Anda di halaman 1dari 10

PEMBINAAN UJIAN

Item Ujian

Biasanya kita menganggap pembinaan item dalam ujian Bahasa Melayu sebagai
perkara mudah. Hanya apabila item-item ujian ini ditadbirkan kepada pelajar-pelajar
barulah timbul pelbagai masalah umpamanya dari segi konsep, tiada jawapan yang
tidak digunakan langsung, item yang terlalu mudah dan sukar, item yang bertindan,
arahan yang tidak jelas, rangsangan yang kabur, tidak ada pengkhususan dalam bidang
yang disoal dan item yang tidak seimbang dengan pemarkahan serta pelbagai
kesalahan lain. Kesalahan-kesalahan ini akan menjejaskan kesahan dan
kebolehpercayaan bahan ujian kita itu. Oleh yang demikian kita perlu sedar tentang
beberapa aspek pembinaan item-item ujian bahasa Melayu di peringkat sekolah
menengah.

Sebelum membina sesuatu item ujian kemahiran bahasa, kita perlu menentukan tujuan
ujian itu dibuat, apa yang hendak diuji, jenis dan bentuk item ujian, bagaimana item ujian
itu ditadbirkan dan bila serta masa ujian itu dijalankan. Item-item yang dibina dan dipilih
juga hendaklah berasaskan kepada kemahiran-kemahiran bahasa, objektif dan isi
kandungan pelajaran.

Selaku guru bahasa kita seharusnya sedar tentang kedudukan dan kepentingan ujian
dalam penilaian pendidikan bahasa untuk mendapatkan maklumat tentang pencapaian
pembelajaran pelajar-pelajar, kelemahan dan kekuatan pelajar-pelajar dalam
pembelajarannya. Ini berguna bagi guru dalam memperbaiki dan mempertingkatkan
sesuatu pengajaran dan pembelajaran.

Jenis-jenis Ujian

Berbagai-bagai jenis ujian dapat digunakan dengan berkesan sekiranya ia dirancang


dan sesuai pula dengan kemahiran yang hendak diuji. Dalam pengajaran pembelajaran
bahasa KBSR dan KBSM, penguasaan pelajar-pelajar terhadap kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis perlu diuji dengan menggunakan pelbagai jenis ujian
dan teknik pembinaan item ujian yang sesuai. Di bawah ini diperturunkan beberapa
jenis ujian iaitu:

i. objektif dan
ii. subjektif

Objektif

Sesuatu ujian itu dikatakan ujian objektif kerana pemeriksa yang berlainan akan
memberi markah yang sama apabila memeriksa kertas yang sama. Ujian objektif
dibentuk daripada beberapa item objektif yang boleh diperiksa secara objektif iaitu
pemeriksa-pemeriksa berlainan memperoleh skor yang sama ketika memeriksa tindakan
balas yang serupa ( Gronland, 1977). Kenyataan ini menunjukkan objektiviti sesuatu
ujian itu merujuk kepada bagaimana skor diperoleh. Item ujian jenis objektif ini

1
memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau paling baik.
Antara item ujian ini termasuklah item jawapan pendek, item jenis padanan, item jenis
aneka pilihan dan kloz.

Item objektif boleh dibahagikan kepada dua jenis berdasarkan cara tindakbalas yang
diberikan kepada pelajar iaitu:

a. item respons bebas ( jenis sumbangan)


b. item respons tetap ( item objektif pilihan)

Item Respon Bebas

Soalan jenis ini memerlukan calon meneliti soalan dan menuliskan jawapan sendiri pada
ruang yang disediakan. Biasanya jawapan ditulis di hujung soalan atau dalam kotak
yang disediakan. Di bawah ini ditunjukkan beberapa contoh jenis item respon bebas.

i. Jenis soalan:

contoh:
a) Imbuhan apakah yang terdapat dalam perkataan kemahiran?
(ke - an)
b) Apakah lawan bagi perkataan untung?
( rugi)

ii. Item Melengkapkan Penyataan

Contoh:
a) Kita mesti naik bas ke rumah Nasharudin kerana rumahnya
_____(jauh) dari tempat ini.
b) Ariff pernah _________(tinggal) di Kuala Lumpur.

