Anda di halaman 1dari 125

Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 1

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 2

PANDUAN BISNES INTERNET

Formula
RAHSIA Buat
WANG BESAR Secara
Online
19 bidang perniagaan Internet
paling MENGUNTUNGKAN
5 Langkah Memulakan
Bisnes

Diterbitkan oleh ideaPERNIAGAAN.com


Email : admin@ideaperniagaan.com
Laman Web : http://www.ideaperniagaan.com
Blog : http://ideablog.wordpress.com

Hakcipta Terpelihara 2006 © oleh ideaPERNIAGAAN.com


Segala Hakcipta Adalah Terpelihara

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 3

Hakcipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang, mencetak atau


menggunakan mana-mana bahagian eBook ini dalam apa jua bentuk sama
ada elektronik, fotokopi, rakaman atau apa jua cara yang boleh di ambil
tindakan tanpa keizinan daripada pihak pengarang dan penerbit. eBook ini
mengandungi Hak Jual Semula!

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 4

NOTIS

Pengarang dan penerbit adalah sedaya upaya memastikan eBook yang


diterbitkan ini mengandungi maklumat yang terkini dan lengkap. Namun
demikian, pihak pengarang dan penerbit tidak bertanggungjawab terhadap
fakta dan maklumat yang terkandung di dalam eBook ini, kerana
perkembangan teknologi dan undang-undang baru negara yang tidak
dijangka.

Pengarang dan penerbit tidak boleh dianggap sebagai pemberi khidmat


nasihat profesional di dalam bidang perniagaan, perakaunan, undang-undang
dan kewangan kepada pembaca. Pembaca disarankan mendapat bantuan
pakar dan khidmat nasihat daripada yang berkelayakan.

Pengarang dan penerbit juga tidak bertanggungjawab terhadap atas apa-apa


risiko, kehilangan, liabiliti sama ada secara peribadi atau tidak yang berlaku
akibat penggunaan dan aplikasi kandungan eBook ini secara langsung atau
tidak langsung.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 5

SEKALUNG PENGHARGAAN

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi


di atas kurniaan masa, ilmu, kesihatan, kelapangan dan fikiran
dalam menghasilkan dan merealisasikan kelahiran eBook ini. Ribuan terima
kasih juga kepada keluarga kerana memberi dorongan dan sokongan
sepanjang masa. Juga kepada rakan-rakan sekerja yang memberikan
semangat untuk saya meneruskan pembikinan eBook ini. Tidak lupa juga
kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 6

Pendahuluan

A
lhamdulillah, saya bersyukur kerana dengan keizinan-Nya, akhirnya
saya dapat menghasilkan eBook ini yang bertajuk “Formula Rahsia
Buat Wang Besar Secara Online”. eBook ini di karang hasil daripada
bahan pembacaan, kajian dan fakta-fakta terkini yang di adunkan sebagai
panduan kepada anda yang mahu berkecimpung di dalam dunia perniagaan
internet.

Jika dahulu untuk mendapatkan buku-buku berkisar tentang perniagaan internet


ini sukar untuk diperolehi, tambahan pula kebanyakkannya berbahasa Inggeris.
Namun, pada hari ini anda sendiri dapat melihat ianya tumbuh bagaikan
cendawan selepas hujan.

Banyak buku-buku dikeluarkan dengan tujuan yang sama iaitu menerangkan


bagaimana memulakan perniagaan di internet. Tidak terkecuali eBook yang saya
hasilkan, tetapi ianya hasil daripada kajian yang dilakukan oleh saya. Saya telah
sedaya upaya mengarang eBook ini dengan cara yang berbeza dan unik dari
buku-buku yang lain.

Di harapkan eBook ini menjadi panduan kepada anda dan seterusnya


memberikan semangat untuk anda memulakan langkah anda pada hari ini.
Slogan yang saya bawakan kepada anda membawa erti yang mendalam
maksudnya. Saya doakan semoga anda berjaya kelak!

“Langkah Anda Hari Ini, Penentu Kekayaan Anda Masa Depan”

Mohd Fazdlie Mohamad Sahid


Laman web : http://www.ideaperniagaan.com
Blog : http://ideablog.wordpress.com

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 7

BAHAGIAN #1
Satu Pengenalan

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 8

Topik 1 : Pengenalan

I
nternet merupakan gabungan daripada perkataan “inter” dan “network” yang
bermaksud antara rangkaian. Dari sudut teknikal, internet merujuk kepada
rangkaian-rangkaian komputer di antara satu sama lain. Semua komputer di
dunia ini disambungkan bersama oleh kabel komunikasi (kabel telefon).

