Anda di halaman 1dari 11

SKIM PEMARKAHAN PEPERIKSAAN BRUNEI CAMBRIDGE O’LEVEL

Oleh: Hj Ahad bin Masrun / Pg Abu Bakar Sani bin Pg Hj Md Yassin / Hj Rasni bin
Bakir / Norasikin binti Hj Mat Zain / Roslinah binti Raya

1.0 Pendahuluan

Untuk menentukan seseorang itu berkelayakan bagi menceburi apa jua bidang, kita tidak
boleh lari daripada menjalani pengujian dan juga penilaian. Sama ada kita ingin menjadi
tukang masak, peguam, pemandu pesawat, guru, jurutera dan lain-lain lagi, kita harus ada
kelayakan untuk melakukan kerjaya tersebut. Sebagai contoh, jika kita memilih untuk
menjadi seorang askar sebagai profesion, apakah kita layak untuk menyandang tugas
tersebut? Seperti yang kita tahu bahawa menjadi seorang askar bukannya mudah kerana ia
memerlukan kekuatan bukan saja dari fizikal tetapi juga kekuatan dari segi mental. Jadi,
untuk menentukan tahap kebolehan kita, pastinya kita akan diuji terlebih dahulu sebelum kita
layak bergelar sebagai seorang askar. Melalui ujian, seseorang itu boleh dinilai dengan satu
ukuran yang menepati standard. Perlu diingat bahawa kerjaya sebagai seorang askar ada
pelbagai cawangan dan ada tata tingkat kedudukannya. Hal ini memerlukan seseorang itu
diuji dengan cara yang berlainan mengikut ukuran pengkhususan tugasan yang hendak
disandangnya.

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran pula pengujian dan penilaian merupakan
sesuatu yang berkaitan. Menurut Abbas Mohd. Shariff (2003: 183) pengujian, pengukuran
dan penilaian mempunyai kelainan dari segi fungsi, tetapi saling berkaitan. Melalui
pengujian, maklumat tentang murid dapat dikesan dan boleh diberi gambaran mengenai
kemajuannya dalam satu-satu mata pelajaran. Manakala pengukuran pula adalah proses bagi
menentukan tahap atau standard setelah proses pengujian selesai dijalankan. Setelah ujian
dan pengukuran dilakukan maka penilaian akan dibuat bagi menentukan pencapaian murid.

Kamarudin Hj. Husin (2001: 328), menjelaskan bahawa penilaian adalah merupakan
aktiviti yang bersistematik untuk mendapatkan maklum balas yang boleh digunakan bagi
menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks
pengajaran dan pembelajaran, penilaian lazimnya dilakukan melalui dua cara iaitu melalui
penilaian formatif dan sumatif. Penilaian formatif dirujuk kepada jenis penilaian yang
mengesan perkembangan dan kemajuan pembelajaran murid. Penilaian jenis ini akan dibuat
secara berterusan dan satu catatan yang berupa rekod akan disediakan. Penilaian ini akan
dibuat pada setiap pengajaran bagi mendapatkan data untuk melihat perkembangan murid.
Manakala penilaian sumatif pula ialah penilaian yang bertujuan melihat taraf pencapaian
murid secara keseluruhan setelah selesai sesuatu penggal persekolahan (Juriah Long dkk.
1990: 259-260). Bagi konteks negara Brunei Darussalam, penilaian sumatif dikenali sebagai
peperiksaan pertengahan tahun atau akhir tahun. Bagi peperiksaan berbentuk umum pula ia
dikenali sebagai peperiksaan menengah bawah, peperiksaan menengah atas dan sebagainya.

Bagi ujian penilaian bagi menengah lima, pada peringkat ini ia dikenali sebagai
‘General Certificate Of Education Ordinary Level’ (G.C.E peringkat ‘O’). Salah satu cabang
penilaian tersebut ialah subjek Bahasa Melayu. Ia merupakan subjek wajib diambil bagi

1
setiap pelajar yang menduduki peperiksaan tersebut. Subjek Bahasa Melayu pula terbahagi
kepada dua iaitu kertas 1 dan kertas II. Perbincangan dalam penulisan ini hanya menjurus
kepada kertas soalan Bahasa Melayu I atau ujian penulisan karangan bagi tahun 2007 sahaja.

