Anda di halaman 1dari 21

KARANGAN SPM 2013

Sebagai remaja huraikan persediaan-persediaan yang perlu anda lakukan untuk merealisasikan cabaran yang bakal anda
hadapi.

Pendahuluan :
Tokoh pendidik dan motivasi terulung negara, Aminudin Baki pernah menyatakan, Ayam di kepuk mati kelaparan,
itik di air mati kehausan. Kata-kata tersebut benar-benar menyuntik kesedaran agar kita insaf dan bangkit segera daripada
lamunan. Sebagai anak nusa yang mempunyai jati diri, kita dibebani amanah untuk menggalas tanggungjawab kepada negara.
Pemuda dan pemudi hendaklah segera bangkit dengan persediaan mental dan fizikal supaya dapat menjadi aset yang paling
bernilai kepada tanah air tercinta. Sesungguhnya, di atas batu jemala kitalah terletak tanggungjawab besar sejajar dengan
slogan, Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Sesungguhnya, sebagai anak muda, inilah tanggungjawab yang perlu
saya pikul demi mencapai matlamat murni negara itu.

Isi 1 :
AJ > Menyedari amanah besar yang sedang menanti, saya perlu memperlengkap diri sebagai orang muda yang beriman dan
bertakwa kepada Allah.
H1 > Hal yang demikian itu amatlah penting kerana sifat takwa akan
H2 > Saya hendaklah melaksanakan segala tuntutan
H3 > Saya yakin benar bahawa insan yang bertakwa ialah
H4 > Tanpa iman, diri akan hilang pedoman (Peribahasa : layang-layang terputus talinya)
PW > Justeru, sifat takwa juga bakal (Peribahasa Arab : Kasih akan watan,,)

Isi 2 :
AJ > Mendepani cabaran dunia tanpa sempadan, saya hendaklah bersedia memperlengkap diri dengan pakej fizikal, mental,
emosi dan sahsiah yang sempurna.
H1 > Semua pakej asas tersebut amatlah penting dalam hal
H2 > Tanpa ketahanan dan jati diri.., (darah baru setampuk pinang)
H3 > Demi menyahut seruan negara, saya akan berusaha mengikuti teladan
H4 > Negara pasti berbangga apabila dapat melahirkan tokoh-tokoh
PW > Biarlah hidup dan mati saya mempunyai nilai.. (Peribahasa : Gajah mati ..)

Isi 3 :
Ayat laluan > Memetik kata-kata mantan Presiden Indonesia (Sukarno), Aku mampu goncangkan dunia ...
AJ > Menyedari hakikat tersebut, sewaktu usia masih muda saya perlu memanfaatkannya
H3 > Hal ini amatlah logik kerana dalam era pascaperang kini, pertarungan di medan tempur sudah bertukar kepada persaingan
dalam medan keintelektualan dan kepintaran teknologi.
H4 > Syaratnya, saya mestilah
H5 > Oleh hal yang demikian, saya perlu menguasai bidang-bidang ilmu baharu (contoh)
H6 > Sebenarnya semua strategi ini penting untuk negara dapat bersaing dengan
PW > Sesungguhnya, inilah janji saya . (Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.)

Isi 4 :
AJ > Seseorang yang paling berjaya ialah insan yang mampu mengenali potensi diri
H1 > Potensi inilah yang perlu saya manfaatkan demi
H2 > Ketika negara berada diambang negara maju
H3 > Bidang-bidang tersebut seperti
H4 > Akibat kealpaan kita memenuhi tuntutan negara akhirnya empat juta warga asing
H5 > Insaf dengan situasi begini saya dan
PW > Saya perlu menyedari akan tempelak peribahasa,

Kesimpulan KCHP

ASRAMA PENUH

1. Rumah terbuka sudah menjadi kebiasaan kepada rakyat Malaysia apabila menyambut sesuatu perayaan. Pada musim
perayaan yang lalu, anda berkesempatan mengunjungi rumah terbuka jiran anda yang berlainan bangsa.
Ceritakan pengalaman dan faedah yang anda peroleh ketika menghadiri rumah terbuka tersebut.


2. Kebanyakan anak remaja hari ini tidak suka membantu ibu bapa di rumah.
Huraikan peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa untuk memperkasakan budaya tolong-menolong dalam kalangan ahli
keluarga.


Pendahuluan : Belakangan ini ungkapan-ungkapan negatif seperti rumah yang membosankan, jom lepak-lepak dan sudah
terlalu acap keluar daripada mulut anak-anak remaja. Ucapan-ucapan seumpama itu menunjukkan jiwa anak-anak muda
semakin terasing daripada keluarga dan rumahtangga. Hal demikian amatlah malang dalam usaha membentuk sebuah
persekitaran Rumahku Syurgaku. Fenomena ini jelas menunjukkan bahawa nilai murni tradisional semakin memupus. Oleh
itu, sebelum warisan turun-temurun ini pupus ditelan arus pemodenan, ibu bapa hendaklah memainkan peranan hakiki untuk
melatih anak-anak agar mesra keluarga dan mesra rumahtangga.

Isi 1 : Mengamalkan pendidikan bermula di rumah rumah sebagai paksi membentuk peribadi anak-anak - ibu bapa
hendaklah membudayakan amalan tradisional membiasakan anak-anak dengan latihan memasak, mengemas rumah ibu
bapa hendaklah menjadi role model dan kepimpinan melalui teladan memanfaatkan cuti sekolah untuk melatih anak-anak

Isi 2 : Kurangkan tabiat suka mencari hiburan di luar anak-anak berasa tiada keperluan untuk berada di rumah mereka tiada
latihan asas untuk berasa bertanggungjawab

Isi 3 : Mengambil kesempatan cuti hujung minggu dan cuti panjang ketika semua ahli keluarga bertemu ibu hendaklah
mengajak anak-anak masuk ke dapur anak-anak perlu belajar dan membantu si ibu di di rumah memberi peluang anak-anak
mencuba resipi, menanam pokok dan menghias rumah ibu bapa berilah panduan dan pujian

Isi 4 : Mendidik anak-anak supaya lebih berdisiplin dengan disiplin anak-anak mudah menerima tunjuk ajar - setiap anak
hendaklah diberikan tugas yang sepadan tidak wajar ada yang terlalu berat tugasan dan ada yang berehat panjang (menunggu
makanan terhidang ke lutut

Isi 5 : Memberi motivasi kepada anak-anak anak-anak perlu diberikan semangat dan dorongan dari awal - menyediakan
bahan bacaan yang berkaitan dengan rumah tangga (majalah Anjung Seri, Majalah Laman, Saji, Didik, Muslimah dan pelbagai
bentuk perisian CD/DVD) membuka minda anak-anak mengikuti teladan daripada ikon keluarga yang berjaya

Kesimpulan : Pepatah Melayu yang menyatakan, anak gadis walau setinggi mana sekalipun ilmunya akan ke dapur bukanlah
membawa konotasi yang negatif. Sebaliknya, maksud yang tersirat adalah untuk mengilhamkan setiap individu akan
kepentingan menghidupkan suasana kekeluargaan yang harmoni dan jannati. Seyogia, sebelum tradisi dan budaya murni ini
luput, wajarlah semua pihak terutama ibu bapa mendidik anak-anak semula ke landasan yang betul.

3. Anda ingin menyertai pertandingan menulis esei bersempena dengan Sambutan hari Polis di tempat anda. Tajuk yang
anda pilih ialah, Membanteras Jenayah Tanggungjawab Bersama.
Tulis esei anda selengkapnya.

NOTA : Soalan ini hampir sama dengan sampel karangan saya dalam buku Siri Target SASBADI. Dengan ihsan saya lampirkan
di sini.

Selaku Ketua Polis Kontinjen Negeri, anda telah dijemput untuk menyampaikan ceramah dalam suatu majlis perhimpunan
masyarakat. Tajuk ceramah yang disampaikan ialah, Komitmen Masyarakat Terhadap Usaha Pencegahan Jenayah.
Tulis teks ceramah anda itu selengkapnya.

Assalamualaikum dan salam muhibah,
Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Beramang, Yang
Dihormati Ketua-ketua masyarakat, dan seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian.
Dengan penuh rasa bangga saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kerana dijemput dan diberi peluang
untuk menyampaikan ceramah dalam majlis himpunan yang julung-julung kali diadakan di kawasan ini. Kebanggaan saya adalah
kerana wujud sikap prihatin yang begitu tinggi dalam kalangan masyarakat di sini untuk turut sama terlibat dalam usaha
mengembalikan keamanan dan kesejahteraan dalam masyarakat. Kewujudan masyarakat prihatin seperti ini memberi isyarat
bahawa agenda keselamatan dan ketenteraman dalam masyarakat dan negara terus diberi perhatian. Bersempena dengan
pertemuan pada hari ini, saya diberikan tanggungjawab untuk menyampaikan ceramah keselamatan yang bertajuk, Komitmen
Masyarakat Terhadap Usaha Pencegahan Jenayah. Terima kasih sekali lagi atas kesediaan semua pihak untuk turut berkongsi
pengalaman bersama-sama dengan saya.

