Anda di halaman 1dari 20

OUMM3203

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

MEI 2013

OUMM3203

PROFESSIONAL ETHICS

NO. MATRIKULASI

781220135404-001

NO. KAD PENGNEALAN

781220-13-5404

NO. TELEFON

+6013-5680871

E-MEL

masdanialfazri@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN

PUSAT PEMBELAJARAN
WILAYAH SARAWAK

OUMM3203

ISI KANDUNGAN
1.0

2.0

Pengenalan
1.1 Definisi Rasuah

1.2 Sejarah Rasuah

1.3 Punca berlakunya Rasuah

Kandungan
2.1 Analisa Ekonomi terhadap Amalan Rasuah

2.2 Analisa Undang-undang terhadap Amalan Rasuah

2.3 Analisa Etika terhadap Amalan Rasuah

3.0

2.3.1 Teori Utilitarianism (Kemudahan)

2.3.2 Teori Duty `

11

2.3.3 Teori Keperibadian

12

2.3.4 Teori Kemoralan Sosial

13

2.3.5 Teori Keperibadian Mulia

14

Kesimpulan
3.1 Menilai Perubahan

15

3.2 Cadangan

4.0

3.2.1 Pemeriksaan dan perundangan

16

3.2.2 Pendidikan masyarakat

17

Rujukan

19

OUMM3203

1.0 PENGENALAN
1.1 Definisi Rasuah
Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4 rasuah membawa maksud perbuatan yg salah
di sisi undang-undang seperti menerima atau memberi wang suap (pecah amanah,
menggelapkan wang, mencuaikan tanggungjawab).
Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab al-risywah. Di dalam AlQuran, rasuah dikategorikan dalam kata umum batil, iaitu meliputi perkataan jenayah lain
seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Di negara ini, dari segi undang-undang
semua perkataan memberi dan menerima suapan adalah sebahagian daripada perbuatan
dan kesalahan jenayah rasuah.
Rasuah boleh ditafsirkan sebagai ganjaran atau imbuhan yang diperoleh hasil
daripada melakukan sesuatu kerja yang tidak sepatutnya dilakukan. Rasuah bukan
sahaja boleh diberi atau diterima dalam bentuk wang ringgit tetapi juga dalam bentuk
material.

Secara amnya rasuah bermakna kuasa yang telah diberikan kepadanya

disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap pilih kasih
dalam tindakannya
Daripada Abu Hurairah RA. Ia telah berkata: Rasulullah SAW telah mengutuk
orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rauah dalam soal
hukum menghukum. Rasulullah SAW. yang bermaksud: Pemberi dan penerim rasuah
kedua-duanya akan masuk neraka.
Rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang
dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Biasanya
rasuah dijadikan sebagai satu jalan pintas seseorang untuk mengecapi kehidupan mewah
atau dengan erti kata lain untuk mahu menjadi kaya dalam masa singkat. Kebiasaannya
orang yang melakukan budaya ini tidak memikirkan kesan buruk yang akan terjadi,
sebaliknya mereka hanya memikirkan keuntungan kepada diri mereka.
2

OUMM3203

Biasanya, rasuah dijadikan sebagai salah satu jalan pintas seseorang untuk
mengecapi kehidupan mewah atau dengan erti kata lain mahu menjadi kaya dalam masa
singkat. Kebiasaannya orang yang melakukan budaya ini tidak memikirkan kesan buruk
yang akan terjadi, sebaliknya mereka hanya memikirkan keuntungan kepada diri mereka.
Sebagai umat Islam, keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT harus dititikberatkan
dalam apa juga urusan. Islam sangat melarang umatnya daripada mengamalkan budaya
ini.
Perbuatan rasuah ini adalah perbuatan yang sangat keji dan berdosa. Mereka
yang terlibat dalam budaya rasuah akan memperoleh balasan yang setimpal dengan
perbuatan mereka ini. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :
Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka.
Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:
Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di
antaranya kamu dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada
hakim, supaya dapat kamu memakan sebahagian harta orang yang berdosa sedang kamu
mengetahuinya.
(al-Baqarah : 188)

