Anda di halaman 1dari 12

PROGRAM BEBAS DENGGI

SJK CHIN NAM


(YCC 4403)


Program Bersepadu Sekolah Sihat ( PBSS )

Konsep


Rajah 1 Roda Konsep PBSS

Rajah 1 adalah Roda Konsep Bersepadu Sekolah Sihat ( PBSS ).
Tayar kepada roda adalah Kementerian kesihatan dan Kementerian
Pelajaran yang saling berperanan dalam membentuk komunikasi dua hala
dan kerjasama yang bersepadu untuk menjurus ke arah pembentukan 6
teras PBSS di sekolah.

PBSS merupakan satu program yang menyatupadukan atau yang
memayungi semua aktiviti kesihatan di sekolah. Aktiviti-aktiviti kesihatan
termasuklah semua aktiviti yang sedia ada seperti pemeriksaan fizikal
murid-murid sekolah, perkhidmatan pergigian, Rancangan Makanan

Tambahan, Kempen Sekolah Bebas Denggi dan lain-lain serta semua
aktiviti-aktiviti kesihatan yang bakal dijalankan di sekolah nanti.

Program ini akan dilaksanakan secara bersepadu dan berterusan
di sekolah ini melalui kerjasama dan penglibatan komuniti tempatan
supaya tujuan untuk mewujudkan warga sekolah yang sihat dan sejahtera
dapat disalurkan kepada setiap warga sekolah, ibu bapa dan komuniti
setempat. Seterusnya akan memberi impak kepada kecemerlangan
sekolah dari segi akademik, ko-kurikulum, sahsiah dan disiplin.











Program Bersepadu
Sekolah Sihat
Di Sekolah
Perkhidmatan
Kesihatan
Sekolah
Pertolongan
Cemas
Program
Susu
Sekolah
Program
3 K
Perkhidmatan
Pergigian
Sekolah
Kawasan
Larangan
Merokok
Rancangan
Makanan
Tambahan
Program
Bebas
Denggi


Pengenalan

Sekolah Jenis Kebangsaan Chin Nam sentiasa prihatin dengan status
kesihatan murid-murid di sekolah. Program Sekolah Bebas Denggi adalah salah
satu program yang disatupadukan dan diselaraskan ke dalam PBSS yang dapat
memenuhi keperluan yang amat bermakna oleh sekolah dalam menangani isu
demam denggi.

Pihak sekolah perlu memberi kerjasama dan sokongan yang sepenuhnya
kepada Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam
menjayakan Program Bebas Denggi yang dijalankan demi membasmikan
penyakit Demam Denggi di sekolah.

Rasional
Program Bebas Denggi di sekolah ini adalah berdasarkan kepada
rasional berikut:

Pihak sekolah mempunyai tanggungjawab untuk memberi maklumat dan
panduan yang tepat berhubung dengan penyakit deman denggi kepada
setiap warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat
Untuk mendedahkan kanak-kanak sekolah kepada aktiviti pencegahan
dan kawalan denggi dengan tujuan mewujudkan satu kumpulan yang
menjadikan change agent kepada masyarakat.
Melahirkan generasi yang prihatin terhadap pencegahan pembiakan
nyamuk aedes.
Untuk menjadikan kawasan sekolah sebagai kawasan bebas denggi.






Objektif

Program Sekolah Bebas Denggi di sekolah ini adalah berdasarkan kepada
objektif berikut:
Menjadikan amalan kebersihan sebagai budaya cara hidup sihat.
Untuk memberi kefahaman, kesedaran dan kemahiran di dalam
mencegah dan mengawal kejadian demam denggi di sekolah.
Memupuk sikap keprihatinan dan komitmen yang tinggi di kalangan warga
sekolah tentang pendidikan pencegahan demam denggi.
Untuk mewujudkan semua golongan termasuk ibu bapa dan kakitangan
sekolah di dalam aktiviti pencegahan dan pengawalan demam denggi.
Mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, selamat, kondusif dan
bebas pembiakan nyamuk Aedes.



















