Anda di halaman 1dari 1

EDUCATION of ELAKSAMANA

4.4 KLAUSA

4.4.1 TAKRIF KLAUSA

Definisi
Klausa ialah satu rangkaian perkataan yang terdiri daripada subjek dan predikat

4.4.2 BINAAN KLAUSA

Antara contoh klausa ialah :


• Dia / tidak datang
• Pakaiannya / basah
• Mereka / berehat

1.Contoh di atas dapat menyatakan maksud klausa, iaitu satu binaan yang terdiri
dari subjek dan predikat.
2.Subjek bagi klausa di atas ialah dia, pakaiannya dan mereka.
3.Predikat bagi klausa di atas ialah datang, basah dan berehat.

4.4.3 TUGAS KLAUSA

Jika klausa di atas disebut dengan intonasi yang betul, iaitu dimulai dan diakhiri
dengan kesenyapan, klausa tersebut boleh bersifat sebagai ayat yang lengkap
seperti contoh di bawah :
• Dia tidak datang.
• Pakaiannya basah.
• Mereka berehat.
Klausa menjadi konstituen kepada ayat dan terbahagi kepada 2 jenis iaitu :
a) klausa bebas
klausa yang boleh berdiri sendiri sebagai ayat yang lengkap
b) klausa tak bebas
klausa yang tidak boleh berdiri sendiri kerana maknanya bergantung pada
klausa bebas.

Contoh klausa bebas dan klausa tidak bebas :

CONTOH AYAT KLAUSA KLAUSA TIDAK


BEBAS BEBAS
Dia tidak datang jika tidak Dia tidak Jika tidak mendapat
mendapat keizinan datang keizinan
Pakaiannya basah kerana Pakaiannya Kerana hujan lebat
hujan lebat basah
Mereka berehat apabila Mereka Apabila tiba masanya
tiba masanya berehat

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009