Anda di halaman 1dari 23

1

2
Page 2 Edisi Sept 2013 Page 2 Edisi Sept 2013 Edisi Sept 2013
SIDANG Editor
E-mel: rimagptd@gmail.com

En.Izwan Suhadak Bin Ishak

Nur Balqis Hannah Bt Mohd Jamil

Muhammad Fakhrul Amiruddin Bin Hamdan
Filhaqiqatulislah
Akmal Adli B Ahmed
Muhammad Redhuan Bin Mohammad Daud
Azmah Aede

GRUP PENGKAJI TAMADUN
DUNIA (GPTD) UNISEL
TEL : 013-3917122
FB : Gptd Unisel
E-mel : gptdunisel@gmail.com
3
Salam Awal Muharam
Nur Balqis Hannah
-Editor Risalah Madani -

Haji dan Hijrah!
Assalamualaikum ...
Bersyukur ke hadrat Ilahi kita masih lagi menjadi insan terpilih. Terpilih untuk
terus bernafas di atas muka bumi ciptaan Tuhan ini, terpilih untuk menjalani ke-
hidupan kita sebagai seorang hamba.
Sedar tak sedar kita sudah pun meninggalkan bulan Zulhijah dan telah masuk
kedalam bulan Muharam. Jemaah-jemaah haji di Malaysia terutamanya, yang su-
dah melakukan kembara Ibadah mereka di bumi bertuah di tanah Arab , Madi-
natul Munawwarah dan Mekah Al Mukarramah,. Selama 40 hari mereka tinggal disana bagi penyediaan pesta
terbesar untuk umat islam, iaitu pesta haji, juga telah kembali ke Tanah air. Hari Raya Haji dan Ibadah qurban
juga merupakan tonggak utama umat Islam dalam menyambut hari penuh bermakna ini.
Di dalam bulan 10 ini juga, Syukur yang paling dalam harus kita Panjatkan kepada Ilahi dalam memberi kita nikmat
untuk terus merasai tahun baharu sebagai seorang muslimin. Awal muharam dan hijrah, dua benda yang berkait
rapat dalam sebuah kalender Islam. Kita sebagai mahasiswa khususnya harus memandang berat akan dua
perkara ini,kerana dari situlah titik tolaknya untuk kita untuk memasang niat bagi menjadi orang yang lebih maju
kehadapan.
Haji dan Hijrah. Sememangnya dua perkara ini memerlukan kekuatan untuk menempuhinya. Kedua-duanya bukan
hanya akan menguji kita darisegi kesabaran, malah akan melihat tahap keimanan kita dalam melaksanakan
tuntutan dari Ilahi. Oleh itu, harus kita sebolehnya-bolehnya yakin dengan segala ketentuan Ilahi, kerana
sesungguhnya setiap yang terjadi atas muka bumi ini bukanlah kebetulan melainkan ketentuan yang sudah diatur
cantik oleh Tuhan.




Ogos 2014 TUTUR EDITOR!
4
Ogos 2014



PERUTUSAN BERSEMPENA MAAL
HIJRAH 1436 H :MANTAPKAN
ILMU, KUATKAN IMAN DAN TING-
KATKAN AMAL

Oleh : MUHAMMAD FAKHRUL AMIRUDDIN
BIN HAMDAN
Presiden Grup Pengkaji Tamadun Dunia
(GPTDU Unisel)
Awal Muharram atau Maal Hijrah
merupakan suatu hari yang penting bagi
umat Islam kerana hari tersebut berlakunya
peristiwa yang sangat penting dalam sejarah
Islam. Peristiwa yang menjadi titik tolak mu-
lanya perkembangan Islam dengan lebih
meluas ke seluruh pelosok dunia. Peristiwa
ini mengigatkan kita betapa besarnya pen-
gorbanan Nabi Muhammad SAW dan golon-
gan Muhajirin meninggalkan kampung hala-
man mereka serta betapa besarnya pengor-
banan golongan Ansar menginfakkan apa
yang mereka miliki untuk saudara mereka.
Berlakunya hijrah baginda dan para
sahabat dari Kota Makkah ke Madinah pada
1 Muharram tahun 622 Masihi. Tahun berhi-
jrahnya Rasulullah SAW dari Mekah ke Madi-
nah itu diambil sebagai permulaan kiraan
bagi kalendar Hijrah. Kesan daripada penghi-
jrahan Rasulullah SAW dari Makkah ke Madi-
nah adalah satu catatan penting dalam se-
jarah peradaban Islam. Hijrah menjadi saat
penting bermulanya kegemilangan Islam pa-
da suatu masa dahulu. Bahkan pelbagai peri-
stiwa yang dikaitkan seperti hari 'Asyura' juga
merupakan peristiwa penting yang berlaku
yang mencerminkan kegemilangan bagi per-
juangan yang gigih dan tabah bagi mene-
gakkan keadilan dan kebenaran.



