Anda di halaman 1dari 7

Azan dan Iqamat

Definasi / Maksud

Dari segi bahasa, azan bermaksud ialah “al-i`lam” (pemberitahuan) atau “an-nida’” (seruan). Azan ialah suatu gabungan perkataan-perkataan tertentu untuk menandakan waktu solat fardu atau boleh diertikan sebagai pemberitahuan tentang waktu solat. Penandaan ini dibuat dengan melaungkan dengan lafaz-lafaz tertentu.

Hukum

1-

Hukum melaungkan azan adalah sunat muakkad ketika hendak mendirikan sembahyang fardhu.

2-

Melaungkan azan juga adalah satu Fardu Kifayah bagi sesuatu kumpulan, dan tuntutan sunatnya terlaksana walaupun tidak dilakukan oleh semua ahli kumpulan tersebut.

3-

Bagi individu pula, ia merupakan satu sunat aini atau, dan pahala sunat akan diperolehi apabila seseorang itu melakukannya.

4-

Bagi kaum wanita, disunatkan melakukan Iqamat sahaja kerana dikhuatiri boleh menimbulkan fitnah apabila meninggikan suara mereka.

Dalil

Al-Quran, as-Sunnah dan al-Ijmak menyatakan melaungkan azan mempunyai banyak kelebihan dan pahala yang besar.

Dalil daripada al-Qur’an ialah

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Jika kamu dipanggil (diseru) untuk sembahyang

Dalil daripada As-Sunnah

(Surah al-Ma’idah: 58)

Sebuah hadith yang bermaksud: “Apabila tiba waktu sembahyang hendaklah salah seorang kamu melakukan azan dan yang lebih tua daripada kamu hendaklah menjadi imam.(Riwayat Bukhari dan Muslim)

1

Sejarah

Azan mula diamalkan oleh orang-orang Islam pada tahun pertama Hijrah.

Dalam hadis yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim daripada Ibnu `Umar r. a. “Pada mulanya ketika orang-orang Islam berhijrah ke Madinah, mereka berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan sembahyang. Ketika itu tidak ada orang yang menyeru (melaungkan azan) untuk menunaikannya. Pada suatu hari Nabi s.a.w. telah mengumpulkan para sahabat untuk bermesyuarat tentang cara untuk memberitahu masuknya waktu solat serta mengajak orang ramai agar ke masjid melakukan solat jemaah.

Dalam mesyuarat itu, terdapat beberapa cadangan. Ada yang mencadangkan supaya dikibarkan bendera sebagai tanda waktu solat, Ada yang mencadangkan ditiup serunai ataupun trompet; dan ada yang mencadangkan supaya dibunyikan loceng. Semua usul yang diajukan telah ditolak oleh Rasulullah S.A.W.(kerana meniup serunai atau trompet dan memukul loceng adalah cara pemanggilan sembahyang bagi masyarakat Yahudi dan Nasrani(Kristian). Umar bin al-Khattab mencadangkan diteriakkan ucapan: “Telah datang waktu solat”. Usul ini telah diterima oleh Rasulullah S.A.W. tetapi Baginda menukar lafaz itu dengan lafaz “assolatu jami`ah” yang bererti “marilah solat berjemaah”.

Pada suatu malam Abdullah bin Zaid telah bermimpi mengenai cara yang lebih baik untuk

memberitahu solat dengan mengumandangkanlah Allahu Akbar

azan)”. Pada pagi harinya, Abdullah bin Zaid menemui Rasulullah S.A.W. dan baginda bersabda: “Mimpimu itu mimpi yang benar”. Nabi s.a.w. memerintahkan Bilal bin Rabah mengumandangkan azan tersebut. Ketika Bilal hendak menyerukan azan, Umar datang kepada Rasulullah S.A.W. dan menceritakan bahawa beliau juga bermimpi seperti Abdullah bin Zaid.

(dan seterusnya lafaz-lafaz

Al-Bazzar meriwayatkan bahawa: “Rasulullah S.A.W. pada malam Israk telah diperlihatkan dengan azan dan diperdengarkan kepadanya di atas langit yang ketujuh. Kemudian Jibril mendatanginya, lalu dia menjadi imam kepada ahli langit. Antara mereka ialah Nabi Adam a.s. dan Nabi Nuh a.s., Allah s.w.t. menyempurnakan kemuliaan baginya ke atas penduduk langit dan bumi”.

