Pengenalan Terdapat dua jenis negara iaitu negara yang ada pelbagai etnik dan negara satu etmik (monoetnik). Masyarakat pelbagai etnik . budaya dan agama merupakan ciri utama kebanyakkan negara pada hari ini. Sejarah membuktikan negara monoetnik juga tidak lari dari masalah berlakunya konflik. Kefahaman terhadap budaya yang menyokong masyarakat etnik amat diperlukan bagi memastikan masyarakat harmoni dan stabil. Pluraliti Di Alam Melayu Pluralisme bukan perkara baru bagi Alam Melayu. Ianya sudah wujud sejak abad ke 5M lagi bilamana alam Melayu menjadi tumpuan para pedagang Arab, Cina, India, Parsi dan dan kemudiannya disertai oleh penjajah Eropah. Kedatangan pedagang tersebut ke daerah ini adalah didorong oleh 3G (Gold, Gospel dan Glory). Mereka telah mewujudkan hubungan etnik yang erat menerusi pelbagai aktiviti terutama melalui aktiviti perdagangan. Kedatangan masyarakat imigran bukan Melayu adalah secara sukarela, tanpa paksaan oleh mana-mana pihak. Sesetengah imigran membuat keputusan untuk menetap di Alam Melayu. Keputusan tersebut adalah keputusan bersama ahli keluarga. Mereka berinteraksi, berakomodasi, berasimilasi dan mengamalkan budaya masyarakat tempatan i.e pakaian kebaya dalam masyarakat Baba-Nyonya Melaka. Di samping itu mereka juga tidak lupa menerapkan budaya mereka kepada masyarakat tempatan seperti ,adat bersanding, sirih junjung, bunga manggar, bunga telur dan sebagainya. Pluralistik di Alam Melayu Masyarakat pluralistik di Alam Melayu terbentuk selepas kedatangan penjajah khususnya Inggeris. British membawa masuk imigran Cina dan India untuk bekerja di lombong dan diladang getah. Dasar yang dugunakan oleh British pada masa itu ialah divide and rule antara etnik di Tanah Melayu demi kelangsungan penjajahan mereka di Tanah Melayu. Secara umumnya imigran tersebut datang ke Tanah Melayu semata- mata untuk mencari kekayaan, mereka tidak berhasrat untuk menetap di sini. Corak pemerintahan British adalah berbeza daripada penjajahan Portugis dan Belanda sebelum itu kerana penjajahan British adalah berorientasikan imperialisme dan kolonialisme. Imperialisme : Mereka menjajah fizikal iaitu segala kekayaan seperti bijih timah, emas, getah dan sebagainya diambil demi kekayaan negara mereka. Kolonialisme : Mereka memperkenalkan sistem kehidupan mereka seumpama politik, ekonomi, sosial, budaya, pendidikan dan sebagainya, kepada penduduk tempatan.
Kesultanan Melayu Melaka- Lambang Pertemuan Masyarakat Pelbagai Etnik " The Venice Of The East". Melaka dahulu menjadi tempat pertemuan pedagang Merupakan zaman keemasan dan kemuncak keagungang kerajaan melayu. Keagungan dari aspek pemerintahan, perdagangan , kependudukan dan kebudayaan. Pemerintahan Perlembagaan Melaka berasaskan ajaran agama Islam. Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka banyak menyumbang kepada kemakmuran dan kemajuan sistem pemerintahan Melaka. Pegawai istana terdiri dari pelbagai bangsa hasil kahwin campur. Menunjukkan Kerjaan Melaka dahulu mementingkan keharmonian antara etnik. Pemerintahan juga dijalankan dengan sikap penuh diplomasi dan terbuka. Perdagangan Perdagangan berjalan dengan lancar hasil daripada sistem pemerintahan terbuka dan pentadbiran pelabuhan yang cekap. Undang-undang