Anda di halaman 1dari 16

USAHAWAN MUDA PKS PEMEGANG IJAZAH

PROJEK TANAMAN UBI KAYU PPK SEPANG


TANAMAN PISANG SECARA BERKELOMPOK
SISTEM KAWALAN DALAMAN PERTUBUHAN PELADANG
H
endak seribu daya tak hendak seribu dalih.
Memegang segulung ijazah bukan bermakna
ianya mesti berada dalam pasaran pekerjaan yang
sentiasa terbuka untuk dimasuki samada dengan
kerajaan atau swasta. Sungguhpun pekerjaan tetap
di pejabat biasanya menjanjikan pendapatan yang
tinggi terutamanya bagi pemegang ijazah, namun
belum tentu pendapatan yang diperolehi boleh
menjamin kepuasan bekerja.
Begitulah terjadinya dengan Noor Aini binti
Abdullah, yang memilih untuk membangun dan
meningkatkan kerjaya dengan menceburkan diri
dalam bidang perniagaan. Anak muda yang cukup
mesra bila disapa, begitu selesa dengan panggilan
Noor Aini, membuat keputusan menceburi bidang
pemprosesan makanan dalam perusahan kecil dan
sederhana. Bagi kebanyakan masyarakat tentunya
merasa amat rugi bagi Noor Aini mensia-siakan ijazah
yang diperolehi olehnya, apatah lagi beliau pernah
menjawat jawatan tetap disebuah syarikat swasta.
Namun bagi Noor Aini, beliau gemar kepada cabaran
dan sanggup berdepan dengan risiko. Beliau sedar
tidak ramai anak muda
terutamanya yang
sebangsa dengannya
sanggup bekerja sendiri,
tambahan bidang yang
diceburinya dimonopoli
oleh Bangsa Cina. Sebagai
seorang Muslim, beliau
berpegang kepada Qada
dan Qadar, di mana setiap
usaha yang dilaksanakan
dan disertakan dengan doa, memohon kemurahan
rezeki dalam perniagaannya, insyaallah usaha ini
akan diberkati oleh Allah S.W.T. Beliau bersyukur
sepanjang penglibatan sehingga ke hari ini, tidak
banyak masalah besar yang perlu dihadapinya dan
kalau ada pun telah berjaya diselesaikan dengan
sempurna.
Usia bukan ukuran kematangan seseorang. Noor
Aini terasa dirinya kini lebih matang berbanding
umurnya. Beliau dilahirkan di Kampung Sungai
Semiar, Jalan Jeneri, Sik, Kedah dan baru berusia
25 tahun. Noor Aini merupakan pemegang Ijazah
Oleh: Che Taman binti Omar (LPP Negeri Kedah)
USAHAWAN
MUDA PKS
PEMEGANG
IJAZAH
2
Sarjana Muda Sains dengan kepujian dalam jurusan
Bioteknologi daripada Universiti Malaysia Sarawak.
Beliau menamatkan pengajian dalam tahun 2004.
Jarak perjalanan beliau untuk memperolehi ijazah,
tambahan berjauhan dengan keluarga semata-mata
untuk mencari ilmu telah mengajar erti kehidupan
dan menjadikannya lebih tabah menjalani liku-liku
hidup selepas alam pengajian. Kerjaya sebagai
usahawan tani yang dipilih membuat dirinya lebih
cekal bagi menghadapi persaingan terbuka terutama
dengan pengusaha-pengusaha lain yang telah lama
berkecimpung, lebih berpengalaman dan maju.
Tidak pernah termimpi sebelum ini oleh beliau untuk
menceburi bidang perniagaan sekarang. Seperti
kebanyakan rakan yang lain, beliau mimpikan
pekerjaan tetap dan mempunyai pendapatan yang
lumayan. Namun impian dan realiti cukup berbeza
pada hari ini. Minatnya tiba-tiba berubah untuk
menjadi usahawan. Semuanya bermula semasa
beliau menuntut di Universiti Malaysia Sarawak.
Noor Aini tidak tahu duduk diam sepanjang berada
di Sarawak. Digunakan masa yang ada bagi
menjalankan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Salah
satu aktiviti yang memberi beliau pengalaman
amat berguna adalah melalui aktiviti perniagaan.
Pengalaman menjalankan perniagaan secara
sambilan sewaktu menuntut di pusat pengajian tinggi
dalam kerja-kerja kebajikan agama bagi mengumpul
dana merupakan titik tolak ke arah minat yang
mendalam untuk menjadikan bidang perniagaan
sebagai sumber pendapatan. Beliau baru sedar
bahawa perniagaan boleh memberikan pulangan
dan pendapatan lumayan.
Setelah tamat pengajian, beliau bekerja di sebuah
syarikat swasta sebagai Pengurus Akaun dan
Pengurus Projek selama 2 tahun. Dalam tempoh
bekerja, beliau berazam untuk mempunyai
perniagaan sendiri dan mula mengumpul dana untuk
dijadikan modal. Setelah beroleh keyakinan yang
tinggi, akhirnya beliau mengambil keputusan berhenti
kerja dan membuka kedai roti dan kek.
Melihatkan kesungguhan Pertubuhan Peladang
Kawasan (PPK) Sik, Kedah dalam meningkatkan
taraf sosio ekonomi dan pendapatan peladang-
peladang dengan membantu ahli-ahlinya dalam
bidang yang diusahakan, telah mendorong Noor Aini
mendaftar menjadi ahli pada tahun 2006. Beliau juga
selalu membaca mengenai peranan yang dimainkan
oleh PPK melalui laman web, risalah dan Berita
Transformasi terutamanya ke arah membangunkan
peladang muda dan yakin bahawa PPK juga mampu
membantunya bila diperlukan.
