Anda di halaman 1dari 10

1

Aspek Sistem
Bahasa
2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013
1 Kata Nama 1 2 1 - - - - 1 -
2 Kata Ganti Diri 1 1 1 2 1 1 1 2 2
3 Kata Kerja 3 2 3 3 3 2 3 2 2
4 Kata Adjektif 4 2 3 2 3 4 4 4 4
5 Kata Hubung 2 1 2 2 - - - - 1
6 Kata Bantu - 1 1 - 1 1 2 1 1
7 Kata Sendi
Nama
2 1 1 1 2 1 1 2 1
8 Kata Arah 1 2 1 1 1 2 1 1 1
9 Kata Bilangan 1 - - 1 - 1 - - -
10 Kata Majmuk 1 1 1 - 2 1 1 1 -
11 Kata Ganda 1 2 1 1 2 2 2 2 3
12 Penjodoh
Bilangan
1 2 2 1 1 1 1 1 1
13 Pengimbuhan 2 1 1 2 2 2 2 1 2
14 Simpulan
Bahasa
- 1 1 2 2 1 2 1 1
15 Peribahasa 1 - - - - 1 - 1 1
16 Sinonim - 1 1 1 1 1 1 1 1
17 Antonim - 1 1 1 1 1 1 1 1
18 Membina
Soalan
1 1 1 1 1 1 1 1 1
19 Membentuk
Jawapan
1 1 1 1 1 1 1 1 1
20 Kata Banyak
Makna
2 2 2 2 2 2 2 2 2
21 Ayat Yang
Sama Maksud
3 2 2 2 2 2 2 2 2
22 Ayat Yang Betul 2 3 3 4 2 2 2 2 2

1. KATA NAMA

1.1 Ayah membaca akhbar __________ di ruang tamu.
A. Utusan Malaysia
B. Kamus Dewan
C. Dewan Masyarakat
D. Majalah Didik

1.2 __________ itu tersenyum manis sambil menghidangkan
minuman kepada penumpang.
A. Seniwati
B. Pramugari
C. Olahragawati
D. Peragawati

2. KATA GANTI DIRI

2.1 __________ akan bersantap sekejap lagi, titah Sultan.
A. Aku
B. Saya
C. Beta
D. Baginda

2.2 Dr.Sulaiman berkhidmat sebagai doktor di Hospital Selayang.
__________ merupakan seorang doktor pakar di situ.
A. Dia
B. Beliau
C. Saya
D. Baginda

2

/ / /
beta

tuanku baginda
patik

tuan hamba
hamba


saya kamu dia
aku awak beliau
kau / engkau
anda
kita kalian mereka
kami

3. KATA KERJA

3.1 Abang akan __________ peperiksaan UPSR minggu hadapan.
A. membaca
B. memahami
C. mencapai
D. menduduki

3.2 Petani itu __________ sebakul sayur di atas kepalanya.
A. mengepit
B. menatang
C. menjinjing
D. menjunjung


KK meN KK dasar KK ber KK ter
memotong mencuci duduk berpijak terlepas
mengupas mengelap hinggap berlunjur terpisah
menghiris membaiki tampil berkicau terlucut
menetak menggelap tinggal berketuk terbuka
mencengkam mengurus berdesir tertiarap
menyerap melaporkan KK di- berkokok tersandar
menahan mendaftarkan dijulang bertampal terkapar
mengandar memberitahu diusung bersarung terlentang
menjinjing
mendengarkan
dijunjung berbalut
mengelek memberi dipangku beralas
menatang dipecah bergelut
menyangkutkan dibelah bersesak
menghulurkan dicucuk bergasak
memasukkan dicincang beransur
mengalungkan bersorak
meruap berbisik
membuak bertitah
memercik berangkat
melimpah bertakhta
memulas bersemayam
memarut bercangkung
meramas berbaring
menekan bersandar
mencampuradukkan bersentuh
menunjukajarkan berkirim
menitikberatkan bertanyakan
menyatupadukan
menolak
memukul
menjolok
merentap
merungut
menjarit
3

SIFATAN & KEADAAN PERASAAN BENTUK WAKTU JARAK UKURAN CARA DERIA DENGAR
lengang sibuk lonjong lama renggang luas handal garau
muram rapat kemik lanjut hampir lebar hebat serak
lapang mesra bujur lewat nyaris renek / cekap merdu
suram meriah lengkung lampau kerap kerdil laju gemersik
gelap syak bulat ketot lajak sumbang
redup ngeri buncit tebal lancar sengau
kelam keliru bengkak sempit cermat lunak
senget bimbang kecut singkat perlahan tegang
landai kasih ranap longgar
curam ragu hancur lapang DERIA SENTUH
tegak pilu halus
hangat rindu kasar
sengit sugul gebu
tegang haru licin
tangkas gerun kesat
layu sayu
lemah sangsi
longlai seram
lesu selesa
cukup yakin
penuh bangga
besar tenteram
kuat sabar
baik
jinak
mesra
molek
sihat
ceria
segar segak
rapi tampan
indah jelas
4

4. KATA ADJEKTIF

4.1 Kemarahan ayah __________ setelah adik meminta maaf atas
kesilapannya.
A. reda
B. sejuk
C. panas
D. marak

4.2 Tilam yang telah lama disimpan di dalam stor berbau
__________.
A. hapak
B. hanyir
C. hangit
D. haring

5. KATA HUBUNG

5.1 Perlawanan bola sepak akan dibatalkan __________ hujan.
A. dan
B. jika
C. apabila
D. agar

5.2 Zamri menghidap penyakit kanser __________ tiga tahun yang
lalu.
A. sejak
B. hingga
C. walaupun
D. sementara
Kata Hubung
dan
atau
tetapi / Namun
kecuali / melainkan
lalu
apabila / semasa / ketika / sewaktu
manakala
supaya / agar
sambil
jika / jikalau / sekiranya / kalau
hingga / sehingga / sampai
kerana
walaupun / sungguhpun / meskipun / biarpun
makinmakin / semakinsemakin / kiankian
sama ada atau
bukan sahaja malahan
bukan sahaja tetapi
5

6. KATA BANTU

6.1 Aziz __________ bertutur dalam Bahasa Tamil dengan fasih.
A. akan
B. dapat
C. harus
D. pernah

6.2 Fazir dan abangnya __________ menyertai larian marathon
pada minggu depan.
A. akan
B. dapat
C. belum
D. sedang

mesti / boleh hendak
harus dapat mahu

7. KATA SENDI NAMA

7.1 Saya rindu __________ datuk yang telah meninggal dunia tahun
lepas.
A. di
B. akan
C. pada
D. kepada

7.2 Buku cerita itu masih ada __________ Azri.
A. di
B. dari
C. pada
D. kepada

8. KATA ARAH

8.1 Emak menuangkan minyak masak ke __________ kuali.
A. luar
B. dalam
C. atas
D. belakang

8.2 Pendaki dari Malaysia telah berjaya sampai ke __________
Gunung Everest.
A. sisi
B. hujung
C. tepi
D. puncak
Kata Bantu Aspek
Sudah dilakukan Sedang dilakukan Belum dilakukan
sudah
telah
pernah
sedang
masih
belum
akan
6

1. Kata dari digunakan untuk tempat dan waktu. Kata daripada digunakan
untuk orang, perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, dan untuk
menunjukkan keanggotaan.
SALAH BETUL
Devi datang daripada Batu Kurau.
Saya menunggu
Yatie daripada pukul dua.
Ely terima surat dari Elyas.
Saya mendapat pengetahuan yang
banyak dari buku yang saya baca.

Baju yang dipakai oleh Nadia
dibuat darisutera.

Dari 5 ekor anak ayam, hanya
seekor yang hidup.
Devi datang dari Batu Kurau.
Saya menunggu Yatie dari pukul
dua.
Ely menerima surat daripada Elyas.
Saya mendapat pengetahuan yang
banyak daripada buku yang saya
baca.

Baju yang dipakai oleh Nadia
dibuat daripada sutera.

Daripada 5 ekor anak ayam, hanya
seekor yang hidup.




2. Kata di digunakan untuk tempat sahaja. Kata pada digunakan
untuk masa, orang, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu.
Contoh:

a. Di musim durian, Zainal mendapat banyak wang. ( salah )
~ Pada musim durian, Zainal mendapat banyak wang. ( betul )
b. Ayu berkebun pada belakang rumah. ( salah )
~ Ayu berkebun di belakang rumah ( betul )
c. Dengan pendapat saya, kerja itu perlu dibereskan. ( salah )
~ Pada pendapat saya, kerja itu perlu dibereskan. ( betul )
d. Buku cerita itu ada dengan Suzie. ( salah )
~ Buku itu ada pada Suzie. ( betul )
3. Kata ke digunakan untuk tempat, masa, dan benda konkrit tidak
bernyawa. Kata kepada pula digunakan untuk benda bernyawa.
Contoh:
a. Wang itu diberikan ke Rahmah. ( salah )
- Wang itu diberikan kepada Rahmah. ( betul )
b. Ibu pergi kepada pasar setiap hari. ( salah )
- Ibu pergi ke pasar setiap hari ( betul )
c. Latihan itu akan diadakan dari semasa kepada semasa.
( salah )
- Latihan itu akan diadakan dari semasa ke semasa.
( betul )
7

9. KATA BILANGAN

9.1 __________ pelajar diminta senyap apabila guru besar sedang
berucap di atas pentas.
A. Para
B. Setengah
C. Segala
D. Beberapa

9.2 Adik gementar pada hari __________ ke sekolah.
A. dua
B. pertama
C. satu
D. sesetengah

10. KATA MAJMUK

10.1 Ayah membeli sebuah __________ untuk abang sebagai
hadiah hari jadinya.
A. jam kocek
B. jam loceng
C. jam tangan
D. jam dinding

10.2 Sheila berasa __________ kerana telah mendapat biasiswa
untuk melanjutkan pelajarannya ke luar Negara.
A. sukacita
B. dukacita
C. sukarela
D. sakit hati
11. KATA GANDA

11.1 Terdapat banyak __________ di dalam air yang bertakung
itu.
A. bebola
B. jejentik
C. lelabah
D. kekasih

11.2 Petani-petani menggunakan __________ untuk menghalau
burung pipit yang makan padi mereka.
A. anai-anai
B. rama-rama
C. kura-kura
D. orang-orang

12. PENJODOH BILANGAN

12.1 Kakak meletakkan __________ payung di tepi pintu.
A. sekaki
B. sebuah
C. sebilah
D. sebatang

12.2 Seramai empat puluh __________ pelajar telah menyertai
rombongan itu.
A. orang
B. angkatan
C. pasukan
D. kumpulan
8

Kata Ganda
Seluruh Separa Berentak Berimbuhan
erat-erat rerambut pucat-lesi mengetuk-
ngetuk
ketat-ketat sesungut calar-balar mematuk-matuk
rapat-rapat sesendi kusut-masai menyudu-nyudu
cukup-cukup jejari kurus-kering meliuk-liuk
kuat-kuat tetupai compang-camping melayang-layang
comel-comel kekisi comot-momot melibas-libas
bulat-bulat kekuda corak-carik melentur-lentur
sihat-sihat sesiku bengkang-bengkok merayu-rayu
lambat-lambat rerama senget-menget mengada-ada
lekas-lekas lelabah simpang-siur meronta-ronta
diam-diam pepatung lekak-lekuk mengagah-agah
ragu-ragu reriang ulang -alik
lalu-lalang
lekak-lekok
selok-belok
kayu-kayan
sayur-mayur
rempah-ratus
rumput-rampai
herot-berot
bengkak-bengkil
Simpulan Bahasa
2006 2007
ringan tulang besar hati
mencuri tulang ambil hati
berputih tulang iri hati
membanting tulang ada hati