2.0 Contoh Tajuk-Tajuk Karangan Dan Peraturannya

Dalam peperiksaan awam, jumlah perkataan bagi penulisan karangan adalah ditentukan oleh
peringkat peperiksaan tersebut. Semakin tinggi peringkat peperiksaannya maka semakin
bertambah aras kesukarannya dan jumlah perkataannya. Dalam peperiksaan bagi menengah
lima bagi tahun 2007, bahagian peperiksaan telah mengemukakan tujuh soalan bagi
peperiksaan tersebut. Tajuk-tajuk soalan tersebut adalah seperti berikut:

1. Ramai yang berpendapat bahawa ‘kes jenayah meningkat adalah berpunca daripada
pelbagai masalah sosial’. Bersetujukah kamu dengan pendapat tersebut? Nyatakan
pendapat kamu sama ada bersetuju atau tidak dengan memberikan beberapa contoh.

2. Mahir menggunakan komputer menjadi satu kemestian kepada kita. Tulis sebuah rencana
yang menjelaskan tentang hal ini.

3. Kita berhasrat supaya kuih-muih tradisional negara ini mestilah diperkenalkan kepada
generasi muda. Huraikan apakah langkah-langkah yang perlu dilaksanakan untuk
mencapai hasrat ini.

4. Dalam bentuk sebuah penulisan drama, gambarkan kisah seorang jiran di sebelah rumah
yang akhirnya menyesali perbuatannya yang sombong.

5. Semua agama menyuruh penganutnya supaya berbuat baik. Tulis satu ulasan mengenai
hal ini.

6. Bertindik dan mewarna rambut adalah satu fesyen terkini yang bertentangan dengan
budaya hidup masyarakat kita. Dalam bentuk sebuah ceramah sampaikan pernyataan ini
dengan jelas.

7. ‘Bagai lebah menghimpun madu’, Peribahasa ini bermaksud rajin bekerja dan tekun
berusaha. Berlandaskan makna peribahasa ini buat satu teks ucapan yang akan
disampaikan dalam majlis penyampaian hadiah cemerlang.

Soalan yang diajukan kepada pelajar dalam peperiksaan ini menunjukkan variasi dari
segi aspek yang berbentuk perbahasan, deskriptif, penceritaan, perbincangan, penulisan
drama, ceramah dan juga teks ucapan. Sementara itu had kepanjangan karangan adalah tidak
kurang daripada 350 patah perkataan. Pemberian markahnya pula adalah dinilai dari aspek
gaya bahasa, isi dan teknik penulisan.

2
3.0 Isu Kebolehpercayaan Pemarkahan Karangan

Terdapat isu tentang kebolehpercayaan dalam pemarkahan karangan. Menurut Vassilogou


(dalam kamaruddin Yaakub, 2004), beliau menyatakan bahawa peperiksaan yang dijalankan
terhadap seseorang calon bukanlah sebenarnya bertujuan untuk memeriksa kebolehan atau
pencapaian calon tersebut, tetapi untuk menguji atau mengukur keupayaan pemeriksa
jawapan yang diberikan oleh calon. Sehubungan perkara tersebut, markah bagi setiap
karangan yang diberikan biasanya kurang mempunyai ketepatan pemarkahan atau
kebolehpercayaan.

Tidak dapat dinafikan bahawa setiap pemeriksa itu biasanya dipengaruhi oleh latar
belakang pemeriksa, latar belakang pelajar, tempat peperiksaan, dan kertas soalan itu sendiri.
Justeru, satu alat biasanya dikenali sebagai ralat pengukur atau ralat pengujian perlu
diwujudkan bagi menghindarkan pengaruh-pengaruh negatif berlaku ketika membuat
pemeriksaan.