Hadirin sekalian,
Komitmen Masyarakat Terhadap Usaha Pencegahan Jenayah ialah sebuah ungkapan yang menerangkan tuntutan
terhadap keprihatinan orang ramai dalam mendepani segala risiko jenayah dan apakah langkah-langkah yang boleh
disumbangkan oleh masyarakat untuk membasmi gejala tersebut? Hal ini amat wajar sekali diambil berat oleh setiap anggota
masyarakat memandangkan selama ini apabila diperihalkan sahaja persoalan jenayah, maka tanggungjawabnya diserahkan 100
peratus kepada polis. Oleh hal yang demikian, apabila masyarakat di kawasan ini mula prihatin dengan gejala ini, saya bagi
pihak yang bertanggungjawab dengan persoalan keselamatan amat berbesar hati untuk berkongsi pengalaman dengan tuan-
tuan dan puan-puan.
Jikalau kita berfikir secara rasional, isu jenayah bukanlah menjadi milik eksklusif pihak polis semata-mata. Usaha
tersebut menyentuh secara langsung kepada kepentingan rakyat. Secara logiknya, apabila berlaku sesuatu kes jenayah jarang
sekali pihak polis yang menjadi mangsa. Mangsanya ialah masyarakat umum. Oleh itu, apabila masyarakat tidak prihatin dengan
masalah jenayah memberi maksud masyarakat tidak mementingkan keselamatan mereka. Orang yang cerdik tidak membiarkan
perihal keselamatan dirinya dijaga oleh pihak lain dengan sepenuhnya. Walaupun pihak polis sedar bahawa tugas menjaga
keselamatan adalah menjadi tanggungjawab profesional mereka, namun tanpa komitmen tinggi orang ramai, masalah jenayah
tidak mungkin dapat dibanteras sampai bila-bila.
Seyogia dengan pertemuan pada hari ini, saya mengambil peluang untuk menggariskan beberapa langkah perlu yang
boleh disumbangkan oleh masyarakat. Jenayah sebenarnya boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu jenayah am dan
jenayah berat. Jenayah berat meliputi penggunaan senjata berbahaya dan mengancam nyawa mangsa. Sekiranya terbukti
bersalah, penjenayah boleh dihukum antaranya dalam Seksyen 302 yang boleh membawa hukuman mati mandatori atau
Seksyen 304 yang membawa denda penjara sehingga 20 tahun. Jenayah berat boleh dikategorikan sebagai merompak,
rompakan bersenjata, membunuh, merogol, dan pengedaran dadah. Sementara jenayah am termasuklah perbuatan salah laku
yang boleh menimbulkan kekacauan dalam masyarakat seperti mencuri, bergaduh dan lain-lain. Peningkatan kes jenayah dalam
masyarakat adalah berpunca daripada sikap yang terlalu menurut hawa nafsu. Selain itu, pengaruh dadah telah dikenal pasti
sebagai pendorong utama menularnya gejala jenayah dalam masyarakat. Pada hari ini suasana dalam masyarakat bertambah
kompleks dengan kehadiran lebih ramai warga asing. Situasi tersebut turut mempertingkatkan kuantiti perlakuan jenayah
terutama jenayah ragut.

Tuan-tuan dan puan-puan,
Walaupun pihak polis tidak putus-putus menjalankan penguatkuasaan dan pemantauan, namun kudrat polis juga
terhad dalam memastikan jenayah sifar. Oleh itu, tibalah masanya gemblengan tenaga dan sumbangan masyarakat untuk
memastikan keselamatan sosial terjamin. Langkah terpenting ialah semua kawasan kediaman hendaklah diwujudkan satu
pasukan Rakan Cops. Rakan Cops ialah organisasi sukarela masyarakat yang mengadakan hubungan langsung dengan pihak
polis. Mereka bertanggungjawab menyalurkan segala maklumat keselamatan di sesuatu kawasan kepada pihak polis.
Keberkesanan Rakan Cops diyakini berjaya terutama di bandar-bandar besar apabila gejala ragut semakin terkawal.
Selain itu, masyarakat hendaklah sensitif juga terhadap persekitaran tempat tinggal mereka. Mereka hendaklah
mengadu kepada polis sekiranya mengetahui di kawasan tersebut terdapat penagih dadah, kewujudan orang-orang yang tidak
dikenali, dan sekiranya berlaku perkara-perkara yang luar biasa. Fenomena tersebut seperti wujud kekerapan kelompok-
kelompok tertentu di sesuatu tempat sehingga lewat malam. Kehadiran warga asing di kawasan anda juga hendaklah sentiasa
dipantau dan jikalau berlaku kesangsian segera melaporkannya kepada polis. Polis juga menasihatkan setiap rumah atau
sekurang-kurangnya ketua-ketua unit menyimpan nombor telefon kecemasan polis. Saya amat yakin, sekiranya ditanya pada
waktu ini hanya beberapa orang sahaja yang menghafal nombor telefon pondok polis yang terdekat. Demikianlah gambaran
ketidakprihatinan masyarakat terhadap persoalan keselamatan.
Dalam memastkan usaha membantu polis mengawal keselamatan juga, pihak penduduk boleh menjalankan
rondaan secara berkala atau tidak berjadual pada waktu malam untuk mendapat gambaran penuh senario pada waktu malam
di kawasan tempat tinggal anda. Apabila berbuat demikian, anda akan memperoleh banyak info tentang pergerakan tanpa
jadual pihak-pihak tertentu apabila menjelang malam. Dengan berbuat begitu, tuan-tuan dapat menyampaikan maklumat yang
mudah kepada pihak keselamatan apabila berlaku sebarang peristiwa yang tidak diingini. Saya amat berharap akan ada insan
yang berhati mulia untuk mengambil insiatif menggerakkan pasukan sukarela menjaga kemaman di kawasan tempat tinggal
masing-masng. Hasrat ini diletakkan sepenuhnya di atas pundak dan batu jemala tuan-tuan untuk melaksanakannya.

Tuan-tuan dan puan-puan,
Bersatu teguh, bercerai roboh merupakan slogan yang sentiasa mendidik kita agar sentiasa bersatu, bersama, dan
berusaha untuk mengelakkan ketenteraman dan keamanan di tempat kita. Marilah bersama-sama polis kita mempastikan
slogan, Hidup Sejahtera Tanpa Jenayah.

Kalau ada jarum patah,
Jangan simpan dalam peti;
Kalau ada silap salah,
Jangan simpan dalam hati.

Sekian terima kasih.

4. Ketidaksetabilan politik di sesebuah negara menimbulkan kesan negatif kepada masyarakat dunia.
Bincangkan.

MRSM

1. Khidmat bimbingan dan kaunseling di sekolah dapat membantu pelajar menangani maslah peribadi, akademik dan
kerjaya.
Huraikan faedah-faedah yang anda peroleh melalui khidmat bimbingan dan kaunseling.

PERHATIAN : SOALAN INI HAMPIR SAMA DENGAN SOALAN 1 (Dimensi diri) SPM 2012

2. Selaku pegawai kesihatan daerah, anda diminta untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk Amalan Baik Penjagaan
Kesihatan sempena Hari Kesihatan Sedunia kepada masyarakat setempat.

Sediakan teks ceramah anda selengkapnya.


Sejak belakangan ini terdapat pelbagai penyakit baru yang berpunca daripada amalan dan gaya hidup yang tidak baik. Selaku
doktor pakar dalam bidang kesihatan masyarakat, anda dijemput untuk menyampaikan ceramah tentang kegiatan hidup
sihat.

Tulis teks ceramah anda itu selengkapnya.

Assalamualaikum dan salam muhibah,
Terima kasih kepada Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Pengerusi Badan Musyawarah Masyarakat Taman
Perdana Sejahtera, Yang dihormati ketua-ketua masyarakat, dan seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.

Hadirin sekalian,
Orang tua-tua sering mengungkapkan bahawa, kesihatan itu ialah harta yang paling bernilai daripada wang ringgit dan
harta benda. Sementara itu, dalam sepotong Hadith Nabi turut diungkapkan akan nilai kesihatan adalah amat bermakna,
seperti sabda baginda, Jagalah masa sihatmu sebelum tiba sakit. Apabila diteliti daripada dua ungkapan tersebut, justeru
tanggungjawab menjaga kesihatan amatlah diberi penekanan sama ada dalam bidang agama malah masyarakat. Walau
bagaimanapun, dalam dunia yang penuh pancaroba dan manusia sentiasa diancam kesibukan, pelbagai ragam kehidupan telah
mendatangkan pelbagai ancaman terhadap kesihatan. Oleh hal yang demikian, dengan peluang yang diberkan ini, saya ingin
berkongsi maklumat dengan hadirin sekalian tentang gaya hidup yang positif berdasarkan polisi ilmu kesihatan.

Tuan-tuan dan puan yang dihormati sekalian,
Banyak orang yang berfikir bahawa terminologi sihat itu hanya terletak kepada tubuh badan yang sihat tegap dan sasa.
Sebenarnya kesihatan adalah merangkumi kesejahteraan fizikal dan rohani iaitu yang meliputi tubuh badan, mental, emosi, dan
rohani. Untuk memperoleh kesihatan seumpama itu, justeru setiap individu hendaklah memberikan perhatian dalam semua
aspek kesihatan. Penjagaan fizikal yang sihat seperti memperoleh makanan yang berzat dan seimbang adalah amat penting. Hal
tersebut memang penting kerana minda dan emosi yang sihat adalah terjana daripada tubuh badan yang sihat.
Prasyarat terpenting untuk memperoleh kesihatan fizikal, kita hendaklah sentiasa peka terhadap alam sekitar. Dengan
kata lain, kawasan sekitar hendaklah sentiasa bersih, bebas daripada sebarang anasir penyakit. Bagi memastikan persekitaran
sentiasa dalam suasana bersih, amalan menjaga kebersihan seperti sistem pembuangan sampah yang teratur hendaklah
dititikberatkan. Alam sekitar perlu dijaga juga terutama dalam aspek pelesterian iaitu penjagaan alam semula jadi.
Dalam dunia yang kaya dengan sistem maklumat dan akses maklumat yang semakin canggih pula, kita haruslah
proaktif mencari info tentang kesihatan. Maklumat sama ada yang berkaitan dengan penularan penyakit-penyakit baru,
serangan wabak penyakit yang berpunca daripada bawaan seperti Selesema Burung, SARS, dan pelbagai penyakit berbahaya
harus diketahui. Selain mengetahui pelbagai jenis penyakit dan bahaya penularannya, kita wajar mendalami kaedah-kaedah
penjagaan penyakit. Hal ini tepat seperti pepatah Inggeris yang menyatakan mencegah itu adalah lebih baik daripada
mengubat. Dengan kemudahan teknologi tersebut kita mampu mengakses sumber maklumat primer untuk mengawal penyakit.
Sesungguhnya tanggungjawab membendung pelbagai gejala penyakit bukan sahaja terletak di bahu pihak berkuasa kerajaan
sahaja malah tanggungjawab tersebut harus dipikul oleh individu atau organisasi terutamanya NGO.
Aspek pemakanan turut menjadi penentu kadar serangan penyakit kepada individu. Pengambilan makanan yang tidak
seimbang terutama gula dan lemak sebenarnya telah mendedahkan diri kita kepada pelbagai bahaya. Memanglah jikalau
diturut hukum lidah setiap yang manis dan lemak itu sedap dan berselera, namun kesengsaraan yang bakal ditanggung oleh
badan harus difikirkan juga. Pada hari ini isu pengambilan makanan segera sedang meledak di tengah-tengah polemik
masyarakat. Pelbagai pihak memberikan pelbagai reaksi yang bebeza apabila Kementerian Kesihatan tampaknya cukup tegas
mahu membatalkan semua lesen pengiklanan makanan segera. Walaupun tindakan Kementerian Kesihatan itu dianggap terlalu
drastik dan boleh menimbulkan pelbagai implikasi negatif terhadap ekonomi negara, tetapi kita harus berfikir bahawa reaksi
tersebut memberi isyarat bahawa pelbagai gejala penyakit yang berpunca daripada bawaan makanan turut menjadi ancaman
besar kepada kesihatan sejagat.