Jawatankuasa Pengurusan Program Bebas Denggi Di Sekolah
Tahun 2010

Pengerusi : En. Yong Hin Kiam (GB)

Naib Pengerusi : En. Jong Gah Liong ( PKI Dalaman)

Setiausaha : Cik Ngieng Ngang Chuo
Ahli-Ahli : -Pn. Mary Chua ( PK KK Dalaman)
- Cik Chin Su Yee (PK HEM Dalaman)
-Cik Chong May Chia
-En. Khaidir Bin Sakawi
- Ustazah Siti Haryani
- Pn. Fung Ooi Leng
- Pn. Leong See Ying
- Pn. Ita Cynthia Ting
- Pn Choo Chung Mee

- Wakil Klinik Kesihatan Batu Niah
- Wakil Majlis Daerah Subis
- Wakil Ibu bapa
- Dennis Kho Xin Zhe ( Ketua Pengawas Murid Lelaki)
- Ho Jia Huan ( Ketua Pengawas Murid Perempuan )









Carta Operasi Program Bebas Denggi
SJK Chin Nam 2010



























NAIB PENGERUSI
EN. JONG GAH LIONG
(P.K.1 Dalaman)
PENGERUSI
EN YONG HIN KIAM (GB )
SETIAUSAHA
CIK NGIENG NGANG CHUO
WAKIL IBU BAPA
KETUA /PEGAWAS MURID WAKIL KLINIK KESIHATAN
BATU NIAH
AHLI-AHLI

WAKIL AHLI LEMBAGA
SEMUA GURU /
KAKITANGAN SEKOLAH


Peranan Jawatankuasa Pengurusan Program Bebas Aedes, Bebas

A. Menetapkan , Merancang dan Melaksanakan Pelan Tindakan

Merancang dan melaksanakan pelan tindakan pencegahan
pembiakan nyamuk Aedes
Mengadakan mesyuarat jawatankuasa sekurang-kurangnya 6 kali
setahun.
Memberi garis panduan kepada guru dalam menjalankan aktiviti
Program Bebas Denggi.
Menyebarkan maklumat tentang Program Bebas Denggi kepada
pihak luar.

B. Membuat Pemantauan dan Penilaian

Memantau dan melaporkan status pelaksanaan Program Bebas
Denggi kepada Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Subis.
Memantau, melapor dan merujuk kes-kes yang disyaki demam denggi
kepada pihak berkenaan.
Berhubung dengan Jabatan Kesihatan untuk mendapat khidmat bantu
atau nasihat untuk menangani masalah pembiakan nyamuk Aedes.










Kempen kesedaran

Pengenalan
Kempen ini berperanan untuk merancang aktiviti yang merangkumi
pameran poster demontrasi, penerangan dan pengajaran semasa
perhimpunan guru dan pelajar serta mengadakan sudut kesihatan di
sekolah.

Objektif
1. Mendedahkan warga sekolah dengan aktiviti pencegahan dan
kawalan denggi.
2. Memberi kefahaman, kesedaran dan kemahiran di dalam
mencegah dan mengawal kejadian demam denggi di sekolah .


Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas

Pengenalan

Pertandingan ini melibatkan penyertaan semua pelajar dari tahun
satu hingga tahun 6 berdasarkan jadual yang ditetapkan di bawah
jagaan guru kelas masing-masing.

Pertandingan ini merupakan satu usaha untuk mendapatkan
penyertaan setiap pelajar dalam menyelenggarakan kebersihan dan
keceriaan kelas. Ini secara tidak langsung membantu pihak sekolah dalam
pembasmian denggi di peringkat kelas.






Objektif

1. Memupuk budaya mementingkan kebersihan dan keceriaan kelas.

2. Mewujudkan persekitaran kelas yang bersih, selamat dan kondusif
untul pengajaran dan pembelajaran bagi melahirkan pelajar yang sihat
dan cemerlang.