3.1 Pentingnya Skim Pemarkahan

Ramai pengkaji menggunakan ‘ujian menulis karangan’ sebagai teknik bagi mengukur
kemahiran pelajar menulis dalam pelbagai bahasa. Ia bertujuan menguji dan mengukur
kebolehan pelajar menyusun idea atau pendapat, dan melahirkannya dengan menggunakan
perkataan, gaya dan bahasa sendiri dalam bentuk komunikasi tulisan.

Ketekalan pemarkahan dan kebolehpercayaan dalam pemarkahan adalah sangat


penting terutama bagi pemeriksa atau kumpulan pemeriksa karangan bertulis. Biasanya skim
pemarkahan karangan dibahagikan kepada tiga aspek penting, iaitu isi kandungan,
penyusunan, dan bahasa. Menurut Abdul Aziz (1985) menegaskan bahawa skim pemarkahan
yang dibuat tersebut mempunyai tujuan khusus, seperti berikut:

a) mengurangkan unsur-unsur subjektif dengan memasukkan unsur-unsur


keobjektifan dalam sistem pengukuran dengan menggunakan skala tertentu.
b) mengawal ketekalan pemarkahan bagi seseorang pemeriksa atau kumpulan
pemeriksa dengan menggunakan panduan gred yang standard dalam proses
pemarkahan dan mengawal kebolehpercayaan pengukuran yang dihasilkan.
c) menyenarai – semak sub kemahiran penting yang berkaitan dengan sesuatu
kemahiran, dan
d) mengkuantitikan kemahiran ke dalam bentuk markah.

Berdasarkan kepentingan skim pemarkahan tersebut, setiap pemeriksa atau kumpulan


pemeriksa perlulah menguasai aspek sub kemahiran yang dihasilkan oleh seseorang penulis
itu terutamanya dari segi kemahiran struktur dan gaya, kemahiran memilih isi, kemahiran
perbendaharaan kata, kemahiran menyusun dan kemahiran mekanis iaitu kebolehan mengeja,
menggunakan tanda bacaan, perenggan dan tulisan tangan yang boleh dibaca.

3
4.0 Laporan Analisis Bagi Peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 1
Peringkat ‘O’ - 2007

Berdasarkan laporan yang ditulis oleh Ketua Jabatan Bahasa Melayu, Sekolah Menengah
Sayyiidina Hasan, beliau bersetuju dengan bentuk soalan yang telah diberikan dalam
peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 1 Brunei - Cambridge Peringkat ‘O’ bagi tahun 2007
(Sila rujuk lampiran …….). Beliau menegaskan bahawa soalan-soalan tersebut boleh
diterima dan bersesuaian dengan tahap dan standard pelajar Menengah Lima.

Walau bagaimanapun beliau juga ada menegaskan beberapa perkara harus diambil
perhatian iaitu dari aspek kualiti soalan kerana didapati ia agak menurun. Ini berdasarkan
kepada soalan-soalan yang diajukan tidak banyak mengemukakan kepelbagaian bidang
soalan kerana kebanyakan soalan hanya tertumpu kepada bidang social,, keagamaan dan
pendidikan sahaja. Beliau berpendapat soalan-soalan tersebut kurang mencabar pemikiran,
kewibawaan dan mentaliti pelajar yang menduduki kertas soalan tersebut. (Sila rujuk
lampiran……..).

Selain itu, berdasarkan laporan analisis tersebut juga, setiap jenis soalan yang
diajukan di dalam kertas soalan peperiksaan tersebut, beliau mendapati daripada tujuh jenis
soalan yang diajukan, empat daripadanya adalah karangan berformat dan selebihnya adalah
karangan tidak berformat. Beliau berpendapat terdapat beberapa soalan yang mudah difahami
dan tidak menyukarkan bagi setiap pelajar menulis tentang tajuk yang diutarakan. Selain itu,
terdapat juga beberapa soalan yang bentuknya terlalu umum, kurang jelas dan tidak fokus.

