Anda di halaman 1dari 20

PERKAITAN TEORI TEORI LUAR NEGARA

DENGAN
PERBEZAAN PERKEMBANGAN
KANAK-KANAK LELAKI DAN PEREMPUAN

























1.0 Pengenalan
Pendidikan prasekolah mula berkembang di Eropah pada abad ke 19 dan di
Amerika pada abad ke 20. Ahli-ahli Falsafah Eropah yang terkenal seperti
Johann Heinrich Pestalozzi, Friedrich Froebel dan Maria Montessori. Froebel
adalah orang pertama mendirikan tadika di dunia iaitu di Negeri Jerman pada
tahun 1837 dan menamakan tadika itu Kindergarten yang bermaksud
Garden of Children. Prasekolah pertama didirikan di United Kingdom
ditubuhkan oleh Robert Own pada tahun 1816 di Daerah Scotland dan diberi
nama The Infant School.Manakala Amerika Syarikat, Prasekolah pertama
didirikan pada tahun 1850 oleh Carl Schruz dan pada tahun 1860, Elizabert
Peabody membuka tadika di Boston.
Penubuhan prasekolah di Eropah dan Amerika Syarikat tertumpu kepada
kanak-kanak dari golongan yang berada sahaja. Manakala kanak-kanak yang
miskin terbiar dan tidak mendapat pendidikan awal. Di ASEAN, pendidikan
prasekolah bermula selepas peperangan Dunia Kedua. Pada tahun 1900an,
prasekolah mula ditubuhkan di Filipina, Singapura dan Thailand sahaja.
Manakala di Malaysia, perkembangan pendidikan prasekolah bermula pada
tahun 1940 an.Sejarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak bermula pada era
1950-an didorong oleh sistem pendidikan British dan hanya dimonopoli oleh
golongan yang berkemampuan sahaja kerana pendidikan jenis ini
memerlukan kos yang tinggi untuk membiayainya dan mendapat perhatian
yang lebih serius pada tahun 1984.
Konsep pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia adalah mengikut dua
peringkat berdasarkan tahap umur kanak-kanak. Peringkat yang pertama
ialah Taman Asuhan Kanak-kanak atau Taska untuk kanak-kanak yang bawah
4 tahun.Peringkat kedua ialah Prasekolah atau Tadika untuk kanak-kanak
yang berumur 4 hingga 6 tahun. Tadika adalah sebenarnya untuk Taman
Didikan Kanak-kanak. Bagi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan
Jabatan Perpaduan, mereka menamakan program awal kanak-kanak sebagai
Taman Bimbingan Kanak-kanak atau pun Tabika secara ringkas.
Oleh itu Pendidikan Prasekolah adalah satu program yang menyediakan
pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun
dalam jangka masa satu tahun sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah
formal. Walaubagaimanapun, di malaysia terdapat prasekolah jenis kerajaan
iaitu KEMAS dan prasekolah bukan jenis kerajaan. Contohnya Tadika Premier
Montessori Bruang Heights di Melaka yang mengunakan sepenuhnya
pendekatan model montessori dalam sesi pembelajaran dan pengajaran.


2.0 Perkaitan Model-Model Prasekolah Luar Negara Dengan Perbezaan
Kanak-Kanak Lelaki Dan Kanak-Kanak Perempuan

2.1 Model Montessori

Model Montessori telah dipelopori oleh Maria Montessori. Beliau dilahirkan di
Chiaravalle, Itali pada tahun 1870 dan pada tahun 1896, beliau telah
menamatkan pengajiannya dalam bidang perubatan seterusnya beliau
menjadi seorang doktor wanita pertama di Itali. Maria Montessori terkenal
kerana penglibatan beliau dalam pendidikan kanak-kanak. Disamping itu juga,
beliau dicalonkan untuk anugerah Nobel Peace Prize sebanyak 3 kali iaitu
pada tahun 1949, 1950 dan 1951. Minatnya terhadap pendidikan timbul
apabila beliau bertugas mengendalikan kanak-kanak yang mengalami
kecacatan. Akhirnya beliau mendapati kaedah pengajaran yang digunakan
dapat di aplikasikan kepada kanak-kanak yang mengalami masalah
kecacatan.Walaubagimanapun beliau telah meninggal dunia di Belanda pada
tahun 1952 namun perjuangannya masih diteruskan lagi melalui Association
Montessori Internationale (AMI) di Amsterdam, Netherlands sehingga kini.
Matlamat program ini adalah sebagai satu pembentukan individu yang
menekankan intelektual secara umum terhadap sesuatu subjek. Disamping itu
juga, pengurusan bahan dengan mengunakan bahan yang konkrit yang dibina
khusus untuk mengajar. Antara prinsip-prinsip terpenting Montessori adalah
melalui pendekatan individu, kepentingan tugas kehidupan yang sebenar dan
kurikulum berteraskan urutan-urutan sesuatu aktiviti tertentu. Selain itu,
model yang mengunakan tiga bentuk kurikulum iaitu menekankan aktiviti
amali dalam sesi pembelajaran dan pengajaran, mengunakan peralatan
sensorial untuk membantu perkembangan dan seterusnya melibatkan
konseptual dan juga peralatan akedemik untuk memudahkan pengajaran
dapat disampaikan dengan berkesan kepada kanak-kanak.
Oleh itu, guru-guru dilatih supaya menjadi seorang pemerhati yang teliti
kepada keperluan kanak-kanak serta menyediakan persekitaran yang
membimbing kanak-kanak untuk mudah menguasai kemahiran yang dibina
daripada pengalaman sebelumnya sekaligus membentuk asas tahap
kemahiran berikutnya. Disamping itu juga kanak-kanak digalakkan untuk
memilih aktiviti yang diminati, mengikuti urutan tertentu dalam penggunaan
bahan bagi setiap aktiviti yang dijalankan, serta mempraktikkan aktiviti
supaya dapat mengekalkan pembelajaran.Di samping itu juga, Beliau percaya
bahawa pengalaman sangat penting dalam pendidikan kanak-kanak serta
kanak-kanak perlulah terlibat dalam aktiviti yang dapat memberi peluang
untuk mengendalikan bahan-bahan untuk menyelesaikan tugasan yang
diberikan.
Konsep ini berkenaan dengan pengalaman membantu pembelajaran
berdasarkan pada idea bahawa kanak-kanak meniru realiti dengan cara
memerhati serta mengikut demonstrasi. Menurut Albert Bandura, kanak-
kanak belajar dari pemerhatian. Melalui keadah ini pembelajaran kanak-
kanak itu lebih bermakna dan mengembirakan. Dengan peninggalan
Montessori iaitu kepercayaan pada kepentingan setiap individu,
penegasannya pada kepentingan penglibatan kanak-kanak dengan bahan-
bahan ciptaanya. Oleh itu, kanak-kanak boleh memilih ataupun melibatkan
diri dalam aktiviti sendiri tanpa belajar pada penglibatan kumpulan atau
proses demokratik.
Menurut penulis, pendekatan yang digunakan oleh model montessori lebih
berpihak kepada kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan. Hal ini
kerana pendekatan ini lebih kepada bermain sambil belajar serta
mengunakan alatan bantu mengajar yang mengunakkan deria serta
bersesuaian dengan kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak
perempuan. Seterusnya, hasil daripada pendekatan ini membantu kanak-
kanak untuk membentuk personaliti kanak-kanak dimana personaliti
melambangkan ciri-ciri keperibadian seseorang termasuk gaya bercakap,
tingkahlaku, gaya berfikir, gaya bertindak dan gaya bekerja kanak-kanak.
Selain itu, dengan adanya kawalan orang dewasa sangat minimal. Guru
memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk meneroka pengalaman baru
serta guru memerhati kanak-kanak dari jauh dan hanya melibatkan diri
sewaktu membuat demonstrasi kepada kanak-kanak tentang bagaimana
menggunakan alat-alat atau bahan yang baru. Dengan ini,kanak-kanak dapat
mengukuhkan lagi kemahiran sedia ada serta mengalakkan kebolehan kanak-
kanak berfikir secara kritis.

2.2 Model Reggio Emilia

Seterusnya model pendekatan Reggio Emilia. Pendekatan ini diasaskan di
Reggio Emilia yang terletak di Utara Itali dibawah bimbingan Loris Malaguzzi
dengan bantuan guru-guru lain dan ibubapa. Kerjasama ini telah membentuk
satu sistem pendidikan untuk kanak-kanak pada peringkat awal iaitu 4 bulan
hingga 6 tahun di bandar tersebut.(Prof.Madya Dr.Rohani Abdulah,
2007) Loris Malaguzzi mengatakan bahawa kanak-kanak keperluan khas
diberi keutamaan bagi menghadiri sekolah ini. Sekolah ini berasaskan prinsip
Sosial Konstructivis seperti Dewwy, Montessori, Piaget dan Vygotsky.
Pendekatan ini mengunakan tumpuan pendidikan yang berbeza kerana ia
memberi tumpuan terhadap potensi setiap kanak-kanak bukan secara umum
serta melihat pembelajaran kanak-kanak dalam konteks sistem yang
menyeluruh iaitu keluarga, rakan sebaya, persekitaran sekolah, komuniti dan
masyarakt luar. Seterusnya guru sedar akan potensi setiap kanak-kanak
dibawa seliaan serta berperanan untuk membina pengajaran dan
persekitaran bagi mengalakkan pengalaman dan pembelajaran kanak-kanak.
Melalui program ini, ibubapa dilibatkan dalam pengajaran dan pembelajaran,
perancangan program serta pengurusan prasekolah.
Disamping itu juga, ia menyediakan program kesihatan yang meliputi
perubatan, pergigian, kesihatan mental dan perkhidmatan makanan bagi
kanak-kanak prasekolah serta mengajar kanak-kanak cara-cara untuk
menjaga kesihatan diri dan pentingnya memakan makanan yang sesuai dan
cara menjaga gigi sendiri. Dalam pembelajaran setiap orang kanak-kanak
menerima pelbagai pengalaman individu untuk memupuk perkembangan
sosial, intelek, fizikal dan emosi. Malah program ini membantu keluarga
berusaha secara diri sendiri untuk meningkatkan kualiti kehidupan. Oleh hal
yang demikian persekitaran fizikal diwujudkan untuk menimbulkan daya
tarikan dan keseronokan yang boleh diwujudkan hubungan kemanusiaan dan
mengalakkan pembelajaran.
Model ini juga berasaskan kepada beberapa prinsip iaitu kanak-kanak
harus mempunyai kawalan bagi pembelajarannya, kanak-kanak perolehi ilmu
dan meneroka perkara yang baru melalui pengalaman menyentuh, bergerak,
melihat, dan mendengar. Kanak-kanak dapat menjalinkan hubungan
dikalangan mereka dan mendapat kebebasan untuk mengekspresikan diri
setiap kanak-kanak. Seterusnya ruang-ruang yang digunakan untuk
mengalakkan komunikasi penyusunan ruang dapat mengalakkan kanak-kanak
berkerja dalam kumpulan. Ini kerana ia dapat mengalakkan kanak-kanak
untuk peneroka sendiri, membuat penemuan, menyelesaikan masalah dan
kanak-kanak boleh membuat pemililhan tersendiri.
Standard pembelajaran lebih kepada berasaskan projek dan berdasarkan
minat kanak-kanak itu sendiri. Kurikulum berasaskan projek akan membawa
kanak-kanak berkerja dalam kumpulan kecil untuk meneroka sesuatu konsep
dan dijalankan dalam masa yang singkat atau lama. Oleh itu, terdapat bengkel
atau studio khas untuk mendokumentasikan hasil kerja mereka dan setiap
projek yang dijalankan merupakan hasil daripada persoalan-persoalan yang
dikemukakan oleh kanak-kanak.
Oleh hal yang demikian, menurut penulis pendekatan dan pembelajaran ini
lebih memberi tumpuan kepada kanak-kanak lelaki berbanding daripada
kanak-kanak perempuan. Hal ini disebabkan tahap kecerdasan kanak-kanak
lelaki lebih tinggi berbanding dengan kanak-kanak perempuan. Kanak-kanak
lelaki lebih banyak mengunakan ruang dan persekitaran. Galton (1865),
Alfred Binet dan Saimon serta Teman (1961) menyatakan individu berbeza
dari segi kecerdasan. Dalam masa yang sama dapat di kategorikan untuk
kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan. (Razali, 2004) Witkin 1940
telah mengenalpasti dua gaya kognitif iaitu gaya belajar bergantung latar dan
latar bebas. Kanak-kanak perempuan hanya memerlukan persekitaran yang
sederhana bersesuaian dengan tahap kecerdasan kanak-kanak yang lemah
lembut.
Hal ini kerana naluri lelaki lebih kepada aktiviti lasak, suka bermain, lebih
kepada bertukang dan memerlukan aktiviti yang mencabar untuk membina
jati diri kanak-kanak lelaki. Di Malaysia tidak dinafikan lagi dalam sesebuah
prasekolah, kanak-kanak lelaki tidaklah menonjol dari segi keputusan
penilaian kognitif sepanjang tahun disebabkan sistem pendekatan dan teknik
pengajaran yang lebih berpihak kepada kanak-kanak perempuan serta kurang
memberi perhatian kepada kanak-kanak lelaki.

2.3 Model Bank Street

Pendekatan Bank Street development intercaction diasaskan untuk Head
Start dan program Follow Through oleh Elizabeth Gilkeson& associates di
New York. Program ini berdasarkan falsafah Kolej Pendidikan Bank Street, di
New York. Kurikulumnya berdasarkan kepada individu mengikut peringkat
perkembangan individu. Program ini lebih kepada pembelajaran secara
berinteraksi. Dari segi interaksi dengan orang lain program ini mempercayai
bahawa kanak-kanak dapat belajar dengan lebih berkesan melalui interaksi
dengan rakan sebaya dan orang dewasa dalam persekitaran yang dibentuk
untuk menyediakan pelbagai kegiatan.
Seterusnya, program ini berdasarkan kepada falsafah dan usaha yang
bersungguh-sungguh untuk memupuk perkembangan intelek dan sosio emosi
kanak-kanak prasekolah. Penekanan diberi kepada kemahiran kognitif,
penghargaan kendiri, identiti, kecekapan kendiri, desakan hati, keyakinan diri,
reka cipta, produktiviti, autonomi dan hubungan dengan orang lain.
Disamping itu juga guru membuat penilaian yang berterusan terhadap
kemajuan kanak-kanak dan menyediakan aktiviti yang selari dengan
penilaian.
Disamping itu juga model ini mengunakan pendekatan pelbagai bahan
pembelajaran disediakan untuk kanak-kanak yang di inovasikan oleh guru itu
sendiri. Dalam masa yang sama guru haruslah peka terhadap alat bantu
mengajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di jalankan dalam bilik
darjah. Pendekatan ini juga menyediakan buku-buku bergambar dan mudah
difahami oleh kanak-kanak. Kanak-kanak juga akan berlaksanakan aktiviti
secara individu dan berkumpulan bersama dengan orang dewasa.Bukan itu
sahaja, model ini juga mengunakan pendekatan tematik serta pembelajaran
berdasarkan tema dijalankan dengan menyepadukan aspek kurikulum.
Seterusnya pemilihan tema adalah berasaskan perkara-perkara yang
diminati oleh kanak- kanak, pembelajaran berdasarkan sumber yang ada serta
membawa kepada aktiviti dan perbincangan. Selain itu ia berkaitan dengan
kanak-kanak dan boleh difahami oleh kanak-kanak . Ini akan membantu
perkembangan pembelajaran konsep idea yang lebih luas serta bersesuaian
mengikut peringkat umur kanak-kanak. Disamping itu, melalui interaksi
dengan rakan sebaya dan orang dewasa menghasilkan pembelajaran yang
berkesan.
Menurut penulis, model ini lebih kepada interaksi pembelajaran dan
pembelajaran yang bertema. Masyarakat Asia menganggap kanak-kanak lelaki
mesti berani, dianggap ketua keluarga, harapan yg tinggi. Namun
kenyataanya, di sekolah murid lelaki lebih nakal dan kurang berdisiplin,
manakala murid perempuan lebih rajin dan berdisiplin serta berjaya dalam
pelajaran. Aktiviti pengajaran harus disesuaikan dengan perkembangan
jantina. Hal ini disebabkan tahap perkembangan fizikal, kognitif, emosi dan
sosial kanak-kanak lelaki lambat 2 tahun daripada kanak-kanak perempuan
sebelum akil baligh dan selepas akil baligh perkembangan mereka hampir
sama.
Maccoby dan Jacklin (1974) kecergasan lisan kanak-kanak perempuan
lebih baik daripada kanak-kanak lelaki, manakala kanak-kanak lelaki lebih
kepada kecerdasan ruang. Oleh itu, kanak-kanak perempuan lebih mudah
untuk berinteraksi degan orang lain. Lebih-lebih lagi perempuan akronim
dengan suka membebel, suka bergosip dan sebagainya. Model ini lebih
berpihak kepada kanak-kanak perempuan berbanding daripada kanak-kanak
lelaki. Namun demikian, model ini akan berpihak kepada kanak-kanak lelaki
sekiranya guru memilih tema yang bersesuaian dengan naluri kanak-kanak
lelaki. Contohya, tema kenderaan, robot dan sebagainya.







2.4 Model Cognitively Oriented Program

Model Cognitively Oriented Program telah diasaskan oleh David Weikart dan
Associates di Institute High Scope di Ypsilanti, Michigan. Model ini
mengunakan pendekatan yang memberi penekanan kepada perkembangan
kognitif kanak-kanak. Pendekatanya menjurus kepada tahap perkembangan
kognitif kanak-kanak yang bersesuaian. Selain itu, melatih kanak-kanak
bagaimana untuk mengurus masa dengan baik dan menginteprestasikan
hubungan diantara objek dengan peristiwa persekitaran.
Seterusnya pendekatan yang digunakan adalah dengan berorentasikan
bilik darjah dibahagikan kepada sudut-sudut dengan setiap sudut. Oleh itu
setiap sudut dilengkapi dengan peralatan yang bersesuaian dengan tahap
kanak-kanak dan setiap peralatan tidak membahayakan kanak-kanak. Sudut
bilik darjah terdiri daripada sudut rumah tangga, sudut blok, sudut lukisan,
sudut senyap, kawasan lapang ataupun luas, sudut binaan, sudut muzik dan
gerakan, sudut permainan pasir dan air serta sudut binatang dan tanaman.
Selain itu, terdapat beberapa bidang utama yang digunakan oleh
pendekatan model ini. Antaranya adalah melalui pembelajaran aktif dan
bercerita dengan pengalaman kanak-kanak. Kanak-kanak berpeluang belajar
secara aktif dengan cara pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna.
Disamping itu juga, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dengan kaedah
bercerita pengalaman-pengalaman yang sudah berlalu. Contohnya
pembelajaran ataupun pengalaman lepas. Seterusnya dengan mengambarkan
pengalaman-pengalaman dan idea, membuat klasfikasi, membuat seriasi,
konsep nombor, hubungkait yang berkaitan dengan ruang dan memahami
unit-unit masa dan menyusun urutan-urutan peristiwa.
Kanak-kanak dibiarkan melakukan aktiviti dengan sendiri. Contohnya
mereka akan diberikan plastisin untuk diterokai dan dimanipulasikan. Guru
hanya sebagai pemerhati dan hanya memperkenalkan sesuatu bahan tersebut
kepada kanak-kanak. Model ini berlandaskan lapan bidang dalam pendekatan
iaitu pembelajaran akitif dimana kanak-kanak belajar sendiri termasuklah
melalui deria, memanipulasikan, mencantum dan sebagainya. Meningkatkan
bahasa kanak-kanak dengan mengalakkan kanak-kanak bercakap dengan
orang lain tentang pengalaman bermakna serta mengambarkan pengalaman
dan idea dengan mengecam pergerakkan dan suara, main peranan dan
melukis.
Disamping itu, membuat klasifikasi dari perkara yang mudah sehingga
perkara yang susah serta membuat seriasi iaitu menyusun objek, membuat
perbandingan mengikut urutan. Selain itu, pendekatan melalui konsep
nombor yang merupakan asas kepada matematik berasaskan pengalaman
konkrit serta hubung kait dengan ruang iaitu kanak-kanak digalakkan
memasang benda, mengasingkan benda, menyusun semula dan membentuk
semula objek. Seterusnya kanak-kanak mampu memahami unit-unit masa dan
menyurun urutan-urutan masa.
Menurut penulis, model ini sesuai untuk kanak-kanak perempuan kerana
pendekatan ini mengaplikasikan peringkat perkembangan Jean Piaget dalam
perkembangan kognitif kanak-kanak. Dalam pandangan Piaget (1983) tahap-
tahap perkembangan pemikiran dapat dibezakan atas empat tahap, iaitu
tahap pemikiran sensoris-motorik, praoperasional, operasional konkrit, dan
operasional formal. Perkembangan kognitif pada masa awal anak-anak
dinamakan tahap praoperasional (preoperational stage), yang berlangsung
dari usia 2 hingga 7 tahun.
Walaubagaimanapun semua kanak-kanak akan melalui tahap peringkat
perkembangan kognitif yang sama tetapi setiap individu dapat mencapai
tahap tersebut dalam masa yang berbeza. Kebanyakkannya kanak-kanak
perempuan lebih cepat bertumbuh dari pelbagai aspek berbanding dengan
kanak-kanak lelaki. Oleh itu, guru haruslah memilih aktiviti supaya dengan
kebolehan berfikir dan keupayaan kanak-kanak. Seterusnya menilai sejauh
mana tahap perkembangan kognitif kanak-kanak. Menurut Gardner (1983)
dan Strenberg (1985) mengatakan kecerdasan seseorang bergantung kepada
proses menyelesaikan masalah atau konteks dimana tingkah laku tersebut
dilaksanakan dalam usaha individu mengubah persekitaran supaya sampai ke
tahap keselesaannya.





3.0 Cadangan Model Helping Boys Nurturing Girls
Abad ini, realitinya sistem pendidikan khususnya di negara penulis iaitu
negara malaysia mengunakan pendekatan dalam pembelajaran yang lebih
berpihak kepada kanak-kanak perempuan. Oleh itu model Helping Boys
Nurturing Girls diwujudkan untuk membantu kanak-kanak lelaki dan
membelai kanak-kanak perempuan dari segi pendekatan kurikulum di
prasekolah. Penulis mencadangkan model montessori diaplikasikan dalam
model ini. Menurut Maria Mentessori kita dapat melihat semua kanak-kanak
yang berusia 3 hingga 6 tahun mempunyai ciri-ciri yang universal dalam
kehidupan mereka.
Pengalaman awal kanak-kanak sangat penting sebagai persediaan ke arah
persekolahan formal. Oleh itu mempelbagaikan pendekatan dalam
pembelajaran diperlukan untuk membantu kanak-kanak belajar. Oleh itu
model ini menekankan kepada kaedah yang sesuai dengan masalah
pembelajaran kanak-kanak iaitu membantu kanak-kanak untuk
menyelesaikan cara mereka untuk belajar. Selain itu, bahan mengajar yang
digunakan mempunyai keperluan khas dengan mengunakan deria. Hal ini
kerana merangsang perkembangan motor halus kanak-kanak. Disamping itu
juga, mengutamakan latihan daya peglihatan, pendengaran dan sentuhan
dalam pembelajaran memudahkan kanak-kanak untuk mempelajari sesuatu
perkara yang baru kerana ia berkaitan dengan pengalaman hidup sebenar.
Matlamat model ini penting untuk perkembangan individu secara
menyeluruh yang merangkumi aspek fizikal, sosial, emosi dan intelek. Selain
itu, program ini juga memperkembangkan dari aspek penumpuan kanak-
kanak semasa belajar. Contohnya, kerap bertanya dengan kanak-kanak lelaki
untuk menghindarkan mereka berasa bosan serta tidak mengambil masa yang
banyak untuk bercakap dan menyelitkan aktiviti bermain yang dapat menarik
perhatian untuk menumpukan perhatian semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran. Melalui aktiviti bermain, ia dapat meningkatkan motivasi
kanak-kanak lelaki untuk belajar. Seterusnya dari konsep membuat
pemerhatian. Pembelajaran kanak-kanak lebih bermakna dan
mengembirakan dari pembelajaran melalui pemerhatian. Kanak-kanak
mampu meneroka sendiri dan merangsang kanak-kanak untuk berfikir.
Contohnya guru menjalankan aktiviti demonstrasi terhadap kanak-kanak.
Selain itu, memperkembangkan kesedaran dari segi susunan dan aktiviti,
koordinasi badan, kesedaran dari segi tanggapan dan kemahiran amali untuk
kanak-kanak lelaki. Selain itu memperkembangkannya dari segi konsep
matematik, kemahiran bahasa, menulis, membaca bagi kanak-kanak
perempuan. Seterusnya, kebiasaan dari segi seni kreatif, kefahaman mengenai
alam semula jadi dalam persekitaran serta memahami sains sosial dan
membekalkan pengalaman dari segi kemahiran berfikir secara kritikal melalui
teknik penyelesaian masalah. Seterusnnya suasana persekitaran program juga
mempunyai kawasan yang mengembirakan, ceria, luas supaya kanak-kanak
boleh bergerak dengan bebas derta dilengkapi dengan taman permainan dan
tempat untuk berkebun.
Persekitaran prasekolaah sangat penting untuk merangsang pembelajaran
kanak-kanak. Walaupun demikan, hiasan bilik darjah tidak berpihak kepada
kanak-kanak perempuan sahaja. Namun membantu kanak-kanak lelaki dari
segi mencampur adukkan hiasan berunsurkan minat kanak-kanak lelaki.
Peralatan seperti meja, almari, sinki basuh tangan, papan hitam dan
sebagainya bersesuaian dengan tahap umur kanak-kanak untuk memudahkan
mereka mencapai sesuatu peralatan serta mengelakkan sebarang kemalangan
berlaku semasa proses pembelajaran dan pengajaran. Disamping itu juga,
membentuk aktiviti yang boleh membentuk kanak-kanak samada melibatkan
diri secara perseorangan ataupun berkumpulan.Kanak-kanak juga bebas
untuk memilih aktiviti-aktiviti yang disukai sekaligus kanak-kanak yang muda
mempelajari aktiviti tertentu melalui pemerhatian dan peniruan rakan-rakan
yang lebih tua.
Melalui model ini, peranan guru sangat penting untuk mengawal keadaan
kanak-kanak serta memerhati kanak-kanak dari jauh dan melibatkan semasa
membuat demontrasi terhadap kanak-kanak. Walaubagaimanapun guru tidak
akan memuji kanak-kanak kerana matlamat aktiviti adalah untuk
mendapatkan motivasi intristrik. Seterusnya, bahan-bahan yang digunakan
juga mempunyai ciri-ciri khusus tidak membahayakan dan berfungsi untuk
menjadi alat bantu mengajar. Apabila kanak-kanak melakukan sesuatu
perkara, mereka akan mendapat maklumat setelah berjaya melalukan sesuatu
aktiviti. Pengunaan bahan-bahan semua jadi ditekankan dalam model ini.
Seterusnya dari segi kurikulum terbahagi kepada beberapa set aktiviti iaitu
pembelajaran yang berkaitan dengan hidup sebenar, pembelajaran yang
berkaitan dengan deria dan pembelajaran yang bercorak akedemik. Aktiviti
kehidupan harian adalah berbentuk pratikal. Bagi aktiviti kanak-kanak lelaki
dan kanak-kanak perempuan ialah membutang baju, memasang tali kasut,
memgilap kasut dan menyikat rambut. Selain itu aktiviti khususnya untuk
kanak-kanak lelaki adalah memcuci tingkap, menyusun meja dan kerusi,
mengelap meja dan mengangkat barang mainan. Manakala untuk kanak-kanak
perempuan iaitu menyapu sampah dan mengemas meja.
Selain itu, kurikulum dari segi bahan deria adalah untuk
memperkembangkan deria kanak-kanak melalui alat bantu mengajar seperti
Pink Interlocking, cubes tower dan Nester untuk kanak-kanak perempuan.
Namun kanak-kanak lelaki boleh membantu kanak-kanak perempuan untuk
mengangkat mainan tersebut dan simpan pada rak yang disediakan. Bagi
kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan boleh mengunakan alat
bantu mengajar dengan mengunakan Wooden Shapes dan Numbers untuk
mata pelajaran matematik. Bagi kanak-kanak lelaki, tambahkan aktiviti
dengan membawa kanak-kaak keluar dari bilik darjah untuk mengutip batu,
daun dan sebagainya mengikut jumlah yang ditetapkan oleh guru tersebut.
Hal ini dapat membantu kanak-kanak lelaki dan meningkatkan tahap
perkembangan motor kanak-kanak.
Seterusnya, bagi alat bantu mengajar seperti butterfly wave, tray puzzle
dan fruits 3.D felt motif set, kanak-kanak perempuan dan kanak-kanak lelaki
boleh melaksanakan aktivti tersebut di dalam bilik darjah dengan situasi yang
berbeza. Dengan mengunakan model membantu kanak-kanak lelaki membelai
kanak-kanak perempuan, aktiviti ini dijalankan dalam kumpulan. Setiap
kumpulan terdiri sekurang-kurangnya satu kanak-kanak lelaki sebagai ketua
kumpulan. Sebagai ketua kumpulan haruslah mempunyai daya kecerdasan
dan kekuatan dari segi fizikal. Contohnya, guru mengarahkan setiap kumpulan
untuk menyelesaikan puzzle secara bertanding, apabila selesai menyusun,
ketua kumpulan akan berlari ke hadapan kelas dan menunjukkan hasil kerja
mereka. Bagi kumpulan yang pantas akan memenangi pertandingan tersebut.
Bagi first storytime book dan cd set juga haruslah mengandungi unsur-
unsur naluri kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan. Dalam
pembelajaran, selagi tidak melibatkan aktiviti luar kelas dan tidak lasak
dengan hanya fokus dengan naluri kanak-kanak lelaki, kanak-kanak
perempuan masih boleh mengikut rentak ataupun gaya belajar kanak-kanak
lelaki, berbanding daripada kanak-kanak lelaki tidak mampu mengikut gaya
belajar kanak-kanak perempuan. Seterusnya, alat bantu mengajar 3-D dapat
meningkatkan lagi tahap perkembangan motor kasar kanak-kanak.
Contohnya, Ten ring Puzzle Stacker, Wood Sequence Patterns dan Bead dapat
membantu kanak-kanak lelaki untuk meneroka dan membina kemahiran
sedia ada. Hal ini kerana tingkah laku kanak-kanak merupakan satu usaha
untuk mempelajari mengenai persekitaran dengan mengunakan tangan
mereka.























4.0 Contoh Rutin Harian

Masa Rutin
8.30am-9.00am
(Ketibaan tidak
termasuk dalam
rutin harian)
1.Ketibaan
-Ketibaan kanak-kanak
-Tukis nama
-kanak-kanak perempuan dan kanak-kanak lelaki
memilih aktiviti yang diminati yang sudah
disediakan atas meja
-Kanak-kanak perempuan:minum susu
-Kanak-kanak lelaki:minum milo
9.00am-9.10am
(10 minit)
2.Persediaan awal/Rutin
-Kemaskan minuman
-Cuci tangan
-Perhimpunan. Menyanyi lagu negaraku dan lagu
prasekolah
-Kanak-kanak lelaki: Menaikkan bendera semasa
menyanyi lagu
-Doa dan kalender
9.10am-9.30am
(20 minit)
3.Perbualan Pagi
- Perbualan awal mengenai tema ataupun isu
semasa
-Bersoal jawab dengan pengalaman lalu
-Peraturan
-Penerangan aktiviti sepanjang hari tersebut
-Mengucapkan selamat Hari jadi kepada yang
menyambut hari lahir pada hari tersebut
9.30am-
10.00am
(30 minit)
4.Aktiviti dalam kelas (Bahasa Melayu)
-Mengenal jenis buah-buahan dengan mengunakan
Fruits 3-D Felt Motif set
-Guru membentuk kumpulan
-Kanak-kanak perempuan: berkumpul dalam
kumpulan
-Kanak-kanak lelaki: mengambil dan mengangkat
bahan maujud ditempat masing-masing
-Bermain
10.00am-
10.30am
(30 minit)
5.Makan
- Doa makan sebelum dan selepas
-Gosok gigi
6.Rehat
-Kanak-kanak perempuan: sudut literasi, bahan
bacaan
-Kanak-kanak lelaki: Bermain kereta mainan
10.30am-
11.00am
(30minit)
7.Aktiviti dalam kelas (Matematik)
-Mengenal bentuk dan nombor dengan
mengunakan Wooden Shapes dan nombor
-Kanak-kanak perempuan: Mengunakan alat bantu
mengajar dalam kelas dengan perhatian pembantu
prasekolah
-Kanak-kanak lelaki: Mengambil daun ataupun
batu di luar kelas mengikut jumlah yang
ditetapkan oleh guru dengan perhatian guru
11.00am-
11.30am
(30 minit)
8.Aktiviti luar kelas (Aktiviti Fizikal)
-Kanak-kanak menyiram bunga di kawasan
prasekolah
-Kanak-kanak perempuan: Mengembur bunga
-Kanak-kanak lelaki: Mengangkat dan menyembur
bunga
11.30am-
11.50am
(20 minit)
9.Aktiviti dalam kelas (Bahasa Inggeris)
-Kanak-kanak mendengar cerita
-Kanak-kanak perempuan: Mendengar dan
meneroka sendiri
-Kanak-kanak lelaki: Melakonkan semula cerita
tersebut
11.50am-
12.00am
(10 minit)
10.Refleksi
-Imbas kembali aktiviti
-Pesanan untuk keesokan hari
-Berkemas
-Doa
-Kanak-kanak perempuan: Mengemas meja
-Kanak-kanak lelaki: Menyimpan barang-barang
yang digunakan ke dalam rak tertentu
12.00am 11.Selamat tinggal Home sweet home
-Penglibatan ibubapa

Implikasi daripada rutin harian ini membawa kepada membantu kanak-
kanak lelaki dan membelai kanak-kanak perempuan dari segi kurikulum
untuk menekankan peranan kanak-kanak mengikut jantina. Menerapkan nilai
untuk menonjolkan setiap perbezaan individu mempunyai peranan watak
tertentu. Disamping itu juga, membantu kanak-kanak untuk meneroka
kemahiran dan pengalaman baru melalui kurikulum yang berasakan kepada
naluri kanak-kanak sekaligus membelai kanak-kanak perempuan dengan
memberikan aktiviti yang bersesuaian dengan tahap kecerdasan fizikal kanak-
kanak perempuan.
Disamping itu juga, memudahkan kanak-kanak lelaki supaya belajar
sesuatu pengalaman baru tanpa paksaan untuk mengikut gaya pembelajaran
kanak-kanak perempuan. Gaya pembelajaran kanak-kanak perempuan dan
gaya pembelajaran kanak-kanak lelaki adalah berbeza dan memerlukan
pendekatan yang berbeza kepada kanak-kanak. Kaedah mengajar dengan
mengunakan deria sangat menyeronokan. Apabila kaedah mengajar ini di
variasikan kepada kurikulum yang tidak menyebelai pihak iaitu bersesuaian
dengan kedua-dua pihak samada kanak-kanak perempuan ataupun kanak-
kanak lelaki .
Selain itu, melalui sensori deria juga kanak-kanak dapat menyentuh,
mendengar, melihat ,menghidu, merasa dan keseimbangan. Ransangan
pelbagai deria yang bersesuaian yang diberikan dalam suasana kasih sayang
dan penjagaan rapi kepada kanak-kanak perempuan terhadap keperluan
kanak-kanak bagi membantu perkembangan otaknya. Persekitaran dan ruang
yang luas terhadap kanak-kanak lelaki membantu memperkembangkan tahap
emosi kanak-kanak serta tabah menghadapi cabaran.

5.0 Kepentingan Model Helping Boys Nurturing Girls
Model ini merupakan usaha berterusan untuk membantu kanak-kanak lelaki
supaya tidak dipinggirkan dalam pendidikan. Hal ini terbukti, kebanyakkanya
pelajar-pelajar yang memasuki ke menara gading adalah dalam kalangan
perempuan. Ada pun dalam bilangan yang sedikit, hal ini kerana berpunca
dari prasekolah yang tidak menjurus kepada kurikulum kanak-kanak lelaki
menyebabkan kanak-kanak tersebut hilang minat untuk teruskan
pembelajaran ke sekolah rendah, sekolah menengah dan seterusnya ke
institusi pengajian tinggi disebabkan kurikulum pengajaran dan teknik yang
digunakan tidak menarik perhatian dan bersesuaian dengan naluri kanak-
kanak lelaki.
Model ini penting bagi menekankan pembelajaran penerokaan kepada
persekitaran bagi membolehkan kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak
perempuan belajar menurut naluri dan minat masing-masing. Beberapa
kajian menunjukkan kanak-kanak lelaki lebih berkemungkinan menghadapi
masalah penyesuaian kepada kehidupan sekolah berbanding perempuan di
peringkat awal persekolahan. Ini disebabkan persekitaran bilik darjah
memerlukan disiplin yang kurang digalakkan dalam proses sosialisasi awal
kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan.
Walaubagaimanapun, kanak-kanak lelaki menerima lebih perhatian daripada
guru, sama ada berbentuk positif atau negatif. Mereka juga menjadi orang
utama dalam bilik darjah, dengan guru cenderung lebih berinteraksi dengan
kanak-kanak lelaki (Frazier and Sadker, 1973; Sadker et al., 1986).
Seterusnya, Model ini dapat membentuk jati diri kanak-kanak lelaki
untuk bertindak mengikut peranan mereka dan tidak terikut-ikut kepada
perwatakan berlainan jantina. Menurut penulis, kebanyakkannya lelaki yang
memasuki ke Institusi Tinggi lebih kepada perwatakan keperempuanan. Oleh
itu, hasil daripada model helping boys nurturing girls kanak-kanak lelaki
dapat membentuk satu ciri yang universel, bekalan untuk masa yang akan
datang. Selain itu, model ini memperkembangkan lagi potensi kanak-kanak
secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Disamping itu,
melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara iaitu mendapat pendidikan
terus sehingga ke universiti.

6.0 Kesimpulan
Tuntasnya, pendidikan prasekolah penting bagi kanak-kanak yang berumur 4
hingga 6 tahun untuk memberikan kemahiran asas seperti menulis, membaca
dan megira. Hal ini sebagai satu persediaan ke peringkat persekolahan
seterusnya iaitu persekolahan formal di sekolah rendah. Pendekatan dan
kaedah pengajaran yang digunakan oleh sesebuah model prasekolah yang
dilaksanakan oleh guru haruslah menarik minat kanak-kanak dan bersesuaian
dengan tahap kognitif kanak-kanak. Jangan mengajar aras yang terlalu tinggi
ataupun terlalu rendah. Selain itu, pendidikan prasekolah ini menghasilkan
suasana persekitaran yang menyeronokan dan kanak-kanak mendapat
pembelajaran yang bermakna. Disamping itu kurikulum yang digunakan
dalam sesebuah prasekolah mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dari
segi jasmani, emosi, sosial, rohani dan intelek kanak-kanak. Pada tahap ini
merupakan masa kritikal bagi kanak-kanak untuk meneroka pengalaman
baru. Sebanyak mana skema yang diperolehi oleh kanak-kanak pada tahap
prasekolah akan disimpan untuk persediaan ke persekolahan formal. Ia
memudahkan kanak-kanak untuk mengintepresi kemahiran asas agar mampu
menyelesaikan masalah bergantung bagaimana kanak-kanak mengasimilasi
dan mengadaptasi skema yang diperolehi oleh kanak-kanak itu sendiri untuk
menghasilkan keseimbangan terhadap tingkah laku kanak-kanak.










7.0 Bibliografi

Prof.Madya Dr.Rohani Abdulah, Nani Menon & Mohd.Sharani Ahmad.
(2007). Panduan Kurikulum Prasekolah. PTS PROFESSIONAL Publishing
Shd.Bhd.
Ramlah Jantan & Mahani Razali. (2004). Psikologi Pendidikan-
Pendekatan Kontemporari. Perak: McGraw-Hill(Malaysia) Sdn.Bhd.
Zakri Bin Mohd Zain. (2011). Perancangan, Penubuhan Dan Pengurusan
Prasekolah I.Port Dickson:Diploma Pendidikan Prasekolah Kolej UNITI
Fatimah Abdullah, Sarnon,M.,Hoesni, S.M & Wan Azreena W.J.(Jidil 3,
Bilang 1, 2008) Dari halaman rumah ke hadapan layar:Pola bermain dan
fungsinya kepada perkembangan kanak. Sumber journal pendidikan:
http://pkukmweb.ukm.my/ebangi/papers/2008/fatimah08.pdf