Hadirin sekalian
Seperkara lagi yang wajar diberi perhatian serius oleh masyarakat adalah berkaitan dengan langkah membendung
pelbagai gejala penyakit. Kita harus membuang budaya salah apabila sakit baru hendak berjumpa doktor. Doktor bukan sahaja
berfungsi sebagai penyembuh penyakit, sebaliknya mereka amat profesional sebagai perunding dalam mengawal penyakit.
Namun keadaan sebalik yang berlaku apabila majoriti daripada masyarakat hari ini akan hanya berjumpa doktor apabila sudah
tiada harapan sembuh lagi. Ada segelintir pihak pula enggan berjumpa doktor kerana takut penyakit terpendam akan
terbongkar. Daripada terpaksa memendam rasa kerana mengetahui menghidapi pelbagai masalah kesihatan, mereka
berpendapat lebih baik tidak diketahui langsung. Akhirnya ramai yang menemui ajal sedangkan kemungkinan boleh
diselamatkan sekiranya diketahui lebih awal. Oleh itu, kita wajar mengubah tanggapan yang salah itu dengan cara berusaha
mengesan dan mengenal pasti punca penyakit yang mungkin boleh mengancam nyawa kita.
Selain itu, tabiat merupakan bawaan sepanjang hayat oleh seseorang itu. Sekiranya dia mengamalkan tabiat yang baik,
natijahnya baiklah seluruh amalan hidupnya. Sebaliknya jikalau habit yang buruk menjadi bawaan nescaya individu itu akan
menanggung sengsara seumur hayat. Hal demikian amat berkait rapat dengan usaha mengubah gaya hidup yang tidak sihat
seperti merokok, pemabuk, dan makan secara membujur lalu melintang patah. Ubahlah kepada tabiat yang sihat seperti
bersenam secara berjadual, mengawal emosi, dan bergaul dengan rakan-rakan yang berfikiran positif. Semua yang tersebut
boleh membantu menstabilkan kesihatan kita memperoleh umur yang panjang. Ingatlah kita kepada nasihat pepatah iaitu,
terlajak perahu boleh diundur, terlajak laku bahaya padahnya.

Sekian terima kasih.


3. Guru memainkan peranan penting dalam melahirkan generasi berilmu.
Ulaskan pernyataan tersebut.

Pendahuluan : Khalayak ilmuwan pernah berkata, Percikan liur basah seseorang guru mampu membentuk mutiara-mutiara
yang memancarkan cahaya yang terang-benderang demi menyuluhi anak-anak didik dengan ilmu pengetahuan yang kekal
abadi. Demikianlah titipan mutiara kata yang mengiktiraf sumbangan para pendidik yang bergelar guru atas komitmen mereka
melakar masa depan anak-anak didik. Dengan hal yang demikian, amatlah layak apabila dikatakan guru sebagai arkitek
masyarakat dan memainkan peranan penting dalam melahirkan generasi berilmu.

Isi 1 : Watak guru itu sendiri sebagai insan yang berilmu atas sifat guru (murabbi) para guru mudah untuk memindahkan ilmu
pengetahuan kepada anak-anak didik

Isi 2 : Guru telah diiktiraf oleh masyarakat sebagai ibu bapa kedua kepada anak-anak didik sebagai ibu bapa mudah
mereka berinteraksi dengan para pelajar anak-anak didik lebih mudah mendengar nasihat guru daripada pihak yang lain

Isi 3 : Karisme guru yang sentiasa menjadi rujukan anak-anak didik sifat penyabar, petah dalam berbahasa dan bijak
berpsikologi memberi peluang guru menyampaikan ilmu kepada anak-anak didik

Isi 4 : Guru sebagai kerjaya yang profesional para guru mempunyai pengetahuan yang mendalam dan pakar dalam bidang
yang diajarkan mempunyai pengetahuan yang mendalam dan mampu memindahkan pengetahuan kepada para pelajar

Kesimpulan : Tempelak peribahasa yang menyebut, guru kencing berdiri, murid kencing berlari menunjukkan peranan guru
amatlah penting dalam mendidik ummah. Sedikit sahaja kesilapan yang dilakukan boleh membawa kemusnahan kepada
masyarakat. Oleh itu, para guru perlu berbangga dengan amanah yang digalas dan mereka perlulah lebih iltizam untuk
melahirkan generasi yang berilmu.


4. Penyertaan pelajar dalam pelbagai program dan pertandingan di peringkat antarabangsa dapat mengharumkan nama
negara di mata dunia.

Jelaskan manfaat-manfaat yang diperoleh melalui penyertaan dalam program dan pertandingan itu.

Pendahuluan : Manusia pada dasarnya mempunyai impian dan matlamat yang sama iaitu untuk hidup bebas dan berjaya.
Sementara itu, setiap orang dituntut agar menghormati hak asasi orang lain. Hak-hak tersebut seperti hak untuk kebebasan,
hak memperoleh kasih sayang dan hak untuk mencari ilmu pengetahuan. Walau bagaimanapun, dalam beberapa kepentingan
tertentu masyarakat dunia sering bertelagah sehingga membawa kepada peperangan. Oleh itu, dalam abad milenium ini
pelbagai usaha telah dijalankan oleh masyarakat antarabangsa untuk merapatkan semula jurang perbezaan yang wujud.
Pelbagai program dan pertandingan sama ada sukan inovasi seperti reka cipta mula mendapat penyertaan kalangan masyarakat
antarabangsa. Sebenarnya, banyak sekali faedah yang bakal diperoleh oleh setiap negara peserta apabila terlibat secara aktif
dalam program-program seperti ini.

Isi 1 : Menjalinkan hubungan diplomatik antara negara jalinan kerjasama dan keamanan di bawah payung PBB memupuk
semangat perpaduan dan berdamai dalam kalangan manusia sejagat

Isi 2 : Suatu usaha positif memperluas jaringan antarabangsa dalam bidang ilmu pengetahuan sifat ilmu yang akan
berkembang apabila semakin luas jaringannya (rujuk kata-kata hikmat Saiyidina Ali KW) memahami hakikat bahawa setiap
bangsa memiliki keistimewaan tertentu dalam bidang ilmu (contoh : bangsa Cina tentang ilmu perubatan, Jepun dalam bidang
sains dan teknologi, bangsa Arab tentang falsafah dan seni bina dan ilmu agama)

Isi 3 : Mempercepat transformasi kemajuan negara transformasi amat berkait rapat dengan penguasaan ilmu pengetahuan
anak-anak Malaysia yang pulang dengan ilmu pengetahuan akan membantu mempercepat kemajuan negara mereka menjadi
penyebar pengetahuan dan menjadi agen penggerak negara maju menjelang 2020.

Isi 4 : Mendedahkan remaja dengan perubahan budaya dan sosial masyarakat asing boleh mengubah cara berfikir dan
bertindak secara lebih matang bijak bergaul dan mempunyai jaringan komunikasi diseluruh dunia

Isi 5 : Mengadakan program pertukaran tenaga pakar dan tenaga akademik membolehkan peluasan ilmu pengetahuan
berkembang secara global kemajuan dunia berkembang secara positif untuk manfaat semua warga dunia tiada lagi
penindasan dan peperangan
JOHOR

1. Semasa cuti persekolahan remaja digalakkan membantu keluarga masing-masing.
Jelaskan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk membantu keluarga semasa cuti persekolahan.

NOTA : Sila rujuk rangka isi soalan 2 SBP

2. Warga tua merupakan golongan yang perlu dihormati oleh generasi muda masa ini.
Huraikan peranan ibu bapa untuk memupuk sikap menghormati warga tua dalam kalangan anak-anak.

Pendahuluan : Warga Tua Teras Masyarakat. Itulah suatu slogan yang memberikan pengiktirafan atas keberadaan warga
emas di tengah-tengan masyarakat. Walaupun sebahagian mereka boleh dianggap sebagai Quran buruk, namun kewujudan
mereka banyak memberikan impak positif untuk melahirkan masyarakat yang penyayang, prihatin dan tahu membalas budi.
Malahan berdasarkan sepotong pepatah Cina yang bermaksud, Apabila di dalam rumah kamu tersimpan seorang tua, tahulah
bahawa di dalam rumah itu sudah menyimpan suatu barang yang berharga. Oleh hal yang demikian, keberadaan warga tua
perlu dianggap sebagai suatu rahmat dan hendaklah diberikan penghormatan pada kedudukan tertinggi. Dalam hal ini, ibu
bapalah yang bertanggungjawab untuk mendidik generasi muda agar tahu menghormati warga tua.

Isi 1 : Ibu bapa perlu banyak bercerita tentang kehebatan dan sumbangan datuk dan nenek kepada anak-anak anak akan
faham bahawa keidupan berkeluarga yang mereka sedang alami adalah hasil daripada pengorbanan warga tua

Isi 2 : Kerap membawa anak-anak berziarah orang tua di kampung penting kepada masyarakat bandar yang semakin
terpisah jauh daripada warga tua anak-anak dapat kenal dan bermanja dengan induk mereka

Isi 3 : Mendidik anak-anak bersikap merendah diri kepada orang-orang tua memberi ucapan hormat dan sedia mendengar
cakap golongan tua elakkan bercerita tentang sejarah silam orang tua terutama tentang perkara negatif

Isi 4 : Lebih kerap membawa anak-anak ke majlis-majlis kenduri-kendara dan menziarah kematian anak-anak akan lebih
dekat dengan khalayak tua boleh berinteraksi dan kenal cita rasa warga tua

Isi 5 : Membawa ibu bapa bertandang atau tinggal bersama anak berasa lebih mesra dengan datuk dan nenek mereka
cepat tumbuh perasaan kasih sayang.


Kesimpulan : Warga tua ialah insan yang amat banyak meninggalkan jasa kepada generasi masa kini. Segala jerih payah mereka
perlu dihargai dan diberi balasan yang setimpal dengan sumbangan mereka. Biarlah pengorbanan tersebut terus lestari dengan
sikap tahu membalas budi daripada anak-anak dan cucu. Inilah hakikat hidup dalam rangkaian generasi dan salasilah keturunan
yang tidak putus selama-lamanya.


