Anda di halaman 1dari 3

KATA SENDI NAMA

Kata sendi nama ialah kata yang berfungsi sebagai sendi kepada frasa nama dengan perkataan-perkataan
lain. Contoh:

di, pada, ke, kepada, dari, daripada, bagi/untuk, tentang/terhadap, akan, dengan, hingga/sampai,
sebagai, sejak, selama, selain, sepanjang, seperti/umpama, dan oleh

Perhatikan penerangan di bawah ini.

Kata Sendi Fungsinya Ayat Contoh


Digunakan untuk
di 1. Tempat sahaja 1. Mereka mengadakan pementasan drama
di dewan orang ramai itu.
2. Duitnya itu disimpan di dalam tabung.
pada 1. Masa 1. Pada petang kelmarin, hujan turun
2. Benda abstrak dengan lebat sekali.
3. Orang 2. Pada pendapat saya, kata-katanya itu ada
4. Binatang kebenarannya juga.
5. Benda konkrit tertentu 3. Telefon bimbit kamu ada pada Dalip.
4. Pada kaki burung itu dipasangkan gelang
besi.
5. Cat disapukan pada tiang kayu itu.
ke 1. Tempat 1. Adiknya ke kedai untuk membeli gula
2. Masa dan tepung.
3. Arah 2. Mesyuarat persatuan itu ditunda ke bulan
4. Benda konkrit tak bernyawa hadapan.
3. Pelari itu sedang menuju ke hujung
padang.
4. Dicampaknya jam tangan itu ke dinding.
kepada 1. Orang 1. Ayah menerangkan kepada adik tentang
2. Benda abstrak penting menghormati orang lain.
3. Binatang 2. Mereka amat percaya kepada
4. Kata ganti nama diri kepercayaan dan amalan yang karut-
marut.
3. Adik memberikan sekeping biskut
kepada anak burung tiung itu.
4. Salmi menyerahkan kunci rumah iitu
kepada abangnya.
dari 1. Tempat 1. Samy dari warung Pak Hamid.
2. Masa 2. Dari bulan lepas Zahari bercadang untuk
3. Arah bercuti di Langkawi.
3. Lori tangki itu muncul dari selekoh tajam
itu.
daripada 1. Orang 1. Nathan memperoleh hadiah itu daripada
2. Benda abstrak tunangnya.
3. Menunjukkan asal kejadian 2. Banyak manfaat yang kami peroleh
4. Menunjukkan perbandingan daripada kursus kami hadiri itu.
5. Menunjukkan bahagian 3. Kuih itu dibuat daripada tepung pulut.
sesuatu 4. Separuh daripada anggota-anggota kelab
6. Menunjukkan pertentangan itu bersetuju untuk menyertai lawatan ke
Pulau Pangkor.
5. Daripada meminta-minta lebih baik
berusaha sendiri.

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 1 Alam Bahasa Melayu


dengan 1. Menunjukkan keterangan cara 1. Harimau itu mengaum dengan kuat
2. Menunjukkan sesuatu sebagai sekali.
alat 2. Datuk meraut bilah-bilah buluh itu
3. Menunjukkan perbandingan dengan pisau.
setara 3. Pendapatnya sama dengan pendapat para
4. Menunjukkan penyertaan perwakilan.
bersama 4. Salwani ke Johor Bahru dengan ibunya.

hingga/ 1. Menyatakan maksud had/ 1. Adik makan mi goreng itu hingga


sampai jangka masa tertentu kenyang.
2. Mereka menjerit sampai hilang suara.
sebagai 1. Menerangkan maksud 1. Dia membotakkan kepalanya sebagai
umpama menunaikan nazarnya.
2. Menerangkan maksud 2. Sarimah berlakon sebagai pembantu
menjadi rumah.
3. Menerangkan maksud 3.Perbuatannya itu sebagai anjing menyalak
sempena/ bertujuan bukit.
sejak 1. Menyatakan maksud 1. Sejak bertunang dengan Amran, Minah
permulaan jarang keluar rumah.
2. Sejak berpindah ke Kajang, Ali tidak
pernah pulang ke kampung.
selama 1. Menyatakan jangka masa 1. Selama berada di Bentong, Salim sempat
menziarahi ibu saudara di sana.
2. Perlawanan tinju itu berlangsung selama
satu jam.
selain 1. Menyatakan makna hanya/di 1. Selain bekerja makan gaji, Pak Samad
samping berniaga secara kecil-kecilan juga.
2. Selain menteri besar, wakil rakyat turut
hadir dalam majlis dialog itu.
sepanjang 1. Menyatakan maksud jarak 1. Sepanjang bulan Ramadhan, orang Islam
masa mengerjakan ibadat puasa.
2. Menyatakan jarak sesuatu 2. Para peniaga tidak dibenarkan berniaga di
tempat sepanjang kaki lima bangunan itu.
3. Menyatakan maksud 3. Sepanjang yang saya ingat, Pak Majid
‘berdasarkan’ tidak pernah bertegur sapa dengan orang
kampung.
seperti/ 1. Menunjukkan maksud 1. Mak Bedah memelihara anak angkatnya
umpama persamaan itu seperti anak kandungnya sendiri.
2. Perbuatannya itu umpama menepuk air di
dulang.
tentang/ 1. Menyatakan maksud 1. Anak kecil itu berbual tentang
terhadap rujukan/panduan pengalaman masing-masing.
2. Kim Seng bersikap biadab terhadap
gurunya.
oleh 1. Kata kerja pasif yang 1. Pokok kelapa itu ditebang oleh Nathan.
berawalan di- dan teR- 2. Lagu yang berjudul ‘Cindai’ itu
dinyanyikan oleh penyanyi Siti Nurhaliza.
bagi/untuk 1. Membezakan sesuatu 1. Bagi Kasman, harta lebih penting daripada
kesihatan.
2. Kasut baru ini untuk adiknya.

 Dalam binaan ayat atau penulisan, elakkan daripada melakukan kesalahan penggunaan kata sendi
seperti berikut.

1. Kesalahan meletakkan atau menyertakan kata hubung kerana selepas kata sendi oleh

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 2 Alam Bahasa Melayu


untuk membentuk kata oleh kerana.
Contoh:
1.a) Oleh kerana gagal dalam ujiannya, Devi mengambil keputusan untuk berheni
sekolah. (X)
b) Oleh sebab gagal dalam ujiannya, Devi mengambil keputusan untuk berheni
sekolah. (√)

2. Kesalahan kerana menggabungkan dua kata sendi sekali gus dalam satu baris ayat.
Contoh:
1.a) Demi untuk menjaga hati isterinya, Encik Tan sanggup mengenepikan keluarganya
sendiri. (X)
b) Demi menjaga hati isterinya, Encik Tan sanggup mengenepikan keluarganya
sendiri. (√)
c) Untuk menjaga hati isterinya, Encik Tan sanggup mengenepikan keluarganya
sendiri. (√)
2.a) Selain daripada berniaga, Encik Ali mengusahakan kilang batik juga. (X)
b) Selain berniaga, Encik Ali mengusahakan kilang batik juga. (√)
3.a) Selain dari Abu, Muthu dan Samy belajar di sekolah itu juga. (X)
b) Selain Abu, Muthu dan Samy belajar di sekolah itu juga. (√)
4.a) Jika sekiranya saya terpilih sebagai ketua pelajar, saya akan menjalankan tugas saya
dengan sebaik-baiknya. (X)
b) Jika saya terpilih sebagai ketua pelajar, saya akan menjalankan tugas saya
dengan sebaik-baiknya. (√)
c) Sekiranya saya terpilih sebagai ketua pelajar, saya akan menjalankan tugas saya
dengan sebaik-baiknya. (√)

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 3 Alam Bahasa Melayu

Anda mungkin juga menyukai