Anda di halaman 1dari 4

RAGAM AYAT

Ayat terbentuk daripada gabungan dua kompaun utama iaitu subjek dan predikat.
Dalam bahasa Melayu baku, ayat dapat dibahagikan kepada beberapa jenis seperti yang berikut:-
1. Ayat inti
2. Ayat tunggal/ayat selapis
3. Ayat majmuk

A. Ayat Inti

Ayat inti ialah ayat yang subjek dan predikatnya paling ringkas. Ayat inti terbahagi kepada empat pola
seperti yang berikut:-
1. Frasa nama (FN) + Frasa nama (FN)
2. Frasa nama (FN) + Frasa kerja (FK)
3. Frasa nama (FN) + Frasa sendi (FS)
4. Frasa nama (FN) + Frasa adjektif (FA)

Perhatikan penerangan di bawah ini:-

a) Frasa nama (FN) + Frasa nama (FN)

Frasa nama (FN) + Frasa nama (FN)

1. Ali guru.
2. Mary mahasiswi.
3. Sameon pelajar.
4. Yatim juruterbang.

b) Frasa nama (FN) + Frasa kerja (FK)

Frasa nama (FN) + Frasa kerja (FK)

1. Adik tidur.
2. Mereka menyanyi.
3. Dia berlari.
4. Ayah termenung.

c) Frasa nama (FN) + Frasa sendi (FS)

Frasa nama (FN) + Frasa sendi (FS)

1. Ibu dari pasar.


2. Hadiah ini untuk adik.
3. Saya ke Kuantan.
4. Mereka dari Ipoh.

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 1 Alam Bahasa Melayu


d) Frasa nama (FN) + Frasa Adjektif (FA)

Frasa nama (FN) + Frasa adjektif (FA)

1. Buah tembikai ini manis.


2. Pemuda itu bengis.
3. Pisau itu tajam.
4. Perigi ini dalam.

B. Ayat tunggal/ayat selapis

Ayat tunggal dikenali sebagai ayat selapis juga.


Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat.

Perhatikan binaan ayat-ayat tunggal yang berikut:-

1 subjek 1 predikat
1. Sepupunya tinggal di Kuala Kedah.
2. Mereka berjalan kaki ke sekolah.
3. Rumah itu sungguh besar.
4. Pisau ini berkarat.

C. Ayat majmuk

Ayat majmuk dikenali sebagai ayat berlapis juga. Ayat majmuk mengandungi beberapa baris ayat tunggal.
Dalam bahasa Melayu baku, ayat majmuk terbahagi kepada tiga jenis seperti yang berikut:-

1. Ayat majmuk gabungan


2. Ayat majmuk pancangan
3. Ayat majmuk campuran

1. Ayat Majmuk Gabungan

Ayat majmuk gabungan terbentuk daripada gabungan dua ayat tunggal atau lebih dengan kata hubung
gabungan seperti atau, dan, sambil, serta, tetapi dan sebagainya.

Perhatikan pembentukan ayat majmuk ganbungan di bawah ini:-

Ayat Majmuk Gabungan Cara Pembentukan


1. Sheila dan Zakiah berjalan kaki ke a) Sheila berjalan kaki ke sekolah. (Ayat tunggal)
sekolah. b) Zakiah berjalan kaki ke sekolah. (Ayat tunggal)
Kata hubung: dan

2. Roti canai itu sedap tetapi liat. a) Roti canai itu sedap. (Ayat tunggal)
b) Roti canai itu liat. (Ayat tunggal)
Kata hubung: tetapi

2. Ayat Majmuk Pancangan

Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang mengandungi satu ayat besar (ayat yang sempurna) dan satu atau
beberapa ayat kecil/lain yang disisipkan ke dalam ayat besar dan menjadi sebahagian daripada ayat besar
itu. Ayat majmuk pancangan terbahagi kepada 3 jenis seperti yang berikut:-

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 2 Alam Bahasa Melayu


1). Ayat majmuk relatif
2). Ayat majmuk komplemen
3). Ayat majmuk keterangan

1) Ayat majmuk relatif


Ayat majmuk relatif ialah ayat majmuk yang menggunakan kata relatif yang.

Perhatikan contoh binaan ayat majmuk relatif di bawah ini:-

Ayat Majmuk Relatif Cara Pembinaan


1. Wanita yang berbaju biru itu jururawat a) Ayat besar: Wanita itu jururawat pelatih.
pelatih. b) Ayat kecil: Wanita itu berbaju biru.
Kata relatif: yang
2. Banyak pelajar membaca novel yang popular a) Ayat besar: Banyak pelajar membaca novel
itu. itu.
b) Ayat kecil: Novel itu popular.
Kata relatif: yang

2) Ayat majmuk komplemen


Ayat majmuk komplemen ialah ayat majmuk yang menggunakan kata komplemen iaitu bahawa dan
untuk.
Perhatikan cara binaan ayat majmuk komplemen di bawah ini.

Ayat Majmuk Komplemen Cara Pembinaan


1. Anand sedar bahawa dia harus membalas a) Ayat besar: Anand sedar.
jasa ibunya. b) Ayat kecil: Dia harus membalas jasa ibunya.
Kata komplemen: bahawa
2. Amat penting untuk kita hidup bersatu padu. a) Ayat besar: Amat penting
b) Ayat kecil: Kita hidup bersatu padu.
Kata komplemen: untuk

3) Ayat majmuk keterangan


Ayat majmuk keterangan ialah ayat majmuk yang mengandungi ayat besar dan ayat lain yang berfungsi
sebagai penerang.

Perhatikan cara binaan ayat majmuk keterangan di bawah ini.

Ayat Majmuk Keterangan Cara Pembinaan


1. Kamal tidak datang ke sekolah kerana a) Ayat besar: Kamal tidak datang ke sekolah.
demam. b) Ayat keterangan: Kerana demam.
Kata hubung: kerana (keterangan sebab)
2. Kita harus berpindah supaya tidak a) Ayat besar: Kita harus berpindah.
terperangkap dalam banjir. b) Ayat keterangan: Supaya tidak terperangkap
dalam banjir.
Kata hubung: supaya (keterangan harapan)

3. Ayat Majmuk Campuran


Ayat majmuk campuran ialah ayat majmuk yang terbentuk daripada gabungan beberapa jenis ayat, iaitu
campuran ayat tunggal dan ayat majmuk.
Perhatikan cara binaan ayat majmuk campuran di bawah ini.

Ayat Majmuk Campuran Cara Pembinaan

1. Kita akan maju dan berjaya dalam bidang a) Ayat majmuk gabungan: Kita akan maju dan
perniagaan jika kita berusaha. berjaya dalam bidang perniagaan.

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 3 Alam Bahasa Melayu


b) Ayat keterangan: Jika kita berusaha.
Kata hubung: dan, jika
2. Saya sangat yakin bahawa kamu akan a) Ayat besar: Saya sangat yakin.
berjaya dalam bidang lakonan sekiranya kamu b) Ayat komplemen: Bahawa kamu akan berjaya
berusaha bersungguh-sungguh. dalam bidang lakonan.
c) Ayat keterangan: Sekiranya kamu berusaha
bersungguh-sungguh.
Kata komplemen: bahawa
Kata hubung: sekiranya

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 4 Alam Bahasa Melayu

Anda mungkin juga menyukai