ISNIN, 28 OKTOBER 2013
Kehidupan Bermasyarakat @ Semangat Kejiranan
1. Langkah-langkah menyuburkan semangat kejiranan.
2. Langkah-langkah menyuburkan semangat kehidupan bermasyarakat.
Kedua-dua tajuk membawa maksud yang sama. Saya sertakan contoh karangan untuk tatapan anda.
Marcapada ini, rata-rata kehidupan masyarakat khususnya di kota-kota metropolitan lebih bersifat nafsi ataupun
individualistik. Semangat kejiranan dan altruism dalam kalangan warga Malaysia mulai sirna. Paradigma ini sering menjadi
polemik utama dan meniti dari bibir ke bibir rakyat. Siapakah yang harus dipersalahkan? Nescaya, sebelum nasi sudah
menjadi bubur, langkah-langkah pragmatik perlu diambil bagi menyuburkan semangat kejiranan dalam institusi masyarakat
Malaysia kembali.
Pertama, pihak kerajaan boleh menjalankan kempen-kempen bersesuaian di peringkat kebangsaan. Modus operandi
utama kempen ini dijalankan adalah untuk menanam sifat perpaduan dan bersatu padu dalam kalangan rakyat.
Tamsilannya, proklamasi Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak iaitu 1Malaysia sangat menekankan
semangat perpaduan antara semua kaum di Malaysia. Sinergi dan usahasama sebeginilah yang wajar diambil contoh dan
diaplikasikan dalam institusi masyarakat bagi mencetuskan semangat kejiranan yang utuh. Bak kata pepatah, ibarat telur
sesangkar, pecah sebiji pecah semua. Justeru, kempen-kempen anjuran kerajaan ini amat penting untuk menyemai
semangat kejiranan. Selain itu, pihak kerajaan juga boleh melaksanakan program-program yang melibatkan semua kaum di
setiap peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan. Hal ini demikian kerana punca utama kelunturan semangat kejiranan
dalam kalangan masyarakat bertitik tolak daripada kurangnya semangat perpaduan.
Maka, dengan adanya pengimplimentasian program seperti Rumah Terbuka Kebangsaan bagi setiap sambutan
perayaan, rakyat dapat diterapkan dengan nilai hormat-menghormati dan sayang-menyayangi antara satu sama lain, ibarat
kata perbidalan, serumpun seperti serai, seikat seperti sirih. Hal ini dikuatkan lagi dengan kajian dari Universiti Sains
Malaysia yang menunjukkan keberhasilan penganjuran program Rumah Terbuka Kebangsaan dalam mewujudkan institusi
kejiranan yang kukuh di sembilan buah kawasan perumahan di sekitar Pulau Pinang. Jelaslah, usaha kerajaan ini amat sesuai
bagi memupuk semangat kejiranan dalam kalangan warga Malaysia.
Di samping itu, pihak media turut memainkan peranan penting dalam menyemarakkan semangat kejiranan. Sarwajagat
mengetahui, media merangkumi media cetak dan media elektronik. Sehubungan itu, pelbagai kaedah boleh diusahakan bagi
menyuburkan semangat kejiranan. Media cetak misalnya boleh memaparkan artikel-artikel tentang kepentingan semangat
kejiranan manakala media elektronik pula boleh menyiarkan dokumentari dan rancangan yang menarik dan menekankan
peri pentingnya semangat kejiranan. Usaha Majalah 3 yang menyiarkan Colours of Malaysian, sebuah dokumentari
mengenai semangat kejiranan dan perpaduan di Malaysia wajar disokong. Justeru, semangat hati gajah sama dilapah, hati
kuman sama dicecah ini wajar kita tonjolkan melalui media massa.
Seterusnya, persatuan-persatuan penduduk juga perlu peka akan masalah ini. Bagi memupuk semangat kejiranan
semula, persatuan ini seperti Rukun Tetangga perlu berbincang dan bersepakat melaksanakan program bersesuaian demi
kemaslahatan penduduk. Sebagai contoh, kegiatan rewang dan Hari Keluarga dapat dianjurkan bagi merapatkan hubungan
silaturahim antara penduduk. Sepakat membawa berkat, begitulah kata-kata ahli falsafah silam. Malahan, menurut
laporan majalah The Times di Australia, kegiatan gotong-royong yang diamalkan di Malaysia merupakan antara yang terbaik
di dunia. Pengiktirafan sebegini menunjukkan bahawa perpaduan yang dijana melalui aktiviti kemasyarakatan
sememangnya merupakan jalan yang terbaik bagi memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.
Akhir sekali, masyarakat sendiri perlu mempunyai kesedaran untuk berubah. Dalam mencipta satu resipi makanan
misalnya, kita memerlukan bahan yang benar-benar berkualiti bagi hasil yang memberangsangkan. Begitu juga dengan
semangat kejiranan yang ingin dibentuk. Kita memerlukan unit masyarakat yang syumul dan mahukan perubahan. Nescaya,
kerjasama dan sinergi yang ampuh antara ahli masyarakat amat diperlukan bagi memanifestasikan sebuah komuniti yang
bersatu. Janganlah menjadi seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Malah, hasil kajian Jabatan
Perpaduan Malaysia menunjukkan sikap mementingkan diri merupakan faktor utama kelunturan semangat kejiranan.
Lantaran itulah, sesebuah organisasi masyarakat itu perlu bersedia melakukan anjakan paradigma demi kebaikan bersama.

Secara tuntasnya, segala usaha untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat tidak boleh dicapai
dalam masa yang singkat. Namun, ingatlah, tiada gunung yang tidak dapat didaki, tiada lurah yang tidak dapat dituruni.
Justeru, demi melahirkan masyarakat yang bersatu padu, semua pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing ke
arah itu. Kenanglah kembali perjuangan tokoh-tokoh patriot negara. Jika mereka boleh lakukan, kenapa kita tidak? Tepuk
dada, tanyalah selera.

Faktor-faktor remaja merokok.
Remaja merupakan golongan yang berusia antara 13 hingga 21 tahun. Dalam usia yang muda dan mencabar ini,
mereka mengalami perubahan dari segi fizikal dan mental. Perubahan demi perubahan ini menyebabkan ada dalam
kalangan remaja yang terpengaruh untuk berjinak-jinakdengan tabiat merokok. Oleh hal yang demikian, kadar perokok
remaja semakin merebak bak cendawan tumbuh selepas hujan. Realitinya, remaja pada masa ini semakin berani merokok di
mana-mana sahaja tanpa segan silu. Saya berpendapat bahawa banyak faktor yang menyebabkan gejala merokok terus
merebak dalam kalangan remaja.

Mengikut kajian yang dijalankan, kelemahan penguatkuasaan undang-undang merupakan faktor utama yang menjadi
pemangkin gejala merokok dalam kalangan remaja. Hal ini berlaku kerana pihak berwajib dikatakan tidak serius
melaksanakan undang-undang yang digubal. Oleh sebabpihak berkuasa bersikap melepaskan batuk di tangga, remaja
menjadi tidak takut waimatidak gentar untuk melakukan kesalahan seperti merokok di tempat-tempat awam. Lama-
kelamaan, fenomena merokok dalam kalangan remaja bagai bisul menjadi nanah yang sukar diubati lagi.

Selain kelemahan penguatkuasaan, pengaruh media massa yang bebas menyiarkan iklan juga merupakan
penyumbang kepada masalah merokok dalam kalangan remaja. Remaja yang umur baru setahun jagung, darah baru
setampuk pinang sudah pasti mudah terpengaruh dengan ledakan iklan daripada media massa. Kajian juga mendapati
remaja dan golongan muda-mudi merupakan penonton tertinggi siaran media. Oleh sebab itu, iklan rokok dan poster
konsert yang ditaja oleh pihak pekilang rokok mudah meresap dalam jiwa remaja yang mendahagakan keseronokan. Remaja
memang mudah mempelajari apa-apa sahaja tontonan mereka. Oleh hal yang demikian, kebanyakan remaja memberanikan
diri membeli dan memegang rokok kerana pengaruh media massa.

Di samping itu, kawan merupakan insan yang paling istimewa dan memainkan peranan yang penting dalam pergaulan
remaja. Walau bagaimanapun, ada antara remaja yang cuba merokok selepas dicabar atau diajak oleh kawan-kawan. Hal ini
tidak mustahil kerana hubungan antara kawan yang rapat bagai isi dengan kuku sedikit sebanyak merangsang kepercayaan
remaja terhadap kata-kata kawan mereka. Oleh sebab menjadi pak turut kawan, majoriti mereka sama-sama ponteng
sekolah, sama-sama membeli rokok lalu merasai asap rokok tanpa menyedari kebahayaan rokok. Selepas terjebak dan
ketagihan rokok, remaja tidak dapat mengelakkan diri daripada tabiat buruk ini lagi.

Ibu bapa yang kurang memberi kasih sayang dan tidak prihatin akan perubahan sikap anak-anak juga merupakan
faktor remaja merokok. Hal ini demikian kerana ibu bapa pada zaman berteknologi ini terlalu sibuk mengejar kebendaan dan
kemewahan sehingga mengabaikan tanggungjawab keibubapaan mereka. Sikap ibu bapa ini bagai enau di dalam belukar,
melepaskan pucuk masing-masing. Mereka sanggup mengabaikan kasih sayang dengan memberi wang kepada anak-anak
mereka sebagai gantian kasih sayang. Anak-anak yang belum berfikiran matang pula menyalahgunakan wang tersebut tanpa
kawalan ibu bapa. Hal ini menyebabkan remaja dapat membeli rokok dengan mudah kerana harganya masih murah.

Secara tuntas, saya berpendapat bahawa gejala merokok sebenarnya dapat diatasi sehingga akar umbi. Namun
begitu, semua pihak haruslah bersikap bagai aur dengan tebing untuk bekerjasama membanteras gejala merokok dalam
kalangan anak-anak. Remaja haruslah bangun daripada kesalahan yang dibuat oleh mereka kerana sesal dahulu pendapatan,
sesal kemudian tidak berguna. Oleh hal yang demikian, penjagaan kesihatan diri ialah tanggungjawab sendiri. Jika kita
berkesedaran dan berfikiran matang, nescaya dapat meningkatkan tahap kesihatan diri dengan menjauhi tabiat merokok.
Saya berharap pihak berkenaan, terutamanya kerajaan dapat mempergiat kempen antimerokok agar remaja dapat menjauhi
gejala merokok yang mampu membawa maut dalam jangka masa panjang.

1 MURID 1 SUKAN
Dasar 1 Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini
menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai
aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di
kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan
Untuk Kecemerlangan. Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah
dan kesejahteraan ke semua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah
terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu
ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu
landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat YAB
Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia. Terdapat pelbagai kebaikan Dasar 1 Murid 1 Sukan. Perkara ini akan
dibincangkan demi kepentingan bersama.

Pada pendapat saya, Dasar 1 Murid 1 Sukan berupaya membangunkan modal insan melalui penyertaan yang
menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun. Hala tuju dasar pendidikan negara kita amat jelas iaitu
melahirkan modal insan yang bersahsiah unggul dan berkeperibadian mulia. Oleh itu, Dasar 1 Murid 1 Sukan secara tidak
langsung dapat membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni dalam kalangan murid-murid di sekolah. Dasar ini
bertujuan untuk membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu
jenis sukan di sekolah. Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah
wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga
Tahun 6 di sekolah rendah dan Peralihan , Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau bagaimanapun murid-
murid Pra Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah. Hal ini demikian kerana
kerajaan mahu membina dan menjana modal insan yang berguna kepada bangsa dan negara melalui sukan.

Selain itu, Dasar 1 Murid 1 Sukan dapat memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli
masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas. Aktiviti sukan berupaya meningkatkan kecergasan jasmani
seseorang dan memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal. Hal ini demikian kerana kerajaan sedar semakin ramai
rakyat Malaysia yang mengabaikan sukan dalam kehidupan lantaran terlalu sibuk dengan urusan seharian. Akibatnya, bilangan
rakyat Malaysia yang mengidap masalah kegemukan dan obesiti semakin meningkat saban tahun. Senario ini amat merugikan
kerana golongan ini biasanya tidak aktif dan mengidap pelbagai penyakit yang berbahaya kepada diri mereka. Pada tahun 2011,
dilaporkan rakyat Malaysia merupakan golongan terbanyak mengidap obesiti dalam kalangan rakyat di negara-negara ASEAN
dan yang keenam di Asia. Oleh sebab itu, tindakan kerajaan memperkenalkan Dasar 1 Murid 1 Sukan memang tepat pada
masanya dalam usaha membentuk masyarakat Malaysia yang cergas dan cerdas sepanjang masa.

Selanjutnya, Dasar 1 Murid 1 Sukan berupaya memupuk perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat majmuk
di Malaysia. Perpaduan merupakan kunci kejayaan Malaysia hingga dikenali di peringkat antarabangsa. Malaysia sentiasa
dijadikan contoh kepada negara-negara lain di dunia ini kerana kejayaannya membentuk perpaduan dalam kalangan
masyarakat majmuk selama 54 tahun kebelakangan ini. Kerajaan sedar bahawa rakyat tidak harus alpa dengan kepentingan
perpaduan untuk membina sebuah negara Malaysia yang berjaya dan harmoni. Indikator terbaik ke arah itu ialah melalui sukan.
Semangat kerjasama dan bertolenransi amatlah penting dalam menjayakan sesuatu aktiviti sukan. Semua ahli suka mesti
bersatu padu untuk menjadi juara tanpa mengira warna kulit, bangsa, dan agama. Rakyat pelbagai kaum akan dipertemukan
dan bergaul sesama mereka semasa menjalani aktiviti sukan. Dengan ini mereka akan memahami budaya dan cara hidup kaum
lain. Sudah terang lagi bersuluh, Dasar 1 Murid 1 Sukan amatlah penting untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat
Malaysia.

Seterusnya, Dasar 1 Murid 1 Sukan dapat memberikan keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan
fizikal. Dasar ini boleh memberikan akses kepada semua murid mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan
khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif. Murid-murid pada zaman ini lebih cenderung menjadi ulat buku kerana
terlalu mementingkan kecemerlangan dalam bidang akademik. Mereka beranggapan aktiviti sukan hanyalah membuang masa
mereka sahaja. Masa yang ada diisi dengan mengikuti kelas-kelas tuisyen di luar sekolah demi memastikan diri mereka mampu
bersaing dengan rakan-rakan dalam bidang akademik. Bagi golongan ini, aktiviti sukan hanyalah untuk pelajar-pelajar yang tidak
cemerlang dalam bidang akademik seperti mereka. Oleh itu, mereke lebih suka melayari internet dan berinteraksi dengan
kawan-kawan melalui laman web sosial apabila ada masa lapang daripada turun ke padang dan gelanggang untuk bersukan.

Akhir sekali, Dasar 1 Murid 1 Sukan berupaya mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan. Dasar ini
memberikan peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi. Murid boleh
menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan
pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah. Pada masa ini, sukan merupakan salah satu aktiviti penting. Ahli-ahli sukan yang
berjaya akan dikenali di seluruh dunia. Mereka disanjung dan dipuja serta mampu meraih pendapatan berjuta-juta ringgit.
Mereka bukan sahaja mampu menyumbang kepada pendapatan negara malahan menjadi duta kecil untuk menaikkan imej
negara di persada antarabangsa. Kejayaan beberapa ahli sukan negara kita seperti Datuk Nicol Ann David, Datuk Lee Chiong
Wee, dan sebagainya dalam bidang sukan seharusnya diteruskan.

Konklusinya, Dasar 1 Murid 1 Sukan membawa banyak kemaslahatan kepada murid-murid di negara kita. Oleh itu,
semua pihak harus memberikan galakan kepada murid-murid sekolah untuk menyertai semua aktiviti sukan yang dikelolakan
oleh pihak sekolah berkaitan dengan Dasar 1 Murid 1 Sukan. Dalam pada itu, pihak sekolah pulaharuslah melaksanakan Dasar 1
Murid 1 Sukan dengan sempurna agar segala matlamat dan objektif yang ditetapkan akan tercapai. Pihak sekolah tidak harus
bersikap samba lewa, bak kata pepatah, sekadar melepaskan batuk di tangga. Mudah-mudahan, hasrat kita untuk melahirkan
modal insan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang dalam sukan akan menjadi realiti. MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA



LATIHAN CERPEN TINGKATAN 4
KOMSAS (CERPEN)

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
Itulah detik-detik yang tidak dapat aku lupakan. Aku menyesal dan memohon ampun banyak-banyak daripada ibu. Aku
sendiri tidak sedar sewaktu aku menjerit itu.
Barangkali niatku bukan kutujukan kepada ibu, tetapi kepada orang lain. Dan siapa orang lain itu tidak pula dapat aku
pastikan. Kalau tidak kepada ibu, kepada siapa lagi kalau bukan kepada diri sendiri.
Hal itu menusuk masuk ke dalam diriku hinggalah ibu meninggal. Ibu meninggal dengan aman damai. Tidak sedikit pun
menempuh kerumitan. Malam itu kami sudah pun berkumpul kerana ibu mulai memandang langit. Isteriku membacaYasin.
Aku duduk di sisi ibu sambil berbisik ke telinganya tidak putus-putus agar ibu jangan lupakan Allah.
Ceper masih keruh airnya, tetapi masih sedikit-sedikit boleh mengalir meskipun langkahnya lambat kalau dibandingkan
dengan waktu ibu rancak melompat ke sana dan berlari ke sini dulu. Waktu itu Ceper bukan main lagi cergasnya bagaikan
hendak bertanding dengan kecergasan ibu sendiri.

Tetapi semenjak ibu lumpuh dan kemudian ibu mati, Ceper langsung tidak berbusa dan berombak lagi. Tebing-tebingnya
pun tidak ditendang lagi. Lubuk-lubuknya pun tidak dikorek lagi, kerana Ceper mulai kenyang sangat-sangat dengan serbaneka
serdak yang bersisa.

(Dipetik daripada Ibu dan Ceper oleh Shanon Ahmad dalam antologi Harga Remaja, DBP)

i) Berikan dua bukti yang menunjukkan aku menyedari kesilapannya terhadap ibu.
- aku menyesal
- aku memohon ampun daripada ibu (2 markah)

II) Sekiranya anda ialah aku, nyatakan tiga cara yang boleh anda lakukan untuk memulihara Sungai Ceper.
- gotong royong membersihkan sungai
- melapor kepada pihak berkuasa jika melihat orang membuang sampah ke
dalam sungai
- tidak membuang sampah ke dalam sungai
- tidak menyalurkan najis ke dalam sungai
(3 markah)
iii) Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satupengajaran lain yang terdapat dalam keseluruhan
cerpen tersebut.

Pengajaran daripada petikan
- kita mesti menyayangi ibu bapa aku dan isterinya menjaga ibu yang
lumpuh
- kita mesti menghargai sungai tidak membuang sampah ke dalam sungai
(2 markah)

Pengajaran daripada keseluruhan cerpen
- kita mesti berani menghadapi cabaran hidup ibu berani menentang banjir
untuk menyelamatkan padi
- kita mesti gigih bekerja ibu gigih mengerjakan sawah
- kita mesti bertanggungjawab menyara keluarga aku dan isteri bekerja di
sawah untuk menyara keluarga
- kita mesti sabar dalam menghadapi masalah keluarga ibu bersabar dalam menghadapi karenah ayah yang leka
dengan burung ketitir.
(2 markah)

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
Sebelum itu ibu tidak pernah berleter apa-apa, malah ibu bagaikan takut pada bapa yang telah menjadi kaki burung ketitir
itu hingga semua hal rumah dan keluarga diserahkan bulat- bulat kepada ibu. Tetapi siang itu, sebelum bapa melangkah pergi
bersama-sama denak rajanya, ibu menjerit. Nyaring betul suara ibu.
Orang tak sedar diri. Tak tahu tanggungjawab. Air bah habis bunuh padi kita, awak masih cengkuih ketitir. Suami apa
macam ini!
Mungkin suara ibu macam suara air Ceper yang memukul dan membedal tebing hingga tanah-tanah, hingga terbongkah
perdu-perdu buluh yang mengapuk tebing.
Aku masih ingat lagi. Bapa dengan mudah sangkut kembali sarang denaknya ke paku di conggoh dan terus randuk banjir
masuk ke dalam petak baruh untuk menolong ibu yang bergelumang dengan air keruh dan sampah sarap. Tetapi bapa tidak
boleh buat apa-apa juga.
Himbauan air ceper kuat sangat sehingga bapa sendiri beberapa kali terkial-kial jatuh.

