Anda di halaman 1dari 1

KATA PERINTAH

Kata perintah ialah kata yang digunakan untuk memberikan sesuatu perintah, larangan, silaan, permintaan,
dan sebagainya.
Contoh kata perintah dalam bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:-

harap, jangan, jemput, minta, sila, tolong dan usah

Perhatikan penerangan di bawah ini.

Kata Perintah Penerangan Ayat Contoh

Harap Untuk menyatakan maksud 1. Harap tinggalkan tempat ini dengan


keinginan untuk mendapatkan segera.
sesuatu atau meminta dilakukan 2. Harap dia masih mengingati saya.
sesuatu.
Jangan Untuk menyatakan maksud 1. Jangan berganjak dari sini.
larangan atau tidak boleh 2. Jangan berdiri melepasi kawasan yang
melakukan sesuatu atau melarang telah ditandakan itu.
seseorang daripada melakukan
sesuatu.
Jemput Untuk menyatakan maksud 1. Jemput ke rumah saya petang nanti.
mengajak atau mengundang. 2. Jemputlah sedikit makanan itu dan
janganlah segan.
Minta Untuk menyatakan maksud ingin 1. Minta orang ramai tunggu sebentar.
akan sesuatu. 2. Minta beredar mengikut barisan.
Sila Untuk meminta seseorang 1. Sila letakkan kad pengenalan diri di sini.
melakukan sesuatu dengan cara 2. Sila duduk sebentar, encik akan dilayan
hormat/beradab. sebentar lagi.
Tolong Untuk menyatakan maksud 1. Tolong jangan ganggu saya lagi.
meminta pertolongan atau bantuan 2. Tolong alihkan buku ini ke sana.
atau minta melakukan sesuatu
untuknya.
Usah Untuk menyatakan maksud 1. Usah derhaka kepada ibu bapa.
larangan/tegahan daripada 2. Usah biarkan adik kamu itu bermain
melakukan sesuatu. hujan.

Contoh:
1.a) “Tolong jangan petik bunga-bunga di taman larangan ini” kata petugas itu kepada
orang ramai yang berkunjung ke taman itu. (X)
b) “Jangan petik bunga-bunga di taman larangan ini” kata petugas itu kepada
orang ramai yang berkunjung ke taman itu. (√)
2.a) “Harap jangan kamu sakiti hati ibu kamu,” pesan ayah kepada kakak Munira. (X)
b) “Jangan kamu sakiti hati ibu kamu,” pesan ayah kepada kakak Munira. (√)

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 1 Alam Bahasa Melayu