Sebelum membuka perniagaan, beliau terlebih
dahulu membuat sedikit kajian pemasaran. Selain
peluang, semangat yang tinggi serta dorongan
yang berterusan daripada keluarga dan PPK
telah menjadikan beliau usahawan muda dengan
mengusahakan kedai memproses roti dan kek di
Pekan Sik, Kedah. Walaupun Daerah Sik telah
diisytiharkan sebagai daerah bagi membangunkan
produk pemprosesan berasaskan pertanian oleh
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, namun
tidak banyak kedai-kedai yang menjual roti, kek dan
biskut. Memandangkan di Pekan Sik masih belum
ada pengusaha kedai roti, kek dan biskut buatan
orang Islam, maka beliau mengambil keputusan
untuk menjadi pengusaha pertama. PPK melihat
kebolehan, kesungguhan dan kekuatan ada pada
Noor Aini dan berusaha membantunya.
Ilmu yang ada perlu dikembang dan ditambah.
Jaringan (networking) perlu dicari. Sebelum
memulakan perniagaannya, beliau terlebih dahulu
menghadiri latihan dan kursus yang berkaitan bagi
memantapkan daya usaha dalam bidang yang
diceburi. PPK juga turut memberi peluang dan
informasi mengenai kursus-kursus yang ditawarkan.
Antara program kursus awal yang diikuti adalah
Kursus Bakery pada Jun 2006 di Kolej Komuniti
Sg. Petani. Seterusnya beliau mengikuti Kursus
Asas Keusahawanan, Kursus Pemasaran, Kursus
Pembungkusan dan Kursus Pengawalan Kualiti
yang dianjurkan oleh jabatan dan agensi di bawah
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Ini
secara langsung tambah membakar semangatnya
untuk tidak berganjak daripada hasratnya memiliki
perniagaan sendiri. Selain itu beliau juga telah
menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat
swasta.
Setakat ini beliau amat gembira dengan komitmen
pengurusan PPK dalam membantunya. Melalui
PPK, Lembaga Pertubuhan Peladang telah
menyalurkan bantuan kewangan berupa pinjaman
peralatan sebanyak RM10,000. Segala kemudahan
yang diperolehi digunakan sebaik mungkin untuk
memajukan kedai memproses roti, kek dan biskut
3
tersebut. Pemberian bantuan yang diterima melalui
PPK berupa peralatan seperti oven, pemerap
doh, pembancuh adunan dan gondola (display
showcase).
Apabila keyakinan diri mula menebal dan semua
aspek negatif dibuangkan jauh-jauh, akhirnya dengan
modal permulaan sendiri berjumlah RM10,000,
beliau berjaya memulakan perniagaan pemprosesan
roti dan kek. Dengan menyewa ruang niaga di No. 4,
Perkarangan Stesen Bas, Pekan Sik, Kedah di mana
lokasi kedainya yang agak strategik telah menjadikan
kedai Srikanis Maju Enterprise menjadi tumpuan
penduduk sekitar mendapatkan bekalan roti dan
kek halal yang selama ini sukar diperolehi. Mulai
bulan Mei 2007, Srikanis Maju Enterprise telah mula
menjalankan perniagaan dengan menghasilkan kek,
roti dan bun. Pelbagai jenis produk telah dihasilkan
antaranya mini pizza, bun sardin, bun sambal ikan
bilis, bun kaya, bun kelapa, bun coklat, bun kacang
merah, bun jagung, bun mexico, kek, roti, mufn dan
kuih-kuih moden.
Walaupun ruang niaga yang agak terhad tetapi
kedainya tidak putus-putus dikunjungi pelanggan
untuk membeli dan membuat tempahan. Naluri
seorang perempuan memang tersemat kuat di mana
di bahagian dalam kedai telah dihias rapi dan bersih.
Produk kek, biskut, roti dan makanan ringan disusun
rapi di dalam gondola bagi memudahkan pelanggan
memilih. Bahagian belakang kedai adalah ruang
memasak. Beliau tidak membenarkan pelanggannya
masuk atas faktor kebersihan. Peralatan yang
digunakan sentiasa berkeadaan bersih dan kemas.
Beliau juga turut menjual hasil-hasil keluaran
berasaskan pertanian lain daripada pengusaha
sekitar Sik tetapi dalam kuantiti yang terhad. Antara
jenis makanan ringan dan kuih tradisional buatan
pengusaha industri kecil tempatan yang dipasarkan
oleh Noor Aini di kedainya seperti baulu, buah rotan,
bunga pudak, maruku, dan lain-lain. Kedai Srikanis
Maju Enterprise ini secara tidak langsung telah
menjadi tempat dan harapan kepada pengusaha-
pengusaha kecil berasaskan pertanian untuk
memasarkan hasil mereka.
Selain menjual roti dan kek, Noor Aini juga menerima
tempahan daripada pelanggan yang inginkan
produknya. Dengan menggaji hanya 2 orang pekerja,
mereka berjaya memenuhi tempahan yang tidak
putus-putus diterima daripada pelanggan. Melihat
kepada kegigihan dan komitmen untuk memajukan
diri dan keluarga, beliau boleh dijadikan model
kepada golongan muda untuk menceburi bidang
perniagaan di samping mewujudkan peluang
pekerjaan kepada masyarakat setempat.
Sungguhpun baru setahun berada dalam
perniagaan, Noor Aini merasa amat puas dengan
apa yang dicapainya. Di sebalik kepuasan itu, beliau
menzahirkan kesyukuran kepada Allah S.W.T yang
memberikan rezeki buatnya. Beliau amat berterima
kasih dan tidak akan melupai jasa serta peluang
yang diberikan oleh PPK Sik dalam membantunya
menjalankan perniagaan. Kini pendapatan bersih
yang diperolehi adalah sekitar RM1,500.00 sebulan.
