Anda di halaman 1dari 1

FORUM 1: BINCANGKAN DUA FAKTOR PENGUKUHAN KESULTANAN

MELAYU MELAKA.
Kerajaan Melayu Melaka merupakan kesinambungan Kerajaan Melayu
Srivijaya. Kerajaan ini diasaskan oleh pewaris taktha terakhir Kerajaan Srivijaya dari
Palembang iaitu Parameswara atau Raja Iskandar Syah pada penghujung abad ke-
14. Berdasarkan pembentangan kumpulan 1, Melaka menjadi kuat dan kukuh pada
zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah dan berjaya mencapai kegemilangannya
pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah. Terdapat beberapa faktor utama
yang menyumbang kepada pengukuhan kerajaan ini.
Salah satu faktor yang mengukuhkan Melaka ialah menjalinkan hubungan
dengan China. Pada awal penubuhan, Melaka menerima banyak tentangan
daripada kerajaan-kerajaan luar seperti Majapahit dan Siam. China merupakan
sebuah kerajaan besar yang sangat disegani oleh banyak negara termasuk Siam. Ini
terbukti apabila Siam terpaksa akur dengan arahan China agar Siam dan Melaka
hidup bersama secara baik kerana China menganggap bahawa Melaka adalah
sebuah kerajaan yang berada di bawah naungannya. Perkara ini telah membuka
ruang kepada Melaka untuk mengukuhkan kedudukannya sehingga berjaya menjadi
sebuah pelabuhan entrepot yang sangat terkenal pada waktu itu.
Selain itu, penerimaan Islam turut menjadi faktor akan mengukuhan kerajaan
Melayu Melaka. hal ini dikatakan demikian kerana Islam yang dibawakan oleh para
pedagang dari Pasai, Gujerat dan Tanah Arab telah menarik minat penduduk
tempatan. Pengislaman raja-raja Melaka telah menjadi satu titik penting bertapaknya
Islam secara sah di Melaka kerana para pembesar dan rakyat turut memeluk agama
Islam sehingga mempengaruhi corak pemerintahan Melaka dari segi politik, ekonomi
dan sosial. Undang-Undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka yang digubal
berteraskan ajaran Islam telah memberi keselesaan kepada orang dagang yang
berkunjung ke Melaka hingga menjadikan Melaka sebuah negara yang masyhur dan
kaya kerana berjaya menjadi tumpuan untuk menjalankan perdagangan oleh
pelbagai negara pada waktu itu.
Kesimpulannya, hubungan bersama China dan penerimaan Islam di Melaka adalah
dua faktor yang sangat penting dalam usaha pengukuhan kerajaan tersebut. Namun,
sifat tamak dan hasad dengki kuasa luar telah meruntuhkan institusi Kerajaan
Melayu Melaka apabila berlakunya sejarah hitam pada Ogos 1511.

Anda mungkin juga menyukai