Kanun Melaka dilaksanakan bagi menjaga keselamatan laut di Melaka. Undang-Undang laut Melaka yang berasaskan Ajaran Islam menjadikan suasana selamat dan aman. Corak Kependudukan di Melaka Merupakan Zaman pluraliti kerana proses penghijrahan berlaku secara semula jadi. Para pedagang tidak perlu sebarang dokumen untuk masuk ke Melaka. Para pedagang dari serata dunia bebas dan berinteraksi dengan penduduk tempatan. Para pedagang ini melalui proses asimilasi dan amalgamasi dengan penduduk tempatan. Wujudnya masyarakat baharu seperti Baba Nyonya , Melayu Arab dan Melayu India dan pelbagai lagi. Kepelbagaian Budaya di Melaka Keterbukaan pemerintah menyebabkan pelabuhan Melaka berkembang pesat sebagai pelabuhan maju dan terpenting Di Dunia. Melaka juga dikenali sebagai kota multibudaya. Pertembungan budaya yang besar ini telah melahirkan satu fenomena sosial yang teristimewa dalam alam Melayu , iaitu Fenomena Kepluralitian Budaya. Zaman keemasan dan kagungan ini adalah hasil pemerintahan Sultan dan Pembesar yang kuat agama dan berpandandangan jauh. Pembentukan Masyarakat Majmuk Era Kolonialisme British British datang ke tanah melayu berlandaskan serampang tiga mata, iaitu Keagamaan, Kekayaan dan Kemegahan. Mereka telah maju dalam bidang sains dan teknologi sejak abad ke-10. Keadaan ini telah menyebabkan mereka merupakan golongan yang menguasai ilmu pengetahuan yang tinggi dalam bidang sosial, kemanusiaan dan sains tulen. Sehingga berlakunye pemisahan besar antara agama dengan sains moden pada abad ke-15. Eropah telah mengalami perubahan epistemologi , iaitu pemisahan antara negara dan agama. Akibat dari petelingkahan antara para agamawan dan sainstis eropah , ilmu pengetahuan akhirnya terpisah kepada dua , iaitu agama dan sains moden. Masyarakat pada umumnye terpisah kepada dua , iaitu orang yang menyokong agama dan pihak yang menyokong sains moden.
Ilmu berasaskan sains moden mendapat sokongan majoriti penduduk eropah dan akhirnye menyebabkan agama menjadi anutan kepada individu sahaja. Faktor yang menjadikan masyarakat eropah berpegang yang agama hanya perlu pada individu apabila agama dianggap sebagai penyumbang perselisihan pendapat dalam kalangan manusia. Sebaliknya ilmu sains mempunyai sifat sarwajagat yang dapat menyatukan manusia. Berasaskan fahaman ini, masyarakat eropah berfahaman bahawa ilmu sains telah diterima sebagai ilmu penting dan asas dalam kehidupan. Ringkasnya, ilmu sains menjadi asas kepada segala aspek kehidupan duniawi manusia, termasuklah ilmu pemerintahan dan pentadbiran. Sebaliknye, agama tidak lagi menjadi faktor yang penting dalam kehidupan duniawi manusia. Secara tidak langsung kesannya , agama berada pada satu pihak yang lain , duniawi pada pihak yang lain. Dasar ini diteruskan oleh penjajah British terhadap tanah jajahannya termasuk tanah melayu. Pihak British menguasai pentadbiran manakala hal ehwal agama Islam di bawah sultan. Selain itu, pihak British turut memperkenalkan sistem pentadbiran berdasarkan pengagihan kuasa. Ketibaan pemerintah kolonial membawa pertembungan antara agama Islam. dengan negara pentadbiran kolonial British. Pertemuan ini juga berlaku dalam konteks pemodenan yang diperkenalkan dan dirancangkan oleh kerajaan kolonial british.