Apa yang ingin ditekankan di sini ada-
lah bagaimana kita memaknai erti sebuah
penghijrahan itu dalam konteks seorang ma-
hasiswa. Penekanan yang ingin diberikan
adalah terhadap konsep hijrah dalam me-
maknai serta mengangkat budaya ilmu teru-
tamanya di kalangan Mahasiswa. Perlu kita
fahami ilmu itu adalah kunci kepada keiman-
an kerana ilmulah yang membawa manusia
kenal kepada pencipta serta beriman kepa-
daNya. Ilmu juga menjadi antara ukuran
penting dalam penilaian kualiti seseorang
mahasiswa. Ilmu yang benar akan men-
dorong kepada keimanan. Seterusnya
keimanan akan mendorong kepada pelaksa-
naan terhadap ilmu yang dimiliki.
A l l a h S W T b e r f i r m a n :
Sesungguhnya orang-orang yang beriman,
dan or ang-or ang yang ber hi j r ah ser t a
b e r j u a n g p a d a j a l a n Al l a h ( u n t u k
menegakkan Agama Islam), mereka itulah
orang-orang yang mengharapkan Rahmat
Al l a h . Da n ( i n ga t l a h ) , Al l a h Ma h a
P e n g a m p u n , l a g i M a h a
Mengasihani. (AlBaqarah; Ayat:218)


5
Ogos 2014 Pena Presiden

.
Adapun hijrah dalam konteks penguasaan ilmu sangat penting, sebagai seorang
Mahasiswa harus menilai sejauh mana ilmu yang dipelajari di Universiti dapat
memberi manfaat kepada kita dan masyarakat. Hari ini, pemikiran kita disekat
dan terpenjara dengan konsep pembelajaran yang tertumpu kepada satu bidang
sahaja. Sekularisasi dalam tradisi keilmuan berjaya menjerat mahasiswa dan
masyarakat untuk hanya fokus terhadap satu bidang yang diceburi tanpa memiliki
kehendak untuk mempelajari disiplin keilmuan yang lain. Bahkan lebih parah lagi
Universiti dijadikan seumpama kilang untuk mencetak sumber manusia bukan
melahirkan modal insan dalam mengangkat Karamah Insaniah yang unggul yang
mampu berperanan untuk mencorak masyarakat.
Realitinya penguasaan pelbagai cabang ilmu sebenarnya sangat dituntut dalam
Islam selagi mana ia bermanfaat serta selagi mana ia mempunyai kudrat dan
kekuatan selagi itu harus berlumba lumba mengejarnya. Pemantapan ilmu ini
perlu seiring dan saling berkait rapat dengan pemantapan Iman seseorang.
Justeru itu, kekuatan sebenar yang ada pada diri adalah kekuatan Iman yang
mantap tidak kira pangkat atau harta, tua mahupun miskin ia tetap menjadi sum-
ber kekuatan utama. Mahasiswa sebagai golongan pemuda perlulah memainkan
peranan untuk memulakan langkah penghijrahan ini. Sering kali istilah kaum mu-
da atau pemuda ini diungkapkan serta banyak tokoh-tokoh Islam yang lahir di
usia muda seperti Sultan Muhammad Al Fateh dan Sultan Salehuddin yang ber-
juang dan mempertahankan Islam.
Mahasiswa juga terdiri daripada golongan pemuda yang mempunyai kekuatan
yang luar biasa. Oleh itu, bersempena Maal Hijrah pada tahun ini menjadi suatu
semangat yang baru dalam memaknai dan mencontohi semangat kepemudaan
sebagaimana Sultan Muhammad Al Fateh yang menguasai pelbagai ilmu penge-
tahuan, menghayati Al-Quran serta bersungguh sungguh dalam melaksanakan
tugas dan tanggungjawab. Semoga bermulanya tahun baru hijrah kali ini menjadi
satu lagi detik permulaan untuk kita menggorak langkah maju kehadapan.
6
Ogos 2014 DALIL QURAN