(Dipetik daripada Ibu dan Ceper oleh Shanon Ahmad dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan
Pustaka)

i) Berikan dua perwatakan bapa menurut pandangan ibu. (2 markah)
- tidak sedar diri
- tidak bertanggungjawab

ii) Pada pendapat anda, nyatakan tiga langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah
banjir. (3 markah)
- mengadakan kempen cintai sungai
- mendalamkan sungai supaya air sungai tidak melimpah
- mendenda orang ramai yang membuang sampah ke dalam sungai
membina penebat banjir
- membersihkan sungai daripada sampah sarap
- mengesyorkan pendidikan alam sekitar di sekolah

iii) Nyatakan satu persoalan yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satupersoalan lain yang terdapat dalam keseluruhan
cerpen tersebut.
(4 markah)

Persoalan daripada petikan
- sikap tidak bertanggungjawab dalam keluarga - bapa tidak menjalankan tanggungjawab sebagai ketua
keluarga kerana asyik berdenak ketitir
- kesan bencana alam - masalah banjir memusnahkan tanaman padi hingga menyusahkan penduduk kampung
(2 markah)
Persoalan daripada keseluruhan cerpen
- masalah pencemaran alam sekitar - sampah sarap dibuang ke dalam
sungai
- kurangnya kesedaran masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar
Sungai Ceper tercemar teruk apabila manusia membuang segala macam
sampah ke dalam sungai.
- kasih sayang yang terjalin antara manusia dan alam - kasih sayang aku
kepada ibu dan sungai yang menjadi sumber air dan rezeki di
kampungnya.
- masalah kemiskinan penduduk kampung - penduduk kampung bergantung sepenuhnya kepada air sungai untuk
kegunaan harian.
- semangat kejiranan-bergotong royong ketika majlis kenduri
- peranan anak terhadap ibu bapa- anak menjaga ibu bapa yang sakit
(2 markah)

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
Pak Itam masih berdiri di pintu pagar menunggu tamu. Walaupun hari sudah tinggi, tamu yang jauh masih tidak nampak
muka. Tempat letak kereta hanya ada dua tiga buah. Kereta yang lalu-lalang, bas dan teksi meluncur laju, tidak nampak oleh
Pak Itam tanda-tanda akan berhenti. Di manakah jemputan yang lain? Di manakah budak-budak surat khabar? Televisyen pun
tidak ada. Yang datang hanya anak-anak Langat, itu kerana adanya kumpulan Kopratasa.
Pak Itam tiba-tiba menjadi sayu. Terlalu cepat orang melupakan jasa dan pengorbanan orang tua. Pak Itam bukan minta
disanjung, Pak Itam bukan minta dihormati tetapi sekadar ingin bersua muka. Pak Itam menarik sapu tangan dalam poket baju
Melayunya, terketar-ketar menyapu peluh yang mulai merintik di seluruh mukanya.
Tuk Mat yang ikut mengerumuni pentas, terpesona dengan persembahan Teater Malini, cepat terasa. Dia terus
mendapatkan Pak Itam yang masih tercegat di pintu pagar menunggu tamu, tetapi tamu yang diharapkan tidak datang.
Saya dah jemput semuanya, pak, orang surat khabar dan pihak TV saya hantar sendiri. Tuk Mat bersuara, ingin
membela dirinya apabila melihat keredupan di wajah Pak Itam.
(Dipetik daripada cerpen Memori Seorang Tua oleh Zahari Affandi , dalam Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka
2009)

i) Mengapakah Pak Itam berasa sayu?
- orang melupakan jasa dan pengorbanannya kepada negara
[2 markah]
ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk meningkatkan kesedaran pelajar agar tidak melupakan jasa pejuang tanah
air?

- mengadakan pertandingan menulis esei / folio / buku skrap tentang tokoh
pejuang Negara
- mengadakan sambutan hari pahlawan di peringkat sekolah
- menamakan bilik-bilik khas / lorong / kelas dengan nama tokoh pejuang
[3 markah]

iii) Huraikan satu persoalan berdasarkan petikan di atas dan satu persoalan berdasarkan keseluruhan cerpen.

Persoalan daripada petikan
- masyarakat yang tidak menghargai pejuang negara Pak Itam berasa sedih
kerana jasa dan pengorbanannya tidak dihargai.
(2 markah)

Persoalan daripada cerpen
- kesediaan menghadapi cabaran - Pak Itam terpaksa menempuh halangan
dalam perjuangannya, iaitu terpaksa keluar masuk penjara kerana
perjuangannya Pertentangan dengan dasar pemerintahan pada masa itu.
- tanggungjawab terhadap nasib yang akan dialami oleh anak bangsa - Atas
dasar tanggungjawab, Pak Itam berjuang untuk bangsa Melayu kerana dia
ingin melihat bangsanya mendapat pendidikan yang tinggi serta tidak
menjadi hamba di negara sendiri.
- jati diri yang teguh - Pak Itam mempunyai jati diri dan pendirian yang teguh
dari usia muda sehingga usianya mencecah 85 tahun. [2 markah]

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
Pak Itam mengiring langkah Tuk Mat yang bertubuh sasa itu dengan perasaan yang penuh kesyukuran. Budi Tuk Mat
bukan sedikit, kalaulah Tuk Mat tidak ada, hajat dan niatnya sudah tentu tidak akan tercapai.
Kalau harapkan dia untuk menguruskan segala-segalanya, manakan terdaya. Usahkan untuk ke sana ke mari, mahu
mengheret punggung sendiri pun rasanya sudah tidak terdaya. Tuk Mat dan keluarganya dirasakan sudah jadi bukan orang lain
lagi. Rogayahlah yang menjaganya. Halimah anak gadisnya, bersama-sama Rokiah, selang berganti, menghantar nasi dan
mengambil kain baju untuk dicuci. Yang memeningkan kepala Pak Itam, apabila dibagi duit, baik Tuk Mat, isterinya, Halimah
dan Rokiah semuanya menolak. Moga-moga Tuhan sahaja yang akan membalas budi Tuk Mat sekeluarga.
Selepas sembahyang asar, ketika Pak Itam menghulur kepala ke luar tingkap, semua khemah sudah terdiri, kain belon
yang berwarna-warni, biru, merah, kuning dan hijau, semuanya ada lapan buah, beralun dan berombak ditiup angin petang.
Isa, Latif, dan Jali tersengih di bawah khemah dekat busut jantan yang dikelilingi oleh rumpun pohon pisang lemak manis.
Mereka berhenti rehat setelah habis menampal dan menyusun atur segala potongan akhbar, majalah, buku-buku, dan gambar-
gambar Pak Itam untuk pameran.

(Dipetik daripada cerpen Memori Seorang Tua oleh Zahari Affandi , Dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan
Pustaka 2009)

i) Apakah pertolongan yang diberikan oleh keluarga Tuk Mat kepada Pak Itam.

- Rogayah menjaga Pak Itam
- Halimah dan Rokiah selang berganti menghantar nasi dan mengambil kain baju Pak Itam
untuk dicuci
[2 markah]

ii) Pada pendapat anda, apakah kebaikan amalan saling membantu dalam masyarakat?

- memudahkan sesuatu pekerjaan
- mewujudkan persefahaman antara satu sama lain / mengelakkan
persengketaan / - mewujudkan keharmonian dan toleransi dalam sesebuah
masyarakat / perpaduan
- menjimatkan masa, wang dan tenaga
[3 markah]

iii) Jelaskan satu perwatakan Tuk Mat berdasarkan petikan di atas dan satuperwatakan Tuk Mat dalam keseluruhan cerpen.

Perwatakan daripada petikan
- Ikhlas memberi bantuan / Baik hati tidak menerima/menolak wang
daripada Pak Itam (2 markah)

Perwatakan daripada keseluruhan
- rajin membantu menguruskan persiapan majlis ulang tahun kelahiran Pak
Itam.
- seorang yang boleh diharap Pak Itam mengatakan bahawa Tuk Mat boleh
diharap berbanding Isa dan Latif dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
(2 markah]

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
Cekodok aje? Airnya pula macam air Sungai Kelang! rungut Israk bagaikan tuan besar.
Abang ni macam perempuan. Cerewet tidak semena-mena. Makan sajalah! Atau abang mati kebuluran. Asap kemarahan
dilepaskan sedikit demi sedikit.
Buang masa saja tinggal di sini! Bara kata-kata Israk itu memanaskan lagi telinga Mikraj.
Bersarang perasaan geramnya di dalam hati apabila Israk beredar. Lagak Israk menewaskan orang yang berlagak. Dia masih
belum sedar daripada mimpinya. Agaknya kalau ditimpa musibah baru dia akan sedar. Sudah terhantuk baru tengadah.
Israk menekan punat televisyen. Malangnya tiada apa-apa pada skrin. Kaca TV hitam sahaja. Israk mencebik.
TV pun rosak! Sengaja ditinggikan suaranya seperti injak naik yang menaikkan jumlah voltan arus yang mengalir.
Dengan sopan kerusi ditolak ke bawah meja. Mikraj menapak ke ruang tamu seluas 4 m x 6 m itu. Mata bundarnya
memandang Israk yang mundar-mandir di situ. Bagaikan cacing kepanasan. Sesungguhnya dia tidak serasi dengan situasi di
situ, di rumah Wah, Kampung Sayong.

(Dipetik daripada cerpen Israk oleh Erda Roslan Khairi dalam
antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

i) Mengapakah Israk dikatakan cerewet?
- Merunggut kerana dihidangkan cekodok sahaja
- Tidak puas hati dengan air minumannya [2 markah]

ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya kita menyesuaikan diri apabila berada di tempat orang lain?
- Menghormati adat masyarakat setempat
- Rendah diri
- Mempelajari bahasa dan budaya
- Menghadiri / menyertai majlis-majlis yang diadakan [3 markah]

iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu lagi daripada
keseluruhan cerpen.