Dasar Kolonialisme British Pulau Pinang: Pada 1771, Francis Light menemui Sultan Kedah, Sultan Muhammad Jiwa dan menyatakan hasrat mencari tapak perdagangan. Pada 1784, Francis Light menemui Sultan Abdullah dan menyatakan hasratnya semula. Sultan Abdullah yang menghadapi konflik politik bersetuju menyerahkan Pulau Pinang dengan syarat tertentu. Singapura: Pada 6 Febuari 1819, Stamford Raffles berjaya menduduki Singapura apabila beliau campur tangan dalam pertikaian antara Sultan Hussin dengan Yang Dipertuan Muda Kerajaan Johor. Stamford Raffles bertindak menabalkan Tengku Hussin sebagai Sultan Singapura (dan Johor). Sebagai balasannya, British dibenarkan membuka pengkalannya di Singapura. Apabila British berjaya menduduki negeri-negeri di Tanah Melayu dan membuat penempatan di Singapura, Pulau Pinang dan Melaka. Mereka telah bertindak menyatukan wilayah-wilayah ini di bawah satu pentadbiran yang disebut Negeri-negeri Selat. Kesannya amatlah ketara kepada perkembangan sejarah tanah air. Sistem Residen merupakan satu strategi British untuk mengawal pentadbiran secara langsung di Negeri-negeri Melayu. Kesan dari sistem residen: Pembangunan ekonomi negeri, Perubahan pengaruh politik dan Perkembangan sosial. Perak merupakan negeri melayu terawal yang menerima kemasukan Residen British dan mengambil kesempatan ini akibat perebutan takhta kerajaan Perak dan perbalahan antara kumpulan Kongsi gelap Cina. Perebutan takhta Perak antara Raja Yusof, Raja Ismail dan Raja Abdullah dikenali sebagai Perang saudara. Perang larut antara puak Hai San dan Ghee Hin. Raja Abdullah meminta bantuan Sir Andrew Clerk, Perjanjian pangkor ditandatangani dan J.W.W Birch dilantik menjadi Residen. Selangor : Perang Klang: perbalahan antara Raja Abdullah dan Raja Mahadi merebut kawasan bijih timah. Pada bulan Ogos 1874 Frank Swettenham dilantik sebagai penasihat rasmi sultan dan J.G Davidson dilantik sebagai Residen. Sungai Ujong : British campur tangan kerana perbalahan antara Datuk Kelana dengan Datuk Bandar untuk mengutip cukai bijih timah di sungai Linggi. Sir Andrew Clarke campur tangan. Datuk Bandar kehilangan kuasa dan W.I Tatham dilantik sebagai Residen. Sungai Ujong menerima penasihat Inggeris yang baru bernama W.I Tatham. Negeri Sembilan : Melalui usaha-usaha Sir Frederick Weld, daerah-daerah di Negeri Sembilan satu persatu jatuh ke tangan British. Martin Lister diterima menjadi Residen British.
Pahang : Perang saudara berlaku antara Wan Ahmad dengan Wan Mutahir kerana jawatan Bendahara. F.Swettenham dihantar ke Pahang untuk perdamaian. Sultan Ahmad menerima Residen British bernama J.P.Rodger. Sarawak : James Brooke menduduki Sarawak setelah menunaikan janji kepada Raja Muda Hashim utk menghapuskan pemberontakan. James Brooke ditabalkan menjadi Raja Sarawak pada 1824. Sabah : Sebahagian Sabah adalah di bawah Kesultanan Brunei sejak kurun ke 16. Dipajakkan kepada Charles Lee Moses pada 1865 yang seterusnya dijual kepada Baron Von Overbeck. Pada 15 Julai 1946, Sabah diisytiharkan sebagai tanah jajahan British.
Fokus Hubungan Etnik Kerangka Teori Teori ekologi Menurut Park, manusia mempunyai dua bentuk warisan, iaitu: Sebagai ahli sebuah kumpulan ras dia mewarisi pusaka biologikal yang dipindahkan melalui perkahwinan sesama kumpulan dan Sebagai ahli kumpulan sosial, dia memindahkan melalui komunikasi warisan sosial kumpulannya. Penulis masa ini menggunakan proses evolusi organik atau biologikal bagi peringkat individu dan proses superorganik atau evolusi sosial dan kebudayaan di peringkat kumpulan. Teori Ekologi Park boleh dirumuskan ke dalam empat usul, iaitu: Penghijrahan membawa bersama, dalam perhubungan yang tidak sama rata, manusia yang memiliki fenotaip yang berbeza iaitu pengkelasan ras mengikut warna kulit seperti Caucasoid, Mongoloid, Negroid dan Australoid. Dalam perhubungan persaingan, individu sedar akan ciri-ciri status yang membezakan mereka. Teori Freudian Dollard (1937) mengaplikasikan Teori Freudian dengan merujuk kepada konsep prejudis sebagai satu sikap untuk mempertahankan hak orang kulit putih. Usul yang dibuat oleh Dollard adalah seperti berikut: Kehidupan sosial mengakibatkan lahirnya pelbagai kekecewaan psikologi dalam diri individu dan kekecewaan itu dapat dikurangkan dengan melepaskan kekerasan. Kekerasan lebih senang diluahkan ke atas sasaran tertentu. Bagi orang kulit putih, kehitaman dikaitkan dengan ketakutan dan keinginan yang terpendam. Semakin lemah kuasa kelompok minoriti, semakin sesuai kelompok ini dijadikan sebagai sasaran. Di mana-mana sahaja sekiranya kekerasan diluahkan secara berterusan, luahan tersebut akan diikuti oleh kekerasan yang berterusan sehingga menambahkan lagi elemen tidak rasional kepada tindakan rasional di peringkat awal tadi.