2008
harga pokok cuci mata
harga runtuh putih mata
harga tunai gelap mata
harga mati rambang mata

2009
bekas tangan iri hati
ringan tangan ambil hati
dalam tangan bulat hati
lepas tangan keras hati

2010 2011
orang tengah cangkul angin buah tangan
orang rumah ambil angin ringan tangan
orang atas naik angin bekas tangan
orang gaji ada angin campur tangan

2012 2013
naik darah memberi jalan
naik kepala memberi muka
naik lemak mengambil berat
naik tangan mengambil langkah




9

Peribahasa

1. bagai bulan jatuh ke riba
2. bagai pinang dibelah dua
3. seperti pungguk rindukan bulan
4. bagai aur dengan tebing
5. bagai melukut di tepi gantang
6. bagai menatang minyak yang penuh
7. bagai isi dengan kuku
8. bagai bulan dipagari bintang
9. bagai cincin dengan permata
10. bagai kacang lupakan kulit
11. bagai menarik rambut dalam tepung

bagai itik pulang petang
bagai bumi dengan langit
bagai melepaskan anjing tersepit
bagai tikus membaiki labu
seperti gergaji dua mata
seperti rusa masuk kampung
seperti kera mendapat bunga
bagai kumbang putus tali
bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
bagai abu di atas tunggul
bagai ayam berak kapur
seperti api dalam serkam
bagai si kudung mendapat cincin
bagai murai tercabut ekor
bagai bertepuk sebelah tangan
bagai melepas batuk di tangga
bagai dihiris sembilu
bagai mencurah air ke daun keladi
seperti cicak makan kapur
seperti anjing dengan kucing

Kata Majmuk

2005 2006 2007
papan iklan kaji selidik urus setia
papan tanda pandu uji setiausaha
papan jalan soal siasat kakitangan
papan kenyataan ketua kerani

2009
surat akuan ahli panel
surat kiriman suruhanjaya
surat tawaran urus setia
surat jemputan sukarela

2010 2011 2012
papan lapis reka bentuk kapal tangki
papan tanda budi bicara kapal selam
papan kekunci hal ehwal kapal layar
papan kenyataan atur cara kapal laut

Kata Banyak Makna

2005 tolong tajam
2006 jalan buku
2007 kukuh panas
2008 rapi sedap
2009 dalam keras
2010 halus baik
2011 bocor cabut
2012 asal baik
2013 mata masuk




10

13. SIMPULAN BAHASA

13.1 Mak Cik Safiah membawa __________ apabila melawat
Zahid di hospital.
A. buah tangan
B. bekas tangan
C. lepas tangan
D. panjang tangan

13.2 Zufiah tidak mempunyai kawan kerana sikapnya yang
__________ itu.
A. khabar angin
B. hidung tinggi
C. muka tembok
D. pasang telinga


14. AYAT YANG SAMA MAKSUD

14.1 Banjir besar telah melanda kawasan perkampungan itu.
A. Kawasan perkampungan itu telah dilanda banjir besar.
B. Kawasan perkampungan besar itu telah dilanda banjir.
C. Banjir telah melanda kawasan besar perkampungan itu.
D. Banjir besar di kawasan perkampungan itu telah melanda.

14.2 Rina, hidangkan makanan kepada tetamu, kata Puan Salmi.
A. Rina meminta Puan Salmi menghidangkan makanan kepada
tetamu.
B. Rina menyediakan hidangan makanan kepada tetamu Puan
Salmi.
C. Puan Salmi menyuruh Rina menghidangkan makanan
kepada tetamu.
D. Puan Salmi menyuruh Rina mengambilkannya makanan
kepada tetamu.

Anda mungkin juga menyukai