OUMM3203

1.2 Sejarah Rasuah


Budaya rasuah ini sebenarnya telah disedari oleh Islam. Terdapat cara yang
terbaik untuk mengatasi dan mengawal budaya rasuah berleluasa. Langkah pertama yang
tegas telah diutarakan oleh Islam iaitu terhadap mengharamkan secara berkesan tanpa
bertolak ansur dengan rasuah, seperti sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh atTirmizi yang bermaksud :
Penerima dan pemberi rasuah akan ditempat dalam api neraka.
Perbuatan ini juga dikutuk dengan kerasnya oleh Allah SWT sebagaimana
dinyatakan dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud :
Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta
orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya.
Berdasarkan dalil-dalil diatas jelas membuktikan Islam melarang perbuatan keji
ini. Kutukan itu bukan sahaja terbatas kepada penerima malah pemberi dan sesiapa juga
yang bersubahat melicinkan kegiatan rasuah ini.

OUMM3203

1.3 Punca Berlakunya Rasuah Secara Umum


Antara punca penyebab berlakunya salah laku rasuah, ialah faktor keadaan
(situation factor).

Bagi penjawat awam misalnya seperti bahagian penguatkuasaan,

mereka sangat terdedah dengan rasuah bilamana kecerdikan perasuah dengan


menawarkan sogokkan atau hadiah yang lumayan, ketiadaan saksi ketika itu dan
keinginan mendapatkan sesuatu untuk kepentingan diri sendiri, maka tanpa berfikir
panjang, lantas mereka pun menerima rasuah. Apabila sekali mereka terjebak dan
terselamat dari hukuman, berkemungkinan ianya akan menjadi sesuatu yang tidak
ditakuti, bak kata pepatah alah bisa tegal biasa. Besar kemungkinan perbuatan sebegitu
akan berulang lagi di lain masa.
Jika diteliti laporan akhbar sejak akhir-akhir ini, ramai pegawai tinggi kerajaan
yang berpangkat telah disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan kes mereka
masih dalam siasatan dan perbicaraan. Hal ini telah mencemarkan imej organisasi
kerajaan yang pada dasarnya pendokong amanah dalam pelbagai bidang. Ibarat kata
pepatah harapkan pagar, pagar makan padi.

Mereka yang didapati bersalah bakal

berdepan dengan masa depan yang gelap kerana hukuman yang dikenakan bukan sahaja
menghancurkan kerjaya mereka, malah mereka terpaksa menjelaskan lebih daripada
sekali ganda dengan nilai suapan yang mereka terima.

Berbaloikah

kita menjadi

penerima rasuah? Tepuk dada tanya selera.


Faktor yang kedua punca berlakunya rasuah ialah nilai peribadi dan prinsip moral
(personal values and morals). Kelemahan ini juga disebabkan kurang iman dan taqwa
seseorang. Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang, tetapi
dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi.

Sikap sesorang yang terlalu

mementingkan kejayaan, pangkat dan kewangan seringkali bertindak berdasarkn


keuntungan peribadi tanpa mengira kesannya terhadap orang lain.
Faktor seterusnya adalah disebabkan kelemahan dan pengurusan organisasi.
Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan , lembap
menjalankan tugas, lebih cenderung ke arah berlakunya penyelewengan khususnya
rasuah.