Struktur fungsionalisme Parsons (1975) merupakan pelopor dalam pembentukan teori ini. Teori Struktur Fungsionalisme membayangkan individu bertindak kepada insentif dan dikawal oleh hukuman dan denda. Individu mengejar kepentingannya, tetapi masyarakat mengikat kepentingan ini dalam satu pola yang sama sebab wujudnya pembahagian buruh dan individu juga berkongsi nilai bersama yang memakmurkan dan mensejahterakan masyarakat. Teori Kelas Cox (1948) mendapati masalah hubungan ras dan etnik di Amerika Syarikat berhubung kait dengan persoalan kelas dan sistem kasta. Cox berpendapat semua pertelingkahan ras boleh dikaitkan dengan dasar dan sikap golongan kapitalis dan orang kulit putih terhadap orang bukan kulit putih dan kelas buruh. Prejudis dan ideologi ras seperti sikap rendah diri dipupuk dan digunakan sebagai instrumen yang bermatlamatkan politik dan ekonomi kapitalis. Cox melihat hubungan ras sebagai hubungan proletariat-borjuis, dan dengan itu memaparkan masalah hubungan kelas politik. Rumusan Cox dalam Teori Kelas adalah: Apabila kapitalisme Eropah berkembang ke kawasan yang kaya dengan sumber asli, wujud keuntungan untuk memperoleh sumber buruh yang berbeza dan membolehkan mereka meletakkan buruh ini dalam kedudukan tertindas. Dalam hubungan yang tidak sama rata ini, terbentuk keyakinan yang mendukung ketidaksamarataan tersebut. Perkara ini terbina dalam struktur masyarakat kapitalis yang memisahkan buruh kulit putih daripada kulit hitam. Kategori ras wujud dalam kehidupan sosial masyarakat kapitalis kerana, menguntungkan kelas pemerintah dan pertembungan dalam masyarakat ini belum sampai ke tahap yang menunjukkan kedudukan sebenar sistem sosial tersebut dapat dilihat dengan jelas oleh kelas buruh. Teori Masyarakat Majmuk Furnivall (1948) dan Smith (1965) mengutarakan konsep masyarakat majmuk untuk mengenal pasti masyarakat di Asia Tenggara, kawasan wujudnya satu rantai manusia - orang Eropah, Cina, India, dan berbagai- bagai kumpulan anak tempatan. Furnivall menjelaskan bahawa mereka bergaul tetapi tidak bergabung dengan setiap kumpulan berpegang pada agama, kebudayaan, bahasa, idea dan cara hidupnya sendiri. Mengikut beliau, sebagai individu mereka bertemu, tetapi hanya di pasar, semasa membeli dan menjual. Wujud satu masyarakat plural dengan pelbagai bahagian komuniti hidup sebelah-menyebelah, tetapi berasingan, dalam unit politik yang sama. Dalam bidang ekonomi pembahagian buruh berlaku mengikut garisan ras (Furnivall 1948).
Kuper (1974, 1977) berpendapat bahawa teori struktural fungsionalisme dan Marxisme tidak menjelaskan ciri-ciri utama masyarakat yang dipisahkan oleh batas etnik dan ras. Menurut Kuper lagi, kita boleh membuat deduksi tentang teori masyarakat majmuk dengan mengandaikan teori kelas boleh menjelaskan bentuk pengkategorian ras dalam masyarakat. Dalam hal ini, bentuk ikatan utama dan konflik yang akan timbul adalah hasil hubungan kumpulan dengan cara pengeluaran dalam ekonomi. Teori Kuper tentang hubungan ras dalam masyarakat majmuk adalah berdasarkan usul: Masyarakat yang terdiri daripada kumpulan status atau tuan tanah yang boleh dibezakan mengikut fenotaip, berada di tempat berbeza dalam susunan ekonomi, dan terikat dalam sektor politik pada tahap yang berbeza, akan dikenali sebagai masyarakat majmuk dan berbeza daripada masyarakat berkelas. Dalam masyarakat majmuk, hubungan politik mempengaruhi hubungan cara pengeluaran dan lebih berpengaruh jika dibandingkan dengan hubungan sebaliknya. Apabila konflik berlaku dalam masyarakat majmuk, konflik berkenaan mengikut garisan pemisah ras, bukan garisan kelas. Kategori ras dalam masyarakat majmuk ditentukan oleh sejarah; dan kategori berkenaan dibentuk oleh persaingan dan konflik antara kumpulan. Teori Pasaran Buruh Terpisah Teori Bonacich (1972) bermula daripada kesedaran terhadap perbezaan kuasa dalam pasaran buruh yang boleh melahirkan pertelingkahan antara golongan buruh kulit putih dan kulit hitam. Teori Bonacich boleh dibentangkan seperti berikut: Sesetengah pasaran buruh terpisah mengikut garis etnik, yakni kumpulan ras yang mendapat gaji tinggi dibezakan daripada buruh murah mengikut ciri-ciri etnik (ciri-ciri ras juga diambil kira). Terdapat tiga kelas utama yang mempunyai kepentingan yang berbeza: i. Ahli kelas peniaga berkehendakkan buruh murah dan lemah untuk bersaing dengan peniaga-peniaga lain. ii. Buruh yang dibayar gaji tinggi diancam oleh kewujudan buruh murah. iii. Kelemahan kuasa kelas buruh murah menakutkan buruh bergaji tinggi kerana mereka ini mudah dikuasai oleh kelas peniaga. iv. Kelas buruh bergaji tinggi akan mencari jalan untuk mengukuhkan kedudukan mereka dengan cara mendesak agar buruh murah dikeluarkan dari kawasan mereka, atau berpegang kepada susunan kasta yang meletakkan kelas buruh murah kepada pekerjaan tertentu dan bergaji kecil. Pertelingkahan etnik terjadi kerana wujud persaingan berdasarkan harga buruh yang berbeza. Pertelingkahan etnik ialah manifestasi konflik kelas antara yang bergaji tinggi dengan yang bergaji rendah dalam kelas buruh. Teori Pilihan Rasional Tentang Hubungan Etnik Pendekatan teoretis yang cuba meneliti realiti sosial dengan cara melihat pilihan tingkah laku manusia di peringkat individu dan kumpulan dipopularkan, antara lain oleh Sowell (1975), Schelling (1978), Banton (1997) dan Mansor (2000). Teori pilihan rasional tentang hubungan etnik mengandaikan bahawa: Individu mempunyai matlamat dan kecenderungan yang berbeza. Individu bertindak untuk memaksimumkan ganjaran material dan kedudukan sosial. Tingkah laku individu merupakan fungsi sentimen peribadi dan kepercayaan terhadap kelompok sebayanya. Apabila individu membuat satu pilihan untuk bertindak, tindakan pilihan yang lain akan tertutup. Semasa individu bertindak ke atas pilihan tingkah laku yang dibuat, individu berkenaan akan mewujudkan ikatan sosial yang lebih erat dengan individu lain yang terlibat. Apabila individu gagal memaksimumkan ganjaran yang dihajati, maka ia akan mengambil tindakan menggemblengkan kekuatan kolektif, dan dimensi yang dipilih akan menggambarkan konteks sejarah budaya masyarakat tersebut. Apabila