Item Respon Tetap ( Item Objektif Jenis Pilihan)

Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan betul atu paling tepat.
Jawapan mungkin dipilih daripada dua atau lebih pilihan. Item-item itu ialah format
Salah-Betul, Padanan, dan aneka pilihan.

i. Item Salah-Betul

Item ini dikenali sebagai Item Dua Pilihan iaitu item yang mengandungi penyataan yang
perlu ditandakan dengan dua pilihan sahaja iaitu: betul (B) atau salah (S). Ada ketika
guru menggunakan setuju (S) atau tidak setuju (TS) pada penyataan atau ya (Y) atau
tidak (T) pada soalan.

2
Format-format ini dikira sebagai item-item dua pilihan oleh kerana kesemuanya
melibatkan penerimaan atau penafian.

Contoh bagi Item Dua Pilihan:


a) Nyatakan sama ada pernyataan berikut Betul atau Salah.
i) Simpulan bahasa kaki bangku bermaksud orang yang berjalan
tanpa kasut. B /S

b) Nyatakan Ya atau Tidak pada pernyataan berikut:


i) Bahasa adalah sesuatu yang diwarisi. Ya/Tidak

ii. Item Padanan

Item Padanan atau Suaian biasanya mengandungi dua ruangan senarai yang
mengandungi perkataan atau frasa.perkara . Ruangan A dipanggil pokok soalan
(premise) dan ruangan B dipanggil jawapan (response). Pelajar dikehendaki memilih
jawapannya dengan memadankan objek/ perkara yang berkaitan di ruang A dengan
objek/ perkara diruang B.

Contoh :
Padankan kata bilangan dengan contoh yang diberi dengan menggunakan
garisan lurus untuk menghubungkan kotak-kotak yang diberi.

Ruangan A Ruangan B
(Kata Bilangan) (Contoh)
1. Kata Bilangan Tentu A. Separuh bahagian hartanya akan diserahkan kepada
rumah anak yatim.
2. Kata Bilangan Himpunan B. Aminah mempunyai dua ekor arnab
3. Kata Bilangan Pecahan C. Pelajar kelas itu mengeluarkan buku masing-masing
apabila guru masuk ke kelas.
4. Kata Bilangan Pisahan D. Kelima-lima pelajar diarahkan supaya berjumpa dengan
Pengetua.

iii. Item Aneka Pilihan

Item aneka pilihan merupakan jenis ujian objektif yang paling popular sekali di kalangan
pembina item ujian. Item aneka pilihan adalah dari golongan item jawapan tetap kerana
diberikan tindakbalas terbatas. Jenis item aneka pilihan adalah seperti yang berikut.

a. Item aneka pilihan berbentuk soalan

Contoh:

1. Di antara ayat-ayat berikut yang manakah ayat suruhan?

(A) Jangan lari.

3
(B) Padamkan lampu itu.
(C) Sila duduk sekarang.
(D) Harap anda dapat datang esok.

b. Pokok soalan berbentuk ayat tidak lengkap

Contoh:

1. Ayat yang tergolong dalam ayat selapis ialah

(A) Jika dia rajin dia lulus.


(B) Mereka membaca buku di perpustakaan.
(C) Guru yang gemuk itu ditimpa kemalangan.
(D) Sungguh mustahil untuknya melarikan diri.

c. Mengisi Tempat Kosong

Contoh:

1. Air di dalam kolam itu _______ kerana hujan sudah lama tidak turun.

(A) keringan
(B) mengeringkan
(C) kekeringan
(D) berkeringan

d. Jenis Jawapan Terbaik

Contoh:

1. Definisi terbaik bagi kata adjektif ialah kata yang

(A) menunjukkan sifat sesuatu.


(B) menerangkan keadaan bagi sesuatu kata nama.
(C) menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif.
(D) mempunyai satu kata adjektif dan unsur-unsur keterangan
lain seperti kata bantu atau kata penguat.

e. Analogi

Contoh:

Arahan: Tiap-tiap pasangan perkataan di bawah diikuti empat pasang


perkataan. Pilih pasangan yang mempunyai perkaitan dengan pasangan
awal.

4
hitam : putih

E) kain : merah
F) merah : tua
(C) merah : hijau
(D) merah : jambu

f. Antonim

Contoh:

Arahan: Tiap-tiap soalan dimulakan dengan perkataan berhuruf


besar dan diikuti oleh lima perkataan. Pilih perkataan yang berlawanan
dengan perkataan berhuruf besar.

PEMARAH
I. Penyabar
II. Pengampun
III. Pendamai
IV. Peramah

(A) I dan II sahaja


(B) I dan IV sahaja
(C) II dan III sahaja
(D) III dan IV sahaja

g. Jenis Negatif

Tumpuan pelajar dipusatkan kepada mencari fakta yang salah. Pokok


soalan sering mengandungi perkataan kecuali, bukan, tidak, dan lain-
lain.

Contoh:

Semua kata ganda di bawah mempunyai aspek makna yang sama


kecuali

(A) labi-labi.
(B) rama-rama.
(C) kuda-kuda.
(D) kura-kura.

h. Item Jenis Cantuman.

Contoh (a) : Cantuman jenis sesuai/ tidak sesuai

1. Pilih ayat atau ayat-ayat yang menggunakan kata yang berhuruf condong
dengan betul dan tentukan bahawa anda memilih cadangan jawapan
yang paling sesuai.

5
I. Mereka menyokong dan memapah lelaki yang hampir
pitam itu agar tidak rebah.
II. Orang ramai menyokong langkah langkah pihak berkuasa
membenteras kegiatan cetak rompak.
III. Setiap bulan abanglah yang menyokong persekolahan
kami bertiga.
IV. Para pelajar sekolah itu diminta menyokong pasukan bola
baling sekolah mereka yang akan bertanding esok.

(A) I dan III sahaja


(B) II dan IV sahaja .
(C) I, II dan IV sahaja
(D) I,II, III dan IV

Contoh (b): Jenis cantuman aneka pelengkap yang mempunyai urutan/


sekuen.

1. Di bawah ialah senarai rujukan hormat tetamu yang hadir dalam


satu majlis. Susun senarai di bawah mengikut urutan keutamaan.

i.Yang Berusaha
ii.Yang Amat Berhormat
iii.Yang Berhormat
iv. Yang Berbahagia

(A) I, II, III dan IV


(B) II, III, IV dan I
(C) III, II, I dan IV
(D) IV, III, II dan I
2.
I. Yang dimuliakan Saudara Pengerusi Majlis
II. Yang Berusaha Tuan Pengetua Sekolah
III. Guru-guru dan ibu bapa
IV. Tuan-tuan dan puan-puan
V. Yang Berbahagia Tuan Pegawai Daerah

Susunan pembuka kata ucapan di atas mengikut urutan yang betul ialah

(A) I, II, III, IV, V


(B) I, III, II, V, IV
(C) I, IV, III, II, V
(D) I, V, II, III, IV
Aras kemahiran item objektif aneka pilihan

Item objektif aneka pilihan boleh dibina untuk semua aras kemahiran bidang kognitif di
bawah kategori Taksonomi Bloom.

Aras kemahiran dalam bidang kognitif Kata-kata kerja


1. Pengetahuan Manakah, Apakah,
Aras ini menguji kebolehan pelajar mengingat kembali fakta, erti, istilah, Siapakah, Bilakah, Berikan,
prinsip, hukum, definisi yang dipelajari Senaraikan, Nyatakan

6
2. Kefahaman
Aras ini menguji kebolehan kebolehan pelajar memahami, menterjemah, Huraikan, Benarkan,
meninterpretasi, menukar dan menjelaskan fakta, konsep, hokum, teori yang telah Jelaskan, Terangkan,
dipelajari. Tukarkan, Mengapa.
3. Aplikasi Tunjukkan, Kirakan,
Aras ini menguji kebolehan pelajar menggunakan fakta, konsep, hukum, teori, Selesaikan,
prinsip, pengetahuan dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan. Demonstrasikan, Susunkan,
Uruskan, Gunakan
4. Analisis Bezakan, Bandingkan,
Aras ini menguji kebolehan pelajar membanding dan menghuraikan factor- Asingkan, Tafsirkan,
faktor kesamaan, perbezaan dan perhubungan di antara satu sama lain. Bahagikan, Klasifikasikan
5. Sintesis Gabungkan, merekabentuk,
Aras ini menguji kebolehan pelajar mencantumkan, menggabungkan dan Bentukkan, Kumpulkan,
mengintegrasikan fakta-fakta atau idea-idea yang berkaitan. susunkan, Gubahkan,
Karangkan.
6. Penilaian Nilaikan, Rumuskan,
Aras ini menguji kebolehan pelajar membuktikan, menilaikan, mengesahkan, Tafsirkan, Kritikan,
mengkritik, merumuskan, atau memberi pendapat sesuatu penyataan, ciptaan, Bandingkan, Ulaskan,
karya, prinsip, teori dan sebagainya. Bezakan, Huraikan,
Buktikan.