OUMM3203

2.0 Kandungan
2.1 Analisa ekonomi terhadap amalan rasuah
Oleh sebab kegiatan rasuah semakin serius dan kronik sehingga sukar dibendung,
banyak implikasi negatif telah timbul. Implikasi negatif yang pertama ialah imej negara
kita semakin terjejas di persada antarabangsa. Hal ini demikian kerana negara kita
dianggap sebagai sebuah negara yang lemah dari segi pengurusan negara apabila angka
kes rasuah semakin meningkat. Tambahan pula, rakyat negara kita juga dianggap tidak
bermoral. Hal ini boleh menyebabkan bangsa kita terhina di mata dunia. Walaupun
semenjak belakangan ini kita telah menggapai banyak kejayaan dalam bidang teknologi
ataupun sukan, tetapi kita tetap dipandang rendah oleh negara lain kerana kebolehan
negara kita telah diragui. Sehubungan ini, negara-negara lain akan hilang kepercayaan
pada kebolehan negara kita dalam menjana kemajuan yang lebih membanggakan.
Selain itu, rasuah juga boleh menyebabkan keruntuhan tamadun sesebuah negara.
Jika kita menyorot sejarah peradaban dunia, kita akan mendapati bahawa rasuah telahpun
diamalkan oleh paderi-paderi Kristian di Eropah sebelum berlaku revolusi. Kesan amalan
rasuah, negara mereka mengalami kemunduran dari segi ekonomi, malah membawa
kepada perpecahan politik. Hal ini menyebabkan zaman tersebut dikenali sebagai Zaman
Gelap. Maka, perkara yang sama juga boleh berlaku di negara kita sekiranya rakyat tidak
mengikis amalan rasuah. Tamadun yang telah dibina oleh bangsa kita ini akan runtuh dan
musnah begitu sahaja jika gejala rasuah tetap membelenggu masyarakat. Begitu juga,
banyak kerajaan di benua Afrika tumbang atau diguling gara-gara pemimpinnya
mengamalkan rasuah yang menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada mereka.

OUMM3203

2.2 Analisa undang-undang terhadap amalan rasuah


Menurut Laporan Tahunan SPRM pada tahun 2011, seramai 263 orang telah
dihadapkan di mahkamah atas kesalahan rasuah. Ia melibatkan 141 (53.6%) orang awam,
80 (30.4%) orang penjawat awam, 41 (15.6%) orang daripada sektor swasta dan seorang
(0.4%) ahli politik. Peningkatan jumlah pendakwaan terhadap orang awam adalah atas
kesalahan cubaan menyogok pegawai awam. Ini menunjukkan petanda positif ke atas
usaha kerajaan dalam meningkatkan kesedaran dalam kalangan pegawai awam
berhubung tanggungjawab melaporkan cubaan pemberian rasuah. Dalam masa yang
sama, kempenkempen kesedaran berhubung kesalahan memberi rasuah dipergiatkan
kepada semua anggota masyarakat. Penubuhan Mahkamah Khas Rasuah pada 16
Februari 2011 telah berjaya menyelesaikan perbicaraan kes-kes rasuah dengan lebih cepat
dan ini telah menyebabkan peningkatan mendadak dari segi penyelesaian kes-kes rasuah.
Daripada 776 kes perbicaraan di Mahkamah Rendah, sejumlah 520 kes telah
berjaya diselesaikan di peringkat perbicaraan awal, dimana sejumlah 259 (49.8%) kes
telah disabitkan kesalahan, 129 (24.8%) kes mengaku salah, 114 (21.9%) kes lepas dan
bebas, dan 18 kes (3.5%) lepas tanpa dibebaskan. Manakala baki 256 kes masih lagi
dalam peringkat perbicaraan.
Sebanyak 146 kes telah selesai rayuannya di peringkat Mahkamah Tinggi, dimana
98 kes telah berpihak kepada Pendakwa Raya dan 48 kes tidak berpihak kepada
Pendakwa Raya. Manakala di peringkat Mahkamah Rayuan, sebanyak 99 kes telah
selesai dan 116 kes masih belum diputuskan.
Pada tahun 2011 juga, sebanyak 24 kes yang diputuskan Mahkamah Rendah tiada
kes prima facie tetapi setelah dirayu, Mahkamah Tinggi memerintahkan kes tersebut
dipanggil untuk membela diri. Sementara itu, sejumlah 19 kes daripada 21 kes
pelucuthakan harta telah dikendalikan di peringkat Mahkamah

Rendah, Mahkamah

Tinggi dan Mahkamah Rayuan. Sebanyak 18 (94.7%) kes memihak kepada Pendakwa

OUMM3203

Raya dan satu kes memihak kepada Orang Kena Tuduh (OKT).Denda yang telah berjaya
dikutip atas kesalahan rasuah adalah berjumlah RM10,872,145.

