Anda di halaman 1dari 4

PISMP BM 1 SEMESTER 06 ISL ELM 3043E

ISU-ISU MORAL PERINGKAT GLOBAL: TERORISME



Keganasan beerti penggunaan cara yang ganas dan zalim seperti pengeboman, pembunuhan, dan
penculikan untuk mendapatkan tuntutan politik daripada sesuatu pihak. Perbuatan ini mungkin disebabkan
oleh pertentangan ideologi politik, kegawatan ekonomi, atau pihak pemerintah. Keganasan tidak membawa
sebarang faedah selain mengheret negara yang terbabit ke pinggir kehancuran.
Faktor faktor:
1. Terlalu mengikut perasaan marah yang bermaharajalela dalam diri
Perasaan marah yang sememangnya dibekalkan oleh Allah dalam diri setiap manusia, sekiranya tidak dikawal
bahkan menguasai diri, akan membawa kepada kebinasaan sama ada kepada individu yang sedang marah itu, atau
kepada orang lain dan benda-benda lain yang ada disekelilingnya. Kemarahan yang tidak dikawal, memberi impak
yang cukup besar dalam kehidupan seharian seseorang itu. Sekiranya kemarahan menguasai kelompok atau jumlah
individu yang ramai, maka kemusnahan yang akan terjadi jauh lebih besar skalanya. Ia menyebabkan peperangan
sehingga berupaya memusnahkan sebuah Bandar, bahkan sesebuah Negara dan sebuah tamadun.
2. Sikap tamak yang menguasai diri
Sikap tamak dalam diri seseorang menyebabkan timbul rasa untuk menguasai sesuatu. Maka dari situlah
timbul niat untuk memerangi seseorang ataupun sesebuah Negara untuk mendapatkan apa yang
dikehendakinya itu. Secara tidak langsung, keganasan juga akan berlaku dalam masa tersebut demi untuk
mencapai matlamatnya. Sikap tamak terhadap kuasa dan kekayaan membuta mata seseorang
sehinggakan tidak dapat membezakan antara yang baik mahupun yang buruk. Mereka tidak lagi peduli
akan kesan daripada keganasan yang akan berlaku itu nanti.
3. Lambang kemegahan
Penaklukan sesebuah Negara membawa maksud yang besar kepada seseorang yang pentingkan diri
sendiri. Itu membawa lambang kemegahan kepada diri mereka dan mereka sanggup membuat apa saja
untuk menakluk sesebuah Negara tersebut. Sebagai contoh, Amerika Syarikat yang memerangi Iraq demi
untuk membalas dendam. Dengan itu, AS akan mendapat kembali namanya yang telah tercemar akibat
PISMP BM 1 SEMESTER 06 ISL ELM 3043E

peristiwa 11 September dahulu. Kesan daripada peperangan tersebut, AS berasa megah dan meletakkan
Negara mereka sebagai Negara yang paling kuat di dunia ini.

