Anda di halaman 1dari 5

EDUCATION of ELAKSAMANA

4.7 JENIS AYAT

Ayat dikategorikan kepada jenis-jenis yang tertentu berdasarkan intonasi ayat


tersebut.

JENIS AYAT

AYAT PENYATA AYAT PERINTAH AYAT TANYA AYAT SERUAN

4.7.1 AYAT PENYATA

Definisi
Ayat yang bertujuan memberikan keterangan atau menyatakan sesuatu perkara,
benda atau orang.

1.Ayat ini turut disebut sebagai ayat berita atau ayat keterangan.
2.Bertujuan untuk menerangkan sesuatu perkara maka kadar intonasinya adalah
sederhana dan diakhiri dengan nada penutup turun.
3.Subjek ialah unsur yang hadir pada awal ayat atau yang diterangkan.
4.Predikat pula unsur yang hadir selepas subjek atau yang menerangkan.
5.Struktur ayat penyata boleh terdiri dari ayat tunggal atau ayat majmuk.
6.Contoh ayat penyata :

AYAT PENYATA
Mesyuarat itu berjalan lancar
Mereka mengadakan majlis pelancaran dan
penutupan
Anda semua telah dimaklumkan bahawa
sekolah kita akan menyertai pertandingan
pantun pada bulan hadapan

7.Dalam ayat penyata tidak terdapat penggunaan kata apa, siap, mengapa, mana,
kenapa, bagaimana dan sebagainya.
8.Namun di dalam ayat penyata terdapat kata naïf tidak dan bukan yang
digunakan sebagai unsur penafian bahagian predikat ayat.
9.Dari segi tatabahasa, penggunaan kata naïf tidak bertujuan untuk menafikan
frasa kerja dan frasa adjektif.
10.Manakala kata nafi bukan digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa
sendi nama, contohnya

KATA NAFI DALAM AYAT PENYATA


Saya tidak mengambil barang itu
Tulisannya tidak cantik lagi
Tanah itu bukan hak milik kekal
Rumahnya bukan di Pulau Pinang

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

4.7.2 AYAT PERINTAH

Definisi
Ialah ayat yang mengandungi unsur arahan atau kemahuan yang kuat oleh penutur
terhadap pendengar.

1.Ayat ini diujarkan bertujuan untuk menimbulkan satu tindakan dan ditujukan
kepada orang kedua seperti kamu, awak dan engkau yang biasanya digugurkan.
2.Ayat ini terdiri dari ayat yang bertujuan untuk menyuruh, melarang, mempelawa
dan meminta, contohnya :

AYAT PERINTAH
Anda semua hendaklah hadir untuk
menduduki peperiksaan
Jangan tunjuk sikap buruk kamu itu
Silalah ke pentas utama
Tolong jaga kebersihan kawasan rumah
masing-masing

3.Ayat perintah diujarkan dengan intonasi rendah dan menurun dengan nada keras
pada mana-mana perkataan yang hendak ditekankan maksudnya bertujuan untuk
mendapat respon pendengar.
4.Ayat perintah ditandai dengan penggunaan kata khusus seperti jangan, usah, sila,
jemput, tolong, minta dan sebagainya.
5.Ayat perintah dapat dibahagikan kepada 4 iaitu :

JENIS AYAT PERINTAH

AYAT SURUHAN AYAT LARANGAN AYAT SILAAN AYAT PERMINTAAN

a) Ayat Suruhan
Ialah ayat yang bertujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan arahan kepada
pendengar.
Secara umumnya ayat ini mempunyai susunan yang terdiri daripada subjek
iaitu kata ganti nama diri orang kedua diikuti oleh predikat.
Namun demikian subjek kebiasaannya digugurkan, contohnya :
• Duduk di tempat masing-masing
• Tutup pintu itu

Ayat yang sama boleh dilengkapi oleh subjek seperti berikut :


• Kamu semua duduk di tempat masing-masing
• Awak tutup pintu itu

Partikel -lah turut boleh digunakan di bahagian predikat ayat suruhan,


contohnya :
• Duduklah di tempat masing-masing
Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

• Tutuplah pintu itu.

a) Ayat Larangan
Ialah ayat yang bertujuan untuk menegah atau menahan seseorang daripada
melakukan sesuatu perkara ataupun tindakan.
Ayat ini merupakan satu bentuk perintah kepada pendengar dan mengandungi
maksud berlawanan dengan ayat suruhan menggunakan kata larangan seperti
jangan, usah dan tak usah, contonhya :
• Jangan buang masa
• Usah termenung sahaja
• Tak usah dikenang orang yang jauh

