Anda di halaman 1dari 1

KAEDAH FONETIK

Kaedah fonik berasaskan teori bahawa belajar membaca melibatkan kebolehan


mengenal kod (lambang), hubungan antara bunyi dan lambang yang dilihat. Kaedah
fonik ini menekankan kepada setiap bunyi-bunyi abjad yang terdapat dalam bahasa.
Setiap abjad mempunyai bunyi-bunyi tertentu dan ada juga abjad yang mempunyai
lebih daripada satu bunyi terutama dalam bahasa Inggeris. Kanak-kanak didedahkan
dengan bunyi-bunyi vokal dan konsonan seperti:-

A = aaaa E = e’h
E = eh I = iiiii O = oooo
U = uuuu

B = beh
C = ceh
D = deh F = feh G = geh H = heh
J = jeh
K = keh L = el M = em N = en P = peh
Q = qeh R = rer S = sss T = the V = vev W = weh
Y = yeh
Z = zez

Sambil mengajar bunyi abjad boleh juga diajar secara permulaan bunyi perkataan
seperti huruf “a” adik, abang, api dan lain-lain. Cara pengajaran Fonik menggunakan
ialah dengan mencantumkan vokal dengan konsonan untuk membentuk perkataan.
Mulakan dengan perkataan yang pendek dan mudah dahulu serta mulakan dengan
huruf vokal. Seterusnya permulaan perkataan,akhiran perkataan,pertengahan
perkataan dan baru dimasukkan ng, ny, kh, dan sy.

Di antara kebaikan kaedah fonik ialah jika kanak-kanak telah menguasai kesemua
bunyi abjad, mereka akan boleh membaca dalam apa jua bahasa. Bagi kaedah fonik
juga kanak-kanak tidak akan tersangkut di peringkat sukukata tertutup kerana bagi
membaca sesuatu ayat mereka harus terus membunyikan perkataan sehingga selesai
satu perkataan.

Sebaliknya, kanak-kanak yang diajar membaca berdasarkan kaedah abjad,


terutamanya di sekolah-sekolah, atau berdasarkan kaedah pandang dan sebut ,
biasanya di tadika-tadika, mereka tidak dapat membaca dalam bahasa Inggeris
langsung. Walaupun menggunakan huruf-huruf roman yang sama, mereka tidak dapat
menggunakan kemahiran membaca dalam bahasa malaysia untuk membaca dalam
bahasa Inggeris hanya kerana kaedah mengeja atau suku kata tidak serasi langsung
untuk bahasa Inggeris. Apa yang dapat dilihat di sekolah-sekolah, mereka terpaksa
menghafal-hafal perkataan inggeris dari segi ejaan dan sebutannya. Banyak manalah
yang mampu dihafal oleh kanak-anak apatah lagi untuk mengingat maksudnya pula.

Dalam kaedah ini kanak-kanak diajar mengenal simbol iaitu huruf, hanya mereka tidak
diajar nama huruf tersebut tetapi hanya bunyi yang dikaitkan dengan simbol tersebut.
Kanak-kanak memang mengenal huruf cuma bukan nama huruf tersebut. Nama huruf
hanya diajar setelah mereka pandai membaca sahaja.