OUMM3203

2.3 ANALISA ETIKA TERHADAP AMALAN RASUAH


2.3.1 Teori Utilitarianism
Perkataan Utilitarianisme berasal daripada perkataan utility yang bermaksud
berguna. Teori Utilitarianisme menegaskan kita supaya sentiasa bertindak untuk
menghasilkan kebaikan dan keseronokan yang maksima kepada bilangan orang yang
sebanyak mungkin. Dalam kata lain, sesuatu tindakan adalah bermoral apabila ia
menghasilkan kegembiraan atau keseronokan yang semaksima kepada semaksima orang
ramai. Teori ini ialah salah satu aliran dalam teleologis (iaitu teori akibat). Konsep
Utilitarianisme mengutarakan bahawa perbuatan yang menghasilkan kebaikan yang
maksimum kepada sebanyak mungkin orang yang terlibat dalam sesuatu situasi. Mereka
memandang akibat dan natijah baik sebagai matlamat kerja mereka. Ianya diasaskan oleh
pemikir Jerman iaitu Jeremy Benthan (1784-1832) dan John Stuart Mill (1806-1873).
Mereka bermaksud kebaikan yang diamksudkan ialah yang terbaik dan untuk dinikmati
oleh seramai mungkin faedah tindakan itu. Bagi mereka ungkapan seperti 'jangan menipu'
dan 'tepatilah janji' adalah sesuatu yang umum. Hal ini boleh dilanggar sekiranya ada
kebaikan yang lebih besar. Teori ini mengakibatkan manusia mula menjadi alat atau
komoditi sains. Mereka ingin berfikir semaksima yang mungkin untuk memudahkan
manusia dengan mengabaikan beberapa nilai moral yang dikatakan sebagai teori umum.
Teori ini telah diserapi dengan nilai 'machavellian' iaitu matlamat menghalalkan cara.
Walaubagaimana pun, sikap menepati janji dan berkata benar yang melampau sehingga
memusnahkan masyarakat dan sistem pemerintahan Islam juga adalah dilarang dalam
Islam. Berjanji dengan golongan 'musuh', bercakap benar dengan 'musuh' secara jelas
dilarang di dalam banyak ayat Al Quran. Hal ini sebenarnya memerlukan pertimbangan
semasa. Hal inilah yang menjadikan Islam sebagai agama yang waqii'yyah (mengikut
zaman dan tempat). Peperangan yang dicetuskan oleh pihak Georgia adalah tidak
bermoral kerana tindakanini menghasilkan implikasi yang buruk kepada banyak pihak.
Peperangan ini mengakibatkan kematian yang melibatkan askar-askar dan rakyat-rakyat.
Nyawa yang tidak berdosa seperti wanita, orang tua dan kanak-kanak turutmenjadi
pengorbanan peperangan tersebut. Peperangan juga menyebabkan mereka kehilangan ahli
keluarga yang tersayang dan merosakkan kebanyakan rumah tangga yang bahagia.
9

OUMM3203

Tambahan

pula,

penggunaan

bom

yang

mengandungi

bahan

kimia

menyebabkan pencemaran alam sekitar dari segi udara dan air yang membolehkan
seseorang mendapat penyakit barah. Hal ini juga meyebabkan kerosakan terhadap
bangunan-bangunan di negara yangterlibat dalam peperangan tersebut. Kos yang tinggi
terpaksa dibelanjakan untuk menjalankan pekerjaan pemulihan bangunan-bangunan
tersebut.

10

OUMM3203

2.3.2 Teori Duty / Deontologis


Teori ini juga dikenali dengan ungkapan teori 'deontologis' iaitu golongan yang
tidak percaya dengan akibat. Immanuel Kant (1724-1804) menyatakan bahawa sikap
jujur, mengikut arahan, menepati janji serta adil adalah tujuan utama dan bukannya akibat
kerja berkenaan.
Pada penulis teori ini telah dipraktikkan oleh Laksamana Hang Tuah sekitar
pemerintahan Mmpayar Melaka dahulu. Taat yang melulu tanpa melihat akibat
peminangan Tun Teja, membunuh rakan sendiri, mengambil mahkota raja di dalam kolam
najis dan banyak lagi perilaku yang diungkapkan sebagai taat dan setia adalah suatu yang
perlu dinilai semula. Teori ini menghasilkan 'robot-robot' yang taat mengikut arahan
programmernya tanpa menilai baik dan buruknya sesuatu arahan. Hal ini dijelaskan
dalam Islam apabila konsep taat dan patuh kepada Ibu bapa boleh ternafi apabila si ibu
atau si bapa mengarahkan anaknya meninggalkan suruhan Tuhan (seperi solat dan
sebagainya).