Sesungguhnya "Safa" dan "Marwah" itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) ugama Allah maka sesiapa yang
menunaikan ibadat Haji ke Baitullah, atau mengerjakan Umrah, maka tadalah menjadi salah ia bersa`i (berjalan dengan
berulang-alik) di antara keduanya. Dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah
memberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui. . [ Al Baqarah : 158 [


Berikut ini adalah ayat ayat Al-quran al-Karim yang menerangkan tentang Sa'i di
antara Safa dan Marwah




Kita disuruh sabar dan solat, dan menerima segala penyempurnaan nikmat Tuhan, dan tahan dengan segala macam
cubaan, maka dengan ayat ini ia membawa maksud pengharapan, bahawa akan datang masanya mereka akan mengeliling
di antara bukit Safa dan Marwah. Walaupun sesulit manapun sesuatu dugaan itu, jika kita yakin akan kuasa tuhan, dan
percaya akan Qada dan Qadr, semuanya past senang untuk kita lalui
7
Ogos 2014 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN


Oleh : MUHAMMAD FAKHRUL AMIRUDDIN BIN HAMDAN
Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Teknologi Industri

Melihat perkembangan di kalangan generasi pelajar yang sudah kurang kepekaannya terhadap sebarang
isu berbangkit sama ada yang melibatkan pelajar ataupun masyarakat (ummah). Mereka langsung tidak
menunjukkan sebarang reaksi terhadap apa yang berlaku di sekelilingnya.
Mahasiswa kampus pusat pengajian tinggi pula lebih tertumpu kepada dunia akedemiknya sehingga tiada
masa terluang untuk meneliti dan memerhati persoalan masyarakat di sekitarnya. Penumpuan yang ber-
lebih-lebihan terhadap hal-hal yang berkaitan akedemik telah memperbodohkan mahasiswa dan menjeru-
muskan mahasiswa itu sendiri kepada kejumudan tindakan dan kepasifan pemikiran serta idea untuk
diketengahkan kepada masyarakat. Sungguhpun begitu, kita amat menyanjung tinggi sikap segelintir ma-
hasiswa yang mengambil tahu mengenai keadaan sekelilingnya walaupun di belenggu dengan hambatan
akedemik tetapi masih mampu dan bersedia untuk bersama-sama dengan masyarakat dalam me-
nyelesaikan masalah yang dihadapi oleh umat.
Seterusnya, orientasi peperiksaan dan latihan mental di kampus pusat pengajian tinggi telah meletihkan
mahasiswa yang sibuk dengan tutorial, kuliah, esei, peperiksaan dan lain-lain. Kesibukan ini ditambah pula
dengan terbentuknya budaya takut (culture of fear) di kalangan mahasiswa akibat daripada Akta Universi-
ti dan Kolej Universiti (AUKU) walaupun ada beberapa Akta yang dipinda tetapi mahasiswa di kampus
masih fobia apabila mendengar perkataan AUKU.
Kesemuanya amat mempengaruhi pergerakan mahasiswa. Kelesuan dan ketidakupayaan mahasiswa kem-
bali ke tengah masyarakat dan memperjuangkan nasib dan masa depan umat telah meletakkan taraf ma-
hasiswa ke tempat yang rendah sehinggakan masyarakat yang suatu ketika dahulu meletakkan status ma-
hasiswa begitu tinggi kini telah meremehkan kualiti siswazah yang dilahirkan daripada institiusi pengajian
tinggi di negara ini. Gerakan mahasiswa yang berkembang dalam suasana keilmuan mestilah merealisasi-
kan fungsi tersebut di dalam masyarakat. Kriteria ini menjadikan mahasiswa sebagai egen penting dalam
menerajui perubahan dalam masyarakat.
Kini suasana yang kontradik telahpun berlaku. Penentuan arah perjuangan mahasiswa ditentukan dan di-
