Anda di halaman 1dari 16

1

1.0 Pengenalan
Kejayaan profesionalisme keguruan bagi mencapai matlamat sistem pendidikan
berhubung dengan sejauhmanakah kesedaran tenaga pendidik terhadap
pelaksanaan tugas,tanggungjawab dan amanah yang diberi. Untuk mencapai
sebuah negara maju menjelang wawasan 2020, sistem pendidikan negara
memerlukan tenaga pendidik khususnya guru-guru melaksanakan tugas dan
tanggungjawab seperti mana yang digariskan di dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Sejajar dengan hasrat itu juga, amat perlu bagi para guru untuk
mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajarannya dalam bilik darjah.
Bagaimanapun tanggungjawab ke arah pelaksanaan ini memerlukan satu bentuk
pengkongsian ilmu secara bersama dalam kalangan warga pendidik agar dapat
membentuk satu kerjasama berpasukan untuk faedah anak bangsa.
Pendidikan sebagai asas pembinaan masa depan bangsa dan negara
bergantung kepada profesion perguruan yang berkembang secara dinamik dan
progresif. Profesion perguruan yang dinamis perlu melahirkan kepimpinan guru yang
berkualiti, sentiasa memperbaiki dan mempertahankan etika profesionalisme
pendidikan, berbanding dengan tugas yang mengabdikan diri sebagai golongan
pendidikan yang berwibawa dan dapat menjadikan diri sendiri lebih berketrampilan
dengan mendokong belajar seumur hidup (life long learning), belajar untuk
mengubah dan belajar untuk berubah.
Sejajar dengan itu, perubahan yang hendak dibuat mestilah sesuai dengan
tuntutan semasa. Perubahan dan pembaharuan adalah berdasarkan kepada hakikat
bahawa tanpa sistem pendidikan yang bertaraf dunia, impian untuk
mentransformasikan Malaysia menjadi negara maju tidak mungkin dapat dicapai.
Lantas profesion perguruan harus berkembang dengan lebih pantas dan progresif
bagi mencorakkan perkembangan individu, masyarakat dan negara. Dari satu segi
yang lain, profesion perguruan yang menjadi agen perubahan sosial harus menjadi
penyelamat kepada krisis kemelut sosial yang dihadapi oleh masyarakat yang
sedang bergelut dengan tuntutan kemajuan dan perubahan.

2

2.0 Huraikan Hujah-hujah Anda Tantang Satu Isu Atau Cabaran Pendidikan
Tersebut Dengan Memberikan Satu Contoh Yang Sesuai Dalam Bentuk Esei

2.1 Definisi Gejala Sosial
Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif
anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada
kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat
ataupun negara. Secara perundangan tidak terdapat definisi yang khusus bagi
mengkategorikan remaja. Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda 1996
mentakrifkan seorang kanak-kanak adalah mereka yang berada dalam lingkungan
umur 10 hingga 14 tahun. Dalam Akta Pengangkatan 1952, kanak-kanak
didefinisikan mereka yang berumur 21 tahun ke bawah. Walaupun setiap akta ini
tidak menjelaskan peringkat umur tertentu, secara umumnya dalam membicarakan
masalah remaja, golongan remaja yang perlu ditumpukan adalah yang berumur di
bawah 21 tahun dan sebahagian besar daripada mereka masih dalam alam
persekolahan.
Menurut Amaludin dan Khadijah (2006), gejala sosial terdapat sebanyak 24
jenis yang melibatkan penghuni pusat pemulihan akhlak lelaki dan perempuan di
seluruh negara. Gejala sosial yang dikenal pasti adalah merokok, menonton video
lucah, putus cinta, mencuri, lari dari rumah, minum arak, menonton filem lucah,
mengambil pil khayal, berjudi, menyimpan gambar lucah, mengadakan hubungan
luar nikah, memeras ugut, pecah rumah, menagih dadah, merogol, menyamun,
rasuah, maksiat, bercerai dan juga jenayah bunuh.
Salah satu jenis gejala sosial iaitu penyalahgunaan dadah. Dadah bukanlah
satu perkara baru dalam konteks kehidupan pada hari ini. Di Malaysia sahaja
bilangan penagih dadah semakin bertambah saban tahun. Apa yang lebih
membimbangkan ialah golongan remaja terutamanya pelajar sekolah terlibat dengan
aktiviti yang tidak sihat ini. Menurut laporan Agensi AntidadahKebangsaan pada
tahun 2005 sahaja lebih 5% daripada 32 808 penagih dadah yang dikesan terdiri
daripada mereka yang berusia 13-20 tahun. Manakala berdasarkan laporan Dadah
Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2007, dianggarkan 200 jutaatau 5
peratus daripada penduduk dunia (1 daripada 200 orang) mengambil dadah.
3