Inisiatif guru memberikan komen dan juga cadangan terhadap kertas soalan
peperiksaan bahasa Melayu Brunei - Cambridge peringkat ‘O’ tersebut merupakan satu
tindakan yang wajar dan baik. Ia sangat penting bagi mempertingkatkan kualiti jenis soalan
yang diajukan agar ia dapat menguji kebolehan sebenar pelajar khususnya dalam
mempelbagaikan jenis bidang yang boleh menguji pemikiran serta mentaliti pelajar itu
sendiri.

4.1 Panduan Skim Pemarkahan

Setiap peperiksaan baik daripada peringkat rendah mahupun kepada peringkat tinggi,
panduan skim pemarkahan merupakan faktor penting bagi memberi panduan kepada setiap
pemeriksa atau pemarkah dalam menyemak hasil jawapan kertas kerja yang dilakukan oleh
setiap pelajar. Tanpa adanya panduan tersebut, kebolehpercayaan pemeriksaan tersebut akan
mudah dipertikaikan khususnya dari segi pemberian markah.

Berdasarkan panduan pemarkahan yang diberikan oleh jabatan peperiksaan


Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam telah memberi garis pandu kepada
setiap pemeriksa tentang bagaimana memeriksa atau menyemak kertas jawapan pelajar
khususnya kertas Bahasa Melayu kertas 1 bagi peperiksaan Brunei - Cambridge G.C.E
peringkat ‘O’.

4
Tujuan sebenar panduan skim pemarkahan ini dibuat adalah seperti berikut:

a) Untuk memudahkan cara pembahagian markah yang selaras. Pemarkah-pemarkah


bolehlah menggunakan budi bicara dan inisiatif masing-masing supaya setiap
markah yang diberi itu akan dapat dipertanggungjawabkan.
b) Setiap pemarkah dinasihatkan agar membaca setiap hasil penulisan pelajar secara
berhati-hati, dan setelah itu barulah membuat penilaian dengan merujuk kepada
butir-butir pemberian markah secara analisis.

Jabatan Peperiksaan juga telah memberikan garis pandu tentang pemberian markah
maksima bagi kertas soalan Bahasa Melayu kertas 1. Jumlah keseluruhan bagi kertas tersebut
ialah 100. Pemberian markah adalah berdasarkan kepada tiga aspek penting iaitu:
a) Isi 45 markah
b) bahasa 35 markah
c) Susunan (Teknik) 20 markah
( Sila rujuk lampiran …… bagi keterangan lanjut)

Adapun ketiga-tiga aspek yang dinilai adalah selaras dengan pendapat Koh Boh Boon
(1981) yang mencuba membina satu skim pemarkahan karangan bahasa Malaysia bagi
tingkatan 1V dan V yang berasaskan Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia (edisi 1978) untuk
tingkatan 1V dan V. Sehubungan itu, skim pemarkahan yang diaplikasikan di Negara Brunei
Darussalam adalah sangat wajar dan harus dipatuhi bagi memastikan keselarasan serta
kebolehpercayaan pemarkahan bagi penulisan karangan khususnya soalan kertas 1 Brunei –
Cambridge peringkat ‘O”.

5.0 Pemberian Pemarkahan Secara Analisis

Markah penuh hendaklah diberi kepada calon-calon jika mereka layak menerimanya.

PERKARA PENERANGAN PERINGKAT


Kaitan idea/isi dengan tajuk, keragaman, Cemerlang 37-45
keaslian, perkembangan dan huraian idea Baik 30-36
ISI Sederhana 23-29
Lemah 10-22
Sangat Lemah 0-9
i. STRUKTUR
Ketepatan tatabahasa, kompleksiti
ayat, keragaman struktur dan
keberkesanan bahasa.

BAHASA Cemerlang 29-35


ii. PERBENDAHARAAN KATA Baik 23-28
Pemilihan kata yang tepat, beraneka Sederhana 18-22

5
dan luas. Lemah 9-17
Sangat Lemah 0-8

iii. MEKANIS
Ejaan, tanda baca, perenggan,
penggunaan huruf besar dan kecil,
kebolehan bacaan tulisan tangan.

