Anda di halaman 1dari 3

ISL 9: HURAIKAN PERANAN GURU YANG SESUAI DENGAN

PENDIDIKAN SEMASA
1. Pengamal Ilmu dan Pengetahuan
a. Pengamal ilmu mencintai, menguasai, sentiasa mencari dan
meningkatkan pengetahuan, menggunakan atau mengaplikasikan ilmu
pengetahuan dalam pelbagai aspek kehidupan.
b. Pengamal ilmu tidak kedekut dengan ilmu.
c. Ilmu yang dikongsikan akan berlipat ganda manfaatnya dan bukan
usaha yang sia-sia.
d. Mengamalkan sikap ingin belajar untuk mengajar
e. Sentiasa meningkatkan penguasaan ilmu dan pengetahuan isi
kandungan pelajaran melalui pembacaan
f. Perbincangan dengan rakan sejawat
g. Menghadiri kursus dalam perkhidmatan
h. Menjalankan penyelidikan dan mempamerkan sikap keterbukaan
kepada peluang pemerolehan ilmu
i. Sebagai seorang yang profesional, mengambil berat tentang
perkembangan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang terkini.
j. Menggunakan ilmu untuk menegakkan kebenaran dan keadilan serta
memberikan sumbangan yang berkualiti dan bermakna kepada anak
didik, masyarakat dan negara.
k. Memupuk budaya cintakan ilmu dalam diri murid-murid.
l. Guru perlu memiliki kemahiran-kemahiran yang bersesuaian untuk
menyampaikan ilmu pengetahuan yang dikuasainya.
m. Guru ialah pengamal pengetahuan kandungan pedagogi apabila beliau
berjaya mensintesis dan menyepadukan tiga teras pengetahuan (isi
kandungan, pedagogi am, konteks pendidikan)
n. Guru menstrukturkan pengajarannya dengan mengintegrasikan unsur-
unsur kemahiran belajar dan kemahiran berfikir dalam penyampaian isi
kandungan (menghasilkan pelajar KBAT).

2. Pembimbing
a. Guru sebagai pembimbing berperanan untuk:
b. Menyemaikan minat dan motivasi terhadap mata pelajaran akademik
supada dapat meningkatkan pencapaian akademik mereka.
c. Membimbing pelajar mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri,
minat dan kecenderungan diri terhadap bidang yang diceburi, sesuai
dengan minat dan kebolehan agar bakat dan potensi mereka dapat
dikembangkan.
d. Menanamkan minat dan sikap yang sihat terhadap persekolahan dan
memperkaitkannya dengan amalan seharian mereka.
e. Mengenal pasti dan memabntu pelajar-pelajar yang mengalami
masalah pelajaran/ sosioemosi/ kesihatan dalam membuat
penyesuaian peribadi dari aspek sosial, emosi mental dan fizikal.

3. Pengamal Reflektif
a. Sentiasa mempersoalkan amalan dirinya dan tidak hanya bertindak
atas tabiat atau mengikut arahan semata-mata.
b. Bertanyakan diri soalan-soalan yang berkaitan dengan perkara yang
dilakukan sebelum, semasa dan selepas mengajar.

c. Manfaat:
d. Dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan yang terdapat dalam
dirinya.
e. Menjadi guru yang lebih yakin.
f. Pengajaran yang lebih berkesan.
g. Pemikiran reflektif dapat didokumentasikan dalam bentuk tulisan
merupakan sumber rujukan.

4. Penyelidik
a. Terlibat dalam proses penyelidikan.
b. Penyelidikan tindakan, iaitu satu bentuk penyelidikan yang
dilaksanakan oleh guru untuk guru dan tentang guru.
c. Guru sebagai penyelidik melibatkan diri dalam menghasilkan teori dan
kefahaman baharu berkaitan dengan permasalahan yang dihadapi.
d. Manfaat:
Diskripsi
Perasaa
n
Penilaian
Analisis
Kesimpul
an
Pelan
Tindakan
e. Menambah kejelasan teori, bahasa dan pembelajaran.
f. Menigkatkan ilmu pengetahuan dan pemahaman amalan bilik darjah
dan meningkatkan kemahiran mengajar.
g. Memudahkan kolaborasi dengan murid-murid dan guru lain.
h. Berpeluang mengembangkan komitmen bersama ke arah penambaikan
dan peningkatan kualiti profesion.

5. Agen sosialisasi
a. Berperanan membentuk individu yang mampu bersosialisasi dan
memiliki kecerdasan emosi yang tinggi.
b. Boleh melibatkan dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang
dianjurkan oleh komuniti setempat.
c. Menghulurkan khidmat bantuan untuk menjayakan aktiviti-aktiviti.
d. Bersosialisasi dengan ibu bapa, penduduk dan pemimpin setempat.

Anda mungkin juga menyukai