Anda di halaman 1dari 8

SURAT PERJANJIAN PERKONGSIAN/PARTNERSHIP AGREEMENT(CONTOH)

Sebelum memulakan sesuatu aktiviti perniagaan yang berbentuk Perkongsian,perlu terlebih dahulu
memastikan yang rakan kongsi saling memahami antara satu dengan yang lain.Ini bertujuan bagi
mengelak daripada berlaku salah faham dan ianya boleh mengundang kehancuran dalam pertubuhan
itu sendiri serta boleh mengakibatkan kegagalan sesuatu aktiviti yang telah dirancang.Dibawah adalah
contoh Perjanjian Perkongsian sebagai panduan bersama;

Perjanjian Perkongsian

Perjanjian ini dibuat pada tarikh dan tahun seperti yang dicatatkan di dalam Ceraian 1 Jadual Pertama
diantara pihak yang nama dan keterangannya tercatit di dalam Ceraian 2 Jadual Pertama (selepas ini
dirujuk sebagai Pihak Pertama) bagi pihak yang Pertama Dan pihak yang nama dan keterangannya
tercatit di dalam Ceraian 3 Jadual Pertama (selepas ini dirujuk sebagai Pihak Kedua) bagi pihak yang
Kedua.
ARTIKEL 1
MUKADDIMAH
1.01 Pihak Pertama adalah seorang individu yang mempunyai alamat penyampaian di.( Nama/ic-
no/Alamat Penuh )
1.02 Pihak Kedua adalah seorang individu yang mempunyai alamat penyampaian di.( Nama/ic-
no/Alamat Penuh )
1.03 Pihak Pertama dan Kedua ada membuka sebuah Perkongsian di bawah Akta Perkongsian
1961di atas nama (selepas ini disebut sebagai Perniagaan Tersebut).
1.04 Pihak Pertama dan Kedua bersetuju untuk melabur dan berusahasama dalam menjalankan
Perniagaan tersebut berdasarkan kepada syarat-syarat, terma-terma dan peruntukan-peruntukan yang
dinyatakan secara jelas atau tersirat dalam Perjanjian ini.





ARTIKEL 2
DEFINISI-DEFINISI
2.01 Di dalam Perjanjian ini, setiap perkataan hendaklah membawa maksud seperti yang
dinyatakan di bawah:-
a.) Pihak Pertama merujuk kepada pihak yang diterangkan di dalam Ceraian 2 Jadual Pertama
dan termasuk waris-waris, wakil diri, penerima hak, pentadbir dan penguasaannya.
b.) Pihak Kedua merujuk kepada pihak yang diterangkan di dalam Ceraian 3 Jadual Pertama
dan termasuk waris-waris, wakil diri, penerima hak, pentadbir dan penguasaannya.
c.) Perniagaan Tersebut merujuk kepada perniagaan seperti yang terdapat di dalam
Pendaftaran Perkongsian dan apa-apa dokumen lain yang berkaitan.
d.) Balasan merujuk kepada balasan keuntungan yang akan diperolehi daripada Perniagaan
Tersebut dan akan dibahagikan diantara Pihak Pertama dan Kedua.
e.) Liabiliti merujuk kepada tanggungjawab bersesama yang perlu dipikul dan dilaksanakan
oleh Pihak Pertama dan Kedua.
f.) bulan bermakna bulan kalender masihi.
g.) RM merujuk kepada Ringgit Malaysia yang sah di sisi undang-undang Malaysia.
h.) Undang-undang merujuk kepada Undang-undang Malaysiayang terkandung di dalam Akta-
akta,Regulation dan by Laws yang diterima pakai di Malaysia.
i.) Masa dimana jua disebut di dalam Perjanjian ini adalah menjadi perkara mustahak dan pati
bagi perjanjian ini.
j.) Jika terdapat dua atau lebih orang perseorangan yang boleh dikategori sebagai Pihak
Pertama dan Pihak Kedua apa-apa perjanjianperjanjian,waad-waad,syarat-syarat dan akujanji-akujanji
mereka hendaklah dianggap sebagai dilaksanakan oleh dan akan mengikat setiap daripada mereka
bersama dan berasingan.
k.) Perkataan-perkataan yang membawa erti gender maskulin hendaklah disifatkan dan dikira
yermasuk gender feminin dan hekter dan sebaliknya.
l.) Perkataan-perkataan yang membawa erti bilangan tunggal hendaklah disifatkan dan dikira
termasuk bilangan banyak dan sebaliknya.