pengaruhi oleh suasana luar sehingga menyebabkan gerakan mahasiswa mula hilang kredibiliti dan kewi-
bawaannya. Justifkasinya , kita melihat sendiri siri perpecahan di kalangan mahasiswa dan masyarakat
kampus di sebabkan perbezaan parti dan wadah yang disokong. Seharusnya, kita mencari titik-titik persa-
maan sehingga persoalan yang lebih besar, global dan holistik dapat diperjuangkan oleh mahasiswa itu
sendiri.
Suasana mendung ini mesti segera di ubati seterusnya di tangani. Generasi pelajar dan mahasiswa mesti-
lah diberikan pengarahan yang setepatnya kerana mahu tidak mahu mereka merupakan generasi
penyusul dan pewaris kepada kepimpinan umat masa hadapan. Justeru itu, generasi pelajar dan maha-
siswa seharusnya mendalami dan menghayati matlamat perjuangan supaya pengelibatan dalam gerakan
pelajar ini adalah pengelibatan yang penuh pengertian.
8
Ogos 2014 Anda Tahu?
! ?
Perkongsian oleh : flhaqiqatulislah
Sumber : http://filhaqiqatulislah.wordpress.com/
Tidakkah kita terfikir bahawa kenapa perlunya
pengorbanan dalam mencapai sebuah kejayaan
ataupun kemenangan yang menggembirakan?
Mengapa kita sentiasa perlu berkorban untuk
mendapatkan sesuatu? Tidak bolehkah Allah
menjadikan hidup ini tenang dengan keadaan se-
luruh umat manusia menyembah kepadaNya,
mempunyai satu agama dan tidak berbeza
fikiran, jiwa dan watak? Kenapa agama Allah ini
akan menang dengan hanya memerlukan pengor-
banan dari manusia-manusia yang berkomited
dengan jalanNya?
Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s membuk-
tikan bahawa dengan pengorbanan dalam men-
taati arahan Allah dan meninggalkan larangan
Allah sahaja mampu menobatkan mereka sebagai
manusia agung sepanjang zaman. Seperti mana
yang disebutkan hebatnya 2 manusia ini dalam
Al-Quran:
Dan (ingatlah) ketika Ibrahim diuji Tuhannya
dengan beberapa kalimat (perintah dan
larangannya), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah
berfirman: Sesungguhnya Aku akan menjadi-
kanmu imam bagi seluruh manusia. Ibrahim ber-
kata: Dan aku mohon juga dari keturunanku.
Allah berfirman: Janjiku ini tidak mengenai
orang-orang yang zalim. (Surah Al-Baqarah,
2:124)
Dan ceritakanlah kisah Ismail di dalam Al-
Quran. Sesungguhnya dia adalah seorang yang
benar janjinya, dan dia adalah seorang rasul dan
nabi. (Surah Maryam, 19:54)
Ya, kedua-duanya dimuliakan oleh Allah atas
pengorbanan hakiki mereka untuk agama ini. Is-
lam. Realitinya, Islam bukanlah sebuah agama
yang bersifat magic atau silap mata. Islam
ialah cara hidup yang mengambil kira fitrah
semulajadi dan kemampuan manusia tertentu
dan ia menggunakan kedua-dua aspek ini untuk
mencapai kemenangan hakiki. Ramai yang
menyangka kemenangan Islam akan tiba jika
kuantiti umat Islam melangkaui kuantiti
masyarakat dunia. Ramai juga yang menyangka
kemenangan Islam hanya tercapai dengan berjaya
memilih pemimpin Islam sahaja tanpa diri sendiri
memahami makna Islam yang sebenar. Mereka
juga berfikir bahawa kemenangan Islam akan
tercapai dengan hanya diri sendiri mengamalkan
nilai-nilai murni Islam sahaja dan membiarkan
masyarakat rosak dan punah akhlaknya diserang
oleh musuh Islam. Mereka turut menyangka Islam
akan menang dengan hanya beramai-ramai
menghadiri program-program agama tanpa ada
usaha untuk beristiqamah dalam beramal dan
masih mengekalkan jahiliah-jahiliah dalam diri.