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula melaporkan bagi setiap penagih
yangdikesan ada empat lagi yang tidak dilaporkan. Jikalah ini benar, ini bermakna
jumlah sebenar penagih dadah di Malaysia boleh menjadi sejuta orang berbanding
hanya 250,000 yang dilaporkan. Kajian Yayasan Perlindungan Jenayah Malaysia
pula mendapati, kebanyakkan penagih dadah di negara ini mula mengenali dadah
dalam lingkungan usia 13-15 tahun dan 71 peratus daripada penagih baru terdiri
daripada golongan muda antara 19-39 tahun.
Ponteng sekolah juga merupakan salah satu jenis gejala sosial. Ponteng
merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah. Ini
bermaksud seseorang pelajar dianggap ponteng sekiranya tidak hadir ke sekolah
tanpa sebab-sebab yang dibenarkan pada hari persekolahan. Oleh yang demikian,
ponteng merupakan istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua kegagalan
menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang munasabah. Menurut
Kamus Dewan, ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau
tugas tanpa kebenaran. Selain dari itu, ponteng juga merujuk kepada pelajar yang
menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas, sama ada salah satu kelas,
beberapa kelas ataupun kesemua kelas dalam satu-satu hari.
Menurut Rasidah bt Omar (2005) pula, ponteng sekolah boleh ditakrifkan
sebagai ketidakhadiran pelajar ke sekolah dengan sengaja tanpa sebarang alasan
yang munasabah. Masa yang sepatutnya diisikan dengan menimba ilmu
pengetahuan di bangku sekolah sebaliknya dihabiskan dengan melakukan aktiviti
yang tidak bermanfaat seperti melepak di komplek membeli belah atau pusat
rekreasi dan pusat hiburan. Ponteng sekolah boleh dibahagikan kepada beberapa
tingkat, dari tingkat bawah hingga tingkat tertinggi. Antara tingkat-tingkatnya ialah
ponteng hati, ponteng kerana bangun lewat, ponteng kelas dan ponteng sekolah.
Walaupun adanya peraturan atau disiplin sekolah yang ketat tetapi seketat mana
pun undang-undang dibuat gejala ponteng tetap berlaku. Kajian Kementerian
Malaysia (1978) mengenai disiplin meletakkan gejala ponteng sebagai isu utama.

4

2.2 Sorotan Kajian
Remaja daripada keluarga yang berpecah belah atau yang ketiadaan ibu
bapa atau kedua-duanya mengalami kehilangan tempat bergantung, tempat
menumpahkan kasih sayang serta tempat menerima contoh dan teladan untuk
menjadi bekal penghidupan di hari dewasa sebagai ahli masyarakat yang lebih aktif
dan dinamis. Keadaan seperti ini boleh menjejaskan perkembangan remaja
terutamanya dalam pencapaian akademik serta proses pembentukan personaliti. Ini
bersesuaian dengan salah satu keperluan iaitu keperluan termilik dan kasih sayang
(Maslow, 1954). Menurut Maslow, kekurangan perhubungan kasih sayang menjadi
punca kecelaruan personaliti yang mungkin melibatkan tingkah laku agresif dan anti
sosial. Sebagai contohnya, remaja daripada keluarga yang ibu bapanya bercerai
mempunyai IQ yang lebih rendah di samping melahirkan ciri-ciri tingkah laku yang
negatif seperti permusuhan, zalim dan tiada kasih sayang.
Sering kali dinyatakan ibu bapa mempengaruhi kejayaan remaja khasnya
pelajar di dalam pelajaran. Ini kerana ibu bapa yang sentiasa memberi galakan dan
perangsang sehingga mereka timbul minat, semangat ketekunan dan keyakinan diri
dalam menghadapi pelajaran (Jamal Darus, 1989). Ibu bapa juga yang menentukan
pola-pola tingkah laku remaja. Faktor-faktor seperti dorongan dan galakkan, disiplin
di rumah, hubungan mesra antara ibu bapa dan anak serta keluarga yang utuh
memberi kesan ke atas pembentukkan personaliti, motivasi dan pencapaian
akademik remaja yang masih bergelar pelajar.
Carwin (1988) yang menyatakan masa yang diluangkan oleh ibu bapa
dengan anak-anak mereka adalah sangat penting. Beliau mendapati dalam
kajiannya di Amerika Syarikat bahawa di kalangan mereka yang bekerja. Oleh yang
demikian, mereka tidak mempunyai masa untuk memberikan tunjuk ajar yang betul
kepada anak-anak mereka. Keadaan seperti ini mengikut beliau boleh membawa
kepada masalah disiplin seperti ponteng sekolah, merokok, memeras ugut, memukul
guru dan sebagainya.
Selain itu, isu ponteng sekolah ini boleh dikategorikan berdasarkan perspektif
Teori Fungsianalisme. Teori fungsiomnnalisme dipelopori oleh Auguste Comte,
Herbert Spencer dan Emile Durkheim (Mohd Salleh lebar, 1998). Mengikut teori ini,
masyarakat berkembang dengan stabil berdasarkan peraturan sosial dan perubahan
5

masa, Perubahan ini berlaku secara beransur-ansur. Ini menunjukkan bahawa teori
ini mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan yang
menyumbang kepada perkembangan masyarakat. Masyarakat selalunya dianggap
seperti tubuh badan manusia yang mempunyai bahagian-bahagian dengan fungsi
tersendiri. Di dalam sesuatu masyarakat juga mempunyai sesuatu kefahaman
kepada proses intergarsi sosial adalah hasil daripada persetujuan ahli.
Di samping itu, Selain itu, Teori fungsionalisme turut menyatakan bahawa
struktur-struktur sosial akan menentukan kelancaran perjalanan atau keharmonian
masyarakat. Brinkerhoff dan White (1989: 9) telah merumuskan tiga andaian utama
ahli-ahli fungsionalisme iaitu stabiliti, harmoni dan evolusi. Stabiliti merupakan
kriteria penilaian utama untuk menentukan sejauhmana masyarakat dapat
dikekalkan. Harmoni menunjukkan bagaimana semua bahagian atau struktur-
struktur dalam masyarakat bekerjasama untuk mencapai tujuannya. Manakala,
evolusi menggambarkan perubahan-perubahan yang berlaku kepada masyarakat
melalui proses adaptasi struktur sosial kepada pembaharuan.
Justeru, perkaitannya dapat dilihat di mana ibu bapa merupakan faktor
penting dalam keutuhan sesebuah keluarga. Kegagalan ibu-bapa dalam
menguruskan keharmonian hidup keluarga akan memberikan kesan yang besar
kepada terhadap anak-anak. Dalam sesebuah keluarga yang mempunyai ibu-bapa
yang bersikap realistik dan memetingkan kebendaan, anak-anak biasanya
dipinggirkan dan kasih sayang yang sepenuhnya tidak diberikan. Masalah ponteng
sekolah ini adalah selari dengan teori fungsionalisme yang mana ibu bapa tidak
menjalankan tugas mereka dengan sempurna. Ibu bapa yang gagal menunaikan
peranan mereka dalam entiti masyarakat menyebabkan wujudnya gangguan dan
ketidakseimbangan masyarakat.
Menurut Surat Pekeliling Ikhtisas BIL. 6/1995 : Menangani Masalah Ponteng
di Sekolah, ponteng sekolah dan ponteng kelas merupakan perlakuan yang
menyalahi peraturan sekolah dan jika pelajar dibiarkan ponteng sekolah dan
ponteng kelas sehingga menjadi amalan dan tabiat, ianya boleh membawa kesan
negatif terhadap diri pelajar sendiri, keluarganya dan juga sekolah. Seterusnya,
perlakuan tersebut memungkinkan seseorang pelajar hilang sifat bertanggungjawab,
6

akan ketinggalan dalam pelajaran dan yang paling dikhuatiri mereka akan
melibatkan diri dengan kegiatan-kegiatan negatif.
Selain itu, dalam surat pekeliling ini juga menyatakan dua faktor utama yang
menyebabkan para pelajar melakukan ponteng iaitu faktor sekolah dan faktor luar
sekolah. Faktor luar sekolah pada kebiasaannya di luar kawalan sekolah untuk
menanganinya. Sungguhpun begitu, disamping tugas kita memberi tumpuan kepada
faktor di dalam sekolah usaha yang lebih berkesan kepada kedua-dua faktor
tersebut perlu dilakukan.
Tambahan pula, tekanan ekonomi juga mendorong kepada berlakuya gejala
ponteng ini. Taraf ekonomi keluarga pelajar yang rendah juga menyebabkan mereka
malu untuk pergi ke sekolah. Mereka sering ponteng sekolah bagi mengelakkan
dipersenda oleh rakan-rakan. Apabila ponteng sekolah, mereka mula melakukan
sesuatu yang negatif bagi memenuhi masa lapang mereka. Oleh kerana kedudukan
ekonomi yang rendah, maka ibu bapa sibuk untuk mencukupkan perbelanjaan
harian dan menyebabkan tanggungjawab anak terabai. Selain itu, terdapat juga
pelajar yang ponteng kerana terpaksa bekerja secara sambilan dan oleh kerana
terlalu keletihan mereka tidak berdaya untuk bangun awal terutamanya yang bekerja
pada waktu malam.

7

2.3 Kesan Ponteng Sekolah Terhadap Pendidikan Negara
Ponteng sekolah sebenarnya tidak pernah menjanjikan kebaikan dan
keseronokan kepada pelajar. Malah, ia mendatangkan keburukan pada diri pelajar
itu sendiri.
Masalah ponteng sekolah telah membawa kepada pelbagai kesan yang
negatif antaranya ialah menjejaskan sistem pendidikan negara dan masa depan
generasi muda. Sistem pendidikan negara akan menjadi terjejas tanpa pelajar yang
berdisiplin dan masa depan pelajar akan hancur dalam tangan mereka disebabkan
oleh masalah ponteng sekolah dalam kalangan pelajar. Pelajar yang ponteng ini
akan melibatkan kegiatan yang tidak sihat seperti gengsterisme, vandalisme dan lain
lain. Golongan pelajar ini akan membawa masalah kepada masyarakat kita dan jika
tidak diselesaikan dengan segera akan menpengaruhi pembangunan negara.
Selain itu,keruntuhan moral generasi muda juga akan berlaku. Pelajar akan
kurang mementingkan nilai-nilai moral dan sifat-sifat seperti kerajinan dan
bertanggungjawab. Mereka akan ketinggalan dalam pelajaran dan paling dikhuatiri
terbabit dengan kegiatan negatif seperti merokok dan perjudian. Sebagai
tambahan,mereka juga akan mempunyai amalan kehidupan yang negatif seperti
budaya lepak dan berfoya-foya.
Selain melihat kesan gejala ponteng sekolah terhadap para pelajar sendiri
perlu juga dititikberatkan berkaitan implikasi gejala ponteng sekolah kepada pihak
sekolah terutamanya guru-guru. Di antara alasan guru-guru yang merasa tertekan
dengan perlakuan para pelajar yang terlibat dengan gejala ponteng sekolah ialah
guru akan merasa kerugian kerana tidak dapat memberi ilmu setaraf dengan pelajar
lainnya kepada pelajar yang kerap ponteng sekolah dan akibatnya memberi kesan
kemerosotan terhadap corak pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Tambahan
pula, pelajar yang ponteng sekolah akan merumitkan lagi tugas seorang guru kerana
terpaksa mencuri masa untuk mengulang kembali pelajaran yang tertinggal serta
tidak difahami oleh pelajar yang ponteng sekolah. Walhal, pelajar itu sendiri telah
dicoplabelkan sebagai modal insan negara semenjak hari pertama memasuki zaman
persekolahan, namun mereka sendiri yang telah meleburkan masa depan mereka
dan negara. Pelajar yang ponteng sering menganggu kelas dan pelajar lain serta
memburukkan pencapaian mata pelajaran iaitu melibatkan keseluruhan tahap
8

pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran tertentu. Tuntasnya, gejala ponteng
sekolah tidak memberikan keuntungan kepada mana-mana pihak.
Kesan lain yang akan dihadapi adalah pelajar tersebut adalah mereka akan
ditertawakan oleh rakan-rakan lain sekiranya mereka gagal dan masa depan pelajar
ini akan hancur kerana mereka tidak lagi dapat dipercayai oleh masyarakat dan
negara akan kekurangan bakal peneraju yang berwawasan. Hal ini kerana
masyarakat akan memandang rendah ataupun hina kepada mereka dan ini secara
tidak langsung mereka akan memalukan maruah keluarga. Sebagai contoh, apabila
seseorang ternampak sekumpulan pelajar tengah ponteng sekolah, satu-satunya
pendapat mereka terhadap pelajar tersebut adalah mereka adalah sampah
masyarakat kerana mereka tidak dapat memberi perkhidmatan kepada masyarat
pada masa depan. Masyarakat juga akan memarahi ibu bapa mereka kerana
mereka tidak dapat mendidik anak-anaknya dengan baik dan mengabaikan
tanggungjawab mereka sebagai penjaga. Justeru, ini merupakan kerugian bagi
sesebuah negara kerana negara akan kekurangan bakal peneraju yang berwawasan.


9

2.4 Rumusan
Gejala ponteng sekolah ini dapat dihadapi dan dibendung dengan berkesan
jika pelajar itu sendiri faham tentang kesannya ponteng sekolah dan kepentingnya
dalam pelajaran. Jika pelajar itu sendiri dapat memahami bahawa pelajarannya
dapat membawa kajayaan dalam masa depan, mereka tidak akan ponteng sekolah
dan sebaliknya akan belajar bersungguh-sungguh. Oleh yang demikian, dengan
mengatasi masalah ponteng sekolah, ibu bapa, pihak sekolah dan pelajar
memainkan peranan yang penting dan masalah ini harus dikenal pasti oleh mereka
dengan segera supaya langkah-langkah untuk mengatasinya dapat dijalankan demi
masa depan generasi pelajar kita pada masa akan datang.
Untuk mengatasi gejala ponteng, ibu bapa telah memainkan peranan yang
penting untuk meluangkan lebih banyak masa dan memberi perhatian kepada
tingkah laku pelajar-pelajar di sekolah dan di rumah. Ibu bapa seharusnya sentiasa
berkomunikasi dengan pelajar supaya lebih memahami kegiatan dalam dan luar
sekolah. Ini dapat ibu bapa mengajar pelajar menangani dan menyelesaikan
masalah yang dihadapi. Dengan ini, ibu bapa dapat mendidik pelajar dengan
memberi kasin sayang yang secukupnya kepada anggota keluarga. Pelajar juga
perlu dididik untuk berfikir secara rasional dan lebih bertanggungjawab. Langkah-
langkah yang boleh dilaksanakan adalah mengetatkan peraturan-peraturan sekolah.
Hukuman yang berat seperti dibuang sekolah kepada pelajar yang kekerapan tidak
menghadiri ke sekolah tanpa alasan yang munasabah.akhidmat kaunseling juga
diberikan kepada pelajar yang ponteng untuk memahami masalah yang mereka
hadapi dan memberi cara-cara menyelesaikannya. Cara guru mengajar patutlah
diubahkan untuk menambah sedikit hiburan supaya pelajar tidak berasa bosan
dalam pembelajaran.
Kesimpulannya, selain ibu bapa dan pihak sekolah, masyarakat sekeliling
juga patutlah bekerjasama menangani gejala ponteng dengan mengadakan kempen
atau ceramah dengan ketidakmanfaat kegiatan ponteng sekolah. Demi mengacukan
generasi yang berguna dan bertanggungjawab, semua pihak haruslah menjalankan
tindakan dan tindakan daripada satu kuasa tidak akan berjaya mengatasi gejala ini.
Jadilah, sama-sama bekerjasama untuk menuju ke Wawasan 2020 dengan lancar.

10

3.0 Pilih Satu Isu Atau Cabaran Pendidikan Semasa Dalam Bentuk Artikel
Berkaitan Gangguan Emosi Murid Atau Guru Untuk Diulaskan Secara Kritis

3.1 Isu Guru Memukul Murid Sampai Mati
Artikel yang dipilih ialah berkaitan dengan kes seorang guru sekolah agama
memukul muridnya yang berusia 7 tahun sehingga menyebabkan kematian.
Kejadian yang berlaku di sebuah sekolah agama di Arau, Perlis ini, merupakan
tragedi yang mengecewakan. Lebih-lebih lagi suspek adalah merupakan tenaga
pengajar sekolah agama berkenaan. Mangsa, Saiful Syazani Saiful Sopfidee
dikatakan dipukul dan dibelasah oleh gurunya yang berusia 26 tahun atas sebab
kesalahan mencuri RM7. Murid tersebut dipukul selama 2 jam menyebabkannya
pengsan akibat daripada kecederaan di kepala dan tubuh badan kesan daripada
pukulan yang bertubi-tubi oleh guru berkenaan.
Kes yang berlaku ini mendapat liputan meluas oleh media-massa kerana kes ini
melibatkan suspek yang menyandang jawatan sebagai seorang guru iaitu satu
pekerjaan atau profesion yang sangat dipandang mulia oleh masyarakat sekeliling.
Merujuk sumber Berita Harian (2012), Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin, menyifatkan kes murid sekolah agama yang dibelasah guru sehingga maut
adalah jenayah serius yang tidak boleh dimaafkan. Beliau juga berkata, walaupun
sekolah berkenaan bukan di bawah Kementerian Pelajaran, namun perbuatan guru
itu tetap tidak boleh dibiarkan kerana ia membabitkan keselamatan murid. Hal ini
adalah bertentangan dengan akauntabiliti keguruan terhadap murid. Setiap guru
perlu lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid daripada hal-hal lain.
Isu berkaitan guru memukul muridnya sehingga menyebabkan kematian ini
merupakan kes yang boleh dikategorikan sebagai kes penderaan kanak-kanak. Tan
Sri Muhyiddin Yassin berkata, Bila ibu bapa menyerahkan anak mereka kepada
pihak sekolah, ia menjadi tanggungjawab guru dan sekolah kena memberi perhatian
tentang keselamatan mereka, (bukannya mendera mereka) apa lagi dilakukan oleh
guru yang sepatutnya bertanggungjawab mendidik anak-anak, (sumber: Berita
Harian, 2012).

11

3.2 Rasional Isu
Usia kanak-kanak itu baru 7 tahun. Dia seorang anak yatim yang kematian
ibu empat tahun lepas, manakala ayahnya pula tinggal di Langkawi. Tiada tempat
menumpang kasih, dia dipelihara keluarga angkat di Jejawi, Perlis. Keluarga
angkatnya menghantar dia bersekolah di Sekolah Agama Rakyat Jejawi dan bagi
memudahkan pembelajaran, dia tinggal di asrama sekolah.
Pandangan saya berkaitan dengan isu guru agama memukul anak muridnya
sehingga menyebabkan kematian ini adalah tidak wajar berlaku. Hal ini kerana tugas
guru adalah sebagai seorang pendidik dan pembimbing dan bukan sebagai
pengancam keselamatan murid-murid. Persoalan yang timbul ialah adakah perlu
seorang guru membelasah muridnya sedemikian rupa? Lebih-lebih lagi mangsa
hanya berumur 7 tahun. Tidak sepadan langsung dengan suspek yang berumur 26
tahun. Sekiranya memang benar bahawa murid tersebut melakukan kesalahan
mencuri, tindakan membelasah murid berkenaan secara melulu bukanlah jalan yang
terbaik dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
Terdapat pelbagai cara yang lebih efektif dan berkesan yang boleh digunakan.
Guru tersebut tidak boleh bertindak tanpa alasan dan bukti yang kukuh. Tambahan
pula sekiranya dakwaan yang mengatakan bahawa murid tersebut mencuri adalah
daripada percakapan murid-murid yang lain. Dalam erti kata yang lain ialah hanya
syak. Tindakan memukul dan membelasah murid tersebut bagi saya adalah sangat
kejam dan tidak berperikemanusiaan. Lebih-lebih lagi bagi seorang guru yang
mempunyai pendidikan agama. Mencabut nyawa seseorang dengan tangan sendiri
hanya kerana syak dan wasangka, adalah tindakan yang paling dangkal sekali yang
dibuat oleh seorang manusia lebih-lebih lagi digelar seorang guru.
Salah satu faktornya berlaku kejadian ini adalah guru gagal mengawal
emosinya. Guru berusia 26 tahun itu mengakui gagal mengawal emosi sehingga
hilang pertimbangan ketika menyoal siasat Saiful Syazani Saiful yang juga seorang
anak yatim berhubung satu kes kecurian di sekolah tersebut. Dia tidak sedar ketika
memukul murid Saiful sehingga menyebabkan murid tersebut cendera parah
sehingga meninggal dunia. Kegagalan seseorang individu mengawal emosi diri
sendiri akan membawa pelbagai kesan yang negative kepada dirinya sendiri. Hal ini
kerana emosi mempengaruhi segala keputusan yang dibuat oleh kita dengan
12

bantuan fikiran. Emosilah yang menentukan bahawa kita suka atau sedih mahupun
marah pada sesuatu ketika itu. Kegagalan dalam mengawalnya juga boleh
membawa padah seperti gejala sosial yang semakin berleluasa pada hari ini.
Keadaan yang gagal dalam mengawal emosi boleh membawa kepada kecelaruan
identiti kepada mereka sendiri. Mungkin kerana trauma dan tekanan yangpernah
dan dialami oleh mereka ini boleh memandu mereka untuk melakukan sesuatudalam
keadaan tanpa sedar mereka mencederakan orang lain. Tambahan, ada jugayang
ingin membalas dendam dan melepaskan tekanan diri dengan membuli dan
melakukan penindasan kepada yang lebih lemah dari mereka. Sifat rasional sudah
tidaklagi berada dalam diri mereka kerana yang penting pada mereka hanyalah
kepuasandiri mereka sendiri.

13

3.3 Cara-cara Menangani Isu
Penderaan fizikal yang berlaku kepada murid ini merupakan salah satu isu
yang sangat dipandang serius oleh lapisan masyarakat. Kita sedia maklum bahawa
kebanyakan guru menghukum murid di atas kesalahan atau kenakalan yang
dilakukan oleh murid itu sendiri. Namun begitu, penderaan bukanlah langkah yang
terbaik untuk menghukum seseorang murid yang melakukan kesalahan. Tingkah
laku negatif seperti mendera yang dilakukan oleh guru tersebut hendaklah
dibendung dengan kadar segera. Menurut Lewis M. Beaker (2001), tingkah laku
adalah sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak,
secara sedar atau separa sedar.
Antara langkah untuk mengatasi isu tersebut ialah dengan meningkatkan
kesedaran agama. Setiap guru hendaklah mendalami ilmu agama supaya setiap
tingkah laku yang dilakukan adalah berlandaskan kepada pegangan agama. Dengan
mendalami ilmu agama, seseorang guru itu akan sedar peranan dan tanggungjawab
yang diamanahkan perlu dilaksanakan dengan sebaik yang mungkin dan berusaha
untuk menjalankan tanggungjawab dengan ikhlas. Menurut INTAN (1994), ikhlas
merupakan salah satu etika yang perlu diamalkan dalam pekerjaan. Ini bermaksud
setiap penjawat awam hati yang bersih, jujur dan suci. Jika seseorang itu ikhlas
dalam kerjanya, ia akan menjalankan tugas tersebut dengan sempurna dan
menghasilkan output yang memuaskan secara berterusan.
Selain itu, di setiap sekolah hendaklah diwujudkan khidmat bimbingan dan
kaunseling yang dikhaskan untuk guru bagi menangani isu penderaan fizikal
terhadap murid di mana khidmat ini dikendalikan oleh individu yang pakar dalam
masalah ini. Khidmat bimbingan dan kaunseling ini bertujuan untuk membolehkan
guru mendapatkan bantuan dan nasihat daripada pakar kaunseling jika mereka
terlibat atau mengalami masalah gangguan emosi yang boleh mengakibatkan
mereka bertindak di luar kawalan. Menurut Shertzer dan Stone (1981) menyatakan
bahawa bimbingan sebagai perkhidmatan membimbing individu yang
memerlukannya untuk mencapai kefahaman, pengetahuan dan kemahiran tertentu.
Penguatkuasaan undang-undang adalah merupakan langkah yang patut
diambil oleh kerajaan bagi mengatasi isu berkaitan dengan penderaan. Merujuk
kepada rencana yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia bertarikh 1 April 2001, Dr.
14