Cemerlang 18-20
Baik 14-17
Perkembangan tema/cerita yang logis, Sederhana 10-13
SUSUNAN
sistematis, bertalian dan jelas. Lemah 6-9
Sangat Lemah 0-5

6.0 Struktur Pembahagian Markah Cemerlang, Sederhana dan Lemah

Semasa memeriksa ISI, BAHASA dan SUSUNAN pemeriksa mestilah menandai kesalahan-
kesalahan atau idea-idea yang munasabah yang terdapat dalam penulisan calon dan tidak
hanya memberikan markah. Berikut adalah panduan ketika memeriksa:

i. ISI

Cemerlang : Idea pokok dibincangkan secara jelas dengan disokong oleh butir-
butir yang konkrit, penting dan bersabit.

Sederhana : Idea pokok dibincangkan tetapi terlalu ringkas dan am.


Perbincangan disokong oleh butir-butir yang konkrit tetapi
kadangkala butir-butir itu diulang, tidak berkait atau tidak
lengkap.

Lemah : Idea pokok kurang jelas atau keliru, atau tidak disokong oleh
butir-butir yang konkrit dan bersabit.

ii. BAHASA

Cemerlang : Ayat-ayat dibina dengan baik, bersepadu dan berkesan.


Perkataan-perkataan dipilih dan digunakan dengan sangat
berkesan, menarik, tepat dan penuh dengan bunga bahasa.
Penggunaan (secara konsisten) tatabahasa, tanda baca dan ejaan
yang standard.

6
Sederhana : Ayat-ayat digunakan secara betul tetapi tidak bersifat luar biasa
dan kadangkala bersifat seragam sahaja. Perkataan-perkataan
dipilih dan digunakan secara sesuai, jelas dan kadangkala
terdapat penyelewengan dari tatabahasa, tanda baca dan ejaan
yang standard.

Lemah : Ayat-ayat tidak bersepadu, tidak bertalian, keliru, tidak


sempurna dan membosankan. Perkataan yang dipilih dan digunakan
tidak munasabah, kabur, tidak berbunga bahasa atau kurang standard.
Penglahiran idea-idea terhalang kerana sering terdapat penyimpangan
dari aspek tatabahasa, tanda baca dan ejaan yang standard.

iii. SUSUNAN

Cemerlang : Tema dikembangkan dengan teratur selangkah-selangkah,


perenggan-perenggannya adalah bersepadu dan satu perenggan
beralih kepada perenggan yang lain dan berkesan. Perenggan
dikembangkan secara menarik dan seimbang dengan penekanan
yang wajar.

Sederhana : Pelan tema kadangkala tidak teratur, dikembangkan secara tidak


seimbang atau memberi penegasan yang tidak sesuai, perenggan-
perenggan berkaitan tetapi peralihan dari satu perenggan ke
perenggan lain kadangkala tidak licin dan membosankan.

Lemah : Tema tidak dikembangkan atau dikembangkan dengan tidak


konsisten, tidak kena mengena dan diulang, perenggan-
perenggan tidak bertalian dan peralihan dari satu perenggan
kepada perenggan yang lain tidak jelas dan tidak berkesan.

7.0 Penyelewengan (Karangan Terkeluar Tajuk)

Bagi karangan yang sama sekali terkeluar dari tajuk, pemeriksa perlu melakukan
perkara-perkara berikut:

a. ISI KARANGAN tidak perlu diberi markah;


b. Tetapi bagi BAHASA dan SUSUNAN bolehlah ditimbangkan.
c. Perkataan “MENYELEWENG” hendaklah ditulis di bawah karangan tersebut, perkara ini
bertujuan supaya mengelakkan sebarang masalah di antara pemarkah dengan penyemak.