ARTIKEL 3
BALASAN
3.01 Keuntungan
Pihak Pertama dan Pihak Kedua bersetuju dan berwaad bahawa keuntungan bersih yang akan diperolehi
daripada Perniagaan tersebut akan dibahagi sama rata diantara Pihak Pertama dan Pihak Kedua pada
peratusan Lima Puluh dan Lima Puluh (50% :50%)masing-masing.
3.02 Kerugian
Pihak Pertama dan Pihak Kedua bersetuju akan bersesama menanggung kerugian sekiranya berlaku
daripada Perniagaan Tersebut pada peratusan Lima Puluh dan Lima Puluh (50%:50%) masing-masing
tanpa gagal.
3.03 Keingkaran Pembahagian Balasan
Kedua-dua pihak bersetuju bahawa sekiranya ada di antara pihak-pihak terlibat di dalam Perjanjian
Perkongsian ini gagal samada membahagikan keuntungannya atau kerugiannya seperti yang dinyatakan
secara jelas di kalusa 3.01 dan 3.02 melainkan dengan persetujuan kedua-dua pihak, maka pihak yang
satu lagi adalah berhak membawa perkara tersebut ke Mahkamah.
ARTIKEL 4
MODAL DAN PELABURAN
4.01 Modal
Kedua-dua pihak mempunyai pengetahuan bahawa Pihak Pertama dan Pihak Kedua telah mengeluarkan
modal awal bagi menjalankan Perniagaan Tersebut.
ARTIKEL 5
LIABILITI
5.01 Liabiliti
Kedua-dua pihak bersetuju bahawa liabiliti terhadap Perniagaan Tersebut adalah ditanggung bersesama
Pihak Pertama dan Pihak Kedua dan sekiranya satu pihak di saman bagi tuntutan gantirugi, perbelanjaan
gantirosak, tanggung kerugian dan perbicaran maka pihak yang satu lagi akan mengindemnifikan pihak
yang disaman tersebut tanpa gagal. Sekiranya pihak yang satu lagi enggan dan/atau gagal dan/atau cuai
untuk mengindemnifikan pihak yang disaman tersebut maka secara perjanjian pihak yang disaman
tersebut berhak untuk menarik pihak yang satu lagi di dalam prosiding tuntutan tersebut sebagai Pihak
Ketiga.

ARTIKEL 6
PENGURUSAN
6.01 Kewangan
Pihak Pertama dan Pihak Kedua bersetuju bahawa kedua-dua pihak adalah bertanggungjawab
bersesama untuk mengendalikan pengurusan kewangan Perniagaan Tersebut dan akan melantik
juruaudit luar bagi setiap hujung tahun kewangan untuk memastikan bahawa perjalanan akaun
Perniagaan Tersebut adalah teratur dan tersusun tanpa ada sebarang penyelewengan.
6.02 Pekerja
Pihak Pertama dan Pihak Kedua berjanji akan bertanggungjawab bersesama untuk mengambil insuran
pekerja-pekerja Perniagaan Tersebut dengan insuran pampasan pekerja dan akan membayar sebarang
caruman yang perlu di bayar mengikut Undang-undang buruh yang ditetapkan oleh pihak berkuasa
tempatan.
ARTIKEL 7
KEDUDUKAN SYARIKAT
7.01 Kedudukan syarikat
a.) Pihak Pertama dan Pihak Kedua bersetuju bahawa pada masa menandatangani Perjanjian
Perkongsian ini, Perniagaan Tersebut akan beroperasi sebagai sebuah perniagaan induk sendiri dan akan
hanya diuruskan oleh Pihak Pertama dan Pihak Kedua.
b.) Kedua-dua pihak bersetuju bahawa pada masa material tersebut Pihak Pertama dan Pihak
Kedua adalah diwajibkan untuk menandatangani segala dokumen-dokumen yang perlu bagi Perniagaan
Tersebut.
ARTIKEL 8
PEMBATALAN
8.01 Pembatalan Perjanjian Perkongsian ini
a.) Kedua-dua pihak bersetuju bahawa Perjanjian perkongsian ini tidak boleh dibatalkan
samasekali melainkan berlakunya perkara-perkara yang dinyatakan dibawah ini:-
i. sekiranya kedua-dua pihak bersetuju secara sukarela membatalkan Perjanjian Perkongsian
ini;dan/atau
ii. sekiranya salah satu pihak yang terlibat dalam Perjanjian Perkongsian ini melanggar syarat-
syarat ,terma-terma dan peruntukan-peruntukan di dalam Perjajian Perkongsian ini;dan/atau
iii. sekiranya pihak berkuasa membatalkan lesen Perniagaan Tersebut dan/atau enggan
memperbaharui lessen Perniagaan Tersebut;dan/atau
iv. sekiranya Perniagaan tersebut mengalami kerugian yang teruk dan Pihak Pertama dan Pihak
Kedua terpaksa menutup Perniagaan Tersebut samada secara sukarela ataupun dengan perintah
mahkamah.
Kedua-dua pihak bersetuju bahawa pembatalan Perjanjian Perkongsian tidak akan menyebabkan
hilangnya hak pihak-pihak yang terlibat didalam Perjanjian Perkongsian ini yang telah dinyatakan
didalam peruntukan peruntukan Perjanjian Perkongsian ini.
ARTIKEL 9
KEINGKARAN
9.01 Keingkaran Pihak Pertama
Sekiranya Pihak Pertama melanggar syarat-syarat, terma-terma dan peruntukan-peruntukan yang
terkandung di dalam Perjanjian Perkongsian ini maka Pihak Kedua berhak membatalkan Perjanjian
Perkongsian ini dengan memberi notis pembatalan kepada Pihak Pertama dalam tempoh Empat Belas
(14) hari dari tarikh perlanggaran tersebut dilakukkan dan Pihak Kedua berhak menuntut gantirugi
terhadap segala kerugian yang dialami kesan daripada perlanggaran tersebut
Sekiranya perlanggaran terma-terma , syarat-syarat dan peruntukan-peruntukan dalam Perjanjian
Perkongsian ini oleh Pihak Pertama menyebabkan Pihak Kedua di saman terhadap tuntutan gantirugi,
perbelanjaan gantirosak, tanggung kerugian dan perbicaraan maka Pihak Pertama mestilah
mengindemnifikan Pihak Kedua terhadap tuntutan-tuntutan tersebut tanpa gagal.
9.02 Keingkaran Pihak Kedua
Sekiranya Pihak Kedua melanggar syarat-syarat, terma-terma dan peruntukan-peruntukan yang
terkandung di dalam Perjanjian Perkongsian ini maka Pihak Pertama berhak membatalkan Perjanjian
Perkongsian ini dengan memberi notis pembatalan kepada Pihak Kedua dalam tempoh Empat Belas (14)
hari dari tarikh perlanggaran tersebut dilakukkan dan Pihak Pertama berhak menuntut gantirugi
terhadap segala kerugian yang dialami kesan daripada perlanggaran tersebut
Sekiranya perlanggaran terma-terma , syarat-syarat dan peruntukan-peruntukan dalam Perjanjian
Perkongsian ini oleh Pihak Kedua menyebabkan Pihak Pertama di saman terhadap tuntutan gantirugi,
perbelanjaan gantirosak, tanggung kerugian dan perbicaraan maka Pihak Kedua mestilah
mengindemnifikan Pihak Pertama terhadap tuntutan-tuntutan tersebut tanpa gagal.



