Anda di halaman 1dari 42

ISI KANDUNGAN

TAJUK

M/S

ISI KANDUNGAN

BIODATA

PENGHARGAAN

PENGENALAN

OBJEKTIF

RASIONAL PROJEK

PERNYATAAN MASALAH

PENYELESAIAN MASALAH

12

PENCETUSAN IDEA / MENGUMPUL

14

MAKLUMAT
DESKRIPSI PROJEK

16

PROSES PEMBINAAN PROJEK

17

REFLEKSI

40

BIBLIOGRAFI

42

BIODATA PELAJAR

NAMA

: NOR HANNAN FATEHA BT MOHD


ADENAN

NO I/C

: 911110 06 5356

ASAL

: PEKAN, PAHANG

MAJOR

: RBT / PJ / BM

SEMESTER

: SEMESTER 8 PISMP

AMBILAN

: JANUARI 2011

PENGHARGAAN

Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya dapat
juga saya menyiapkan tugasan RBT 3162 ini dengan sempurna.

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah mata pelajaran ini, Encik
Kamarun Bin Ishak kerana telah banyak membantu sejak dari mula memberi tugasan sehingga
saya selesai melakukan tugasan ini. Tanpa bantuan daripada beliau, saya tidak akan dapat
menyelesaikan tugasan ini dengan lancar dan sempurna. Terima kasih sekali lagi di ucapkan.

Terima kasih juga di ucapkan kepada kedua ibu bapa saya yang telah membantu dari
segi memberi kemudahan kepada saya dalam melancarkan proses membuat tugasan ini. Saya
sangat hargai jasa mereka. Terima kasih juga kepada ahli kumpulan yang sama sama
menyiapkan projek serta tugasan ini dengan sempurna. Juga terima kasih kepada ahli kelas
yang memberi kerjasama dalam membantu bersama untuk melancarkan proses menyiapkan
tugasan serta menyiapkan projek yang diberikan dengan baik. kerjasama semua sangat di
hargai.

Akhir sekali ucapan ribuan terima kasih saya ini, kami tujukan kepada semua pihak
yang terlibat sama ada secara lansung atau pun secara tidak lansung. Kerana jasa kalian, saya
dapat menyiapkan tugasan ini tepat pada waktunya dengan lancar.

Semoga kalian di

murahkan rezeki dan hanya Allah sahaja mampu membalas jasa baik kalian. Sekian terima
kasih.

PENGENALAN

Mengikut Smith & Ragan, 1992, Reka Bentuk Pengajaran ialah proses memindah dan
menggunakan prinsip prinsip

pembelajaran dan pengajaran ke dalam satu bentuk

penerangan untuk bahan serta aktiviti pengajaran. Seorang guru harus mempunyai
pengetahuan dalam aspek Reka Bentuk terutama dalam pengajaran kerana tanpa perancangan
yang lengkap dan sistematik, seseorang guru tidak dapat mencapai keberkesanan dalam
pengajaran terutamanya dalam proses pemilihan dan pengaplikasian media pengajaran.

Terdapat banyak model reka bentuk pengajaran tetapi keseluruhannya mengandungi


beberapa aspek asas yang harus diikuti oleh semua pendidik. Menurut kamus Dewan Bahasa
reka cipta membawa maksud penghasilan suatu produk atau barangan baru atau
pengubahsuaian sesuatu produk yang sediaada, bagi memenuhi kehendak pengguna masa kini
dan akan datang .

Proses rekacipta berasaskan kepada gabungan tiga konsep iaitu minda, kemahiran
serta sikap atau nilai. Ketiga-tiga konsep ini digabungjalin bagi menyelesaikan sesuatu masalah
dengan melaksanakan aktiviti pencetusan idea, diterjemahkan ke dalam bentuk ilustrasi dan
dihasilkan semula dalam bentuk prototaip atau model.Reka cipta juga dihasilkan daripada idea
tersendiri atau diubahsuai dan mempunyai nilai-nilai komersial.

Reka cipta merangkumi bidang-bidang seperti grafik, reka bentuk perindustrian, tekstil,
fesyen, seramik, barangan logam halus,elektronik, reka bentuk bangunan/landskap dan ukiran.
Invensi adalah proses mereka atau memikir dan menghasilkan sesuatupenemuan baru dengan
daya usaha sendiri dengan cara melakukan aktivitieksperimen memikir dan menjalankan
penyelidikan.

Penglibatan daya fikir yang tinggi dan mendapat kepuasan pereka walaupun kadang
-kadang ia tidak mendapat nilai komersial. Inovasi adalah pengubahsuaian kepada produk
tersebut supaya ia menjadi lebih bertenaga atau bermakna. Inovasi terjadi setelah produk itu
direka cipta. Inovasi juga merupakan satu proses yang kompleks memperkenalkan idea baru
yang melibatkan usahawan dalam pembuatan produk. Ia juga menitikberatkan nilai praktikal
berbanding inovatif.

Melalui tugasan RBT 3162 dalam Proses Dan Kaedah Reka Bentuk, kami berdua di
dalam satu kumpulan telah melaksanakan satu inovasi bagi kegunaan harian. Tujuan utama
kami adalah untuk memudahkan pengguna yang rata ratanya menginginkan sesuatu yang
berbeza tetapi berguna. Selain itu juga, reka bentuk yang kami pilih mampu memjimatkan ruang
yang kami rasakan adalah salah satu masalah yang sering timbul dalam kalangan pengguna.

Berbalik kepada faktor utama reka bentuk yang mengatakan bahawa proses reka
bentuk dan reka cipta manusia dapat menyelesaikan masalah atau keperluan harian. Maka,
produk yang kami hasilkan dapat memenuhi kehendak dan keperluan pengguna. Kami melihat
hasil dari pemerhatian bahawa meja dan kerusi selalu menjadi masalah dalam penyusunan
untuk ruang serta menjadi masalah apabila terdapat meja yang tidak lengkap dengan kerusi.
Reka bentuk yang kami hasilkan ini adalah reka bentuk yang menggabungkan kedua dua meja
dan kerusi dalam satu reka bentuk.

Pelbagai perkara kami terapkan dalam hasil reka bentuk kami. Ini adalah bertujuan
untuk memastikan produk yang dihasilkan berjaya menepati citaras pengguna dan dapat
menambah baik produk yang sedia ada. Maka, kami berdua di dalam satu kumpulan
bersepakat untuk menghasilkan satu reka cipta yang diberi nama Table me Chair .

REKA BENTUK

TABLE ME
CHAIR

OBJEKTIF

Menjimatkan kos dalam membeli meja


dan kerusi kerana reka bentuk ini
menggabung kedua duanya sekali

Menjimatkan ruang di dalam kediaman


dan di setiap sudut.

Dapat dijadikan sebagai pemudah cara


kerana boleh bertukar fungsi dari meja
kepada kerusi dan dari kerusi menjadi
meja

RASIONAL PROJEK
7

Kelebihan projek ini adalah ianya boleh berubah menjadi meja dan juga boleh berubah
menjadi kerusi. Projek ini juga boleh menjimatkan ruang dalam kediaman dan menjimatkan kos
kerana tidak perlu membeli meja dan kerusi dalam harga yang berlainan.

Di setiap bahagian kami telah menitikberatkan iri keselamatan di mana tiada bucu tajam
yang boleh membahayakan pengguna. Kami telah menambah satu tempat khas dimana ruang
tersebut boleh menjadi laci meletakkan buku semasa menjadi kerusi dan menajdi tempat letak
buku di bahagian belakang kerusi semasa menajdi kerusi. Ini memudahkan pengguna untuk
menyimpan atau mengambil buku serta majalah di bahagian tersebut.

Table me Chair ini direka dalam keadaan yang kukuh serta menggunakan bahan
bahan yang tidak mudah rosak. Keadaan reka bentuk ini sangat stabil dan pengguna tidak perlu
khuatir untuk menggunakannya. Kami juga telah merekanya supaya pengguna mudah untuk
mengalih kedudukan produk ini. Table me Chair ini mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri
yang dapt menarik perhatian pengguna kerana warna yang digunakan boleh menimbulkan
suasana yang ceria.

PERNYATAAN MASALAH

PRODUK SEDIA ADA DI PASARAN

Saya telah membuat tinjauan produk sedia ada di pasaran sebelum mencipta inovasi ini.
Berikut adalah contoh produk yang sedia ada.

Masalah yang biasa terdapat pada produk yang sedia ada ;

Reka bentuk

Tidak tahan

Susah untuk

tidak

lasak

dialih

menarik

kedudukan

Penggunaan

Menggunakan

kos yang

ruang dan sudut

tinggi

yang besar

Melalui masalah yang terdapat pada produk sedia ada, saya telah membuat
penambaihbaikan pada produk tersebut untuk menggabungkan kedua dua kerusi dan
meja dan menjadi satu reka bentuk. Ini kerana kebanyakan produk sedia ada yang
terdapat di pasaran kebanyakannya menghadapi masalah sukar untuk dialihkan
kedudukan serta menggunakan ruang dan sudut yang besar. Prototaip bagi reka bentuk
yang kami cipta telah menangani masalah tersebut. Maka, terhasillah reka cipta yang
kami namakan Table me Chair.

Antara faktor faktor yang merumitkan pembuatan Table me Chair adalah :

10

Nilai nilai estetik

Binaan

Keteguhan dan

Kegunaan Table me

kestabilan

Chair

Kemasan

Keselamatan

PENYELESAIAN MASALAH

11

Berdasarkan masalah yang timbul di atas, kami telah membuat kajian untuk menyelesaikan
masalah tersebut. Masalah tersebut dapat diatasi dengan cara :

Reka bentuk yang menarik, ringkas dan mempunyai konsep yang tersendiri serta
penggunaan warna yang menarik
Tahan lasak dan bermutu tinggi
Saiz yang kecil mengikut permintaan semasa
Produk yang stabil dan kukuh
Ringan dan mudah dipindahkan pada bila bila masa

MANFAAT TABLE ME CHAIR


Antara kebaikan pembuatan Table me Chair adalah ;

Mudah dipindahkan ke setiap tempat atau sudut


Mudah digunakan
Tidak memerlukan ruang yang besar
Menjimatkan kos
Menjadi kemudahan yang memang diperlukan
Menarik perhatian pengguna
Senang digunakan
Menjimatkan ruang
Kos penghasilan yang rendah
Berpotensi untuk dipasarkan

POTENSI TABLE ME CHAIR

Boleh dipatenkan untuk tujuan komersial


Reka bentuk yang melibatkan inovasi

12

Antara potensi pembuatan Table me Chair ;

PENCETUSAN IDEA / MENGUMPUL MAKLUMAT


Setelah mengenalpasti masalah yang biasa timbul dalam kalangan pengguna, kami telah
memulakan aktiviti mengumpulkan maklumat dan data daripada meja dan kerusi yang sedia
ada. Maklumat dan data boleh digunakan untuk mengatasi sesuatu masalah.Data merupakan
13

maklumat terperinci mengenai sesuatu masalah yang boleh diperoleh daripada katalog,
lembaran spesifikasi, dan manual produk. Terdapat pelabagai cara untuk mengumpul
maklumat. Antaranya cara untuk mengumpul maklumat adalah ;

Pengalaman sendiri

situasi yang pernah dialami merupakan maklumat yang paling sesuai untuk mengumul data
dan makllumat.

Pembacaan

maklumat diperoleh daripada bahan bahan bacaan seperti penyelidikan akhbar, buku,
majalah, jurnal, dan risalah seperti Court Mammoth, Carrefour. Ikea dan sebagainya.

Soal selidik

mengedarkan kertas soal selidik yang berkaitan masalah yang dihadapi untuk diisi oleh
responden

Melayari internet

menggunakan enjin pencarian di internet.

Membuat pemerhatian di kedai kedai perabot

Mendapatkan bimbingan dan pandangan daripada pensyarah

Idea awal untuk mencipta sebuah tempat bagi menjimatkan ruang dalam kediaman tercetus
apabila melihat keadaan di beberapa tempat samada di sekolah atau di institut dimana susunan
kerusi dan meja tidak teratur malah susunan kerusi selalu tidak mengikut susunan meja. Ini
terjadi apabila meja disusun di sudut berlainan dan kerusi di sudut yang lain. Apa yang menjadi
masalah adalah apabila ingin menggunakan kerusi dan meja, pengguna akan mengadu susah
14

untuk mengangkat kerusi dan meja yang berlainan, malah, ruang yang digunakan juga terlalu
besar menyebabkan ada yang tidak muat untuk diletakkan di sesuatu tempat.

Setelah menitikberatkan beberapa aspek terutama dari segi ruang, kos dan masalah
masalah lain, kami membuat beberapa langkah mengikut urutan dalam mencipta produk ini.
Antara langkah yang kami tekankan adalah lakaran awal bagi idea reka cipta ini. Terdapat tiga
lakaran awal yang kami buat berdasarkan masalah masalah yang dihadapi serta cara
mengatasinya. Melalui tiga lakaran tersebut, kami rangkumkan sekaligus segala penyelesaian
masalah dalam satu reka cipta.

Antara ketiga tiga lakaran yang telah kami lakukan, kami telah memilih lakaran kedua
kerana bagi kami, lakaran ini telah menjawab segala permasalahan yang berlaku dalam
kalangan pengguna. Ini kerana, lakaran kedua tersebut sangat menjimatkan ruang dan sesuatu
sudut. Reka bentuk lakaran kedua juga dapat menjimatkan kos kerana dua bahan telah
digabungkan menjadi satu dan akan dipasarkan cuma dalam satu harga. Reka bentuk ini juga
menekankan aspek keselamatan kerana kami rasakan reka bentuk kedua sangat stabil dan
selamat untuk pengguna bagi setiap peringkat umur.

Kesimpulannya adalah, kami telah memilih lakaran reka bentuk kedua untuk
diaplikasikan sebagai projek untuk tugasan RBT 3162. Reka bentuk ini kami pilih berdasarkan
persetujuan antara kami berdua serta bimbingan dan pandangan daripada pensyarah.

15

DESKRIPSI PROJEK

Table me Chair dihasilkan bertujuan bagi memudahkan penggunaan kerusi dan meja.
Reka bentuk ini juga sangat menjimatkan kos, menjimatkan ruang dan sudut malah senang
dialihkan kedudukannya. Projek ini sesuai bagi semua pengguna tidak kira umur kerana ciri
ciri keselamatan ditekankan dalam projek ini. Saiz projek ini dibuat dalam bentuk prototaip dan
saiznya adalah 60 cm lebar, 60 cm panjang dan 60 cm tinggi. Saiz ini adalah amat sesuai
dengan projek berdasarkan beberapa pemerhatian dan tinjauan yang dibuat melalui internet
dan buku serta majalah inovasi.

Kelebihan projek ini adalah ianya bukan sahaja mudah dialih kedudukan malah
menjimatkan ruang dan sudut yang selalu menjadi masalah bagi para pengguna yang ingin
mendekorasi ruang kediaman atau sesuatu sudut. Projek ini menggabungkan kedua dua
benda iaitu kerusi dan meja di mana projek ini boleh menjadi meja dan boleh menjadi kerusi.
Projek ini juga dimasukkan dengan rak buku yang menambahkan lagi kelebihan bagi reka
bentuk ini. Ini dapat dilihat apabila menjadi meja, rak buku berada di bawah meja manakala
apabila menjadi kerusi, rak buku berada di belakang tempat duduk. Ciptaan ini adalah
penambahbaikan daripada produk yang sedia ada di pasaran.

Namun begitu, terdapat sedikit kelemahan di mana projek ini apabila menjadi meja, tidak
terdapat kerusi untuk pengguna duduk. Ini kerana, ia akan menjadi sebuah meja sahaja tanpa
kerusi. Penambahbaikan yang boleh dilakukan adalah dengan menambah satu bangku kecil
yang boleh digunakan semasa projek ini menjadi meja malah bangku kecil itu boleh disorokkan
semasa menjadi kerusi.

16

PROSES
PEMBINAAN
PROJEK

17

CARTA GANTT
Jadual kerja:
PERKARA/MINGGU

Perbincangan pensyarah
pelajar
Mengenalpasti masalah

Perkembangan idea

Pemilihan idea terbaik

Menyediakan lukisan perisian


CAD
Susun atur dan merancang
kerja
Penyediaan bahan
Pembinaan dan pemasangan
projek
Kemasan
Pendokumentasian
Persembahan
Penyerahan folio

18

JENIS-JENIS ALATAN DAN BAHAN YANG DIGUNAKAN

JENIS-JENIS ALATAN

BIL.

NAMA ALATAN

Pembaris Keluli

KEGUNAAN

Kegunaan : Mengukur dan


memindahkan jarak

1.

Saiz : 30 cm dan 15 cm
Binaan : Dibuat daripada keluli

Pita Pengukur

Kegunaan : Mengukur jarak


Saiz : 3 M dan 6 M

2.

Gergaji Tangan

Kegunaan : Untuk memotong


kayu, papan, papan lapis dan
19

2.
MDF
Saiz : Ditentukan oleh panjang
bilahnya

dan

bilangan

gigi

dalam setiap 25mm

Tukul Kuku Kambing

Kegunaan : Untuk mengetuk


paku dan mencabut paku

3.

Saiz : Ditentukan oleh berat


kepalanya

Pahat rata / Pahat tepi serong


4.

Kegunaan : Untuk membuat


parit

dan

lurah

serta

meratakan dasarnya.
Saiz : Ditentukan oleh lebar
matanya

20

5.

Apit G

Kegunaan : Mengapit papan


projek pada meja ketika kerja
memotong dan menggerudi
Saiz : Terdapat dalam saiz
seperti 1' dan 6"

6.

Mesin Gergaji Jig


Kegunaan: Memotong garisan
lurus atau bentuk lengkung
pada bahan

21

7.

Gandin Kayu
Kegunaan : Untuk mengetuk
hulu pahat atau menanggalkan
cantuman papan projek

22

JENIS-JENIS BAHAN

Pemilihan bahan perlulah dipertimbangkan ketika membuat perancangan pembinaan


projek. Hal ini adalah bagi memastikan bahawa bahan yang digunakan itu sesuai dengan
ketahan projek dan bernilai komersial.
Dibawah adalah antara bahan yang digunakan untuk pembinaan projek Table Me
Chair:

BIL.

NAMA BAHAN

KEGUNAAN

Papan Lapis
1.

Kegunaan : Untuk membuat


dinding bilik, perabot, pintu,
rak dan kotak

23

2.

Kayu

Kegunaan : Dijadikan kaki


meja dan kerusi

3.

Round Stick

Kegunaan : Untuk membuat


rak meletak buku

24

4.

Paku Kepala Rata

Kegunaan

Untuk

mencantumkan dua keping


papan atau kayu
Saiz

ditentukan

oleh

Panjang batangnya

5.

Syelek

Kegunaan

mecantikkan

kayu

untuk
dan

melindungi permukaan kayu

6.

Glu PVA

Kegunaan

Untuk

melekatkan

dua

keping

bahan secara kekal

25

7.

KTH Woodfiller
Kegunaan

untuk

menyumbat liang-liang kayu

8.

Kertas Las
Kegunaan

Untuk

melicinkan permukaan yang


kasar

26

KUANTITI BAHAN YANG DIGUNAKAN

BIL.

NAMA BAHAN

UKURAN

KUANTITI

1.

Papan lapis

60cm x 60cm x 2cm

2.

Kayu

2cm x 60cm x 2cm

2cm x 53cm x 2cm

2cm x 46cm x 2cm

2cm x 25cm x 2cm

2cm x 18cm x 2cm

1cm x 60cm x 1cm

3.

Round stick

60cm

4 batang

4.

Paku Kepala Rata

Mengikut saiz kayu

30 Gram

5.

Syelek

Mengikut saiz projek

1/5 Tin

27

6.

Glu PVA

Mengikut saiz Round

1/5 Botol

Stick

7.

KTH Woodfiller

Mengikut saiz projek

8.

Kertas Las

30cm x 20cm

1/5 Tin

3 Keping

28

KOS PROJEK
1. Pengiraan kos projek ini adalah bertujuan untuk mengetahui jumlah kos produk yang
akan dihasilkan.
2. Ianya juga bertujuan untuk menentukan harga barang bagi tujuan pemasaran.
3. Kos pengeluaran mengandungi tiga aspek:
a. Kos Bahan
Kos bahan mentah untuk projek.
b. Kos Upah
Kos bayaran kepada tenaga kerja untuk menyiapkan projek.
c. Kos Overhed
Perbelanjaan lain selain kos bahan dan kos upah seperti kos bayaran bil
elektrik dan pengangkutan.
4. Kos pengeluaran dikira dengan menggunakan formula seperti yang berikut:

Kos Pengeluaran = Kos Bahan + Kos Upah + Kos Overhed + Kos Keuntungan

29

ANGGARAN KOS PROJEK

Perkiraan secara kasar kos projek pembinaan Table Me Chair

1) Kos Bahan

BIL.

BAHAN

HARGA
SEUNIT

1.

Papan lapis

RM 10.00

2.

Kayu

RM 5.00 = 1
Batang

KUANTITI

60cm x 60cm x 2cm = 2

2cm x 60cm x 2cm = 8

HARGA(RM)

RM 20.00

RM 10.00

2cm x 53cm x 2cm = 2


2cm x 46cm x 2cm = 2
2cm x 25cm x 2cm = 2
2cm x 18cm x 2cm = 2
1cm x 60cm x 1cm = 2
3.

Round Stick

RM 3. 00 = 1
Batang

60cm = 4

4.

Paku Kepala
Rata

RM 16.00 = 1
Kilogram

Mengikut saiz kayu

5.

Syelek

RM 38.00 = 1
Tin

Mengikut saiz projek

6.

Glu PVA

RM 8.00 = 1
Botol

Mengikut saiz Round

RM 3.00

RM 0.50

RM 7.60

RM 1.60

30

Stick

7.

KTH Woodfiller

RM 3.50 = 1 Tin

8.

Kertas Las

RM 0.50 = 1
Keping

Mengikut saiz projek

30cm x 20cm

JUMLAH

RM 0.70

RM 1.50

RM 44.90

2) Kos Upah
= 2 Orang x RM 2.00 x 7 Jam
= RM 28

3) Kos Overhed
= Kos Elektrik + Kos Pengangkutan
= RM0.30 X 7 Jam
= RM 2.10
4) Kos Keuntungan
= RM 10

JUMLAH KESELURUHAN = KOS BAHAN + KOS UPAH + KOS OVERHED + KOS UNTUNG
= RM 44.90 + RM 28 + RM 2.10 + RM 10
= RM 85

31

PEMBINAAN PROJEK

1. MENGUKUR DAN MENANDA

Ukur panjang bahan

Ukur lebar bahan

Mengukur dan menanda berdasarkan maklumat dan saiz yang telah


ditetapkan ke atas projek

2. PROSES MEMOTONG
32

Memotong kayu dan bahan kepada ukuran yang dikehendaki dengan


menggunakan mesin gergaji jig.

33

3. PROSES MEMBINA DAN MENCANTUM

Membina dan mencantumkan bahan-bahan projek mengikut saiz yang telah ditetapkan.

34

35

4. PROSES KEKEMASAN
Menggunakan mesin Sanding dan kertas las untuk membuat kekemasan ke atas projek.
Selain itu, KTH Woodfiller juga digunakan untuk menutup ruang-ruang kayu. Selepas itu
syelek digunakan sebagai mengakhiri kekemasan ke atas projek.

36

37

38

HASIL PROJEK

REFLEKSI
39

Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Illahi dengan limpah kurnianya dapat saya
menyiapkan projek serta tugasan RBT 3162 pada waktu yang ditetapkan. Pada semester lapan
ini, saya telah ditugaskan untuk menghasilkan satu projek inovasi mengikut kreativiti masing
masing. Tugasan ini adalah tugasan berpasangan. Selain daripada projek yang dihasilkan, saya
perlu mendokumentasikan hasil projek tersebut.

Pada awal pemberian tugasan, pensyarah telah menerangkan kepada saya dan ahli
kelas yang lain berkaitan tugasan ini. Menurut pensyarah, kami perlu menghasilkan satu projek
berdasarkan idea sendiri. Pada awal tugasan ini, saya bersama rakan kumpulan telah mencari
beberapa hasil projek yang sedia ada melalui pencarian internet. Masalah timbul apabila
pensyarah tidak bersetuju dengan reka bentuk

yang saya cadangkan. Saya sudah tidak

mempunyai idea lain untuk dihasilkan menjadi projek. Namun, cadangan dan pandangan
pensyarah serta bantuan dari rakan kumpulan, saya telah menemui satu reka bentuk yang saya
rasakan mudah tetapi sangat kondusif untuk pengguna.

Semasa proses menyiapkan projek dan tugasan, saya telah mencadangkan kepada
rakan kumpulan untuk menghasilkan dahulu projek tersebut sebelum dokumenatsikannya. Ini
kerana, masalah timbul apabila kekangan masa menyebabkan saya khuatir tidak dapat
menyiapkan projek kayu yang telah diberikan. Masalah yang timbul adalah saya dan rakan di
semester lapan padat dengan pembentangan kajian tindakan serta amali Autocad. Saya sangat
khuatir tidak dapat menyiapkan projek saya tepat pada masanya. Namun, bantuan daripada
pensyarah dengan memberikan keizinan dari segi masa dan tempat untuk menyiapkan tugasan
ini telah menyebabkan saya serta ahli kumpulan dapat menyempurnakan projek Table me Chair
dengan baik. Terima kasih kepada pensyarah atas jasa dan bantuan beliau.

Selain itu juga, masalah lain timbul semasa proses menyiapkan projek Table me Chair
ini, saya menghadapi masalah dalam menyambung projek saya. Ini kerana, kayu yang kami
gunakan menghadapi masalah seperti pecah apabila saya cuba memakunya. Ini menyebabkan
40

saya hilang keyakinan untuk menyambung kerja saya. Namun, bantuan daripada rakan kelas
yang lain dalam membantu menunjukkan cara yang betul untuk menyambung kayu tersebut
dapat menjadikan saya yakin dan bersemangat untuk menyiapkan projek. Akhirnya, saya dapat
menyambung bahan bahan tersebut menjadi satu projek seperti yang dirancang.

Proses terakhir dalam menghasilkan projek ini adalah proses kemasan. Semasa proses
membuat kemasan, sekali lagi saya dan ahli kumpulan yang lain menghadapi masalah semasa
saya sedang menyapu syelek. Ini kerana, syelek yang saya sapukan tersebut menjadi berketul
ketul. Namun, pensyarah telah memberikan pandangan kepada saya untuk menyapu semula
projek kami menggunakan kertas pasir dan membuat sapuan syelek kali kedua. Akhirnya saya
dapat menyapu syelek dengan kemas ke atas projek saya.

Setelah projek Table me Chair telah disiapkan, saya dan ahli kumpulan bertungkus
lumus menyiapkan dokumentasi bagi hasil projek kami. Masalah timbul apabila terdapat
beberapa kos bahan yang menjadikan saya serta ahli kumpulan keliru. Namun, bantuan dan
tunjuk ajar dari rakan lain yang memberikan pandangan telah membantu kami dalam
menyiapkan pendokumentasian untuk tugasan RBT 3162 ini.

Secara kesimpulannya, sepanjang saya menyiapkan tugasan projek RBT 3162 ini,
terdapat pelbagai ilmu dan pengetahuan yang saya dapat seperti menepati masa, merancang
dengan baik dan sebagainya. Ilmu inilah yang saya akan gunakan untuk menjadi guru yang
berdedikasi serta cemerlang. Cabaran yang saya hadapi juga mampu memberikan pengalaman
yang terbaik untuk saya. Ini kerana, guru yang terbaik adalah melalui pengalaman. Terima kasih
kepada semua yang terlibat sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Terima kasih.

BIBLIOGRAFI

41

http://kemahiranhidupshaniza.blogspot.com/2009/08/tanggam-kayu.html
http://www.freewebs.com/khbsatu/rbt.htm
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tanggam
http://www.scribd.com/doc/11520699/TANGGAM
http://www.scribd.com/doc/12853074/kayu
http://www.scribd.com/doc/19486729/ALATAN-MENANDA
http://www.scribd.com/doc/28743412/laporan-amali-kayu
http://teknologibahandanpembuatan.blogspot.com/2010/06/makluman-pgsr.html

42