7
8.1 Kaedah Pemarkahan

8.1 Kaedah pemarkahan karangan Bahasa I bagi peperiksaan G.C.E peringkat ‘O’.

Dalam peperiksaan karangan Bahasa I bagi peperiksaan G.C.E peringkat ‘O’, kaedah
pemarkahan berikut hendaklah ditunjukkan oleh pemeriksa di akhir tiap-tiap jawapan yang
diperiksa.
Contoh:
I : 28
B : 36
G : 19
Jumlah : 83

8.2 Kaedah yang digunakan jika berlaku kesalahan-kesalahan dalam karangan

Tanda-tanda seperti di bawah ini hendaklah digunakan bagi menunjukkan kesalahan-


kesalahan dalam karangan pelajar.

Perkara Di Ruang Kiri Di Dalam Karangan


Ejaan E Dimasukkan
,
Tanda baca T
‘ ‘
Bahasa B
Isi I

8.3 Ejaan yang digunakan mestilah menggunakan sistem ejaan baru.

- Tiap-tiap ejaan yang salah ½ markah akan dipotong.


- perkataan yang berulang akan dipotong sekali sahaja.
- pemotongan markah maksima sebanyak 10 markah.

8.4 Panjang petikan karangan yang melebihi hadnya yang dibenarkan (350 patah
perkataan) juga akan dipotong mengikut beberapa tahap seperti berikut:

i. 350 perkataan ke atas tiada pemotongan markah.


ii. 321 – 349 perkataan, potong 2 markah.
iii. 271 – 320 perkataan, potong 4 markah.
iv. 230 – 270 perkataan, potong 6 markah
v. 185 – 229 perkataan, potong 8 markah

8
9.0 Hal-Hal Yang Perlu Dilakukan Ketika Menjawab Soalan Bahasa Melayu I

Kertas Bahasa Melayu I mengandungi tujuh tajuk karangan yang biasanya mengandungi
jenis yang berbeza-beza seperti, penghuraian atau rencana, ceramah, ucapan, laporan,
wawancara atau temu ramah, perbincangan, menyambung cerita, menulis cerita atau rencana
daripada peribahasa, cerita tentang pengalaman, cadangan, pendapat, ulasan, bahasan,
penulisan perbualan dalam bentuk skrip.

Walaupun terdapat pelbagai jenis karangan, teknik menjawab kesemua jenis karangan
tersebut hampir sama. Semuanya memerlukan penelitian dan terpulanglah kepada pelajar
untuk menampilkannya di dalam kertas jawapan mereka. Arahannya juga sama, iaitu
meminta pelajar supaya mengarang tidak kurang daripada tiga ratus lima puluh patah
perkataan.

Semua jenis karangan juga hendaklah mengandungi pendahuluan, isi dan penutup.
Bahagian pendahuluan dan penutup mengandungi satu perenggan sahaja manakala bahagian
isi mengandungi beberapa perenggan. Setiap perenggan isi pula sebaiknya mengandungi satu
idea atau boleh juga jika satu idea dalam satu dua perenggan, tetapi tidak boleh satu
perenggan mengandungi dua idea.

Hal-hal yang perlu diingat oleh setiap pelajar ialah, sebelum memulakan menjawab
soalan karangan, pelajar hendaklah membaca terlebih dahulu kehendak soalan tersebut.
Setelah itu barulah pelajar mulakan dengan menulis beberapa perkataan atau ayat yang
berkaitan dengan tajuk yang dipilih. Sebagai contoh tajuk soalan karangan berikut:

Bagaimana mengelakkan kemalangan jalan raya yang sering berlaku di negara kita
sekarang?

Sebelum menuliskan bahagian pendahuluan, pelajar perlu mengetahui kunci utama


dalam untaian patah-patah perkataan di dalam tajuk di atas iaitu, kemalangan. Huraikan
makna kemalangan, tempat yang selalunya berlaku kemalangan, iaitu sama ada di jalan raya,
di rumah, di hutan, di laut, di udara dan sebagainya.

Bahagian isi ini biasanya menghendaki pelajar supaya menuliskan kurang lebih lima
puluh patah perkataan, kerana bahagian ini hanya bertujuan mengenalkan secara umum
sahaja tentang tajuk yang diperkatakan.

