Anda di halaman 1dari 2

DOA SAMBUTAN HARI GURU

‫ الصالة والسالم على اله وأصحابه اجمعين اللهم اغفرلنا‬.‫ ولعاقبة للمتقين‬,‫ألحمد اهلل رب العالمين‬
‫ذنوبنا وإلخواننا الذين سبقونا باإليمان وال تجعل في قلوبنا غال للذين ءامنوا ربنا إنك رءوف‬
‫الرحيم اللهم أصلح ذات بيننا وألف بين قلوبنا واهدنا سبل السالم ونجنا من الظلمات إلى النور‬
.‫وجنبنا الفواحش ما ظهر منها وما بطن‬

‫يا اهلل يا كريم‬

Kami merafakkan kesyukuran kepadaMu kerana telah mengizinkan kami untuk


meraikan majlis sambutan Hari Guru 2005 peringkat Sekolah Kebangsaan Bako pada
pagi yang berbahagia ini dengan tema GURU BERKUALITI PEMANGKIN
KEGEMILANGAN.

‫اهلل يا رحمن يا رحيم يا رب العالمين‬


Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang
zaman, justeru itu kurniakanlah kepada guru-guru kami hati yang ikhlas untuk
menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya. Lorongkanlah hati
guru-guru kami agar menjadikan seluruh aktiviti dunia pendidikan sebagai ibadah
mengharapkan rahmat dan keredhaanMU semata-mata.

7‫يا حي يا قيوم يا ذا الجالل واإلكرام‬


Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan, memohon ihsan dan
pimpinanMu agar Engkau anugerahkan rasa kasih sayang kepada barisan pendidik yang
budiman terhadap anak-anak didik mereka seperti anak-anak mereka sendiri.
Kurniakanlah kepada mereka kesabaran, ketabahan, semangat kerjasama yang tinggi
dalam sebuah pasukan, semangat permuafakatan dan semangat juang yang tidak kenal
erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan berusaha
menyumbang tenaga, idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik dan ko-
kurikulum pelajar-pelajar sekolah ini khasnya dan diarena pendidikan perdana amnya.

Azlan j-QAF 2005. SK. Bako


‫يا اهلل يا غني يا حميد‬
Pada kesempatan ini kami memohon kepada kebesaran dan kehebatanMu ya
Allah kurniakan kepada kami sifat yang mulia dan akhlak yang luhur, mudah-mudahan
kami akan menjadi anak didik yang sentiasa menghormati guru-guru kami, mendengar
tunjuk ajar daripada guru-guru kami, kami sentiasa mengharapkan teguran dan
bimbingan guru-guru, semoga kami menjadi insan yang sempurna dan berguna kepada
agama, bangsa dan Negara yang tercinta.

‫ وال تجعل اللهم فينا وال معنا وال من‬,‫ وتفرقنا تفرقا معصوما‬,‫اللهم اجعل جمعنا هذا جمعا مرحوما‬
‫ ربنا أتنا في الدنيا حسنة وفي األخرة حسنة وقنا عذاب النار‬.‫يتبعنا شقيا وال مطرودا وال محروما‬
‫وصلى اهلل على سيدنا محمد وعلى أله وصحبه وسلم والحمد هلل رب العالمين‬

Azlan j-QAF 2005. SK. Bako