Beliau berhasrat membesarkan perniagaannya
kerana kemampuan masa kini untuk mengeluarkan
hasil agak terbatas berbanding permintaan yang
tinggi. Beliau akan pastikan hasrat ini tercapai
sebelum ada pesaing lain yang merebut peluang
tersebut. Harapan Noor Aini yang menerajui
Srikanis Maju Enterprise di masa hadapan ialah
mengembangkan perniagaan dengan lebih cepat
di samping memberikan perkhidmatan yang terbaik
kepada pelanggan sedia ada dan baru. Selain
itu Srikanis Maju Enterprise akan memfokuskan
perniagaan mereka kepada penjualan kek dan kuih
moden bagi memenuhi permintaan pelanggan serta
meningkatkan kapasiti pengeluaran roti di masa
hadapan. Apabila semua ini tercapai, Srikanis Maju
Enterprise akan memastikan pasaran diperluaskan
lagi di seluruh Daerah Sik dan daerah-daerah
berdekatan.
4
Projek Tanaman Ubi Kayu
PPK Sepang
Oleh: Abdul Razak Mat Yusuff (PPK Sepang)
U
bi kayu mengembalikan nostalgia kita ke
zaman pemerintahan Jepun di Tanah
Melayu dahulu. Masa itu ubi dimakan sebagai
pengalas perut kerana beras amat sukar diperolehi
akibat perang. Walaupun 6 dekad telah berlalu
yang pastinya ubi kayu masih relevan dalam diet
pemakanan kita hari ini. Ubi kayu yang menjadi satu
industri disekitar tahun 1970an untuk menghasilkan
tepung ubi telah ditambah nilai menjadi kudapan
eksklusif di hotel dan daripada proses bioteknologi,
ubi kayu menjadi bahan yang paling berharga untuk
kehidupan moden kini.
Daripada sifat biologi yang diketahui, ubi kayu sesuai
ditanam di kawasan iklim tropika. Bagaimanapun ia
boleh tumbuh dengan baik diiklim sub tropika. Dengan
kata lain tanaman ini tidak memerlukan iklim yang
spesik untuk pertumbuhannya. Namun demikian
ubi kayu akan tumbuh dengan baik pada iklim dan
tanah yang mendapat taburan hujan 750 -1000 mm/
setahun dengan ketinggian di bawah 1500 meter dari
paras laut serta suhu 25 -30 darjah Celcius.
Jika diteliti ubi kayu adalah antara tumbuhan amat
mudah ditanam. Dengan keadaan tanah di Malaysia,
cuma patahkan batang pokok tersebut dan cacak
ke bumi
nescaya ia
akan hidup tetapi untuk menghasil
ubi yang berkualiti amalan agronomi pertanian mesti
dipatuhi. Kalau tanam sekadar untuk dimakan pucuk
mungkin tiada masalah.
Ubi kayu boleh dipelbagaikan dalam masakan.
Selain dijadikan juadah seperti ubi rebus, pengat ubi,
tapai dan sebagainya, pucuknya juga boleh dijadikan
sayuran serta dipelbagaikan dalam masakan. Khasiat
yang diperolehi menyebabkan ia kini dijadikan
sayuran eksotik dan telah mula memasuki hotel-hotel
dan restoran eksklusif (From farm to table).
Dengan hanya menanam ubi kayu atau
mempelbagaikan kegunaanya melalui amalan
pertanian yang baik seseorang mampu menjadi
usahawan dan jutawan. Buktinya di Daerah Sepang
terdapat 57 pengusaha makanan ringan yang
menggunakan bahan mentah daripada ubi kayu dan
ada diantara mereka menggunakan kira-kira 5 metrik
5
tan ubi sehari bagi menghasilkan kerepek. Cuba kita
bayangkan 5 metrik tan ubi kayu apabila diproses
akan menghasilkan 1.75 metrik tan kerepek dan
setan kerepek dipasarkan dengan harga RM6,000.00
setan, agak lumayan, bukan!
Di Daerah Sepang penanaman ubi kebanyakannya
digunakan untuk industri pembuatan kerepek. Untuk
menghasilkan kerepek, ubi kayu jenis medan atau
jenis ubi kuning (Manihot esculenta) digunakan.
Ubi kayu yang ditanam di tanah gambut lebih sesuai
untuk dibuat kerepek kerana hasilnya lebih rangup
dan menghasilkan warna menarik. Walaupun
menanamnya mudah tetapi sekiranya aspek kualiti
ubi tidak diambil kira kerepek yang dihasilkan akan
berwarna coklat dan bukan kuning keemasan.
Memandangkan kerepek mendapat permintaan
yang tinggi di luar negara kerana keasliannya
berbanding cip kentang, maka kualiti perlu
dijaga. Kerepek ini pula telah dipelbagaikan dari
segi bentuk dan rasa untuk menarik pengguna
mencubanya mengikut citarasa masing-masing.
Oleh itu tidak hairanlah mitos yang mengatakan
makan ubi kayu boleh kembung perut dan makanan
orang kampung adalah tidak tepat kerana ianya
telah dijadikan kudapan di hotel-hotel dan telah
dieksport keluar negara.

Dalam industri bioteknologi, ubi kayu banyak
digunakan untuk menghasilkan bahan perisa
makanan seperti mononatrium glutamate
dan penghasilan glukos. Kanji daripada ubi
yang dihasilkan selain dijadikan tepung untuk
penghasilan bahan makanan terutamanya bihun
dan kuih-muih, ia juga boleh menghasilkan bahan
sampingan daripadanya seperti dijadikan kertas
dan makanan ternakan.
Ubi kayu juga boleh dijadikan sumber hidrokarbon
untuk menghasilkan etanol sebagai bahan bakar.
Pada masa depan ubi kayu berpotensi sebagai
sumber pengganti bahan api seperti bio diesel
daripada minyak kelapa sawit. Penanaman ubi boleh
dipertingkatkan sesuai dengan pertumbuhannya
yang toleran dengan tingkat kesuburan yang rendah
terutamanya kawasan tanah terbiar.