Apabila sampai ke bahagian isi, beberapa perkara yang perlu diingat ialah seperti isi,
bahasa dan teknik atau susunan isi. Isi yang diperkatakan hendaklah berkaitan dengan tajuk.
Keseragaman, keaslian, perkembangan dan huraian idea hendaklah seimbang. Idea dalam
bahagian isi sebaiknya disokong oleh bukti-bukti yang konkrit atau contoh-contoh yang
berkaitan.

9
Bahasa dalam perenggan isi hendaklah mempunyai struktur ayat-ayat yang dibina
dengan baik, bersepadu dan berkesan. Pelajar hendaklah bijak dalam memilih perkataan-
perkataan yang menarik dan tepat seperti perkataan yang mengandungi bunga bahasa atau
peribahasa. Penggunaan perkataan hendaklah secara konsisten. Manakala tatabahasa, tanda
baca dan penggunaan bahasa baku yang betul juga mengambil peranan penting untuk
mendapatkan markah yang baik. Pelajar perlu mahir dalam teknik menyusun isi yang baik.
Tema karangan hendaklah dikembangkan dengan teratur secara selangkah demi selangkah.
Setiap perenggan dalam karangan tersebut hendaklah mempunyai kaitan antara satu dengan
yang lain. Perkembangan perenggan hendaklah menarik dan seimbang.

Bahagian terakhir dalam sebuah karangan ialah penutup. Penutup karangan


berperanan sebagai penyimpulan dalam perbincangan. Penutup yang baik hendaklah
mengandungi fakta, kutipan, perwatakan atau apa saja yang dibincangkan dalam
pendahuluan, dan isi sesebuah karangan. Ia juga diikuti dengan harapan, penegasan,
cadangan atau rayuan seperti memujuk pembaca supaya memihak kepada hal yang
diperkatakan oleh pelajar. Sebaiknya penutup mengandungi satu perenggan dan tidak
melebihi dua perenggan.

Setelah pelajar selesai menuliskan kesemua bahagian karangan tersebut, pelajar


hendaklah menyemak semula karangan yang telah ditulis. Pelajar hendaklah mengambil kira
perkara seperti struktur, penjelasan, khalayak pembaca, tema, terjemahan, klise
(pengulangan), jenis ayat dan pembaziran perkataan. Jika pelajar sudah yakin, maka pelajar
bolehlah menghantar kertas jawapan kepada pengawas peperiksaan setelah tamat tempoh
waktu yang ditetapkan.

9.0 Kesimpulan

Skim pemarkahan yang disediakan oleh Jabatan Peperiksaan bertujuan untuk


memberikan garis pandu, bukan sahaja kepada pemeriksa, tetapi juga kepada guru Bahasa
Melayu itu sendiri. Oleh itu sebaiknya, guru Bahasa Melayu membiasakan diri dalam
memberikan markah berpandukan kepada skim pemarkahan tersebut. Dengan adanya skim
pemarkahan kertas Bahasa Melayu I ini, guru juga diharap akan dapat membantu pelajar
dalam meningkatkan keputusan peperiksaan mereka, iaitu dengan memberikan pelajar
panduan cara menjawab soalan kertas I dengan sebaik-baiknya.

10
Rujukan

Abbas Mohd Shariff. 2003. Pendidikan Satu Panduan Praktis. Singapore: Alfa Media
Abdul Aziz Abdul Talib. 1985. Menilai Kemahiran Pelajar Menulis Karangan: satu
Tinjauan Pemarkahan dalam Dewan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Juriah Long, Raminah Hj. Sabran, Sofia Hamid. 1990. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd.
Kamarudin Hj. Husin. 2001. Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd.
Kamarudin Yaakub. 2004. Kebolehpercayaan Pemarkahan Karangan Bahasa Melayu
dalam Dewan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Koh Boh Boon. 1981. Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Sulaiman Masri, Abdullah Yusof, Mohd. Ra’in Shaari. 2007. Bahasa Melayu: Dimensi
Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.

11

Anda mungkin juga menyukai