Persoalan dalam petikan
- Soal ketidaksesuaian hidup di luar bandar Israk berasa tidak selesa
dengan keadaan hidup di rumah Wah.
- Soal keegoan anak muda Israk merungut dengan hidangan cekodok dan
air sewaktu berada di rumah Wah [2 markah]

Persoalan daripada keseluruhan cerpen
- Soal jati diri Israk yang dibesarkan di Perth Australia tidak mempunyai jati
diri ketimuran kerana persekitaran dan cara dia dibesarkan / Mikraj kukuh
dan teguh jati dirinya dengan adat ketimuran
- Soal kasih sayang nenek terhadap cucunya Wah menyayangi Israk
walaupun cucunya itu amat ego dan melukakan hatinya. [2 markah]


Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
Israk memandang Mikraj, Mikraj tunduk. Israk bangun, Mikraj berundur.
Mengapa paksa aku? Aku bukannya nak jadi petani. Nanti aku bergelar ahli korporat.
Abang terlalu bangga, riak, ujub, sombong, bongkak, dan takbur! Kalau Allah tarik balik rezeki tu, macam mana? Abang jadi
apa? Ahli keparat? Andai kata negara memajukan sektor pertanian, abang ke mana? Mungkin abang jadi ahli keparat yang
memetik buah-buahan tempatan. Tak mustahil semua ini akan berlaku
Aku bukan kau. Kalau kau pergi, kau boleh cipta lima enam puisi. Tapi, kalau aku, ia hanya membuang masa. Lebih baik aku
duduk di rumah saja.
Abang mahu jadi teruna yoghurt? uji Mikraj.
Lebih baik daripada kau yang liar tu, sambung Israk membela diri sekali gus menggelapkan lagi warna merah di jiwa Mikraj.
Kalau abang kata saya liar, abang tu lagi liar. Akar hati abang ke sana ke mari mencari kesalahan orang. Pucuk hati abang
pula menari tanda riak, ujub, sombong, berlagak! Bom radang Ghaza dilepaskannya.
Hii, mengapa gaduh-gaduh ni! Adik-beradik tidak manis bertikam lidah. Kata orang tua-tua carik-carik bulu ayam bercantum
jua akhirnya. Tapi, kamu berdua ni bila nak bercantum? Wah mula masuk campur.

(Dipetik daripada cerpen Israk oleh Erda Roslan Khairi dalam antologi Harga Remaja, DBP)

i) Mengapakah Mikraj menyatakan bahawa Israk seorang yang liar?
- Israk sentiasa mencari kesalahan orang lain
- Hati sanubari Israk menebal dengan keegoan / riak, ujub, sombong, berlagak
[2 markah]

ii) Pada pendapat anda, apakah cara untuk melahirkan remaja yang memiliki
keteguhan jati diri?
- Mengikuti aktiviti persatuan belia
- Menyertai Program Latihan Khidmat Negara
- Menerapkan nilai-nilai murni
-Pegangan agama yang kukuh [3 markah]



iii) Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan dan satu latar
masyarakat lagi daripada keseluruhan cerpen.

Latar masyarakat dalam petikan
- Masyarakat bandar yang sukar menyesuaikan diri dengan kehidupan di
kampung Israk merasakan ketidakselesaan sewaktu berada di rumah Wah
- Masyarakat yang sombong dan tinggi diri Israk sering bertikam lidah
dengan Mikraj kerana tidak biasa dengan keadaan di rumah Wah
[2 markah]
Latar masyarakat daripada keseluruhan cerpen
- Masyarakat yang menghormati orang tua Mikraj amat menghormati Wah
- Masyarakat yang bertanggungjawab Adam membiasakan anak-anaknya
dengan kehidupan di kampung agar mereka tidak sombong dan lupa diri
- Masyarakat penyayang Wah amat menyayangi cucu-cucunya
[2 markah]


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Sebaik-baik duduk, sesuatu yang maha menyakitkan menyembur di bawah meja. Sebotol asid yang terkuis kaki Um tumpah.
Um menggelupur dan meraung kesakitan. Seisi keluarga menjadi gempar, rutup dan ruwet.
Ibu yang sedih kian berasa tertekan dengan perbalahan anak-anak, menelan air mata hiba. Ibu tidak pernah mendidik
anak-anak berkelahi dan bermusuh-musuhan untuk mendapatkan sesuatu. Angin sakit berbuku di hulu hati ibu. Kerana tidak
tertanggung dengan kesedihan yang dipendam, ibu kejang kaki tangan serta seluruh badan bahagian kiri. Ibu diserang angin
ahmar.
Us, Uk, Ul dan yang lain-lain menafikan apabila ditanya apakah mereka yang bertanggungjawab meletakkan botol asid itu
di bawah meja?
Um menuduh Uj yang mengkhianatinya kerana takutkan kekalahan. Sementara Uj menuduh Um yang meletakkannya di
situ dengan hasrat mencederakan Uj kerana tidak mahu dikalahkan.

(Dipetik daripada cerpen Pemain Catur oleh Zaharah Nawawi
dalam Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

i) i) Berdasarkan petikan, apakah kesan perbalahan anak-anak terhadap keadaan ibu?
- ibu sedih
- berasa tertekan dengan perbalahan anak-anak
- menelan air mata hiba
- ibu kejang kaki tangan serta seluruh badan bahagian kiri

(2 markah)

ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah kita mewujudkan keharmonian dalam keluarga?
- Saling menghormati
- Saling memahami
- Saling mengasihi
- Bertolak ansur / bertoleransi (3 markah)


iii) Huraikan satu persoalan dalam petikan di atas dan satu persoalan lain daripada keseluruhan cerpen.

Persoalan daripada petikan
- perpecahan dalam keluarga Uj dan Um sanggup saling menuduh sesama
sendiri tentang orang yang meletakkan asid di bawah meja
- sikap mementingkan diri sendiri Sikap Uj dan Um yang tidak mahu
mengalah dan mahu menang menyebab mereka bertelagah. Sedangkan
hubungan mereka adalah sedarah iaitu adik-beradik.
[2 markah]
Persoalan daripada keseluruhan cerpen
- kepentingan sukan sukan catur boleh memperkenalkan nama atau
keturunan sesebuah keluarga
- kepentingan latihan dalam memantapkan sesuatu kemahiran Um dan Uj
berlatih bermain catur untuk memantapkan kemahiran dalam permainan
catur
- peranan anak dalam meneruskan legasi keluarga dalam sesuatu bidang Uj menurunkan kemahiran bermain catur
kepada Um supaya Um mampu
meneruskan kemasyhuran nama keluarga al-Hakam
(2 markah)

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
Kita ialah zuriat kebanggaan, kerana mampu meneruskan tradisi keluarga menjadi pemain catur yang disegani. Uj
memberi kuliah panjang kepada Um yang ketika itu masih muda remaja.
Tapi Um tidak tahu apa-apa tentang catur. Um Cuma pandai main dam sedikit-sedikit. Dam haji dan dam apit. Itu saja.
Um merenung mata Uj yang tersorok di bawah cermin hitam yang dipakai Uj siang malam.
Pandai main dam ialah permulaan kepada catur. Uj menentang mata muda adiknya yang gemerlap dengan cahaya
kepintaran.
Uj menggilap bakat Um dengan apa cara jua. Adik-adik lain tidak sesuai dengan jiwa Uj. Yang dia nampak Um sahaja
punya bakat anugerah alam semula jadi. Um akan lebih mudah dibentuk. Tegal itu Uj hanya akan mengasuh Um. Diharap Um
dapat menjadi tonggak keluarga menggantikannya apabila dia tiada nanti. Adik-adik yang lain boleh saja diketepikan. Um
bertuah kerana diberi hak mutlak berbuat begitu. Itulah hak keistimewaan Uj sebagai ketua keluarga yang dihormati.

Dipetik daripada cerpen Pemain Catur oleh Zaharah Nawawi dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

i) Kemukakan dua sebab Uj ingin menggilap bakat Um dalam permainan catur.
- Um mempunyai bakat semula jadi dalam permainan catur.
- Um juga mudah dibentuk / dilatih
(2 markah)

ii) Pada pendapat anda, nyatakan tiga usaha yang perlu diambil untuk menggalakkan lebih ramai golongan remaja melibatkan diri
dalam permainan catur.
- Sekolah menganjurkan lebih banyak pertandingan catur.
- kerajaan boleh mengadakan kempen berkaitan catur kepada masyarakat.
- Ibu bapa juga boleh menggalakkan anak-anak mereka melibatkan diri dalam
permainan catur melalui sokongan dan galakan. ( 3 markah)

iii) Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dansatu latar masyarakat lain yang terdapat dalam
keseluruhan cerpen tersebut.

Latar masyarakat dalam petikan
- masyarakat yang bercita-cita tinggi untuk menjulang kegemilangan keluarga
dalam permainan catur - Uj yang berusaha membimbing adiknya, Um untuk
menguasai permainan catur bagi menyambung tradisi kegemilangan
keluarga mereka dalam permainan catur.

- masyarakat yang berpecah-belah dalam keluarga akibat perbalahan
perbalahan antara Um dan Uj dalam permainan catur sehingga keluarga
mereka berpecah-belah.
- Masyarakat yang mahir dalam permainan catur - keluarga Uj.
- Masyarakat yang bangga dengan keturunan - Uj yang seringkali
menceritakan kehebatan keluarganya dalam permainan catur kepada Um.
(2 markah)

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
Dalam kesibukan dan kebisingan bunyi mesin tulis dan komputer bercampur baur dengan deringan telefon dan suara
manusia, seorang lelaki berjalan ke arahnya yang sedang berdiri di samping Farid. Farid memang banyak mempunyai kawan
kenalan di sana. Berhenti di tiap-tiap meja. Menyapa dan bersalaman.
Ini Syahid, kata Farid memperkenalkan lelaki itu kepadanya.
Rasanya kita sudah pernah berjumpa, kata Syahid agak tidak malu apabila dia menghulurkan tangan sebaik sahaja
mereka diperkenalkan. Perasaannya tergugah sedikit. Darah tersimbur naik ke mukanya. Seluruh kulit mukanya menjadi merah.
Dia pun tiba-tiba menjadi gugup. Di mana? Mahu sahaja dia percaya pada waktu itu bahawa Syahid ini benar-benar penjelmaan
daripada Hisyam. Aku tidak pernah bertemu dengan orang ini sebelum ini, bawah sedarnya berbisik. Namanya, ya pernah aku
dengar sebab selalu disebut-sebut oleh Farid apabila sahaja makalahnya tersiar dalam surat khabar itu. Syahid yang menolong
menyiarkannya.
Nama Syahid juga selalu muncul dalam akhbar itu kerana rencana yang ditulisnya di halaman rencana pengarang atau
ada berita by line. Hanya dari situ sahajalah dia mengetahui nama lelaki itu, tetapi berjumpa belum.

(Dipetik daripada cerpen Mellisa oleh Abdullah Hussain dalam antologi Harga Remaja, DBP)

i) Apakah reaksi Mellisa apabila Syahid memperkenalkan dirinya?
- perasaannya tergugah
- berasa malu / mukanya menjadi merah
- berasa gugup (2 markah)

ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang harus menyesuaikan diri ketika berada dalam sesuatu majlis?
- memberi salam / menyapa
- beradab sopan (pakaian, tutur kata, perbuatan)
- beramah mesra / berbual / bergaul (3 markah)



iii) Huraikan satu latar masyarakat dalam petikan dan satu latar masyarakat
daripada Keseluruhan cerpen.