11

OUMM3203

2.3.3 Teori Keperibadian Mulia


Teori

Keperibadian

Mulia

menekan kepada perlunya

manusia memiliki

keperibadian mulia sebelum dapat memahami fungsi dan autoriti peraturan. Teori ini berkait rapat dengan
sifat-sifat seseorang insan yang bermoral. Ia dapat didefinisikan sebagai suatu kualiti yang terbaik dan
istimewa. Maka, kita boleh menyatakan bahawa etika mempunyai hubung kait yang baik dengan
keperibadian mulia atau sifat perangai atau ciri-ciri watak yang mulia. Teori ini merangkumi kehidupan
baik sesama ahli masyarakat, iaitu Eudaimonia dan ia tidakmenggalakkan perbuatan yang hanya
memberikan keseronokan sementara,seperti kekayaan, kekuasaan atau keseronokan fizikal.
Pengeboman di Niroshima dan Nagasaki bukan sahaja menyebabkan kemusnahan harta benda
manusia, ia juga mengakibatkan kematian penduduk yang tidakberdosa. Di samping itu, bom atom
mempunyai kuasa pemusnah yang amatserius. Hal ini jelas menunjukkan peperangan membawa lebih
banyak keburukandaripada kebaikan, terutamanya peperangan akan menyebabkan pengorbananrakyat
jelata dan menyebabkan keadaan sesebuah negara menjadi huru-hara. Disamping, ia juga akan
menyebabkan rakyat kehilangan tempat perlindungan danahli keluarga mereka. Selain itu, peperangan
juga akan merosotkan ekonomisesebuah negara kerana tiada orang mahu melabur di negara yang
berkeadaanhuru-hara. Jadi, peperangan dianggap tidak wajar dan tidak bermoral.

12

OUMM3203

2.3.4 Teori Kemoralan Sosial


Teori Kemoralan Sosial ini berkaitan dengan peraturan masyarakat yang terdiri
daripada tatahukum, tatasusila, tatatertib dan peraturan masyarakat ini biasanya
diamalkan sebagai tradisi, norma, kebiasaan atau adat, kod, nilai dan pantang larang.
Peraturan masyarakat berkaitan dengan konsep atau nilai berdikari, hormat-menghormati,
kasih sayang, kebersihan, saling membantu, bekerjasama, kesyukuran dan semangat
bermasyarakat. Kewujudan pantang larang adalah untuk menjaga kerukunan sosial.
Selain itu, keputusan yang berasaskan teori ini tidak akan menjejaskan keamanan dan
keharmonian masyarakat. Masyarakat perlu hidup bermasyarakat untuk memenuhi
keperluan, kehendak dan keinginan masing-masing.
Dalam kod kemoralan sejagat, peperangan merupakan sesuatu tindakan yang
tidak bermoral kerana kedaulatan antara negara yang berperang terancam dan kemudahan
seperti bekalan air dan pendidikan akan terjejas. Tertib dan tatasusila masyarakat antara
negara tidak dapat dipelihara, masyarakat tidak dapat memajukan negara. Di samping itu,
mereka tidak dapat menjalani kehidupan mereka seperti biasa kerana menghadapi
tekanan dan takut peperangan akan berlaku lagi.
Tindakan mereka dalam membuat keputusan untuk peperangan adalah tidak
bermoral kerana umat manusia harus bekerjasama untuk memastikan keadaan tenteram
terus wujud demi kebaikan dan kepentingan manusia. Peperangan dianggap tidak
bermoral kerana mengganggu kemerdekaaan dan kedaulatan sesebuah negara untuk
meluaskan kuasa dan tanah jajahan negara. Pengorbanan tentera-tentera akan menjadi
sia-sia kerana melakukan perbuatan yang tidak diterima oleh kod kemoralan sejagat iaitu
untuk menjaga keamanan antara masyarakat antarabangsa. Jadi, peperangan dianggap
tidak wajar dan dibantah di bawah Teori Kemoralan Sosial.