Ayat larangan boleh digunakan partikel -lah untuk maksud penegasan dan
melembutkan larangan tersebut, contohnya :
• Janganlah buang masa
• Usahlah termenung sahaja
• Tak usahlah dikenang orang yang jauh

a) Ayat Silaan
Ialah ayat yang bertujuan untuk membuat pelawaan atau ajakan terhadap
pendengar atau orang kedua.
Tindakan bukan sahaja diharapkan kepada pendengar tetapi juga kepada
penutur itu sendiri.
Kata silaan yang biasa digunakan ialah sila, jemput dan mari, contohnya :
• Sila rujuk papan kenyataan di bilik guru
• Jempur datang esok hari
• Mari masuk ke kelas

Ayat silaan juga boleh menggunakan partikel -lah untuk menggambarkan


kemesraan dan kelembutan pelawaan, contohnya :
• Silalah rujuk papan kenyataan di bilik guru
• Jemputlah datang esok hari
• Marilah masuk ke kelas

a) Ayat Permintaan
Ialah ayat yang dilafazkan oleh penutur dengan tujuan menyatakan kehendak
kepada pendengar dengan nada yang halus dan hormat.
Ayat ini mempunyai nada yang lembut bagi menyerlahkan sifat bersopan
dengan pendengar dan menggunakan kata permintaan seperti minta, tolong
dan mohon, contohnya :
• Minta perlahankan muzik itu
• Tolong kemas barang-barang yang bersepah itu
• Mohon semua orang bertenang dan bersabar

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

4.7.3 AYAT TANYA

Definisi
Ialah ayat yang bertujuan untuk menanyakan seseorang, sesuatu, perkara atau
benda.

1.Intonasi ayat tanya berbeza dengan intonasi ayat penyata dari segi nada akhirnya
yang bernada menaik.
2.Namun terdapat juga penutur yang menggunakan intonasi ayat penyata untuk
menanyakan soalan dan mendapat respons daripada pendengar.
3.Dalam bahasa penulisan, ayat tanya digambarkan melalui tanda tanya pada akhir
kata, contohnya :
• Semua pelajar ada di dalam kelas ?
• Ada anak emas di dalam kelas ini ?

1.Ayat tanya juga diujar dengan nada suara tinggi sebelum diakhiri dengan
kesenyapan pada kata akhir dan biasanya partikel -lah ditambah pada hujung
ayat tanpa mengubah struktur untuk menjadi lebih fokus kepada pertanyaan,
contohnya :
• Semua pelajar ada di dalam kelaskah ?
• Ada anak emas di dalam kelas inikah ?

1.Namun terdapat juga unsur meletakkan fokus tersebut di hadapan ayat dan frasa
predikat yang mengandungi unsur -lah diletakkan ke depan, contohnya :
• Ada di dalam kelaskah semua pelajar ?
• Di dalam kelas inikah ada anak emas ?

1.Sekiranya subjek yang disertai partikel -lah diletakkan di hadapan, ianya dianggap
tidak gramatis dari segi tatabahasa, contohnya :
• Semua pelajarkah yang ada di dalam kelas ?
• Ada anak emaskah di dalam kelas ini ?

1.Terdapat juga ayat tanya yang menggunakan kata tanya lain seperti apa, siap,
mengapa, mana, kenapa, bagaimana, bila dan berapa dan kesemua kata tanya ini
diletakkan pada akhir ayat.
2.Namun jika kata tanya ini diletakkan di hadapan ayat, maka hendaklah disertai
dengan partikel -kah pada ayat itu, contohnya :
• Kamu semua siapa ?
- Siapakah kamu semua ?
• Rumah kamu di mana ?
- Di manakah rumah kamu ?

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

4.7.4 AYAT SERUAN

Definisi
Ialah ayat yang bertujuan untuk melahirkan berbagai-bagai perasaan seperti
gembira, sedih, kagum, terkejut, geram dan sebagainya.

1.Gambaran perasaan penutur dapat dilihat dengan penggunaan kata seru.


2.Antara kata seru yang digunakan ialah amboi, cis, wah, aduh, ah, eh, wahai dan
sebagainya.
3.Ayat seruan ini terdiri dari kata seru + ayat keterangan untuk memperlihatkan
perasaan yang dimaksudkan, secara rumusnya adalah seperti berikut :

Ayat Seruan = Kata Seruan +


Ayat Keterangan

4.Biasanya ayat seruan mempunyai intonasi naik dan turun pada akhir ayat
bergantung kepada ragam perasaan yang hendak ditunjukkan.
5.Dalam penulisan, ayat seruan dapat dikenali melalui penggunaan kata seru,
contonhya :
• Aduh, sakitnya perutku !
• Oh, gadis manis itu rupanya !
• Amboi, cantik sungguh baju baharu kamu !

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009