Teknik Kloz

Teknik menggunakan ujian kloz sebagai alat bagi menguji kefahaman bacaan boleh
digunakan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. Sungguhpun teknik
kloz memerlukan prosedur tertentu dari segi pembinaan ujian, pentadbiran dan
pemarkahan, ini semua tidak sukar dilakukan, dan sepatutunya boleh diuruskan oleh
guru-guru bahasa Melayu. Dalam ujian kloz pelajar diminta mengisi tempat kosong
yang telah sengaja dikosongkan oleh guru/ penguji dalam sesuatu keratan bacaan.
Pada mulanya, pelajar diminta melihat dan membaca keratan itu secara
keseluruhannya. Kemudian, berasaskan kefahaman mereka ke atas teks itu
keseluruhannya, mereka akan mencuba mengisi tempat yang dikosongkan dengan
perkataan yang paling sesuai menurut makna keseluruhan teks.

Contoh:
Isikan tempat-tempat kosong dalam petikan berikut dengan perkataan-perkataan
yang sesuai, berdasarkan senarai.

Kerajaan negeri Johor bersedia ______ sedikit bantuan yang diperlukan _____
pihak persendirian dalam usaha ______ bangunan tambahan di kawasan rumah
_______ yatim di situ untuk menampung _______ mereka. Sumbangan yang
sentiasa ______ masuk dari penderma-penderma atau _______ hartawan
secara tidak langsung ______ membantu mereka dalam menjalankan ______
untuk memberi didikan serta ______ yang sempurna kepada kanak-kanak
berkenan.

Jawapan

Menguntukkan, kepada, para, menghadiahkan, kemunduran, percubaan,


oleh, membuat, penjagaan, anak-anak, ahli-ahli, menubuhkan, ketiadaan,
aktiviti, bertambah, budak-budak, telah, mengalir, kekurangan ganjaran.

Soalan Subjektif

7
Ujian subjektif ialah ujian yang terdiri daripada soalan yang memerlukan pelajar
memberi tindak balas secara lisan atau bertulis. Tindak balas pelajar mungkin bebas
atau terhad. Sekiranya bebas, tindak balas itu adalah karangan dan sekiranya terhad, ia
mungkin merupakan satu ayat sahaja. Tindak balas yang dikehendaki ditentukan oleh
penggubal soalan ujian itu. Soalan ujian subjektif boleh dibahagikan kepada item jenis
struktur dan esei. Soalan esei pula terbahagi kepada dua jenis iaitu tindak balas terhad
dan jenis tindak balas lanjutan.

i. Item Jenis Struktur

Item jenis struktur merupakan item-item yang disusun dan diatur secara sistematik dan
berkembang untuk menjadi rangka kepada satu persoalan yang lebih besar atau
berkaitan dengan satu-satu tema. Ini terbentuk daripada satu atau dua bahagian iaitu
jawapan yang mengandungi beberapa patah perkataan dan bahan-bahan yang
disertakan pada soalan.

Item-item struktur ini memberi pelajar panduan/ bimbingan/ rangka serta memberi
rangsangan / bahan asas untuk memulakan jawapan. Ia juga memberi tanda isyarat
yang tetap bagi bertindak balas terhadap soalan berdasarkan petunjuk markah dan
ruang jawapan yang disediakan. Dalam pembinaan item ini, beberapa item pendek
boleh dihubungkan menjadi set item-item yang dibentuk dengan menggunakan
rangsangan yang sama. Sebagai satu ujian ringkas mengenai sesuatu tajuk/ perkara ,
item struktur sebenarnya mengandungi elemen item objektif dan item esei.