Permintaan ubi kayu untuk industri kerepek ini telah
mendorong Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)
Sepang membantu ahli-ahlinya dalam penanaman
ubi kayu. Menurut Encik Abdul Razak Mat Yusuff,
Pengurus Besar PPK, Lembaga Pertubuhan
Peladang (LPP) telah memperuntukan sebanyak
RM93,000 dalam bentuk penyediaan infrastruktur
dan input pertanian pada tahun 2007. Seramai
8 orang peserta telah terpilih dengan melibatkan
keluasan 20 hektar untuk ditanam di Tapak tanaman
Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di
Sungai Blankan, Sepang, Selangor.
Tanah yang disewa oleh peserta dengan kadar
RM200.00 setahun daripada pengurusan TKPM
telah mula diusahakan pada bulan Mei 2007.
Jangkaan pengeluaran hasil memakan masa
selama 8 ke 10 bulan. Pada bulan Mac 2008, projek
telah mula mengeluarkan hasil. Melihat kepada
kejayaan tanaman ubi kayu fasa pertama ini,
LPP telah meluluskan peruntukan untuk 6 orang
lagi peserta dengan keluasan 7.2 hektar yang
6
melibatkan peruntukan tambahan sebanyak
RM40,000.
Walaupun peruntukan daripada LPP terhad tetapi
penanaman ubi kayu untuk tujuan kerepek di daerah
Sepang semakin berkembang dan tertumpu di
kawasan TKPM yang berkeluasan 400 hektar dan
kawasan Agrotek seluas 100 hektar. Kawasan ini
pada asalnya dikhaskan dengan tanaman tertentu
tetapi telah ditanam dengan ubi kayu dan diusahakan
oleh ahli PPK Sepang.
Pemasaran ubi kayu diuruskan oleh PPK Sepang.
Ini bertujuan untuk membuat potongan kepada kredit
yang telah dikeluarkan. Di samping itu pendapatan
yang diperolehi akan disimpan sebagai tabungan
agar projek terus berkesinambungan dan bakinya
akan dipulangkan kepada peserta.
Dengan anggaran pengeluaran 400 metrik tan
sepusingan, peserta dijangka akan memperolehi
pendapatan sampingan sebanyak RM1800.00
sebulan. Daripada pengeluaran tersebut diharap
ianya dapat menampung keperluan pengusaha-
pengusaha kerepek setempat.
Bagi memastikan tanaman ubi kayu sentiasa
berterusan dan tidak menghadapi masalah
pemasaran, satu perjanjian persahaman telah
dibuat diantara PPK Sepang yang mewakili pihak
peserta dengan pembeli yang terdiri dari pengusaha-
pengusaha kerepek daerah Sepang. Seramai 57
orang pengusaha di Daerah Sepang ini adalah terdiri
daripada usahawan peladang yang menjadi ahli
dan pernah mendapat peruntukan melalui Program
Pembangunan Usahawan Peladang dan Program
Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
Daripada jumlah tersebut 25 orang darinya adalah
pengusaha kerepek yang terletak di kawasan
pengendalian PPK Sepang dan program Homestay
iaitu di Unit Peladang Hulu Chucuh, Bukit Bangkong
dan Ulu Teris atau lebih dikenali sebagai HOMESTAY
BANGHURIS. Untuk merealisasikan ladang kontrak ini,
satu majlis menandatangani Perjanjian Persahaman
(M.O.U) untuk program pengeluaran dan pemasaran
yang lebih sistematik telah diadakan pada 16 April 2008
di PPK Batu Laut dengan disaksikan oleh pihak FAMA
dan Y. Bhg. Dato Haji Abd Rahim bin Haji Ahmad,
Ketua Pengarah LPP.
Penggunaan hasilan daripada ubi kayu tidak pernah
mencukupi untuk kegunaan dalam negara. Hampir
100,000 tan kanji ubi kayu terpaksa diimpot dari Thailand
setiap tahun. Penurunan yang ketara daripada 20,000
hektar pada pertengahan tahun 70an kepada 4,000
hektar pada tahun 2000 menunjukkan penggunaan
ubi kayu masih relevan untuk permintaan tempatan.
Benarlah peribahasa orang dahulu Diam-diam Ubi
Berisi. Dengan penggunaan yang dipelbagaikan
daripada juadah dan kudapan eksklusif kepada produk
bioteknlogi seterusnya sebagai pengganti bahan api,
masa depan ubi kayu tidak boleh dipandang ringan
seperti ringannya kerepek tetapi telah dikomersialkan
sehingga merentasi benua Eropah dan Jepun.
7
TANAMAN PISANG SECARA
BERKELOMPOK
Oleh: Ahmad Farhan bin Kamaradin (LPP Kedah)
S
entiasa gigih berusaha dan akan merebut peluang
yang ada merupakan kunci untuk mencapai
kejayaan. Tiada alasan mengapa kejayaan tidak
boleh diperolehi setelah segala bentuk kemudahan
yang disediakan oleh kerajaan terhidang begitu
banyak. Pelbagai jabatan dan agensi kerajaan
diwujudkan bagi membantu terutama kepada rakyat
yang memerlukan bantuan. Pucuk pangkalnya,
tanya diri sendiri samada peluang yang terhidang
ingin direbut atau dibiarkan berlalu sahaja.
Demikianlah kata-kata semangat yang menjadi
bekalan oleh lima orang sahabat karib. Mereka
adalah empat orang anak muda beserta seorang
usahawan yang telah lama berkecimpung dalam
bidang pertanian. Kelima-lima rakan karib ini bersetuju
memilih Mohamad Hassan bin Mohamad Rawther
mengetuai mereka dalam usaha tani ini. Pemilihan
Mohamad Hassan sebagai ketua disebabkan
pengalaman beliau dalam bidang pertanian dan
pernah memenangi anugerah Peladang Jaya Muda
(PJM) Peringkat Negeri Kedah pada tahun 2005.