Latar masyarakat dalam petikan
- Masyarakat yang peramah. Contoh, Syahid menghulurkan tangan kepada
Mellisa sebaik sahaja diperkenalkan oleh Farid.
- Masyarakat penulis. Contoh, Syahid merupakan penulis rencana dalam
akhbar.
(2 markah)
Latar masyarakat daripada keseluruhan cerpen
- Masyarakat muda yang amat cinta akan negara. Contoh, Mellisa amat cinta
akan negara lebih-lebih lagi setelah mengetahui peristiwa yang
menyebabkan rusuhan kaum yang berlaku pada zaman kanak-kanaknya
dahulu.
- Masyarakat berbilang kaum yang hidup harmoni. Contoh, Keluarga Mellisa
yang berketurunan Cina duduk sekampung dengan keluarga Hisyam
dengan aman dan damai sehinggalah peristiwa berdarah 13 Mei berlaku.
- Masyarakat pelajar yang gigih. Contoh, Mellisa amat tekun menyiapkan
tesisnya dengan membuat rujukan terperinci dengan menyemak pelbagai
dokumen, buku, akhbar dan majalah.
(2 markah)


Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
Dia mulai suka dengan anak muda ini. Sifatnya yang terbuka itu menyenangkan hatinya. Dia suka mendengar bicaranya.
Suka melihat mimik mukanya. Suka melihat senyumannya. Dia seperti Hisyam. Barangkali juga Syahid telah jatuh cinta
kepadanya dengan pertemuan pertama itu. Melihat gerak-gerinya yang agak kaku itu dia rasa yakin tentang anggapannya. Dia
rasa Syahid sedang berusaha sungguh-sungguh untuk memikat perhatiannya. Ya, dia sudah terpikat pun dengan lelaki itu.
Sebab itu tanpa banyak kerenah dia menerima ajakannya untuk makan tengah hari pada Sabtu depan. Dia menolak ajakan
makan malam kerana terpaksa balik ke Seremban. Sebab itu jadual rutinnya pada tiap-tiap hujung minggu. Rumahnya di
Seremban. Ibu bapanya di sana.

Dalam perjalanan pulang dari pejabat surat khabar itu, dia mulai diam. Perasaannya sedang bersimpang-siur. Dia cuba
menilai kembali kisah pertemuannya dengan Syahid sebentar tadi. Mengapa dia begitu lekas tertarik kepadanya? Adakah
kerana dia serupa dengan Hisyam?

(Dipetik daripada cerpen Mellisa oleh Abdullah Hussain dalam antologi harga Remaja, Dewan Bahasa dan
Pustaka)

i) Apakah sebab-sebab Mellisa menyukai Syahid?
- bersikap terbuka
- suka mendengar bicaranya.
- suka melihat mimik mukanya.
- suka melihat senyumannya.
- Syahid seperti Hisyam ( 2 markah)


ii) Pada pendapat anda, apakah alasan-alasan untuk menolak ajakan daripada seseorang yang tidak kita
kenali?
- memerlukan masa untuk mengenalinya
- sibuk dengan urusan yang lebih penting
- takut difitnah / pandangan serong masyarakat
- bimbang akan keselamatan diri (3 markah)

iii) Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam cerpen ini dan satu daripada
keseluruhan cerpen.

Persoalan daripada petikan
- Sikap berhati-hati dalam perhubungan dengan orang lain. Contoh, Mellisa berhati-hati dalam perkenalannya dengan
Syahid.
(2 markah)
Persoalan daripada keseluruhan
- Persoalan pengorbanan diri untuk negara. Contoh, Mellisa sanggup
mengorbankan keperluan dirinya dengan meninggalkan orang yang dicintai
untuk menyahut panggilan mempertahankan negara.
- Persoalan persengketaan antara kaum. Contoh, Hasyim dan ibunya telah
menjadi mangsa rusuhan kaum pada 13 Mei di Jalan Petaling semasa
dalam perjalanan pulang dari rumah keluarganya di hadapan Stadium
Negara.


Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
Ayah tidak boleh dipisahkan daripada samudera itu. Ayah ialah samudera. Samudera ialah ayah. Mulut Mir terus sahaja
terkumat-kamit.
Hakimah mengeluh. Dipeluknya bahu Mir. Ada kengiluan mengalir dalam diri. Mir harus diselamatkan sebelum segala-galanya
menjadi pudar. Mir sahabatnya yang baik. Dan dia juga harus menjadi sahabat yang baik kepada Mir.
Siapa lagi yang ada di kampus hijau ini melainkan dia? Mir tidak ada orang lain lagi. Ibu Mir tidak ada sebaik saja Mir dilahirkan.
Mir cuma ada seorang ayah yang sudah tua.
Mir tidak memiliki apa-apa pun selain orang tua yang bersemangat waja itu. Mir tidak ada setapak tanah pun miliknya yang sah.
Benarlah. Mir kecawa.
Samudera itu juga terseksa seperti aku, Hakimah. Dia sakit. Dadanya bergelora. Dia disakiti oleh orang-orang yang tidak
bertanggungjawab. Mereka tidak berhati perut. Mereka sengaja mahu melihat samudera menderita.
Mir menyeringai. Kemudian Mir memejamkan mata. Di dalamnya hanyut bayangan ayah. Ayah menggawang-gawangkan
pukatnya. Ayah mengacung-acungkan pendayungnya.
Pembangunan mewah itu telah menciptakan pisau tajam yang membenam di dalam dada ayah. Tajamnya melebihi dayung
ayah yang saban waktu membelah samudera.

(Dipetik daripada cerpen Biarkan Samudera oleh Raihanah Salleh dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa
dan Pustaka)

I) Mengapakah Hakimah berasa perlu membantu Mir?
- Sahabat baik
- Mir tidak ada ibu
- Ayahnya sudah tua
- Tidak memiliki apa-apa harta / tidak ada setapak tanah pun miliknya yang
sah [2 markah]

ii)Pada pendapat anda, nyatakan tiga punca berlakunya pencemaran laut?
- Pembuangan sisa toksik kilang
- Tumpahan minyak dari kapal
- Pembuangan bahan sisa domestik
- Pembuangan sisa kotoran dari ladang ternakan
- Pembangunan di kawasan pesisir pantai. [3 markah]

iii) Nyatakan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satupersoalan daripada keseluruhan cerpen.

Persoalan daripada petikan
- Pencemaran laut laut sangat terseksa, menderita, sakit dan dadanya
bergelora kerana disakiti oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
- Sahabat yang sanggup berkorban dan bersama ketika susah dan senang-
Hakimah adalah sahabat baik Amirah yang mengambil berat serta
berusaha untuk membantu Amirah yang mengalami penyakit kemurungan.
[2 markah]
Persoalan daripada keseluruhan cerpen
- Persoalan menghargai alam sekitar (laut) ayah Mir sangat menghargai
dan menyayangi laut sehingga tidak boleh dipisahkan dengan laut.
- Persoalan konflik jiwa yang dialami oleh remaja kesan daripada kesempitan
hidup mirah mengalami tekanan perasaan apabila memikirkan nasib
keluarganya yang hidup dalam kesempitan.
(2 markah)

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
Suara garau ayahkah yang menyentak lamunannya? Masih seperti dalam mimpi, Mir bangun. Berdiri di tepi jendela dan
merenung jauh. Melihat samudera yang sedang bergelora ganas. Bergumpalan dan berteriakan. Pedih dan perit.
Ayah akur, Mir. Memang sudah suratan. Ayah akan habiskan sisa-sisa hidup ayah di sini. Di rumah gantian ini. Cuma, apabila
kau sudah lulus nanti, ayah mahu kaucarilah kerja yang baik. Kemudian binalah mahligai sendiri. Hakmu sendiri. Ayah akan
bahagia.
Mir tersendu kepiluan. Digagahi diri untuk menahan gelombang di dalam dada. Dia mengeluh singkat, lantas memujuk diri.
Digenggamnya hadiah pemberian Hakimah, sahabatnya yang baik itu.
Ayah tidak mahu lagi membelah samudera itu? Bukankah samudera itu sering menantikan ayah, pahlawan yang tangkas?
Ombak laut yang bergulung-gulung itu, bukankah juga sering menantikan lelaki yang berani seperti ayah? Menakluki dan
menimba khazanahnya. Namun, terus-menerus berterima kasih kepadanya tanpa mengkhianatinya. Samudera terlalu lurus
untuk dikhianati ya, ayah?
Ayah yakin samudera tetap akan terus bergelora meskipun dadanya sakit. Dia tetap menyumbangkan baktinya walaupun ayah
tidak lagi menemaninya. Cuma ayah harap, engkaulah penerus dan pewaris untuk menjaga samudera itu, Mir. Jangan biarkan
dadanya sakit, biarkan ia terus berbakti, selama-lamanya.

(Dipetik daripada cerpen Biarkan Samudera oleh Raihanah Salleh
dalam Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)



i) Apakah harapan ayah Mir kepadanya setelah lulus nanti seperti yang terdapat dalam petikan.
- Mencari kerja yang baik
- Membina mahligai sendiri [2 markah]

ii) Pada pendapat anda, nyatakan tiga peranan anda untuk membahagiakan ibu bapa.
- Belajar bersungguh-sungguh
-Mencapai kejayaan dalam pelajaran
- Mendapat pekerjaan yang baik
- Menjadi anak yang baik
- Menjadi anak yang soleh
- Berbakti kepada agama, bangsa dan negara [3 markah]

iii) Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satupengajaran yang terdapat dalam keseluruhan cerpen.

Pengajaran daripada petikan
- Kita hendaklah berusaha untuk memenuhi harapan ibu bapa - ayah
berharap agar Mir menjadi penerus dan pewaris untuk menjaga samudera.
- Kita mesti menghargai dan menjaga alam sekitar - ayah Mir amat
menghargai dan menjaga kebersihan laut yang telah banyak berjasa dalam
kehidupannya.
[2 markah]
Pengajaran daripada keseluruhan cerpen
- Kita perlu membantu rakan yang menghadapi masalah, contohnya,
Hakimah berusaha untuk membantu Amirah yang mengalami tekanan jiwa.
- Sebagai manusia, kita perlu berdoa serta berusaha untuk mengatasi konflik
yang dialami Amirah haruslah mendekatkan diri kepada Allah dan berdoa
agar jiwanya menjadi tenang.
(2 markah)

Anda mungkin juga menyukai