Anda di halaman 1dari 20

Pokok Kemangi ditanam Pak Baba,

Ditanam pula di tepi kali,


Kebersihan diri haruslah dijaga,
Berapa kali mandi sehari?
Kebersihan diri
Berenang-renang ikan Yu,
Ikan Todak berenang sekali,
Kalau saudari/a ingin tahu,
Mandilah lebih kurang 3 kali
sehari..
Pak Johan menggali telaga,
Terasa dahaga minum kopi,
Kebersihan tangan harus di
jaga,
Bilakah perlu ia dicuci?
Kebersihan diri
Cantik sungguh burung
jentayu,
Burung pipit berkicau-
kicauan,
Kalau tuan hendak tahu,
Sbelum mkan cucilah tangan..
Lewat tidur leka menonton,
Cerita jenaka dahulu kala,
Rambut cantik ikal beralun,
Kenapa banyak kutu di kepala?
Kebersihan diri
Pak Johan mgali telaga,
Terasa dahaga minum kopi,
Kebersihan kepala harus
dijaga,
Syampulah rambut agar kutu
tak kembali..



Burung Tempua terbang tinggi,
Penat terbang hinggap di pokok,
Gigi tuan putih berseri,
Berapa kali ia digosok?
Kebersihan diri
Besar sungguh burunng
Jentayu,
Terbang dengan sangat tinggi,
Kalau tuan ingin tahu,
Gosoklah lebih kurang 3 kali
sehari..
Burung merpati terbang tinggi,
Hinggap sebentar di atas
dahan,
Wahai saudari/a yang saya
hormati,
Mengapa perlu bersihkan
badan?
Kebersihan diri
Burung Jentayu menyeru-
nyeru,
Burung Kenari berkicau-
kicauan,
Kalau saudari/a ingin nak
tahu,
Untuk hilangkan kuman dan
kotoran..





TEMA:KESELAMATAN JALAN RAYA
SOALAN JAWAPAN
Pergi ke telaga mbawa
timba,
Dengarkan jawapan
daripada hamba..
Cuaca panas mandi di
kali,
Tuan mjual hamba
mbeli..

Membuat batas menanam
nenas,
Menanam nenas bersama
rakan,
Jejantas ada untuk melintas,
Kenapa masih tidak
digunakan?
Keselamatan j/raya

Anak Melayu bermain dadu,
Bermain bersama anak
cina,
Kalau tuan hendak tahu,
Kerana pengguna tak hargai
nyawa..
Pokok Bakau tumbuh di paya,
Amat berguna sebagai
banteng,
Tahu bahaya di jalan raya,
Menunggang basikal mengapa
bersaing?
Keselamatan j/raya



Besar sungguh burung
Jentayu,
Besar juga Ular Sawa,
Kalau saudari/a ingin tahu,
Itu kerana pengguna tak
sayang nyawa.
Tidak karuan mencari umpan,
Bertemu tidak lantas
mencandat,
Kempen dan Ops Sikap giat
dijalankan,
Kenapa kemalangan semakin
meningkat?
Keselamatan j/raya

Besar sungguh Ikan Yu,
Besar juga Ikan Toman,
Kalau saudari/a nak tahu,
Itu kerana tak ikut
peraturan..
Lepat labu dalamnya berinti,
Makan banyak kepala pening,
Lampu hijau berjalan..merah
berhenti,
Apa pula fungsinya lampu
kuning?
Keselamayan j/raya
Di dusun ada buah durian,
Di kebun pula ada peria,
Kalau anda inginkan
jawapan,
Fungsinya adalah utk
bersedia..
Gadis ayu sudah berpunya,
Senyuman manis menambat
hati,
Walaupun tahu tinggi
dendanya,
Kenapa had laju tak patuhi?
Besar sungguh ikan YU,
Besar juga ular Sawa,
Kalau tuan ingin tahu,
Kerana mereka tak hargai
nyawa.
Sukar sungguh memanjat
sigai,
Mengambil madu untuk
bekalan,
Topi keledar sudah dipakai,
Mengapa kancing tidak
dikenakan?
Keselamatan j/raya
Pergi ke pekan mbeli petai,
Terjumpa pula asam jawa,
Wahai saudari/a yang bijak
pandai,
Itu sebab penunggang tak
ingat nyawa..
Angin bayu di pagi hari,
Kenderaan lalu-lintas
bunyikan hon,
Aduhai saudari/a yang baik
budi,
Apa yang terjadi jika tak
bayar kupon?
Keselamatan j/raya
Cantik sungguh ikan Yu,
Cantik juga ikan toman,
Kalau tuan hamba ingin
tahu,
Sedia duit bayar lah
saman..












TEMA:SAYANGI KELUARGA
SOALAN JAWAPAN
Pergi ke telaga mbawa
timba,
Dengarkan pantun
daripada hamba..
Pokok Melati dtanam
Pak Baba,
Dengarkan jawapan
daripada hamba..