Sebenarnya internet telah dilancarkan pada tahun 1970. Rangkaian internet


yang pertama ialah menghubungkan antara empat universiti terkemuka di
Amerika Syarikat.

Kemudian pada tahun 1989, sistem hipertext World Wide Web (www) telah
diperkenalkan. Seterusnya pada tahun 1990 fail www pertama telah dilancarkan.
Revolusi internet tersebut telah mencetuskan fenomena baru sehingga kini ianya
masih terus hebat diperkatakan.

Kini, di Malaysia perniagaan internet telah mengejutkan banyak pihak


terutamanya di kalangan orang ramai. Malah pendekatan kerajaan Malaysia
yang mengambil inisiatif untuk menubuhkan MSC pada masa dahulu telah
meningkatkan pengaruh dan perkembangan internet di Malaysia.

Perniagaan internet

Perniagaan internet merupakan perniagaan yang di jalankan secara “online”.


Iaitu pelawat didedahkan dengan iklan-iklan produk yang menarik perhatian.
Kemudian pelawat tersebut membeli barang dengan membayar secara “online”,
pos atau “bank-in”. Produk yang di pesan akan di pos dalam tempoh masa
tertentu kepada pelanggan.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 9

Konsep perniagaan internet ini sebenarnya telah di adaptasi daripada


perniagaan gaya pos. Dahulu perniagaan gaya pos ini merupakan perniagaan
yang amat popular, malah di Malaysia, perniagaan gaya pos masih lagi
dilakukan oleh sesetengah pihak.

Perniagaan gaya pos mengiklankan produk secara “offline” melalui media-media


cetak seperti “flyers”, majalah, surat khabar dan lain-lain lagi. Tetapi selalunya
penjual produk akan menghantar surat yang mengandungi maklumat produk
terus kepada pelanggan.

Penjual memperoleh maklumat pelanggan daripada majalah, surat khabar,


ruangan keahlian dan sebagainya. Selain mengandungi maklumat mengenai
produk, turut disertakan borang tempahan untuk pelanggan membuat pembelian.
Sekiranya pembelian dilakukan, produk tersebut akan di pos terus ke rumah
pelanggan setelah borang tempahan dan pembayaran diterima.

Konsep perniagaan internet pada masa kini telah menjadi ikutan oleh
kebanyakkan penduduk dunia. Di Malaysia, internet telah dijadikan sebagai
platform kepada syarikat-syarikat besar untuk memperkenalkan syarikat mereka
melalui laman web. Tidak terlepas juga kepada pejabat-pejabat kerajaan yang
turut membina laman web bagi memberikan khidmat maklumat yang penting
kepada rakyat.

Walaupun penggunaan internet di Malaysia sebenarnya sudah lama iaitu sejak


tahun 1995, tetapi kesannya terhadap penduduk di Malaysia masih kurang
dalam perniagaan internet. Statistik pada tahun 2005 menunjukkan urusniaga di
internet oleh penduduk Malaysia di monopoli oleh syarikat penerbangan
termurah iaitu Air Asia sebanyak 80%. Manakala selebihnya iaitu sebanyak 20%
di kuasai oleh peniaga-peniaga kecil dan syarikat swasta.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 10

Jumlah angka ini amat kecil berbanding di luar negara berikutan tahap
ketidakyakinan di kalangan masyarakat Malaysia menjalankan urusniaga secara
“online”. Tetapi langkah-langkah efektif telah pun diambil oleh badan-badan
swasta dan juga kerajaan dalam menjalankan urusniaga secara “online”.
Contohnya seperti maybank2u.com.my, bankislam.biz, airasia.com dan lain-lain
lagi.

Mengikut kajian dan perangkaan yang dibuat pada penghujung tahun 2005,
seramai 332,590,713 (332 juta) pengguna internet adalah dari Asia. Manakala
jumlah pengguna internet di Malaysia adalah seramai 10.04 juta! daripada 24
juta! penduduk Malaysia.

Jadi, anda boleh mengambil peluang atas kesempatan ini untuk menceburi
bidang perniagaan internet. Pada masa akan datang, perniagaan internet akan
menjadi sesuatu yang paling penting sekali sebagaimana yang telah berlaku di
luar negara. Setiap perubahan teknologi ini, tidak dapat dielakkan lagi. ☺

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 11

Topik 2 : Kelebihan Bisnes Internet

P
erniagaan secara “online” memberikan banyak kelebihan berbanding
perniagaan “offline”. Kelebihan-kelebihan yang unik itulah membuatkan
perniagaan internet ini berkembang dengan pesat. Setiap hari, pasti ada
perniagaan baru yang wujud.