Kesan kesan:
1. Keselamatan negara tidak terjamin akibat keganasan
Pergolakan politik akan menyebabkan rakyat melakukan keganasan. Ucapan yang berapi-api oleh
pemimpin akan membakar perasaan penyokongnya. Pemimpin mungkin menghasut penyokongnya
melakukan keganasan. Sebagai akibatnya, mereka yang menyertai tunjuk perasaan akan bertindak liar
seperti merosakkan harta benda dan melakukan pembunuhan. Keadaan ini mengancam keselamatan
rakyat dan negara.
2. Ekonomi negara akan runtuh akibat keganasan
Sebagai contoh, keganasan mencetuskan pembunuhan yang kejam di Indonesia. Keadaan politik yang
tidak stabil menyebabkan pelabur tidak berani melabur di sana, malah ada pelabur yang terpaksa menarik
pelaburan mereka keluar dari Indonesia. Akibatnya, ekonomi Indonesia terjejas dengan teruk. Keganasan
yang berlaku di sebuah negara juga akan menjejaskan ekonomi dunia. Sebagai contoh, serangan
pengganas terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Amerika Syarikat menyebabkan harga saham
seluruh dunia jatuh. Hal ini menjejaskan ekonomi banyak negara.
3. Industri pelancongan juga terjejas akibat keganasan
Perbuatan merampas kapal terbang akan mengebom bangunan oleh pengganas menyebabkan banyak
orang tidak berani melancong ke luar negara. Mereka juga tidak akan melancong ke negara-negara yang
dilanda pergolakan politik yang rakyatnya sentiasa mengadakan tunjuk perasaan berbentuk ganas.
Sebagai akibatnya, bilangan pelancong yang melancong ke luar negara berkurang. Ekonomi negara-
negara yang bergantung pada pelancongan teruk terjejas. Penerbangan antarabangsa juga terjejas dan
hal ini menyebabkan banyak syarikat penerbangan mengalami kerugian besar atau terpaksa gulung tikar.
4. Mangsa perang kehilangan kebebasan dan keselamatan diri
Mangsa perang sentiasa dibayangi maut. Mereka mungkin dibunuh oleh askar-askar pihak lawan. Untuk
mengelakkan serangan bom, penduduk terpaksa bersembunyi di tempat perlindungan yang dibina khas
PISMP BM 1 SEMESTER 06 ISL ELM 3043E

jika ada. Jika tidak, rakyat terpaksa melarikan diri ke kawasan yang selamat dengan berjalan kaki beratus-
ratus kilometer jauhnya. Mangsa yang tidak berdosa akan kehilangan tempat tinggal. Mereka juga
kehilangan orang yang tersayang kerana terkorban dalam peperangan. Dalam keadaan sedemikian, tidak
ada hak kebebasan diri lagi. Tidak ada pihak yang dapat menjamin keselamatan seseorang.

Langkah Langkah & Cara Mengatasi:
1. Penguatkuasaan undang-undang penting untuk mengatasi keganasan
Pihak polis dan tentera harus bertindak dengan cepat terhadap keganasan. Keganasan yang kecil juga
harus dibanteras. Hal ini demikian kerana tanpa tindakan awal, keganasan akan merebak sehingga hilang
kawalan. Mereka yang mencetuskan rusuhan dan tunjuk persaan mesti dikenakan hukuman berat. Negara-
negara harus menggubal undang-undang khas untuk membolehkan tindakan segera diambil terhadap
pengganas. Sebagai contoh, Malaysia mempunyai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang
membolehkan kerajaan mengambil tindakan segara terhadap mana-mana pihak yang mengancam
keselamatan negara. Dengan cara inilah keselamatan dan keamanan negara dapat dikekalkan.
2. Sikap bertolak ansur dan kesederhanaan
Pihak pembangkang dan rakyat sesebuah negara tidak harus menuntut sesuatu yang keterlaluan daripada
kerajaan. Semua pihak juga harus bertolak ansur dalam mengatasi masalah. Segala hal hendaklah
diselesaikan dengan cara rundingan. Perbuatan mengadakan tunjuk perasaan, merusuh, atau melakukan
keganasan untuk mencapai sesuatu tujuan tidak akan dapat mendatangkan kebaikan kepada mana-mana
pihak. Perbuatan seperti ini hanya akan mengucar-kacirkan negara dan meruntuhkan sistem politik dan
ekonomi negara.
3. Kerjasama antarabangsa juga penting untuk mengatasi keganasan
Semua negara perlu bekerjasama untuk membanteras keganasan yang ada rangkaian antarabangsa.
Jabatan perisikan negara-negara perlu bertukar-tukar maklumat tentang kegiatan keganasan yang
diperoleh. Negara-negara yang terlibat harus menggiatkan latihan bersama antara pihak polis dan pihak
tentera. Negara-negara di dunia juga boleh menyekat aliran wang kumpulan pengganas.

PISMP BM 1 SEMESTER 06 ISL ELM 3043E

ISU-ISU MORAL GLOBAL: SENJATA NUKLEAR

Anda mungkin juga menyukai