9
Pengorbanan itu merupakan harga sebuah kehidupan yang hakiki. Mari kita lihat pengorbanan ibunda
Nabi Musa a.s ketika melepaskan Musa yang ketika itu merupakan bayi ke dalam sungai yang entah
ke mana penghujungnya. Seterusnya, bagaimana dengan Nabi Yusuf yang mengorbankan masa mu-
danya di telaga yang gelap lalu di penjara yang terlalu sukar untuk hidup di dalamnya? Bagaimana
dengan Nabi Nuh yang mengorbankan 950 tahun umurnya untuk berdakwah pada kaumnya dan
hasilnya sangat sedikit pengikutnya? Bagaimana dengan pengorbanan Nabi Muhammad s.a.w sela-
ma 23 tahun untuk memastikan di saat ini, kita dapat merasakan kemanisan iman dan Islam?
Kesemuanya itu memerlukan pengorbanan yang sebenar-benarnya untuk menghantar setiap individu
Muslim itu menuju muara kegemilangannya dalam hidupnya dengan Islam.

Ya Allah, sungguh berat tanggungjawabku ini. Mampukah aku untuk memikulnya?
Tanggungjawab ini hanya dapat dilaksanakan dengan perasaan cinta dan ikhlas andaikata kita
berani melepaskan tali dunia yang mengasyikkan ini. Melepaskan semua keseronokan dunia yang
seketika ini. Melepaskan perkara-perkara lagho yang menghiburkan tetapi menghinakan. Melepaskan
segala keinginan hawa nafsu yang menggila. Dengan pengorbanan ini sahaja sudah mampu memper-
cepatkan diri kita ke arah kemenangan Islam dalam diri dan orang sekitarnya.
Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang baik amal-
nya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. (Surah Al-Mulk, 67:2)


Ogos 2014 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN
10
Ogos 2014 Lensa GPTD
11
Ogos 2014 Pelajar Dan Isu


Perkongsian oleh : Akmal Adli B Ahmed
Haji mahupun umrah adalah kunjungan yang dituntut oleh Allah s.w.t kerana ia adalah satu cabang
ibadah dalam Islam. Menunaikan haji merupakan rukun Islam yang ke 5. Hukumnya adalah wajib bagi yang
mampu walaupun hanya sekali seumur hidup seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran, surah Al-imran
(3:97). Mampu itu pula banyak cabangnya, bukan sekadar mempunyai wang yang cukup untuk pergi ke
sana.
Bagi mereka yang pergi menunaikan ibadah haji, pasti yang diharapkan ialah haji mabrur. Haji mabrur
memang ada disebut dalam kitab. Maksudnya ialah haji yang diterima oleh Allah s.w.t. Jika ibadat ini
diterima, ia boleh dilihat pada kesan atau perubahan pada diri seseorang itu dari segi hati, percakapan dan
perbuatannya. Pasti ada kesan positif yang berlaku.
Namun, jika diperhatikan tidak semua yang pergi menunaikan haji itu berlaku perubahan atau kesan
positif. Perubahan yang dapat dilihat hanyalah tambahan gelaran haji atau hajah pada namanya. Mengapa
begini? Pasti ada sesuatu yang membuatkan pemergian mereka itu tidak memberi kesan pada diri mere-
ka.
Antara sebab-sebabnya mungkin niat pergi menunaikan haji itu bukanlah kerana Allah dan ingin beribadat.
Niatnya hanya ingin mendapatkan gelaran haji atau hajah itu supaya dihormati masyarakat. Maka gelaran
itulah yang diperoleh. Ada juga yang pergi ke Tanah haram itu sekadar ikut-ikutan ataupun tujuan utaman-
ya ialah hendak melancong. Tidak salah untuk pergi sambil melihat keindahan kota suci Makkah dan Madinah
itu, jadikanlah itu sekadar sampingan saja. Malah ada juga yang tidak sabar menunggu waktu lapang untuk
membeli-belah di sana. Rukun-rukun haji itu dilakukan kerana orang lain melakukannya.

12
Selain itu, mungkin juga rezeki yang diperoleh itu datang dari sumber yang meragukan. Niat itu
baik,tetapi jika caranya salah maka ibadat tetap tidak diterima. Matlamat tidak menghalalkan cara Niat
ibadat itu suci, tapi jika dicampur dengan perkara yang haram, maka haramlah ia. Jika dilihat pada taraf
ekonomi mereka yang pergi menunaikan haji itu, bukan semuanya kaya. Ada yang berpuluh tahun
mengumpul wang sebelum dapat pergi ke sana.
Antara sebab lain yang menjadikan ibadat haji itu tidak diterima mungkin juga kerana terlalu
fokus pada haji kerana ia dilihat orang, maka rukun Islam yang lain diabaikan. Rukun islam seperti
solat,zakat,dan puasa tidak dijaga dengan baik. Islam itu tertegak di atas kesemua rukun ini, bukan
sekadar haji sahaja. Tidak lupa juga pada ucapan syahadah. Mengucapkannya sahaja tidak cukup jika hati
masih lagi mensyirikkan Allah s.w.t. Contohnya seperti percaya kepada sesuatu dapat memberi manfaat
selain dari Allah,bertilik nasib, percaya kepada bomoh dan sebagainya.Semua ini adalah sebab-sebab ibadat
haji tidak diterima lalu tiada kesan positif yang berlaku pada diri.
Sebagai seorang muslim, niat untuk pergi menunaikan haji perlu ada. Walaupun masih belum
berkemampuan, jika ada niat dan usaha pasti Allah akan menjemput ke sana. Bagi yang berkemampuan,
pergilah menunaikan ibadat haji ini terutamanya mereka yang masih muda. Allah telah memberikan rezeki
yang banyak, maka gunakanlah untuk kepentingan agama. Paling penting niat itu perlulah ikhlas kerana
Allah s..w.t. Mudah-mudahan haji yang yang dilakukan itu diterima dan mendapat haji yang mabrur.
13
Sumber: FB Ikramteens
Sumber: Google Image
Ogos 2014 Budak Komik


14
Sumber: ISMA Mesir
Ogos 2014 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN
Sumber: FB Ikram teens

15
Ogos 2014
Selatan Thai : KEMBARA KORBAN SUATU PENGALAMAN
Oleh :Muhammad Redhuan Bin Mohammad Daud.





4 0ktober 2014- Mahasiswa dan Mahasiswi
gabungan daripada Grup Pengkaji Tamadun Dunia
(GPTD) dengan Persatuan Pelajar Islam Kelantan
(PPIK) telah melaksanakan kembara Qurban di Thai-
land. Seramai, 10 orang pelajar telah mengikhlaskan hati
dan diri kerana ingin tahu sekali apa yang sebenarnya
berlaku di sana dengan kaca mata sendiri. Kami bermula
dengan menziarah saudara melayu kami di sekitar Na-
rathiwat dengan memasuki imegresan di Rantau Pan-
jang,Kelantan. Kami melihat suasana kemeriahan hari
raya Qurban di sana dengan penuh takjub. Walaupun,
mereka telah ditekan oleh pihak kerajaan Thailand
tetapi mereka tidak pernah berputus asa dan cuba se-
daya upaya mereka menegakkan keadilan yang telah
ditakdirkan untuk mereka.
Di samping itu, layanan yang diberikan oleh masyarakat
terhadap peserta sangat menarik hati kami. Sebagai
contoh, di Kampung Banjir Kubu, Narathiwat kami telah
diberikan layanan mesra oleh tuan rumah yang hanya
mahu dikenali sebagai Pak Cik Abdullah. Dia telah mem-
berikan kami tempat penginapan yang cukup selesa dan
juga makanan yang cukup. Selain itu, Dia telah membawa
kami di sekitar kampung dan menziarahi ahli keluargan-
ya yang terdekat.Oleh itu,kami dapat berjumpa dengan
orang-orang tempatan dan mereka telah berkongsi
pelbagai cerita dan menceritakan pengalaman hidup
mereka kepada kami supaya kami sedar nasib mereka
di sana tidak harus dipandang enteng oleh masyarakat
Malaysia.
Kami berharap dengan kehadiran kami ke sana







dapatlah meringankan beban dan mengubat kelukaan
dalam diri masyarakat Melayu khususnya di sana. Se-
terusnya, antara sebab kembara ini dilaksanakan ada-
lah kerana ingin mendedahkan kepada peserta ter-
hadap Isu Selatan- Thai ini dengan lebih jelas lagi supa-
ya mereka akan mewujudkan satu keazaman dalam
hati untuk membuat program sukarelawan di sana.
Contohnya, program Camp Immersion of English di
Pusat Anak Yatim Tak Bai (AYATA),Pattani yang
merupakan program berkala dari semasa ke semasa
yang sering dijalankan
Seperti di Malaysia kita mempunyai sistem Zakat yang
teratur untuk mewakili negeri masing-masing namun
tidak untuk Negara Thailand. Mereka tidak mempunyai
Zakat yang tersusun bagi membela golongan yang ter-
tindas ini. Jadi kitalah harapan mereka selaku saudara
islam, memiliki iman yang sama dan bukankah setiap
orang Islam itu bersaudara. Jadi, ayuhlah memberi
sumbangan anda walau dari segi apapun yang mana se-
mestinya akan kami salurkan kepada mereka.
Bukankah kita ingin mengejar syurgaNya, Allah yang
mahal, sudah cukupkah amalan kita untuk membelinya?
Moga dengan sumbangan ikhlas anda itu, Allah terima
dan dibalas dengan syurga-Nya yang kekal abadi sela-
ma-lamanya.
.