13

OUMM3203

2.3.5 Teori Keperibadian Mulia


Teori ini mengetengahkan bahawa manusia harus mengamalkan nilai-nilai murni
sehingga menjadi satu kebiasaan bagi dirinya. Tindakan Georgia yang menyerang
republik Ossetia Selatan dan Abkhazia demi kepentingan sendirinya dianggap tidak
bermoral kerana Georgia telah tidak mengamalkan kesederhanaan dari segi sikap,
tingkah laku dan sifat-sifat lain yang melahirkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera.
Sebagai contohnya, Georgia mengambil keputusan untuk menyelesaikan masalah melalui
peperangan yang menjejeskan keharmonian masyarakat sedangkan perundingan juga
merupakan satu alternatif yang baik. Dalam kes ini, tindakan Georgia yang melampaui
batasan telah menyebabkan pengorbanan askar-askar dan rakyat sehingga menjejeskan
kedamaian dan keharmonian masyarakat.
Dari sudut yang lain, serangan Georgia terhadap republik Ossetia Selatan dan
Abkhazia telah memusnahkan harta benda di dunia ini, seperti kehilangan tempat tinggal
dan kerosakan hasil tanaman. Keharmonian masyarakat terjejas apabila rakyat terpaksa
hidup dalam keadaan penderitaan.

14

OUMM3203

3.0 KESIMPULAN
3.1 Menilai Perubahan
Perbincangan mengenai rasuah adalah penting kerana kegiatan rasuah akan
melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya kegiatan rasuah, tiada
sesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu rancangan
untuk masa depan. Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik pandai dan
profesional yang ada. Kegiatan rasuah akan hanya menghakis kepercayaan orang awam
terhadap cerdik pandai negara kita.
Selain itu pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka
pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya.
Umpamanya jika cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan, maka pemberian rasuah
telah menggantikan wang cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya
dinikmati oleh segelintir pemberi rasuah.
Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah akan menyebabkan
pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya , ia menimbulkan masalah
lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya.
Budaya rasuah juga boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah
negara. seperti yang berlaku di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan
presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak
terbendung.

15

OUMM3203

3.2 CADANGAN
3.2.1 PEMERIKSAAN DAN PERUNDINGAN
Jenayah rasuah tidak boleh dihapuskan hanya menerusi tindakan punitif sematamata. Strategi serampang tiga mata turut diaplikasikan dalam semua siasatan kes-kes
rasuah. Strategi yang digunakan adalah melibatkan tindakan punitif, pencegahan dan
pendidikan. Strategi ini didapati berkesan untuk menutup semua ruang dan peluang
perlakuan rasuah. Bahagian-bahagian yang berkaitan tugas-tugas operasi, pencegahan
dan pendidikan akan turut dilibatkan bagi memperhalusi punca perlakuan jenayah rasuah
terbabit. Hasil daripada operasi yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan SPRM, Bahagian
Pemeriksaan dan Perundingan telah menjalankan khidmat pemeriksaan dan perundingan
melalui khidmat nasihat berhubung isu-isu yang menjadi tumpuan umum seperti isu-isu
berkaitan urusan import dan eksport, subsidi diesel, penerbitan buku teks dan urusan
Lembaga Tabung Haji.
Salah satu hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh Bahagian ini adalah termasuk
kajian ke atas sistem dan prosedur yang berkait rapat dengan kutipan cukai di pintu-pintu
masuk utama negara khususnya di pelabuhan. Beberapa cadangan telah dicadangkan
hasil daripada pemeriksaan ini. Antara cadangan penambahbaikan tersebut seperti
menaiktaraf atau menggantikan Sistem Maklumat Kastam yang dikenalpasti mempunyai
kelemahan dari segi penyimpanan dan semakan rekod-rekod pengisytiharan.
Pelbagai cadangan penambahbaikan telah dikemukakan sehingga isu ini dibawa
ke peringkat mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan
(JKKMKP) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri. Mesyuarat JKKMKP
bersetuju supaya Unit Pemodenan Pentadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia
(MAMPU) menjalankan kajian menyeluruh tentang keperluan sistem dan peralatan
JKDM.
SPRM turut menjalankan kajian terhadap kelemahan amalan, sistem dan prosedur
kerja berhubung penyaluran diesel bersubsidi kepada nelayan oleh Lembaga Kemajuan
16