Jenis soalan struktur ini mengehadkan isi dan bentuk jawapan seseorang calon.
Jawapan yang diperlukan adalah pendek, iaitu satu atau dua ayat sahaja.

Contoh:

1. Bina ayat yang mengandungi:


(i) Kata kerja aktif tak transitif
____________________________________________________
(ii) Kata kerja aktif transitif
____________________________________________________
(2
markah )

2.
Beri dua contoh perkataan bahasa Melayu yang terkecuali daripada
hukum keselarasan vokal.
(ii) ____________________________________________________
(iii) ______________________________________________
______
( 2 markah)

ii. Item Jenis Esei

Item jenis esei merupakan item yang memberi peluang kepada pelajar melakukan gerak
balas dalam tulisan dan lisan dengan perkataan sendiri. Gerak balas tersebut
memerlukan jawapan yang meluas dan bebas dari segi mengumpulkan fakta, menilai

8
fakta, mengatur idea dan mengembeling idea-idea secara logic hingga menghasilkan
jawapan yang asli.

Item jenis esei boleh mengukur peringkat kognitif yang tinggi. Ia memberi peluang
kepada calon membuktikan tindak balas yang lebih kompleks. Tindak balas yang
diberikan itu adalah subjektif dan hanya berbeza dari segi mutu atau merit. Oleh itu,
kebolehpercayaan pemarkahannya adalah rendah.

Contoh pembinaan item esei.

a. Tindak balas terbatas (TBT)

1. Pantun merupakan pusaka bangsa Melayu.

(a) Nyatakan tiga bentuk pantun dan berikan contoh bagi tiap-tiap
bentuk.
( 9 markah )

(b) Tuliskan sebuah pantun berkait yang mengandungi dua rangkap.


( 6 markah)

Item jenis TBT ini membataskan isi dan bentuk tindak balas. Ini dihadkan kepada skop
atau topik tertentu. Batasan dan bentuk ini dinyatakan dalam soalan. Item ini berupaya
mengukur aras kognitif isi yang terbatas. Batasan ini dapat mengurangkan masalah
kebolepercayaan pemarkahan.

1. Tindak balas lanjutan (TBL)

“ Membaca Kunci Kejayaan “. Cogan kata ini menunjukkan betapa


pentingnya membaca. Bincangkan cara-cara untuk menanam sikap suka
membaca di kalangan pelajar hari ini.
( 25 markah )

Pembinaan Ujian

Membina soalan-soalan ujian yang relevan dan boleh dipertahankan memerlukan


kemahiran teknikal dan kreatif. Banyak keputusan yang berkaitan dengan pelajar
adalah dilakukan bedasarkan keputusan ujian atau peperiksaan. Dari itu, guru adalah
bertanggung jawab untuk menyediakan ujian dengan teliti dan sistemastik agar kualiti
ujian dapat dikawal rapi.

Pembinaan soalan adalah mudah sekiranya objektif pelajaran, dan hasil pengajaran
yang ingin diuji adalah jelas, dan pelan tindakan atau jadual penentuan ujian telah
disediakan. Soalan-soalan yang digubal seharusnya mematuhi pelan tindakan atau
jadual penentuan dari aspek-aspek yang berikut:

 topik yang akan diuji dan pemberatannya,


 kemahiran yang akan diuji dan pemberatannya,
 aras kesukaran soalan mengikut taksonomi Bloom, dan
 jenis soalan.

9
Dalam menentukan jenis soalan bagi sesuatu ujian, guru mempunyai pilihan untuk
mengemukakan antara soalan objektif dengan soalan subjektif. Sepertimana yang telah
dihuraikan di atas tadi, soalan objektif adalah jenis soalan yang memerlukan pelajar
memberi jawapan yang tepat dan ringkas supaya ia dapat diperiksa dengan mudah dan
cepat. Justeru itu, ujian objektif dikatakan mempunyai keobjektifan yang paling tinggi
kerana semua pemeriksa akan memberi markah yang sama kepada setiap soalan yang
dikemukakan. Soalan jenis objektif memerlukan sumbangan pelajar dan soalan yang
cuma memerlukan pilihan. Soalan subjektif pula terdiri daripada soalan tindak balas
terhad (jawapan agak pendek) dan soalan tindak balas lanjutan (jawapan panjang yang
tidak terhad).

10