2

Lafaz Azan

Lafaz azan terdiri daripada lima belas kalimah. Ia dilaungkan sebanyak dua kali bagi setiap lafaz kecuali Takbir pada awal azan disebut sebanyak empat kali dan lafaz kalimah tauhid hanya sekali sahaja.

Sebutan

Bahasa Arab

Transliterasi

Terjemahan

4x

ربكا الله

Allah u Akbar

Allah Maha Besar

هلا لا نا دهشا

 
   

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah

2x

الله لاا

Ash-hadu allā ilāha illallāh

2x

ادمحم نا دهشا الله لوسر

Ash-hadu anna Muhammadan rasūlullāh

Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah Pesuruh Allah

2x

ةلاصلا ىلع يح

Hayya 'alas-salāt

Marilah menunaikan solat

2x

حلافلا ىلع يح

Hayya 'alal-falāh

Marilah merebut kemenangan

2x

نم ريخ ةلاصلا مونلا

A-alātu khayru min an- naūm

Solat itu lebih baik dari tidur*

2x

ربكا الله

Allāhu akbar

Allah Maha Besar

1x

الله لاا هلا لا

Lā ilāha illallāh

Tiada Tuhan selain Allah

* Barisan "Sembahyang itu lebih baik dari tidur" hanya digunakan untuk solat Subuh (fajr).

3

Adab dan Tertib Azan

Menurut pendapat jumhur ulama’, terdapat beberapa adab dan tertib dalam melaksanakan azan. Antaranya ialah:

1. Orang yang melaungkan azan hendaklah seorang lelaki Muslim yang berakal.

2. Azan dilaungkan ketika masuk waktu solat.

3. Mu’azzin hendaklah tidak menerima upah apabila melaksanakan tugasnya.

4. Mu’azzin harus suci daripada hadath kecil, hadath besar dan najis.

5. Mu’azzin hendaklah menghadap qiblat ketika mengumandangkan azan.

6. Ketika membaca “hayya `ala as-salah”, mu’azzin hendaklah menghadapkan muka dan dadanya ke sebelah kanan dan ketika membaca “hayya `ala al-falah” menghadapkan muka dan dadanya ke sebelah kiri.

7. Mu’azzin memasukkan dua anak jarinya ke dalam kedua telinganya.

8. Suara mu’azzin hendaklah nyaring.

9. Mu’azzin tidak boleh bercakap ketika mengumandangkan azan.

10. Orang-orang yang mendengar azan hendaklah menyahutnya secara perlahan-lahan dengan lafaz yang diucapkan oleh mu’azzin, kecuali pada lafaz “hayya `ala as-salah” dan “hayya `ala al-falah”. Kedua-duanya disahut dengan “la haula wala quwwata illa bi Allah” yang bermaksud “tiada daya dan kekuatan kecuali daripada Allah”.

11. Setelah selesai azan, mu’azzin dan yang mendengar azan hendaklah berdoa: “Allahumma rabba hazihi ad-da`wah at-tammah wa as-salati al-qa’imah, ati Muhammadan al- wasilah wa al-fadhilah wab`athhu maqaman mahmudan allzi wa`adtah” yang bermaksud “wahai Allah, Tuhan yang menguasai seruan yang sempurna ini dan solat yang sedang didirikan, berikanlah kepada Nabi Muhammad kurnia dan keutamaan serta kedudukan yang terpuji yang telah Engkau janjikan untuknya” (Riwayat Bukhari).

12. Azan itu hendaklah dilakukan dengan Tertib dan Muwalat di antara lafaz azan dan Iqamat.

4

Kelebihan Azan

Selain itu, melakukan azan mempunyai beberapa kelebihan dan mendapat pahala yang besar. Ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

“Kalaulah orang ramai mengetahui pahala yang ada dalam azan dan pahala dalam barisan pertama sembahyang, kemudian mereka tidak ada jalan selain membuat undian untuk mendapatnya, nescaya mereka akan masuk undian itu.”

Rasulullah s.a.w. juga bersabda yang bermaksud:

(Riwayat Muttafaq `Alayh)

“Jika kamu berada bersama-sama dengan kambing kamu atau di kebun kamu dan engkau berazan untuk sembahyang. Hendaklah engkau angkatkan suara menyeru orang bersembahyang, sebab suara orang yang azan tidak didengar oleh jin atau manusia ataupun sesuatu kecuali dia menyaksikan baginya pada Hari Akhirat.”

Dalam sebuah hadith yang lain ada disebut:

(Riwayat Bukhari)

“Tukang azan adalah orang yang paling panjang leher di Hari Akhirat.”

(Riwayat Muslim, Ahmad dan Ibnu Majah)

Menurut pendapat yang sahih daripada ulama’ Syafi`i dan Hanbali, azan beserta iqamah adalah lebih baik daripada menjadi Imam. Ini disebabkan Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

5

“Siapakah yang lebih bagus perkataannya daripada orang yang berdoa kepada Allah dan beramal salih.”

(Surah Fussilat: 33)

`A’isyah berkata: “Mereka yang dimaksudkan oleh ayat tersebut ialah tukang azan”. Di dalam hadith lain ada juga menyebut:

“Imam adalah bertanggungjawab (damin), tukang azan adalah orang yang dipercayai (amanah). Ya Allah, berilah petunjuk kepada imiam-imam dan ampunilah tukang azan”.

(Riwayat Syafi`i, Ahmad, Abu Dawud,Tirmizi,

An-Nasa’i, Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaimah)

Amanah lebih tinggi daripada daman dan keampunan adalah lebih tinggi daripada petunjuk. Nabi Muhammad s.a.w. dan para khalifah tidak melakukan tugas azan ini kerana mereka tidak mempunyai banyak masa. Menurut pendapat ulama’ Hanafi, iqamah dan menjadi imam adalah lebih baik daripada azan kerana Nabi Muhammad s.a.w. dan para khalifahnya menjalankan tugas imam, tetapi mereka tidak menjalankan tugas menjadi tukang azan.

Doa selepas Azan

Setelah selesai azan, doa berikut adalah sunat dibaca oleh muazzin dan penganut Muslim lain yang mendengar azan:

ةمئاقلا ةلاصلاو ةماتلا ةوعدلا هذه بر مهللا ةليضفلا و ةليسولا ً ادمحم تآ هتدعو يذلا ً ادومحم ً اماقم هثعباو

6

Wahai Allah, Tuhan yang menguasai seruan yang sempurna ini dan solat yang sedang didirikan. Datangkanlah Nabi Muhammad (kepadaku) sebagai penghubung (kepada Allah) dan keutamaan (bagiku) Serta kedudukan yang terpuji yang telah Engkau janjikan untuknya .(Riwayat Bukhari).

Iqamat

Lafaz Iqamat mempunyai sebelas kalimah. Lafaz Iqamat adalah seperti berikut:

sebelas kalimah. Lafaz Iqamat adalah seperti berikut: Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Aku bersaksi bahawa

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah,

Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah Pesuruh Allah,

Marilah menunaikan solat,

Marilah merebut kemenangan,

Berdiri untuk sembahyang, (dua kali)

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,

Tiada tuhan selain Allah

ربكا الله ربكا الله لاا هلا لا نا دهشا الله دمحم نا دهشا الله لوسر ةلاصلا ىلع يح حلافلا ىلع يح ةلاصلا تماق دق ربكا الله ربكا الله

الله لاا هلا لا

āllahu ākbar, āllahu ākbar

āsh'hadu ān lā ilaha illā-llah

āsh'hadu ānna mūhammadār rasūlu-llah

hayyā `alā-s-salat

hayyā `alā-l-falāh

qad qāma tis-salaat

āllahu ākbar, āllahu ākbar

lā ilaha illā-llah.

Iqamat disyaratkan tidak diselangi dengan diam yang lama di antaranya dengan takbiratul ihram kecuali sekadar imam menyuruh agar membetulkan saf. Iqamat hendaklah dilakukan dengan cepat kerana ia disyariatkan bagi memberitahu mereka yang telah hadir untuk mengerjakan sembahyang.

7