Anda di halaman 1dari 2

KATA KERJA

Kata kerja dapat didefinisikan sebagai perbuatan/perlakuan/keadaan melakukan sesuatu. Secara umumnya,
kata kerja dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan utama, iaitu:
a) Kata kerja tak transitif
b) Kata kerja transitif
c) Kata kerja terbitan

Kata Kerja Tak Transitif


Dalam pembentukan ayat, kata kerja tak transitif tidak memerlukan objek sebagai penyambut, kerana kata
kerja tak transitif telah sempurna maksudnya. Kata kerja tak transitif dapat dibahagikan kepada beberapa
bentuk seperti di bawah ini:

Bentuk Kata Kerja Tak Transitif

Asal Berawalan Berawalan Berawalan Berapitan Berapitan


beR- meN- teR- beR-…-an beR- -kan
celik beradu menginap tercengang berasakan beratapkan
cicir beredar melambung terduduk berciciran beralaskan
datang berbaring melawan termenung berdekatan berlapikkan
duduk bergurau melawat terjatuh berjauhan berbantalkan
gagal berjuang melompat terlambat berkeliaran bermandikan
ingat bekerja memancar tersenyum berlainan berpandukan
jalan berlari menangis tertidur berlampiran berdasarkan
tidur berjalan menyala terbaring bermusuhan berbekalkan

Contoh penggunaan dalam ayat.


1. Adik sedang tidur.
2. Ayah sedang berbaring di atas sofa.
3. Anak kecil itu menangis.
4. Ibu kelihatan tersenyum sejak tadi.
5. Pondok usang itu beratapkan atap rumbia.

Kata Kerja Transitif

Dalam pembentukan ayat, kata kerja transitif memerlukan objek (frasa nama) sebagai penyambut atau
pelengkap.

Perhatikan jadual kata kerja transitif di bawah ini.

Subjek Predikat
Kata kerja transitif Objek
1. Zaidi mengetuk pintu itu.
2. Ah Meng merebus telur.
3. Salim menunggang kuda.
4. Mereka memuji Zamani.

1. Kata kerja transitif terbahagi kepada dua bentuk, iaitu kata kerja transitif aktif dan kata kerja
transitif pasif.
2. Kata kerja transitif aktif terdiri daripada kata kerja yang berawalan meN-, meN-…-i, mempeR-…-i,
mempeR-, berapitan meN-…-kan, dan berapitan mempeR-…-an.
3. Kata kerja transitif pasif terdiri daripada kata kerja transitif pasif berimbuhan beR-, di-, dan teR-
dan kata kerja pasif tanpa awalan.

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 1 Alam Bahasa Melayu


Perhatikan ayat-ayat di bawah ini.
1. Seluarnya belum bergosok.
2. Kasut itu digilapnya.
3. Anak hartawan itu kena culik.

Kata Kerja Terbitan


Kata kerja terbitan terhasil daripada kata adjektif, atau kata nama atau kata hubung atau kata sendi nama
yang diberikan imbuhan beR-, meN-…-i, meN-…-kan, mempeR-, mempeR-…-i, mempeR-…-kan.

Perhatikan jadual kata kerja terbitan di bawah ini.

Jenis Kata Kata Dasar Kata Kerja Terbitan

Kata Adjektif besar memperbesar


calar mencalarkan
ganas mengganas
Kata Nama bunga berbunga
ubat mengubati
Kata Hubung kecuali mengecualikan
serta menyertai
Kata Sendi Nama oleh memperoleh
untuk memperuntukkan

Contoh penggunaan dalam ayat:


1. Pokok mangga itu belum berbuah.
2. Saya bercadang untuk menyertai perarakan itu.
3. Mereka memperoleh keuntungan yang banyak hasil daripada jualan buku itu.

 Kata kerja transitif mestilah diletakkan awalan beR- atau meN-atau teR- .
 Kata kata lain tidak boleh diletakkan di antara kata kerja transitif dengan objek dalam ayat.
 Jika terdapat frasa nama yang mengikuti kata kerja transitif dalam ayat, kata nama tersebut mestilah
diletakkan kata sendi namanya.
 Kata kerja pasif diri pertama dan kata kerja pasif diri kedua perlulah dibezakan daripada kata kerja
pasif diri ketiga.

Contoh:
·Kuih itu saya makan. (kata kerja pasif diri pertama)
·Kuih itu awak makan? (kata kerja pasif diri kedua)
·Kuih itu dimakan oleh mereka. (kata kerja pasif diri ketiga)

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 2 Alam Bahasa Melayu

Anda mungkin juga menyukai