru mengedarkan satu salinan borang penyata
gred ini kepada setiap murid, setiap kali mereka menulis karangan supaya
mereka tahu terlebih dahulu aspek-aspek yang akan dinilai oleh guru. Murid
akan mengisi ruang kotak di atas dan dikepilkan pada penulisan yang telah siap
ditulis. Guru akan melengkapkan ruang kotak di bawah, mengira markah,
memberi gred, memeriksa karangan dan memberi komen. Borang penyata gred
ini hendaklah dikernbalikan kepada murid bersama-sama dengan lampiran
markah.

KRB 3023 : Prinsip Pengajaran Penulisan


3
Menurut Heaton (1988), kemahiran menulis boleh dibahagikan kepada lima
komponen dan bagi setiap komponen ini boleh dinilai secara berasingan.
a. Penggunaan bahasa
Kebolehan mengguna ayat yang betul dan sesuai.
b. Kemahiran mekanikal
Kebolehan mengguna tanda baca dan ejaan dengan betul.
c. Penggunaan isi
Kebolehan berfikir secara kreatif dan mengembangkan pemikiran.
d. Gaya
Kebolehan menggunakan ayat dan ungkapan dalam bentuk yang menarik
dan dengan bahasa yang berkesan.
e. Kemahiran menulis
Kebolehan menulis dalam, gaya yang sesuai untuk sesuatu tujuan, kepada
pembaca yang tertentu, dan kebolehan meramal dan menyusun maklumat
yang penting.
Penilaian tiap-tiap komponen penulisan dalam sesuatu ujian itu boleh dibuat
berasingan sekiranya tujuan ujian adalah umuk mengetahui sejauh mana pelajar
telah mencapai kemahiran itu. Tumpuan perbincangan ini adalah kepada
penggunaan semua komponen di atas dalam sesuatu hasil penulisan.


ISI KANDUNGAN

Cara Menguji
Kemahiran penulisan boleh diuji dengan menggunakan pelbagai cara. Cara-
caranya adalah seperti: - mencatat nota - mengembang maklumat - mengisi borang
menulis surat, menulis cerita, membuat huraian, menghasilkan laporan,
merakamkan perdebnatan, dan sebagainya.
Bagi peringkat pencapaian yang rendah atau peringkat awal penulisan, iaitu
sebelum pelajar boleh menulis karangan yang lengkap, tiap-tiap komponen
kemahiran menulis boleh diuji berasingan dalam ujian kemajuan. Pelajar boleh diuji
menyambung ayat misalnya.. Bagi peringkat yang lebih tinggi, semua komponen
kernahiran menulis boleh diuji dalarn satu tugasan.


Penilaian Dalam Kemahiran Penulisan
Dalam bidang pendidikan, kemahiran menulis dianggap sebagai kemahiran
yang paling penting yang perlu. diajar. Ini kerana penulisan merupakan satu aspek
penting dalam perakaman bahasa yang melibatkan fikiran, pengetahuan, teknik
dan gaya. Menulis karangan adalah teknik pengujian paling kerap digunakan bagi
menguji kemahiran penulisan pelajar, ter-utamanya di peringkat sekolah
menengah. Namum demikian, memarkahkan sesuatu karangan bertulis bukannya
satu kerja yang mudah, terutama sekali jika mahukan pengukuran dan penilaian
yang benar-benar tepat dan bermakna.
KRB 3023 : Prinsip Pengajaran Penulisan


4
Kepentingan Skim Pemarkahan Dalam Teknik Penflaian
Bagi masyarakat pendidik, ujian menulis karangan merupakan teknik yang
popular sebagai wahana dalam penilaian kemahiran menulis para pelajar dalam
bahasa Melayu. Ini disebabkan melalui penulisan karangan seseorang guru bahasa
dapat menguji dan mengukur kebolehan pelajar menyusun fikiran dan pendapat
serta melahirkannya dengan menggunakan perkataan, gaya dan bahasa sendiri
dalam bentuk komunikasi tulisan.
Dilihat dari sudut ketekalan pemarkahan dan kebolehpercayaan
pengukuran, sekim pemarkahan dianggap sangat penting bagi seorang pemeriksa
atau. kumpulan pemeriksa. Biasanya, skim pernarkahan karangan sesuatu bahan
pemeriksaan membuktikan antara lain sub-subkemahiran yang perlu diukur dan
dinilai.
Menurut Koh Boh Boon (1981), beliau telah mencuba membina satu skim
pemarkahan karangan bahasa Melayu bagi tingkatan empat dan lima, berasaskan
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang berkenaan. Skim pernarkahan tersebut
menekankan penilaian berdasarkan tiga aspek kebolehan dalam karangan, iaitu isi
kandungan, penyusunan, dan bahasa
Justeru itu, skim pernarkahan disediakan untuk para guru atau pemeriksa
dengan tujuan:
1. Mengurangkan unsur-unsur subjektif dengan memasukkan unsur-unsur
keobjektifan dalarn sistem pengulcuran dengan menggunakan skala tertentu
2. Mengawal ketekalan pernarkahan bagi seseorang pemeriksa atau. kumpulan
pemeriksa dengan menggunakan panduan gred yang standard dalam proses
pernarkahan, dan mengawal kebolehpercayaan pengukuran yang dihasilkan.
3. Menyenarai semak sub-subkemahiran penting yang berkaitan dengan sesuatu
kemahiran
4. Mengkuantitikan kemahiran dalam bentuk markah dan markah.


Teknik Penilaian Dalam Karangan
Biasanya, terdapat dua teknik utama skim penilaian dalam karangan. Untuk
pengetahuan sernua, para pengkaji lain telah menggunakan istilah yang berbeza
bagi ke dua-dua teknik tersebut. Namum demikian, maksudnya adalah sama.
Heaton (1979: 133 - 137) telah menamakannya sebagai Impression Method and
Anlythic Method Manakala Abdul Aziz Talib (1993 : 155) menamakannya sebagai
Kaedah Tanggapan dan Kaedah Analisis. Azman Wan Chik (1982 : 94 - 97)
menamakannya sebagai Teknik Global dan Teknik Perincian. Dalam kertas kerja
ini, istilah yang akan digunakan ialah Teknik Global dan Teknik Perincian.




KRB 3023 : Prinsip Pengajaran Penulisan


5
Teknik Global
Skim pernarkahan yang menggunakan teknik global memerlukan seorang
atau beberapa orang perneriksa menilai kualiti sesuatu karangan berdasarkan
tanggapan pemeriksa secara keselur-uhan. Namun, satu kelemahan yang jelas
adalah sesuatu karangan itu boleh jadi menarik kepada seseorang perneriksa dan
mungkin tidak kepada seorang yang lain. Unsur-unsur nasib dan prasangka
mungkin terdapat dalam teknik ini. Satu cara untuk mengelakkannya, Heaton (1979
: 135) mencadangkan bahawa:
However if assessment is based on several (falliable) judgements,
the net result is for more reliable than a mark based on a single
judgement.
Oleh itu, menurut Heaton, sebaik-baiknya tiga atau empat orang perneriksa
menilai satu karangan dan satu persetujuan diambil untuk menentukan mum
karangan itu. Terdapat skala pernarkahan yang menggunakan skala 5 mata, 10
mata dan sebagainya.
Menurut Azman Wan Chik (1982 : 95), skema pernarkahan yang
menggunakan teknik global bagi peringkat Tingkatan Lima adalah seperti yang
berikut:
Markah
Pencapaian
Peringkat Kernahiran Bahasa
10 Cemerlang
Daripada semua aspek prestasinya tinggi - untuk pengajian
tinggi dan perhubungan yang matang. Cemerlang dalam
perbendaharaan kata, tatabahasa, gaya dan lain-lain
9 Amat baik
Lebih tinggi pencapaian daripada 8 tetapi belum sampai 10.
8 Baik
Walaupun jelas, prestasinya tidak begitu cemerlang, tetapi
tidak langsung menyusahkan pernbaca yang kritis untuk
mernahaminya. Luas perbendaharaan kata.
7



Hampir baik
Mencapai darjah yang lebih tinggi daripada keperluan
minimum untuk pengajian tinggi tetapi belurn sampai taraf 8
atau lebih.
6 Sedang
Jelas kelihatan mencapai taraf yang diperlukan dalam
pengajian tinggi tetapi perbenclaharaan kata dan lain-lain
kurang meluas walaupun mernuaskan untuk berhubung
secara tulisan.
5 Boleh diterima
Membuat kesalahan tatabahasa dan kesalahan bahasa lain yang senang-senang tetapi tidak menyusahkan
pembaca untuk memahaminya; penghuraian memuaskan,
tetapi tidak begitu kompleks

KRB 3023 : Prinsip Pengajaran Penulisan


6
4 Lemah
Agak rendah daripada pencapaian yang diperlukan untuk
pengajian tinggi; terhad perbendaharaan kata dan struktur
struktur yang lain.
3 Terlalu lemah
Ada tanda-tanda yang menunjukkan kemungkinan untuk lebih
baik pada masa-masa akan datang.
2 Buruk
Terlalu rendah darjah kernahiran untuk pengajian tinggi,
sukar difahami oleh pernbaca biasa.
1 Tidak berkemampuan langsung.
Tidak dapat difahami oleh pembaca biasa dan tidak ada
kaitan langsung dengan tajuk.
0 Tidak ada sambutan.
Tidak menjawab soalan.
Selain itu, terdapat satu lagi contoh skema pemarkahan karangan secara
teknik global yang menggunakan skala 5 mata. Menurut Abdul Aziz Abdul Talib
(1993 : 159), skerna skala 5 mata lebih senang bagi menilai karangan, iaitu:


KRB 3023 : Prinsip Pengajaran Penulisan


7


Teknik Perincian
Teknik perincian ialah cara. pemarkahan yang menganalisa atau
meme-calikan kernabiran seseorang itu mengarang, dan pada beberapa aspek
subkemahiran yang dianggap penting dalam menghasilkan karangan yang baik.
Tiap-tiap satu aspek subkemahiran itu dinilai secara berasingan.
Skala
Pengukuran
Penilaian Sifat-sifat Utama Karangan
5 (atau A) Cemerlang a) Karangan menepati tajuk dan bahasanya sangat
baik, lancar dan berkesan.
b) Tidak ada kesalahan bahasa.
c) Struktur ayat dan perbendaharaan kata beragam
dan luas.
d) Isinya bagus dan tersusun secara sistematik dan
jelas.
e) Perenggan, ejaan dan tanda baca digunakan
dengan betul.
f) Keseluruhan persembahan karangan berkesan
dan menarik.
g) Pendapatnya matang.
4 (atau B) Baik h) Karangan berkaitan dengan tajuk dan bahasanya
baik.
i) Struktur ayat dan perbendaharaan kata
memuaskan.
j) Isinya cukup dan pengolahannya agak menarik.
k) Kemahiran mekanis memuaskan.
3 (atau Q Sederhana l) Karangan masih berkaitan dengan tajuk.
m) Terdapat kesilapan kecil tatabahasa.
n) Struktur ayat dan perbendaharaan kata agak
terhad dan mudah.
o) Isinya hanya mencukupi clan pengolahannya agak
sederhana sahaja
p) Terdapat seclikit kesilapan ejaan.
2 (atau D) Lemah q) Kurang pemahaman tentang tajuk karangan.
r) Terdapat kelemahan tatabahasa dan
perbendaharaan kata.
s) Isinya kurang mencukupi.
t) Pengolahan dan penyusunan lemah.
I (atau E) Sangat
Lemah
u) Kurang pemaham tentang tajuk atau terpesong
langsung.
v) Penguasaan bahasa sangat lemah.
w) Banyak kesalahan tatabahasa.
x) Isinya tidak mencukupi
y) Pengolahan dan penyusunan sangat lemah.
z) Keseluruhan karangan tidak menarik dan sukar
difahami.
KRB 3023 : Prinsip Pengajaran Penulisan


8
Menurut Heaton (1979 : 137), lima aspek penting yang perlu diteliti secara
berasingan dengan menggunakan skala 5 mata bagi tiap-tiap saw aspek adalah
seperti yang berikut: i. Tatabahasa ii. Perbendahraan Kata iii. Kaitan isi dengan
tajuk iv. Kelancaran/gaya dan kelicinan komunikasi v. Aspek mekanis (tanda baca
dan ejaan)
Contoh format borang penilaian yang pernah digunakan oleh Heaton adalah
seperti di bawah:
5 4 3 2 1
Tatabahasa x
Perbendaharaan kata x
Kaitan isi dengan tajuk x
Kelancaran x
Mekanis x

Jumlah = 14 Kunci:
5 = Sangat baik
4 = Baik
3 = Sederhana
2 = Lemah
I = Sangat lemah
Berdasarkan pendapat beberapa pakar dalam bidang pengajaran dan
pengujian bahasa seperti Heaton (1979), Oller (1979), Cooper (1977), Raimes
(1983) dan lain-lain, dapat dikenal pasti lima subkemahiran yang kerap digunakan
dalam kemahiran mengarang. Justeru itu, menurut Abdul Aziz Abdul Talib (1993 :
162), mengatakan bahawa subkemahiran adalah seperti yang berikut:
1. Kemahiran struktur dan gaya
Kemahiran ini menekankan kebolehan menulis ayat yang betul, memanipulasi
ayat dan menggunakan bahasa secara berkesan.

2. Kemahiran memilih isi
Kemahiran ini menekankan kebolehan memilih isi karangan yang sesual
dengan tajuk.

3. Kemahiran perbendaharaan kata
Kemabiran ini mencakupi kebolehan memilih, menggunakan perkataan yang
beragam dan luas dengan tepat dan berkesan.

4. Kemahiran menyusun
Kemahiran ini memeriukan kebolehan menyusun isi atau idea yang berkaitan
secara teratur dalam turutan yang paling logik dan berkesan.

5. Kemahiran mekanis
Kemahiran ini mencakupi kebolehan mengeja, menggunakan tanda baca,
pemerengganan dan tulisan yang boleh dibaca.

KRB 3023 : Prinsip Pengajaran Penulisan


9
Berdasarkan senarai subkemahiran di atas, satu skema pernarkahan yang
menggunakan teknik perincian dapat dibentuk bagi peringkat sekolah rendah,
menengah rendah dan menengah atas.
Bagi murid-murid sekolah rendah, pengagihan markah tertumpu pada
kemahiran struktur dan gaya, dan kemahiran mekanis. Ini kerana subkemahiran
tersebut' lebih penting dikuasai pada peringkat sekolah rendah. Manakala pada
peringkat sekolah menengah, imbangan markah memberatkan kemahiran isi dan
kemahiran menyusun. Contoh format skema pernarkahan karangan skala perincian
adalah seperti yang berikut:

Contoh :

Skema Pemarkahan Karangan Skala Analisis Untuk Sekolah Rendah

1. Struktur dan gaya
Ketepatan tatabahasa, kompleksiti ayat, keragaman struktur dan keberkesanan
bahasa.

(Markah maksimum = 30)
26-30 Cemerlang
22 - 25 Baik
17 - 21 Sederhana
10-16 Lemah
0-9 Sangat lemah

2. Isi
Kaitan idea/isi dengan tajuk, keragaman, keaslian, perkembangan dan huraian
idea dan isi.

(Markah maksimum = 15)
14- 15 Cemerlang
12- 13 Baik
9- 11 Sederhana
5 -8 Lemah
0-4Sangat lemah

3. Perbendaharaan kata
Pemilihan kata yang tepat, beraneka dan luas.

(Markah maksimum = 15)
14- 15 Cemerlang
12- 13 Baik
9- 11 Sederhana
5 - 8 Lemah
0-4Sangat lemah


KRB 3023 : Prinsip Pengajaran Penulisan


10
4. Penyusunan
Perkembngan tema/cerita yang logik, sistematik, bertalian dan jelas.

(Markah maksimum = 15)
14 - 15 Cemerlang
12 - 13 Baik
9 - 11 Sederhana
5 - 8 Lemah
0 - 4 Sangat lemah

5. Mekanis
Ejaan , tanda baca, perenggan, penggunaan huruf besar dan huruf kecil.
Kebolehbacaan tulisan tangan.

(Markah maksimum = 25)
23 - 25 Cemerlang
18 - 22 Baik
14 - 17 Sederhana
9- 13 Lemah
0-8 Sangat lemah



Soalan-soalan

1. Penilaian adalah merupakan salah satu aspek yang penting dalam proses
pengajaran penulisan, Bincangkan jenis penilaian yang boleh digunakan
untuk sesebuah penulisan.









KRB 3023 : Prinsip Pengajaran Penulisan


11
RUJUKAN
Greenberg, K. L. (1994). The Advancing Writer Book 2. New York: Harper Collins.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1998) Sukatan Pelajaran KBSR. Pusat
Perkembangan Kurikulum.
Lyons (1989). Study Writing. Cambridge: College Publishers University.

Mohd. Sidin Ishak (1992) Ketrampilan Menulis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Mortomore, P. (1999) Understanding Pedagogy and Its Impact on Learning.
London: Thousand Oak, Clif: Chapman.
Schunk, D.H. (1996) Learning Theories: An Educational Perspective. Eaglewood
Cliff, N.S. : Merill.
Sulaiman Masri (1990). Penulisan dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai