Anda di halaman 1dari 53

1

PECUTAN AKHIR SEJARAH SPM 2014


Disusun oleh ckgrmyksah 2014

TINGKATAN 4
Tema 7: Tamadun Awal Manusia
Jelaskan maksud tamadun mengikut Islam.
merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah.
menekankan pembangunan lahiriah dan rohaniah.
penting bagi mengukur tahap ketamadunan sesebuah
masyarakat.
Syed Naquib al-Atas - tamadun ialah pencapaian
tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh
sesebuah masyarakat

Jelaskan maksud tamadun mengikut pandangan Barat
Tamadun dikaitakan dengan pembangunan lahiriah
Terutamanya dalam hal-hal kebudayaan seperti
penulisan, undang-undang, kesenian dan pembandaran
Gordon Childe- pencapaian lahiriah merupakan kayu
ukur kemajuan tamadun dalam sesebuah masyarakat
Darcy Riberio dan R.A Buchanan menolak unsur
rohani
Menekankan kepentingan dan pembangunan lahiriah
dalam proses perkembanggan tamadun

Terangkan ciri-ciri tamadun
Petempatan kekal
cara hidup yang lebih sistematik
kerana kemajuan dalam pertanian
dan penciptaan peralatan baru telah meningkatkan
pengeluaran untuk menampung pertambahan penduduk.
Kehidupan berorganisasi
mampu mengatur cara hidup manusia untuk memastikan
Kestabilan dan kemakmuran kehidupan
Peranan tersendiri seperti raja,bangsawan,rakyat dan
hamba.
Kewujudan sisitem pemerintahan raja sebagai ketua
pemerintah.
Raja sebagai wakil tuhan
Untuk mendapatkan pengiktirafan rakyat
sistem perundangan sebagai panduan masyarakat
menjaga keamanan dan kemakmuran.
Pengkhususan pekerjaan
menyebabkan peningkatan produktiviti,
politik menjadi stabil,
Ekonomi berkembang dalam pertukaran barang dan
perdagangan
Membolehkan berlakunya pertukaran ilmu
pengetahuan,teknologi,dan budaya antara sesebuah
mesyarakat dengan masyarakat luar.
Agama dan kepercayaan
manusia percaya bahawa terdapat kuasa ghaib yang
menguasai alam sekeliling
mewujudkan kepercayaan aminisme
kemudian kepada agama politeisme penyembahan
terhadap banyak tuhan.
Penciptaan bahasa dan sistem tulisan ,
seperti bahasa Yunani dan Sanskrit
Sistem tulisan awal ialah hieroglif, cuneiform, ideogram
dan piktograf
Berperananan menyebarkan ilmu pengetahuan dan
perhubungan.
Selain itu untuk tujuan urusan pentadbiran
seperti penyimpanan rekod, penulisan undang-undang
dan hal-hal keagamaan.

Pada pendapat anda adakah masyarakat di sekitar
tempat tinggal anda bertamadun?
Ya :
Menepati ciri-ciri tamadun awal manusia
Tinggal tetap di kawasan perumahan
Mempunyai organisasi seperti pertubuhan atau persatuan
Mempunyai ketua yang melaksanakan tugas seperti
mengadakan mesyuarat untuk menjaga keselamatan
Mempunyai masjid dan kuil
Untuk beribadat
Mempunyai pengkhususan pekerjaan seperti ada yang
bekerja sebagai pensyarah, doktor dan guru
Berilmu pengetahuan
Mendapat pendidikan yang tinggi
Tamadun Hwang Ho
Huraikan proses pembentukan tamadun Hwang Ho
Lembah Hwang Ho subur
menarik penduduk nomad untuk tinggal menetap
dan Membina petempatan.
Tapak Banpo yang berhampiran Bandar Sian moden
merupakan petempatan awal Penduduk Hwang Ho.
Penduduk menjalankan aktiviti pertanian dan
penternakan binatang, mengumpul hasil hutan dan
memburu.
Perkembangan petempatan awal mewujudkan beberapa
buah Bandar antaranya Anyang
Yang menjadi pusat kerajaan Dinasti Shang.
Semasa dinasti Chou, tamadun ini tersebar hingga ke
bahagian selatan sungai Yangtze.

Huraikan sistem pemerintahan Dinasti Shang
berbentuk pemerintahan beraja.
Pengganti raja selalunya dilantik daripada kalangan
saudara lelaki yang lebih muda atau anak lelaki raja.
Raja-raja berkuasa ke atas kawasan pusat pentadbiran
dan mempunyai kewibawaan politikekonomi, social, dan
agama.
kepercayaan masyarakat kuasa raja merupakan mandat
dari Tuhan.

2

Raja-raja shang tidak perlu mendapatkan pengeshan
politik
kerana mereka adalah daripada keturunan pemerintah
agama.
Raja dibantu oleh golongan bangsawan
dipertanggungjawabkan untuk mentadbir wilayahnya.
Golongan bangsawan berhak mewujudkan sistem
pentadbirannya sendiri dalam tugas
Seperti pungutan cukai pertahanan dan undang-undang.
Kezaliman Raja shang menunjukkan raja kehilangan
mandat menyebabkan golongan
Hamba menyingkirkan Dinasti shang untuk dig anti
dengan Dinasti chou

Apakah yang anda faham tentang mandat dari Tuhan
Percaya bahawa jika raja memerintah dengan adil
Kerajaan dan rakyat akan menikmati kemakmuran dan
kesejahteraan hidup
Pemerintah direstui tuhan

Apakah kepercayaan yang diamalkan dalam tamadun
Hwang Ho
Sebahagiaan mengamalkan anismisme dan politisme.
Masyarakat Shang mempercayai politeisme
seperti tuhan syurga,tuhan bumi,sungai,bukit dan gunung.
Mereka mengamalkan penyembahan roh nenek moyang.
Mereka juga sembah tuhan syurga (Shang Ti)
dan Tuhan Bunyi ( Tu).
Sembah juga bukit, sungai, dan gunung.
Shang Ti Dewa tertinggi di syurga dan nenek moyang
Shang.
Percaya pada kuasa agung Tien. suatu makhluk
unggul atau kuasa tertinggi alam semesta atau syurga.
Konsep ini mempengaruhi Yin dan Yang.
Alam semesta dan kejadiannya terdiri dari dua unsur.
Yin kuasa pasif dan Yang Kuasa aktif
Upacara sembah libatkan permainan muzik,tarian dan
upacara korban diketuai oleh bomoh.
Tulang oracle berfungsi bagi meramal keadaan.
Bomoh terlibat dalam upacara penilikan tulang oracle
meletakkan di atas unggun api sehingga timbul rekahan
untuk maramalkan untuk mentafsir sesuatu kejadian.
Amalan ini bawa kemunculan sistem tulisan.

Senaraikan dua golongan dalam struktur sosial
masyarakat Hwang Ho
Raja menduduki lapisan teratas
diikuti golongan pembesar.
Golongan petani membentuk sebahagian besar penduduk
mendiami kawasan diluar negara kota ini.
Golongan artisan memiliki kemahiran menguasai
teknologi gangsa
digunakan bagi menghasilkan senjata,perisai dan hiasan
pada kereta kuda
yang digunakan oleh tentera serta peralatan untuk acara
keagamaan.
Golongan pembesar yang mampu memiliki tentera dan
senjata gangsa
menggunakan keistimewaan untuk menundukkan
golongan bawahan.
Golongan paling bawah dalam masyarakat Shang ialah
hamba

Kemajuan dicapai tamadun Cina dalam bidang
pertanian
Pengenalan alat tenggala
Membuat batas tanaman
Pengenalan kolar kuda untuk menarik tenggala kayu / kereta
kuda / kereta sorong beroda
Membuat penyisir tanah
Penciptaan alat kegunaan pertanian
Sistem penanaman secara bergilir untuk Kekal kesuburan
tanah
Peneresan kawasan bukit untuk pertanian
Pembinaan sistem pengairan untuk pertanian
Pembinaan terusan untuk kawalan banjir

Iktibar yang boleh dicontohi dari tamadun Hwang Ho.
Kreatif dan inovatif
Sentiasa berusaha membaiki/ meningkatkan kehidupan
Memelihara/ mengekalkan keamanan negara
Mempunyai pemerintahan yang kuat/ adil
Pemerintahan yang berwibawa
meneliti/ menghayati perubahan masyarakat lampau
Pengetahuan agama yang baik/ falsafah/ sains dan
teknologi
Kebolehan menjangka perubahan yang akan berlaku/
pandangan jauh
Meningkatkan pemikiran/ kemahiran
Meningkatkan ilmu
Meneroka bidang baru

Berdasarkan kemajuan sektor pertanian tamadun Hwang
Ho, nyatakan langkah-langkah yang boleh diamalkan
dalam membangunkan serta memajukan sektor pertanian
negara kita.
pilih pemimpin yang bijak untuk menguruskan sector
pertanian
membina sistem pengairan yang baik
gunakan benih yang bermutu / berkualita
gunakan baja yang bersesuaian
gunakan teknologi terkini / alat pertanian yang moden /
jentera
mengusahakan tanah yang terbiar
bantuan modal diberikan kepada petani
bantuan teknikal diberikan kepada petani
mewujudkan pasaran yang meluas
menggunaan teknik penanaman yang baik
memberikan khidmat nasihat
mengkomersialkan produk pertanian

Berikan cadangan anda bagaimana cara yang boleh
digunakan untuk meningkatkan produktiviti dalam
bidang pertanian?
Meningkatkan ilmu pengetahuan
Meningkatkan kemahiran

3

Membuat penyelidikan
Membuka tanah-tanah baru
Menghasilkan alat pertanian moden
Mengusahakan tanah terbiar

Jelaskan kegemilangan dalam Tamadun Hwang Ho yang
boleh dicontohi dalam masyarakat Malaysia hari ini
Masyarakatnya yang kreatif dan inovatif
iaitu pencipataan peralatan pertanian daripada besi
Pemimpin yang berwibawa
yang memikirkan keselamatan rakyat dengan membina
tembok kota
Berfikiran jauh
iaitu membina system pengairan dan teres untuk
pertanian
Inovasi dalam bidang pertanian seperti membuat batas
tanaman
Konsep Yin dan Yang yang diterapkan dalam bidang
perubatan
Falsafah Perang Sun Tzu yang diterapkan dalam taktik
perniagaan

Usaha-usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan
untuk memajukan sektor pertanian di negara kita
sehingga kini?
Penubuhan Rancangan Pembangunan Lima Tahun
Dasar Ekonomi Baru/ Dasar Pembangunan Nasional
Pembukaan tanah baru untuk pertanian
Penubuhan Lembaga Pembangunan Industri
Desa/RIDA/MARA
Penubuhan
FELDA/FAMA/FELCRA/MARDI/RISDA/KESEDAR
/KEJORA
Mempelbagaikan hasil pertanian seperti getah dan
kelapa sawit
Penubuhan Kementerian Pembangunan Negara dan
Luar Bandar
Penubuhan Kementerian Tanah dan Kemajuan Wilayah
Penubuhan Lembaga Padi dan Beras Negara
Penubuhan Kementerian Pertanian dan Industri Asas
Tani/Penubuhan Pasar Tani
Penubuhan Universiti Pertanian Malaysia/Penubuhan
Bank Pertanian
Pelaksanaan hari Peladang, Penternak dan Nelayan
Kebangsaan

BAB 2 : PENINGKATAN TAMADUN
Jelaskan sistem pemerintahan dan pentadbiran di Yunani
sebelum pelaksanaan sistem demokrasi
Monarki/beraja
Raja dibantu oleh konsul
Raja sebagai ketua hakim/ketua tentera/ketua agama
Konsul menjadi kuat dan peranan raja merosot
Lahir sistem raja yang dipilih tetapi kuasa terhad
Pemerintahan beberapa orang konsul melahirkan oligarki
Lahir golongan aristokrat yang kuat dan miliki kuasa
yang besar dinamakan sistem aristokrasi
Berlaku tidak puas hati rakyat dan tuntut hak
Berlaku rampasan kuasa
Muncul sistem pemerintahan tirani oleh diktator
Diktator terdiri daripada golongan kaya/tentera
Akhirnya mereka ditentang oleh aristokrat dan lahir
demokrasi

Jelaskan ciri-ciri sistem demokrasi yang diamalkan dalam
tamadun Yunani
Terdapat Dewan Perhimpunan dan Majlis
Berbentuk penyertaan langsung daripada rakyat
Semua warganegara lelaki dewasa ahli Dewan
Perhimpunan
Tempoh menjadi ahli enam bulan hingga setahun
Dewan Perhimpunan bersidang tiga kali dalam sebulan
ahli Dewan Perhimpunan boleh kemuka cadangan dasar
kerajaan
Segala keputusan Dewan Perhimpunan dikendalikan
Majlis
Ahli Majlis, Majistret dan Juri dilantik oleh D.
Perhimpunan
Dewan Perhimpunan berkuasa penuh terhadap ketiga-
tiganya

Pada pengetahuan sejarah anda, apakah kebaikan amalan
sistem pemerintahan demokrasi di negara kita?
Rakyat terlibat dalam memilih/membentuk kerajaan
Rakyat boleh bersuara/kemukakan pandangan
Pemimpin tidak berkuasa mutlak
Menjamin hak asasi rakyat
Tidak berlaku kekejaman
Kedaulatan di tangan rakyat
Rakyat bebas memilih pemimpin melalui pilihan raya
Menjamin kerajaan yang adil/stabil
Menjamin perkembangan ekonomi
Menggalakkan pelaburan asing

Jadual berikut menerangkan perkembangan sistem
perundangan dalam tamadun awal.
TAMADUN
MESOPOTAMIA
TAMADUN
ROM
TAMADUN INDIA
Kod Undang-
undang Hammurabi
X Y

Nyatakan undang-undang tersebut;
X : Hukum Kanun 12 / Kod Undang-undang Justinian/
Undang-Undang Justinian
Y : Kitab Dharma Sastra/ Tiang Asoka

Senaraikan prinsip yang terkandung dalam undang-
undang tersebut
Semua manusia adalah sama di sisi undang-undang
Seseorang tidak bersalah sehingga terbukti bersalah
Keadilan kepada setiap individu
Hukuman berasaskan bukti yang cukup
Segala kesalahan dilakukan dikenakan tindakan atau
denda
Hukuman atau denda bergantung kepada keseriusan
kesalahan

4

Jelaskan kepentingan undang-undang tersebut kepada
pembinaan sesebuah tamadun
Mengawal segala tindakan manusia
Mewujudkan kehidupan yang aman dan sejahtera
Memeastikan kecekapan pentadbiran
Menjadikan pemerintahan yang adil
Menekankan konsep kesejahteraan rakyat
Menjaga keharmonian manusia

Sebagai pelajar, apakah tingkah laku yang menunjukkan
anda patuh kepada undang-undang sekolah.
Sentiasa mematuhi disiplin sekolah
Sentiasa menjaga nama baik sekolah
Belajar dengan bersungguh-sungguh
Mengambil bahagian dalam aktiviti ko-kurikulum
Mana-mana yang munasabah

Jelaskan kepentingan undang-undang tersebut kepada
pembinaan sesebuah tamadun
Mengawal segala tindakan manusia
Mewujudkan kehidupan yang aman dan sejahtera
Memeastikan kecekapan pentadbiran
Menjadikan pemerintahan yang adil
Menekankan konsep kesejahteraan rakyat
Menjaga keharmonian manusia

Sebagai pelajar, apakah tingkah laku yang menunjukkan
anda patuh kepada undang-undang sekolah.
Sentiasa mematuhi disiplin sekolah
Sentiasa menjaga nama baik sekolah
Belajar dengan bersungguh-sungguh
Mengambil bahagian dalam aktiviti ko-kurikulum

Terangkan perkembangan kegiatan ekonomi yang
dijalankan dalam tamadun India
Kegiatan perdagangan berkembang pesat
perdagangan dalaman /antara wilayah kerajaan India
Perdagangan luar
Pusat perdagangan di Anga/Kalinga/Karusa
Menghasilkan emas/gading gajah/senjata/berlian/mutiara
hubugan dagangan dengan Macedonia/Sri Lanka/Asia
Tengah/Asia Tenggara
Pelabuhan antarabangsa di
Tambralipti/Ghantashala/Kadura di Timur
Pelabuhan Broach/Chaul/Kalyan/Cambay di bahagian
Barat
Kewujudan persatuan perdagangan/sresthin
o Persatuan tukang kayu
o Tukang logam/tukang kulit
Matlamat persatuan
o mengawal harga
o Kualiti barangan
o Mengawal gaji pekerja
Penggubalan undang-undang persatuan
Undang-undang diawasi oleh raja
Pengenalan mata wang sebagai medium jual beli
Zaman Gupta-Mata wang emas digunakan
Pelaksanaan dasar kewangan dan ekonomi yang
sistematik
Perkembangan perusahaan tekstil/kain kapas /sutera
Sutera berpusat di Bengal dan Benares
Perusahaan barangan emas/mutiara/batu permata
Cukai dikenakan terhadap pelbagai jenis hasil
perdagangan
Hasil pertanian dan buah-buahan
Cukai untuk menyara tentera/pentadbir/raja

Perkembangan sistem pendidikan Zaman Vedik tamadun
India
Pendidikan pentingkan keagamaan
Teras pendidikan agama Hindu
Pendidikan didominasi kaum lelaki
Golongan wanita tidak mempunyai ruang untuk pendidikan
Pendidikan beri perhatian kpd pembelajaran Kitab-kitab
Veda
Bahasa Sanskrit merupakan medium pengajaran penting
Kaedah hafalan digunakan untuk mendalami Kitab Veda
Pendidikan sediakan manusia hadapi hari selepas mati
Tumpuan pendidikan ialah agama
Segala hukum agama harus dipelajari
Mereka hidup sempurna dgn nilai-nilai murni yang diajar
agama
Pendidikan tinggi di Kolej Brahman selepas tahun 100 S.M
Sebelum itu , pendidikan diberikan di istana / di rumah
Lahir universiti agama Buddha, iaitu Nalanda
Untuk capai taraf Brahmin berpendidikan, seseorang harus
hafal perbagai buku agama khususnya Veda
Veda mengandungi peraturan ritual/ mantera/ lagu-lagu
agama
Mereka juga belajar karya saintifik/ falsafah
Pendidikan juga untuk meningkatkan ilmu sains
Untuk tambahkan ilmu
Atasi buta huruf
Dapatkan jawatan dalam pemerintahan

Pada pendapat anda , mengapakah bidang berikut
penting bagi rakyat sesebuah negara ?
i. Pendidikan
Lahirkan masyarakat yang berpengetahuan
Lahirkan modal insan berilmu
Maju negara/ angunkan negara
Mewujudkan perpaduan rakyat berbilang kaum
ii. Pertanian
Sediakan sumber makanan kepada rakyat
Rakyat boleh usaha tanah terbiar dgn pelbagai jenis tanaman
Menambahkan sumber pendapatan
Sumbangkan modal kepada rakyat untuk perkembangan
industri
Elak pengangguran di kawasan luar Bandar
Pertanian sebagai perniagaan
Mengurangkan import bekalan makanan dari luar
Menjimatkan kos mengimport bekalan makanan luar negara


5

Jelaskan perkembangan Pendidikan dalam Tamadun
Yunani
Pendidikan di Athens
Untuk melahirkan manusia yang seimbang
Jasmani dan rohani
Manusia yang mampu memenuhi tuntutan fizikal dan
mental
Mampu memberi sumbangan kepada kesejahteraan
manusia
Tumpuan pengajaran kepada pendidikan
/sukan/muzik/kesusateraan/seni
berpidato/membaca/menghafal/menulis

Pendidikan di Sparta
bertujuan melahirkan warganegara gagah
Sempurna/setia kepada negara
Tumpuan kepada latihan fizikal
Mahir menggunakan senjata
Perkembangan sekolah falsafah
Di negara kota Athens/Thebes/Elea/Miletus
Athens dikenali sebagai pusat cendekiawan Yunani
Semasa pemerintahan Pericles
Melahirkan sejarawan Yunani
Herodotus/Thucydides
Pemikir dalam bidang sains dan teknologi

Nyatakan pusat pendidikan dalam tamadun Yunani.
Athens
Thebes
Elea
Miletus
Sparta

Berikan aspek yang diberi penekanan dalam bidang
pendidikan di Yunani.
Sukan
Muzik
Kesusasteraan
Seni berpidato
Membaca
Menghafal
Menulis
Falsafah
Latihan fizikal/Latihan ketenteraan

Nyatakan tujuan pendidikan di Yunani.
Melahirkan manusia seimbang dari sudut rohani dan
jasmani
Meningkatkan tahap intelek
Melahirkan warganegara tentera yang gagah/sempurna
Melahirkan warganegara yang setia kepada negara kota
Mahir menggunakan senjata
Melahirkan manusia yang cemerlang
Manusia yang dapat memenuhi tuntutan mental dan
fizikal


Jelaskan kesan kemajuan pendidikan kepada peningkatan
tamadun Yunani
Athens menjadi pusat cendekiawan Yunani
Kemunculan banyak sekolah falsafah
Melahirkan ramai ahli sejarawan
Lahir ramai pemikir dalam bidang sains/teknologi
Penulisan karya sejarah saintifik
M-Mana-mana yang munasabah

Pada pandangan anda, mengapakah bidang pendidikan
penting kepada kemajuan sesebuah negara?
Melahirkan manusia yang mampu bersaing
Meningkatkan tahap kemajuan diri
Membantu kemajuan negara
Melahirkan masyarakat berilmu
Mengurangkan kadar buta huruf/meningkatkan kadar
celik huruf
Mampu bertindak secara rasional
Melahirkan rakyat yang setia Negara

Pada pandangan anda, bagaimanakah Dasar Pelajaran
Kebangsaan mampu mengukuhkan perpaduan rakyat
berbilang kaum di Malaysia?

Penggunaan sukatan pelajaran sama
Bahasa pengantar sama
Sistem persekolahan yang sama
Pelajar melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum
Penerapan nilai-nilai murni
Pengenalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Konsep sekolah wawasan
Pendidikan moral

Jelaskan sumbangan tamadun China kepada peradaban
manusia sehingga kini.
Kemajuan dalam pertanian
Penciptaan batas dalam bidang pertanian
Tenggala untuk membuat batas
Kolar kuda untuk menarik tenggala kayu
Kereta kuda
Kereta sorong beroda
Penyisir tanah
Sistem tanaman bergilir untuk menjaga kesuburan tanah
Pembinaan sistem pengairan untuk mengawal air di
kawasan pertanian
Bukit diteres untuk tujuan pertanian
Penciptaan alatan pertanian seperti tajak/cangkul
Penukaran alatan pertanian daripada kayu kepada besi
Jalan Sutera Darat
Menghubung laluan perdagangan antara India dengan
Barat/Rom
Perusahaan membuat tembikar/logam
Pengenalan tulisan ideogram
Berdasarkan rekahan tulang oracle menghubung laluan
perdagangan antara India dengan Barat/Rom
Berbentuk simbol dan gambar

6

Diajar pada peringkat sekolah rendah
Falsafah Confucianisme/ Taoisme
Cara hendak melahirkan masyarakat dan poitik yang baik
Falsafah Legalisme/Hanya undang-undang dapat
mewujudkan nilai baik masyarakat
Konsep Yin dan Yang/Unsur saling melengkapi/Yin
Kuasa Pasif/Yang kuasa aktif
Falsafah Feng Shui/ Hubungan antara alam semesta
dengan manusia
Falsafah Perang Tsun Tzu melalui karya the art of
war/Taktik dalam urusan perniagaan
Kalendar
Terdapat 30 hari sebulan/ 360 hari setahuan
Raja menggunakan kalendar untuk menentukan musim
menuai/menanam
Menjalankan aktiviti harian seperti
perkahwinan/berburu/pengkebumian
Upacara korban
Menggunakan unsur makanan/duit kertas/barangan
perhiasan

Iktibar yang boleh diambil daripada perkembangan
ekonomi dalam tamadun India dan China untuk
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju.
Sentiasa bersikap inovatif
Sentiasa berusaha membaiki/ meningkatkan kehidupan
Memelihara/ mengekalkan keamanan negara
Mempunyai pemerintahan yang kuat/ adil
Pemerintahan yang berwibawa
meneliti/ menghayati perubahan masyarakat lampau
Pengetahuan agama yang baik/ falsafah/ sains dan
teknologi
Kebolehan menjangka perubahan yang akan berlaku/
pandangan jauh
Meningkatkan pemikiran/ kemahiran
Meningkatkan ilmu
Meneroka bidang baru

Peluasankuasa
Senaraikan tokoh-tokoh perluasan kuasa bagi tamadun
tersebut.
Alexander the Great
Augustus Caesar
Julius Caesar
Chandra Gupta Maurya
Bindusara
Asoka
Shih Huang Ti
Han Wu Ti

Bagaimanakah pemimpin tersebut menjalankan dasar
perluasan kuasa?
Pembukaan kawasan baru
Penaklukan / ketenteraan
Penyebaran kebudayaan
Penyebaran agama Buddha
Menyatukan seluruh kerajaan kecil

Pada pandangan anda, mengapakah tamadun tersebut
melaksanakan dasar perluasan kuasa?
Membina empayar
Menyatukan kerajaan-kerajaan kecil
Mendapatkan bahan mentah / kekayaan
Mendapatkan hamba / buruh
Kemasyhuran

Berdasarkan kajian anda, apakah kesan daripada
pelaksanaan dasar perluasan kuasa oleh tamadun
tersebut?
Terbentuk empayar
Kerajaan kecil disatukan
Gelaran raja bertukar menjadi maharaja
Kebudayaan Hellenistik tersebar
Agama Buddha tersebar

Pada pandangan anda, mengapakah dasar perluasan
kuasa tidak lagi sesuai dilakukan pada masa sekarang?
Sempadan negara setiap negara telah ditetapkan
Bercanggah dengan undang-undang antarabangsa
Dianggap sebagai perbuatan jenayah antarabangsa
Mengelakkan berlaku Perang Dunia
Kesan peperangan hari ini lebih dasyat
Mengelakkan penggunaan senjata nuklear
Peranan PBB menghalang peperangan
Kematangan pemikiran manusia
Masyarakat dunia mahukan kehidupan yang aman
Falsafah
Apakah yang anda faham dengan ahli falsafah?
manusia yang menggunakan akal untuk berfikir secara
berterusan
bagi mencari jawapan yang logik dan rasional terhadap
persoalan yang berkaitan dengan kehidupan harian dan
alam di sekitar mereka
Tokoh ahli falsafah Yunani yang anda tahu yang telah
memberi sumbangan pada abad ke-3 hingga ke-6 masihi.
Herodotus, Socrates, Aristotle ,Plato
Zeno
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah
sumbangan yang boleh disumbangkan oleh ahli falsafah
kepada masyarakat?
Memberi idea kepada masyarakat berasaskan
penyelidikan.
Mengajar masyarakat untuk hidup secara harmoni.
Memberi nasihat kepada masyarakat
Terima mana-mana jawapan munasabah.
Pada pandangan anda, bagaimanakah kita hendak
menghargai sumbangan ahli falsafah?
Memberi gelaran/anugerah/ pangkat kepada ahli falsafah
tersohor / banyak beri sumbangan.
Menyediakan dana / peruntukkan kepada ahli falsafah
membuat kajian / penyelidikan

7

Menerbitkan karya-karya ahli falsafah
Terima mana-mana jawapan munasabah.

Ahli falsafah
Socrates
Bapa Falsafah Barat
merupakan pakar dalam perbincangan melalui kaedah
soal jawab tentang kehidupan masyarakat bahagia
dituduh merosakkan pemikiran masyarakat
telah dihukum bunuh dengan meminum racun.

Plato
pengikut Socrates
masyarakat yang sempurna merupakan masyarakat yang
diperintah oleh ahli falsafah
mengasaskan akademi falsafah di Athens.

Aristotle
anak murid Plato
cuba mendalami bidang sains dan falsafah
hasil penerbitan beliau mengandungi ilmu
logic,metafizik, etika, politik,fizik, sains tabii,astronomi
dan geologi
Merupakan guru Alexander the Great.
Karya utama ialah Republic.
Isu utama adalah tentang nilai individualisme, kehidupan
manusia dan demokrasi.

Herodotus
ahli falsafah dan ahli sejarah
menghasilkan History of Persian Wars digelar
Bapa Sejarah.

Thucydides
pengasas Sejarah Saintifik
menghasilkan History of the Peloponnesian War
yang ditulis berteraskan penyelidikan.

Tamadun Rom
Falsafah Rom berasaskan kepada falsafah Stoisisme
yang menekankan keadilan, tanggungjawab, keberanian
dan perikemanusiaan.
mengajar bahawa kebahagian hidup manusia dan nasib
seseorang bergantung kepada hubungannya dengan alam.

Tamadun India
Wujud dalam dua bentuk pemikiran
kumpulan yang bersumberkan kitab veda
yang menolaknya.
Kitab veda terdiri daripada
Rig Veda,
Yajur Veda,
Sama Veda
Atharva Veda.
Falsafah bukan aliran veda bersumberkan ajaran Carvaka,
Jainisme dan Buddhisme.


Tamadun China
Falsafah China menekankan hal berkaitan hubungan
manusia dengan manusia lain
Antara sumber falsafah
Kung-fu Tze atau Confucius dengan ajarannya
Confucianisme,
Lao Tze,
Toisme
Mo Tzu
Mo Tzu Menolak beberapa ajaran Confucianisme.
Menurutnya manusia berakhlak baik tetapi menjadi
sebaliknya kerana pengaruh alam sekitar.
Falsafah legalisme pula percaya hanya undang-undang
dapat mewujudkan nilai baik dan ketertiban masyarakat.

Sains dan Teknologi
Huraikan sumbangan sains dan teknologi dalam tamadun
Rom
Boethius ahli matematik Rom mengambil asas matematik
daripada tamadun Yunani dengan
Mengaitkan muzik, geometrid an astronomi.
Penciptaan layer yang kuat dan perahu yang besar
meningkatkan aktiviti perdagangan laut.
Menjadi alat pengangkutan penting dalam peperangan
terutamanya pada zaman perluasan
Kuasa dan pembetukan empayar Rom.
Binaan berbentuk kubah merupakan tempat memuja dan
menyimpan patung dewa dan
Tempat menjalankan kegiatan kerja awam.
Binaan berbentuk kubah merupakan tempat memuja dan
menyimpan patung dewa dan
Tempat menjalankan kerja awam.
Berbentuk kubah boleh memuatkan 50 000 hingga 80
000 penonton sebagai tempat
Tempat pahlawan Rom bertarung dan berfungsi sebagai
teater.
Saluran air melalui saluran dalam tanah dan saluran
dalam pintu gerbang.
Teknologinya berasaskan sistem graviti.

Sumbangan sains dan teknologi yang dicapai oleh
tamadun India?
Sains dan teknologi ialah cabang kepada pengetahuan
Vedik seperti pengetahuan tentang
Astronomi yang dapat dipetik daripada Rig Veda.
Ilmu matematik telah mencipta konsep geometrid
Dan telah memperkenalkan systemnombor,
Iaitu angka Brahmin dan angka Khrosti.
Ilmu perubatan berkembang disebabkan kecenderungan
masyarakatnya dalam fisiologi
Kerana kaitannya dengan Yoga.
Ilmu pelayaran meningkat dengan penciptaan layar dan
perahu yang besar.
Kehidupan masyarakat India sangat erat hubungannya
dengan agama,
bidang seni Bina turut berkembang untuk tujuan
keagamaan seperti Stupa Besar di Sanchi, India.

8

Pembinaan yang mengkagumkan berteraskan agama
Buddha dan Hindu ialah kompleks Kuil di Gua Ajanta
mengandungi 20 buah kuil
dan kompleks kuil di Gua Ellora mempunyai 28 buah
kuil.

Jelaskan pencapaian dalam bidang sains dan teknologi
tamadun China
Tamadun China juga menganggap astronomi sebagai
ilmu sains Negara.
Ilmu perubatan juga telah wujud dalam tamadun China.
Konsep keseimbangan antara dua kuasa, iaitu Yang dan
Yin membolehkan seseorang
Berkeadaan sihat dan digunakan dalam asas perubatan
tradisional.
Ilmu pelayaran telah meningkat dengan penciptaan layer
yang lebih kuat dan perahu.
Chai Lun pegawai di istana raja China Berjaya mencipta
kertas dengan mencampurkan
Bahan mentah seperti rami, buluh dan sayur-
sayuran yang dicincang untuk menjadi pulpa

Jelaskan seni bina yan dianggap termaju dalam tamadun
China
Terdapat pelbagai jenis tembok, pintu gerbang dan
jambatan yang terkenal ialah Tembok
Besar yang dibina untuk tujuan pertahanan di China.
Tembok Besar China dibina oleh Shih Huang Ti pada
zaman Dinasti Chin.
Panjang 5000 kilometer, lebar 4.5 meter hingga 9 meter
dan ketinggian 7.5 meter.
Pada zaman Dinasti Ming disambung hingga 6400
kilometer.
Pembinaan menggunakan tenaga manusia seramai
30,000 orang.
Bandar-bandar China purba seperti Changan, Anyang,
Peking, dan Loyang
Dibina dengan rekaan yang mempunyai tembok batu.
Tembok-tembok di kawasan Bandar lain dibuat
daripada tanah liat, batu-bata dan tanah lumpur
dikampung-kampung.
Setiap tembok terdapat pintu gerbang
yang dikelilingi oleh parit yang besar dan menara.
Kawasan di dalam tembok menempatkan kediaman
maharaja
dan salah sebuah istana Maharaja yang masih kekal
sehingga kini ialah Kota Larangan.
Istana ini mempunyai banyak dewan dan taman.
Dewan ini berfungsi sebagai balai Penghadapan serta
tempat hukuman, keraian dan perjumpaan.
Pembinaan kuil dan pagoda dimana dalam kuil-kuil ini
terdapat beberapa buah bangunan
Yang merangkumi tempat tinggal, ruang tamu, dan
pusat pemujaan.
Pagoda setinggi 15 tingkat berbentuk octagon atau segi
empat sama.

Huraikan sumbangan tamadun China kepada kehidupan
hari ini.
mewariskan system pemerintahan autokrasi.
jawatankuasa dalam system perkhidmatan awam dikenali
Hon Kao Tzu.
Pegawai kerajaan yang dilantik mesti lulus peperiksaan
awam menjadi panduan kepada Negara dunia.
Pencipataan kolar kuda
Pertanian bergilir yang diperkenalkan untuk mengekalkan
kesuburan tanih.
System peperiksaan awam
Falsafah Taoisme, Legaslisme dan Confucianisme
menjadi rujukan ahli falsafah moden.
Teknologi pembinaan Tembok Besar China dan pagoda
menjadi rujukan
Rekod sejarah bentuk ensiklopedia,
kisah perjalanan dan maklumat geografi sebagai sumber
sejarah.
Teknologi membuat kertas dan tembikar memberi
sumbangan kepada masyrakat dunia.
Ilmu perubatan tradisional China masih menjadi rujukan
oleh masyarakat hari ini.

Factor-faktor yang diperlukan untuk membolehkan
sesuatu tamadun meningkat dan berkembang.
Perlu mempunyai sikap inovatif dalam kehidupan.
Perlu berusaha untuk memperbaiki dan meningkatkan
kehidupan.
Keperluan Negara yang aman supaya pembangunan tidak
terjejas.
Sistem pemerintahan yang adil dan kuat.
Kebolehan menjangka perubahan yang akan berlaku di
masa depan.
Keperluan meningkatkan pemikiran dalam menambah
ilmu pengetahuan.
Keperluan menambah kemahiran melalui ilmu
pengetahuan dari masa kesemasa.
Berani meneroka bidang baru untuk mempertingkatkan
kehidupan kita.

Sistem pendidikan dan peperiksaan dalam tamadun
China
Masyarakat menghargai pendidikan dengan matlamat
utama pendidikannya adalah untuk lulus peperiksaan
awam kerajaan.
Terdapat tiga peringkat pendidikan, iaitu
o pendidikan rendah,
o menengah
o dan tinggi.
Peringkat sekolah rendah,
o pendidikan tertumpu pada kegiatan mengenal
o dan menghafal Tulisan ideogram dan Sembilan
buah buku suci tanpa memahami maknanya.
Pada peringkat menengah, tumpuan adalah terhadap
karangan dan sastera.
Pada peringkat tinggi pula tumpuannya adalah untuk
menterjemah buku suci.
Pendidikan china memberi tumpuan untuk pentadbiran.

9

Peperiksaan awam mengandungi tiga tahap,
o Tahap pertama Hsiu tai,
o Tahap kedua Chun-Jen,
o tahap ketiga Chin Shih.
Peperiksaan awam dikendalikan dengan ketat
jika didapati meniru dikenakan hukuman Mati.
Mereka yang mengambil peperiksaan ditempatkan di
dalam bilik dengan penyediaan
Dikurung selama tiga hari untuk menulis jawapan.
Tahap pertama setaraf dengan ijazah pertama, tahap
kedua setaraf dengan sarjana dan
Tahap ketiga setaraf dengan doctor falsafah seperti pada
zaman moden.
Peperiksaan tahap pertama dijalankan di daerah, tahap
kedua, di ibu kota daerah dan tahap
Ketiga di ibu kota empayar yang bertempat di istana,
iaitu di hadapan maharaja.
Mereka yang lulus tahap atau ijazah pertama akan
berpeluang menjadi pegawai kerajaan
Dan ijazah ketiga pula layak menjadi pendidik.
Peperiksaan awam tahap pertama dijalankan di daerah,
tahap kedua, di ibu kota daerah dan
Tahap ketiga di ibu kota empayar yang bertempat di
istana, iaitu dihadapan maharaja.
Mereka yang lulus tahap atau ijazah pertama akan
berpeluang menjadi pegawai kerajaan
Dan ijazah ketiga dan ijazah ketiga pula layak menjadi
pendidik.
Peperiksaan awam tahap pertama diadakan dua kali
dalam tempoh tiga tahun sementara
Peperiksaan tahap awam tahap kedua dan ketiga,
diadakan tiga tahun sekali.
Sistem peperiksaan awam China adalah yang tertua di
dunia.

Mengapakah masyarakat menyanjung peperiksaan awam
China?
Untuk menjawat jawatan dalam kerajaan.
Orang yang meniru dihukum bunuh.
Peraturan yang ketat dan tidak ada sebarang penipuan.
Meningkatkan mobiliti social penduduk.
Semua rakyat boleh menduduki peperiksaan.
Terdapat tiga tahap peperiksaan, tahap pertama di daerah,
tahap kedua diibukota dan tahap
Dan tahap ketiga di istana di hadapan maharaja.
Calon peperiksaan ditempatkan dalam bilik dan di kurung
selama tiga hari untuk menulis Jawapan.
Sistem peperiksaan awam China adalah yang tertua di
dunia.

Sukan Olimpik mula diperkenalkan dalam tamadun
Yunani.
Sukan Olimpik telah diperkenalkan pada tahun 776 S.M
Pertandingan itu diadakan di Olympia.
Pertandingan antara kota
dibuat empat tahun sekali.
Tujuandiadakan untuk menghormati tuhan Zeus.
Negara kota yang bersaing ialah Athens, Sparta, Corinth,
thebes, Olympia dan Argos.
Semua Negara kota bersetuju berhenti berperang untuk
menghormati sukan Olimpik.
Peserta pertandingan melibatkan golongan lelaki sahaja.

Sumbangan tamadun Yunani kepada kehidupan hari ini
Mewariskan sistem pemerintahan demokrasi
Rakyat terlibat dalam membuat keputusan politik dan
pembentukan kerajaan.
Sistem pemerintahan demokrasi diamalkan kebanyakan
Negara dunia hari ini.
Malaysia mengamalkan sistem demokrasi tetapi bentuk
sedikit berubah kepada demokrasi Berparlimen.
Dewan perhimpunan bertindak menggubal undang-
undang Negara diamalkan Negara dunia
Mahkamah berjuri dalam perbicaraan terhadap pesalah
diamalkan hingga hari ini.
Sistem pendidikan memberi penekanan melahirkan insan
seimbang seperti mana dalam Falsafah pendidikan
Negara kita.
Manusia cemerlang dapat memenuhi tuntutan mental dan
fizikal.
Ilmu falsafah Socrates, Aristotle. Plato menjadi rujukan
dalam falsafah moden.
Karya dan teori sejarah Herodotus dan Thucydides
menjadi rujukan ahli sejarah moden.
Pembinaan acropolis menjadi panduan pembinaan dan
pelancongan hari ini.
Kemajuan sains dan teknologi zaman ini berasaskan
zaman Yunani oleh Pythagoras melalui
Teorem Pythagoras diguna pakai hari ini.
Teori isi padu air dan gravity oleh ahli fizik Archimedes
diguna pakai hingga sekarang.
Karya sastera Homer iaitu Illiad dan Odyssey dibaca
hingga ke hari ini.
Penggunaan vocal dari tulisan Phonnecia digunakan
dalam tulisan rumi hari ini.
Sukan Olimpik masih dijalankan hingga ke hari ini.
sukan Olimpik Yunani diadakan empat tahun sekali
menjadi amalan hingga hari ini.

Seni bina
Jelaskan mengenai seni bina
Colloseum
Pembinaannya dimulakan pada tahun 70-an Masihi
Selesai dibina oleh Maharaja Flavian
Berbentuk kubah/ bulat
Ukuran tingginya 52 meter
Ukuran garis pusat luarnya 545 meter
Boleh memuatkan 50 000 hingga 80 000 penonton
Sebagai tempat pahlawan Rom bertarung
Sebagai tempat berkumpul dan berteater

Aqueduct
Sebagai tempat untuk bekalan air
Sebagai saluran air daripada kawasan pergunungan
Aqueduct terpanjang ialah di Marcia

10

Berukuran 91km
Saluran bawah tanah
Saluran berada dalam pintu gerbang
Teknologinya berasaskan sistem graviti

Pada pendapat anda, apakah faktor yang menyumbang
kepada kejayaan Rom dalam bidang seni bina ?
Kemahuan menghasilkan monumen yang mencerminkan
keagungan bangsa, agama dan raja.
Kepimpinan yang berwibawa/ kuat/wawasan/ futuristik
Kejayaan menyatupadukan rakyat
Mempunyai unsur jati diri dalam kalangan rakyat
Keyakinan usaha yang dilaksanakan akan berjaya
Membuktikan ketinggian seni bina/ seni ukir kepada
dunia
Kepakaran rakyatnya dalam teknologi seni bina/
kejuruteraan/ dan lain-lain
Penguasaan ilmu yang tinggi
Berkemampuan dari segi kewangan
Mempunyai sumber tenaga buruh yang ramai/
Helot(hamba)

Bagaimanakah negara kita mampu menghasilkan seni
bina bertaraf dunia ?
Menawarkan lebih banyak kursus seni bina dalam
institusi pengajian tinggi
Menjadikan seni bina salah satu subjek wajib dalam
kurikulum di sekolah
Menerapkan minat dalam kalangan pelajar dari peringkat
awal
Memperkasakan bidang sains dan teknologi
Menambahkan lagi bilangan institusi dalam aliran
kemahiran seni bina dan vokasional
Mengadakan anugerah inovasi untuk penciptaan baru
dalam kejuruteraan senibina
Mengadakan lawatan sambil belajar tentang seni bina di
luar negara
Menyertai pertandingan berkaitan seni bina di peringkat
antarabangsa
Mengadakan kerjasama dengan kepakaran luar negara
Meningkatkan ilmu kejuruteraan
Menawarkan bantuan biasiswa/ kewangan kepada mereka
yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang seni bina.
Menggalakkan penyertaan badan swasta dalam bidang
seni bina
Peranan pemimpin yang futuristik/ berwawasan
Mengamalkan integriti dalam kerja/ pemantauan/
kuatkuasa undang-undang dalam kerja-kerja seni bina

Sekiranya anda seorang pemimpin negara, apakah
perkara yang perlu dilakukan untuk mengekalkan
monumen bersejarah yang terdapat di negara kita ?
Mengadakan undang-undang pelihara dan pulihara bagi
mengekalkan monumen
Membentuk satu bahagian khas bagi memelihara dan
memulihara
Mewartakan/ gazetkan sebagai harta/ khazanah negara
Meningkatkan kerjasama dengan arkib/ muzium
Menggalakkan penglibatan yayasan atau badan
persendirian
Memperuntukkan dana untuk memelihara dan
memulihara
Menjadikan sebagai tarikan pelancongan
Menggalakkan generasi muda mencintai/ menghargai
warisan negara
Mengadakan kempen/ poster/ publisiti/ pertandingan
Mengeluarkan dokumen berkaitan kepentingan menjaga
monumen
Memberi geran kepada universiti/ yayasan/ individu yang
layak untuk membuat kajian

Bab 3 : Tamadun Awal Asia Tenggara
Huraikan kepentingan bahasa sanskrit pada zaman
kerajaan awal di Asia Tenggara
Meningkatkan percapaian dalam bidang intelek
masyarakat.
Batu bersurat yang terdapat di tapak-tapak sejarah awal
di Asia Tenggara mengandungi
o maklumat tentang agama
o pemerintahan
o raja
o undang-undang.
Batu bersurat Kutei menjelaskan tentang keturunan raja.
Batu berrsurat Sungai Mas (Kedah Tua) berkaitan dengan
ajaran Buddha.
Inskripsi di Palembang ditulis dalam bahasa melayu kuno
o berkaitan dengan pemerintahan
o amaran raja kepada rakyat serta pembesar agar
tidak menderhaka kepada raja.
Sebahagian tulisan dipahat pada batu
memerlukan kemahiran yang tinggi dan asas yang kukuh
dalam bahasa sanskrit.
Bahasa dan tulisan sanskrit yang ditemui pada batu
bersurat di Lembah Bujang mengandungi arahan dan
pemberitahuan kepada rakyat.
Banyak perkataan bahasa sanskrit mengalami
penyesuaian dan berubah ke dalam bahasa melayu
seperti, dosa, duka, derhaka, manusia, pahala, rupa,
sengsara dan huruf.
Bahasa sanskrit berkembang menjadi bahasa ilmu dan
komunikasi kerajaan awal di Asia Tenggara.

Pengaruh Hindu dan Buddha dalam bidang
kesusasteraan pada zaman kerajaan awal di Asia
Tenggara.
Kesusasteraan India melalui epik Ramayana,
Mahabharata dan puranas
menyumbang kepada unsur mitos yang terdapat dalam
kesusasteraan klasik Asia Tenggara.
Pengaruh kesusasteraan India dapat di lihat dalam puisi
dan prosa Jawa
seperti Nagarakertagama, Sutasoma, Arjunwiwaha dan
Kunjarkarna.
Cerita-cerita dalam epik Ramayana dan Mahabharata
melalui kesusasteraannya telah mempengaruhi
penceritaan lisan dan teater seperti wayang kulit.

11

Epik Mahabharata melahirkan naskah hikayat yang
diadun dengan unsur tempatan
eperti Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Pendawa Jaya dan
Hikayat Sang Samba. Manakala epik Ramayana pula
melahirkan Hikayat Seri Rama.

Berdasarkan contoh-contoh, buktikan pengaruh Hindu
dan Buddha dalam kerajaan awal di Asia Tenggara.
Mengamalkan sistem pemerintahan beraja
raja sebagai ketua kerajaan.
Raja berkuasa mutlak dalam pemerintahan
dan rakyat tidak boleh langgar perintah raja.
Raja dianggap sebagai dewa raja,
wakil tuhan dibumi
rakyat tidak boleh menderhaka kepada raja.
Istiadat pertabalan raja dikendalikan oleh golongan
Brahmin.
Golongan Brahmin merupakan golongan tertinggi selepas
raja
Sebuah negara menggambarkan satu alam semesta atau
orde kosmos
iaitu pusat alam dan pusat pemerintahan.
Raja bertanggungjawab untuk mengatur kesejahteraan
negara dan rakyat selaras dengan Dharma
Terdapat istilah pentadbiran menggunakan bahasa
Sanskrit seperti gelaran, arahan raja dan sistem
perundangan.
Seni bina candi seperti Candi Dieng, Prambanan dan
Angkor Wat pengaruh agama Hindu, Candi Borobodur
pengaruh agama Buddha, Candi Lembah Bujang
pengaruh Hindu dan Buddha.
Bahasa Sanskrit menjadi bahasa komunikasi dan bahasa
ilmu kepada kerajaan.
Banyak bahasa Sanskrit yang mengalami penyesuaian
dan berubah ke bahasa Melayu
seperti dosa, duka, derhaka, manusia, pahala, rupa,
sengsara dan huruf.
Kesusasteraan India melalui epik Ramayana,
Mahabharata dan Prunas menyumbang kepada unsur
mitos, prosa, puisi serta hikayat yang terdapat dalam
kesusasteraan klasik Asia Tenggara.

Tema 8: Tamadun I slam
Penyebaran Islam di Makkah
Wahyu pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad
s.a.w.?
surah al-Alaq,
ayat 1-5
yang memerintahkan umat Islam supaya membaca.

Berdasarkan wahyu yang pertama mengapakah amalan
membaca sangat penting dalam Islam?
akan mendapat ilmu dan menambah ilmunya.
kajian terhadap sesuatu perkara dapat dilakukan.
Seseorang atau sesuatu bangsa yang berilmu dapat
mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelbagai
bidang di meningkatkan tamadun bangsanya.
Ilmu yang dituntut mestilah dapat membina masyarakat.
Mengapakah wahyu kedua Surah al-Muddasir yang
diturunkan sangat penting dalam perkembangan Islam?
Merupakan pengisytiharan Nabi Muhammad s.a.w.
sebagai Rasulullah
yang mewajibkan baginda menyampaikan ajaran Islam
kepada seluruh manusia.
Pelantikan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai rasul juga
dianggap sebagai rahmat kepada seluruh alam sejagat.

Reaksi Masyarakat Arab
Senarai tokoh yang terawal memeluk Islam
Isteri Nabi Muhammad - Siti Khadijah binti Khuwalid
Anak angkat Nabi - Zaid bin Harithah
Sahabat Nabi - Abu Bakar al-Siddiq, Utman bin Affiti,
Zubair al-Awam, Arqam bin Abu Arqam.
Kanak-Kanak - Ali bin Abi Talib
Golongan hamba - Bilal bin Rabah, Keluarga Yasir, Amir
bin Fuhairah dan Zunainah

Nabi Muhammad s.a.w. berdakwah di Makkah?
Secara rahsia selama tiga tahun.
ditujukan kepada ahli keluarga baginda, sahabat yang
rapat, dan kaum kerabat baginda.
Melalui Abu Bakar al-Siddiq, beberapa orang tokoh
Quraisy lain telah memeluk Islam.
rumah al-Arqam sebagai pusat kegiatan Islam untuk
menyebarkan Islam.
Melalui ketinggian akhlak Nabi Muhammad s.a.w. dan
kejujuran para sahabat telah menyebarkan dakwah
lslamiah pada peringkat awal mendapat sambutan.
Dakwah Islamiah secara terbuka kepada keluarga Abdul
Mutalib, sahabat dan orang ramai.
Mengadakan majlis ceramah di rumah Ali bin Abu Talib
untuk menerangkan tentang Islam.
Dakwah Islamiah secara terbuka kepada orang ramai pula
dilakukan di Bukit Safa,
dihadiri oleh kesemua ketua pentadbir kota Makkah
melalui perbahasan antara Nabi Muhammad s.a.w.
dengan Abu Lahab yang telah menghina baginda.

Apakah pendekatan yang digunakan oleh Nabi
Muhammad s.a.w. untuk menyebarkan Islam di Makkah?
memberikan layanan yang sama kepada semua manusia
terutama golongan hamba.
Diterima oleh orang ramai kerana kernurnian ajarannya.
Kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w.
berdakwah secara lemah lembut dan berhikmah.
tidak memaksa orang ramai memeluk Islam
memujuk mereka menggunakan akal yang dianugerahi
Allah.
membandingkan antara nilai akhlak masyarakat Arab
Jahiliah dengan nilai akhlak yang disaran oleh Islam.
Nabi juga membacakan ayat al-Quran
untuk menjawab pertanyaan para sahabat,
memberikan penerangan dan menunjukkan teladan yang
baik.
baginda telah menanamkan keimanan yang kuat
peribadi baginda yang yang berakhlak mulia.

12

Mengapakah orang Arab Quraisy menentang ajaran
Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.?
Perbezaan dari segi kepercayaan dan amalan,
Islam berasaskan kepercayaan kepada Allah Yang Maha
Esa
orang Arab Quraisy mempercayai dan mengamalkan
tradisi turun-temurun
menyembah patung berhala
dan mempercayai animisme.
Prinsip persamaan taraf sesama manusia
bertentangan dengan sistem social masyarakat Arab
Jahiliah
yang mewujudkan perbezaan darjat antara golongan
atasan dengan bawahan.
Menolak konsep persaudaraan Islam
yang sangat bertentangan dengan konsep assabiah yang
menjadi pegangan mereka.
Amalan dan akhlak yang keji
seperti mencuri dan menindas yang menjadi kebiasaan
mereka tetapi dilarang sama sekali oleh Islam.
Orang Arab Quraisy mempunyai tanggapan yang salah
terhadap tugas nabi
menganggap jika menerima agama Islam, terpaksa
tunduk kepada kepimpinan Nabi.
Menggugat pengaruh dan kedudukan keluarga mereka di
Makkah
kerana Nabi Muhammad s.a.w. berasal daripada
keturunan yang menguasai kepimpinan kota Makkah.
Menggugat ekonomi orang Arab Quraisy
serta menjejaskan perusahaan mengukir patung berhala
kerana Islam mewajibkan menyembah Allah.

Mengapakah perlantikan Nabi Muhammmad s.a.w.
sebagai rasul dianggap rahmat kepada masyarakat
dunia?
Mencorakkan tamadun Islam bagi masyarakat Arab
Jahiliah di Semenanjung Tanah Arab.
Mengubah cara hidup masyarakat Arab Jahiliah
kepada suatu kehidupan yang lebih teratur secara
beransur-ansur.
Menerapakan nilai-nilai murni dalam kehidupan,
misalnya, amalan bekerjasama dan saling membantu
antara satu sama lain.
Membawa pembaharuan dalam pelbagai bidang seperti
politik, ekonomi dan sosial.

Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Nabi
Muhammad s.a.w. untuk mengatasi ancaman puak
Quraisy Makkah?
Membenarkan orang Islam berhijrah ke Habsyah
untuk mendapatkan perlindungan.
Nabi Muhammad s.a.w. dan Zaid bin Harithah pula
merancang ke Taif untuk menyebarkan Islam ke tempat
baru
tetapi gagal.
Berhijrah ke Madinah setelah mendapat wahyu dari
Allah.

Zaman Khalifah al-Rasyidin
Apakah yang dimaksudkan dengan Khalifah?
Khalifah bermaksud pengganti
yang melaksanakan tanggungjawab pemerintahan dan
pentadbiran kerajaan selepas kewafatan Nabi Muhammad
s.a.w.
Dari sudut agama bermaksud tanggungjawab memelihara
kemurnian agama Islam dan mengekalkan keharmonian
serta kestabilan umat Islam.

Senaraikan empat pemimpin Khulafa al-Rasyidin?
SaidinaAbu Bakar al-Siddiq, keturunan Bani Tamin.
SaidinaUmar bin al-Khattab, keturunan BaniAdi.
Saidina Uthman binAffan,keturLinan Bani Umaiyah
Saidina Ali binAbu Talib, keturunan Bani Hashim

Nyatakan syarat-syarat untuk dilantik sebagai Khalifah.
Lelaki yang merdeka,
beragama Islam
dan memiliki pengetahuan agama.
Mematuhi perintah Allah,
sanggup melaksanakan perintah Allah, warak dan
memiliki akhlak yang baik.
Mempunyai tubuh badan yang sihat, cerdas berfikir, adil
dan pandai mentadbir kerajaan.

Kaedah yang digunakan untuk pemilihan Khalifah al-
Rasyidin?
Melalui musyawarah atau syura,
semasa perlantikan Saidina Abu Bakar sebagai khalifah
yang pertama.
Melalui cadangan satu nama sahaja
semasa pelantikan Saidina Umar yang telah diusulkan
oleh Saidina Abu Bakar sebelum kewafatannya.
Melalui pemilihan daripada sejumlah enam nama yang
diusulkan
semasa perlantikan Saidina Uthman bin Affan.
Melalui pencalonan oleh sekelompok majoriti
masyarakat.
semasa perlantikan Saidina Ali bin Abu Talib

Apakah yang dimaksudkan baiah?
Perakuan sumpah taat setia oleh seseorang yang dilantik
sebagai khalifah.

Apakah tugas seorang Khalifah dalam memerintah
negara?
Memelihara kedudukan agama Islam
serta mentadbir negara mengikut hukum syariah yang
berpandukan al-Quran dan sunnah.
Menitikberatkan sistem politik, sosial dan ekonomi
supaya berlaku keseimbangan antara keperluan rohani
dengan jasmani.
Bertanggungjawab memastikan kelicinan pentadbiran
negara
Mempertahankan negara Islam daripada ancaman musuh
Bertanggungjawab melantik atau melucutkan jawatan
pegawai pentadbir negara.

13

Bertanggungjawab menjaga kebajikan
Bertanggungjawab menjaga dan meneruskan ajaran Allah
Mengekalkan perpaduan ummah melalui konsep
musyawarah atau syura.
Memantapkan sistem perundangan Islam.
Bertanggungjawab menguruskan hat ehwal kewangan
dan perbendaharaan negara dan baitulmal.
Mengatur pungutan kharaj, jizyah dan zakat.

Sumbangan Saidina Abu Bakar al-Siddiq semasa menjadi
Khalifah al-Rasyidin yang pertama
Berjaya mengatasi masalah perpecahan yang.
Memerangi dan menghapuskan golongan al-Riddab
iaitu golongan nabi palsu, golongan yang enggan
membayar zakat dan golongan murtad.
Mempertahankan Madinah daripada ancaman kerajaan
Parsi di sebelah timur
dan kerajaan Rom Timur di sebelah barat.
Menghantar Khalid al-Walid menentang tentera Parsi di
Iraq dan Usamah bin Zaid ke Ghassan,
kedua-dua ekspedisi ini mencapai kejayaan.
Membahagikan Tanah Arab kepada sepuluh wilayah
melantik seorang amir untuk mentadbir.
Memperkenalkan bayaran gaji untuk tentera
melalui hasil harta rampasan perang.
Memperkenalkan undang-undang tanah.
Memberi hak yang sama kepada golongan mawali seperti
orang Islam Arab.
Mengumpulkan semula tulisan al-Quran
kerana kematian ramai hafiz sewaktu menentang
golongan al-Riddah
dengan memerintahkan Zaid bin Thabit menyalinnya
semula.

Pembaharuan yang dilakukan oleh Khalifah Umar bin al-
Khattab dalam pemerintahannya.
Memperkenalkan dasar pentadbiran dan pelantikan
pegawai.
Menubuhkan majlis syura
yang dianggotai oleh wakil golongan Muhajirin dan
Ansar.
Membahagikan jajahan takluk Islam kepada beberapa
wilayah.
Melantik wali atau gabenor sebagai ketua pentadbir
awam dan panglima tentera.
Menubuhkan beberapa jabatan penting
seperti Jabatan Tentera, Jabatan Polis, Jabatan Percukaian
dan Jabatan Perbendaharaan Negara.
Setiap jabatan diketuai oleh katib atau setiausaha.
Jabatan Kehakiman dipisahkan daripada jabatan lain
untuk mengelakkan salah laku hakim dengan memberi
gaji bulanan yang tinggi (500 dirham).
Mengembangkan pengajaran al-Quran
dengan menyediakan tempat pembelajaran di kawasan
masjid.
Menghantar guru agama ke pelbagai wilayah untuk
mengembangkan pendidikan.
Memperkenalkan kalendar Islam
tahun Hijrah sebagai permulaan pengiraan tahun menurut
Islam.
Menyusun sistem ketenteraan
dengan membentuk tentera tetap dan tentera sukarela.
Tentera tetap diberikan gaji dan pakaian seragam.
Membina markas tentera di sempadan yang menghadap
negara musuh
seperti di Madinah, Kufah, Fustat dan Basrah.
Membina terusan dan tali air untuk menambahkan lagi
hasil pertanian
seperti Empangan Abu Musa di Basrah dan Terusan
Amirul Mukminin di Mesir.
Menggalakkan rakyat meneroka tanah dan mengusahakan
tanah terbiar untuk pertanian.
Memperkenalkan pelbagai jenis cukai,
seperti cukai jizyah kepada golongan zimmi,
kharaj dikenakan berdasarkan jenis tanaman dan
kesuburan tanah.
Mendirikan baitulmal bagi mengawal aliran masuk
pendapatan negara.
Mewujudkan sistem pentadbiran tanah di wilayah yang
ditakluki
dengan memperkenalkan tanah bertuan dan tidak bertuan.
Membina markas tentera di bandar-bandar utama untuk
tujuan keselamatan.

Sifat keperibadian yang dimiliki oleh Khalifah Uthman bin
Affan.
Hartawan yang dermawan
Bersifat lemah lembut
Bertolak ansur
Sikap simpati yg tinggi terhadap golongan yang
memerlukannya

Sumbangan Khalifah Uthman bin Affan kepada
kemajuan kerajaan Islam.
Meluaskan wilayah Islam hingga ke Afghanistan/Samarkand
/Cyprus/Tripoli
Mengukuhkan pertahanan
Bina angkatan tentera laut pertama
Agama Islam tersebar luas
Menyelaraskan bacaan al-Quran/Mushaf Uthmani
Membina jalan raya
Membina jambatan
Membina rumah rehat bagi kemudahan pengembara
Berusaha meningkatkan ekonomi
Mengukuhkan peranan baitulmal
Gunakan sumber baitulmal untuk bayai pembangunan Negara
Memperkuatkan tentera laut Islam
Membeli peralatan senjata/ kapal
Jizyah yang dikenakan kpd penduduk bukan Islam dikekalkan.

Nyatakan latar belakang Saidina Ali bin Abu Talib.
Keturunan Bani Hashim
Sepupu nabi Muhammad saw
Memeluk Islam ketika berusia 10 tahun/kanak-kanak
Berani
Bersifat kepahlawanan

14

Berwatak tegas
Berpengetahuan luas dalam perundangan Islam
Mempunyai kepakaran dalam selok belok hukum
Cintakan kedamaian/ keharmonian

Bukti Khalifah Ali bin Abu Talib berusaha kekalkan
kestabilan dan keharmonian negara.
Sanggup hentikan Perang Siffin walaupun hampir mencapai
kemenangan
Sanggup berunding pihak lawan yang ingin berdamai
Tidak mengabaikan pertahanan Negara
Membina markas tentera di Parsi
Membina markas tentera di sempadan Syria
Meneruskan kutipan jizyah

Pada pendapat anda, mengapa Islam menekankan konsep
syura dalam pemilihan pemimpin?
Menjamin bakal pentadbir yang tepat
Memilih pemimpin yang benar-benar layak
Memastikan pemimpin yang berhemah
Pemimpin yang sentiasa berusaha memajukan umat
Pemimpin yang sentiasa berusaha memajukan Negara
Memilih pemimpin yang cemerlang dalam pentadbiran
Memastikan kelancaran pentadbiran
Pemimpin yang mampu membawa kebahagian dunia akhirat

Perjanjian Aqabah Pertama dan Kedua
Penduduk yang menetap di Madinah sebelum kedatangan
Islam.
Golongan Arab terdiri daripada suku Aus dan Khazraj.
Golongan Yahudi terdiri daripada Bani Quraizah, Bani
Qunaiqa' dan Bani Nadhir.
Golongan Nasrani.

Peristiwa yang membawa kepada Perjajian Aqabah
pertamaantara Nabi Muhammad s.a.w. dengan penduduk
Madinah.
Beberapa orang suku Khazraj dari Madinah menemui
Nabi Muhammad s.a.w. di Aqabah
dan kemudian memeluk Islam.
Sekembalinya ke Madinah, mereka telah menyebarkan
Islam dikalangan masyarakat Madinah yang lain.
Pada musim haji berikutnya, 621 M., sekumpulan suku
Aus dan Khazraj telah mengunjungi Nabi Muhammad
s.a.w. sekali lagi.
Menerusi pertemuan di Aqabah terjalinlah perjanjian
antara Nabi Muhammad s.a.w. dengan orang Arab
Madinah.

Suku Arab yang menandatangani perjanjian tersebut.
Aus
Khazraj

Isi perjanjian Aqabah pertama
Beriman dengan Allah dan Rasul
Membantu perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.
Tidak melakukan amalan jahiliah
Tidak mencuri
Tidak minum arak
Tidak membunuh bayi perempuan

Isi perjanjian Aqabah Kedua
Suku Aus dan Khazraj memeluk Islam
Menjemput Nabi dan orang Islam Makkah berhijrah ke
Madinah
Kukuh taat setia kepada Nabi Muhammad s.aw.
Sediakan tempat tinggal kepada Nabi dan orang Islam
Jamin keselamatan Nabi Muhammad dan orang Islam
Bersedia pertahan Islam

Kesan daripada perjanjian tersebut.
Mendorong kejayaan hijrah Nabi Muhammad s.a.w ke Madinah
Orang Islam Makkah mendapat bantuan orang Arab Madinah
Strategi penyebaran yang lebih luas / lebih aman
Penyebaran Islam di Madinah / seluruh Tanah Arab
Pembentukan masyarakat Islam yang kuat / sebuah ummah
Menyatukan masyarakat Madinah / perpaduan
Kelahiran sebuah negara Islam pertama di dunia

Pada pendapat anda, apakah iktibar yang boleh diperoleh
daripada peristiwa perjanjian tersebut?
Kita perlu sentiasa amalkan sikap tolong-menolong/bekerjasama
Pentingnya pengorbanan untuk mencapai kejayaan
Menepati janji
Kesetiaan kepada pemimpin
Mementingkan sikap berdisiplin
Mewujudkan persefahaman
Keikhlasan
Semangat setia kawan
Bersifat terbuka
Berdiplomasi /tolak ansur

Apakah maksud hijrah dalam konteks Islam?(1m)
Hijrah bermaksud berpindah
Perpindahan orang Islam dari Kota Makkah ke Kota
Madinah
Perjuangan untuk memperkukuhkan Islam
Merupakan strategi baru untuk menyebarkan Islam
Perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan
meninggalkan keburukan/kejahatan
Semangat ingin berubah dalam pelbagai keadaan
Perubahan dari segi sikap
Perubahan dari segi cara berfikir
Perubahan dari segi tingkah laku

Hujah menolak pendapat Orientalis Barat ttg hijrah
Konsep hijrah dalam Islam berbeza dengan hijrah Barat
Jemputan orang Arab Madinah dlm Perjanjian Aqabah
Ketibaan orang Islam disambut meriah
Orang Islam diberi tempat tinggal
Dijamin keselamatan oleh orang Arab Madinah
Nabi dilantik sebagai pemimpin
Baginda Islam Makkah tidak dianggap pelarian
Penghijrahan Nabi lebih kepada strategi penyebaran dakwah


15

Faktor mendorong Nabi dan orang Islam berhijrah ke
Madinah
Perintah Allah menerusi wahyu menerusi surah al-Amar
Meneruskan penyebran Islam
Ancaman orang Arab Quraisy jejaskan aktivit sebar Islam
Jemputan orang Arab Madinah
Strategi Nabi Muhamma s.a.w
Suasana aman di tempat baru mudah sampai dakwah
Bolehkan sebuah masyarakat Islam bersatu-padu dibentuk
Orang Arab Madinah perlukan pemimpin spt Nabi Muhammad
Mendamaikan masyarakat Madinah yang bersengketa

Pada pendapat anda, bagaimanakah konsep hijrah dapat
diamalkan dalam kehidupan seorang pelajar
Dari bersifat negatif kepada positif
Dari pemalas kepada rajin
Berusaha mencari ilmu pengetahuan
Mengamalkan strategi dalam pembelajaran

Tema Maal Hijrah 1435 H ialah Wassatiyyah Tonggak
Kesatuan Ummah iaitu penekanan aspek kesederhanaan
dalam kehidupan manusia.
Mengapakah kita perlu mengamalkan kehidupan secara
sederhana
Merupakan tuntutan dalam agama
Agama melarang pembaziran/berlebih-lebihan
Mengelakkan perasaan riak dan takabur
Supaya kita sentiasa bersyukur
Memudahkan jalinan silaturrahim/persaudaraan
Melahirkan rasa simpati/empati terhadap mereka yang
kekurangan

Pada pendapat anda , mengapakah keamanan dan
kesejahteraan negara perlu dikekalkan ?
Mewujudkan kehidupan harmoni
Menjamin keselamatan
Mengelakkan penjajahan
Memajukan ekonomi negara
Menarik pelabur asing
Mengekalkan kestabilan politik

Piagam Madinah
Apakah yang dimaksudkan dengan Piagam Madinah?
Merupakan sebuah perlembagaan bertulis
yang telah dirangka oleh Nabi Muhammad s.a.w.,
berpandukan wahyu Allah.
Merupakan perlembagaan bertulis yang pertama digubal
di dunia
yang menjadi asas kepada sebuah negara yang berdaulat.
Menjadi asas pemerintahan kerajaan Islam Madinah
yang terdiri daripada masyarakat Islam dan masyarakat
bukan Islam
merangkumi aspek politik,ekonomi dan sosial.
Mencatatkan tentang peraturan, tanggungjawab ketua
negara dan rakyatnya,
serta dirangka berasaskan persetujuan orang Islam dan
orang bukan Islam.

Jelaskan kandungan Perlembagaan Madinah.
Mengandungi 47 fasal.
23 fasal membincangkan hubungan dalam kalangan
orang Islam
dan tanggungjawab mereka terhadap negara Madinah.
Sementara 24 fasal lagi
adalah tentang tanggungjawab orang bukan Islam
termasuk orang Yahudi terhadap negara Madinah.
Dari segi politik, Nabi Muhammad s.a.w. berperanan
sebagai pernimpin bagi kerajaan Madinah
yang mempunyai penduduk berbilang kaum, agama dan
budaya.
Nabi Muhammad s.a.w. sebagai ketua hakim
bertindak menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh
masyarakat Madinah
berasaskan semangat musyawarah dan berlandaskan
keadilan.
Masyarakat Madinah bebas memilih agama masing-
masing
dan menghormati agama yang dianuti oleh individu yang
lain
dan tidak memaksa mereka memeluk Islam.
Masyarakat Madinah bebas mengamalkan adat masing-
masing
selagi tidak bertentangan dengan Islam.
Masyarakat Madinah dianggap sebagai ummah
Undang-undang Islam telah diguna pakai secara
menyeluruh.
Peraturan kekeluargaan yang bersesuaian dengan Islam
boleh diamalkan
Kerjasama antara masyarakat Madinah dituntut demi
kemajuan ekonomi negara.
Tiada diskriminasi untuk memperoleh peluang ekonomi.
Amalan riba dan penindasan dalam kegiatan perniagaan
dilarang.
kesemua masyarakat Madinah mempertahankan Madinah
Keselamatan bukan Islam dan orang Yahudi terjamin,
mereka mempunyai hak yang sama dengan masyarakat
yang lain
selagi mereka mematuhi Piagam Madinah.

Huraikan kepentingan Piagam Madinah dalam
pembentukan masyarakat yang adil.
Merupakan model kerajaan Islam
sebagai panduan pemerintahan negara.
Kerajaan Islam boleti diterima pakai oleh semua
golongan masyarakat.
Undang-undang Islam boleh dipraktikkan dalam
sesebuah negara, yang terdiri daripada berbilang bangsa
dan agama.
Piagam ini mengatur sebuah pemerintahan yang lengkap
merangkumi peraturan yang berkaitan dengan dunia dan
akhirat.
Dari segi ekonomi, amalan riba, penipuan, rasuah dan
penindasan tidak dibenarkan.
Sifat bertimbang rasa dan amalan bersedekah telah
digalakkan.

16

Ekonomi Islam sangat mementingkan keadilan dan
ketelusan dalam, perniagaan.
Ekonomi kerajaan Islam di Madinah telah meningkat.
Berjaya membentuk masyarakat baru berasaskan ummah,
semangat ukhuwah Islamiah
iaitu kedudukan rakyat adalah sama dan keadilan sosial
dipraktikkan
bagi membolehkan masyarakat hidup bersatu padu dan
aman.
Tiada lagi perbezaan taraf di kalangan masyarakat.
Menekankan persamaan hak dan persaudaraan Islam
serta semangat perpaduan, bantu-membantu, dan rela
berkorban.
10. Mempunyai undang-undang yang adil, lengkap dan
sempurna kepada masyarakat Madinah daripada pelbagai
keturunan, budaya dan agama.
Menyusun perlembagaan negara terlebih dahulu
dengan perjanjian yang lengkap sebelum membentuk
kerajaan.
Sistem pemerintahan yang diasaskan oleh Nabi
Muhammad s.a.w. melelakkan Allah sebagai kuasa yang
tertinggi.
Menyusun kehidupan masyarakat yang sistematik dengan
setiap kaum terikat dengan undang-undang
Bertanggungjawab mempertahankan keselamatan negara
Madinah daripada serangan luar
untuk menjadikan negara Madinah kuat dan disegani oleh
negara luar.

Piagam Madinah boleh dijadikan panduan kepada
pemimpin negara kita untuk menyatupadukan penduduk
pelbagai kaum. Berikan pendapat anda. (2m)
Melaksanakan peraturan yang sama untuk semua kaum
dibenarkan mengamalkan agama/budaya masing-
masing
Menganggap semua kaum sebagai rakyat Malaysia
/Konsep 1 Malaysia
Mengelakkan berlakunya permusuhan antara kaum
Semua kaum bertanggungjawab untuk memajukan
ekonomi
Semua kaum bertanggungjawab menjaga keamanan
Keselamatan semua kaum dijamin oleh perlembagaan
negara
Berlaku adil dalam pengagihan ekonomi

Penyebaran Islam di Madinah
Bagaimanakah Nabi Muhammmad s.a.w. menyebarkan
agama Islam di Madinah?
Menghantar perutusan ke Rom, Rom Timur, Parsi, Mesir,
Habsyah dan wilayah sekitar Semenanjung Tanah Arab.
Menggunakan diplomasi
menunjukkan nilai-nilai yang baik dalam menyebarkan
Islam.
Menyeru untuk memeluk Islam melalui warkah
sepertimana Nabi Muhammad s.a.w. menghantar warkah
kepada Maharaja Rom Timur.
Mewujudkan persefahaman dengan wilayah-wilayah luar.

Peperangan mengikut urutan antara orang Islam di
Madinah dengan puak Quraisy Makkah.
Perang Badar pada tahun 624M./2H.
Perang Uhud pada tahun 625M./3H.
Perang Khandak pada tahun 627M./5H.
Perang Tabuk pada tahun 630M./8H.

Apakah prinsip-prinsip peperangan mengikut ajaran
Islam?
untuk mempertahankan agama, maruah diri dan negara.
dengan keizinan Allah,
iaitu setelah wahyu diturunkan oleh Allah.
berperang apabila mereka diserang oleh musuh.
untuk mencari keamanan supaya tempat ibadat
terpelihara.
untuk menentang kezaliman dan mempertahankan diri.
Orang Islam harus memilih perdamaian,
seandainya musuh Islam inginkan perdamaian.
Tentera Islam dilarang membunuh orang yang lemah
seperti orang tua, kanak-kanak, wanita yang sakit dan
orang yang menyerah diri.
Tidak dibenarkan memusnahkan tumbuh-tumbuhan,
tanaman dan binatang ternakan.
Dilarang merobohkan tempat ibadat musuh.
Tawanan wanita dan kanak-kanak perlu dibebaskan
tawanan lelaki diberikan syarat untuk membebaskan diri
mereka.

Perjanjian Hudaibiyah
Bilakah termeterai perjanjian Hudaibiyah?
Pada tahun 628 M bersamaan 6 Hijrah
Peristiwa-peristiwa penting yang membawa kepada
termeterai Perjanjian Hudaibiyah
Orang Islam bercadang menziarahi kota Makkah.
Hasrat murni orang Islam ini dipersetujui oleh Nabi
Muhammad s.a.w.
yang juga ingin mengerjakan umrah.
Orang Islam Madinah telah disekat oleh orang Arab
Quraisy Makkah di Hudaibiyah,
kerana merasakan maruah mereka tercabar
dan bimbang dengan kekuatan orang Islam.
Nabi Muhammad s.a.w. menghantar Uthman bin Affan
ke Makkah
untuk menerangkan tujuan sebenar kedatangan mereka.
Orang Islam mendengar khabar angin
tentang kematian Uthman
telah berikrar dan bersumpah setia "Baiah al-Ridwan".
Orang Quraisy menemui Nabi
dan baginda menghantar Suhail bin Amru untuk
berunding, setelah kata sepakat dicapai,
termeterailah Perjanjian Hudaibiyah.

Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w. menghantar
Uthman bin Affan sebagai utusan ke Makkah?
Menerangkan tujuan sebenar kedatangan orang Islam ke
Makkah iaitu untuk mengerjakan umrah.


17

Faktor-faktor Nabi Muhammad s.a.w. memilih Uthman
bin Affan ke Makkah untuk berunding sekatan ke atas
orang Islam di Hudaibiyah
Uthman mempunyai ramai saudara mara di Makkah.
Sahabat nabi yang matang dan tua berbanding sahabat
lain.
Sifatnya yang lemah lembut dan bertolak ansur.

Apakah kandungan Perjanjian Hudaibiyah?
mengadakan gencatan senjata selama 10 tahun.
Kabilah Arab lain bebas memihak samada kepada orang
Islam Madinah atau orang Quraisy Makkah.
Orang Islam Madinah yang memihak ke Makkah tanpa
kebenaran penjaganya
tidak perlu dipulangkan.
Orang Islam Makkah yang memihak ke Madinah tanpa
kebenaran penjaganya
perlu dipulangkan semula.
Umat Islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun
berikutnya iaitu 7 Hijrah.

Jelaskan kepentingan Perjanjian Hudaibiyah ke atas
penyebaran Islam oleh Nabi Muhammad s.a.w.
berpeluang menunaikan haji pada tahun berikutnya,
iaitu pada, tahun 629 M.
orang Islam bebas memasuki Makkah.
Orang Islam bebas beribadat di Kaabah pada bila-bila
masa.
Membolehkan Nabi Muhammad s.a.w. merangka
program dakwah Islamiah ke seluruh Semenanjung
Tanah Arab secara aman.
Bilangan penganut Islam bertambah
kerana Suku Arab bebas menganut sebarang agama tanpa
halangan.
Isi perjanjian ketiga dan keempat kelihatan
menguntungkan orang Arab Quraisy
tetapi dari segi jangka panjang Islam memperoleh
keuntungan
dengan pengislaman tokoh panglima Arab Quraisy
Khalid bin al-Walid, Amru bin al-As dan Uthman bin
Talhah.
Melambangkan ketokohan Nabi Muhammad s.a.w.
sebagai pemimpin yang unggul dan dikagumi
kerana memeterai perjanjian secara menyeluruh,
terperinci dan berwawasan.
Persetujuan orang Arab Quraisy menandatangani
perjanjian ini menunjukkan pengiktirafan kerajaan Islam
di Madinah.
Menjadi perintis ke arah pembukaan semula kota
Makkah.

Bani Abbasiyah
Pemerintah pada zaman kegemilangan kerajaan Bani
Abbasiyah
Khalifah Harun al-Rasyid
Khalifah al-Makmun

Peranan kota Baghdad sebagai pusat perkembangan
ilmu?
Dibina baitulhikmah/institusi keilmuan
Pusat kegiatan penterjemahan pelbagai karya
Pusat kegiatan penulisan pelbagai bidang ilmu
Melahirkan ramai cendekiawan Islam

Peranan Baitulhikmah sebagai institusi keilmuan yang
penting.
Sebuah institusi keilmuan
Penterjemahan karya falsafah
Penterjemahan karya sains
Penterjemahan yang lebih sistematik
Penterjemah bekerja secara berkumpulan
Diawasi oleh seorang penyelaras

Kegiatan penulisan zaman Abbasiyah mengikut tiga tahap
iaitu:
Mencatatkan segala idea
Percakapan
Mengumpulkan idea yang serupa
Kumpulkan hadis Nabi Muhammad s.a.w ke dalam sebuah
buku
Mengarang

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah
kerajaan ini berjaya muncul sebagai pusat intelektual di
dunia?
Terdapat institusi keilmuan/baitulhikmah/pusat pengajian
tinggi
Pesatnya kegiatan penterjemahan
Penglibatan golongan ulama
Lahirnya ramai cendekiawan
Orang Islam kuasai bahasa asing/Yunani/Sanskrit/Suriani
Orang Islam cipta/buat pembaharuan dalam karya yg
diterjemah
Pesatnya kegiatan penyelidikan
Sikap keterbukaan orang Islam menimba ilmu
Kebijaksanaan pemimpin/khalifah

Pada pandangan anda, bagaimanakah Malaysia boleh
menjadi pusat kecemerlangan ilmu di persada dunia?
Mengambil lebih ramai pelajar luar negara
Melahirkan ramai cendekiawan tempatan
Memajukan bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D)
Menaiktaraf universiti di negara ini
Menyediakan pelbagai kursus yang relevan
Menaiktaraf tenaga pengajar institusi pengajian tinggi
Menggalakkan program pertukaran pelajar
Memajukan program penterjemahan
Memajukan program penulisan karya-karya/buku baru
Menganjurkan program pendidikan antarabangsa
Mencapai kualiti pendidikan setanding negara maju
Anjurkan banyak seminar/konvensyen berkaitan ilmu
bertaraf antara bangsa
Memajukan prasarana pendidikan bertaraf dunia



18

Bab 7 dan Bab 8
Pengaruh Islam di Asia Tenggara dan di Tanah Melayu
Pengaruh Islam dalam sistem pentadbiran di Tanah Melayu
Memperkenalkan institusi kesultanan
Berasaskan pemerintahan Islam
Ubah kedudukan dan corak institusi raja di Tanah Melayu
Istilah bagi Sultan, Zillullah fil-alam dan Zillullah fil-ardh
Sultan dianggap bayangan Allah di muka bumi
Gelaran sultan digunakan dalam institusi raja
Gelaran Khalifatul Mukminin /Pemimpin bagi orang mukmin
Nasab keturunan rujuk kpd tokoh Islam / spt Iskandar
Zulkarnain
Wujud institusi kesultanan
Institusi kesultanan kekal sebagai institusi warisan
Institusi kesultanan berpegang kepada konsep daulat
Sultan sebagai kuasa tertinggi dalam sistem pemerintahan
Pentadbiran sultan dibantu oleh lapisan pembesar
Ulama/ mufti menjadi penasihat kepada sultan
Wujud pegawai petugas seperti kadi / khatib/ bilal/ pemungut
zakat/ penyelia baitulmal/ penjaga harta wakaf
Islam dijadikan agama rasmi
Unsur Islam digunakan pada nama negeri
Nama raja juga menggunakan namaIslam
Undang-undang syariah diperkenalkan

Cara raja kukuhkan kedudukan baginda dalam pemerintahan
Berpegang kepada konsep daulat
Seseorang raja mempunyai kuasa tertentu
bolehkan sesiapa yang mengingkarinya dianggap derhaka
Rakyat yang menderhaka akan menerima akibat / tulah
Menjadi pengikat antara golongan rakyat dan pemerintah
Dipegang sebagai sesuatu yang dipercayai kebenarannya
Mengangkat kedudukan sultan ke tahap yang tinggi
Timbulkan penghormatan rakyat terhadap institusi sultan
Pelbagai adat istiadat diwujudkan
Cara berpakaian
Jenis pakaian
Bahasa dan pengucapan/ bahasa istana
Tingkahlaku
Istiadat Pertabalan
Nobat

Sebagai rakyat Malaysia, mengapakah kita perlu
mempertahankan sistem beraja di negara kita?
Raja merupakan Ketua negara
Raja lambang kedaulatan negara
Warisan turun temurun sejak Kesultanan Melayu Melaka
Lambang keamanan / keharmonian rakyat
Lambang perpaduan/ penyatuan masyarakat pelbilang kaum
Pelindung bagi semua rakyat Malaysia
Pelindung orang-orang Melayu / bumiputera
Jaga hak keistimewaan penduduk Melayu/ Sabah / Sarawak
Memastikan keadilan dilaksanakan
Melicinkan pentadbiran

Pengaruh Islam dalam pelantikan dan pertabalan raja
Diadakan lafaz ikrar
Menyerupai proses baiah dalam Islam
Pengganti sultan dilantik sebelum istiadat pemakaman
Menyamai peraturan zaman Bani Umaiyah

Cara Islam dapat jamin kesejahteraan hidup bermasyarakat
Hubungan rapat antara individu
Pertalian kekeluargaan yang rapat
Ibu bapa /orang lebih tua dihormati
Jiran dianggap keluarga
Panggilan tertentu untuk yang lebih tua dalam keluarga
Tidak boleh memanggil menggunakan nama sahaja
Orang muda bercakap dengan suara rendah dengan orang tua
Tetamu dilayan dengan hormat/dihormati
Tetamu dihidangkan minuman/makanan
Menziarah mesti beri salam
Tuan rumah wajib menjawab salam
Tetamu dan tuan rumah bersalam-salaman
Kanak-kanak cium tangan orang lebih tua ketika bersalam
Mengamalkan gotong-royong
Mengamalkan perpaduan

Apakah usaha yang boleh dilakukan supaya nilai hidup
yang dibawa Islam terus diamalkan dalam kalangan
masyarakat di Malaysia?
Melalui kempen
Melalui didikan ibu bapa
Melalui aktiviti sekolah/persatuan
Pihak media massa memperbanyak program berkaitan
Peranan sesebuah keluarga menghidupkan budaya ini
Generasi muda mesti mempunyai jati diri yang kukuh
Generasi muda mesti berbangga/tidak malu amalkan budaya ini
Peranan pemimpin

Bagaimanakah masyarakat Melayu tradisional
mengekalkan keharmonian hidup bermasyakat setelah
kedatangan Islam?
bermula daripada perubahan prinsip kepercayaan atau
akidah kepada perubahan akhlak dalam kehidupan.
Hubungan antara individu dan pertalian kekeluargaan
yang rapat.
Ibu bapa dan orang yang lebih tua hendaklah dihormati.
Jiran pula dianggap sebagai anggota keluarga sendiri.
Terdapatnya panggilan atau gelaran tertentu untuk orang
yang lebih tua dalam sesebuah keluarga
seperti Pak long dan mak long, tidak boleti dipanggil
dengan namanya.
Apabila bertutur dengan orang tua, orang yang lebih
muda hendaklah bercakap dengan suara yang rendah.
Para tetamu dilayan dengan hormat
dan dihidangkan dengan minuman dan makanan.
Apabila datang berziarah, tetamu hendaklah memberikan
salam
dan tuan rumah wajib pula menjawabnya.
Apabila masuk ke dalam rumah, tetamu dan tuan rumah
akan bersalam-salaman
kanak-kanak dikehendaki mencium tangan orang yang
lebih tua.

19

Membongkok apabila berjalan di hadapan orang tua.
Tidak mencampuri dalam percakapan orang tua.
Membaca bismillah semasa hendak makan dan minum.
Petmainan tradisi menggalakkan kerjasama di kalangan
masyarakat.
Semangat gotong-royong dalam kalangan anggota
masyarakat
seperti dalam majlis perkahwinan, majlis berkhatan dan
majlis tamat membaca al-Quran atau majlis khatam.
Nilai perpaduan amat ditekankan oleh masyarakat
berpegang kepada konsep bersatu teguh bercerai roboh
seikat seperti sirih, serumpun seperti serai ,sedencing
seperti besi.

Andaikan anda seorang pemimpin negara, apakah
langkah yang akan diambil untuk melahirkan
masyarakat berilmu ?
Membina banyak sekolah
Memastikan semua pelajar berpeluang belajar
Beri bantuan kpd pelajar yang tidak mampu teruskan
pelajaran
Menyediakan kemudahan sistem maklumat / ICT
Meluaskan penggunaan jalur lebar
Membekalkan komputer kepada sekolah
Membanyakkan institusi pengajian tinggi

Pada pandangan anda, apakah kepentingan bidang
pendidikan untuk kegemilangan Negara dan bangsa
Malaysia?
Melahirkan manusia berakhlak mulia
Melahirkan warganegara yang mematuhi undang-undang
Mengukuhkan semangat patriotisme rakyat
Mengukuhkan perpaduan antara kaum
Meningkatkan taraf hidup penduduk
Meningkatkan bilangan pekerja mahir
Memajukan ekonomi Negara
Memajukan teknologi canggih/inovasi
Menguasai ilmu pengetahuan

Ciri-ciri mata wang timah pada zaman Melaka
Berbentuk bulat
Berat 1 kati 8 tahil
Nama sultan memerintah dicatat pada mata wang
Tarikh Islam dicatat pada mata wang


Peraturan-peraturan cukai yang dikenakan pada zaman
Melaka
Pedagang diwajib bayar cukai barang yang didagang
Cukai asas ialah cukai tetap / import
Jumlah cukai ditentukan pemerintah
Pedagang Arab/Ceylon/India/Siam/Pegu dikenakan cukai 6
%
Pedagang Jepun / China cukai 5%
Beras dan makanan tidak dikenakan cukai
Urusan jual beli di bazar selepas cukai dibayar
Orang asing dari Kepulauan Melayu kena cukaidiraja 3%
Orang asing lain kena cukai diraja 6%
Kegiatan perdagangan yang pesat adalah pengaruh
daripada kedatangan Islam di Melaka.
Sejak abad ke-12 aktiviti perdagangan yang
membabitkan Lautan Hindi dan Laut China Selatan
didominasikan oleh pedagang Islam yang telah
mempengaruhi perkembangan perdagangan di Melaka
dan Alam Melayu.
Orang Melayu terbabit secara aktif dalam perdagangan
timur dan barat yang berkait rapat dengan saranan Islam
yang menegaskan aktiviti ini merupakan sumber rezeki
yang besar,
Nabi Muhammad s.a.w. sendiri terbabit secara langsung
dalam aktiviti tersebut.
perdagangan menjadi salah satu saluran yang
memesatkan proses pengislaman di Melaka
hingga menjadi pusat perdagangan yang penting pada
abad ke 15.
kedudukannya yang strategik membantu perkembangan
perdagangan.
Pentadbiran yang licin dan teratur
menyediakan pelbagai kemudahan kepada pedagang
asing
menyebabkan aktiviti perdagangan berjalan dengan
lancar.
Kerajaan Melaka mewujudkan jawatan laksamana
bagi manjaga urusan kelautan
jawatan syahbandar sebagai ketua pelabuhan.
Undang-Undang Laut Melaka digubal
terutama dalam hal ehwal yang berkaitan dengan tugas-
tugas nakhoda, jurumudi dan seumpamanya.
Kepesatan perdagangan di Melaka dibuktikan dengan
terdapatnya 84 bahasa,
yang dipertuturkan tetapi bahasa Melayu sebagai lingua-
franca kepada pedagang.
Sistem timbang dan sukat telah diperkenalkan
di bawah tanggungjawab syahbandar
dengan mengunakan sistem tahil dan kati.
Timbangan yang menggunakan dacing timbangan
ialah sistem bahara emas, perak, bahan wangian dan batu
permata serta rempah ratus
Kaedah yang digunakan di Melaka dalam urusan
perdagangan, ialah kaedah pertukaran barang dan
penggunaan mata wang logam.

Pada pendapat anda, apakah langkah yang boleh dilakukan
kerajaan menjadikan Negara ini sebagai pelabuhan utama
dunia
Bina institus pelaut
Penambahan kemudahan pelabuhan
Kemudahan baik pulih kapal
Sediakan pusat kemahiran
Sediakan kursus perkapalan di university
Memajukan sektor perikanan
Jalankan penyelidikan dan pembangunan





20

Tema 9 : Tamadun Eropah Perkembangan dan Kesannya
Maksud Zaman Gelap
Zaman kemunduran Eropah
kemerosotan dalam bidang keilmuan
Mundur dalam perdagangan
Mundur dalam kehidupan bandar / perbandaran
pentadbiran yang lemah
ekonomi yang lembap
dikongkong gereja

Ciri Zaman Gelap di Eropah
kemerosotan dalam bidang ilmu pengetahuan , perdagangan,
dan kehidupan di bandar
Pentadbiran pusat yang lemah
Kemunculan golongan baron (tuan tanah) yang berpengaruh
Kelembapan dalam bidang ilmu pengetahuan
Kegiatan ekonomi yang terhad
Sifat gereja yang mengongkong
Kemunculan sistem feudal
Kehidupan kacau bilau / peperangan /
petani mencari perlindungan daripada tuan-tuan tanah

Kedudukan gereja dalam masyarakat Eropah pada Zaman
Gelap
gereja amat berkuasa
gereja memiliki hartanah yang banyak
kegiatan gereja berfokuskan kegiatan amalan agama
berfokus kepada pembelajaran keakhiratan sahaja
gereja mengongkong kehidupan masyarakat

Sebab zaman pertengahan kegiatan perdagangan tidak
meluas
Aktiviti perdagangan diganggu orang gasar seperti Viking dan
Magyar
Kawasan Mediterranean dikuasai oleh orang-orang Islam
Memberi tumpuan kepada kegiatan pertanian
Kegiatan perdagangan terhad kpd perniagaan barangan
pertanian
Aktiviti perniagaan dikendalikan menerusi sistem barter
Penggunaan mata wang amat terhad
Orang Eropah tidak berdagang ke Timur Jauh

Persamaan sistem feudalisme di Eropah sama dengan
feudalisme Kesultanan Melayu Melaka?
Terdpt golongan pemerintah (raja)& golongan diperintah
(rakyat)
Raja memiliki tanah secara mutlak
Pentadbirannya dibantu oleh pembesar
Raja kurnia tanah kepada pembesar untuk ditadbir
Pembesar mendapat naungan / perlindungan daripada raja
Pembesar beri khidmat tenaga dan cukai kepada Raja
Golongan hamba beri khidmat tenaga kepada golongan
pembesar

Pada pandangan anda, bagaimanakah kita mampu
menghindarkan negara kita mengalami Zaman Gelap
seperti yang berlaku di Eropah pada Zaman
Pertengahan?
Menggalakkan rakyat berilmu pengetahuan
Memastikan rakyat mendalami ICT
Mementingkan subjek Sains dan Matematik
Menubuhkan banyak universiti awam dan swasta
Menjamin keamanan/kestabilan negara
Memupuk semangat cinta akan negara dalam kalangan
rakyat
Menghayati semangat 1Malaysia
Membeli barangan buatan tempatan
Mematuhi undang-undang negara
Menghayati semangat Rukunegara
Menghindari aktiviti jenayah
Menggalakkan konsep pembelajaran sepanjang hayat
Mematuhi ajaran agama

Zaman Reformation
Apakah yang dimaksudkan dengan Reformation?
Melaksanakan perubahan atau pembaharuan
terhadap sesuatu untuk menghasilkan sesuatu yang lebih
baik
atau untuk membentuk sesuatu yang baru.
Merupakan suatu gerakan yang berlaku di Eropah Barat
pads abad ke-16
yang mempunyai kaitan dengan agama Kristian.

Apakah yang anda faham dengan Counter Reformation.
Golongan agama bertindak menentang sesuatu yang baru
yang ditimbulkan oleh gerakan Protestan.

sebab gerakan Reformation berlaku di Eropah pada abad
ke-16
Berlaku kepincangan, rasuah dan penyelewengan
apabila pihak Gereja Rom telah meningkatkan usaha
pembangunan keduniaan.
Amalan golongan penguasa Gereja Katolik tidak selari
dengan yang dianjurkan dalam kitab Bible
menyebabkan ramai ahli masyarakat mempersoalkan
kedudukan mereka.
Golongan penguasa Gereja lebih cenderung
mengamalkan gaya hidup para pemerintah dan
bangsawan
yang tidak mencerminkan kehidupan keagamaan.
Terdapat penyelewengan dengan penjualan sijil
Indulgences,
Surat pengampunan bagi penganut Kristian yang
melakukan dosa merebak ke seluruh Eropah.
Adanya mesin cetak ciptaan Johann Gutenberg
membolehkan Bible dihasilkan masa yang singkat
dengan harga yang murah.
Tindakan Martin Luther, profesor ilmu teologi di Jerman,
mula mengambil langkah menentang amalan
Indulgences.
Luther percaya yang manusia itu seharusnya bergantung
pada kekuatan rohaninya dalam amalan pengibadatan
dengan mencabar kedudukan Gereja dan institusi paderi.
Luther memperkenalkan mazhab Protestan
yang berasal daripada perkataan protesting yang
bermaksud 'mambantah'

21

yang mempersoalkan kewibawaan Gereja Roman Katolik
dan golongan paderi.

kesan terpenting Zaman Reformation di Eropah.
Agama Kristian berpecah kepada Katolik dan Protestan.
Mazhab Protestan berkembang ke Sweden, Denmark,
Norway dan England.
Di Switzerland dipimpin oleh Huldreich Zwingli
kemudian dipimpin pula oleh John Calvin.
Berlaku perang keagamaan di Perancis,
dan perang 30 tahun yang melibatkan Sepanyol, Jerman,
Bohemia, Denmark dan Sweden.
Peperangan mengikut mazhab telah mengakibatkan
kemusnahan.
timbul sikap toleransi antara pengikut mazhab Kristian
untuk mempergiatkan pendidikan dan penyebaran
fahaman mereka.
Kuasa Gereja telah dicabar secara terbuka.
Kuasa Gereja terhadap monarki berkurangan
disebabkan ingin membebaskan diri daripada penguasaan
Paus di Rom.
semasa pemerintahan Raja Henry VIII,
raja menjadi ketua kerohanian Gereja Protestan Anglican
dengan memutuskan hubungan dengan Rom.

Penjelajahan dan penerokaan
Senaraikan Kuasa-kuasa Eropah yang terlibat dalam
penjelajahan dan penerokaan pada abad ke-15.
Portugal
Sepanyol
Belanda
Inggeris

Terangkan sebab-sebab berlaku penjelajahan dan
penerokaan orang Eropah ke dunia luar.
Ingin mendapatkan barangan seperti emas, sutera dan
rempah ratus dari Timur.
Raja Sepanyol dan Raja Portugal merupakan memberikan
galakan menjelajah ke Timur.
Perjanjian Tordesillas telah ditandatangani
untuk menamatkan persaingan mendapatkan tanah
jajahan
bahagian timur kepada Portugal
manakala Barat kepada Sepanyol.
Perdagangan rempah ratus dan sutera telah
mendatangkan keuntungan.
Ingin menyebarkan agama Kristian seperti yang
ditekankan oleh penguasa gereja di Eropah.
Semangat untuk menyebarkan agama Kristian.
Kemunculan Monarki Baru di England, Perancis dan
Belanda
menggalakkan penjelajahan dan penerokaan ke seberang
laut.
Semangat kebanggaan bangsa
telah mendorong orang Eropah untuk menjelajah di luar
Eropah sebagai kebanggaan bangsa.

kesan penjelajahan orang Eropah terhadap masyarakat
setempat
Pemimpin tempatan terpaksa membuat perjanjian dengan
mengiktiraf kekuatan kuasa Eropah.
Syarikat berpiagam yang telah diwujudkan menjalankan
perdagangan
dari Eropah hingga ke Carribean, Latin Amerika, Afrika,
India, Asia Tenggara dan Asia Timur.
Daerah di luar Eropah telah menjadi pembekal kepada
keperluan masyarakat Eropah.
Portugis telah menguasai pusat emporium dunia seperti
Goa dan Melaka.
Barangan yang dibawa dari Timur telah memperkayakan
ekonomi dan gaya hidup masyarakat di Eropah.
Jalan pelayaran perdagangan di Lautan Hindi, Asia
Tenggara dan Laut China Selatan dikuasai oleh Portugis.
Penduduk tempatan menerima agama Kristian yang
dibawa oleh mubaligh Kristian.
Penjelajahan Sepanyol dengan melakukan penaklukan ke
atas Mexico
dengan menundukkan tamadun Aztec
dan menakluk Peru dengan menghapuskan tamadun Inca.
Penghijrahan beramai-ramai orang Sepanyol ke Amerika
Latin
telah mewujudkan sebuah masyarakat yang baru di
wilayah tersebut.
Para pemodal Sepanyol mengeksploitasikan buruh
pribumi
untuk bekerja di lombong dan di ladang mereka.
Petempatan orang Portugis di Melaka dan Goa
manakala Filipina amat dipengaruhi oleh kuasa Sepanyol.

sikap yang perlu ada untuk menerima perubahan bagi
mencapai kemajuan melalui Zaman Renaissance hingga
zaman penjelajahan dan penerokaan di Eropah?
Kepentingan penerokaan ilmu pengetahuan.
Semangat inkuiri untuk melakukan perubahan.
Kegigihan dalam usaha mencapai sesuatu matlamat.
Keberanian menghadapi cabaran tanpa mengira risiko
yang bakal dihadapi semasa meneroka lautan serta
daratan.

Imperialisme
Apakah yang dimaksudkan imperialisme?
sebagai penguasaan sesebuah negara yang lebih kuat
terhadap negara yang lemah.
Penguasaan bertujuan untuk mendapatkan keuntungan
dari segi politik dan ekonomi.

faktor-faktor yang mempengaruhi kedatangan
penjajahan Barat ke Asia.
Kuasa Barat berminat untuk mendapatkan bahan mentah
dalam kuantiti yang banyak
serta secara berterusan daripada tanah jajahan
seperti rempah ratus, emas dan perak.
Untuk mendapatkan pasaran bagi hasil pengeluaran
industri negara mereka.

22

Kesan daripada Revolusi Industri yang merebak ke
Eropah
menyebabkan Britain, Jerman, Belanda, Perancis dan Itali
menjadi kuasa imperialis.
Revolusi pengangkutan mewujudkan sistem jalan kereta
api dan penciptaan kapal wap
menyebabkan kuasa Barat berlumba-lumba untuk
mendapatkan tanah jajahan.
Britain terpaksa mencari pasaran di Asia
kerana Amerika Syarikat mengenakan tarif untuk
melindungi industri mereka Pihak Barat
yang juga berhasrat untuk menyebarkan pengaruh
tamadun dan agama Kristian ke seberang laut.
Semangat perlumbaan di kalangan negara Barat dalam
kegiatan penaklukan
kerana menganggap pemilikan tanah jajahan sebagai satu
status kuasa yang kuat.
Orang-orang Eropah menganggap usaha
mengembangkan tamadun mereka sebagai satu
tanggungjawab
yang disebut oleh orang Inggeris sebagai "the white
man's burden",
oleh Perancis sebagai "mission civilisatrice",
oleh Jerman sebagai tugas menyebarkan budaya
dan oleh Amerika sebagai "the blessings of the Anglo-
Saxon protection.

kesan imperialisme Barat ke atas Asia Tenggara.
Para pemerintah tempatan terpaksa menerima para
penasihat dan pentadbir dari Barat.
Sistem politik perundangan peribumi telah ditukar
menyamai sistem Barat.
Persaingan kuasa-kuasa Barat mendapatkan tanah jajahan
menyebabkan kuasa British telah campur tangan di Tanah
Melayu, Burma, India, Belanda di Indonesia,
Perancis menjajah lndo China dan Amerika menduduki
Filipina.
Kegiatan ekonomi peribumi dihapuskan.
Kegiatan penanaman getah dan perlombongan bijih telah
dikomersialkan untuk memenuhi keperluan industri di
Britain.
Sistem pendidikan yang diperkenalkan terhad di kawasan
bandar untuk memberi pendidikan asas
dan melatih golongan pentadbir rendah bagi memenuhi
keperluan pentadbiran penjajah.
Kuasa Barat bertindak untuk mengimport buruh dari
negara lain
untuk menjadi tenaga kerja bagi keperluan kegiatan
ekonomi komersial mereka.
Perubahan demografi dan komposisi etnik berlaku di
negara yang telah dijajah oleh kuasa Barat membentuk
masyarakat majmuk.
Menjalankan dasar pecah dan perintah mengelakkan
hubungan antara kaum semasa pemerintahan mereka.
Tugas untuk merangsang dan menjalin hubungan baik di
kalangan pelbagai kaum terpaksa dipikul oleh pemerintah
peribumi selepas merdeka.

Bab 10
Peraturan pemilikan tanah sebelum kedatangan British
Pemilikan dan penggunaan tanah bukan persoalan utama
Kawasan tanah luas
Kepadatan penduduk rendah
Segala urusan tanah / bayaran cukai/ aktiviti ekonomi
mestilah dapat kebenaran pembesar Melayu
Tanah merupakan sumber ekonomi
Tanah tunggak kuasa politik
Tanah cermikan kedudukan sosial pembesar Melayu
Tanah akan jadi milik seseorang yg teroka/ kerjakan tanah
tersebut.
Tanah tersebut boleh diwarisi oleh generasi yang
terkemudian.

Sebab British perkenalkan peraturan tanah di Tanah
Melayu
Sistem pemilikan tanah orang Melayu tak sesuai dengan
sistem tanah di Barat.
Sistem tanah tersebut tiada rekod dan catatan
Tiada bukti untuk sahkan hak tanah tersebut
Untuk mudahkan urusan pentadbiran / urusan cukai /
urusniaga
Tanah boleh dicagar bagi dapatkan modal
Pemilikan tanah jadi tunjang dalam sistem ekonomi penjajah
Sistem ini mudahkan pentadbiran
Sistem ini wujudkan pembangunan ekonomi

Dasar British dlm sistem pemilikan/penggunaan tanah di
T.Melayu
Wujud rekod bertulis untuk mengesahkan hak pemilikan
Undang-undang tanah berkonsepkan Barat
British bahagikan tanah mengikut kegunaan/nilai komersial
Ada kategori tanah seperti tanah ladang/peribumi/lombong
Tanah dikenakan cukai mengikut jenis tanah
Untuk usahakan tanah mesti buat permohonan di pejabat tanah
Untuk kutip sumber hutan mesti dapat kebenaran Pejabat Tanah
Residen berkuasa memberikan konsesi tanah kepada pemodal
British juga perkenalkan Akta Tanah Simpanan Melayu 1913
Residen berkuasa isytihar mana-mana tanah orang Melayu sebg
TSM
TSM tidak boleh dijual/dipajakgadai/ditukar milik dgn bukan
Melayu
TSM tidak boleh ditanam tanaman komersial
Kebanyakan TSM tidak subur

Sebab British perkenal Enakmen Tanah Padi 1917
Mahu kekalkan Melayu sebagai petani
Larang tanam getah di kawasan penanaman padi
Kurangkan jumlah pekebun kecil Melayu dalm penanaman getah
Elakkan pergantungan beras yang diimport
Bekalan/mport beras dari luar negara tidak sentiasa terjamin
Tanah Melayu pernah alami kekurangan beras apabila
Myanmar menghadapi kekurangan pengeluaran
British mengutamakan ekonomi mereka
British mengutamakan ekonomi peladang besar/komprador


23

Pada pandangan anda, mengapakah British memperkenalkan
Akta Tanah Simpanan Melayu?
menjamin kelangsungan masa depan ekonomi / sosial /
politik orang Melayu
Mengelakkan tanah milik orang Melayu berpindah milik
kepada orang asing
Menyelamatkan tanah tersebut daripada dijual, dipajak dan
dipindah milik kepada bukan Melayu
Melindungi kepentingan ekonomi kerajaan penjajah
Orang Melayu tidak dibenarkan menanam tanaman
komersial dalam Tanah Simpanan Melayu
Kawasan yang dijadikan Tanah Simpanan Melayu tidak
subur
Residen berkuasa mengisytiharkan mana-mana tanah
sebagai Tanah Simpanan Melayu

Pada pengetahuan sejarah anda, apakah kesan dasar kerajaan
British terhadap orang Melayu?
Terpaksa membayar cukai
Tidak bebas mengusahakan/memiliki tanah
terdedah dengan ekonomi wang
terpaksa bergantung dengan orang tengah untuk pinjam wang
Terpaksa jual tanah untuk melangsaikan hutang
kekal miskin/sebagai petani
Pekebun kecil Melayu terpinggir dpd aliran/kemajuan ekonomi
tidak berpeluang terlibat dengan ekonomi moden
gagal bersaing dalam ekonomi
Dasar tanah British menyulitkan orang Melayu

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, adakah undang-
undang tersebut menguntungkan masyarakat peribumi?
Ya
Tanah orang Melayu dilindungi
Orang luar tidak boleh membeli / memajak tanah penduduk
peribumi
Kelangsungan hidup masyarakat peribumi secara
tradisional dapat dikekalkan
Bekalan makanan padi dapat diteruskan
Sistem sosial masyarakat Melayu dapat dipertahankan
Tidak dibelenggu hutang
Tidak terlibat dengan ekonomi wang
Tidak
Terpaksa membayar cukai kepada British
Bergantung kepada orang tengah untuk meminjam wang
Menggadaikan tanah untuk melangsaikan hutang
Tanah yang diperuntukkan tidak subur
Tidak dibenarkan menanam tanaman komersial
Hanya boleh menanam padi
Tanah orang Melayu kurang nilai ekonomi
Dibelenggu hutang
Tanah tergadai / terjual

Mengapa kita perlu memper-tahankan hak milik tanah yang
kita miliki daripada terlepas ke tangan orang asing?
Tanah merupakan sumber ekonomi negara
Kekalkan kedaulatan Negara
Jamin kekayaan sama rata
Kekalkan hak warisan bangsa
Perkembangan mata wang di Tanah Melayu sejak
zaman Kesultanan Melayu Melaka hingga awal kurun ke-20.
semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah
jenis mata wang emas / perak / timah dikeluarkan
mata wang telah melicinkan urusan perdagangan
mata wang timah berbentuk bulat
mata wang timah itu seberat satu kati lapan tahil
nama sultan / tarikh Islam dicatat pada mata wang
mata wang asing juga digunakan
mata wang asing boleh ditukar dengan mata wang tempatan spt
mata wang Pasai / Hormuz / Cambay
terdapat pelbagai jenis mata wang primitif
Dinar emas / kijang di Kelantan
wang emas / kupang emas di Terengganu.
jongkong tampang di Pahang
wang timah / wang katun / wang emas/kupang emas di Johor
wang timah ayam jantan di atas cincin / wang emas di Kedah
pada masa ini pedagang Eropah menggunakan wang perak
pedagang India / China / Arab menggunakan wang emas
Mata wang Eropah spt mata wang perak Sepanyol
mata wang ini bertahan selama 300 tahun
digunakan di Negeri-Negeri Melayu / Negeri Selat dikeluarkan
oleh Lembaga Pesuruhjaya Wang yang ditubuhkan pada 1897
wang dikeluarkan bagi negeri-negeri Selat di bawah Ordinan X
III
wang kertas , hanya mata wang kertas sahaja yg sah digunakan
untuk perdagangan di Negeri-Negeri Selat

Peranan institusi kewangan sehingga awal abad ke-20 di
TMelayu
Sediakan kemudahan pinjaman kepada pelabur
Majukan dan pesatkan lagi industri getah dan bijih timah
Perkenal sistem kewangan moden yg berorientasikan
keuntungan
Memperkenalkan kadar faedah yang tinggi
Dana dari luar disalurkan terus ke TMelayu dgn lebih
mudah/cepat
Bank sebagai agen pembayar kepada pengimport dan
pengeksport
Jadikan urusan perniagaan antarabangsa bertambah licin
Pedagang tempatan boleh mendapatkan perkhidmatan bank
Eropah melalui orang tengah (komprador).
Komprador menjadi penaja kepada peminjam
Operasi bank dipantau oleh pihak pemerintah agar dapat
menjana perkembangan sektor ekonomi negara

Berdasarkan pengetahuan anda, apakah fungsi wang dalam
perkembangan tamadun manusia?
Kuasa membeli
Lambang status/kekayaan
Keperluan hidup
Penjagaan kesihatan
Peluang pendidikan
Keselesaan hidup
Keharmonian rumahtangga
Memenuhi kehendak


24

Jelaskan perkembangan sistem Pengangkutan dan
Perhubungan
i. Jalan Kereta Api
Bijih mempercepatkan pengangkutan bijih timah dari
kawasan perlombongan ke pelabuhan untuk dieksport
1885 jalan kereta api pertama dari Taiping ke Port
Weld
1889 menghubungkan kawasan perlombongan Kuala
Lumpur dengan Port Swettenham
1891- menghubungkan Seremban dengan Port Dickson
1895- menghubungkan Ipoh dan Tapah Road dengan
Telok Anson
1904 semua kawasan perlombongan bijih timah di
Perak, Selangor dan di Negeri Sembilan telah
mempunyai perkhidmatan kereta api.
1918- menghubungkan Seberang perai dengan sempadan
siam
1931- menghubungkan Gemas, Pahang dan Kelantan ke
sempadan Siam
1923- disambung ke Singapura
Getah menggalakkan pembukaan tanah baru di
kawasan pedalaman untuk penanaman getah
Keistimewaan mempercepatkan pengangkutan dan
boleh membawa muatan yang banyak
ii. Jalan Raya
Ganti menggantikan jalan denai dan kereta lembu
untuk mengangkut bijih
Berkembang di kawasan perlombongan bijih timah
dan ladang getah
1895- Selangor dan Perak mempunyai rangkaian jalan
raya sepanjang 2400km
1902- semakin polular selepas pengenalan kenderaan
bermotor
1911- dari Seberang Perai ke Melaka
1911-1928 menghubungkan Perlis dan Singapura
Mudah jalan raya antara Kuala Lumpur dan Kuantan
memudahkan perhubungan pantai barat dan pantai timur
iii. Sistem Perhubungan
Contoh telegraf, telefon, perkhidmatan pos, radio dan
perkhidmatan udara
Cepat perhubungan antara negeri dan negara luar lebih
cekap dan cepat

Langkah-langkah British mempertingkat perkhidmatan
kesihatan
Keperluan asas yang mendesak kerana ;
Kemasukan beramai-ramai buruh asing telah
o menambahkan jumlah penduduk
Tempat tinggal dan tempat kerja mempunyai kepadatan
o yang tinggi dan tidak dapat diurus dengan baik
Bekalan air bersih tidak mencukupi
Penyakit berjangkit mudah merebak
Hospital British menubuhkan hospital dan pusat
kesihatan untuk mengawal wabak penyakit
1898- hospital kerajaan terawal dibina di Taiping dan
Kuala Lumpur
1895- terdapat 29 buah pusat perubatan di Perak dan
Kuala Lumpur
Perak hospital dibina di Tanjung Malim, Batu Gajah,
Gopeng, Kerian dan Kuala Kangsar
Pusat kesihatan kecil 14 buah di Selangor, 2 di
Pahang dan 3 di Negeri Sembilan
Sabah- beberapa buah hospital dibina di Jesselton (Kota
Kinabalu), Sandakan, Beaufort, Kudat dan Tawau
Sarawak- perkhidmatan kesihatannya tertumpu di
Kuching
1921- pusat perubatan kecil dibina di Sri Aman dan Sibu
Hospital Tung Shin memberi perkhidmatan khusus
kepada pekerja lombong bijih timah yang terdiri daripada
imigran China
Institut Penyelidikan Perubatan bertanggungjawab
mengkaji punca penyakit dan langkah-langkah
pencegahan
Bandar menitikberatkan kebersihan ddan kesihatan
awam di bandar
Sanitary Board mengawas kebersihan dan kesihatan
bandar di Kuala Lumpur
Perak turut ditubuhkan di beberapa bandar di Perak
Sanitary Board (1911)- menjaga kebersihan bandar
Jabatan Kesihatan bertanggungjawab daripada aspek
kesihatan

Sebagai generasi muda,cadangkan langkah-langkah utk
meningkatkan tahap kesihatan rakyat Malaysia
menjaga kebersihan
menjaga tahap pemakanan
mengambil makanan seimbang
bersenam/beriadah
tidak merokok
tidak minum arak
tidak mengambil dadah
mengamalkan corak hidup sihat

Perkembangan insurans di Tanah Melayu
diperkenalkan kerana perkembangan
perdagangan antarabangsa.

Perkhidmatan insurans yang ditawarkan ialah
o insurans maritim atau lautan,
o insurans kebakaran insurans harta,
o insurans perniagaan kemalangan,
o serta insurans nyawa.

Keperluan perkhidmatan insurans maritim adalah
untuk melindungidagangan dan kapal pedagang
kerana sistem pengangkutan laut merupakan
sistem pengangkutan utama.

Insurans kebakaran menjadi penting kerana
kebakaran sering membawa kemusnahan
misalnya,di Kuala Lumpur dan di Ipoh.

syarikat insurans yang ada di Tanah Melayu
merupakan cawangan
atau wakil syarikat insurans asing yang beribu
pejabat di luar negara.

Iaitu boustead and Company di Pulau Pinang
mewakili Syarikat Royal Insurance Company
dari England.

Straits Insurance Limited dan Khean Guan

25

Insurance Limited ialah syarikat insurans
tempatan berpusat di Singapura dan Pulau
Pinang.
Pada tahun 1917,undang-undang perkhidmatan
syarikat insurans telah dikemaskini
insurans nyawa diasingkan daripada insurans
kebakaran.

Pada 1948,enakmen-enakmen ini digantikan
dengan Ordinan Syarikat Insurans kebakaran dan
Ordinan Syarikat Insurans Nyawa.


TINGKATAN 5
Tema 10: Imperialisme Barat
Apakah yang dimaksudkan dengan imperialisme ?
Dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayah
dengan menjajah negara lain
untuk kepentingan tertentu

kuasa Barat yang menjalankan dasar imperialismenya
di Asia Tenggara.






Pada
pendapat anda, mengapakah Asia Tenggara menjadi
tarikan kuasa Barat menjalankan dasar imperialisme di
rantau tersebut ?
Kedudukannya strategik
Menjadi tempat persinggahan perdagangan
Dekat dengan kawasan pasaran
Terletak antara China dan India
Tanah yang subur
Kaya dengan bahan mentah

Bagaimanakah perkembangan sistem perhubungan dan
pengangkutan mendorong imperialisme Barat
di Asia Tenggara ?
Pembukaan Terusan Suez
Mempercepatkan perjalanan antara Timur Barat..
Memendekkan jarak perjalanan Timur Barat.
Perjalanan lebih selamat.
Menjimatkan kos perjalanan.
Penggunaan Telegraf
Memudahkan perhubungan.
Membolehkan kuasa imperialis memberi arahan kepada
pegawainya dengan lebih cepat.
Ahli perniagaan Barat dapat berhubung dengan wakilnya
di Timur.
Urusan perniagaan lebih mudah.
Perdagangan antarabangsa menjadi lebih pesat.
Imperialisme Barat di Asia Tenggara bukanlah bertujuan
mentamadunkan orang Timur, tetapi mempunyai
muslihat tertentu. Jelaskan muslihat tersebut.
Bertujuan meluaskan tanah jajahan
Bertujuan mencari kekayaan
Bertujuan menguasai bahan mentah
Bertujuan menguasai pasaran
Bertujuan menyebarkan agama Kristian

Terangkan faktor yang mendorong imperialisme Barat di
Asia Tenggara.
Keistimewaan Asia Tenggara
Kedudukan Asia Tenggara yang strategik
Terletak antara China dan India.
Asia Tenggara dekat dengan kawasan pasaran.
Asia Tenggara memiliki tanah yang subur.
Asia Tenggara kaya dengan bahan mentah.
Revolusi perindustrian
Sektor perkilangan meningkat.
Hasil perkilangan dikeluarkan secara besar-
besaran.
Kuasa Barat memerlukan bahan mentah.
Mereka juga perlukan pasaran yang luas.
Perkembangan sistem perhubungan.
Kapal wap membolehkan muatan lebih banyak.
Terusan Suez memendekkan jarak dan
mempercepatkan perjalanan.
Perjalanan menjadi lebih selamat serta menjimatkan
kos.
Penciptaan telegraf mempercepatkan urusan
perdagangan.
Persaingan kuasa Barat.
Kuasa Barat bersaing untuk meluaskan tanah
jajahan
Semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi
sanjungan.
Tanah jajahan melambangkan kekuatan dan
kekayaan.
Slogan
British dan Belanda gunakan slogan Beban Orang
Putih.
Mereka mendakwa mereka lebih maju dan
bertamadun.
Mereka mahu majukan orang Timur.
Perancis menggunakan slogan Tugas
Menyebarkan Tamadun.
Mereka hendak mentamadunkan orang Timur.
Mubaligh Kristian berhasrat menyebarkan agama
Kristian.



Imperialis Negara yang dijajah
Britain Tanah Melayu dan
Burma
Perancis IndoChina
Belanda Indonesia
Sepanyol Filipina

26

Imperialisme Barat banyak mendatangkan kesan negatif
terhadap masyarakat di negara Asia Tenggara.
Asia Tenggara menjadi tanah jajahan kuasa Barat.
Sistem birokrasi Barat diperkenalkan di Asia
Tenggara.
Berakhirnya sistem beraja di Asia Tenggara.
Undang-undang Barat dilaksanakan di Asia
Tenggara
Sumber ekonomi dibolot oleh penjajah
Penyebaran agama Kristian di Asia Tenggara
Lenyapnya tamadun masyarakat di Asia Tenggara
Munculnya semangat menentang penjajah

Kuasa Barat menggunakan slogan beban orang putih
dan tugas menyebarkan tamadun untuk melindungi
muslihat imperialisme mereka di Asia Tenggara. Pada
pandangan anda, apakah muslihat tersebut ?
Bertujuan meluaskan tanah jajahan
Bertujuan mencari kekayaan
Bertujuan menguasai bahan mentah
Bertujuan menguasai pasaran
Bertujuan menyebarkan agama Kristian
Mana-mana jawapan munasabah

Apakah langkah yang perlu dilakukan oleh pemimpin
negara untuk memastikan kemerdekaan yang kita
nikmati akan terus terpelihara ?
Mewujudkan keamanan dalam negara
Mengekalkan perpaduan
Mewujudkan pentadbiran yang cekap
Memajukan ekonomi negara
Mana-mana jawapan munasabah

Apakah maksud nasionalisme ?
Perasaan cinta akan negara dan bangsa
Gerakan membebaskan tanah air daripada penjajahan
politik, ekonomi dan kebudayaan asing.

Perubahan pengenalan birokrasi Barat di A.Tenggara.
pengenalan sistem pentadbiran berpusat
perlantikan gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir
pelaksanaan pentadbiran melalui biro
pegawai Barat sebagai ketua biro
pengenalan undang-undang Barat
Di Filipina daerah-daerah kecil / barangay disatukan
peringkat pentadbiran tempatan perkenal Sistem Encomienda
diketuai oleh Encomiendaro
Menjaga keamanan
Mengkristian penduduk
Mengutip cukai
Dibenci penduduk Filipina
Mengenakan cukai yang tinggi
Kerahan tenaga kepada rakyat
Di Indonesia pentadbiran terbahagi kepada dua
iaitu pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan
Pentabiran pusat diketuai oleh Gabenor Jeneral
Pentadbiran tempatan dikendalikan oleh pembesar tempatan
dengan pengawasan pegawai Belanda
penubuhan jabatan-jabatan: Jabatan Pelajaran / Jabatan Pertanian
Penubuhan Dewan Tempatan yang berfungsi sebagai penasihat
pentadbiran Belanda
Penubuhan Volksraad /Majlis Rakyat ke arah berkerajaan
sendiri
Hasil desakan Sarekat Islam
Di Burma diperkenalkan Akta Kampung Ulu Burma dan
Akta Perkampungan Burma
penubuhan Majlis Perundangan dan jabatan di Burma
seperti Jabatan perhutanan/ jabatan kesihatan/ jabatan
pelajaran
Di Indochina, pentadbiran diketuai oleh Gabenor Jeneral
yang bertanggungjawab terus kpd Kementerian Tanah
Jajahan di Paris
Perancis menubuhkan Union Indochinoise
rang undang-undang di Indochina diluluskan Parlimen
Perancis
Di Tanah Melayu, Pulau Pinang, Melaka dan Singapura
disatukan di bawah negeri-negeri Selat
diketuai oleh seorang Gabenor Jeneral
dibantu oleh residen kaunselor
pentadbiran peringkat kampung dikekal/ diketuai oleh
penghulu
Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang
disatukan di bawah Negeri-negeri Melayu Bersekutu
diperkenalkan Sistem Residen
Kedah, Terengganu, Kelantan, Perlis dan Johor dijadikan
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
Sistem Penasihat diperkenalkan
Pengenalan Sistem kutipan cukai
pembahagian negeri kepada beberapa daerah
penubuhan balai polis
Di Thailand birokrasi Barat diperkenal sendiri oleh Raja
Chulalongkorn dan Raja Mongkut
Perlantikan pegawai-pegawai Barat mengetuai jabatan-
jabatan kerajaan dan melatih pegawai tempatan
Pegawai Britain dilantik Penasihat Kewangan dan
pelabuhan
Penasihat kastam dan ketenteraan dari Amerika dan
Perancis
memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah/ Majlis
Mesyuarat Tertinggi / Kabinet Menteri
Juru audit dari Britain dilantik dalam perbendaharaan
negara

Sebab gerakan nasionalisme di Thailand berbeza daripada
nasionalisme di negara-negara lain di Asia Tenggara ?
Tidak bersifat anti penjajah
Menentang kerabat diraja/ raja berkuasa mutlak
Bertujuan untuk mengekalkan kemerdekaan negara
Thailand.
Mereka menentang penguasaan politik oleh kerabat diraja.
Melancarkan revolusi untuk menamatkan sistem raja
berkuasa mutlak.

27

Bertujuan memperbaiki kelemahan dalam sistem
pentadbiran.
Menentang sikap raja yang boros.
Mahu menyekat penguasaan orang Cina dalam ekonomi.
Mahu mewujudkan perpaduan kaum.

Sebab berlaku gerakan nasionalisme tahap pertama di
Thailand
Wujud kegelisahan rakyat Kerabat diraja menguasai politik
Menentang raja berkuasa mutlak
Perkembangan sistem pendidikan Barat
Rakyat terdedah kepada fahaman liberal
Rakyat terdedah kepada fahaman demokrasi
Rakyat terdedah kepada sistem raja berperlembagaan
Muncul golongan intelek
Kelemahan sistem pentadbiran
Raja bersikap boros
Tnubuh Parti Rakyat oleh Nai Pridi Phnomyong dan Phibul
Songgram
Melancarkan Revolusi Thai pada tahun 1932
Menamatkan sistem raja berkuasa mutlak

Mengapakah Pridi Panomyong memimpin gerakan yang
mencetuskan Revolusi Thai pada tahun 1932 ?
Kerabat diraja menguasai politik di Thailand.
Rakyat tidak mahu sistem raja berkuasa mutlak.
Rakyat mahukan sistem demokrasi dan sistem raja
berperlembagaan.
Kelemahan sistem pentadbiran.
Sikap raja yang boros

Tindakan Phibul Songram mengatasi masalah tidak puas hati
rakyat semasa gerakan nasionalisme tahap kedua
Lulus undang-undang sekat kebebasan / penguasaan ekonomi
orang Cina
Penduduk pribumi digalak melibatkan diri dalam ekonomi
Sekolah Cina dibubarkan
Akhbar Cina dibubarkan
Jawatan tertinggi kerajaan hanya untuk penganut agama Buddha
Menukar nama Siam kepada Thailand bermaksud Tanah Bebas
Bekerjasama dengan Jepun semasa Perang Dunia Kedua
Berjaya mendapat semula wilayah di IndoChina / Tanah Melayu

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda , mengapakah
Thailand berjaya mengekalkan kemerdekaannya?
Birokrasi Barat diperkenal Raja Mongkut/Raja Chulalongkorn
Raja Mongkut melantik 80 orang penasihat Barat Untuk
mengetuai pelbagai jabatan melatih pegawai tempatan
Penasihat kewangan/pelabuhan/polis dari Britain Penasihat
kastam dari Amerika Syarikat
Penasihat tentera dari Perancis
Raja Chulalongkorn memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah
Memperkenalkan Majlis Mesyuarat Tertinggi
Memperkenalkan Kabinet Menteri
Lantik juruaudit dari Britain berkhidmat dlam perbendaharaan
Negara
Sistem Raja Berperlembagaan diperkenalkan menggantikan
sistem raja berkuasa mutlak.
Menjalin hubungan baik dengan kuasa Eropah
Jalin hubungan baik dengan Jepun semasa Perang Dunia Kedua

Terangkan perkembangan gerakan nasionalisme di
negara Indonesia dan Burma.
Nasionalisme di I ndonesia
Nasionalisme Tahap Pertama
Dipelopori oleh Raden Adjeng Kartini.
Beliau mahu mengubah nasib rakyat melalui pendidikan.
Beliau berusaha memajukan pendidikan kaum wanita.
Beliau menyedarkan masyarakat melalui karyanya
Habis Gelap Terbitlah Terang dan Penulisan Seorang
Puteri Jawa.
Karya itu mendedahkan kemunduran rakyat dan
penindasan Belanda.
Perjuangan beliau menjadi inspirasi kepada pejuang-
pejuang untuk menubuhkan persatuan yang tersusun.
Pertubuhan Muhammadiyah ditubuhkan.
Matlamat Muhammadiyah ialah untuk menyebarkan
Islam sebenar serta menghindari ancaman agama Kristian
Muhammadiyah membina sekolah, klinik dan masjid.
Nasionalisme Tahap Kedua
Dimulakan oleh Soekarno.
Beliau menubuhkan Parti Nasional Indonesia (PNI).
Parti politik radikal yang lain seperti Sarekat Islam (SI)
dan Parti Komunis Indonesia (PKI) juga ditubuhkan.
Parti-parti politik ini menuntut kemerdekaan secara
kekerasan.
PNI pimpinan Soekarno mendapat sokongan rakyat.
Parti tersebut berjaya mempengaruhi rakyat Indonesia.
Belanda menangkap pemimpin dan mengharamkan parti
politik radikal.

Nasionalisme di Burma
Nasionalisme Tahap Pertama
dipelopori oleh sami Buddha dan golongan elit
berpendidikan Barat.
Sami Buddha menubuhkan Persatuan Belia Buddha.
Persatuan ini mahu mengekalkan tradisi Buddha
dan memajukan pendidikan rakyat Burma.
Persatuan ini menggunakan isu kasut
untuk membangkitkan semangat nasionalisme rakyat.
Pemimpin persatuan itu menubuhkan Majlis Persatuan
Am Kesatuan-Kesatuan Burma yang lebih radikal
Nasionalisme Tahap Kedua
muncul apabila sami Buddha membantah Laporan
Montagu-
Chelsford
yang menyatakan Burma belum bersedia untuk
memerintah sendiri.
Mereka menubuhkan Majlis Am Sangha Sametggi
yang dipimpin oleh Saya San.
Mereka mencetuskan pemberontakan.
Pelajar lancarkan revolusi untuk menuntut sebuah
universiti
Pejuang kemerdekaan menubuhkan Liga Antipemisahan
yang menentang pemisahan Burma daripada India.

28

Perlembagaan Burma diluluskan pada 1935 telah
memberi peluang ke arah berkerajaan sendiri.
Golongan Thakin menubuhkan Parti Dobama Asiayone
untuk menuntut kemerdekaan.
Dr. Ba Maw menang pilihan raya dan dilantik menjadi
Perdana Menteri

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bagaimanakah
kuasa Barat menangani
gerakan nasionalis radikal di Asia Tenggara ?
Menjatuhkan hukuman bunuh
Cth: ke atas Jose Rizal dan Andres Bonifacio (Filipina),
Nguyen Thai Hoc (IndoChina)
Menangkap dan memenjarakan
Cth: ke atas Emilio Aguinaldo (Filipina), Soekarno
(Indonesia)
Hanya membenarkan penubuhan parti politik bersifat
sederhana sahaja
Cth : Kerajaan Amerika Syarikat membenarkan
penubuhan parti politik sederhana di
Filipina.
Penjajah mengharamkan parti politik radikal.
Cth : Belanda haramkan Parti Nasional Indonesia
Melarang pemerintah tempatan terlibat dalam politik
Cth : Penjajah Perancis melarang Maharaja Bao Dai di
Vietnam melibatkan diri dalam
politik.
Penjajah memberi peluang ke arah berkerajaan sendiri.
Cth; Penjajah British meluluskan Perlembagaan Burma
1935 memberi peluang
berkerajaan sendiri
Cth : Dr. Ba Maw memenangi pilihan raya dan dilantik
menjadi Perdana Menteri Burma
yang pertama.
Cth : Parti Nasional memenangi pilihan raya Filipina
pada tahun 1907 menyebabkan
Sergio Osmena mengetuai Dewan Perhimpunan.

Sebagai pemimpin gerakan nasionalisme, nyatakan usaha
yang akan anda lakukan
untuk memastikan gerakan nasionalisme yang lebih
berkesan ?
Menyusun strategi yang terancang supaya gerakan lebih
mantap
Menggunakan media untuk sebarkan idea nasionalisme
kepada rakyat
Memilih pemimpin yang berilmu pengetahuan
Membuat tuntutan secara toleransi untuk elak pertumpahan
darah

Apakah usaha yang perlu dilakukan bagi menghadapi
cabaran mengekalkan Malaysia sebagai negara berdaulat?
Cekal/tabah
Tidak berputus asa
Berani
Bijaksana
Berfikiran positif
Berdayasaing
Menguasai pelbagai ilmu
Mempunyai jati diri yang kukuh
Berpegang teguh kepada ajaran agama
Sentiasa bersatupadu
Semangat patriotic/cinta akan negara
Berinovasi/kreatif

Apakah matlamat diperjuangkan oleh Jose Rizal melalui
gerakan nasionalisme yang tahap pertama di Filipina ?.
Menuntut Filipina dijadikan wilayah Sepanyol
Menuntut supaya bangsa Filipina mendapat hak seperti
bangsa Sepanyol
Menuntut kebebasan bersuara
Menuntut supaya bangsa Filipina mendapat pembelaan

Nyatakan tindakan yang dilakukan oleh Andres Bonifacio
untuk mendapatkan
kemerdekaan Filipina daripada Sepanyol.
Menubuhkan parti Katipunan.
Melakukan penentangan secara radikal.
Menerbitkan akhbar Kalayan.
Menyebarkan fahaman revolusi melalui Kalayan
Melancarkan revolusi bersenjata.
.
Sebagai pengerusi Persatuan Sejarah di sekolah, cadangkan
aktiviti yang boleh mengukuhkan sistem pemerintahan
beraja.
Menyemai semangat patriotik dalam kalangan pelajar
Menghormati lambang-lambang kebesaran
Menghayati Rukun Negara
Menganjurkan pertandingan bahas/pidato/syarahan/kuiz/melukis
berkaitan Yang di Pertuan Agong dan raja
Lawatan ke muzium diraja
Mencari maklumat berkaitan melalui internet
Menghasilkan buku skrap mengenai institusi raja
Menggantung gambar Yang di Pertuan Agong dan Raja-Raja
Melayu
Meraikan hari keputeraan sultan
Kembara Tengku Mahkota dibukukan

BAB 2- NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA
PERANG DUNIA KEDUA
PERJUANGAN PEMIMPIN TEMPATAN MENENTANG
BRITISH
Huraikan sebab pemimpin tempatan menentang British.
Dasar penaklukan British
British menakluk Negeri Melayu untuk meluaskan tanah
jajahannya.
British memperkenalkan peraturan supaya dapat
mengukuhkan kedudukannya.
Pemimpin tempatan menentang kehendak British
menyebabkan berlakunya peperangan.
British mengeksploitasi ekonomi tempatan.
British menguasai sumber ekonomi melalui perjanjian
dengan pemimpin tempatan.
Saudagar Negeri Selat dibenar menjalankan kegiatan
perlombongan dan perdagangan bijih timah.

29

Ini menimbulkan kemarahan penduduk tempatan
terhadap British.
Pelaksanaan pentadbiran Barat
British memaksakan pentadbiran Barat kepada penduduk
tempatan.
British memperkenalkan sistem cukai, peraturan tanah
dan lain-lain untuk mendapatkan hasil.
Kesulitan penduduk tempatan.
Penduduk tertekan dengan undang-undang British.
Undang-undang British bertentangan dengan amalan
tradisi masyarakat.
Cth: Di Terengganu, pembukaan tanah mestilah
mendapat keizinan British dan dikenakan cukai tanah.
Pemimpin tempatan kehilangan kuasa
Pemimpin tempatan hilang kuasa memungut cukai.
Pembesar kehilangan pengaruh ke atas anak buah dan
kawasan pegangannya.
Pemimpin tempatan yang mendapat sokongan anak buah
mereka menentang British.
British campur tangan dalam adat resam tempatan.
British mencampuri adat resam tempatan.
British memaksa masyarakat tempatan menerima nilai-
nilai British.
Cth: Di Perak, British melarang amalan gunakan orang
suruhan.

Peristiwa penentangan Penghulu Dol Said di Naning atau
Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu.
Penentangan Dol Said di Naning
British mendakwa Naning sebagai jajahan takluknya
Dol Said enggan menghantar satu persepuluh hasilnya
sebagai ufti kepada British di
Melaka
British menghantar tentera untuk menakluki Naning.
Penghulu Dol Said yang dibantu oleh Penghulu Rembau,
Penghulu Remai, Dato Kelana
Sungai Ujong dan Penghulu Gemencheh berjaya
mengalahkan tentera British
British menyerang Naning sekali lagi.
Penghulu Dol Said tidak dibantu oleh sesiapa pun.
Penghulu Dol said terpaksa menyerah diri dan dibawa ke
Melaka.

Penentang Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu
membantah sistem cukai dan undang-undang tanah
mengetuai penduduk kampung membuka tanah di Kuala
Telemong tanpa menghiraukan peraturan tanah.
Beliau sekali lagi berkumpul dan membuka tanah milik
Tengku Nik Maimunah tetapi dapat disuraikan oleh
British.
Penduduk tempatan melancarkan serangan bersenjata.
Mereka berjaya menduduki bangunan kerajaan di Kuala
Berang.
Dengan menggunakan nama Sultan, British menghantar
pembesar dan Berjaya menawan semula Kuala Berang.
Sepasukan polis menyerang Kuala Telemong dan berjaya
menangkap Haji Abdul Rahman Limbong.
Beliau dibuang negeri ke Makkah.
Penentangan pemimpin tempatan terhadap British adalah
suatu tindakan yang wajar.
Mereka mempertahankan kedaulatan tanah air
Mereka mempertahankan adat resam dan budaya
tempatan
Mempertahankan hak mereka
Mempertahankan kewibawaan
Mempertahankan maruah
Mempertahankan agama

Mengapakah penentangan pemimpin tempatan terhadap
British tidak memperoleh kejayaan ?
Strategi penentangan kurang tersusun
Perpecahan dalam kalangan pengikut
Kelengkapan senjata kurang canggih
Kekurangan sokongan
Perjuangan bersifat setempat

Berikan nama tempat berlakunya peristiwa penentangan
oleh dua tokoh berikut?
Tok Janggut :
Pasir Puteh
Saring
Kelantan

Haji Abdul Rahman Limbong :
Kuala Berang
Terengganu
Kuala Telemong

Apakah sebab mereka melakukan penentangan tersebut?
Tok Janggut
Membantah sistem cukai British
Enggan membayar cukai
Keengganan Pegawai Daerah Pasir Puteh melayan
bantahan oleh Tok Janggut
Arahan polis untuk menangkap Tok Janggut

Haji Abdul Rahman Limbong
Menentang sistem cukai British
Menentang sistem peraturan tanah British
Nyatakan kejayaan perjuangan pada peringkat awal
penentangan mereka.
Tok Janggut
Berjaya menawan Pasir Puteh
Berjaya membentuk kerajaan Pasir Puteh
Menjadi Perdana Menteri Pasir Puteh

Haji Abdul Rahman Limbong
Membersihkan tanah di Kuala Telemong
Membuka tanah milik Nik Maimunah Ibn Sultan Zainal
Abidin III
Berjaya menawan bangunan kerajaan di Kuala Berang

Mengapakah semua penentangan pemimpin tempatan di
Tanah Melayu berakhir dengan kegagalan ?
Penggunaan senjata tradisional
Perancangan tidak rapi

30

Kurang kerjasama daripada pemimpin daerah lain
Salah jangkaan terhadap kekuatan musuh
British membawa masuk bantuan dari luar
British menggunakan nama Sultan
Tindakan tegas daripada British
Mana-mana jawapan munasabah

Cadangkan strategi yang sewajarnya dilakukan oleh
pemimpin tempatan dalam usaha menentang British.
Menggunaan senjata moden
Melakukan perancangan yang teliti
Mengkaji kekuatan dan kelemahan musuh
Mendapatkan kerjasama daripada Sultan/pembesar
daerah lain
Meningkatkan ilmu mengenai peperangan
Mengukuhkan strategi pertahanan
Menggunakan kaedah perundingan
Mana-mana jawapan munasabah

Bagaimanakah anda menanggani setiap cabaran
dihadapi?
Tidak berputus asa
Berani menghadapi risiko
Cekal/tabah
Berfikiran positif
Rasional
Bijaksana
Berilmu
Bertoleransi

AKHBAR, MAJALAH & NOVEL : PENGGERAK
NASIONALISME
Berikan judul akhbar dan majalah berbahasa Melayu
yang diterbitkan pada tahun 1930-an.

(i) Akhbar
Warta Malaya
Lembaga Malaya
Majlis
Utusan Melayu
Warta Negara
Fajar Sarawak

(ii) Majalah
Majalah Guru
Pengasuh
Bulan Melayu

Nyatakan persoalan penting tentang ekonomi dan sosial
yang dibangkitkan dalam akhbar tersebut.
Ekonomi
Menggalakkan orang Melayu menubuhkan syarikat.
Meminta British mengurangkan kemasukan imigran.
Menggalakkan orang Melayu berniaga.
Melarang orang Melayu menjual tanah mereka.
Menyeru orang Melayu berjimat cermat.
Meminta British adakan kampung khas Melayu di KL.

Pendidikan
Memajukan pendidikan tinggi orang Melayu
Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan.
Meninggalkan sikap memilih kerja dan malas.
Menggalakkan tabungan untuk pendidikan anak-anak.
Mementingkan kemahiran tradsional Melayu.
Mementingkan pendidikan bahasa Inggeris
Mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat Melayu

Berikan dua kelebihan akhbar sebagai media untuk
menyedarkan dan memajukan masyarakat.
Harganya lebih murah
Mudah untuk disebarkan
Masyarakat sudah celik huruf
Boleh disampaikan dalam pelbagai gaya
Digemari oleh masyarakat pada masa itu.
Media elektronik belum begitu meluas
Mana-mana jawapan munasabah.

Jelaskan langkah yang boleh dilakukan untuk
memajukan pemikiran masyarakat di negara kita pada
hari ini .
Menggalakkan masyarakat membaca
Menggalakkan masyarakat menimba ilmu pengetahuan
Menganjurkan forum ilmiah untuk meningkatkan
kefahaman masyarakat terhadap sesuatu isu
Mengadakan rapat umum untuk menerangkan sesuatu isu
Meningkatkan kualiti pendidikan

Jelaskan unsur semangat kebangsaan yang menjadi tema
dalam novel Melayu pada ketika itu.
Semangat perjuangan menentang penjajah.
Semangat cinta akan tanah air.
Menghargai sumbangan tokoh-tokoh Kesultanan Melayu
Melaka.
Menghargai warisan bangsa.
Semangat generasi muda menjaga maruah bangsa.
Berbangga dengan kebolehan sendiri.
Kebebasan wanita menentukan hala tuju kehidupannya.
Mementingkan pendidikan untuk kebaikan diri.
Membuang pandangan negatif yang menghalang
kemajuan.

Pada pendapat anda, mengapakah wartawan pada tahun
1930-an lebih gemar menggunakan media cetak untuk
memberi kesedaran kepada masyarakat ?
Harganya lebih murah
Mudah untuk disebarkan
Masyarakat sudah celik huruf
Boleh disampaikan dalam pelbagai gaya
Digemari oleh masyarakat pada masa itu.
Media elektronik belum begitu meluas
Mana-mana jawapan munasabah.

Apakah langkah yang boleh dilaksanakan untuk
memupuk minat membaca dalam
kalangan masyarakat di negara kita ?
Menganjurkan pertandingan membaca

31

Menurunkan harga buku
Menggalakkan penulisan pelbagai karya
Menambahkan bilangan perpustakaan awam dalam
negara
Memberi bantuan baucar buku
Memberi diskaun kepada buku bacaan umum
Memberi pengecualian cukai pendapatan ke atas
pembelian bahan bacaan
Mana-mana jawapan munasabah.

PERJUANGAN NASIONALISME OLEH PERSATUAN
MELAYU
Apakah kejayaan yang dicapai oleh Kesatuan Melayu
Singapura (KMS) dalam perjuangannya.
Orang Melayu dilantik menjadi pegawai dalam
pentadbiran British
Orang Melayu mempunyai wakil dalam Majlis
Perundangan Negeri Selat
British menjaga kebajikan orang Melayu Singapura.
Orang Melayu mendapat kawasan petempatan khas di
Singapura
KMS berjaya menubuhkan cawangannya di Tanah
Melayu.

Tujuan penubuhan Persatuan Sabahat Pena Malaya
(PASPAM)
Menggalakkan ahli berkenal-kenalan.
Menggalakkan ahli bertukar pendapat untuk memajukan
diri dan bangsa
Menggalakkan perpaduan orang Melayu seluruh
Semenanjung Tanah Melayu.

Nyatakan dua tindakan bersifat politik yang dilakukan
oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM) untuk membantu
Jepun menentang British di Tanah Melayu.
Membantu Jepun menghalau British.
Menjadikan KMM sebagai badan propoganda Jepun.
Membeli Warta Malaya untuk dijadikan alat propoganda
Jepun.
Menerbitkan artikel yang bersifat anti-British.
Mengelilingi Tanah Melayu untuk cari sokongan
Menubuhkan cawangan KMM di Maahad Ihya Assyarif,
Gunung Semanggol.
Menubuhkan tentera semut untuk menentang British

Mengapakah kesedaran berpersatuan di negeri Sarawak
dan Sabah tidak menonjol ?
Kesulitan sistem perhubungan
Kekurangan pertubuhan yang aktif
Taraf pendidikan masyarakat masih rendah
Masyarakat terlalu tumpukan kepada kegiatan ekonomi
Kekurangan tokoh yang dapat memimpin persatuan
Masyarakat kurang berminat

Apakah faedah yang diperoleh jika kita bergiat cergas
dalam sesebuah pertubuhan sosial ?
Memupuk perpaduan kaum
Menambahkan pengalaman baru
Dapat menonjolkan bakat kepimpinan
Dapat menyuarakan masalah masyarakat
Merapatkan hubungan persahabatan

Persatuan Melayu yang telah ditubuhkan di Tanah
Melayu
Kesatuan Melayu Singapura
Persatuan Sahabat Pena Malaya / PASPAM
Persatuan Melayu Perak
Persatuan Melayu Selangor
Persatuan Melayu Negeri Sembilan
Persatuan Melayu Pahang
Kesatuan Melayu Muda

Isu yang dibincangkan persatuan ketika itu
Kemunduran orang Melayu dalam pendidikan
Kemunduran orang Melayu dalam ekonomi
Isu bahasa / mendaulatkan bahasa Melayu
Isu sastera
Layanan pilih kasih British kepada anak negeri / orang
Melayu
Perpaduan di kalangan orang Melayu
Kelemahan orang Melayu dalam politik / bela politik bangsa
Kebajikan terhadap orang Melayu
Penempatan orang Melayu di kawasan bandar
Masalah kenegerian

Matlamat perjuangan persatuan Melayu di Sarawak
Mengeratkan perpaduan di kalangan orang Melayu
Menggalakkan pendidikan
Menjaga budaya bangsa
Menjaga maruah bangsa
Menegak/ mempertahankan agama Islam

Usaha Kesatuan Melayu Muda mencapai matlamat
politiknya
Bekerjasama dengan Jepun untuk halau British dari Tanah
Melayu
Jadikan Kesatuan Melayu Muda sebuah badan propaganda
Jepun
Beli Warta Malaya untuk dijadikan alat propaganda anti-
British
Mengelilingi Tanah Melayu untuk mencari sokongan
Tubuh cawangan KMM perluaskan propaganda tentang
Brtish
Tubuh Maahad II Ihya Assyariff di Gunung Semanggol
Perak
Sedia kader-kader dikenali tentera semut utk menentang
British
Minta Jepun beri kemerdekaan kpd TMelayu bersama
Indonesia
Berusaha ke arah tubuhkan Melayu Raya / Indonesia Raya

Mengapakah orang Melayu pada masa itu digalakkan
menubuhkan persatuan.
Menggalakkan kesedaran untuk bersatu padu
Membela kepentingan orang Melayu dalam semua bidang /
politik/ekonomi/sosial

32

Perpaduan untuk menghadapi masalah bersama
Orang Melayu akan menjadi bertambah kuat
Suara orang Melayu akan didengari oleh British
Semangat kenegerian akan diatasi
Orang Melayu tidak mudah ditindas
Mengukuhkan kuasa politik orang Melayu
Kebajikan orang Melayu akan terbela
Memupuk semangat kebangsaan
Usaha awal kearah kemerdekaan

BAB 3 : KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN
BANGSA
KESULTANAN MELAYU MELAKA

Nyatakan ciri sistem politik masyarakat Melayu
tradisional.
Muncul kerajaan kerana adanya raja
Kedudukan raja tertinggi/istimewa
Raja bertanggungjawab memberikan perlindungan politik
kepada rakyat
Raja menjamin keselamatan rakyat
Rakyat menerima/mengakui kekuasaan raja
Kesetiaan rakyat terhadap raja menentukan sempadan
kerajaan/wilayah
Kerajaan yang kuat menakluki/menaungi kerajaan lemah
Negara bermakna kawasan
Kerajaan disebutkan sebagai negeri dan segala jajahan
takluknya

Bagaimanakah kedatangan British teleh mengubah sistem
politik masyarakat Melayu tradisional?
Kerajaan Melayu dirujuk sebagai negeri
British menetapkan sempadan setiap kerajaan
Konsep kerajaan beransur luput/digantikan dengan
konsep negeri
Pembinaan Malayan Union untuk membina negara dan
bangsa yang moden
Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948
Menggabungkan semua negeri Melayu dalam sebuah
pentadbiran pusat

Jelaskan ciri-ciri bangsa Malaysia.
Terdiri daripada masyarakat berbilang kaum
Berlainan bahasa
Berlainan budaya
Berlainan kepercayaan dan pendapat terhadap keduniaan
Dibentuk melalui penggunaan satu bahasa kebangsaan
Pengamalan kebudayaan kebangsaan
Mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam
kehidupan

Sebagai seorang warganegara yang patriotik, cadangkan
cara-cara pembinaan Negara dan bangsa di negara kita
dapat diperkukuhkan.
Semangat patriotik yang tinggi
Memantapkan perpaduan kaum
Mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara sebagai
pedoman dalam kehidupan
Mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
Mengamalkan Kebudayaan Kebangsaan untuk
mengeratkan perpaduan kaum
Mengamalkan semangat toleransi antara kaum

Namakan kerajaan negeri yang diasaskan oleh kerabat
Diraja Melaka.
Kerajaan Johor
Kerajaan Perak
Kerajaan Pahang

Nyatakan perkara penting yang terkandung dalam
Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor.
Keturunan sultan sebagai pewaris takhta
Pengiktirafan orang Melayu sebagai rakyat Johor
Agama Islam sebagai agama negeri

Apakah larangan yang dinyatakan kepada Raja, Menteri
dan Jemaah Pangkuan Negeri
dalam undang-undang Tubuh Kerajaan Johor ini?
Larangan menyerahkan negeri kepada kuasa atau
kerajaan lain

Nyatakan perkara penting yang terdapat dalam Undang-
undang Tubuh Kerajaan Negeri Terengganu.
Mengamalkan sistem monarki
Islam sebagai agama negeri
Pemerintahan dibantu oleh Jemaah Menteri yang taat
setia kepada raja

Pada pendapat anda, mengapakah undang-undang yang
digubal penting kepada
sesebuah negara?
Jaminan kepada pemerintahan beraja.
Mengekalkan kedaulatan negeri

Namakan karya yang mencatatkan peradaban kerajaan
Kesultanan Melayu Melaka dan tokoh yang
menghasilkannya.
Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin
Tun Seri Lanang

Berikan ciri negara dan bangsa dalam Kesultanan Melayu
Melaka.
Wilayah pengaruh
Kedaulatan
Keunggulan undang-undang
Kerajaan
Lambang-lambang
Rakyat

Senaraikan alat kebesaran Diraja yang menjadi simbol
kedaulatan raja memerintah.
Tengkolok diraja
Gendik diraja
Cogan Agama
Kalung diraja
Pending diraja

33

Nyatakan sumber undang-undang yang diguna pakai
pada zaman tersebut
Hukum Kanun Melaka
Undang-undang Laut Melaka

Pada pendapat anda, mengapakah alat-alat kebesaran
Diraja menjadi penting dalam pentadbiran Kerajaan
Melayu Melaka?
Mengukuhkan kedudukan raja berkenaan
Perakuan daripada kerajaan lain terhadap kedaulatan raja
tersebut

Huraikan ciri-ciri negara dan bangsa dalam Kesultanan
Melayu Melaka.
Mempunyai wilayah pengaruh
Wilayah merujuk kepada kawasan tempat tinggal rakyat
Rakyat di kawasan tersebut menerima dan mentaati
pemerintahan beraja
Wilayah itu juga mempunyai sempadan yang diterima
umum
Mempunyai kawasan lingkungan pengaruh yang luas
Meliputi Semenanjung Tanah Melayu/seluruh timur
Sumatera
Mempunyai kedaulatan
Raja mempunyai kekuasaan tertinggi terhadap rakyat
Kekuasaan tersebut tidak boleh dihadkan oleh mana-
mana pihak
Kekuasaan dimiliki oleh negara/pemerintah
Negara/pemerintah berkuasa
menggubal/menguatkuasakan undang-undang
Merujuk kepada raja yang memerintah
Raja/pemerintah mewakili negeri/kawasan pemerintahan
Raja/pemerintah mempunyai kuasa mutlak terhadap
rakyat
Mempunyai lambang-lambang
Merupakan simbol/tanda yang menjadi identiti sesebuah
negara
Lambang Kesultanan Melayu Melaka/kebesaran raja
dilambangkan dengan alat
regalia/nobat/warna/bahasa/undang-undang/protokol/adat
istiadat istana
Keunggulan undang-undang
Undang-undang berperanan mengawal
masyarakat/memelihara keamanan/melindungi rakyat
Mempunyai dua sumber undang-undang bertulis
Hukum Kanun Melaka/Undang-undang Laut Melaka
Undang-undang bertulis ini mempunyai ciri hukum adat
tempatan dan agama Islam
Mempunyai rakyat
Rakyat merujuk kepada penduduk yang mendiami di
suatu kawasan
Rakyat terikat dengan undang-undang dan peraturan
Rakyat mentaati raja yang memerintah

Jelaskan warisan Kesultanan Melayu Melaka dalam
sistem pemerintahan di negeri Johor, Perak dan Pahang
yang masih kekal sehingga kini.
Pemerintahan menggunakan gelaran sultan
Sultan sebagai ketua negeri
Sistem pewarisan takhta
Adat istiadat Melayu/pertabalan/pemakaman
Agama Islam sebagai agama negeri
Bahasa Melayu
Undang-undang tubuh negeri
Mengamalkan sistem Pembesar Empat Lipatan
Kerajaan Johor, Perak dan Pahang diasaskan oleh kerabat
diraja Melaka
Alat kebesaran /lambang kebesaran
Kosep daulat
Penggunaan warna
Protokol
Bahasa istana/bahasa dalam
Gelaran pembesar

Seandainya keamanan negara tergugat oleh anasir yang
tidak bertanggungjawab.
Kemukakan cadangan anda kepada pemimpin negara
tindakan yang harus diambil oleh kerajaan dalam
mengatasi cabaran tersebut.
Mengambil tindakan tegas undang-undang
Menyatukan rakyat semua lapisan masyarakat
Menjelaskan kepentingan keamanan dalam kalangan
rakyat
Memantapkan perpaduan antara kaum
Mempertingkatkan kerjasama antara kerajaan dengan
rakyat
Memperkukuhkan semangat kemasyarakatan
Mempergiat konsep 1 Malaysia
Memperbanyakkan pasukan sukarelawan
Mempergiat kempen semangat cinta akan negara
Memantapkan aktiviti Rukun Negara
Meluaskan aspek keamanan dan keselamatan dalam
Program Khidmat Negara

BAB 4 - PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA
MALAYSIA
MALAYAN UNION
Bekas pegawai tinggi British yang pernah berkhidmat di
TanahMelayu yang menolak gagasan Malayan Union?
Sir Frank Swettenham
Sir R.O. Winstedt
Sir George Maxwell
Sir Cecil Clementhi Smith

Tindakan[AMCJA] dan Pusat Tenaga Rakyat [PUTERA]
dalam menghadapi British dan UMNO.
Mengadakan ceramah politik
Demonstrasi
Mogok
Mencadangkan Perlembagaan Rakyat

Nyatakan perkara yang dijelaskan melalui Persekutuan
Tanah Melayu 1948.
Syarat kerakyatan diperketatkan
Ketuanan Melayu dikekalkan

34

Institusi raja Melayu dikekalkan dan bidang kuasanya
dijelaskan dalam pentadbiran

Apakah faktor yang mendorong British membatalkan
Malayan Union?
Tentangan hebat daripada orang Melayu
Mengambil kira pandangan daripada pelbagai pihak

Apakah nilai yang diperoleh hasil daripada pembatalan
Malayan Union?
Harus bersatu menentang penjajah
Perpaduan kaum sangat penting untuk kemerdekaan

Mengapakah penentangan terhadap Malayan Union
merupakan suatu tindakan yang wajar ?
Mempertahankan negara dan bangsa yang dibina sejak
Kesultanan Melayu Melaka.
Menentang pembentukan bangsa Malayan Union
Mempertahankan status quo orang Melayu
Menentang pelaksanaan kerakyatan secara jus soli
Mempertahankan kedudukan Raja-Raja Melayu
Menghalang penguasaan British terhadap ekonomi TM
Mengekalkan kuasa politik orang Melayu

Langkah-langkah ke arah penentangan Malayan Union
oleh orang Melayu.
Peranan akhbar
Penentangan melalui akhbar seperti Utusan Melayu,
Majlis dan Warta Negara
Demonstrasi
Demonstrasi terhadap Sir MacMicheal yang ditugaskan
mendapatkan persetujuan Rajaraja
Melayu
Persatuan
Penentangan melalui persatuan-persatuan Melayu
Bantahan melalui surat dan telegram
Persatuan-persatuan Melayu menghantar surat dan
telegram bantahan kepada Pejabat Tanah Jajahan
Mengadakan kongres
Menganjurkan kongres-kongres Melayu
Menubuhkan UMNO
Bantahan terhadap pengisytiharan Malayan Union 1
April1946
Rapat umum
Mengadakan rapat umum secara aman
Raja-raja Melayu berkumpul di Kuala Kangsar untuk
bantahan

Jelaskan kesan pengenalan Malayan Union terhadap
politik di Tanah Melayu.
Perubahan status
Perubahan status Tanah Melayu daripada negeri naungan
kepada Jajahan
Kehilangan kuasa
Kehilangan kuasa raja-raja Melayu
Kedudukan orang Melayu
Kedudukan orang Melayu kedududkan orang Melayu
akan setara dengan orang dagang
Penyatuan politik
Penyatuan politik seluruh Tanah Melayu buat kali
pertama
Status quo tergugat
Orang Melayu bersatu untuk mempertahankan status quo
mereka
Perpaduan kebangsaan
Perpaduan kebangsaan melampui sempadan negeri
Penubuhan UMNO
Penubuhan UMNO untuk mempertahankan hak
Semangat kebangsaan
Menyemarakkan gerakan semangat kebangsaan

Pada pendapat anda, mengapakah golongan orang
dagang dan imigran menyokong Malayan Union.
Mendapat taraf warganegara
Peluang ekonomi
Peluang untuk meningkatkan taraf ekonomi
Kesetian
Tumpukan taat setia kepada negara
Peluang sebagai pentadbir
mana-mana jawapan munasabah

Apakah pengajaran yang dapat dipelajari daripada
kejayaan orang Melayu dalam menentang Malayan
Union.
Perpaduan jitu bangsa dalam mempertahankan status quo
mereka
Menjalin kerjasama antara pemimpin dab rakyat
Sikap tegas dalam perjuangan
Pemimpin berwibawa membawa kejayaan
Mengamalkan sikap sederhana dalam sesuatu perjuangan
Mengutamakan rundingan / dplomasi dalam
menyelesaikan masalah
Menggembelingkan tenaga semua golongan lapisan
masyarakat dalam perjuangan
Berani / gigih dalam menghadapi cabaran / ancaman luar
Mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara
Kepentingan penubuhan organisasi kebangsaan bagi
memperjuangkan kepentingan bangsa dan negara

PERGERAKAN POLITIK DI SARAWAK DAN
SABAH
Apakah sebab Vyner Brooke bertindak menyerahkan
Sarawak kepada kerajaan British ?
Beliau telah tua / uzur
Beliau tiada waris yang akan menggantinya.
Anak saudaranya, Anthony Brooke tidak layak mentadbir
Mana-mana jawapan munasabah

Mengapakah pemimpin tempatan di Sarawak menentang
penyerahan Sarawak kepada kerajaan British ?
Bercanggah dengan Perlembagaan 1941
Brooke tidak berunding dengan pemimpin tempatan
Hanya disokong bukan bumiputera dan pegawai British.
Mana-mana jawapan munasabah

35

Nyatakan tindakan penduduk Sarawak menentang
penyerahan Sarawak kepada kerajaan British.
Persatuan menentang penyerahan Sarawak secara
terbuka.
Kaum Ibu dalam PKMS berdemonstrasi dan menghantar
surat bantahan kepada kerajaan British.
Kakitangan kerajaan menentang secara terbuka.
Seramai 338 kakitangan awam meletak jawatan sebagai
tanda bantahan terhadap Surat Pekeliling kerajaan
British.
Kaum terpelajar dan orang muda Sarawak mengadakan
pakatan sulit.
Mereka menubuhkan Rukun Tiga Belas untuk
menghadapi tekanan British.
Rosli Dhobi telah membunuh Gabenor
Sarawak, Duncan Stewart.

Berikan dua alasan, mengapakah anda menyokong
penentangan penduduk Sarawak ?
Menghalang Sarawak dijadikan tanah jajahan British
Untuk memerintah sendiri
Vyner Brooke tidak berpegang kepada jajanji
Mempertahankan kedaulatan negeri Sarawak
Menunjukkan perpaduan rakyat Sarawak
Mempertahankan maruah rakyat Sarawak
Mana-mana jawapan munasabah

Pada pandangan anda, mengapakah kesedaran politik di
Sabah amat perlahan berbanding di Sarawak ?
Pertubuhan yang ada berpecah belah
Gerakan politik tidak berkesan
Pertubuhan yang ditubuhkan ialah pertubuhan
sosioekonomi.
Gerakan pertubuhan bersifat sederhana.
Sistem perhubungan kurang baik
Kesedaran berpersatuan dalam kalangan masyarakat
masih rendah
Masyarakat tertutup
Mana-mana jawapan munasabah

SISTEM AHLI
Apakah Sistem Ahli ?
Sistem pentadbiran yang diperkenalkan oleh pihak
British di Tanah Melayu.
Sistem pentadbiran yang ditiru daripada negara Kenya
dan Rhodesia Utara.
Sistem yang diperkenalkan oleh British untuk melatih
penduduk tempatan menerajui pentadbiran.

Mengapakah British memperkenalkan Sistem Ahli ?
Melatih penduduk tempatan menerajui pentadbiran.
Hasrat British menjalankan dasar dekolonisasi
Mengurangkan tekanan Parti Komunis Malaya (PKM)
Mana-mana jawapan munasabah

Senaraikan tokoh yang menjadi anggota Sistem Ahli pada
peringkat awal pelaksanaannya.
Dato Onn Jaafar Ahli Dalam Negeri
O.A. Spencer Ahli Ekonomi
Tunku Yaakob Ahli Pertanian & Perhutanan
Dr. Lee Tiang Keng Ahli Kesihatan
E.E.C. Thuraisingam Ahli Pelajaran
J.D. Hodgkinson Ahli Perindustrian &Sosial
J.D. Mead Ahli Perumahan & Kerja Raya

Nyatakan dua tugas Ahli.
Menjaga satu portfolio dan jabatan
Menguruskan pentadbiran harian jabatan.
Mencadangkan undang-undang jabatannya untuk
dibentangkan dalam Majlis Perundangan Persekutuan
(MPP).
Berbincang dengan pegawai kanan British tentang
cadangan undang-undang.
Menerima arahan dan cadangan Pesuruhjaya Tinggi
British dalam menyediakan undang-undang.
Pada pandangan anda, mengapakah pelaksanaan Sistem
Ahli mendatangkan kesan yang baik kepada pentadbiran
negara ?
Sistem Ahli melatih orang tempatan berkerajaan sendiri.
Sistem ini memulakan proses perpaduan kaum
Ia menjadi asas yang menentukan kemerdekaan yang
akan dicapai mendapat sokongan seluruh penduduk
Pendedahan kepada penduduk tempatan menerajui
kerajaan walaupun dikuasai oleh British
Mana-mana jawapan munasabah

Jelaskan ciri Sistem Ahli yang diperkenalkan oleh British.
Ahli terdiri daripada pegawai tadbir dan tokoh
masyarakat.
Ahli dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan
persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu.
Ahli terdiri daripada sembilan orang anggota.
Ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi
British.

Terangkan tugas Ahli dalam sistem tersebut.
Menjaga satu portfolio dan jabatan
Menguruskan pentadbiran harian jabatan.
Mencadangkan undang-undang jabatannya untuk
dibentangkan dalam Majlis Perundangan Persekutuan
(MPP).
Berbincang dengan pegawai kanan British tentang
cadangan undang-undang.
Menerima arahan dan cadangan Pesuruhjaya Tinggi
British dalam menyediakan undang-undang.



36

Mengapakah pelaksanaan Sistem Ahli dapat memupuk
perpaduan kaum di Persekutuan Tanah Melayu pada
ketika itu ?
Melatih penduduk tempatan dan kaum lain menerajui
pemerintahan Tanah Melayu.
Ahli yang dilantik terdiri daripada pelbagai kaum.
Semua kaum dapat berbincang untuk membuat keputusan
terbaik dalam pentadbiran.
Pelaksanaan Sistem Ahli dipantau oleh British.
Pentadbiran Sistem Ahli berasaskan prinsip pakatan
murni.
Setiap kaum menghormati kaum lain dalam
melaksanakan pentadbiran
Sistem Ahli bertujuan untuk mensejahterakan semua
kaum.
Sistem Ahli menjaga kebajikan semua kaum.
Mana-mana jawapan munasabah

Apakah kebaikan yang boleh dinikmati oleh penduduk
Persekutuan Tanah Melayu melalui pelaksanaan Sistem
Ahli ?
Dapat menerajui sendiri pemerintahan Tanah Melayu.
Mendapat latihan untuk mentadbir Tanah Melayu.
Dapat mewujudkan perpaduan kaum.
Dapat menyelesaikan masalah tuntutan kaum berasaskan
prinsip pakatan murni.
Meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat di Tanah
Melayu.
Dapat membuat persediaan ke arah mencapai
kemerdekaan.
Mendapat bimbingan daripada British dalam urusan
pentadbiran
Dapat mempraktikkan amalan bertolak ansur dalam
melaksanakan pentadbiran.
Mana-mana jawapan munasabah

Mengapakah negara kita memerlukan pemimpin yang
berwibawa dan berwawasan ?
Dapat mengurus negara dengan baik
Negara menjadi aman dan tenteram
Dapat mempercepat kemajuan Negara
Dihormati oleh negara lain
Dapat menarik pelabur asing
Dapat merancang dan merangka pembangunan negara
Dapat membuat hubungan baik dengan negara lain
Diyakini oleh rakyat dan negara lain

Apakah persediaan yang perlu anda lakukan untuk
menjadi pemimpin negara pada masa depan ?
Belajar bersungguh-sungguh
Menguasai teknologi baharu
Menguasai ilmu teknologi maklumat
Menguasai bahasa Inggeris
Berakhlak mulia
Menjauhkan diri daripada budaya tidak baik
Elakkan terjebak dengan najis dadah
Mengamalkan gaya hidup sihat

Sejauhmanakah Sistem Ahli menyumbang ke arah usaha
berkerajaan sendiri di Tanah Melayu
Sistem Ahli melatih orang tempatan berkerajaan sendiri
Sistem ini memulakan proses perpaduan kaum
Ia menjadi asas yang menentukan kemerdekaan yang
akan dicapai mendapat sokongan
penduduk tempatan
Pendedahan kepada penduduk tempatan menerajui
kerajaan walaupun dikuasai oleh
British

PAKATAN MURNI
Apakah yang dimaksudkan dengan pakatan murni ?
Pakatan murni merupakan usaha semua kaum
menghasilkan kerjasama politik melalui rundingan.
Pakatan murni merupakan jalan untuk menyelesaikan
tuntutan dan masalah setiap kaum.
Pakatan murni bertujuan menyatupadukan kaum.

Sebutkan dua kaum yang menganggotai Jawatankuasa
Hubungan Antara Kaum (JHAK).
Melayu
Cina
India
Sri Lanka
Serani
Eropah

Senaraikan perkara yang dipersetujui dalam rundingan
antara Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
dengan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (JHAK).
Menubuhkan Lembaga Pembangunan Industri Desa
(RIDA)
Memajukan ekonomi dan pendidikan luar bandar.
Melantik Dato Onn Jaafar menjadi Pengerusi RIDA
Memberikan Kerakyatan Negeri 1951 kepada imigran
yang lahir di Persekutuan Tanah Melayu dengan syarat
ibu atau bapanya rakyat Tanah Melayu
Pilihan raya di semua peringkat akan diadakan pada masa
yang sesuai.

Mengapakah hasrat Dato Onn Jaafar untuk membuka
keahlian UMNO kepada kaum bukan Melayu ditentang
oleh orang Melayu ?
Menggunakan konsep kerjasama kaum dalam sebuah
parti.
Semua kaum bekerjasama mencapai kemerdekaan.
Perubahan politik di Tanah Melayu pada ketika itu.
Orang Melayu tidak lagi rakyat tunggal negara ini.
Orang bukan Melayu turut menjadi rakyat Persekutuan
Tanah Melayu.



37

Apakah sumbangan Dato Onn Jaafar dalam
mewujudkan pakatan murni di negara kita ?
Mewakili orang Melayu dalam Jawatankuasa Hubungan
Antara Kaum (JHAK).
Menjadikan perpaduan kaum sebagai asas kemerdekaan
yang akan dicapai.
Menjadi Pengerusi pertama RIDA
Mencadangkan supaya keahlian UMNO dibuka kepada
orang bukan Melayu.
Menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP)
Membuka IMP kepada semua kaum.
Menggunakan konsep kerjasama kaum sebagai dasar
IMP.

Usaha yang dilakukan oleh penduduk Tanah Melayu
untuk mengadakan pakatan murni.
Membentuk Jawatankuasa Hubungan Antara
kaum (JHAK)
JHAK dianggotai oleh kaum Melayu, Cina dan India..
JHAK mengutamakan perpaduan untuk kemerdekaan
JHAK mengadakan rundingan dengan UMNO.
Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA)
ditubuhkan untuk memajukan masyarakat luar
bandar,
pemberian kerakyatan kepada imigran,dan pelaksanaan
pilihan raya pada masa sesuai.
Dato Onn Jaafar mencadangkan keahlian UMNO dibuka
kepada orang bukan Melayu.
Beliau dikecam kerana orang Melayu.
Dato Onn meninggalkan UMNO.
Dato Onn menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya
(IMP).
Beliau membuka keahlian IMP kepada semua kaum.
Konsep kerjasama kaum dalam satu parti diutamakan
Pihak British menganjurkan Persidangan Kebangsaan.
Ditubuhkan oleh Sir Malcolm MacDonald.
Tujuannya ialah mencapai kerjasama politik dan
mengurangkan perkauman.
Tunku Abdul Rahman menganjurkan Konvensyen
Kebangsaan
Konvensyen dianjurkan bersama MCA.
Konvensyen ini disertai oleh pelbagai parti politik.

Kejayaan Parti Perikatan dalam melaksanakan Pakatan
Murni.
Kerjasama UMNO-MCA telah memenangi Pilihan Raya
Majlis Perbandaran Kuala Lumpur 1952.
Gabungan UMNO-MCA memenangi Pilihan Raya Majlis
Perbandaran di beberapa bandar utama.
Parti Perikatan memenangi Pilihan Raya Negeri 1954.
Kerjasama UMNO-MCA menjadi asas penubuhan Parti
PERIKATAN.
PERIKATAN turut dianggotai oleh MIC pada 1955.
Pemimpin Parti Negara, UMNO, MCA dan MIC
menganggotai Jawatankuasa Pilihan Raya Majlis
Mesyuarat Perundangan.
PERIKATAN memenangi Pilihan Raya Majlis
Perundangan Persekutuan 1955.
PERIKATAN berjaya menubuhkan kerajaan dan
membentuk kabinet
Tunku Abdul Rahman dipilih menjadi Ketua Menteri.
Tunku melantik anggota kabinet daripada pelbagai kaum.
Tunku Abdul Rahman mengetuai rundingan
kemerdekaan.

Sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat
berbilang kaum, mengapakah kita perlu menghormati
prinsip pakatan murni ?
Mewujudkan kestabilan politik
Menjamin kebajikan kepada semua kaum
Membahagikan hak yang adil antara kaum
Memupuk perpaduan kaum
Menjamin keamanan negara
Meningkatkan kemakmuran negara
Menggalakkan perkembangan ekonomi
Mana-mana jawapan munasabah

Apakah yang mungkin terjadi jika masyarakat di negara
kita mengabaikan prinsip pakatan murni?
Keadaan politik dalam negara tidak stabil
Hubungan tegang antara kaum
Semangat perkauman semakin menebal
Tidak wujud perpaduan kaum
Berlaku perbalahan kaum
Perkembangan ekonomi terbantut
Kuasa besar mencampuri urusan negara kita
Mana-mana jawapan munasabah

SURUHANJAYA REID
Apakah Suruhanjaya Reid ?
Sebuah suruhanjaya yang dibentuk oleh
pihak British pada bulan Mac 1956.
Suruhanjaya ini diketuai oleh Lord Reid dan dianggotai
oleh empat orang pakar undang-undang yang lain.
Suruhanjaya ini ditugaskan untuk membincangkan dan
menyusun perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
yang akan merdeka.

Senaraikan anggota Suruhanjaya Reid.
Lord Reid (Hakim British)
Sir Ivor Jennings (England)
Sir William McKell (Bekas Gabenor Jeneral Australia)
Tuan B. Malik (Hakim Mahkamah Tinggi India)
Tuan Abdul Hamid (Pakistan

Berikan perkara yang diberikan keutamaan
oleh Suruhanjaya Reid dalam melaksanakan tugasnya.
Pembentukan kerajaan persekutuan yang kuat
Pemberian kuasa autonomi kepada negeri dalam bidang
tertentu.
Kedudukan Raja-Raja Melayu
Hak istimewa orang Melayu
Pewujudan satu bangsa Persekutuan Tanah Melayu

38

Pemberian kerakyatan kepada imigran
Agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu
Bahasa kebangsaan

Suruhanjaya Reid memberikan sumbangan penting
terhadap kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada
tahun 1957
Merangka dan menyusun perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu
Mengkaji isu-isu penting dalam merangka perlembagaan.
Mengekalkan sistem beraja di Persekutuan Tanah
Melayu.
Menjadikan Tanah Melayu sebagai negara merdeka.
Berjaya mewujudkan bangsa Tanah Melayu yang
berbilang kaum
Mengiktiraf hak istimewa orang Melayu
dan Bumiputera.
Menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi bagi
Persekutuan Tanah Melayu

Terangkan peranan Suruhanjaya Reid dalam merangka
perlembagaan tersebut.
Suruhanjaya Reid merangka perlembagaan bagi
Persekutuan Tanah Melayu.
Suruhanjaya ini membincangkan kandungan
perlembagaan.
Suruhanjaya ini juga menyusun kandungannya.
Mengkaji isu-isu penting dalam merangka perlembagaan.
Isu yang diutamakan dalam merangka perlembagaan
ialah pembentukan sebuah persekutuan yang kuat,
pemberian kuasa autonomi kepada negeri, kedudukan
Raja-Raja Melayu, hak istimewa orang Melayu dan
pewujudan satu bangsa Persekutuan Tanah Melayu.
Suruhanjaya Reid menerima memorandum.
Memorandum diterima daripada orang perseorangan dan
pertubuhan politik.
Cadangan Parti Perikatan diberi perhatian utama.
Suruhanjaya Reid menerbitkan cadangan perlembagaan.
Cadangan itu dihantar kepada Parlimen British.
Suruhanjaya Reid menghantar cadangan itu kepada
Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan Tanah
Melayu untuk disahkan.
Cadangan tersebut disahkan pada 17 Ogos 1957.

Kandungan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
Sebuah kerajaan Persekutuan dibentuk
Kuasa Persekutuan dipisahkan dengan kuasa negeri
melalui senarai Persekutuan dan Senarai Negeri
Institusi Raja jadi Raja berperlembagaan di peringkat
negerinegara
Tiga jenis kerakyatan diwujudkan
Kerakyatan:kuatkuasa undang-undangpermohonan naturalisasi
Kerakyatan berasaskan prinsip Jus Soli diterima
Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan
Agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
Tanah Simpanan Melayu dikekalkan
Yang Di-pertuan Agong sebagai ketua negara
Pentadbiran negara bersifat demokrasi berparlimen
Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiran negeri
Menteri Besar dibantu oleh Dewan Undangan Negeri
dan Exco

Kepentingan perjanjian PTM 1957
Membentuk sebuah kerajaan demokrasi
Membentuk kerajaan berkonsep Raja Berperlembagaan
Mewujudkan perpaduan antara kaum
Keharmonian kaum dapat dicapai tanpa pertumpahan darah
Menjadi sebuah negara yang bebas merdeka dan berdaulat
Hak mutlak penduduk tempatan tadbir negara ikut acuan sendiri
Lahirkan identiti masyarakat merdeka tanpa mengira warna
kulit, agama, bahasa dan bangsa
Memelihara warisan kaum peribumi
Mengiktiraf hak kaum-kaum lain
Mewujudkan keadilan sosial dalam masyarakat
Memastikan kedudukan agama Islam terpelihara
Memastikan hak keistimewaan orang Melayu terpelihara
Membolehkan semua rakyat menikmati kekayaan negara

Mengapakah kita mesti menghargai kemerdekaan
yang telah kita capai selama ini ?
Negara kita bebas daripada belenggu penjajahan
Mewujudkan keamanan dan kestabilan negara
Membentuk masyarakat yang bersatu-padu
Menegakkan maruah bangsa dan kedaulatan negara
Mewujudkan kestabilan politik,ekonomi dan sosial
Berusaha melahirkan warganegara yang patriotik
Menjadi negara berdaulat

Bagaimanakah anda dapat mengisi kemerdekaan
negara kita?
Berusaha sehingga mencapai kejayaan
Bertolak ansur dalam politik
Mewujudkan kerjasama
Bermusyawarah untuk mencapai kata sepakat
Sanggup berkorban demi kebaikan bersama
Menjaga kedaulatan negara
Merealisasikan dasar-dasar kerajaan
Menjaga nama baik negara
Mempromosikan Malaysia di luar negara
Menjayakan konsep 1Malaysia
Perlembagaan Malaysia yang baru harus berasaskan
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
Sarawak dan Sabah diberikan kuasa menentukan dasar
imigresen
Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan
Jaminan terhadap hak & kedudukan bumiputera
Sarawak & Sabah.
Pemberian nama Malaysia bagi negara baru yang dibentuk
Penentuan tarikh penubuhan Malaysia

39


Cadangkan cara untuk menyemarakkan sambutan
kemerdekaan negara.
Mengadakan kempen kesedaran sambutan kemerdekaan
Melancarkan bulan kemerdekaan secara besar-besaran di
seluruh negara/negeri
Memperkasa peranan menyeluruh agensi kerajaan dan
badan bukan kerajaan/NGO
Mengagihkan jalur gemilang secara percuma
Menghias bangunan mengikut tema hari kemerdekaan
Mengibarkan jalur gemilang di premis-premis kerajan/
bukan kerajaan/kawasan perumahan/institusi pendidikan/
pengangkutan awam/ lapangan terbang
Mengadakan pelbagai pertandingan berkaitan sambutan
kemerdekaan negara
Menganjurkan konvoi kembara 1 Malaysia /jelajah
kemerdekaan ke seluruh negara
Menayangkan dokumentari/ filem/ drama/ program-
program menarik berkaitan kemerdekaan
Mengadakan forum/ceramah yang melibatkan tokoh-
tokoh kemerdekaan
Mengadakan perarakan kemerdekaan yang melibatkan
semua lapisan masyarakat
Melaksanakan pelbagai aktiviti dan program
kemasyarakatan/ gotong-royong/ sukan dengan
melibatkan semua kaum
Mengadakan pameran-pameran yang berkaitan dengan
kemerdekaan negara

Apakah faktor yang membantu kejayaan sesebuah
pertubuhan Seperti Suruhanjaya Reid?
kestabilan politik
sistem pemerintahan yang kuat dan adil
pemimpin berwibawa dan dinamis
bersifat kreatif dan inovatif
sentiasa berusaha membaiki dan meningkatkan
kehidupan
perkembangan pemikiran dan kemahian
saling bekerjasama
perpaduan kaum/tolak ansur antara kaum

Pada pendapat anda, bagaimanakah kedaulatan sesebuah
negara dapat dikekalkan?
mempunyai pemimpin yang berwibawa
perkuatkan angkatan tentera
mengadakan hubungan diplomatik dengan semua negara
kukuhkan perpaduan kaum
rakyat mesti patriotik
keadilan/keamanan/keharmonian diutamakan

BAB 7 : SISTEM PENTADIRAN DAN
PEMERINTAHAN NEGARA MALAYSIA
Peranan Suruhanjaya Pilihan Raya
Mengendalikan pilihan raya umum/ pilihan raya kecil
Menjamin pilihanraya adil
Jamin pilihanraya bebas tanpa tekanan parti pemerintah /
pembangkang
Menentukan sempadan bahagian-bahagian pilihan raya
Menjalankan pendaftaran pemilih

Syarat untuk menjadi calon dalam pilihan raya.
Warganegara Malaysia Berumur 21 tahun
Bermastautin di Malaysia
Sempurna akal Bukan orang yang mufflis
Tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan awam
Tidak disabitkan dengan sesuatu kesalahan oleh mahkamah
Calon boleh bertanding atas nama parti/ calon bebas
Calon kemuka kertas penamaan calon pada hari penamaan
calon

Berikan dua keadaan yang menyebabkan seseorang itu
tidak layak menjadi calon untuk bertanding dalam
pilihan raya.
Bukan warganegara Malaysia
Berumur kurang daripada 21 tahun
Tidak bermastautin di Malaysia
Tidak sempurna akal
Muflis
Masih memegang jawatan dalam perkhidmatan awam
Pernah didenda lebih daripada RM 2 000.00
Pernah dipenjara lebih daripada 12 bulan
Membuat akuan taat setia kepada negara luar.

Kelayakan untuk menjadi seorang pengundi dalam
pilihanraya
Mendaftar nama dalam Senarai Daftar Pemilih
Berumur 21 tahun
Bermastautin di Malaysia / tidak bermastautin
Tinggal di mana-mana kawasan dalam pilihan raya Dewan
Rakyat / Dewan Undangan Negeri
Boleh mengundi dalam sebuah kawasan pilihan raya sahaja
Anggota pasukan keselamatan, pelajar di luar negara dan
pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara mengundi
melalui pos asalkan berdaftar sebagai pengundi

Pilihan raya merupakan ciri penting sistem demokrasi di
Malaysia. Jelaskan proses pilihan raya diamalkan di
Malaysia.
Pilihan raya dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya
Pemilihan dilakukan secara sulit dengan menggunakan
prosedur yang telus dan teratur
Pengiraan undi dibuat secara terbuka
Keputusan pengiraan undi direkodkan
Calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang
Sistem ini dikenali sebagai sistem majoriti mudah
Suruhanjaya Pilihan Raya menentukan kawasan /
sempadan bahagian-bahagian pilihanraya
SPR menjalankan pendaftaran pemilih
SPR menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian
Penamaan calon dilakukan oleh parti yang ingin
bertanding / calon yang ingin bertanding
Parti yang bertanding menyediakan manifesto
Parti yang bertanding melancarkan kempen pilihan raya
SPR memgumumkan tempat pengundian

40

SPR mengumumkan tempat pengiraan undi
Pengundi diberikan kertas undi di tempat pembuangan
undi
Pembuangan undi / pengundi akan memangkah akan
memangkah calon pilihannya pada kertas undi dan
memasukkannya dalam peti undi
Pegawai SPR melakukan pengiraan undi di tempat
pengiraan undi
Pegawai SPR mengumumkan keputusan pilihan raya
Pilihan raya umum dilakukan oleh SPR untuk memilih
ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri
Pilihan raya kecil diadakan oleh SPR bagi mengisi
kekosongan di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan
Negeri

Apakah kepentingan pilihan raya di Malaysia?
Menepati ciri penting sistem pemerintahan Demokrasi
Berparlimen
Diadakan untuk memilih wakil rakyat
Ahli Dewan rakyat atau Dewan Undangan Negeri
Pilihan raya kecil di adakan apabila berlaku kekosongan
kerusi di mana- mana kawasan
Parlimen atau Dewan Undangan Negeri
Kokosongan berlaku mungkin disebabkan kematian,
perletakan jawatan atau perlucutan jawatan
Menentukan bentuk kerajaan dan corak pemerintahan
demokrasi melalui pilihan raya
Tanggungjawab warganegara mengambil tahu
perkembangan politik semasa
Melibatkan rakyat dalam proses memilih pemimpin
Menjamin kerajaan yang cekap

Mengapakah setiap warganegara harus melibatkan diri
dalam proses pilihan raya ?
Melibatkan diri dalam pemerintahan negara
Mengekalkan amalan demokrasi
Memilih kerajaan yang berwibawa
Memilih wakil rakyat yang berkebolehan
Menjamin pemerintahan yang adil
Memastikan pentadbiran berjalan lancar

Cara untuk memastikan pilihanraya di negara kita
berjalan lancar dan terus relevan pada masa akan datang
Kempen-kempen berbaur perkauman diharamkan
Semua pihak harus menghormati keputusan pilihanraya
Semua calon memiliki kelulusan akademik sekurang-
kurang Ijazah Sarjana Muda
Parti-parti berasaskan kaum dikurangkan
Tindakan tegas kepadap pihak yang menaburkan fitnah
semasa kempen
Kempen memburukan peribadi calon lawan tidak
dibenarkan
Debat terbuka di dalam televisyen/media cetak
Semua calon pilihanraya disaring oleh SPRM dan Polis


Apakah tanggungjawab anda dalam negara demokrasi
berparlimen di negara kita?
Menjalin pemuafakatan dengan kerajaan
Mendaftar sebagai pengundi
Keluar mengundi
Berganding bahu bantu dan sokong kerajaan kekalkan
keharmonian
Bekerjasama dengan semua kaum
Sedia bekorban demi tanah air
Cintai negara
Perasaan bangga akan Negara

PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Apakah Perlembagaan Malaysia ?
undang-undang tertinggi negara yang menjadi asas
pembentukan sesebuah kerajaan.
dokumen rasmi negara yang menjadi garis panduan
sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.
mengandungi peraturan-peraturan dan prinsip yang
menjadi panduan kepada kerajaan untuk mentadbir
negara.
Perlembagaan menjamin kerajaan menunaikan
tanggungjawab kepada rakyat.

Nyatakan peruntukan yang terkandung dalam
Perlembagaan Malaysia.
Senarai Kerajaan Persekutuan, Senarai
Kerajaan Negeri dan Senarai Bersama.
Institusi Yang Dipertuan Agong
Parlimen
Jemaah Menteri
Badan Kehakiman

Senaraikan perkara dalam Perlembagaan Malaysia yang
tidak boleh dipersoalkan.
Pemerintahan beraja
Agama Islam
Kedudukan Bahasa Melayu
Hak istimewa orang Melayu / Bumiputera

Mengapakah perkara tersebut tidak boleh dipersoalkan ?
Menghormati ketuanan Melayu
Memelihara martabat Raja-Raja Melayu
Menjaga keharmonian kaum
Menjamin hak asasi penduduk
Mengelakkan perkara sensitif dibincangkan kepada
umum
Mengiktiraf hak orang Melayu dan Bumiputera sebagai
penduduk asal Tanah Melayu
Mana-mana jawapan munasabah

Mengapakah Perlembagaan Malaysia perlu
dipertahankan.
Perlembagaan adalah undang-undang yang tertinggi.

41

Menjaga keharmonian kaum
Melicinkan pentadbiran negara
Membentuk identiti negara
Melindungi hak istimewa orang Melayu
Memelihara kedaulatan institusi beraja

Apakah Perlembagaan Malaysia ?
Perlembagaan ialah undang-undang tertinggi negara yang
menjadi asas pembentukan sesebuah kerajaan.
Perlembagaan ialah dokumen rasmi negara yang menjadi
garis panduan sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen.
Perlembagaan mengandungi peraturan-peraturan dan
prinsip yang menjadi panduan kepada kerajaan untuk
mentadbir negara.
Perlembagaan menjamin kerajaan menunaikan
tanggungjawab kepada rakyat.

Nyatakan peruntukan yang terkandung dalam
Perlembagaan Malaysia.
Senarai Kerajaan Persekutuan, Senarai Kerajaan Negeri
dan Senarai Bersama.
Institusi Yang Dipertuan Agong
Parlimen
Jemaah Menteri
Badan Kehakiman

Senaraikan perkara dalam Perlembagaan Malaysia yang
tidak boleh dipersoalkan.
Pemerintahan beraja
Agama Islam
Kedudukan Bahasa Melayu
Hak istimewa orang Melayu / Bumiputera

Mengapakah perkara tersebut tidak boleh dipersoalkan ?
Menghormati ketuanan Melayu
Memelihara martabat Raja-Raja Melayu
Menjaga keharmonian kaum
Menjamin hak asasi penduduk
Mengelakkan perkara sensitif dibincangkan kepada
umum
Mengiktiraf hak orang Melayu dan Bumiputera sebagai
penduduk asal Tanah Melayu
Mana-mana jawapan munasabah

Pada pandangan anda, mengapakah Perlembagaan
Malaysia perlu dipertahankan.
Perlembagaan adalah undang-undang yang tertinggi.
Menjaga keharmonian kaum
Melicinkan pentadbiran negara
Membentuk identiti negara
Melindungi hak istimewa orang Melayu
Memelihara kedaulatan institusi beraja

Jelaskan ciri-ciri keluhuran Perlembagaan Malaysia.
Perlembagaan adalah undang-undang yang tertinggi.
Ketertinggian perlembagaan mengatasi YangDipertuan
Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Mahkamah.
Undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan
tidak sah.
Undang-undang negeri mestilah selaras dengan
Perlembagaan Persekutuan.
Undang-undang negeri yang bertentangan dengan
Perlembagaan terbatal dengan sendirinya.
Mahkamah akan membatalkan akta yang diluluskan di
luar bidang kuasa parlimen atau yang bercanggah dengan
Perlembagaan.

Terangkan kaedah pindaan perlembagaan yang
digunakan di Parlimen Malaysia.
Kaedah Pertama
o Persetujuan majoroti lebih suara Dewan Parlimen dan
persetujuan Majlis Raja-Raja.
o Perkara yang boleh dipinda melalui kaedah ini ialah :
o Tugas dan kuasa Majlis Raja-Raja Melayu.
o Meminda syarat kewarganegaraan.
o Kedudukan Yang Dipertuan Agong dan Permaisuri
Agong, Raja-Raja dan Yang Dipertuan Negeri.
o Kedudukan istimewa orang Melayu dan
bumiputeraSarawak dan Sabah.
o Perubahan sempadan Negeri.

Kaedah Kedua
Persetujuan majoriti lebih suara Dewan Parlimen dan
persetujuan Yang Dipertua Negeri Sarawak dan Sabah.
Perkara yang boleh dipinda ialah :
Keanggotaan dan bidang kuasa Mahkamah Tinggi di
Sarawak dan Sabah.
Kuasa kerajaan Negeri menahan kemasukan orang yang
bukan dari Sarawak dan Sabah.
Kuasa perundangan dan pemerintahan, kuasa negeri,
agama, bahasa, dan hak istimewa orang Melayu dan
Bumiputera di Sarawak dan Sabah.
Kaedah Ketiga
Persetujuan lebih suara Dewan Parlimen.
Perkara yang boleh dipinda ialah perkara yang tiada
disebut dalam mana-mana tiga kaedah pindaan.
Kaedah Keempat
Persetujuan lebih suara Dewan Parlimen.
Perkara yang boleh dipinda ialah:
Pindaan Jadual 2, 6 dan 7 Bahagian III tentang
kewarganegaraan, pemilihan dan persaraan ahli
Dewan
Negara dan persempadanan pilihan raya.

42

Pindaan Perkara 74 mengenai perkara yang disebut
dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama.
Perkara 76 mengenai perkara dalam Senarai Negeri
yang melibatkan pelaksanaan, persetiaan, perjanjian
atau konvensyen antara Persekutuan dengan negara lain.

Pada pandangan anda, mengapakah Parlimen perlu
membuat pindaan perlembagaan ?
Melindungi kepentingan rakyat.
Menjaga keselamatan negara.
Melicinkan urusan pentadbiran.
Supaya sesuai dengan keperluan semasa.
Menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang yang
munasabah.
Memastikan kandungan perlembagaan ipatuhi oleh
dengan rela hati.
Melarang perkara-perkara sensitif dipersoalkan secara
terbuka.
Memelihara keharmonian rakyat berbilang kaum.
Memansuhkan imuniti bagi Yang Dipertuan Agong
daripada kesalahan jenayah.
Menjamin hak istimewa orang Melayu dan bumiputera.

Apakah kepentingan perlembagaan kepada sesebuah
negara?
Menjamin kestabilan negara.
Perlembagaan menentukan bentuk pentadbiran negara.
Melicinkan pentadbiran dan pemerintahan negara.
Panduan dalam menjalankan pemerintahan.
Menjamin taat setia rakyat kepada negara.
Perlembagaan membentuk semangat patriotisme.
Menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat.
Menentukan peranan Yang Dipertuan Agong
Menjamin kerjasama Kerajaan Persekutuan dengan
Kerajaan Negeri.
Bidang kuasa kerajaan ditetapkan melalui Senarai
Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama.
Pentadbiran negara dapat diselaraskan tanpa
perbalahan.
Menjadi rujukan dalam menggubal undang-undang
persekutuan dan negeri.
Menjamin hak istimewa orang Melayu dan bumiputera

KUASA PEMERINTAHAN DI MALAYSIA
Apakah maksud Badan Perundangan ?
Merujuk kepada Parlimen
Terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara
dan Dewan Rakyat
Berfungsi menggubal undang-undang

Nyatakan kedudukan Ahli Dewan Negara dalam
sistem pemerintahan di negara kita.
Ahli Dewan Negara digelar Senator.
Senator dilantik oleh YDP Agong.
Senator memegang jawatan selama tiga tahun.
Senator berumur sekurang-kurangnya 30 tahun.
Taraf Senator sama dengan Ahli Parlimen.
Mereka boleh dilantik menjadi Jemaah Menteri.

Berikan dua tugas sesebuah kementerian di Malaysia.
Menggubal dasar kerajaan
Mencadangkan rang undang-undang berkaitan dengan
kementeriannya.
Melaksanakan dasar kerajaan di peringkat kementerian
Merancang dan menyelaras program pembangunan
ekonomi dan sosial
Menjalankan pentadbiran di peringkat kementerian.

Nyatakan dua bidang kuasa mahkamah mengikut
Perlembagaan Malaysia.
Mendengar dan menentukan perkara sivil dan jenayah
Menentukan kesahihan undang-undang.
Mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan
Perlembagaan Negeri.
Mentafsirkan undang-undang.
Mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan
Persekutuan / Negeri.
Mengisytiharkan tindakan kerajaan tidak sah di sisi
undang-undang.
Tidak mempunyai kuasa meminda undang-undang.

Apakah kebaikan amalan pengasingan kuasa dalam
sistem pemerintahan di Malaysia ?
Melicinkan pemerintahan dan pentadbiran
Mewujudkan pengkhususan dalam menjalankan
pemerintahan
Menjadikan pemerintahan lebih cekap
Mengelakkan campur tangan pihak tertentu dalam badan
yang tiada kaitan dengannya.

Terangkan proses menggubal dan meluluskan undang-
undang di Parlimen Malaysia.
Kementerian membuat cadangan undang-undang
Jabatan Peguam Negara menggubal rang undang-undang
Ahli Dewan Rakyat membuat Pembacaan Pertama di
Dewan Rakyat membaca tajuk sahaja.
Ahli Dewan Rakyat membuat Pembacaan Kedua
rang undang-undang dibaca dan dibahaskan.
Rang undang-undang dibincangkan secara terperinci
oleh Jawatankuasa Dewan Rakyat.
Ahli Dewan Rakyat membuat Pembacaan Ketiga -
rang undang-undang dibahas dan diluluskan.
Rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan
Rakyat dikemukakan ke Dewan Negara.
Rang undang-undang dibentangkan di Dewan Negara
melalui proses yang sama seperti di Dewan Rakyat.

43

Rang undang-undang diserahkan kepada DYMM Yang
di-Pertuan Agong memperkenan dan menurunkan
Mohor Negara.
Mewartakan undang-undang dalam Warta Kerajaan.

Jelaskan struktur sesebuah kementerian di Malaysia.
Setiap kementerian diketuai oleh seorang menteri.
Menteri diberikan tugas berkaitan kementerian tertentu.
Dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen
dan Setiausaha Politik.
Perjalanan kementerian diawasi oleh Jabatan
Perkhidmatan Awam.
Jabatan Perkhidmatan Awam diketuai oleh Ketua
Setiausaha Negara.
Pentadbiran kementerian diketuai oleh Ketua Setiausaha
Kementerian
Ketua Setiausaha Kementerian dibantu oleh kaki tangan
kerajaan.
Kakitangan awam melaksanakan tugas yang ditetapkan
oleh kerajaan.
Di bawah kementerian, terdapat jabatan.
Terdapat jabatan di peringkat pusat, negeri dan daerah.
Jabatan kerajaan diketuai Ketua Jabatan (Ketua
Pengarah).
Terdapat kementerian yang mempunyai Badan Berkanun.
Badan berkanun ditadbir oleh sebuah Lembaga
Pengarah yang bertanggungjawab kepada menteri
berkenaan

Jelaskan bidang kuasa Badan Kehakiman di negara kita.
Mendengar dan menentukan perkara sivil dan jenayah
Menentukan kesahihan undang-undang.
Mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan
Negeri.
Mentafsirkan undang-undang.
Mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan
Persekutuan / Negeri.
Mengisytiharkan tindakan kerajaan tidak sah di sisi
undang-undang.
Tidak mempunyai kuasa meminda undang-undang.

Pada pandangan anda, mengapakah sistem emerintahan
di negara kita mengamalkan prinsip pengasingan kuasa ?
Melicinkan pemerintahan dan pentadbiran
Mewujudkan pengkhususan dalam menjalankan
pemerintahan
Menjadikan pemerintahan lebih cekap
Mengelakkan campur tangan pihak tertentu dalam badan
yang tiada kaitan dengannya.




RANCANGAN PEMBANGUNAN LIMA TAHUN
Apakah matlamat Rancangan Malaya Pertama (1956
1960) ?
Membangunkan kawasan luar bandar
Merapatkan jurang pendapatan penduduk
luar bandar dengan di bandar
Mengurangkan kemiskinan penduduk luar bandar.
Mempelbagaikan aktiviti ekonomi negara
Mempelbagaikan sumber pendapatan negara
Mengurangkan pergantungan kepada bijih timah dan
getah

Nyatakan strategi yang dilaksanakan ke arah mencapai
atlamat rancangan pembangunan tersebut.
Membuka tanah baru untuk pertanian
Menanam semula getah
Mempelbagaikan hasil keluaran pertanian
Memperluaskan perusahaan perlombongan bijih timah
Menyediakan perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan
perhubungan
Membina infrastruktur

Mengapakah pencapaian Rancangan Malaya Pertama
(1956 1960) kurang memberangsangkan ?
Ancaman komunis semasa Darurat
Sejumlah pendapatan negara dialih kepada keselamatan
negara
Kejatuhan harga komoditi getah dan bijih timah di
pasaran dunia

Peranan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
(FELDA) dalam menjayakan matlamat Rancangan
Malaya Kedua (1961 1965) ?
Meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar
Meningkatkan hasil pertanian negara
Membuka tanah baru secara besar-besaran untuk
pertanian
Membuka tanah baru untuk petempatan
Menyediakan kemudahan asas di kawasan tanah baru
dibuka
Memindahkan penduduk luar bandar yang miskin ke
kawasan petempatan baru
Menjadikan penduduk luar bandar yang miskin sebagai
petani moden
Memberi tumpuan kepada penanaman getah dan kelapa
sawit di kawasan tanah baru dibuka

Langkah kerajaan menubuhkan Majlis Amanah Rakyat
(MARA) untuk membangunkan masyarakat melalui
Rancangan Malaysia Pertama (1966 1970) adalah suatu
tindakan yang bijak. Kemukakan alasan anda.
Dapat membangunkan masyarakat luar bandar

44

Dapat memberikan pinjaman modal kepada pengusaha
pertanian
Dapat membantu petani memasarkan hasil pertanian
Menggalakkan orang Melayu dalam bidang perniagaan
Mana-mana jawapan munasabah

Apakah matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) ?
Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.
Merapatkan jurang ekonomi antara kaum.
Merapatkan jurang ekonomi antara wilayah.
Menyusun semula masyarakat.
Menghapuskan identiti kaum mengikut fungsi ekonomi.
Memajukan ekonomi masyarakat luar bandar.

Nyatakan dua langkah yang dilaksanakan untuk
mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Membuka tanah rancangan secara besar-besaran
Memberi tumpuan kepada penanaman getah dan kelapa
sawit
Meningkatkan kemudahan dan infrastruktur di kawasan
luar bandar
Menggalakkan masyarakat luar bandar menceburi bidang
perniagaan
Memberikan bantuan modal dan teknikal kepada
bumiputera
Melancarkan Skim Amanah saham Nasional

Berikan dua agensi yang terlibat dalam menjayakan
matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara
(FELCRA)
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Bank Bumiputera
Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS)
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI)
Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)

Jelaskan peranan agensi yang disebut di atas.
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
Memainkan peranan dalam pembukaan tanah.
Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara
(FELCRA)
Membangunkan ekonomi luar bandar.
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Membangunkan masyarakat luar bandar.
Bank Bumiputera
Menggalakkan bumiputera dalam perdagangan.
Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS)
Menggiatkan penyertaan bumiputera dalam perusahaan.
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI)
Menjalankan penyelidikan meningkatkan hasil pertanian.
Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)
Menggalakkan kemunculan industri baru.

Berdasarkan pengetahuan anda, apakah kepentingan
Dasar Ekonomi Baru (DEB) terhadap kemajuan
masyarakat di negara kita ?
Berjaya merapatkan jurang antara kaum dan wilayah
Kadar kemiskinan dalam KDNK menurun
Pendapatan perkapita kaum bumiputera meningkat
Hak milik modal saham kaum bumiputera meningkat
Manfaat dinikmati oleh semua kaum
Hal milik modal saham orang asing berjaya dikurangkan.
Mana-mana jawapan munasabah

Terangkan program yang dilaksanakan melalui pelan
Rancangan Lima Tahun untuk menjayakan Dasar
Ekonomi Baru (DEB).
Di Bawah RMK 2 dan RMK 3
Melaksanakan pembukaan tanah secara besar-besaran
oleh KEJORA, KETENGAH, DARA dan KESEDAR.
Menumpukan kepada penanaman getah dan kelapa
sawit.
Memperluaskan peranan agensi pembangunan wilayah
Memberi tumpuan dalam sektor pembangunan industri
dan pembangunan bandar baru.

Di Bawah RMK 4
Menubuhkan Perbadanan Industri Berat Malaysia
(HICOM)
Mengenalpasti dan membuka perusahaan baru.
Menguruskan projek industri berat dengan cekap.
Menggalakkan pelaburan modal asing
Membuka perusahaan baru seperti di Skudai (Johor), di
Senawang (Negeri Sembilan), di Bintulu (Sarawak) serta
di Manggatal dan Likas (Sabah)
Memperkenalkan zon perdagangan bebas
Contohnya di Bayan Lepas (pulau Pinang) dan di Sungai
Way Selangor).
Melancarkan program Kajian Dasar Perindustrian Negara
Mengenalpasti kelemahan dalam struktur perindustrian
negara.
Melancarkan Pelan Induk Perindustrian
Menyediakan hala tuju perindustrian negara.

Di Bawah RMK 5
Meningkatkan sektor perindustrian
Melonggarkan peraturan syarikat dan perlesenan dalam
sektor swasta.
Meningkatkan pelaburan dalam sektor perindustrian
berorientasikan eksport
Melonggarkan syarat pelaburan asing.
Meningkatkan kecekapan sektor kerajaan

45

agar dapat bekerjasama dengan sektor swasta.
Meneruskan pembangunan kawasan luar bandar
Menitikberatkan penggunaan tanah secara cekap.
Menggalakkan industri desa seperti industri kraftangan.
Memperluaskan kemudahan kredit dan insentif
Pinjaman melalui Bank Pertanian Malaysia
dan Amanah Ikhtiar Malaysia.
Menjadikan pelancongan sebagai perusahaan penting
Melancarkan Tahun Melawat Malaysia 1990.
Memajukan bidang penyelidikan dan pembangunan
Meningkatkan kecekapan guna tenaga bagi
meningkatkan produktiviti negara.

Jelaskan peranan agensi kerajaan yang ditubuhkan
untuk memajukan masyarakat luar bandar.
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
Memainkan peranan dalam pembukaan tanah.
Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara
(FELCRA)
Membangunkan ekonomi luar bandar.
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Membangunkan masyarakat luar bandar.
Bank Bumiputera
Menggalakkan bumiputera dalam perdagangan.
Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS)
Menggiatkan penyertaan bumiputera
dalam perusahaan.
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI)
Menjalankan penyelidikan meningkatkan hasil pertanian.
Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)
Menggalakkan kemunculan industri baru.

Jelaskan pencapaian yang diperoleh melalui pelaksanaan
Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Berjaya merapatkan jurang antara kaum dan wilayah
Kadar kemiskinan dalam KDNK menurun
Pendapatan perkapita kaum bumiputera meningkat
Hak milik modal saham kaum bumiputera meningkat
Manfaat dinikmati oleh semua kaum
Hal milik modal saham orang asing berjaya dikurangkan.
Mana-mana jawapan munasabah

Kemukakan bukti yang menunjukkan bahawa
pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) berjaya
meningkatkan kemajuan masyarakat luar bandar di
negara kita.
Kadar kemiskinan masyarakat luar bandar berjaya
dikurangkan
Taraf hidup masyarakat luar bandar berjaya ditingkatkan
Pendapatan perkapita kaum bumiputera berjaya
ditingkatkan
Hak milik modal saham kaum bumiputera meningkat
Masyarakat luar bandar menikmati kemudahan
pendidikan
Kaum Bumiputera dapat melibatkan diri dalam
perdagangan
Mana-mana jawapan munasabah

Maksud dengan Wawasan 2020
Gagasan negara utk jadi negara maju menjelang tahun 2020.
jadikan Malaysia negara industri yang maju dengan acuan
sendiri
Agar setanding dengan negara maju yang lain.
Kemajuan yang hendak dicapai berlandaskan kemajuan
bersepadu

Cabaran yang perlu diatasi untuk mencapai Wawasan
2020.
Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu.
Membina masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram &
berkeyakinan.
Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang
Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika
Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi.
Membina masyarakat yang maju dan saintifik.
Mewujudkan masyarakat yang berbudaya peyayang
Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya.
Memupuk dan membina masyarakat makmur.

Senaraikan cirri-ciri masyarakat Malaysia pada tahun
2020.
Bersatu Padu
Hubungan antara kaum yang sihat.
Masyarakat yang bangga dengan apa yang dicapai.
Gagah menghadapi pelbagai masalah.
Sanggup memajukan negara.
Sentiasa menangkis musuh negara.
Bebas memilih kerajaan
Berfikiran matang
Menggunakan hak-hak demokrasinya dengan wajar
Bermoral dan Beretika
Mengamalkan budaya dan tradisi yang cemerlang
Berfikir secara rasional Tidak bertindak melulu

Teras untuk jadi negara industri menjelang 2020
Dasar Pembangunan Nasional / Dasar Bahasa Kebangsaan /
Dasar Kebudayaan Kebangsaan / Pendidikan Kebangsaan

Cara menjadikan Wawasan 2020 satu realiti
semua sembilan cabaran utama dapat disahut rakyat Malaysia
terlibat dalam pengisian wawasan
teruskan kesinambungan perjuangan pemimpin negara terdahulu
terus mengekalkan kemajuan negara kita

Apakah kualiti warganegara yang mampu menghadapi
cabaran tersebut?
Bersatu padu dalam kalangan masyarakat berbilang kaum
Berjiwa bebas dan tenteram dalam menjalani kehidupan
seharian

46

Bersikap terbuka dalam menerima pendapat
Berkeyakinan diri
Bangga dengan pencapaian diri dan negara
Cekal menghadapi pelbagai masalah
Mengangkat martabat bangsa dan negara di persada dunia
Bermoral dan beretika dalam tingkah laku
Berbudaya unggul
Kepatuhan kepada agama
Pengamalan budaya dan tradisi yang cemerlang
Kukuh institusi kekeluargaan dan mewujudkan keluarga
yang bahagia
Berilmu pengetahuan tinggi dan mengawal pendidikan
sepanjang hayat
Berpendapatan tinggi dan berdaya maju
Berbudaya penyayang
Bersifat kreatif dan inovatif
Bersifat patriotik dan setia kepada raja dan Negara

Mengapakah negara menggubal Wawasan 2020?
Menyatupadukan rakyat
Menstabilkan politik
Meningkatkan taraf hidup rakyat
Mengukuhkan nilai moral dan etika
Mengukuhkan sistem kerajaan
Memartabatkan maruah bangsa
Memupuk semangat yakin diri bangsa

Tanggungjawab pelajar dalam merealisasikan Wawasan
2020?
Merealitikan Wawasan 2020
Menyahut Sembilan cabaran
Terlibat dalam pengisian wawasan
Meneruskan kesinambungan perjuangan pemimpin
terdahulu
Mengekalkan kemajuan negara Malaysia
Meningkatkan ilmu pengetahuan sains dan teknologi
Menguasai kemahiran IT
Berinovasi dan kreatif
Mengawal sifat disiplin
Bertoleransi
Berkeyakinan
Mengamal nilai-nilai murni
Bersifat penyayang
Mengamal dan menghargai warisan bangsa

Berikan cadangan agar halangan yang wujud dalam
mencapai Wawasan dapat diatasi.
Melalui dasar-dasar kerajaan seperti Dasar Pembangunan
Nasional/ Dasar Bahasa
Kebangsaan/ Dasar Kebudayaan Kebangsaan/ Dasar
Pendidikan Kebangsaan
Melalui kursus motivasi seperti kendalian Biro Tata
Negara
Melalui laungan keyakinan Malaysia Boleh
Memberikan peluang berinteraksi dalam kalangan
masyarakat terbuka seperti program pertukaran pelajar
antarabangsa
Melalui pendidikan dan peranan media massa dan
ketelusan Suruhanjaya Pilihanraya
Menerusi kempen kesedaran dan pendidikan
Penggunaan undang-undang untuk menyekat hai ini
daripada berterusan berlaku.
Contohnya Akta Polis / Akta Perhimpunan Haram
Kembali kepada ajaran agama/ pengamalan tradisi dan
budaya yang cemerlang
Menggalakkan kegiatan menghormati perlembagaan
negara/ pewujudan Rukunegara/engamalan sistem
demokrasi
Melalui pendidikan wajib/ peendidikan sepanjang hayat/
yuran percuma di peringkat sekolah rendah dan sekolah
menengah
Menggalakkan kreativiti dan inovasi/ menubuhkan MOSTI/
soalan berdasarkan prinsip KBAT

Apakah yang akan berlaku sekiranya generasi muda
enggan terlibat sama menjayakan Wawasan 2020.
Wawasan 2020 tidak tercapai
Penduduk ketinggalan dari segi ekonomi
Pendapatan penduduk rendah
tidak terlibat dalam arus ekonomi perdana
Hasrat menjadi negara berpendapatan tinggi tidak
tercapai
Imej negara jatuh
Ketinggalan dalam arus pemodenan
Gejala social semakin parah