Mohamad Hassan berumur 43 tahun dan empat lagi
rakan peladang yang terlibat ialah Halim bin Ahmad
(48), Ziyadi bin Hamid (39), Sulaiman bin Mohamad
Rawther (38) dan Mohd Yusof bin Mansor (51).
Semangat yang ditunjukkan dan minat mendalam
terhadap bidang pertanian ini cukup membanggakan.
Perjalanan hidup sebagai peladang bukan bidang baru
yang mereka pilih. Beberapa tahun kebelakangan,
mereka telah mengusahakan tanaman ubi kayu dan
pisang secara kecil-kecilan di atas tanah masing-
masing. Kalau diamati konsep Pertanian Adalah
Perniagaan, tanah yang kecil tidak ekonomik
untuk dimajukan, lebih kepada memenatkan badan
daripada memperolehi pendapatan yang baik.
Kemudian mereka berusaha membesarkan projek
tanaman mereka dan berjaya mendapatkan tanah-
tanah kosong untuk disewa.
Kejayaan awal yang mereka kecapi telah memberi
rangsangan untuk terus melangkah lebih jauh lagi.
Ini sekali gus menjadi motivasi kepada mereka dan
menanam azam yang kuat bagi memperluaskan projek
tanaman yang mereka sedang usahakan sekarang.
Mereka sedar bahawa kerajaan turut menekankan
kepada pengeluaran dalam bidang pertanian.
Mereka juga tahu bahawa kerajaan telah menjadikan
pertanian sebagai enjin ketiga pertumbuhan ekonomi
negara. Ini membuatkan mereka ingin menyahut
cabaran Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)
dalam melahirkan 10,000 usahawan peladang
8
sebagai pemangkin kepada program pemodenan
dan transformasi sektor pertanian menjelang 2010.
Kegigihan dan kesungguhan mereka mendapat
perhatian Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)
Baling, Kedah dan dipilih sebagai usahawan
bimbingan PPK. Golongan peladang beginilah yang
menjadi perhatian PPK kerana sanggup berusaha
memajukan diri sendiri dan tidak mengharapkan
bantuan semata-mata. Mereka telah bersetuju untuk
mengembangkan daya usaha mereka dengan projek
tanaman pisang berangan secara berkelompok di
bawah bimbingan pertubuhan peladang melalui
pembiayaan LPP.
Mereka merupakan ahli PPK Baling dan mewakili
Unit Peladang Kampung Lanai, yang merupakan
salah satu unit daripada 59 unit peladang di PPK.
Ini menunjukkan mereka begitu yakin dan percaya
dengan kepimpinan organisasi yang mereka naungi
yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan
kepada mereka.
Usaha tani mereka bersama PPK Baling bermula
apabila PPK membuat cadangan kepada LPP untuk
memajukan tanah dengan tanaman pisang. PPK
telah mengenalpasti usahawan-usahawan yang
berpotensi yang bersetuju bekerjasama dengannya
melalui konsep perladangan kontrak. Setelah
dipersetujui, kertas kerja yang dikemukakan
menunjukkan projek tersebut berdaya maju, maka
projek tanaman pisang berangan ini bermula pada
tahun 2007, apabila LPP telah memberi kelulusan
peruntukan sebanyak RM70,000 di bawah program
peningkatan bahan makanan asas.
Peruntukan yang disalurkan adalah untuk membiayai
kemudahan infrastruktur ladang seperti membuat
pembersihan kawasan, membina jalan ladang,
membuat penyediaan tanah dan membina pagar
kawasan. Peruntukan tersebut juga digunakan
untuk membeli enjin pam air dan alatan ladang
yang berkaitan. Bagi memastikan projek ini berjalan
lancar, PPK Baling menyediakan sebahagian dari 10
perkhidmatan yang ditawarkan seperti menyalurkan
bantuan input pertanian seperti benih-benih
pisang, baja tanaman serta racun kawalan rumpai
dan serangga. Bantuan yang diterima ini telah
memberikan suntikan semangat kepada mereka
untuk meningkatkan usaha dalam bidang pertanian
dan menjadi contoh kepada masyarakat sekeliling.
Bagi memastikan pelaksanaan projek tanaman
pisang berangan ini berjalan secara berterusan,
beberapa langkah telah diambil oleh PPK Baling yang
diketuai oleh Encik Ahmad Hana bin Ismail sebagai
Pengurus Besar dan dipantau secara dekat oleh
Pengurus Projek. PPK menekankan kepada kaedah
pengurusan yang sistematik dengan mengwujudkan
jawatankuasa-jawatankuasa tertentu dalam projek
berkenaan bagi memastikan projek berjalan lancar
dan berjaya.
Dengan cara ini, terbukti bahawa projek tanaman
pisang berangan ini bukan sahaja telah mengeratkan
hubungan akrab antara peladang dengan pengurusan
PPK, malahan juga telah berjaya menghubungkan
semangat kerjasama diantara jabatan dan agensi
di bawah Kementerian Pertanian dan Industri
Asas Tani. Projek dilaksanakan atas semangat
MoA Inc berdasarkan kerjasama bersepadu antara
9
LPP, Jabatan Pertanian, Jabatan Pengairan dan
Saliran (JPS) dan Lembaga Pemasaran Pertanian
Persekutuan (FAMA).
Cara PPK Baling menangani pelaksanaan projek
tanaman pisang ini telah menarik minat peserta-
peserta projek yang terpilih. Langkah pertama yang
dilakukan oleh PPK Baling ialah mengenalpasti lokasi
projek dan kesesuaian iklim serta tanah. Apabila
tanah telah dikenalpasti, tuan tanah akan dihubungi
dan PPK akan berunding bagi menyewa tanah
pertanian tersebut untuk diusahakan. PPK Baling dan
tuan tanah akhirnya bersetuju dengan kadar sewaan
RM100.00 setahun bagi setiap relong dan disertakan
dengan surat perjanjian sewa tanah selama 5 tahun.
