Anda di halaman 1dari 10

BAB 2

PENDAPATAN DAN PENGGUNAAN PENDAPATAN INDIVIDU



1. Sektor ekonomi

SEKTOR UTAMA SEKTOR KEDUA SEKTOR KETIGA
Meliputi aktiviti mengeluarkan bahan
mentah
Meliputi aktiviti menukarkan bahan
mentah menjadi barang separuh siap
atau barang siap
Merangkumi aktiviti membekalkan
perkhidmatan
Pertanian, perhutanan, penternakan,
Perikanan, perlombongan dan kuari

Perkilangan dan pembinaan Perkhidmatan persendirian,
perkhidmatan perdagangan borong
dan runcit, kewangan, insuran, pos,
telefon
Pekerja ladang, pengurus ladang,
nelayan, anak kapal, jurutera
petroleum, pendulang bijih
Operator pengeluaran, jurutera
mesin, inspector kawalan
pengeluaran, tukang cat, buruh
binaan, kontraktor rumah, arkitek
Doctor, penyanyi, pendandan
rambutpegawai keselamatan, tukang
masak, agen insuran, posmen, broker
saham, pegawai bank

2. Faktor yang mempengaruhi pemilihan pekerjaan

Bil Faktor Huraian
1 Upah wang Upah yang diterima dalam bentuk wang mengikut harga semasa pada tahun
tersebut
Semakin tinggi upah wang sesuatu pekerjaan, semakin ramai memilih
pekerjaan tersebut
2 Faedah sampingan Kemudahan yang disediakan seperti perubatan percuma, cuti tahunan, bonus,
kemudahan pinjaman, pengangkutan, tempat tinggal
Kemudahan sampingan yang ditawarkan akan meningkatkan kebajikan
perkerja dan mempengaruhi mereka dalam membuat pemilihan sesuatu
pekerjaan
3 Suasana tempat kerja Meliputi ciri-ciri keselesaan sesuatu tempat kerja
Mempengaruhi individu dalam membuat pemilihan pekerjaan
4 Prospek pekerjaan Peluang-peluang yang diberikan oleh sesuatu pekerjaan seperti kenaikan
pangkat atau kenaikan upah
5 Minat Berkaitan dengan keinginan dan kegemaran individu
Minat terhadap sesuatu pekerjaan mendorong kepada peningkatan
produktiviti
6 Pengaruh keluarga Berkaitan dengan pekerjaan keluarga mendorong pemilihan pekerjaan dalam
bidang yang sama
7 Kelayakan akademik Kelayakan akademik mempengaruhi individu dalam pemilihan pekerjaan
8 Keadaan ekonomi semasa Keadaan ekonomi semasa mempegaruhi pemilihan pekerjaan seperti semasa
kemelesetan ekonomi peluang pekerjaan terhad
Individu terpaksa membuat pilihan pekerjaan walaupun upah rendah
9 Jarak Jarak antara tempat kerja dengan tempat kediaman akan di ambilkira oleh
individu
Menjimatkan kos




3. Pendapatan individu

Jumlah pendapatan yang diterima oleh individu dalam suatu tempoh masa tertentu
Pendapatan individu = upah + sewa + faedah + untung + bayaran pindahan

4. Jenis-jenis pendapatan individu
BIL JENIS PENDAPATAN HURAIAN
1 Upah Ganjaran kepada factor buruh atas sumbangan menal atau fizikal dalam
proses pengeluaran
Meliputi gaji, bonus, elaun dankomisen
Terbahagi 2 iaitu:

Upah wang
- Bayaran yang diterima oleh buruh dalam sebutan ringgit dan sen.