Jangan anda menganggap perniagaan internet ini merupakan sesuatu yang


sukar dan susah untuk menguruskannya serta pelbagai alasan lagi bagi
menidakkan perniagaan internet. Alasan-alasan tersebut hanya peluntur
semangat dan merupakan sifat yang patut dijauhi.

Saya akan mendedahkan kepada anda akan kelebihan yang ada di dalam
perniagaan internet dengan harapan anda akan melihat peluang yang besar dan
merebutnya dengan segera. Kelebihan yang dimaksudkan ialah :

1. Kos murah.
Untuk memulakan perniagaan, anda hanya perlu mengeluarkan modal
sekitar RM1,000 atau pun kurang. Berbanding dengan perniagaan secara
“offline”, anda memerlukan sekurang-kurangnya sehingga RM50,000 untuk
membuka sebuah kedai runcit!

2. Perniagaan sepanjang masa.


Perniagaan internet ini dijalankan secara automatik selama 24 jam sehari, 7
hari seminggu dan 365 setahun. Anda tidak perlu memasang komputer
sepanjang masa dan duduk menghadap komputer kerana laman web anda
telah pun di “upload” (dimuat naik) ke dalam “server”.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 12

3. Kurang risiko.
Risiko kerugiaan yang ditanggung sekiranya gagal adalah kurang
berbanding perniagaan “offline”. Saya melabur dalam
www.ideaperniagaan.com hanya sekitar RM500 sahaja. Jika saya rugi,
saya hanya rugi RM500 sahaja berbanding jika saya membuka kedai runcit
dan rugi hampir RM50,000!

4. Bekerja hanya dari bilik tidur.


Perniagaan internet merupakan kerja sambilan. Anda hanya
memperuntukan sehari dalam 2-3 jam untuk menguruskan email, tempahan
dan mengemaskini laman web. Semuanya boleh dilakukan hanya dari bilik
tidur anda!

5. Pelanggan dari seluruh dunia.


Walaupun anda menjalankan perniagaan internet secara sambilan, secara
realitinya perniagaan anda bertaraf antarabangsa iaitu bersifat global.
Pelanggan-pelanggan anda adalah dari seluruh pelusuk dunia!

6. Tidak perlu berjumpa pelanggan.


Anda tidak perlu lagi berjumpa dengan pelanggan. Hampir segala-galanya
dari membalas email, menerima tempahan dan promosi dilakukan secara
automatik. Jika ada sebarang masalah anda hanya perlu berkomunikasi
dengan pelanggan melalui email, chat atau pun Yahoo! Mesengger! Terlalu
mudah. ☺

7. Tidak perlu menyewa pejabat.


Ingat! perniagaan anda dilakukan secara sambilan, jadi anda tidak
sewajarnya menyewa pejabat. Selain ianya merugikan, perlatan yang anda
perlukan hanyalah terlalu sedikit iaitu satu set komputer berserta talian
internet dan juga stok. Semuanya boleh dilakukan hanya dari rumah anda!

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 13

8. Tidak perlu memohon lesen.


Jika anda menceburi perniagaan pasar malam, sudah tentu anda
memerlukan lesen dari pihak Pihak Berkuasa Tempatan. Berbeza dengan
perniagaan internet, sehingga kini tiada lesen diperlukan untuk memulakan
perniagaan. Malah, sesiapa sahaja boleh melakukanya! ☺

9. Boleh menjual lebih satu produk.


Memandangkan perniagaan internet ini dilakukan hampir kesemuanya
automatik, maka anda boleh membuka peniagaan internet lebih dari 1
produk. Sekaligus ia merupakan cabang mengembangkan perniagaan
anda. Tetapi, awas! Jangan terburu-buru memulakan perniagaan. Buatlah
dengan perancangan yang teliti.

10. Pendapatan dalam US Dollar!


Tidak mustahil anda boleh menerima pendapatan (hasil jualan produk)
dalam matawang US Dollar. Malah kesemua mata wang asing sekalipun
anda boleh menerimanya. Bayangkan jika produk yang anda jual RM47 /
US47? Di Malaysia, anda menerima RM47 sahaja tetapi di luar negara
anda menerima hampir RM173.90! Lebih dari 300% harga asal!