ARTIKEL 10
EKUITI
10.01 Ekuiti
Kedua-dua pihak bersetuju bahawa dengan menandatangani Perjanjian Perkongsian ini, maka Pihak
Pertama mempunyai Lima Puluh Peratus(50%) pegangan ekuiti di dalam Perniagaan Tersebut dan Pihak
Kedua mempunyai Lima Puluh Peratus (50%) pegangan ekuiti di dalam Perniagaan Tersebut.
10.02 Penjualan Ekuiti
a.) Pihak Pertama bersetuju dan berjanji bahawa sekiranya Pihak Pertama mempunyai niat untuk
menjual pegangan ekuiti Pihak Pertama kepada pihak lain maka persetujuan bertulis daripada Pihak
Kedua mestilah diperolehi dan penjualan ekuiti tersebut mestilah ditawarkan terlebih dahulu kepada
Pihak Kedua dan Pihak Kedua dalam tempoh Satu (1) bulan mestilah memberi jawapan bertulis kepada
tawaran tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan dan sekiranya Pihak Kedua gagal memberi
jawapan bertulis dalam masa yang telah ditetapkan maka Pihak Pertama berhak menawarkan penjualan
pegangan ekuiti tersebut kepada pihak lain tanpa perlu memberi notis selanjutnya kepada Pihak Kedua.
b.) Pihak Kedua bersetuju dan berjanji bahawa sekiranya Pihak Kedua mempunyai niat untuk menjual
pegangan ekuiti Pihak Kedua kepada pihak lain maka persetujuan bertulis daripada Pihak Pertama
mestilah diperolehi dan penjualan ekuiti tersebut mestilah ditawarkan terlebih dahulu kepada Pihak
Pertama dan Pihak Pertama dalam tempoh Satu (1) bulan mestilah memberi jawapan bertulis kepada
tawaran tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan dan sekiranya Pihak Pertama gagal memberi
jawapan bertulis dalam masa yang telah ditetapkan maka Pihak Kedua berhak menawarkan penjualan
pegangan ekuiti tersebut kepada pihak lain tanpa perlu memberi notis selanjutnya kepada Pihak
Pertama.
c.) Sekiranya penjualan pegangan ekuiti tersebut tidak mengikut peruntukan-peruntukan yang telah
ditetapkan di Klausa 10.02 (a) dan (b) maka penjualan ekuiti tersebut adalah tidak sah.
ARTIKEL 11
FORCE MAJEURE
11.01 Force Majeure
Sekiranya berlaku Force Majeure yang menyebabkan mana-mana pihak di dalam Perjanjian
Perkongsian ini tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya seperti yang diperuntukkan di dalam
Perjanjian Perkongsian ini, maka kegagalan dan/atau keingkaran tersebut adalah tidak boleh diambilkira
sebagai perlanggaran kepada terma-terma, syarat-syarat dan peruntukan peruntukan di dalam
Perjanjian ini.

Definisi bagi Force Majeure adalah seperti berikut:-
a.) berlakunya peperangan,penaklukan,perbuatan, kerosakan yang teruk oleh pihak-pihak
pelampau, rusuhan, daruruat, serangan pengganas, kiamat dan sebagainya; dan /atau
b.) berlakunya pencemaran radioaktif samada daripada sumber nuklear atau sumber-sumber
lain yang menyebabkan kehilangan nyawa yang banyak; dan /atau
c.) berlakunya gempa bumi, bsnjir besar, letupan gunung berapi dan sebagainya yang
dikategorikan sebagai Act of God
ARTIKEL 12
KEPELBAGAIAN
12.01 Penyerahan tugas
Kedua-dua pihak bersetuju bahawa tugas-tugas pengurusan akan hanya dibuat oleh Pihak Pertama dan
Pihak Kedua sahaja melainkan jika kedua-dua pihak bersetuju untuk melantik orang ketiga bagi tugas-
tugas pengurusan.
12.02 Cukai
Kedua-dua pihak bersetuju akan bersama membayar cukai yang mungkin dikenakan oleh Pihak Berkuasa
diartas Perniagaan Tersebut.
12.03 Sulit dan Persendirian
Kedua-dua pihak bersetuju bahawa segala maklumat-maklumat berkaitan dengan Perniagaan Tersebut
adalah sulit dan persendirian dan kedua-dua pihak berjanji tidak akan memaklumkan kepada sesiapapun
samada yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung berkenaan dengan maklumat-maklumat
Perniagaan Tersebut.
12.04 Undang-Undang
Pihak Pertama dan Pihak Kedua bersetuju bahawa dalam menjalankan tanggungjawab mereka terhadap
Perjanjian Perkongsian tersebut mestilah mematuhi setiap undang-undang di Malaysia dan sekiranya
ada pihak-pihak yang secara sengaja ataupun tidak sengaja melanggar undang-undang sehingga
menyebabkan pihak yang satu lagi disaman maka pihak yang melanggar undang-undang tersebut
mestilah mengindemnifikan pihak yang satu lagi terhadap saman tersebut.
12.05 Pemberian Milik
Kedua-dua pihak bersetuju bahawa Perjanjian Perkongsian ini tidak boleh dipindahmilik oleh mana-
mana pihak yang terlibat di dalam Perjanjian Perkongsian ini kepada Pihak Ketiga.

12.06 Masa
Masa merupakan asset penting di dalam Perjanjian Perkongsian ini berhubung dengan segala terma-
terma, syarat-syarat dan peruntukan-peruntukan di dalam Perjanjian ini.
12.07 Jadual dianggap Bahagian Penting Perjanjian Usahasama ini
Jadual-jadual yang dilampirkan di dalam Perjanjian Perkongsian ini hendaklah dianggap, dibaca dan
ditafsirkan sebagai penting Perjanjian Perkongsian ini.
12.08 Notis
Apa-apa notis, permintaan atau tuntutan yang dikehendaki, disampaikan leh mana-mana pihak kepada
Perjanjian Perkongsian ini hendaklah secara bertulis dan hendaklah disifatkan sebagai penyampaian
yang mencukupi dan sempurna sekiranya dihantar oleh pihak itu atau peguamcaranya melalui surat pos
berdaftar ke alamat pihak-pihak yang satu lagi itu seperti yang tersebut terdahulu di atas ini dan didalam
hal demikian ianya hendaklah disifatkan telah menerimanya apabila menerima bukti serahan berdaftar
tersebut atau dengan serahan tangan ke diri pihak-pihak dalam Perjanjian Perkongsian ini.
SEBAGAI MENYAKSIKAN PERJANJIAN INI pihak-pihak berkenaan menurunkan tandatangan masing-
masing di sini pada haribulan dan tahun yang tertera dimuka surat pertama perjanjian ini.

Ditandatangani oleh Pihak Pertama }
dihadapan:- }Ahman bin Abu
}NO KP 000000-00-0000


Ditandatangani oleh Pihak Kedua }
dihadapan:- }Subramaniam A/L ....
}NO KP: 000000-00-0000

Anda mungkin juga menyukai