Upah benar
- Kuasa beli upah wang

Upah wang/upah nominal
- Upah benar = ------------------------------------
Purata harga barang

2 Sewa Ganjaran kepada pemilik tanah kerana membenarkan orang lain
menggunakan harta tetapnya
3 Faedah Ganjaran kepada pemilik modal kerana sanggup menangguhkan perbelanjaan
semasa
4 Untung Ganjaran kepada pengusaha kerana sanggup menanggung risiko

5 Bayaran pindahan Pendapatan yang diperolehi tanpa menyumbangka tenaga fizikal dan mental
dalam pengeluaran
Contoh: pencen, wang saku, pemberian anak, biasiswa

5. Sumber pendapatan individu/cara individu memperolehi pendapatan
Sumber pendapatan Huraian
1 Bekerja sendiri

Individu adalah majikan
Modal disediakan melalui pinjaman atau tabungan
Bebas untuk bekerja mengikut kehendak
Bertanggungjawab membuat keputusan
Menerima keuntungan dan menaggung kos

2 Bekerja dengan orang lain Mendapat upah/gaji
Tidak perlu menyediakan sendiri
Kebebasan membuat keputusan adalah kurang

3 Sumber pendapatan lain Pelaburan melabur dalam pembelian barang tahan lama atau barang modal
Simpanan menyimpan wang dengan intstitusi kewangan dan mendapat
faedah
Harta benda- member sewa harta seperti premis, rumah, mesin


6. Pendapatan bolehguna

Jumlah pendapatan yang boleh dibelanjakan setelah ditolak potongan wajib iaitu ZAKAT, CUKAI
PENDAPATAN, KWSP dan PERKESO
Pendapatan bolehguna = Jumlah pendapatan - zakat-cukai pendapatan-KWSP-PERPESO

BIL

POTONGAN WAJIB

HURAIAN
1 Zakat Sejenis cukai yang diwajibkan ke atas semua umat Islam yg cukup
syarat
Terbahagi 2 iaitu zakat fitrah(badaniyah) dan zakat hartabenda(maliah)
Tujuan:
Mengagih semula pendapatan masyarakt Islam
Menyucikan diri penerima dari sikap dengki dan tamak
Mengelakkan pembaziran harta

2 Cukai Pendapatan Sejumlah wang diambil daripada pendapatan individu yg melebihi
sesuatu jumlah tertentu
Jumlah pendapatan individu dalam setahun ditolak pelepasan-
pelepasan tertentu untuk mendapat pendapatan boleh cukai.
Cukai pendapatan berbentuk progresif
Pengiraan cukai pendapatan:

Jumlah pendapatan setahun xxxxxx
- Pelepasan cukai
Diri sendiri xxx
Isteri xxx
Anak xxx
Caruman KWSP xxx
Perubatan ibubapa xxx
Jumlah pelepasan cukai ( xxxxx )
Pendapatan boleh cukai xxxxx

Pendapatan boleh cukai di darab dengan peratusan kadar cukai yang
ditentukan oleh kerajaan. Jumlah hasil darab ialah cukai pendapatan.

3 KWSP Skim simpanan yang diwajibkan kepada semua pekerja
Satu bentuk tabungan untuk menjaga kebajikan pencarum di hari tua
Pekerja wajib mencarum sebanyak 11% dan majikan sebanyak 12%
Boleh dikeluarkan setelah pencarum berumur 55 tahun
4 PERKESO Pertubuhan keselamatan social mengurus perlindungan
terhadap kejadian luar jangkaan terhadap pekerja
Diwajibkan ke atas pekerja swasta yg berpendapatan
kurang dari RM2000 sebulan
Memberi perlindungan kepada pekerja akibat
kemalangan dalam waktu bekerja
Caruman 1.25% dari gaji pekerja dan 0.5% sumbangan
majikan

7. Penggunaan pendapatan boleh guna

Pendapatan individu yang boleh dibelanjakan untuk mendapat barang keperluan dan kehendak
Keperluan dan kehendak ialah

CIRI KEPERLUAN KEHENDAK
TAKRIF Keinginan individu terhadap barang
dan perkhidmatan untuk meneruskan
kehidupan
Keinginan individu terhadap barang
dan perkhidmatan untuk hidup lebih
selesa
JENIS BARANG Terdiri daripada barang perlu utnuk
meneruskan kehidupan
Terdiri daripada barang yg member
kepuasan yg maksimum
HARGA BARANG Harga bagi barang keperluan adalah
stabil dan terkawal
Harga bagi barang kehendak tidak
stabil kerana diluar kawalan kerajaan
KEPENTINGAN Manusia tidak dapat meneruskan
kehidupan tanpa barang keperluan
Manusia masih dapat meneruskan
kehidupan tanpa barang kehendak
BARANG PENGGANTI Tidak ada barang pengganti bagi
barang keperluan
Terdapat pelbagai barang pengganti
bagi barang kehendak
BILANGAN BARANG Jenis barang terhad kepada makanan
minuman, pakaian dan tempat tinggal
Terdapat pelbagai jenis barang
kehendak

Perbelanjaan penggunaan kegiatan menggunakan pendapatan terhadap barang dan perkhidmatan
Tabungan menyimpan lebihan pendapatan yang tidak digunakan

Jenis perbelanjaan individu
Perbelanjaan ke atas barang-barang tidak tahan lama iaitu barang yg digunakan dalam masa yang
singkat dan sentiasa ditukar seperti pakaian dan perbelanjaannya tetap
Perbelanjaan ke atas barang-barang tahan lama iaitu barang yang digunakan untuk tempoh yang lama
dan tidak tetap seperti perabot, rumah dll.
Perbelanjaan terhadap perkhidmatan

8. Belanjawan peribadi
Anggaran perbelanjaan individu berdasarkan anggaran pendapatan individu dalam satu tempoh masa
tertentu
Kepentingan belanjawan
Merancang perbelanjaan mengikut pendapatn
Mendahulukan perbelanjaan penting
Memupuk tabiat ingin menabung
Mengelakkan individu berhutang
Mengelakkan inflasi

Langkah belanjawan

Mengenalpasti punca pendapatan
Mencatat semua perbelanjaan yang diperlukan
Menyusun perbelanjaan mengikut keutamaan
Megimbang pendapatan bolehguna dengan perbelanjaan
Tabungan
9. Tabungan

Takrif

Pendapatan bolehguna individu yang tidak digunakan

Tujuan

Membiayai perbelanjaan kecemasan dan awasan
Menjamin kehidupan yang lebih selesa pada masa hadapan
Membeli barang tahan lama
Pembiayaan pendidikan
Mendapat pulangan dalam bentuk faedah
Memulakan atau membesarkan perniagaan
Menunaikan haji di Makkah

Cara menabung
Bank perdagangan
Syarikat kewangan
Bank simpanan nasional
Lembaga tabung haji
Koperasi
Unit amanah
Syarikat insuran nyawa

10. Pinjaman

Takrif

Sejumlah wang yang diterima oleh individu daripada sumber tertentu yang perlu dibayar balik

Tujuan pinjaman

Menampung kekurangan wang semasa
Membeli barang tahan lama
Membeli barang harian
Pinjaman pendidikan bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi
Memulakan sesuatu perniagaan
Menambahkan modal dan meningkatkan produktiviti
Mengurangkan pembayaran cukai syarikat kerana pinjaman menambahkan kos pengeluaran





Sumber pinjaman
Bank perdagangan menawarkan pelbagai bentuk pinjaman contohnyapinjaman peribadi dan
overdraf
Syarikat kewangan
Bank Simpanan Nasional
Syarikat kredit
Agensi kerajaan
Sumber pinjaman lain

Sebab pinjaman dibayar ganjaran faedah

Kesanggupan menagguhkan perbelanjaan semasa
Kadar faedah yang diterima dianggap sebagai menggantikan susutnilai faedah wang tersebut
Menanggung risiko pinjaman tidak dibayar balik
Menanggung kos lepas daripada menggunakan wang tersebut

11. Pelaburan

Takrif

Perbelanjaan terhadap barang-barang modal atau penambahan stok modal

Cara-cara pelaburan

Pembelian aset tetap
Pembelian stok modal
Pembelian stok atau barang niaga
Peningkatan sumber manusia -Pelaburan wang dalam sektor pendidikan iaitu peningkatan modal
sosial (peningkatan daya pengeluaran)

Tujuan pelaburan
Mendapat pulangan
Menggantikan barang modal
Meningkatkan daya pengeluaran













SPM 2009









LATIHAN PENGUKUHAN K2