Hujan lebat sejuk cuaca,
Tidak berselimut badan
menggigil,
Kata tuan hamba..sayangkan
ibubapa,
Kenapa tak bersahut bila
dipanggil?
Sayangi keluarga

Selesai sudah menanak nasi,
Sambil memasak gulai ikan,
Adik-beradik mesti dihormati,
Apa caranya yang tuan
amalkan?
Burung tinggal diatas dahan,
Manusia tinggal dlm rumah,
Kalau anda inginkan jawapan,
Seperti menolong siapkan
kerja rumah..
Sayangi keluarga
Anak didik ADIKA RAJA,
Tekun belajar tak pernah
malas,
Ibu mendidik ayah bekerja,
Bagaimana jasa mereka dibalas?
Sayangi keluarga
Pergi mmancing ke Kuala
Kubu,
Pergi bersama Pak Alias,
Hormat ayah sayangi ibu,
Sebagai tanda jasa dibalas.

Tinggi sungguh Banjaran
Himalaya,
Kalau mendaki berhati-hati,
Andainya ahli keluarga ada
yang berjaya,
Patutkah kita berasa dengki?
Pergi ke kedai berjalan kaki,
Pergi untuk membeli nasi,
Mengapa perlu dengki-
mendengki,
Kejayaan keluarga jadi
motivasi.
Cantik sungguh bulu merbah,
Burung Merpati ingin
berkawan,
Kalau saudari/a ada maruah,
Kenapa tidak menjaga
kelakuan?
Anak cina bermain dadu,
Bermain bersama di Tanjung
Pahat,
Kalau saudari/a ingin tahu,
Patuh nasihat pesanan
diingat..

Anak murid ADIKA RAJA,
Rajin belajar tak pernah
malas,
Ibu mdidik ayah bekerja,
Bgaimana jasa mereka dibalas?

Pergi sekolah bawa beg galas,
Berjumpa dengan burung
kakak tua,
Bgaimana jasa mereka
dibalas,
Menjaga mereka semasa tua..

Tinggi sungguh banjaran
Titiwangsa,
Kalau mdaki berhati-hati,
Andainya ada ahli keluarga yg
bjaya,
Patutkah berasa iri hati?
Sayangi keluarga

Masuk ke rumah basuh kaki,
Pergi melawat jiran di sana,
Tak baik berasa iri hati,
Kita patut bersyukur dan
gembira.





TEMA:CINTAI ALAM SEKITAR
SOALAN JAWAPAN
Pergi ktelaga mbawa timba
Dengarkan pantun daripada
hamba..
Bunga Melur di tepi kali,
Tuan mjual hamba mbeli..

Tanpa pelita gelapnya malam,
Berhati-hati menyeberang
jambatan,
Kalau kita sayangi alam,
Kenapa sampah dibuang
sembarangan?

Pergi ke kebun mencabut ubi,
Tidak lupa kutip cendawan,
Apakan terjadi kepada bumi,
Pokok ditebang tanpa kawalan?
Cintai alam sekitar
Pergi ke dusun menyeberang
titi,
Didusun ada pisang dan nenas,
Bila pokok ditebang sesuka
hati,
Bumi akan jadi lebih panas.
Indah sungguh cahaya mentari,
Memukau mata memandang,
Kalau saudari/a bijak bestari,
Kenapa pokok selalu ditebang?
Cintai alam sekitar
Cantik sungguh burung
jentayu,
Sayang sayapnya patah lima,
Kalau saudari/a hendak tahu,
Itu angkara manusia durjana!

Ikan Tengalan dimasak cuka,
Dimasak si emak sebagai
juadah,
Pembakaran terbuka
mencemari udara,
Mengapa masih buat tak
endah?
Cintai alam sekitar




Buah berangan dlm perahu,
Ada juga kelubi dan jerami,
Hamba Cuma ingin nak tahu,
Kenapa perlu sayangi bumi?






TEMA:SEKOLAHKU DUNIAKU

SOALAN JAWAPAN
Bunga Melur ditanam pak
baba,
Dengarkan pantun daripada
hamba..
Pondok buruk di tepi kali,
Tuan mjual hamba mbeli..

Pergi ke hutan memetik pegaga,
Tersandung batu berdarah kaki,
Sekolah adalah dunia kita,
Kenapa ponteng masih terjadi?
Sekolahku duniaku
Cantik sungguh ikan Yu,
Berenang sambil mencari
makan,
Kalau saudari/a hendak tahu
Kerana pelajar abaikan
pelajaran..
Bersimpuh ditangga memotong
kuku,
Sambil mendenar lagu pilihan,
Ilmu Teras Kemajuan slogan
sekolahku,
Apa slogan sekolahmu tuan?
Sekolahku duniaku
Pergi ke kedai menyeberang
titi,
Terjumpa pula katak puru,
Wahai saudari/a yg saya
hormati,
Sekolahku Syurgaku slogan
sekolahku.
Kertas periksa di bilik kebal,
Bilik dijaga dikawal rapi,
Mengapa buku sering tertinggal,
Sedangkan jadual sudah diberi?