Rais Yatim menyatakan bahawa undang-undang adalah peraturan hidup yang
berkata-kata. Undang-undang berkata-kata melalui bahasanya yang tersendiri iaitu
bahasa undang-undang. Penguatkuasaan undang-undang seperti penjara, sebatan,
hukuman dan sebagainya perlulah dikuatkuasakan bagi mengatasi masalah ini
daripada terus berleluasa. Mana-mana guru yang terlibat dengan tindakan undang-
undang boleh dilucutkan jawatannya sebagai seorang guru. Ini dapat memberi
pengajaran kepada guru lain supaya tidak melakukan perkara yang sama berkaitan
isu penderaan ini.
Kerajaan hendaklah melantik guru-guru yang berkelayakan untuk menjawat
profesion sebagai seorang pendidik. Hal ini disebabkan, guru yang berkelayakan
telah diberi latihan yang secukupnya untuk menjadi seorang guru. Program-program
dan kursus-kursus yang telah dijalani oleh individu ini sedikit sebanyak membantu
mereka memahami etika keguruan yang telah digariskan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia contohnya seperti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
(PISMP).

15

3.4 Rumusan
Menurut Abu Bakar Nordin (2003), peribadi dan sahsiah seorang guru akan
menentukan kedudukannya di mata masyarakat. Oleh itu, guru harus memiliki sifat
profesionalisme yang tinggi. Sebagai seorang pendidik, guru perlu menjadi contoh
dan teladan kepada para murid dalam pelakuan sehariannya supaya pendidik
menjadi masyarakat yang dihormati dan disegani. Etika dan tatasusila profesion
perguruan yang menjadi pegangan harus sentiasa difahami, dihayati dan diamalkan.
Dengan mengamalkan etika keguruan yang telah digariskan, isu berkaitan dengan
penderaan seperti yang dibincangkan akan dapat dibendung dan diatasi dengan
berkesan.
Pendidikan melalui contoh teladan merupakan pendidikan yang penting
dalam membentuk seseorang pelajar agar berbudi pekerti mulia, bermoral tinggi,
dan pandai menyesuaikan diri dalam masyarakat. Dalam hal ini, guru perlu
menyediakan dan menjadikan dirinya sebagai contoh teladan yang paling baik pada
pandangan pelajar. Hal ini demikian kerana pelajar melihat dan memerhatikan
segala tindak tanduk guru mereka. Contoh teladan memainkan peranan yang besar
dalam memperbaiki diriseorang pelajar dan sebaliknya. Sekiranya guru itu bersifat
benar, amanah, berakhlak baik, berani serta memelihara diri daripada perkara-
perkara yang haram, maka akan lahirlah para pelajar yang bersifat demikian. Oleh
itu, guru haruslah mampu mengawal emosinya walaupun betapanya marah terhadap
kejadian yang berlaku. Hal ini adalah untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini
berlaku.

16

4.0 Penutup
Profesion keguruan merupakan profesion yang tertua di dunia dan kini
memasuki satu lagi era baharu. Peranan guru pada masa dahulu hanya tertumpu
sebagai penyampai ilmu semata-mata. Berbanding sistem pendidikan pada masa
kini, guru lebih banyak berperanan sebagai pemudah cara pengetahuan yang
seharusnya lebih bersedia dan peka dalam melahirkan dan menggunakan situasi-
situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan. Selaras dengan perubahan
peranan pendidik, guru harus lebih inovatif, kreatif dan efektif dalam
penyampaiannya serta sentiasa memikirkan pendekatan baharu untuk
mengadaptasikan amalan mereka dengan kehendak pelajar sebagai knowledge
worker dalam era revolusi maklumat abad ke-21.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa tanpa kerjasama masyarakat kita,
adalah mustahil untuk menghapuskan masalah sosial ke akar umbinya. Rukun
Negara yang menjadi asas kewujudan hidup bermasyarakat di negara kita wajarlah
diberi nafas baru. Prinsip pertama Rukun Negara yakni 'Kepercayaan Kepada
Tuhan' sudah cukup untuk membendung pelbagai perlakaan negatif rakyat kerana
insan yang takut akan Tuhan tidak akan tergamak untuk melakukan kejahatan.
Justeru, kita hauslah sehati sejiwa dan seia sekata dalam usaha membendung
segala ancaman yang menjadi hambatan kita ke arah pencapaian Misi Nasional dan
Wawasan 2020. Di samping itu, kita juga harus berusaha ke arah mewujudkan
sebuah masyarakat dan negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang yang boleh
berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain.