Anda di halaman 1dari 17

Kod Kertas: 942/1

SKEMA PERCUBAAN STPM SESI 2014


942/1 (PENGGAL 1)
TAHUN 2014








SKEMA PEMARKAHAN

GEOGRAFI
KERTAS 1




















Skema pemarkahan ini terdiri daripada 20 halaman bercetak.
BAHAGIAN A: ALAM SEKITAR FIZIKAL
[40 markah]
Jawab semua soalan.
1 a) Bezakan ciri fizikal batuan igneus dengan enapan [ 4 ]
Skema pemarkahan
Kod Huraian perbezaan fizikal batuan igneus dengan batuan enapan Markah
A1
Batuan igneus bersifat keras, teksturnya kasar dan
prismatik/berhablur kerana ia terbentuk melalui pembekuan magma
di dalam kerak bumi. Contohnya batu granit/kerikil dan riolit.

2
A2
Manakala batuan enapan pula bersifat lembut, cerah dan berlapis-
lapis kerana ia dibentuk melalui penimbunan, pemadatan dan
penyimenan bahan mendak/fosil. Contohnya batu kapur dan batu
garam.


2
Pemarkahan: 2 isi x 2 markah = MAX 4 Markah
MAX 4

b) Bagaimanakah batuan igneus dan enapan terbentuk? [4]
Skema pemarkahan
Kod Proses kejadian batuan igneus dan enapan Markah
B1 Batuan igneus. Terbentuk melalui penyejukan dan pembekuan
magma setelah ia mengalir keluar dari lapisan mantel bumi. Jika
magma membeku di dalam lapisan kerak bumi/hampir permukaan
bumi ia dikenali sebagai igneus rejahan dan jiga magma membeku di
luar permukaan bumi ia dikenali sebagai igneus terobosan.


2
B2 Batuan enapan. Terbentuk melalui pemendapan pemadatan dan
penyimenan bahan mendak seperti lumpur, pasir, kulit-kulit kerang
dan fosil dalam tempoh yang lama. Proses pemadatan berlaku
selapis demi selapis yang menyebabkan lapisan bahan-bahan mendak
menjadi mampat manakala proses penyimenan akan melekatkan
lapisan-lapisan bahan mendak tersebut.


2
Pemarkahan: 2 isi x 2 markah = MAX 4 Markah MAX 4

c) Bagaimanakah batuan metamorfosis terjadi? [3]
Skema pemarkahan
Batuan metamorfik terbentuk apabila [batuan mendak dan batuan igneus] mengalami
[tekanan dan suhu yang tinggi] semasa gerakan tektonik di dalam bumi. Kesannya kedua-dua
jenis batuan tersebut akan [berubah bentuk, warna, dan komposisi mineral] menjadi batuan
baharu. Contohnya batu kapur bertukar kepada batu marmar, arang batu bertukar menjadi
intan, batu pasir bertukar menjadi kuartzit/kristal.








Kunci Idea:
1. batuan mendak dan batuan igneus = 1M
2. tekanan dan suhu yang tinggi = 1M
3. berubah bentuk, warna, dan komposisi mineral = 1M
MAX = 3 MARKAH
d) Jelaskan kepentingan batuan enapan kepada aktiviti manusia [ 4 ]

Skema pemarkahan

Kod Kepentingan batuan enapam kepada aktiviti manusia Markah
D1 Perindustrian termasuk IKS. Industri pembuatan simen yang
menggunakan batu kapur sebagai bahan mentahnya, contoh Tasek
Cement di Ipoh Perak. Manakala kaolin atau tanah liat diguna
dalam industri batu bata serta pembuatan pasu dan tembikar.

2
D2 Pelancongan dan reakreasi. Batu kapur yang terdiri daripada
pandang dart karst menjadi daya tarikan pelancong seperti
adanya gua batu kapur, stalaktit, stalakmit, tiang kalsit dll. Aktiviti
sukan lasak seperti rock climbing juga dilakukan di kawasan batu
kapur yang membentuk cenuram/tebing tinggi.

2
Pemarkahan: 2 isi x 2 markah = MAX 4 Markah MAX 4


J awab sama ada soalan 2 atau soalan 3.

Soalan 2
(a) Sejauhmanakah faktor hujan mempengaruhi kadar hakisan permukaan tanih. [15]

Skema Jawapan:

Judul Isi Jawapan Huraian Proses Markah
Faktor hujan amat penting mempengaruhi kadar hakisan permukaan tanih.. Di antara pengaruh faktor
hujan ialah:

1. Jumlah hujan hujan
lebat/purata hujan
tahunan tinggi.
Kawasan Tropika lembab menerima hujan lebat
dengan purata yang tinggi (2000 2500)mm setahun.
Air hujan bertindak sebagai agen penghakis yang kuat
khususnya melalui larian air permukaan. Semakin
banyak hujan kadar hakisan permukaan meningkat.


2


2. Saiz titisan hujan.
Saiz titisan hujan yang besar mampu menghakis
permukaan tanah dengan kadar yang tinggi.
Ini kerana saiz titisan yang besar mempunyai tenaga
potensi yang tinggi untuk mencungkil butiran tanih
terutamanya melalui hakisan percikan air hujan.


2

3. Bentuk hujan mengikut
masa Hujan lebat dan
hujan renyai.

Kadar hakisan tanih meningkat di kawasan yang
menerima hujan lebat tetapi sekejap berbanding
dengan hujan renyai tetapi lama.
Ini kerana hujan lebat menyebabkan air hujan
mengalir di permukaan berbanding dengan hujan
renyai yang cenderung meresap masuk ke dalam
tanah.



2
Selain faktor hujan, terdapat faktor-faktor lain yang mempengaruhi kadar hakisan permukaan tanih. Di
antaranya ialah:




4. Faktor tumbuhan.

Tumbuhan berkanopi tebal seperti hutan hujan
tropika (Rain forest) melambatkan kadar hakisan
tanih kerana kanopi tumbuhan mampu memintas air
hujan daripada terus menimpa tanah.
Kesannya titisan hujan jatuh dengan perlahan dan ia
cenderung meresap masuk ke dalam tanah daripada
mengalir di permukaan.
Litupan tumbuhan yang jarang seperti hutan
sekunder pula akan mengalami kadar hakisan yang
tinggi kerana kadar pintasan air hujan amat rendah.






2

5. Geologi/batuan.


Batuan yang lembut seperti batu kapur, riolit dan
gypsum akan mengalami kadar hakisan yang tinggi
kerana ia tidak stabil/teguh.
Batuan yang lembut juga banyak rekahan yang
memudahkan tindakan hakisan air mengalir
berbanding dengan batuan keras.



2


6. Faktor kecerunan.

Cerun curam akan mengalami kadar hakisan
permukaan yang tinggi berbanding cerun landai
kerana halaju larian air permukaan adalah tinggi.
Tenaga kinetik di kawasan cerun curam juga adalah
kuat yang mampu menghakis - angkut regolit dari
bahagian atas cerun ke bawah cerun.



2

7. Aktiviti manusia

Aktiviti seperti penyahutanan telah mendedahkan
batuan yang selama ini terlindung kepada hempasan
air hujan dan larian air permukaan. Kesannya kadar
hakisan akan meningkat.
Aktiviti pemotongan, peneresan dan perataan cerun
bukit juga mempercepatkan lagi tindakan hakisan
permukaan apabila pergerakan air tidak mampu
dihalang oleh tumbuhan.




2

Pemarkahan : Faktor hujan = 6 markah + Faktor lain = 8 markah + 1 markah penilaian
sejauhmana = MAX 15 Markah.

MAX 15











(b) Cadangkan langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan kadar hakisan permukaan tanih.
[10]
Skema Jawapan:
Judul Isi Jawapan Huraian dan contoh Markah



1. Langkah
perundangan
Perlaksanaan akta pembangunan tanah
tinggi. Melarang penggunaan jentera
berat di kawasan cerun bukit.
Penguatkuasaan dan hukuman seperti
denda/kompaun, penjara, menyitar
harta/premis dll.
Laporan EIA untuk mencegah resiko
aktiviti pembangunan di kawasan tanah
tinggi.



2
MAX 2







2. Langkah
Pengurusan
Langkah kestrukturan/kejuruteraan
Pembinaan sungkupan plastik/daun
sebagai langkah jangka pendek.
Membina benteng dan tembok penahan
(Retaning Wall)
Membina gabion dan cerucuk.
Membina sistem longkang/parit di
permukaan cerun.
Konkrit cerun/simen cerun.
Jaringan besi/dawai menyaluti cerun.
Membina sistem saliran seperti
perparitan di kawasan lereng bukit yang
dijadikan kawasan pertanian.
Amalan pemuliharaan
Tanaman tutup bumi dipermukaan cerun
seperti tanaman rumput dan buluh.
Amalan pertanian berteres/berkontor

Amalan pemeliharaan
Mewartakan kawasan rezab cerun tidak
boleh menjalankan sebarang aktiviti
pembangunan di kawasan tanah tinggi
tertentu.
Mewartakan kawasan hutan simpan di
lereng-lereng bukit.

1
1
1
1
1
1


1
1


1
1

1
MAX 6

3. Kempen
kesedaran dan
Pendidikan Alam
Sekitar.
Kempen penjagaan cerun seperti
menamam pokok-pokok peneduh.
Dilaksanakan oleh agensi kerajaan seperti
IKRAM atau oleh NGO
Menanam kesedaran melalui pendidikan
alam sekitar khususnya matapelajaran
Geografi.


2
MAX 2
Pemarkahan :
Perundangan sahaja = MAX 2
Pengurusan sahaja = MAX 6
Kempen dan kesedaran alam sekitar = MAX 2

MAX 10
Soalan 3
a) Sejauhmanakah faktor geologi mempengaruhi kadar hakisan ombak di pinggir pantai.
[15 ]
Skema Pemarkahan:
Faktor Geologi Huraian dan contoh Markah

A1. Kekerasan
Geologi
Pantai yang terbentuk daripada batuan keras seperti
batu granit, sukar/tahan dihakis oleh ombak dan
membentuk tebing tinggi/cenuram dan tanjung.
Manakala pantai yang terbentuk dari batuan lembut
seperti batu kapur dan gipsum mudah di hakis
membentuk teluk, gua, lohong ombak dll.


2

A2. Struktur
geologi
Batuan yang tersusun secara mendatar dan
berselang seli antara keras dengan lembut mudah
dihakis oleh ombak terutama di bahagian batuan
lembut.
Manakala struktur geologi yang menegak agak sukar
dihakis kerana keterdedahannya kepada ombak
adalah sedikit.


2
A3. Kandungan
mineral batuan
Sekiranya mineral batuan yang membentuk cerun
pantai adalah stabil seperti felsfar, mika dan kuartza
maka ia lambat bertindakbalas dengan air laut dan
sukar dihakis terutama melalui proses larutan. Ia
akan membentuk batuan yang teguh.
Jika mineral batuan yang membentuk cerun adalah
tidak stabil seperti kalsium, karbonat dan natrium,
maka ia mudah bertindakbalas dengan air laut.
Batuan ini mudah dihakis dan dirutuhkan.



2
Selain daripada faktor geologi, terdapat faktor-faktor lain yang mempengaruhi
kadar hakisan ombak di pinggir pantai, iaitu:
1
Faktor-faktor lain:

A4. Halaju angin
Halaju angin menentukan saiz dan kekuatan ombak.
Tiupan angin kencang seperti ribut menghasilkan ombak
pembinasa yang menjanakan proses hakisan ombak
Tiupan angin yang perlahan membentuk ombak pembina
hakisan ombak berkurangan sebaliknya pemendapan
ombak meningkat.


2


A5. Orientasi
pantai
Merujuk kepada keterdedahan pantai samada terlindung
atau tidak. Pantai yang terdedah secara langsung kepada
serangan ombak seperti kawasan pantai timur
Semenanjung Malaysia mengalami kadar hakisan yang
kuat terutama pada musim Monsun Timur Laut.
Sebaliknya, pantai yang terlindung oleh pulau pula
mengalami kadar hakisan yang perlahan kerana halaju
ombak adalah rendah.


2

A6. Kedalaman
air atau
kecerunan
pantai.
Cerun pantai yang curam/air yang dalam seperti di
kawasan pantai berteluk mengalami kadar hakisan yang
tinggi.
Sebaliknya, di kawasan pantai yang landai/cetek, kadar
hakisan ombak adalah rendah disebabkan ombak
kehilangan tenaganya apabila bergeser dengan dasar
pantai yang cetek.


2

A7. Bahan
muatan yang
dibawa oleh
ombak.
Jika ombak membawa muatan yang keras seperti batu
kerikil dan batu tongkol maka kadar hakisan pantai
meningkat kerana bahan-bahan tersebut bertindak
sebagai agen penghakis yang berkesan.
Sebaliknya, jika ombak membawa muatan yang lembut
dalam kuantiti yang banyak seperti batu lada, kulit-kulit
kerang dan siput, dan pasir laut maka kadar pemendapan
di pingir pantai pula yang akan meningkat.



2

A8. Tindakan
manusia
Aktiviti manusia menjanakan lagi kadar hakisan ombak di
pinggir pantai. Misalnya aktiviti pengorekan pasir dan
memperdalamkan muara. Apabila muara semakin dalam,
tenaga ombak akan meningkat.
Aktiviti penebangan hutan bakau juga mengurangkan
halangan terhadap hakisan ombak struktur cerun
menjadi semakin longgar.


2
Pemarkahan: Faktor Geologi = 6 markah + Faktor-faktor lain = 8 markah +
Penilaian faktor geologi = 1 markah. MAX 15 Markah.

MAX 15


b) Cadangkan langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kesan hakisan di zon pinggir
pantai. [ 10 ]

Skema Pemarkahan

Langkah-Langkah Huraian dan contoh Markah

B1. Langkah
perundangan
Mewartakan hutan bakau dan nipah sebagai hutan
simpan kekal (kawasan taman negara) seperti hutan
simpan Endau rompin.
Mengenakan hukuman yang tegas seperti denda,
menarik balik lesen operasi serta penjara kepada
aktiviti penebangan hutan bakau dan nipah.



2

B2. Kaedah
penyuburan
pantai.
Penanaman semula hutan bakau yang ditebang.
Projek penanaman pokok-pokok Rhu di tepi pantai
bagi mengurangkan hakisan ombak dan angin.
Penanaman rumput membolehkan sistem akar
mengikat dan mengukuhkan butiran pasir ditepi
pantai.



2
B3. Kaedah
kawalan struktur
dan kejuruteraan
pantai.
Kaedah kawalan struktur melibatkan aspek kejuruteraan
pantai, contoh pembinaan benteng konkrit, aspalt, batu,
pancang kayu dan guni pasir.
Benteng konkrit dan ketulan ketulan batu yang besar
diletakkan di tepi-tepi pantai bagi mengurangkan kesan
hempasan ombak ke pantai.


2


B4. Pembinaan
groin dan gabion.
Groin ialah struktur yang pendek diperbuat daripada
konkrit atau kayu yang dibina menganjur ke laut bersudut
tepat dengan garis pantai bertujuan untuk memerangkap
enapan pasir yang dibawa oleh ombak dan juga arus
pesisir pantai.
Gabion diperbuat daripada sangkar dawai logam
berbentuk empat segi bujur yang diisi dengan batu kerikil
dan tayar tayar buruk yang diikat antara satu sama lain
diletakkan di zon ombak pecah.
Sebahagian daripada tenaga ombak akan menghempas
pantai sebahagian akan ditahan dan diserap oleh gabion
berkenaan sebelum tiba ke pantai.


2

B5. Kempen
kesedaran dan
pendidikan
Masyarakat umum mesti sentiasa disedarkan melalui
kempen, program usaha sama/gotong royong dll.
Contohnya projek penanaman pokok bakau untuk
mengurangkan hakisan pantai
Pendidikan alam sekitar sentiasa diberikan khususnya
menerusi media massa dan pendidikan Geografi di
sekolah.


2
Pemarkahan: 5 isi x 2 markah = MAX 10 Markah MAX 10























BAHAGIAN B: ALAM SEKITAR MANUSIA
[40 markah]

Jawab soalan 4 dan satu soalan lain sama ada soalan 5 atau soalan 6.

Soalan 4:
a) Kenalpasti tiga aliran migrasi dalaman yang berlaku di Malaysia semenjak tahun 1970an
hingga kini: [3]

Skema Pemarkahan:

Aliran Migrasi Huraian dan Contoh Markah
Migrasi dari desa ke
bandar

Golongan muda dari kampung ke bandarraya seperti
Kuala Lumpur, Shah Alam, Johor Baharu dll untuk
mencari pekerjaan.
1
Migrasi dari bandar ke
desa
Golongan pesara yang bekerja di bandar-bandar
besar pulang dan menetap di kampung
1
Migrasi dari bandar ke
bandar
Kakitangan awam dan swasta yang
bertukar/ditukarkan tempat kerja dari bandar
kecil/sederhana ke bandar-bandar besar.
1
Migrasi dari desa ke desa Golongan peneroka dari kampung ke tanah
rancangan FELDA seperti di Jengka, Ketengah, Kejora
dsb
1