Berjalan-jalan di Tanjung Aru,
Mencari ilham untuk puisi,
Tak siap latihan didenda guru,
Tersematkah dendam di dalam
hati?
Sekolahku duniaku




Tiada dendam di dlm hati,
Itu tanda kita guru prihatin..
Katak puru di celah papan,
Di pijak si Dolah mulutnya
ternganga,
Guru mengajar tak minta
balasan,
Apa cara menghargai mereka?
Sekolahku duniaku
Banyak sungguh bunga di
taman,
Tumbuh sama pokok pegaga,
Beri salam ukir senyuman,
Itulah cara mhargai mereka.


TEMA:AMALAN BUDI BAHASA

SOALAN JAWAPAN

Kerja dilombong peluh meleleh,
Penat sungguh tidak terungkap,
Pertolongan sering kita peroleh
Terima kasih kenapa sukar
diucap?
Amalan budi bahasa


Baik berbalas baik tidak,
Asal budi sama dikenang..
Kapal Majusi muatannya sarat,
Laksamana Cina jadi nakhoda,
Hinanya besi kerana karat,
Hina manusia kerana apa?

Bunga Melati bunga didarat,
Bunga Seroja di tepi kali,
Hina besi kerana karat,
Hina manusia tidak
berbudi..
Pasir Putih di pinggir kali,
Tempat orang menjual arang,
Budi bahasa nilainya tinggi,
Kenapa emas dipandang orang?

Bunga cina di atas batu,
Jatuh daunnya kedalam
ruang,
Adat dunia memang begitu,
Sebab emas budi terbuang..


Ular meniti di atas papan,
Terkehel tulang rosaklah
saraf,
Andainya tersedar akan
kesilapan,
Apakah patut meminta maaf?

Orang baik memacu kuda,
Kuda di pacu deras sekali,
Buat baik berpada-pada,
Buat jahat jangan sekali..
Zaman skrang zaman teknolgi,
Memudahkan kita mencapah
minda,
Kalau yg tua kita hormati,
Bgaimana pula dngn yg muda?
Air sungai keruh di hulu,
Banyak ikan tengas yg mati,
Kalau saudari/a ingin tahu,
Mereka yg muda kita
sayangi..
Patik tidak pandai menari,
Tarian tuan lebih hebat,
Rupa cantik dapat dicari,
Budi bahasa mana nak dapat?











TEMA:SEMANGAT KEJIRANAN

SOALAN JAWAPAN

Minyak sawit tinggi kualliti,
Sudah terkenal seantereo
dunia,
Banyak duit emas berpeti,
Mengapa x prihatin jiran yg
sengsara?

Anak monyet ditepi pantai,
Pandai melompat pandai
menari,
Baik buruk kain dipakai,
Asal hidup pandai berbudi..
Kain batik buat basahan,
Dipakai sambil berdiri,
Sekiranya jiran dalam
kesusahan,
Patut kita berdiam diri?
Pergi ke kedai mbeli ikan,
Pergi dengan mnaiki kereta,
Sekiranya jiran dlm
kesusahan,
Kita patut mnolong mereka.

Lukah dipasang oleh Tok
batin,
Utk menangkap siIkan loma,
Jika kita jiran prihatin,
Mengapa rahsia jiran dcanang
mrata?

Cendawan banyak tumbuh
merata,
Burung murai berkicau-
kicauan,
Rahsia jiran dicanang
merata,
Jangan jadikan itu amalan..

Pondok buruk di tepi kali,
Tempatnya teduh lagi
nyaman,
Bertemu jiran jarang sekali,
Mengapa sukar menguntum
senyuman?






TEMA:MAKANAN SEIMBANG (simpanan)

SOALAN JAWAPAN

Buah kiwi rasanya lazat,
Makan bersama buah pulasan,
Banyak lagi makanan berzat,
Kenapa aiskrim jadi pilihan?

Pergi ke pekan mbeli tauhu,
Beli juga mee kari dan laksa,
Kalau saudari/a ingin tahu,
Kerana aiskrim banyak
perisa.
Anak kijang mati dijerat,
Jerat dipasang anak mak
datin,
Jika nasi kaya dengan
karbohidrat,
Makanan apa kaya dengan
PROTEIN?
Pergi ke pasar menyeberang
titi,
Beli sayur juga daging,
Aduhai saudari/a yg saya
hormati
Antaranya ialah ikan dan
daging..
Filem diberi nama kudrat,
Arahan pengarah bernama
Yasmin,
Jika roti sumber karbohidrat,
Apa pula sumber vitamin?
Menyeru-nyeru si burung
jentayu,
Burung kenari berkicau-
kicauan,
Andai saudari ingin tahu,
Buah-buahan itulah jawapan.
Harum sungguh si bunga
jasmin,
Mekar segar dikebun pak
sirat,
Jika sayur sumber vitamin,
Apa pula sumber karbohidrat?
Burung geruda menyeru-
nyeru,
Burung pipit berkicau-kicauan
Jika saudari ingin tahu,
Bijirin itulah jawapan.