OUMM3203

Ikan Malaysia (LKIM) yang menyebabkan berlakunya ketirisan dan penyelewengan


diesel bersubsidi.
3.2.2 PENDIDIKAN MASYARAKAT
Aktiviti pendidikan masyarakat adalah antara program pencegahan yang menjadi
tulang belakang SPRM dalam menyampaikan mesej kepada segenap lapisan masyarakat
merangkumi sektor kerajaan, swasta serta orang awam. Aktiviti bersama masyarakat amat
penting untuk meraih sokongan mereka dalam memerangi rasuah. Aktiviti pendidikan ini
merangkumi pelbagai pendekatan seperti komunikasi bersemuka dan promosi media.
Menurut laporan tahunan, sepanjang tahun 2011, sebanyak 2,105 ceramah telah
disampaikan yang melibatkan seramai 162,512 audiens. Hasil daripada analisa
keberkesanan ceramah mendapati 99.5% orang responden menyatakan ceramah yang
disampaikan berguna kepada mereka. Malahan SPRM telah mengadakan sebanyak 28
seminar di seluruh Malaysia, antaranya ialah penglibatan SPRM dalam seminar Ke Arah
Hidup Cemerlang Tanpa Rasuah yang dianjurkan dengan kerjasama Kumpulan
Karangkraf. Seminar-seminar yang diadakan ini disertai oleh Key Communicator
daripada pelbagai agensi penguatkuasaan di seluruh Malaysia. Satu lagi pendekatan baru
yang diperkenalkan ialah Diskusi Meja Bulat. Ia merupakan saluran utama perbincangan
dan penganalisisan isu rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan antara SPRM dengan
agensi-agensi berkaitan. Sejak ia diperkenalkan, sebanyak 74 sesi diskusi meja bulat telah
dilaksanakan dengan melibatkan Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Pengangkutan
Jalan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan Dan Koperasi.
Inisiatif ini membolehkan SPRM berinteraksi secara bersemuka dan membantu agensi
terlibat menyelesaikan masalah yang timbul akibat wujudnya ruang dan peluang
berlakunya rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan.
Selain daripada itu, pihak berkuasa turut mengambil inisiatif berterusan
mendekati pelajar yang bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada mereka
supaya meningkatkan tahap integriti serta mengetahui kesalahan-kesalahan rasuah
17

OUMM3203

sebelum melangkah ke dunia kerjaya sebenar kelak. Sebanyak 17 Institut Pengajian


Tinggi Awam (IPTA) telah menganjurkan 113 aktiviti, antaranya Konvensyen Sekretariat
Pencegahan Rasuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang menghimpunkan semua ahli
Sekretariat Pencegahan Rasuah IPT dan alumni. Konvensyen ini bertujuan untuk
merangka pelan strategi pencegahan rasuah dalam kalangan pelajar universiti.

APENDIKS
18

OUMM3203

RUJUKAN / REFERENSI
Charles Bernheimer. (1994). Comperative Literature in the Age of Multiculturalism, The
Johns Hopkins University Press.
Joseph W.Weiss. (2006). Business Ethics, Thomson, United States.
Steven Luper. (2002). A Guide to Ethics, Mc Graw Hill, Yew York.
Malaysia Kita. (1991). Institut Tadbir Awam Negara, Kuala Lumpur.
Nilai Dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam. (1992). Institut Tadbir Awam Negara,
Kuala Lumpur.
Kecemerlangan Pentadbiran. (1991). (Dasar Dan Amalan Dalam Islam), Institut
Tadbiran Awam Negara, Kuala Lumpur,
Laporan Seminar Kebangsaan Etika professional, 20-21 Oktober 1992, Hotel Hilton,
Kuala Lumpur.
Dr Ho Jo Ann & Dr Tee Keng Kok. (2011). OUMM3203 Professional Ethics. Open
University Malaysia.
SPRM. (2011). Laporan tahunan SPRM. Dimuat turun pada 13 Julai 2013 dari Laman
web http://www.sprm.gov.my

19

Anda mungkin juga menyukai