3. Mewujudkan persekitaran kelas yang bebas dari ancaman nyamuk
Aedes dan penyakit denggi.

4. Menjadikan kerja pembersihan dan kecerian kelas sebagai rutin harian
pelajar.

5. Pelajar dapat mempraktikkan amalan baik ini di rumah dan secara
tidak langsung dapat mencegah penyakit demam denggi.
















LAMPIRAN 1


Borang KD 2 (Pindaan 2004)

LAPORAN BULANAN PROGRAM BEBAS DENGGI DI SEKOLAH

Sekolah :
Daerah :

Bil Tempat
Pemeriksaan Mingguan (Tandakan
_/ sekiranya ada pembiakan )

Catatan
1 2 3 4
1 Kantin
2 Tandas
3 Tempat semaian
4 Kebun sekolah
5 Persekitaran sekolah
6 Tempat pelupusan sampah
7 Lain-lain, nyatakan



Pemeriksaan oleh Pegawai Penguatkuasa DDBIA

Bil Tarikh
Pemeriksaan
Bil. Bekas
Positive
Tempat
Pembiakan
Aedes
Tindakan DDBIA
Notis/Kompaun Jumlah Kompaun
Sekiranya ada.





Ulasan : __________________________________________________________
______________________.____________________________________


_____________________
Tandatangan Guru Tarikh :

Cop Nama & Jawatan

Nota :
1. Borang ini hendaklah dilengkapkan setiap bulan oleh pengetua/guru besar
Sekolah.
2. Borang yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar kepada Pegawai Pelajaran
Gabungan/Daerah Kecil dan salinan dihantar kepada pegawai kesihatan daerah pada
Atau sebelum 14hb bulan berikutnya.





LAMPIRAN 2




Rumusan

Borang KD 1 (Pindaan 2004 )*

LAPORAN MINGGUAN PROGRAM BEBAS DENGGI DI SEKOLAH

Sekolah : SJK CHIN NAM (YCC 4403) Daerah : SUBIS

Bulan : Minggu : 1 / 2 / 3 / 4 / 5
(Potong mana yang tidak berkaitan)


Bil.

Tempat
Pembiakan
Aedes

CATATAN
(Sila nyatakan jenis bekas sekiranya ada
pembiakan)
ADA TIADA
1. Kantin
2. Tandas
3. Tempat Semaian
4. Kebun Sekolah
5. Persekitaran Sekolah
6. Tempat Pelupusan Sampah
7. Lain-lain, nyatakan




T/tangan Guru Yang Menyelia : ______________________ Tarikh:______________

Nama : _______ Jawatan : _____________

NOTA:

1. Kerja pemeriksaan hendaklah dijalankan seminggu sekali.
2. Nyamuk Aedes suka membiak dalam air jernih yang tenang, khususnya di tempat-tempat yang
tidak terdedah kepada matahari. Berikut merupakan tempat-tempat di mana jentik-jentik Aedes
biasa dijumpai:

Dalam Bangunan Luar Bangunan

. Alas pasu bunga
. Alas di bawah peti ais (peti sejuk)
. Tempayan dan bekas simpanan air
. Deram air
. Kolah air
. Cistem air di tandas
. Alas pasu bunga
. Bekas-bekas buangan
. Kotak plastik makanan
. Tin-tin kosong
. Botol-botol kosong
. Tayar dan lain-lain yang menakung air




Kesimpulan

Program Bebas Denggi di SJK Chin Nam ini akan dijalankan dengan
berjayanya dengan adanya perancangan yang teliti. Program ini merupakan satu
program yang terancang dan bersepadu, fleksibel, inovatif dan kreatif
berlandaskan keperluan semasa sekolah dan setempat melalui kerjasama dan
penglibatan komuniti setempat. Ianya juga merupakan satu proses dua hala di
mana kedua-dua sekolah dan masyarakat memikul tanggungjawab bersama
untuk membasmi nyamuk dan hapus demam denggi di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai