Anda di halaman 1dari 12

Kertas Cadangan

TERNAKAN IKAN SANGKAR BULUH


BAMBOO FISH FARMING

Tilapia Keli

oleh :

Madrasah Idrisiah
Bukit Chandan,
33000 Kuala Kangsar,
Perak Darul Ridzuan

1
PROJEK IKAN SANGKAR BULUH

Tilapia

1.0 Pengenalan

Pertanian adalah suatu bidang yang telah lama diceburi oleh masyarakat Malaysia dan
merupakan pekerjaan dan sumber pendapatan utama rakyat Malaysia selepas merdeka.
Pertanian juga merupakan saranan agama dan hasil dari titik peluh dan berbudi kepada
tanah ini dilihat lebih mulia. Pihak kerajaan telah mewujudkan suatu modal insan yang
holistik dengan memperkasakan pertanian dengan teknologi baru yang merangkumi ilmu,
amal dan perkakasan.

Sebagaimana yang telah dimaklumkan kepada ramai bahawa suatu peruntukkan yang besar
telah diberi kepada bidang pertanian dalam Rancangan Malaysia ke-9 supaya negara dapat
mengeluarkan makanan sendiri dan sekaligus dapat mengurangkan defisit. Peluang-
peluang yang diwujudkan oleh kerajaan jika tidak digunakan sepenuhnya akan
menyumbang kepada kegagalan dasar pertanian negara. Melihat kepada peluang dan
perkembangan masa depan yang cerah dalam bidang pertanian maka pihak Madrasah
Idrsiah Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan (MIKK) ingin menceburkan
diri dalam bidang akuakultur ikan.

Bermula dengan pemeliharaan ikan keli dalam kolah secara percubaan telah menjana hasil
yang lumayan dan kami telah melihat wujudnya peluang dalam bidang akuakultur ikan jika
dilakukan secara serius dan pada skala besar.

Apabila kos penyeliaan sangkar lebih mudah dan murah untuk jangka panjang maka kami
memerlukan modal sebanyak RM 50 000 sebagai permulaan usaha untuk membina sangkar
dalam tasik. Ikan keli adalah dari jenis spesis ikan magin dan jika dilepas terus ke dalam
tasik akan menyebabkan bilangan ikan lain berkurangan kerana pembesaran tidak serentak
dan ikan yang besar akan menjadi pemangsa bagi ikan kecil. Keadaan ini akan
mengakibatkan bilangan ikan berkurangan sebanyak 40% dan hasil rendah berbanding
2
dengan akuakultur dalam sangkar yang parameter pengurusan dapat diurus secara berkesan.
Setelah pihak kami melihat projek rintis di Tanah Merah, Kelantan dibuat dengan
menggunakan lima sangkar pada mulanya telah menghasilkan dapatan yang menggalakkan
iaitu bagi setiap sangkar dengan 3000 ekor anak ikan akan dapat dituai sebanyak 700 kg.
Oleh yang demikian, dengan kaedah ini pihak kami berkeyakinan akan dapat membuat
keuntungan tiga kali ganda berbanding kaedah lepas bebas.

2.0 TUJUAN

1. Kertas cadangan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan bantuan kewangan


sebanyak RM 50 000 kepada Madrasah Idrisiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar
(MIKK) dengan tujuan untuk menyediakan projek ikan sangkar buluh dan modal
pusingan untuk pengembangan akuakultur ikan keli di tasik milik madrasah yang
sedia ada. (Lihat Lampiran A).

2. Menyediakan satu sumber makanan iaitu ikan yang suci dan halal tidak diragui
permakanannya dan seterusnya akan menjaminkan masyarakat khususnya orang
Islam yang bebas daripada rasa was-was atau keraguan.

3. Permakanan yang suci dan halal penting bagi pihak madrasah demi untuk
mewujudkan golongan tahfiz di kalangan pelajar madrasah kelak. Pemakanan yang
diragukan kesuciannya akan menyukarkan penghafalan Quran di kalangan pelajar.

4. Membekalkan makanan sumber protein dan Omega 3 kepada pelajar dan


masyarakat hasil daripada ikan keli yang diternak secara skala besar.

5. Merealisasikan akuakultur ikan dalam sangkar ini akan dapat meningkatkan


pendapatan dana madrasah dan secara tidak langsung dapat membantu penternak
ikan dengan mengurangkan kos penyelenggaraan.

6. Mengoptimumkan penggunaan mesin makanan yang dibekalkan oleh Jabatan


Perikanan sebagai suatu jawapan kepada penggunaan teknologi iaitu ilmu, amal dan
perkakasan.
7. Menjana kaedah agroteknologi yang efektif dan efisyen dalam membentuk
masyarakat penternak yang holistik.