Cadangan anda untuk merealisasikan Malaysia sebagai
Negara maju menjelang tahun 2020.
Satu negeri satu industri
Industri berkala teknologi tinggi seperti automotif,
elektronik dan penerbangan
Rakyat berpendapatan tinggi
Taraf hidup rakyat tinggi dan sejahtera
Negara aman dan makmur
Rakyat hidup bersatu dan berharmoni
Taraf pendidikan negara diiktiraf dunia
Kemudahan dan prasarana berteknologi tinggi
Masyarakat berpengetahuan tinggi dan berminda kelas
pertama
Negara yang bersih dan kekayaan megadiversiti
dikekalkan
Masyarakatnya dikenali berbudaya tinggi dan sopan

Kepentingan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
Menjadi panduan membentuk identiti negara
mengekalkan identiti negara
Mengukuhkan perpaduan
Memupuk keperibadian kebangsaan
Memperkaya kualiti kehidupan
Memperkaya aspek kemanusiaan
Memperkaya aspek kerohanian
Memperkaya aspek pembangunan sosioekonomi




47

Prinsip utama Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Kebudayaan rakyat asal rantau Melayu sebagai tunjang
Unsur kebudayaan lain yang sesuai diterima
Islam sebagai unsur terpenting

Cara aktiviti sukan dapat pupuk perpaduan kaum
Aktiviti sukan tanpa mengira ideologi
Aktiviti sukan dapat menyemarakkan semangat patriotik rakyat
Aktiviti sukan tidak hadkan penyertaan kpd sesuatu kaum sahaja
Aktiviti sukan terbuka kepada sesiapa yang beminat
Aktiviti sukan sebagai kokurikulum di sekolah
Tubuhkan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah untuk galakkan sukan
Menganjurkan Sukan Malaysia (SUKMA)

Tujuan aktiviti sukan digalakkan oleh kerajaan.
Mengeratkan hubungan kaum / perpaduan kaum
Mewujudkan hubungan antara negeri
Menyemarakkan semangat patriotik
Tidak menghadkan penyertaan kepada sesuatu kaum
Memberi peluang seluas-luasnya kepada mereka yang berminat

Kepentingan perpaduan kepada masyarakat di negara kita?
Mewujudkan keamanan / keharmonian
Menghindar perbalahan/pergaduhan kaum
Mewujudkan kestabilan politik
Memakmurkan ekonomi
Menanam semangat patriotisme
Mempertahankan negara daripada ancaman musuh
Wujud kehidupan/suasana harmoni dalam kalangan rakyat
Dapat membangkitkan rasa cinta akan negara
Mengelak daripada penjajahan kuasa asing
Memastikan ekonomi negara terus berkembang
Dapat menarik kedatangan pelabur asing
Akan dihormati oleh negara luar
Kemajuan negara akan berterusan/berkembang pesat
Wujud kerjasama antara rakyat yang berbilang kaum

Sebagai seorang pelajar, bagaimanakah semangat perpaduan
dapat dipupuk melalui aktiviti kokurikulum di sekolah?
Menggunakan bahasa kebangsaan semasa berkomunikasi
Mengamalkan budaya yang baik
Menghormati aktiviti kebudayaan bangsa / kaum lain
Mengadakan aktiviti perkhemahan pelbagai kaum
Merancang aktiviti yang boleh disertai pelbagai kaum
Menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah
Menganjurkan aktiviti sukan yang tidak berteraskan kaum

BAB 9 : Malaysia dalam kerjasama Antarabangsa

BLOK DUNIA
Apakah yang anda faham mengenai Blok Dunia
Penyelesaian Perang Dunia Kedua dicapai dalam
beberapa siri persidangan
Kebuntuan rundingan menyebabkan kemunculan Blok
dunia dan Perang dingin
Terdiri daripada Blok Kapitalis diketuai AS
Blok Komunis diketuai Soviet Union
Blok Dunia adalah usaha negara-negara sehaluan untuk
bersatu
Bertindak secara bersama bagi menjaga kepentingan ahli
Blok wujud dalam pelbagai bentuk seperti politik,
ekonomi atau geografi
Blok Dunia semasa Perang Dingin berasaskan geo-politik
yang melibatkan faktor
geografi dan politik

Senaraikan ciri-ciri blok kapitalis dan blok komunis
Blok Kapitalis
Negara kapitalis menjalankan pemerintahan secara
demokratik.
Boleh menubuhkan parti politik.
Kerajaan dipilih melalui pilihan raya.
Membuka peluang perniagaan kepada orang persendirian.
Memberi kebebasan individu sepenuhnya.
Blok Komunis
Menjalankan pemerintahan secara diktator.
Hanya Parti Komunis sahaja yang memerintah negara.
Hanya kerajaan yang memiliki perniagaan.
Mengawal kebebasan individu.

Implikasi yang berlaku akibat kemunculan Blok Dunia ?
Negara Dunia Ketiga menjadi rebutan Amerika Syarikat
dan Soviet Union
Pembentukan blok kapitalis dan blok komunis.
Penubuhan pakatan NATO, WARSAW dan SEATO.
Berlakunya perlumbaan senjata.
Memberi peluang kepada negara baru membina identiti
sendiri.
Memberi peluang kepada negara baru menangani cabaran
melalui hubungan
antarabangsa dan serantau

PERANG DINGIN
Bagaimanakah Perang Dingin bermula
Berlaku sejak tamat Perang Dunia Kedua sehingga
tahun1989
Perang Dingin disebabkan ideologi dan fahaman politik
yang berbeza
Melibatkan persaingan kuasa antara blok kapitalis yang
diketuai oleh Amerika Syarikat
Blok Komunis diketuai oleh Soviet Union
Blok Komunis terdiri daripada Negara Soviet Union dan
tujuh buah negara lain
menandatangani Perjanjian Warsaw
Blok Kapitalis terdiri daripada AS dan 11 buah Negara
lain
Menandatangani Perjanjian Atlantik Utara(NATO) 4
April 1949

Bagaimanakah Perang Dingin berlangsung
Tiada sebarang konflik bersenjata secara langsung
Kedua-dua blok membuktikan kekuatan
Dgn menyebarkan pengaruh
Memajukan kepentingan masing-masing di Eropah

48

Di Asia melalui propaganda, bantuan ekonomi dan
ketenteraan
Berlaku perlumbaan senjata
Soviet Union memiliki bom atom 1949
Amerika Syarikat berjaya menguji bom hidrogen 1952
Soviet Union menguji bom hidrogen 1955
Negara-negara Dunia Ketiga
Tidak bersekongkol dgn Blok Komunis(Negara Dunia
Kedua) mahupun Blok Kapitalis
(Negara Dunia Pertama)
Mengamalkan sikap berkecuali
Semasa Perang Dingin, Blok Komunis dan Blok
Kapitalis berusaha mempengaruhi
pegangan negara ini
Dengan menawarkan bantuan pertahanan dan ekonomi
Menjadi rebutan antara tiga kuasa besar iaitu AS, Soviet
Union dan China

Jelaskan perbezaan antara ideologi blok kapitalis dengan
ideologi blok komunis.
Negara kapitalis menjalankan pemerintahan secara
demokratik manakala negara
komunis menjalankan pemerintahan secara diktator.
Di negara kapitalis, kerajaan dipilih melalui pilihan raya
tetapi di negara komunis, hanya
Parti Komunis sahaja yang memerintah negara.
Blok kapitalis membuka peluang perniagaan kepada
orang persendirian tetapi di Negara
komunis, hanya kerajaan yang memiliki perniagaan.
Negara kapitalis memberi kebebasan individu
sepenuhnya tetapi negara komunis
mengawal kebebasan individu

Jelaskan kesan-kesan Perang Dingin
Pembentukan Blok Dunia iaitu blok Komunis dan Blok
Kapitalis
Penubuhan NATO oleh kuasa Kapitalis
Pakatan Warsaw oleh kuasa Komunis
Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara(SEATO)
Berlaku perlumbaan senjata
Pembentukan Negara-Negara Berkecuali

Jelaskan iktibar di sebalik persaingan kuasa dunia
tersebut
Berusaha membina identiti negara sendiri
Menangani cabaran melalui hubungan antarabangsa
Menangani cabaran melalui hubungan serantau
Tidak bersekongkol dengan dengan mana-mana kuasa
dunia
Mengamalkan dasar berkecuali
Mengamalkan dasar tidak campur tangan di negara lain
Memajukan sumber ekonomi dengan keupayaan sendiri
Memperkuatkan sistem pertahanan negara supaya tidak
di ceroboh
Mengutamakan perpaduan rakyat
Memajukan sistem pendidikan negara
Membuat hubungan diplomatik
Menyelesaikan masalah secara muafakat/ perbincangan/
diplomasi
Tiada perlumbaan senjata
Menghormati negara lain

Jelaskan usaha kerajaan Malaysia dalam menghadapi
sebarang bentuk pencerobohan.
Menyediakan peruntukan/ bajet bagi memperkukuh
sistem pertahanan negara
Menggalakkan program bersifat patriotik
Memperbesar pasukan keselamatan
Memupuk semangat perpaduan kaum
Melahirkan rakyat berilmu pengetahuan
Menjaga kestabilan politik
Menjaga hubungan baik dengan semua negara
Memantapkan hubungan serantau dan antarabangsa
Mewujudkan perkongsian pintar dengan negara luar
Memantapkan segala dasar dan pembangunan negara
Mengukuhkan peranan ESCOM
Kerjasama erat antara PDRM/ TUDM/ TLDM/ ATM
Melaksanakan perintah berkurung seperti di Lahad Datu,
Sabah
Menguasai sains dan teknologi

CABARAN MASA DEPAN
Jelaskan perkembangan teknologi maklumat dan
komunikasi atau Information Communication Technology
(ICT)
Pemangkin hubungan sesama manusia dan Negara
Peralatan teknologi maklumat seperti computer dan
internet
Perkembangan teknologi telekomunikasi seperti telefon
mudah alih
Kos pengangkutan murah
ICT membolehkan komunikasi berlaku dengan pantas,
mudah dan berkesan tanpa
mengira sempadan
Malaysia menyediakan prasarana ICT
Melancarkan projek Koridor Raya Multimedia atau
Multimedia Super Corridor(MSC)
Memulakan e-pendidikan, pemasaran tanpa sempadan e-
dagang dan penyiaran digital

Apakah yang anda faham tentang Koridor Raya
Multimedia (MSC)
Dilancarakan pada 27 Jun 1998
Kawasan yang mencakupi Kuala Lumpur City
Centre(KLCC) sehingga Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA)
Tujuannya memanfaatkan perkembangan teknologi
maklumat
Melahirkan masyarakat bermaklumat
Rancangan Malaysia Kelapan, peruntukan belanjawan
RM 2.5 billion.
RM1 billion diperuntukan luar Bandar bagi merapatkan
jurang dengan Bandar
Penggunaan ICT untuk pelaksanaan k-ekonomi


49

Jelaskan konsep k-ekonomi
Ekonomi berlandaskan pengetahuan atau Knowledge-
based economy
Merujuk keupayaan seseorang menggunakan ilmu
pengetahuan
Mencipta satu nilai baru yang membawa kemajuan
Sebelum ini dunia mengukur kemajuan atau kekayaan
Negara berdasarkan jumlah
simpanan emas
Pemilikan tanah jajahan yang luas
Sumber semula jadi dan
Pengukuran kekayaan beralih kepada pengeluaran
barangan pertanian atau barangan
industri

Terangkan kepentingan k-ekonomi pada era globalisasi
Mampu bersaing
Bagi meningkatkan mutu pengeluaran dan perkhidmatan
Teknologi dan industri
Berasaskan pengetahuan menjana keuntungan
Kemajuan perniagaan
Peluang pekerjaan
Serta perkongsian pintar
Sumber berharga modal intelek dan pekerja
berpengetahuan
Dihasilkan melalui kekayaan pengetahuan
Semangat serta daya saing yang tinggi
Diperlukan untuk membangunkan industri berasaskan
pengetahuan
Inovasi kunci kejayaan k-ekonomi
Dicapai melalui penyelidikan dan pembangunan atau
Research and Development(R&D)
Malaysia menyediakan peruntukan besar kepada R&D
Bagi menggalakkan penciptaan baru dan pendaftaran
paten
Bagi meningkatkan tahap kemajuan bangsa dan Negara
Mampu bersaing di peringkat yang lebih tinggi

Jelaskan konsep K-society
K-society merujuk masyarakat yang sentiasa berusaha
memperkaya diri.
Dengan pengetahuan agar dapat bersaing
Selari dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat
Membangun prasarana untuk pertumbuhan K-society
dengan
Menyusun semula sistem pendidikan Malaysia
Sekolah Wawasan bagi memupuk perpaduan melalui
interaksi murid pelbagai kaum dan
meningkatkan daya saing
Sekolah Bestari dengan prasarana teknologi
maklumat(IT) bagi memupuk rasa cinta
terhadap IT.
Mengubah suai kurikulum bagi melahirkan pelajar yang
kreatif, dinamis serta berfikiran
kritis dan analitis
Melahirkan tenaga kerja berpendidikan tinggi bagi
menyahut cabaran globalisasi
Matlamat K-society dan K-ekonomi selari dengan
Wawasan 2020 untuk mewujudkan
masyarakat yang maju dan saintifik

Bagaimanakah anda boleh berperanan untuk menjayakan
globalisasi
Meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang sains
Menjauhkan diri daripada gejala negatif
Menguasai kemahiran IT
Melibatkan diri dalam program-program Jabatan
Pendidikan Negeri, Kementerian
Pendidikan Malaysia dan Program Latihan Khidmat
Negara
Menyertai program-program anjuran kerajaan
Sanggup menerima perubahan
Berinovasi dan kreatif
Berdaya saing tinggi
Penyelidikan dan pembangunan
Mencontohi budaya kerja masyarakat timur
Bekerjasama menjayakan K-ekonomi
Menjadi masyarakat Berjaya
Mencapai Wawasan 2020

Terangkan cabaran globalisasi yang dihadapi oleh
Malaysia pada masa kini.
Malaysia terpaksa menerima hakikat bahawa dunia tanpa
sempadan.
Segala aspek ekonomi dan sosial menyeberangi
sempadan dalam masa yang begitu
singkat.
Proses komunikasi manusia antara sebuah negara dengan
sebuah negara lain berlaku
dengan pantas.
Keadaan ini berlaku kerana kemajuan dalam bidang
teknologi maklumat dan komunikasi.
Malaysia terpaksa mengakui kepentingan ICT.
Kita terpaksa akur dengan nilai baru bahawa pengukuran
kekayaan sesebuah negara
adalah berdasarkan teknologi dan industri yang
berasaskan ilmu pengetahuan.
Kita perlu sedar bahawa modal intelek dan pekerja
berpengetahuan menjadi sumber
paling berharga bagi sesebuah negara.
Kita perlu bersedia mewujudkan K-masyarakat

Jelaskan persediaan yang dilaksanakan oleh Malaysia
dalam menyahut arus globalisasi.
Malaysia menyediakan prasarana ICT.
Langkah ini bertujuan merebut peluang dan faedah yang
dihasilkan oleh ICT.
Malaysia mempromosikan penggunaan ICT
Melancarkan projek Koridor Raya Mulitimedia (MSC).
Koridor Raya Multimedia telah memulakan e-
pendidikan, pemasaran tanpa sempadan,
e-dagang dan penyiaran digital
Kerajaan memperuntukkan RM 5.2 bilion untuk
melaksanakan projek berasaskan ICT

50

RM 1 bilion daripada peruntukan itu diagihkan untuk
program luar bandar.
Kerajaan menyediakan peruntukan kepada penyelidikan
dan pembangunan penciptaan
baru dan pendaftaran paten.
Kerajaan menggalakkan rakyat menggunakan penemuan
baru.
Kerajaan menubuhkan sekolah wawasan .
Untuk meningkatkan daya saing.
Kerajaan menubuhkan Sekolah Bestari .
Dilengkapkan dengan frasarana teknologi maklumat.
Kurikulum diubahsuai dan dibentuk semula.
Untuk melahirkan pelajar yang kreatif, kritis dan analitis

Peranan Malaysia selesaikan beberapa konflik dan
masalah di peringkat antarabangsa
Menentang dasar apartheid di Afrika Selatan
Menyertai pasukan pendamai di bawah PBB di Congo
Wakili pasukan pengaman PBB ke Namibia bantu capai
kemerdekaan
Menghantar pasukan pemerhati sempadan
IraIraq/Kampuchea
Menghantar pasukan pengaman ke Bosnia
Sarankan Benua Antartika jadi warisan dunia/hak milik semua
negara
Tegas memerangi gejala penyalahgunaan dadah
Menyelesaikan konflik politik di Myanmar
Memperjuang isu Palestin
Mengutuk serangan Amerika Syarikat terhadap Iraq

Manfaat diperoleh Malaysia sebagai anggota beberapa
pertubuhan antarabangsa
Menerima bantuan pertahanan daripada Komanwel semasa
konfrontasi Indonesia-Malaysia
Eksport Malaysia dikenakan cukai rendah ke Negara
Komanwel
Menerima bantuan teknikal/biasiswa dalam bidang
pendidikan
Dapat bantuan Bank Dunia untuk FELDA/prasarana
pendidikan/ penyelidikan
Dapat pinjaman Bank Pembangunan Islam utk projek
pembangunan
Membantu membina UIAM
RECSAM dibina di Pulau Pinang
Menjadi tuan rumah Sidang kemuncak NAM ke-13 tahun
2003
TAR menjadi Setiausaha Agung OIC pertama
Pernah menjadi tuan rumah Persidangan OIC
Menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB
Tan Sri Razali Ismail pernah jadi Pengerusi Perhimpunan Agung
PBB

Cadangan untuk meningkatkan keberkesanan hubungan
sesebuah negara dengan negara yang lain.
Anggota perlu bersatu dalam menjaga kepentingan bersama
Saling membantu apabila diserang musuh/diceroboh
Sering mengadakan pertemuan/mesyuarat
Kerjasama dalam ekonomi.

Kerjasama dalam bidang pertahanan.
Kerjasama kerjasama politik.
Bertindak satu suara.
Kerjasama dalam bidang ilmu pengetahuan

Pertukaran teknologi
Menghormati kedaulatan negara lain.
Mengadakan hubungan dua hala.
Pertukaran budaya

Mengapakah hubungan luar penting bagi sesebuah
negara?
Meningkatkan eksport/import negara
Menarik pelabur asing
Pertukaran teknologi/kepakaran
Mengekalkan kedaulatan negara
Menjamin kestabilan/keamanan dunia
Menjalin kerjasama erat dalam semua aspek
Mewujudkan perdagangan dua hala
Menyelesaikan sebarang masalah secara toleransi/rundingan
Menarik lebih ramai pelancong luar
Meningkatkan imej negara di mata dunia

Matlamat dasar luar Malaysia
Berbaik-baik dengan semua negara
Jamin keselamatan rakyat dan negara
Pelihara kepentingan nasional
Kekalkan kedaulatan negara
Galakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi
Kekalkan keamanan sejagat
Utk jadi warganegara global yg bertanggungjawab
Pupuk kesejahteraan dunia

Asas penggubalan dasar luar Malaysia
Faktor sejarah
Zaman Kesultanan Melayu Melaka telah wujud hubungan
perdagangan dengan negara luar seperti China, Arab dan Siam.
Malaysia bekas tanah jajahan British sertai Komanwel
adakan hubungan dengan negara bekas jajahan British yang
lain
Pada awal kemerdekaan Malaysia menjalankan dasar pro-barat
untuk bantuan pertahanan kerana ancaman komunis
Faktor Ekonomi
Malaysia mengamalkan pasaran bebas menjalankan hubungan
ke arah kemajuan ekonomi.
Malaysia jalin hubungan dengan pembeli utama bahan mentah
negara spt Amerika Syarikat / Britain
Malaysia jalin hubungan luar untuk menarik pelabur modal
asing.
Malaysia masih harapkan bantuan modal dan pasaran dari
Britain / Amerika Syarikat selepas merdeka.
galak pelaburan asing melalui Dasar Pandang Ke
Timur.terutama dari Jepun dan Korea Selatan
untuk meluaskan pasaran spt hubungan dengan negara
membangun dan negara Islam


51

Faktor politik
Malaysia amalkan demokrasi berparlimen
sokong keamanan sejagat / pemeliharaan kedaulatan negara
sokong Palestin mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat
sokong semua resolusi PBB ke arah keamanan./ Piagam PBB
untuk kekalkan keamanan dunia
Faktor Geografi
Kedudukan Malaysia yang strategik serta bersepadan dengan
kebanyakkan negara di Asia Tenggara.
perairan menjadi laluan utama kapal-kapal dagangan di dunia
keselamatan negara serantau mempengaruhi keselamatan
Malaysia.
Faktor Demografi
majoriti penduduk Malaysia beragama Islam
Malaysia mengadakan hubungan dengan Negara Islam/ OIC
Tidak mengadakan hubungan dengan Israel
Israel menindas dan menceroboh rakyat Palastin.
Malaysia amal konsep perpaduan & hormati hak asasi
manusia.
penduduk Malaysia pelbagai kaum dan bebas jalankan budaya
masing-masing.
Tidak adakan hubungan dengan Afrika Selatan/ dasar
apartheid.

Perkembangan dasar luar Malaysia
Tahap pertama Pro Barat dan anti komunis Tunku Abdul
Rahman
o Disebabkan faktor politik spt ancaman komunis/ konfrontasi
Indonesia/ putus hubungan dgn Filipina/ pemisahan Singapura
Tahap kedua Berkecuali Tun Razak & Tun Hussein
peranan yang dimainkan oleh AMDA berkurangan/pengaruh
British di timur semakin merosot./pergolakan yang berlaku di
Vietnam yang melibatkan dua kuasa besar iaitu Amerika
Syarikat dan China.
Tahap ketiga Kepentingan ekonomi Dr Mahathir
Berkaitan dgn isu perdagangan / pelaburan/ pembangunan
negara membangun

Sebab Malaysia pro Barat dan Anti komunis
Ancaman komunis / PKM
Malaysia perlu bantuan tentera negara Komanwel
Malaysia tandatangani perjanjian pertahanan AMDA
Timbulnya krisis dengan negara jiran
Berusaha berbaik-baik dengan negara jiran
Sertai ASA, MAPHILINDO/ ASEAN
Pergantungan ekonomi kpd Britain
Malaysia anggota blok sterling / jalankan perniagaan guna paun
sterling
Barat terutama Britain pembeli utama komoditi : getah dan
bijih timah
Pelabur Britain masih kuasai peratus besar dlm ekonomi
Malaysia terutama perladangan dan industri
Malaysia cuba amalkan pasaran bebas
Bina rangkaian perdagangan dengan negara lain utk kurang
pergantungan kpd Britain
Mencari pasaran baru


Usaha Malaysia amal dasar berkecuali pada tahap kedua.
pengistiharan Zon Aman, Bebas dan Berkecuali / ZOPFAN di
antara negara ASEAN
jalinkan hubungan luar dengan Negara-negara komunis seperti
China / Jerman Timur / Korea Utara / Vietnam Utara /
Mongolia.
jalin hubungan dengan semua negara dan negara jiran
masalah yang boleh gugat keselamatan negara dpt diselesaikan
secara kerjasama dgn negara jiran spti masalah pelarian
Vietnam

Usaha Malaysia beri penekanan kpd ekonomi pd
tahap ketiga.
Lancar Dasar Pandang ke Timur
dapat amalkan nilai-nilai baik dari negara Jepun dan Korea
meningkatkan hubungan dua hala dengan negara-negara lain
untuk mantapkan ekonomi negara
mengadakan lawatan ke Afrika Selatan/ Amerika Selatan
tandatangan perjanjian perdagangan dua hala
jamlin hubungan politik den perdagangan dengan negara maju
dan negara Dunia Ketiga

Keperluan pupuk hubungan luar di peringkat
antarabangsa / sertai pertubuhan dunia
Dapat berbaik-baik dengan semua negara
Dapat menjamin keselamatan rakyat dan negara
Dapat memelihara kepentingan nasional
Dapat mengekalkan kedaulatan negara
Dapat menggalakkan pembangunan / pembangungan ekonomi
Mewujudkan keamanan sejagat melalui kerjasama
antarabangsa
Dapt menjadi warga global yang bertanggungjawab
Dapat memupuk kesejahteraan dunia

Jelaskan usaha yang dilakukan untuk memantapkan
Ekonomi negara melalui dasar luar Malaysia
pada tahap ketiga.
Mengadakan hubungan yang lebih erat dengan
negara ASEAN
Memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur.
Mempertingkatkan hubungan dua hala dengan
negara-negara Afrika, Amerika Selatan,
Caribbean dan Pasifik Selatan.
Membawa misi perdagangan dalam setiap
lawatan Perdana Menteri
Menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang
menguntungkan kedua belah pihak
Menjalin hubungan politik dan perdagangan
dengan semua negara

Apakah kelebihan dasar luar Malaysia berbaik-baik
dengan semua negara?
Negara tiada musuh
Tidak mendapat ancaman daripada kuasa besar
Negara akan aman / harmoni / sejahtera
Mewujudkan rakyat yang bersatu padu
Mengekalkan kedaulatan negara
Menjamin keselamatan negara

52

Pertubuhan Persatuan Negara-Negara A.Tenggara (ASA)
Anggota : Malaysia / Thailand/ Filipina
Bertujuan hapuskan gerakan / ancaman / fahaman komunis
/ bendung pengaruh dan gerakan PKM
jalin kerjasama dalm bidang ekonomi, sains dan sosial
beri dan sedia kemudahan latihan / penyelidikan dalam
bidang sains / teknologi
mengekalkan / menjamin keselamatan dan kestabilan
politik
ASA dibubarkan krn matlamat yang digariskan tidak
banyak dicapai
ASA dianggap anti pemerintahan Presiden Sukarno
kesangsian antara negara-negara anggota
penubuhan Persekutuan Malaysia pada 1963 ditentang
Filipina

Matlamat penubuhan ASEAN
kekalkan kestabilan politik di Asia Tenggara
membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi
kerjasama dalam bidang sosial dan kebudayaan
tingkatkan taraf hidup penduduk dalam bidang pertanian
kerjasama dalam bidang perdagangan dan perindustrian
beri kerjasama dan bantu dalam bentuk latihan dan
penyelidikan
adakan hubungan yang erat dengan persatuan atau
pertubuhan serantau dan antarabangsa.

Peranan Malaysia dalam ASEAN
Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN di Kuala Lumpur
menandatangani deklarasi bersama - Deklarasi KLumpur
istihar ASEAN zon ZOPFAN
utk kekalkan keamanan & kestabilan politik di rantau
A.Tenggara
elak campur tangan kuasa-kuasa besar
tidak bersekongkol dngan mana-mana blok Barat atau blok
Timur
bentuk kerajaan Demokrasi Campuran Kampuchea
mengatasi pencerobohan Vietnam ke atas Kampuchea
Vietnam setuju cadangan dan mesyuarat diadakan di
K.Lumpur
putuskan ASEAN Zon Bebas Senjata Nuklear
komitmen negara-negara ASEAN terhadap ZOPFAN
tidak benarkan mana-mana kapal guna perairan dan
kemudahan pelabuhan di rantau ini angkut bahan / senjata
buklear
bentuk kerjasama ekonomi terutama dalam projek
perindustrian seperti projek urea di Bintulu / Acheh.
kerjasama ekonomi ASEAN - AFTA
diumumkan dalam sidang Kemuncak ASEAN di Singapura
Cadangan tubuh EAEC ( Perundingan Ekonomi Asia
Timur/ East Asian Economic Caucus)
Iaitu cadangan kerjasama ekonomi bagi rantau sebelah
Timur yang libatkan China / Jepun / Korea Selatan
Kerjasama ekonomi secara tidak rasmi ASEAN + 3 /
kerjasama negara ASEAN dengan negara-negara timur:
jemput Menteri-Menteri Luar negara-negara hadiri
perbincangan tentang kerjasama yang ingin diwujudkan
Kerjasama dalam bidang pendidikan
tubuh Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN
(SEAMO)
beri tumpuan ke arah kerjasama dalam semua bidang
bina Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik
(RECSAM)
Kerjasama ASEAN dalam bidang kebudayaan dan sosial
mengadakan festival kebudayaan dan kesenian
tubuh Tabung Kebudayaan ASEAN
mengadakan pertukaran rancangan televisyen dan radio
merapatkan hubungan melalui semangat kesukann
mengadakan Sukan SEA
mengadakan kerjasama dalam bidang pelancongan
mengistiharkanTahun Melawat ASEAN 1992
berbaik-baik dengan negara jiran sertai ASA /MAPHILINDO/
ASEAN

Sumbangan Malaysia kepada ASEAN .
hasilkan Deklarasi Kuala Lumpur dalam Mesyuarat
Menteri-Menteri Luar ASEAN
mengistiharkan ASEAN kawasan ZOPFAN
adakan mesyuarat bentuk Kerajaan Demokratik Campuran
Kampuchea
mesyuarat di K.Lumpur juga putuskan ASEAN Kawasan
bebas nuklear
cadangkan penubuhan EAEC / Perundingan Ekonomi Asi
Timur
mengadakan kerjasama tidak rasmi melalui ASEAN + 3
kerjasama dalam bidang pendidikan / SEAMO
tubuhkan Pusat Serantau utk Sains dan Matematik /
RECSAM di P.Pinang
tubuh Tabung Kebudayaan ASEAN / adakan festival
kebudayaan
mengadakan pertukaran rancangan televisyen dan radio
mengadakan Sukan SEA
mengadakan Tahun Melawat ASEAN

Sebab adakan hubungan yang baik dengan negara jiran
mengekalkan kestabilan politik di rantau Asaia Tenggara
bantu antara satu sama lain dlm bid. ekonomi
/sosial/kebudayaan
tingkatkan taraf hidup penduduk / kerjasama dalam bidang
pertanian / perdagangan /perindustrian
menyediakan latihan dan penyelidikan
menjamin keselamatan daripada ancaman luar / komunis
meningkatkan kerjasama dalam bidang pendidikan
memajukan sektor pelancongan
menyemarakkan lagi bidang kebudayaan

SEMOGA MEMBERI MANFAAT KEPADA CALON-
CALON SPM 2014 TERUTAMA CALON KOLEJ SULTAN
ABDUL HAMID 2014.

DISUSUN OLEH:
PN RODIAH MOHD YUNUS
(CKGRMY)
KOLEJ SULTAN ABDUL HAMID,
ALOR SETAR, KEDAH


53