individu gagal memaksimumkan kepuasan melalui pelbagai dimensi kumpulan sosial yang wujud dalam masyarakat, ia akan berpaling kepada soal-soal keagamaan dan ketuhanan. Apabila individu memilih untuk menggemblengkan kekuatan kolektif berdasarkan warisan kebudayaan, batas kumpulan bersifat terbuka. Apabila individu memilih untuk menggemblengkan kekuatan kolektif berdasarkan warisan fizikal, batas kumpulan bersifat tertutup. Teori Pertukaran Sosial Teori ini berkembang daripada bidang psikologi dan sosiologi. Tokoh utama teori ini ialah John W. Thibaut dan Harold H. Kelly. Teori ini membuat percubaan bagi mengintegrasikan teori tingkah laku, iaitu pembelajaran dibentuk melalui ganjaran dan denda berdasarkan prinsip-pinsip ekonomi klasik. Teori pertukaran sosial melihat manusia terlibat dalam aktiviti sosial bagi mendapatkan ganjaran, keuntungan dan meminimumkan kos. Aktiviti-akitiviti seperti pekerjaan, percintaan, perkahwinan dan persahabatan akan hanya berterusan jika menguntungkan kedua-dua pihak. Inti pati teori pertukaran sosial melihat manusia sebagai makhluk yang rasional. Teori ini menunjukkan kehidupan manusia sebagai ikhtiar sosial kerana dalam kebanyakan kes, manusia cuba memenuhi keperluan diri hanya dengan atau melalui kerjasama dengan individu lain. Atas dasar ini, proses pertukaran sosial manusia memerlukan tolak ansur yang menghasilkan pergantungan sosial. Manusia dapat mengatur tindakan mereka dan menghasilkan ganjaran dengan mengurangkan kos. Manusia rela melibatkan diri dalam perhubungan jangka panjang dan akan terus melibatkan diri dalam pertukaran sosial bagi mencapai hasil yang memuaskan. Teori Sistem Ekologikal Bronfenner Teori yang dipelopori oleh Brofenbrenner (1986, 1997) ini percaya bahawa perkembangan manusia dipengaruhi oleh sistem atau budaya di sekeliling. Teori ini melihat persekitaran ekologikal manusia berdasarkan hubungannya dengan konteks individu itu berinteraksi. Beliau membahagikan persekitaran ekologikal tersebut kepada lima sistem, iaitu sistem mikrosistem, mesosistem, eksosistem, makrosistem dan kronosistem sebagaimana ditunjukkan dalam gambar rajah 2.1. Sistem ini saling terangkum dengan persekitaran yang paling dalam atau dekat sebagai tempat individu tersebut berkembang. Mikrosistem Mikrosistem melibatkan persekitaran yang terdekat, seperti kanak-kanak mempunyai interaksi secara langsung dan menghabiskan paling banyak masa. Contohnya, interaksi kanak-kanak di dalam keluarga, dengan ibu bapa dan adik-beradik. Keluarga terutamanya ibu bapa merupakan agen sosialisasi paling penting dalam kehidupan seseorang kanak-kanak. Sebagai individu terdekat atau berhampiran dengan kehidupan seorang kanak-kanak, mereka mempunyai pengaruh besar ke atas tingkah laku kanak-kanak. Faktor kepincangan keluarga dan taraf sosioekonomi sesebuah keluarga akan mencorakkan kehidupan seorang kanak-kanak. Maka jelaslah bahawa institusi keluarga memainkan peranan penting sebagai pembentuk sahsiah anak-anak. Mereka merupakan faktor mendorong yang penting kepada kewujudan suasana harmoni. Mesosistem Mesosistem merupakan perhubungan antara mikrosistem dengan mikrosistem yang lain. Sebarang perkara yang berlaku dalam satu mikrosistem dapat mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain. Sebagai contoh, keadaan di rumah dapat mempengaruhi tingkah laku dan personaliti individu ketika berada di sekolah. Individu yang mempunyai masalah di rumah akan membawa masalah tersebut ke sekolah. Hal ini akan menyebabkan emosi mereka terganggu dan implikasinya ialah masalah tersebut akan menjejaskan pelajaran mereka. Ekosistem Eksosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung, tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak atau orang dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa pengalaman individu tersebut akan turut mempengaruhi orang lain. Umpamanya, persekitaran sekolah terutamanya dalam aspek pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan di tempat-tempat membeli-belah secara tidak langsung akan mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak tersebut. Makrosistem Makrosistem pula melibatkan perkembangan individu yang dipengaruhi oleh norma- norma, nilai dan amalan masyarakat. Misalnya, dalam sesetengah masyarakat, peranan jantina amat dititikberatkan (Santrock 2008). Di sesetengah negara pula, kaum lelaki diberi peranan dan tanggungjawab yang lebih dominan seperti diberi peluang pelajaran dan pekerjaan berbanding kaum perempuan kerana golongan perempuan dianggap sebagai kaum yang lemah dan tidak layak mendapat pendidikan yang setaraf dengan kaum lelaki. Bagi ibu bapa yang masih lagi berada dalam pemikiran konservatif, mereka menganggap pendidikan tidak penting kepada anak perempuan kerana tugas wanita hanyalah di dapur sahaja. Kronosistem Kronosistem merupakan perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa. Misalnya, kanak-kanak pada masa kini lebih fokus kepada permainan berteknologi selaras dengan arus perubahan serta pembangunan sesebuah negara seperti permainan internet dan memuat turun maklumat melalui internet. Berbeza dengan kanak-kanak pada zaman dahulu, mereka hanya bermain permainan yang bersumberkan alam sekitar seperti wau dan gasing. Oleh hal yang demikian, pembangunan sesebuah negara memberi implikasi yang besar kepada perkembangan kanak-kanak dari banyak aspek. Kanak-kanak akan menjadi lebih maju ke hadapan serta berpandangan jauh. Namun begitu, setiap kemajuan terdapat juga kesan negatifnya iaitu kanak-kanak tidak bergaul dengan masyarakat luar kerana kehidupan mereka adalah bersama komputer. Selain itu, anasir- anasir negatif juga semakin meningkat andainya pembangunan sesebuah negara semakin maju. Kerangka Konseptual Konsep ras dan etnisiti biasa digunakan untuk merujuk kepada ahli- ahli yang berkongsi keturunan atau nenek moyang yang sama. Perasaan kekitaan akan terbentuk dalam kalangan mereka yang menganggap mereka berkongsi keturunan atau nenek moyang yang sama. Kepercayaan dilihat membentuk kumpulan sosial atau kategori sosial yang akan membeza-bezakan antara satu sama lain. Oleh itu, dalam bidang pengajian etnik, penggunaan konsep etnik dan konsep ras kerap disilihgantikan walaupun definisi kedua-dua konsep ini adalah berbeza. Ciri-ciri Kumpulan Ras Ras Ras merupakan kumpulan manusia yang terdiri daripada lelaki dan perempuan yang berkongsi ciri-ciri biologi tersendiri yang diwarisi dan dapat dibezakan dengan jelas dalam masyarakat (Macionis 1998). Pada suatu ketika dahulu, manusia pernah dibahagikan kepada kategori Caucasoid, Mongoloid, Negroid dan Australoid dengan berdasarkan perbezaan fizikal seperti warna kulit, warna rambut dan rupa bentuk. Bagaimanapun, pembahagian sedemikian adalah secara kasar sahaja kerana memang terdapat golongan yang sukar diklasifikasikan ke dalam mana-mana kumpulan ras. Hal ini disebabkan manusia sentiasa bergerak, bersosial, berinteraksi dan perkahwinan campur sering berlaku. Rasisme Rasisme merupakan satu ideologi atau kepercayaan yang diwujudkan untuk membuat justifikasi atau penjelasan secara rasional supaya wujudnya ketidaksamarataan dalam kalangan etnik yang berbeza. Rasisme juga ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial terhadap kelompok sosial yang lain berdasarkan ciri-ciri fizikal dan biologinya.
Ciri Ciri kumpulan Etnik Kumpulan atau kategori etnik digunakan untuk merujuk secara asasnya kepada warisan sosiobudaya seseorang itu. Antara ciri konsep etnik ialah budaya, adat, bahasa, agama dan negara asal nenek moyangnya. Kumpulan etnik ialah kumpulan yang ahlinya memiliki satu set ciri sosiobudaya yang tersendiri. Etnosentrisme Etnosentrisme merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah yang paling baik berbanding dengan kumpulan etnik yang lain. Meneliti Konsep Ras dan Etnik di Malaysia Amalan mengaitkan konsep ras dengan warisan fizikal dan etnik dengan warisan kebudayaan individu sudah diterima pakai secara meluas. Individu daripada kumpulan ras dan etnik yang berlainan juga boleh berkahwin dan menghasilkan percampuran ras dan perkara ini biasa berlaku di dalam sebuah masyarakat pelbagai etnik seperti Malaysia. Percampuran ras ini menyebabkan ciri-ciri warisan fizikal sesuatu etnik, seperti warna kulit berubah. Malah, perkahwinan campur antara etnik Cina dengan etnik India di Malaysia pun melahirkan anak yang menyerupai orang Melayu dan hal ini juga memberikan kesan kekaburan kepada batas ras orang Melayu. Dari segi budaya juga, etnik Melayu, India, Cina, Kadazan Dusun, Iban, Bidayuh, dan sebagainya banyak meminjam unsur budaya, seperti bahasa, pakaian, makanan, dan agama antara satu sama lain. Budaya Definisi: Budaya biasanya dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti yang ada dalam persekitaran manusia seperti kesenian, barangan, makanan, tarian dan sebagainya.Budaya boleh dibahagikan kepada dua lapangan besar iaitu budaya kebendaan dan budaya bukan kebendaan. Budaya kebendaan ialah peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainya, Contohnya, orang Melayu mempunyai rumah yang berbeza dengan orang Inggeris atau orang Eskimo. Budaya bukan kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang. Contohnya, setiap masyarakat mempunyai adat istiadat yang berbeza-beza dalam menjalani kehidupan seperti perkahwinan. Konsep Stereotaip, Prejudis Dan Diskriminasi Prejudis: pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu; prejudis tidak diluahkan secara terbuka. Apabila prejudis disuarakan, prejudis menjadi stereotaip. Stereotaip: Kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu etnik.orang; Belanda itu bersifat kedekut. Diskriminasi: Pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif seseorang atau kelompok etnik terhadap anggota lain. Ia merupakan perbuatan membanding bezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata- mata. Kerangka Teoretis Dari segi kerangka teoretis, teori masyarakat majmuk oleh Furnivall masih dijadikan bahan rujukan untuk membicarakan hubungan etnik di Malaysia. Namun, kajian oleh Coppel (1997) dan Hefner (2001) membuktikan kumpulan etnik memang wujud, tetapi gambaran bahawa mereka hidup terpisah, dan hanya bertemu semasa membeli barang di pasar perlu diteliti kembali. Di samping memiliki parameter kumpulan etnik masing- masing, etnik Melayu, KadazanDusun, Bajau, Bidayuh, Iban, Cina, India, dan lain-lain didapati telah menerima budaya setempat dan tidak hidup terpisah seperti yang digambarkan dalam model masyarakat majmuk Furnivall. Amalan oleh setiap ahli kumpulan untuk terikat dengan etnik dominan adalah berdasarkan budaya, bahasa, dan agama setempat. Amalan tersebut mengikat dan mengurangkan jarak hubungan antara kumpulan etnik di negara berkenaan sehingga di sebalik kemajmukan masyarakatnya, hubungan yang harmoni dan bersatu padu dapat diwujudkan. Konsep-Konsep Tahap Hubungan Etnik Akomodasi Proses yang memerlukan setiap kumpulan etnik menghormati norma dan nilai kumpulan etnik yang lain. Mereka juga akan mempertahankan budaya hidup masing- masing. Proses akomodasi jelas kelihatan dalam pemerintahan apabila setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalam bidang ekonomi, pendidikan mereka saling memerlukan. Switzerland ialah Negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik Jerman, Perancis dan Itali saling membuat penyesuaian antara mereka. Contoh : A + B + C = A + B + C Akulturasi Peminjaman dan penerimaan unsur kebudayaan di kalangan kelompok lain. Biasanya, kelompok minoriti mempelajari daripada kelompok dominan. Unsur kebudayaan asing akhirnya diterima dan diolah ke dalam kebudayaan sendiri. Tidak menyebabkan kehilangan identiti asal kelompok menerima. satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Ia terjadi apabila satu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri. Contoh : Ai + B + C = Ai + Bi + Ci Asimilasi Cara hidup atau kebudayaan sesuatu masyarakat (biasanya migran dan minoriti) telah diserap oleh kebudayaan dominan tanpa membawa perubahan kebudayaan yang menyerap. Kelompok B dan C akan kehilangan budaya, bahasa dan agama masing- masing dan akan mengamalkan budaya, bahasa dan agama kelompok A. satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Kejayaan asimilasi bergantung kepada kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti. Contoh : A + B + C = A Amalgamasi Satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama ialah melalui perkahwinan campur. Percampuran budaya mewujudkan budaya baru. Perkahwinan campur. Masyarakat Baba Nyonya (Melaka) Cina + Melayu = Baba Nyonya Implikasi Perkahwinan campur melahirkan kelompok baru yang mempunyai budaya baru.