Sewaan tanah tersebut boleh dipanjangkan dengan
persetujuan bersama antara PPK dan tuan tanah
apabila tempoh sewaan sekarang tamat.
Seterusnya sebelum projek bermula, ilmu yang
secukupnya diperlukan supaya peserta-peserta dapat
memahami kaedah pengendalian projek. Peserta-
peserta didedahkan dengan kursus dan latihan dalam
pelbagai aspek terutamanya aspek teknikal tanaman
pisang dan pengendalian di ladang. Kursus-kursus
ini dijalankan dengan kerjasama antara PPK Baling
dengan jabatan dan agensi yang berkaitan. Lawatan
ke projek yang berjaya juga dirancang bersama
dengan peserta supaya dapat mempelajari aspek
sebenar di ladang.
Setelah semua perkara berkaitan pelaksanaan
projek diselesaikan, pihak pengurusan PPK Baling
akan menyerahkan tanah yang disewakan kepada
peladang untuk diusahakan dengan syarat-syarat
tertentu. PPK Baling menetapkan supaya projek
tanaman pisang berangan yang diusahakan
ini dilaksanakan mengikut sistem giliran atau
berperingkat. Ini bertujuan bagi membolehkan
pengeluaran buah dapat dirancang dengan
sempurna. Dengan cara ini, pemasaran dapat
dilaksanakan dengan lebih tersusun dan sistematik
tanpa adanya lambakan. Di samping itu, kaedah ini
dipercayai dapat mengurangkan serangan penyakit
pada pokok pisang.
Buat masa ini, keluasan projek tanaman pisang yang
diusahakan ialah 5 hektar dengan 2,500 hingga
3,000 pokok pisang berangan. Sekiranya diuruskan
melalui amalan pertanian baik, ianya akan dapat
10
menghasilkan pendapatan yang agak lumayan
kepada pengusaha. Pokok akan matang dan
menghasilkan buah yang boleh dipasarkan dalam
tempoh 8 hingga 9 bulan.
Sebagaimana projek-projek pertanian lain, PPK
Baling akan memastikan projek tanaman pisang ini
berjalan dengan sempurna dan berterusan. PPK
Baling akan membuat pemantauan dan memberikan
khidmat nasihat yang perlu kepada peserta-peserta
projek. Pengurus Projek PPK bertanggungjawab dari
segi kawalselia projek. Mesyuarat Jawatankuasa
Teknikal Projek yang melibatkan peserta-peserta,
wakil Ahli Jemaah Pengarah (AJP) dan pihak
pengurusan PPK Baling akan diadakan setiap 2
bulan sekali. Melalui mesyuarat berkenaan, ianya
dapat mengenalpasti perkembangan projek. Setiap
peserta juga dikehendaki melaporkan perkembangan
yang berlaku sepanjang tempoh perlaksanaan.
Peserta-peserta akan bertanggungjawab sepenuhnya
terhadap kawasan tanaman mereka dan PPK akan
memastikan projek dilaksanakan secara sepenuh
masa. Peserta yang gagal mematuhi syarat ini akan
diganti dengan peserta yang lain. Setiap peserta
perlu terlibat dari peringkat awal tanaman sehingga
kepada tuaian hasil. Projek yang dijalankan ini
apabila diberi tumpuan secara serius adalah diyakini
akan mencapai kejayaan.
Hasil tanaman daripada projek ini akan dipasarkan
melalui FAMA sebagai pemasar induk. Di bawah
program perladangan kontrak yang diperkenalkan
oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani,
pihak FAMA akan mengurus dan mengkelasikasikan
buah pisang berangan mengikut gred yang ditetapkan.
Harga buah pisang ditetapkan atas persetujuan
bersama. Pemasaran pisang daripada projek ini akan
dikawalselia oleh PPK Baling yang menjadi orang
tengah kepada peladang.
Apa yang menarik, PPK juga mempunyai bengkel
pemprosesan kerepek yang terletak di Carok
Kangar. Oleh yang demikian, sebahagian daripada
hasil tanaman pisang ini dirancang akan di hantar
keperusahaan kerepek pisang. Dengan kejayaan
tersebut, fokus PPK untuk mewujudkan lebih banyak
peluang pekerjaan kepada penduduk setempat melalui
projek pertanian dalam usaha meningkatkan taraf sosio
ekonomi masyarakat setempat akan tercapai.
11
S
istem Kawalan Dalaman yang efektif adalah
sangat penting dalam menangani perubahan
dan pembangunan ekonomi yang berlaku dalam PP.
Persaingan perniagaan untuk mendapat keuntungan
perolehan yang tinggi telah menyebabkan
pengurusan PP kurang memberi tumpuan kepada
Sistem Kawalan Dalaman PP yang berkesan.
Pengurusan PP hendaklah mengambil tindakan
untuk memperbaiki Sistem Kawalan Dalaman PP
supaya kesilapan, penyalahgunaan kuasa dan
penyelewengan dapat dapat dielakkan.
Sistem Kawalan Dalaman ialah satu proses
berterusan pengurusan sesebuah organisasi bagi
memastikan objektif berikut tercapai:
a. Gambaran akaun dan maklumat kewangan
PP yang benar, telus dan dipercayai.
b. Kepatuhan kepada undang-undang dan
peraturan PP.
c. Dasar dan prinsip perakaunan yang
diterimapakai.
d. Mengawal dan menjaga sumber aset dan
operasi PP secara cekap dan berkesan.
Tanggungjawab Sistem Kawalan Dalaman PP
Sistem Kawalan Dalaman adalah satu aspek
penting di bawah tanggungjawab pengurusan PP.
Jemaah Pengarah bersama Pengurus Besar PP
SISTEM KAWALAN DALAMAN
PERTUBUHAN PELADANG
Oleh : Wan Salahuldin Wan Mohd Rashdi (PPK Cameron Highlands)
bertanggungjawab mewujudkan Sistem Kawalan
Dalaman PP efektif yang dapat dlaksanakan dengan
baik.
Sistem Kawalan Dalaman PP adalah termasuk
perkara-perkara seperti berikut:
a. Pelan Pengurusan Organisasi PP.
b. Manual Prosedur Kerja bagi
menjalankan tugasan pegawai PP.
c. Kawalan terancang bagi perlindungan
dokumen, rekod dan aset PP yang
bernilai.
d. Penyelenggaraan rekod dan akaun PP
yang tepat dan terperinci.
e. Maklumat transaksi dan laporan prestasi
aktiviti projek PP.
f. Pematuhan kepada dasar, panduan,
amalan tadbir urus dan undang-undang
PP.
Jenis Sistem Kawalan Dalaman PP
a. Kawalan Pentadbiran PP
Kawalan Pentadbiran PP mengandungi
perancangan organisasi dan semua jenis
prosedur kerja yang berkaitan dengan operasi
pematuhan kepada sistem rekod dan proses
12
membuat keputusan sehingga ke peringkat
membenarkan kelulusan transaksi oleh
pengurusan. Ini termasuk kawalan-kawalan lain
seperti laporan prestasi kerja, kawalan kualiti
dan analisa kewangan PP.
b. Kawalan Pencegahan PP
Kawalan Pencegahan PP adalah untuk mengelakkan
perkara tidak diingini daripada berlaku. Antara
langkah-langkah kawalan pencegahan PP
termasuklah menyediakan kawalan pintu
keselamatan, peti besi, simpanan barangan
berharga, insuran, pembahagian tugas dan
tanggungjawab kuasa menandatangani dokumen
dan kata laluan akses kepada sistem komputer PP.
c. Kawalan Pengesanan PP
Kawalan Pengesanan PP adalah untuk mengesan
punca masalah yang berlaku dan mengenalpasti
pihak yang bertanggungjawab serta membuat
penambahbaikan. Kawalan ini termasuk tugas dan
tanggungjawab pentadbiran bagi menandatangani
dan menyediakan dokumen, melaporkan sesuatu
transaksi, laporan prestasi, analisa dan kemasukan
di dalam buku daftar dan rekod penggunaan log
komputer PP.

c. Kawalan Perakaunan PP
Kawalan Perakaunan PP mengandungi perancangan
organisasi dan semua jenis prosedur kerja berkaitan
dengan keselamatan asas serta kesahihan rekod-
rekod. Kawalan ini termasuk kebenaran kelulusan
oleh pihak berkuasa, ketepatan merekod transaksi,
akauntabiliti, pembahagian tugasan dan operasi,
kawalan zikal aset dan Audit Dalaman PP.
Pemeriksaan Sistem Kawalan Dalaman PP
Tujuan utama pemeriksaan Sistem Kawalan Dalaman
PP adalah untuk memastikan perkara-perkara seperti
berikut:
a. Keselamatan aset PP.
b. Pengesanan kesilapan dan penipuan.
c. Pencegahan dan pengesanan salahguna
kuasa.
d. Kecekapan dan kepatuhan kepada aliran
kerja dan operasi.
e. Kepatuhan kepada dasar pengurusan PP.
f. Penyediaan pemerhatian audit bagi
mengesan transaksi dan urusniaga PP.
Ciri-ciri Sistem Kawalan Dalaman PP Yang
Berkesan
a. Pelan Pengurusan Organisasi PP
PP perlu mengadakan suatu pelan pengurusan
organisasi PP bagi menjelaskan tugas dan
tanggngjawab setiap pegawai dan pekerjanya.
Perwakilan kuasa dan tanggungjawab hendaklah
dibuat dengan jelas bagi mengelakkan pertindihan
dan kekeliruan dalam menjalankan tugas.
b. Panduan Prosedur Piawaian PP
Prosedur piawaian di peringkat operasi utama seperti
pengurusan tunai, pinjaman, simpanan, pelaburan
saham, hartanah dan penyenggaraan rekod adalah
satu keperluan bagi mengekalkan konsistensi dan
ketelusan. Prosedur piawaian hendaklah diluluskan
oleh pengurusan PP dan dimaklumkan kepada
semua anggota PP.
13
c. Pembahagian Tugas Pegawai
Pembahagian tugas dan tanggungjawab yang
jelas boleh mengelakkan sebarang kesilapan,
penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan semasa
seseorang individu memproses dan merekodkan
transaksi. Kriteria penting pengasingan tugas adalah
seperti berikut:
i. Pengasingan tugas penjagaan keselamatan
simpanan wang tunai dan penyelenggaraan
rekod perakaunan hendaklah dibuat oleh
pegawai berlainan.

ii. Penurunan kuasa akan memberi tanggungjawab
kepada pemegang kuasa untuk melaksanakan
semua transaksi secara berhemat. Penurunan
kuasa merujuk kepada keputusan Mesyuarat
Jemaah Pengarah PP meluluskan dasar bagi
membolehkan seseorang pegawai mengambil
tindakan dalam bidang kuasa yang dibenarkan.
iii. Dokumen dan rekod transaksi perlu dibentuk
dan dikemaskini dengan baik. Senarai akaun
yang menunjukkan tajuk dalam Lejar Am adalah
satu cara kawalan dokumen selaras dengan
prinsip-prinsip perakaunan standard.
iv. Pengunaan peti keselamatan bagi menyimpan
aset seperti wang tunai, sijil saham, geran,
dokumen dan surat ikatan adalah kawalan zikal
yang penting.
v. Prosedur pengambilan kakitangan PP yang
baik dan berdisplin. Pekerja yang dilantik mesti
mempunyai kompetensi dan kemahiran setaraf
dengan tugas dan tanggungjawab yang diberikan.
vi. Sistem kawalan dalaman yang wujud hendaklah
termasuk pemantauan oleh pegawai yang
bertanggungjawab ke atas operasi harian PP.
vii. Penyeliaan berterusan dan semakan hendaklah
dibuat oleh pengurusan PP ke atas perbelanjaan
kewangan dengan Belanjawan Tahunan PP dan
keberkesanan fungsi Audit Dalam PP.
viii. Seseorang pegawai yang menjalankan
pemeriksaan penilaian prestasi ke atas mana-
mana pekerja hendaklah bebas daripada pekerja
berkenaan yang dipertanggungjawabkan
dengan prosedur kerja yang berkaitan.
Tindakan Pengesanan Sistem Kawalan Dalaman
PP
a. Ketegasan dan pendirian pihak pengurusan PP
untuk melapor dan mengambil tindakan tatatertib
ke atas pegawai dan kakitangan yang didapati
melanggar peraturan dan undang-undang PP.
b. Peka dan mengambil tindakan susulan ke
atas aduan dan laporan penyelewengan yang
diterima.
c. Mengiktiraf dan memberi kerjasama kepada
kakitangan PP yang melaporkan salahlaku dan
penyelewengan.
d. Memikul amanah dan tanggungjawab
akauntabiliti untuk memberi keterangan dan
penjelasan kepada pihak atasan.
Tindakan Pemulihan dan Khidmat Nasihat
a. Kaunseling dan khidmat nasihat.
b. Mentor dan khidmat bimbingan.
14
c. Penyeliaan dan pemantauan rapi.
d. Kursus kemahiran dan motivasi.
e. Perpindahan tempat kerja baru.
f. Putaran kerja dan pembahagian tugas.
Fungsi Juruaudit Dalaman PP
a. Mengkaji secara kerap dan berjadual atas
operasi dan Sistem Kawalan Dalaman PP.
b. Menyediakan peningkatan berterusan ke
atas kawalan dan prosedur pengurusan risiko
kemungkinan fraud.
c. Penemuan audit sewajarnya dibincangkan
diperingkat pengurusan dan tindakan
dipersetujui sebagai jawab balas kepada syor
yang dibuat oleh Juruaudit Dalaman PP.
Mekanisme Sistem Kawalan Dalaman Berkesan
i. Pegawai Penyelia Daerah LPP hendaklah
mempunyai tahap pengetahuan dan
kemahiran yang mencukupi untuk mencegah
katidakpatuhan kepada undang-undang.
ii. Lawatan berkala dan tindakan susulan dalam
bentuk pengesanan dan pemantauan kepada
operasi dan aktiviti PP.
iii. Semak dan pastikan Sistem Kawalan Dalaman
diamalkan di PP dengan menitikberatkan
beberapa prosedur seperti:
a. Prosedur Pembayaran.
b. Prosedur Pembelian.
c. Prosedur Penggunaan Cek.
d. Pengurusan Buku Tunai.
e. Pengurusan Stok dan Inventori.
f. Pengurusan Kredit Pinjaman PP.
iv. Penyeliaan dan pemantauan dilakukan melalui
mesyuarat-mesyuarat di PP seperti berikut:
a. Membincangkan mengenai isu-isu penting
PP.
b. Menyediakan kertas kerja cadangan
dengan sempurna dan lengkap.
c. Membuat keputusan yang tidak
bertentangan dengan undang-undang PP
dan Keputusan Mesyuarat Agung PP.
d. Mencatat Minit Mesyuarat Jemaah
Pengarah PP dengan betul berdasarkan
keputusan yang telah dibuat.

v. Penyeliaan yang berkesan adalah merujuk
kepada latihan, khidmat bimbingan dan tunjuk
ajar yang akan menjurus kepada peningkatan
tanggungjawab, amanah dan kemahiran
kepada anggota PP.
vi. Kesesuaian penempatan anggota dengan
sesuatu tugas dan aktiviti yang dilaksanakan
memainkan peranan yang penting dalam
memastikan projek pembangunan dan aktiviti
PP mencapai kejayaan.
Secara kesimpulannya sistem kawalan dalaman PP
merupakan satu mekanisme yang dapat menentukan
pergerakan PP itu sendiri samaada terus berdaya
saing atau sebaliknya. Jika sistem tersebut
diadaptasikan dengan sebaik mungkin PP akan terus
melangkah ke hadapan seiring dengan kepercayaan
ahli terhadap pihak yang bertanggungjawab akan
menjadi lebih padu.
15
Penaung
Dato Haji Abd. Rahim bin Haji Ahmad
Penasihat
Haji Arpan Shah bin Satu
Hajah Mariam Mas bte Yaacob
Ketua Pengarang
Haji Abd. Nasir bin Haji Ismail
Penyunting
Azizan bin Othman
Rohman bin Jasmani
Edisi Internet
Haninah bte Abd. Rahman
Diterbitkan Oleh:
Lembaga Pertubuhan Peladang,
Blok C Utara, Pusat Bandar Damansara, Bukit
Damansara,
50990 Kuala Lumpur.
Grak/Illustrator
Rohman bin Jasmani
Kamaruzzan bin Hanif
Berita Transformasi Elektronik
boleh dilayari di
http://www.lpp.gov.my
Borang Penyertaan dan Keterangan Lanjut Sila Rujuk :
Mohamad Zulkhairi bin Rosli = Bahagian Kewangan
Ahmad Ariff bin Nordin = Bahagian Latihan
Mohd Faizal bin Mohd Noor = Bahagian Kewangan
Iryan Miafarah bte Mansor = Bahagian Industri Asas Tani
Mihazriza bte Mohd Misli = Bahagian Pengeluaran Ladang
Ibrahim bin Mohamad = Bahagian Perniagaantani
Anita bte Sanie = Bahagian Kewangan
16

Anda mungkin juga menyukai