Anda di halaman 1dari 2

AIR-CONDTIONER (AUTOMOTIF)

KENDALIAN SISTEM PENYAMAN UDARA

1. Enjin dihidupkan dan suis penyaman udara hidup/mati dipilih oleh pemandu
2. arus mengalir ke cekam electromagnet takal pemacu pemampat . cekam
bersambung , pemampat dikendalikan.
3. pemampat menaikkan tekanan dan suhu gas bahan pendingin. Gas bertekanan
tinggi dipaksa keluar dari pemampat melalui paip ke pemeluwap.
4. apabila kenderaan bergerak, udara luar akan melalui sirip pemeluwap dan
disejukkan.
5. haba dikeluarkan, gas panas bertukar kepada bentuk cecair panas.
6. cecair bertekanan tinggi akan keluar melalui pemeluwap ke paip masukan
penerima-pengering
7. pengering akan menapis cecair dan dinyahlembabkan supaya tidak merosakkan
komponen mekanikal system.
8. kemudiannya disalurkan keluar dari pengering ke masukan TXV (injap
pengembangan termostatik)
9. injap pengembangan termostatik adalah peranti terpenting sekali dalam system
kerana mengasingkan tekanan tinggi dan rendah dan perlu boleh mengawal aliran
bahan pendingin.
10. dalam injap pengembangan termostatik, gegendang disambung pada cemat
kendalian injap untuk membuka dan menutup injap orifis.
11. apabila bahan pendingin(cecair) keluar dari TXV ia memasuki kawasan tekanan
rendah pada penyejat.
12. udara panas dari ruang penumpang ditiup oleh kipas ke atas sirip penyejat.
(bahagian penyejat)
13. haba dikenakan pada penyejat, bahan pendingin(cecair) bertukar ke bentuk gas.
(haba di tinggalkan pada penyejat)-(bahagian penyejat)
14. melepasi penyejat udara panas ditukar kepada udara sejuk masuk balik ke dalam
ruang penumpang.-(bahagian penyejat)
15. udara panas mengandungi sedikit kuantiti wap air, apabila udara disejukkan, wap
air akan memeluwap balik pada air.
16. gas bahan pendingin yang mengandungi haba dari ruang penumpang mengalir
keluar dari paip keluaran penyejat ke pemampat. (rujuk no.13)
17. kitaran akan di ulang oleh pemampat

Memahami proses sains

Haba dibuang Haba dikenakan


GAS – CECAIR CECAIR - GAS