3
3.0 OBJEKTIF

1. Hasil bantuan kewangan ini akan dapat membantu menjayakan projek ternakan ikan
sangkar buluh ini tanpa menganggu projek lain yang sedia ada.

2. Menjanakan pendapatan dengan penggunaan sangkar buluh akan menjimatkan kos


dan secara langsung ternakan ikan ini akan menjadi sumber pendapatan madrasah
dan kerjaya yang meyakinkan kepada mereka yang berminat.

3. Mewujudkan makanan produk terakhir menggunakan ikan seperti nugget, filet, fish
finger dan keropok.

4. Mengurangkan kos makanan dengan penggunaan mesin makanan supaya ikan dapat
diternak dalam jumlah yang besar.

5. Menggunakan kaedah sangkar buluh akan memberi satu senario baru di Malaysia
khususnya kepada penternak kecil yang hanya memerlukan kos yang kecil tetapi
lumayan.

4
4.0 LATARBELAKANG PROJEK

Nama dan Alamat Pemilik

Madrasah Idrisiah
Bukit Chandan,
33000 Kuala Kangsar,
Perak Darul Ridzuan

Latarbelakang Projek

Lokasi : Kg.Salak Utara, Sungai Siput


Perak Darul Ridzuan

Keluasan : 2 ekar tasik

Bilangan Sangkar : 100 sangkar

4.1 Projek Akuakultur Ikan Dalam Sangkar

Projek ikan sangkar buluh ini merupakan projek pertama madrasah Ternakan ikan sangkar
merupakan kaedah yang proaktif, kos modal rendah dan berdaya maju. Penghasilan
ternakan ikan secara intensif ini boleh mencapai 10-20 kali ganda pengeluaran ternakan
kolam iaitu 40 – 200 kg/meter padu air. Pada masa ini produktiviti sangkar perairan
Malaysia adalah pada kadar 8 kg/meter padu 0.7 tahun. Nilai ini boleh ditingkatkan kepada
25 kg/meter padu 0.7 tahun (Anonymous,1998). Dalam merealisasikan pengeluaran sektor
akuakultur, terutama untuk meningkatkan pengeluaran ikan dalam memenuhi pasaran
tempatan dan untuk dieksport. Jabatan Perikanan Malaysia telah membuat unjuran
pengeluaran akuakultur sehingga tahun 2010 dalam Dasar Pertanian Negara (DPN3) seperti
jadual di bawah.
Jadual 1 Unjuran (projection) Pengeluaran Komoditi Akuakultur tahun 1995-2010
(‘000 metrik tan)
Jenis Komoditi 1995 2000 2005 2010
Moluska 101.1 113.6 127.2 140.0
Udang 7.4 44.0 76.0 150.0
Ternakan Ikan 5.8 20.0 55.0 110.0
Ikan Air Tawar 17.4 75.0 142.5 200.0
Ikan Akuarium 253.0 400.0 500.0 800.0
(Juta ekor)
Sumber: Jabatan Perikanan Malayasia, 1994

5
4.2 Definisi Ternakan Ikan Sangkar

Ternakan Ikan Sangkar boleh ditakrifkan sebagai suatu proses pemeliharaan ikan dari
peringkat juvenil hingga ke ukuran pasar, di dalam satu isipadu air yang terkurung di
semua permukaannya dengan jaring kasar, tetapi membenarkan aliran air melalui sangkar
tersebut.

Perkembangan Teknik-Teknik Ternakan Ikan Sangkar

Sejarah ternakan ikan sangkar bermula di Asia, iaitu di Tasik Tonle Sap, Kampuchea dan di
Indonesia pada abad ke19. Rangka sangkar yang digunakan diperbuat dari buluh dan rotan.
Selain itu, sangkar-sangkar juga boleh diperkukuhkan dengan menggunakan bahan tiub
besi dan dipasangkan kepada tong-tong yang berfungsi sebagai pelampung.

Akuakultur sangkar ikan telah berkembang dengan pesat sejak 20 tahun yang lalu dan
merupakan satu kaedah yang popular digunakan dalam sektor ternakan ikan di perairan
tasek, bekas lombong, teluk dan di persisiran pantai yang terlindung.

Ternakan ikan dalam sangkar di Malaysia telah bermula di Pulau Pinang pada tahun 1970-
an dan di Sabah kegiatannya dilaksanakan oleh Jabatan Perikanan bermula pada tahun 1976
di perairan Teluk Mengkabong, Tuaran dengan menggunakan kaedah KAMES (rangka
sangkar diperbuat dari kayu pada ukuran 20’x20’ dan dibahagi kepada 4 petak,
menggunakan jaring trawl dan pelampung drum plastik). Bagaimanapun, kegiatan ternakan
ikan sangkar telah lama bermula di Sabah dengan menggunakan buluh bamboo yang
berfungsi sebagai pelampung dan juga rangkanya. Kegiatan ini bertujuan untuk menyimpan
hasil tangkapan yang hidup sebelum di bawa ke pasar mingguan. Teknik-teknik pembuatan
sangkar berkembang dengan menggunakan drum sebagai pelampung, kayu dan jaring
‘purse seine’.

6
Contoh sangkar ikan daripada buluh di Kelantan

Sangkar Ikan Atas Air

--- 5’---

----------15’------- ----------15’-------____ ---------- 15’ ------- ------15’---------

10’ JARING JARING

RAKIT LALUAN
Rajah 1: Pelan Sangkar Ikan
Rajah 2 Pelan Sangkar Ikan Terapung
Legend : Buluh
Papan laluan

Tayar
Rajah 1 : Sangkar ikan A

7
Anggaran Kos Perbelanjaan Projek Ikan Sangkar Buluh MIKK 2007

RM/Unit Bilangan RM Jumlah


SANGKAR

BULOH 2.00 1000.00 2000.00

Tayar Pengikat
Tayar Pelapik

SANGKAR 250.00 12.00 3000.00


Sangkar Anak 70.00 5.00 350.00

Jumlah 5350.00
IKAN

BENIH Harga 0.05 50000.00 2500.00

MAKANAN 37.00 150.00 5550.00


8050

UPAH 500.00 500.00


Lain-lain 1100.00 1100.00
Jumlah Keseluruhan 15000.00 15000.00

Jangkaan Pendapatan

Jangkaan tuaian ikan keli adalah 80% dari jumlah keseluruhan, jika 100 000 x 80% = 80000 ekor

Harga borong ikan keli dalam pasaran mengikut harga KADA RM 2.40/kg

Selepas 3 bulan berat seekor ikan keli dewasa 250 gm/ekor ialtu 4 ekor/kg

Jumlah berat ikan 80 000/4 = 20 000 kg

Pendapatan Kasar = 20 000 x RM 2.40 = RM 40000

Pendapatan Bersih RM 40 000 - RM 27800 = RM12200

Pendapatan sebulan RM 12200/3 = RM 4066.66

8
Jadual Anggaran Pendapatan Kolam Ikan Keli jangka masa 3 bulan

Saiz Pendapatan bersih


Bil. Sangkar sangkar Ikan Kos Ternakan Keseluruhan 3 bulan Risiko hasil Jumlah Kg Pendapatan sebulan
RM RM RM
1 1 15 X 20 5000 1000 4500/3 1500 X RM2 3000 2000 / 3 = RM 666.6
Minus 1000
2000

13000 X 16000 / 3 =
2 10 15 X 20 50000 10000 40000/3 RM2 26000 RM 5333.3
Minus 10000
16000

30000 X 40000 / 3 =
3 20 15 X 20 100000 20000 90000/3 RM2 60000 RM 13000
Minus 20000
40000

9
5.0 RAMALAN PRESTASI KEWANGAN

BUTIRAN ANGGARAN ANGGARAN


SATU MUSIM 1 TAHUN
(3 BULAN) 4 MUSIM
RM RM

PENDAPATAN

Hasil Jualan 40 000 160 000

Kos Bahan Mentah 6 000 24 000

Anak Ikan 20 000 80 000

UNTUNG KASAR 14 000 56 000

PERBELANJAAN

Pentadbiran 3 000 12 000

Pemasaran 500 2 000

Perjalanan 1 000 4 000

Jumlah Perbelanjaan 4 500 18 000

Untung Sebelum Cukai 9 500 38 000


Semusim ( 3 bulan )

Untung Bersih Sebulan 3 166

6.0 KESIMPULAN

Kertas cadangan ini bertujuan untuk membantu pihak MIKK menjanakan pendapatan
dengan kaedah penternakan akuakultur ikan sangkar buluh yang berpotensi untuk
menternak ikan secara skala besar dan bagaimana agensi-agensi yang lain berperanan
secara langsung mahupun tidak langsung dapat membantu menyediakan dana untuk
pertanian dan kertas ini juga menyentuh secara ringkas peranan dan sumbangan Jabatan
Perikanan untuk menggalakkan ternakan ikan dalam sangkar dengan meminjamkan mesin
memproses makanan. Penternakan akuakultur yang dijalankan secara sistematik akan
berkesan dan mampu berkembang serta dapat menjadi sumber pendapatan bagi pihak
MIKK dan ia secara langsung sebagai contoh kerjaya kepada penternak ikan di negara kita.

10
Lampiran A

Sangkar ikan dari darat

Sangkar Ikan

Air
----------15’------- ----------15’-------____

15’ JARING JARING

Darat

Rajah 1: Sangkar Ikan B

Rajah 2 Pelan Sangkar Ikan Terapung


Legend : Buluh
Darat
Tayar

Air

11
Lampiran B

Bagaimana buluh diikat

12