16
Ogos 2014









Bukti kekejaman kerajaan Thailand ke atas masyarakat Islam melayu disana. Imam surau
ini telah terkorban dan sebahagian makmumnya cedera akibat kebiadapan tentera Thailand
terhadap rumah ibadat orang Islam. Persoa-
lannya, di manakah kita pada waktu ini?
Adakah setiap saat kita memikirkan nasib
saudara kita disana? Diharapkan, kita semua
senantiasa memikirkan nasib sahabat kita
disana supaya apabila kita mati, kita tidak
akan dituntut daripada mereka kerana kita
memikirkan mashalahat umat Islam se-
luruhnya. Tapi jangan setakat itu sahaja, lakukanlah aktiviti sukarelawan disana bagi
mewujudkan lonjakan pradigma ke atas masyarat melayu di sana khususnya. Pertolongan be-
sar diharap daripada kita adalah menghantar sukarelawan untuk mengajar bahasa Melayu
kepada masyarakat melayu di sana supaya tahap penguasaan bahasa ini mencapai tahap
yang memuaskan.




Gambar ini menunjukkan sebuah bilik darjah yang agak daif untuk digunakan semasa sesi
pembelajaran Fardhu Ain dan bahasa Melayu oleh masyarakat melayu di Selatan Thailand.
17
Ogos 2014 Lensa GPTD

18



Ogos 2014 Review Buku !








.
Umat Islam Menghadapi Tantangan (Kristenisasi
Sekularisasi)
Karya Buya Hamka
Oleh: Azmah Aede
Buku ini adalah buku yang merupakan jawapan disetap persoalan masyarakat yang diajukan kepada
Buya Hamka. Di dalam buku ini terdapat beberapa subtopik, minggu ini subtopik bertajuk Aqidah Kita.
Beberapa tahun yang lalu, banyak buku yang membahaskan mengenai agama Kristan yang ditulis oleh
para ulama dan mubaligh islam, yang bertujuan untuk memberikan penjelasan dan menjawab usaha
pemurtadan yang giat dilakukan olah Zending, Missi, dan Khatolik pada umat islam. Untuk melemahkan
iman umat islam, anggota-anggota Zending dan
Missi menggunakan cara yang agresif. Mereka
ajak pemuda islam bertukar fkiran dalam soal
ibadat dan kepercayaan yang boleh menyebab-
kan pemuda tersebut hilang kepercayaan pada
agamanya dan kemudian pemuda itu murtad.

Terdapat satu contoh di dalam bukunya iaitu
seorang doktor muda muslim mendapat pertan-
yaan dari zending. Soalannya sepert, mengapa
orang islam melarang orang menyembah
berhala, sedangkan orang islam sendiri menyem-
bah kaabah, iaitu satu berhala besar yang didiri-
kan oleh Muhammad di Mekah? Bukankah itu
berert Muhammad melarang orang menyembah
berhala, sedangkan Muhammad sendiri me-
merintahkan umat yang percaya kepadanya
supaya menyatukan saja berhala itu, iaitu
berhala yang didirikan ditanah kelahirannya sendiri, supaya tap-tap orang menyembah kepada kaabah
dan memuliakan dirinya dan menjadikan seluruh dunia takhluk kepada orang Arab?
Maka dijelaskan oleh Buya Hamka dalam buku ini yang berbunyi betulkah kita orang islam menyembah
kaabah?. Buya menjawab pertanyaan itu, bahawasanya kaum muslimin diseluruh dunia, apa pun ma-
zhabnya tdaklah sesekali menerima ajaran bahawa kita menyembah, memuja, dan beribadat pada Kaa-
bah, serta kepada Nabi Muhammad. Untuk pengetahuan, Kaabah bukanlah Nabi Muhammad yang
mendirikan tetapi Nabi Ibrahim iaitu nenek moyang Nabi-nabi sejak Nabi Musa sampailah Nabi Isa dan
sampailah Nabi Muhammad. Nabi Ibrahim mendirikan Kaabah atas perintah daripada Allah SWT sebagai
pusat beribadah kepada umat yang mengakui bahawa Allah SWT adalah Esa. Setelah Nabi Muhammad
datang dan merebut Mekkah, seluruh berhala yang ada di sekeliling Kaabah itu diruntuhkan, dan Kaabah
dijadikan Kiblat iaitu tempat menghadap bukan tempat menyembah. Kalau ada orang islam menyembah,
memuja, dan sembahyang untuk Kaabah, maka kafrlah orang itu menurut hukum islam.

19
Travelog Jejak Hamka
2014
Oleh: Balqis Hannah
Rabu 16/5| Hari Ketiga

Malam tadi kami tdur dengan nyenyak
sekali. Setap seorang telah dikasi tlam, bantal
dan bantal peluk. Untuk program kajian sosio
budaya sebegini. Ianya lebih daripada cukup.
Dengan cuaca yang sangat sejuk, kami berasa
sangat selesa.

Pagi ini air tdak ada didalam bilik air. Ini kerana
bekalan air nya tdak tetap lagi. Jadi umi Dada
menyuruh pelajar putra untuk menyambung air
diatas bukit. Menurut Lokman, pelajar Malaysia
(anak setausaha Agung WADAH ) perjalanan
untuk membaiki dan menyambung paip terpu-
tus itu agak jauh. Dalam sejam perjalanan untuk
berjalan kaki untuk naik ke atas. Airnya sangat
dingin. Sepert air ais. Tapi sangat segar untuk
dibuat mandi.

Sekitar jam 9.30 pagi, kami mengumpulkan
anak-anak Ponpes Hamka untuk melaksanakan
aktvit. Aktvit bersama-sama anak-anak santri
di didalam
masjid.
Kebetulan
hari ju-
maat me-
mang
merupakan hari cut untuk pesantren ini.
Perkenalan kami berjalan dengan agak ceria.
Dua sukarelawan kami, iaitu Kak Azmah dan Kak
Nik, telah keluar untuk membeli barang dapur
untuk anak santri. Jadi kami relawan yang lain,
aku, Kak Ain, Kak Syafqah dan Fakhrul mene-
ruskan acara.
Kami melakukan aktvit ice breaking. Anak-anak
ini dibahagikan kepada 5 kumpulan lelaki dan
wanita
Anak-anak pesantren seramai 60 lebih menyer-
tainya. Manakala pelajar kelas 6 tdak menyertai
kerana mereka berada di tahun akhir.

Memandangkan hari ini adalah hari Jumaat,
maka perjalanan aktvit bersama anak-anak di
tamatkan sedikit awal untuk memberi peluang
kepada mereka bersiap sedia untuk
melaksanakan ibadah solat Jumaat. Salah
seorang relawan kami, Mohd Fakhrul Amiruddin
di minta untuk menyampaikan khutbah Jumaat.
Tajuk khutbah yang di sampaikan saudara
Fakhrul ialah Persaudaraan Sesama Islam. Anta-
ra intpat khutbah Jumaat ialah kita hendaklah
memelihara hubungan persaudaraan antara sa-
tu sama lain.
Ogos 2014 Kembara seorang Hamba
20
Ogos 2014 Kembara seorang Hamba




Penulis merupakan pelajar ISM Pendidikan Pengaja-
ran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL)
tahun dua di UNISEL. Merupakan Exco penerbitan
GPTD UNISEL yang baharu dan telah menjayakan
Misi Ekspedisi Hamka-Projek Khidmat Pendidikan
dan Kajian Sosio Budaya pada 14/5 26/5 2014
Seterusnya kami mengadakan perbincangan dengan umi untuk menyusun atur jadual kami
disini. Umi Dada sangt membantu kerana beliau dan suaminya beria mahu memberikan
yang terbaik untuk kami.Setelah itu kami mengumpul-
kan anak santri putri untuk meneruskan acara Kum-
pulan .Pelajar Putra tdak dapat kami kumpulkan
kerana mereka ada menyertai lathan silat.



Sewaktu masa perkongsian, anak-anak santri ini turut berkongsi tentang Buya Hamka. Ru-
panya disini terdapat subjek Kehamkaan yang mana kelas tersebut bertujuan untuk mencer-
itakan tentang Buya Hamka itu sendiri. Jelas sekali keperibadian Hamka itu ada pada adik
adik ini. Kematangan sebelum usia, petah berkata kata, menghormat orang yang lebih tua
serta menjaga tatasusila diri Nampak dalam diri mereka.

Sesudah asar, kami melakukan aktvit Perang
Belon yang mana adik adik di bahagikan kepada
empat kumpulan, belon di letakkan di kaki dan
mereka perlu memijak belon sehingga pecah
untuk mematkan pihak lawan. Menurut mere-
ka, ini pertama kali mereka bermain permainan
sepert itu. Sangat aktf mereka merancang
strategi untuk memijak belon pihak lawan.
Ternyata mereka amat gembira dengan kehadiran kami.
21

SUMBER :google image
22
Ogos 2014 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN

23

GPTD UNISEL membuka keahlian kepada mana-mana individu
yang berminat menjadi sukarelawan GPTD. Sesiapa yang
berminat boleh emailkan (nama, no matrix, nombor telefon
dan email) anda ke gptdunisel@gmail.com ataupun sms ke
nombor:
013-3917122

Anda mungkin juga menyukai