Pemarkahan: 3 isi x 1 markah = MAX 3 Markah MAX 3


b ) Perihalkan ciri komposisi aliran migran bekerja di Malaysia. [ 4 ]
Skema Pemarkahan:
Kod Ciri-ciri komposisi aliran migran bekerja di Malaysia Markah
B1 Ciri jantina lelaki lebih ramai berbanding wanita. Ini kerana lelaki
lebih mudah bergerak dan lebih selamat untuk berada di bandar-
bandar besar.
2

B2 Kumpulan umur Umur produktif (20 hingga 45 thn). Golongan muda
yang amat diperlukan oleh majikan kerana masih sihat, berdaya tahan,
mobiliti tinggi dll.
2
B3 Taraf pendidikan Golongan pasca menengah dan menerima
pendidikan tertiari ( lepasan SPM,kolej,IPT,Universiti dll).
Ini kerana majikan memerlukan pekerja yang berpengetahuan dan dan
berkemahiran

2
Pemarkahan: Mana-mana 2 isi x 2 markah = MAX 4 Markah MAX 4






c) Mengapakah bandar-bandar besar di Malaysia menjadi destinasi utama migran dari desa?
[ 4 ]
Skema Pemarkahan:

Kod Sebab bandar-bandar besar menjadi destinasi utama migran desa Markah
C1 Peluang pekerjaan yang banyak dan gaji yang tinggi terutamanya
dalam sektor perindustrian, perkhidmatan, perniagaan dll. Ia menjadi
tarikan utama kepada penduduk desa untuk meningkatkan kualiti
hidup.
2
C2 Peluang melanjutkan pelajaran yang luas. Pelajar pasca menengah
melanjutkan pelajaran di IPTA dan IPTS yang banyak terdapat di
bandar-bandar besar. Golongan ini akan terus menetap di bandar
kerana hanya di bandar sahaja terdapatnya peluang pekerjaan yang
sesuai dengan kelulusan mereka.
2
C3 Kemudahan pembandaran yang baik seperti kemudahan
hiburan,kesihatan,perumahan,kemudahan asas dll yang menarik
penduduk desa berhijrah bagi meningkatkan kualiti hidup.
2
C4 Sistem pengangkutan yang cekap meningkatkan Ketersampaian desa ke
bandar. Perkhidmatan bas ekspres melalui lebuh raya, perkhidmatan
keretapi dll yang memudahkan pergerakan migran dari desa untuk
berhijrah.

2
Pemarkahan: Mana-mana 2 isi x 2 markah = MAX 4 Markah MAX 4


d) Migrasi dari desa ke bandar telah memberikan impak negatif kepada kawasan desa.
Jelaskan pernyataan ini dalam konteks Malaysia . [ 4 ]
Skema Pemarkahan:
Kod Kesan negatif migrasi desa ke bandar terhadap kawasan desa Markah
D1 Produktiviti pertanian desa merosot. Ini kerana kehilangan tenaga
kerja yang muda bagi mengerjakan kebun, sawah dan ladang. Yang
tinggal ialah golongan tua yang sudah tidak produktif lagi. Sektor
pertanian desa mengalami krisis tenaga kerja.
2
D2 Saiz pasaran desa semakin kecil. Golongan muda yang berhijrah
menyebabkan kehilangan kuasa beli penduduk. Ini menjejaskan
aktiviti perniagaan desa seperti perniagaan pasar malam, pekan
sehari dll.
2
Pemarkahan: 2 isi x 2 markah = MAX 4 Markah MAX 4









Soalan 5
a) Jelaskan kesan kemerosotan daya tampung sumber alam terhadap alam sekitar manusia di
sesebuah kawasan. [12]

Skema Jawapan

Judul Isi Jawapan Huraian dan contoh Markah
Kesan terhadap alam sekitar manusia
A1. Kekurangan sumber
makanan
Kepupusan sumber perikanan akibat eksploitasi
berlebihan menjejaskan bekalan protien kepada
penduduk.
Produktiviti tanaman makanan merosot akibat
ketidaksuburan tanih apabila diguna secara kerap
menjejaskan bekalan makanan seperti beras dan
gandum.

2
A2. Kekurangan sumber
tenaga.
Kehabisan sumber tanaga yang tidak boleh diperbaharui
seperti petroleum,gas asli dan arang batu.
Krisis tenaga dalam jangka masa panjang. Peningkatan
kos hidup.


2
A3. Menjejaskan
kesihatan kualiti
hidup merosot.
Pencemaran sumber udara, air dan bunyi kesihatan
terjejas.
Hujan asid penyakit kulit.
Hidup tidak selesa akibat suhu tinggi, bunyi bising dll

2
A4. Krisis bekalan air Pencemaran air sungai dan tasik menjejaskan sumber
bekalan air bersih kepada penduduk.
Bekalan air terpaksa dicatu menjejaskan aktiviti
domestik penduduk.

2
A5.Resiko bencana
alam sekitar buatan
manusia
Ancaman nyawa akibat banjir lumpur, tanah runtuh dsb.
Kerosakan harta benda dan infrastruktur
Menjejaskan kehidupan harian penduduk.

2
A6. Kehilangan sumber
warisan kepada
generasi akan datang.
Kepupusan pelbagai spesis fauna dan flora yang
berharga kepada generasi akan datang.
Kehilangan sumber kajian seperti sumber perubatan
herba.


2
A7. Peningkatan kos
pemeliharaan dan
pemuliharaan
Memerlukan kos yang tinggi untuk membaik pulih dan
memulihara sumber yang rosak.
Contoh rawatan air sungai/tasik, penanaman semula
hutan dll.

2
Pemarkahan: 6 isi x 2 markah = MAX 12 MAX 12





b) Bagaimanakah keseimbangan daya tampung sumber alam dengan aras penduduk boleh
dicapai? [ 13]
Judul Isi Jawapan Huraian dan contoh Markah
B1. Pembangunan
berterusan (lestari)
Pembangunan yang mengambil kira keperluan
generasi kini dan akan datang.
Adunan pembangunan dengan usaha pemeliharaan
dan pemuliharaan alam sekitar
Amalan teknologi hijau


2
B2. Penerokaan dan
penggunaan sumber
alam secara
berhemah
Meneroka dan menggunakan sumber alam secara
bertanggung jawab - Tidak tamak/rakus
Tidak cuai yang menyebabkan pencemaran dan
kemusnahan sumber alam

2
B3. Langkah
perundangan
menjaga sumber
alam.
Akta dan enakmen pengeluaran dan penggunaan
sumber alam yang cekap.
Penguatkuasaan oleh agensi yang
bertanggungjawab
Perlaksanaan hukuman seperti denda/kompaun,
menyitar premis dll
Langkah dan prosedur EIA


2
B4. Meningkatkan
kecekapan
pengurusan sumber
Penguatkuasaan yang berkesan oleh agensi
pelaksana.
Basmi amalan rasuah jenayah alam sekitar
Kurangkan kerenah birokrasi dalam pengurusan
alam sekitar

2
B5. Kempen dan
pendidikan alam
sekitar
Kempen melalui media massa dan Badan bukan
kerajaan (NGO)
Pendidikan berterusan kepada masyarakat
Pendidikan formal di sekolah dan IPT

2
B6. Kawalan terhadap
pertumbuhan
penduduk
Mengawal kadar pertumbuhan tahunan penduduk
melalui kaedah perancang keluarga.
Tingkatkan taraf pendidikan dan kerjaya wanita

2
B7. Meningkatkan
teknologi dan R&D
Teknologi moden yang lebih jimat dan kurang
bergantung kepada sumber alam yang hampir habis.
Mencari sumber / tenaga alternatif solar, angin,
hibrid.

2
Pemarkahan: 6 isi x 2 markah = 12 Markah + 1 markah mana-mana huraian yang
baik = 13 Markah
MAX 13







Soalan 6

Skema Jawapan

a) Berdasarkan jadual 1 di bawah, hitung peratus perubahan penduduk bandar bagi setiap
negeri di Malaysia antara tahun 2000 hingga 2010. [5 ]
Formula peratus perubahan: Penduduk Tahun 2010 Penduduk tahun 2000
X 100
Penduduk tahun 2000
Skema Jawapan:
Negeri
Penduduk Bandar
Tahun 2000
Penduduk Bandar
Tahun 2010
Peratus
perubahan (%)
Markah
Selangor 3,483,765 6,389,851 83.41
1
Johor 1,638,772 3,089,056 88.49
Sabah 1,182,890 2,191,048 85.22
Perak 1,207,948 1,507,422 24.79
1
Kuala Lumpur 1,297,526 1,775,337 36.82
Sarawak 963,232 1,443,637 49.87
Pulau Pinang 974,779 1,235,545 26.75
1
Kedah 608,696 999,021 64.12
Kelantan 451,861 797,001 76.38
Pahang 518,176 793,950 53.22
1
Negeri Sembilan 456,535 706,857 54.83
Terengganu 434,273 697,451 60.60
Melaka 405,917 607,266 49.60
1
Perlis 67,084 87,256 30.14
Labuan 54,162 82,881 53.02
Pemarkahan: 3 negeri betul = 1 markah.
15 negeri 3 markah = MAX 5

MAX 5

b) Kenalpasti negeri yang mengalami peratus perubahan penduduk bandar yang paling
tinggi dan jelaskan mengapa ia berlaku ? [7 ]

Skema Jawapan:

Isi Jawapan Huraian dan contoh Markah
Mengenalpasti negeri peratus perubahan tertinggi = Johor (88.49%) 1
Sebab-sebab negeri Johor mengalami pertambahan penduduk bandar yang
paling tinggi:




B1. Faktor migrasi
masuk
Johor menerima kadar migrasi masuk yang tinggi teruatamnya
dari negeri Kelantan dan Terengganu. Hal ini disebabkan oleh:
Sektor ekonomi perindustrian dan perkhidmatan yang
berkembang dengan pesat telah mencipta banyak
peluang pekerjaan di bandar-bandar besar negeri Johor
1

1

1
dengan tawaran gaji yang tinggi.
Pembangunan bandar yang pesat. Kemudahan
pembandaran yang menarik; prasarana lengkap,
perumahan, perkhidmatan sosial, pasar raya, dan
kemudahan hiburan dan rekreasi. Di samping
kewujudan bandar-bandar moden seperti di Nusa Jaya
Kemudahan pengangkutan yang baik yang
meningkatkan kadar ketersampaian antara satu tempat
dengan satu tempat yang lain yang memudahkan
pergerakan penduduk.
Peluang untuk melanjutkan pelajaran yang lebih
banyak dengan kewujudan pusat-pusat pengajian tinggi
(IPTA dan IPTS) di negeri Johor.

1

1
MAX 4

B2. Faktor
pertumbuhan
semula jadi
penduduk.
Faktor pertumbuhan semula jadi penduduk bandar yang
dikaitkan dengan kadar kelahiran yang tinggi dan kadar
kematian yang rendah:
Kadar kelahiran yang tinggi penduduk bandar di negeri
Johor disebabkan oleh perkahwinan di antara migran
yang berusia muda yang mempunyai aras kesuburan
yang tinggi.
Kadar kematian rendah - Kadar ini dipengaruhi oleh
taraf kesihatan yang bertambah baik (ubat-ubatan,
bilangan doktor, kewujudan lebih banyak hospital,
poliklinik, klinik swasta dll
Pendapatan dan taraf hidup penduduk bandar yang
meningkat. Peningkatan pendapatan dan taraf hidup
membolehkan pasangan mampu memiliki saiz keluarga
yang lebih ramai.
1

1

1

1
MAX 2

Pemarkahan: Kenalpasti negeri = 1 Markah + Faktor Migrasi = 4 Markah +
Faktor semulajadi = 2 markah. MAX 7 markah.
MAX 7



c) Pertumbuhan penduduk bandar yang pesat telah menyebabkan kesan negatif terhadap
alam sekitar manusia di bandar. Sejauhmanakah pernyataan ini benar. [13 ]

Skema Pemarkahan:

Judul Isi Jawapan Huraian dan contoh Markah
Kesan negatif ke atas alam sekitar manusia di bandar akibat pertumbuhan
penduduk yang pesat :


C1. Menjejaskan
kesihatan penduduk
Impak sosial seperti penyakit kerongkong, lelah/asma
akibat pencemaran udara dan jerebu di bandar. Di
samping penyakit bawaan air seperti kencing tikus dan
taun di kawasan setinggan yang sumber airnya tercemar.
Rebakan penyakit yang cepat seperti denggi, selsema
burung, SARS akibat kepadatan penduduk yang tinggi
sukar di kawal.



2

C2. Fenomena
setinggan.
Persaingan guna tanah yang tinggi menyebabkan kos
hartanah di bandar menjadi sangat mahal. Nilai harga
rumah kediaman terlalu tinggi.
Hal ini menyebabkan golongan berpendapatan rendah
dan sederhana dalam bandar tidak mampu memiliki
rumah dan terpaksa mendiami kawasan setinggan.



2


C3. Kemiskinan
bandar.
Daya saing ekonomi penduduk bandar yang lemah
meningkatkan kadar pengangguran yang seterusnya
mengakibatkan fenomena kemiskinan bandar.
Permasalahan ini berlaku disebabkan kurangnya
kemahiran dan kelulusan yang rendah - tidak dapat
memenuhi sektor pekerjaan formal di bandar.
Kebanyakan migran bandar hanya bekerja dalam sektor
tidak formal yang menghasilkan pendapatan yang kecil
relatif dengan kos hidup yang tinggi di bandar.
Ini menyebabkan mereka tergolong dalam lingkungan
miskin bandar.



2

C4. Kesesakan bandar
Kepadatan penduduk yang tinggi menyebabkan
kesesakan di kawasan padat (slum area) seperti di
kawasan setinggan.
Kesesakan lalu lintas juga berlaku terutama di pusat
bandar-bandar besar di sebabkan oleh
pertambahan kenderaan dan sikap penduduk yang
sukar di kawal.



2


C5. Masalah sosial.
Kadar pengangguran yang tinggi akan mengakibatkan
pelbagai isu sosial yang bersabit dengan kemiskinan,
jenayah, dan kacau ganggu.
Masalah ragut, jenayah pembunuhan, rompakan dan
penyalahgunaan dadah berleluasa di bandar.
Penyerapan budaya liar seperti LGBT,seks bebas dan
Black Metal juga menyerap dengan cepat dalam
kalangan penduduk miskin dan padat di bandar.



2


C6. Kualiti hidup
merosot.
Kualiti hidup merosot disebabkan oleh peningkatan
kos hidup yang tinggi di bandar dan tidak mampu
dimiliki oleh golongan miskin bandar seperti kos
kesihatan, pendidikan, pengangkutan dll.
Wujudnya golongan gelandangan dalam bandar
tiada rumah/hidup melarat sebagai pengemis.
Kemerosotan kualiti hidup di sebabkan alam sekitar
tercemar seperti pencemaran udara, air, bunyi dan
bau.



2

Selain itu, pertumbuhan penduduk bandar yang pesat juga memberikan kesan
positif ke atas alam sekitar manusia di bandar. Di antaranya ialah:

1
C6. Aset tenaga kerja. Penduduk yang ramai menyediakan tenaga kerja
yang mudah dan murah dalam sektor pembinaan,
perindustrian dan perkhidmatan.
Kesannya sektor ekonomi bandar dan rantaiannya
berkembang dengan lebih cepat kekurangan
buruh dapat di atasi.


2
C7. Perluasan
pasaran.
Pertambahan penduduk menyebabkan saiz pasaran
domestik menjadi lebih luas barangan dan
perkhidmatan dapat dijual dengan mudah di
bandar.
Pertambahan golongan menengah dalam bandar
meningkatkan kuasa beli pengguna barangan
mewah dan berjenama boleh dijual dengan mudah.
Ekonomi perniagaan cepat berkembang.


2


C8. Pertambahan
kawasan pilihanraya.
Pertambahan penduduk memerlukan
persempadanan semula kawasan pilihanraya supaya
lebih seimbang.
Kawasan parlimen dan DUN akan bertambah untuk
mewakili penduduk.
Kuasa dan suara politik menjadi semakin kuat untuk
membela penduduk secara adil mewakili semua
lapisan masyarakat.
Perkhidmatan wakil rakyat menjadi lebih mudah,
fokus dan lebih berkesan apabila saiz DUN dan
parlimen yang diwakilinya menjadi lebih kecil
mengikut jumlah populasi.




2
Pemarkahan: 6 isi x 2 markah = 12 Markah + 1 markah penilaian sejauhmana = 13
Markah.
Pecahan isi : Kesan Negatif + Kesan Positif (3 + 3 atau 4 + 2)

MAX 13




SKEMA TAMAT