Nampaknya, anda sudah tahu rahsia perniagaan internet ini. Jika anda
mempunyai produk, lakukannya sekarang!. Langkah Anda Hari Ini, Penentu
Kekayaan Anda Masa Depan. Jadilah salah seorang dari jutawan internet di
Malaysia!. ☺

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 14

Topik 3 : Kisah Kejayaan Internet

P
erniagaan internet kini tidak lagi mustahil dalam melahirkan jutawan-
jutawan dan bakal-bakal jutawan pada masa hadapan!. Buktinya sudah
cukup untuk kita mengakui kehebatan perniagaan internet ini (jika anda
tahu caranya!). Antara jutawan internet yang terkenal ialah :

a. Dr. Irfan Khairi merupakan pemengang Ijazah Sarjana Muda Multimedia


Design di United Kingdom. Beliau memulakan perniagaan internet secara
sambilan pada tahun 1999. Salah satu daripada perniagaannya mendapat
untung bersih sebanyak RM1,000,000 dengan bermodalkan RM500 dalam
tempoh 3 tahun beroperasi sewaktu umurnya baru 25 tahun! Beliau adalah
anak Malaysia!

b. Sen Ze juga anak Malaysia telah mendapat pendapatan bersih sebanyak


RM1.36 juta! dari eBook yang dijualnya dalam bentuk Microsoft Word.
Beliau hanya menjalankan perniagaan dari rumah dan menjual eBooknya
dengan harga RM367 (USD97)!.

c. Patric Chan yang juga anak Malaysia telah menceburkan diri dalam
perniagaan internet. Beliau telah menjual eBook dengan harga RM178.60
(USD47) kepada seluruh negara. eBook beliau mendapat sambutan diluar
jangkaan!

d. Yusuf Othman telah mengarang eBook dalam format Microsoft Word


mengenai cara memasang komponen komputer. Beliau menjualnya dengan
harga USD40. eBook beliau mendapat sambutan yang amat menggalakkan
dari USA, UK, India, Australia dan lain-lain negara lagi!

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 15

Keempat-empat kisah diatas merupakan kejayaan anak Malaysia di dalam


perniagaan internet. Jadi, adalah tidak mustahil untuk anda menjadi sebahagian
daripada mereka. Mungkin anda akan menjadi jutawan siber yang baru!

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 16

Topik 4 : Persediaan Bisnes Internet

S
ebelum anda memulakan perniagaan internet, anda perlu mempunyai
perkakasan dan perisian komputer yang lengkap bagi membolehkan
anda menguruskan perniagaan internet dengan lebih baik dan berkesan.

Berikut adalah set komputer yang sesuai untuk anda memulakan perniagaan
internet.

Perkakasan Komputer

Perkakasan Harga Pasaran Semasa (RM)


CPU Soket LGA 775 Intel Celeron 2.8 Ghz Rm225.00
Mainbord LGA 775 (Built in) Rm160.00
SDRAM 256MB Rm133.00
Hard Disk Drive 80GB Maxtor Rm180.00
SVGA Monitor 15” Rm235.00
Fax / ADSL Modem 56K Rm20.00
Floapy Drive 3.5” Rm22.00
CD ROM Drive Rm48.00
ATX Case & Power Suplí Rm91.00
Speaker / Subwoofer Rm25.00
Keyboard Rm12.00
Mouse Rm8.00
Jumlah Rm1,159.00

Kesemua perkakasan diatas boleh anda dapatkan dengan harga kurang


daripada RM1,200.00 untuk set komputer yang lengkap. Harga yang dinyatakan

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 17

diatas adalah harga bagi setiap perkakasan semasa eBook ini ditulis. Anda boleh
mendapatkan harga yang lebih murah dengan harga pakej yang ditawarkan.

Anda boleh menambah beberapa perkakas lain untuk tujuan “backup”, menyalin
produk (eBook), perbualan, penyokong bekalan kuasa, mencetak dan lain-lain
lagi. Perkakasan tersebut ialah :

a. USB Drive 1GB, Rm123.00


b. Display Card 256MB, Rm218.00 (amat sesuai jika anda menjalankan
perniagaan menjual logo, grafik dan seumpamanya).
c. Sound Card, Rm73.00 (sesuai jika anda menjalankan perkhidmatan
mencipta lagu-lagu “background” dan sebagainya)
d. PC Camera, Rm83.00 (digunakan untuk perbicangan dengan rakan kongsi ,
antara pembeli dan penjuali)
e. AVR / UPS Backup Power, Rm65.00
f. Color Printer, Rm129.00
g. Scanner, Rm258.00
h. CD RW Drive, Rm158.00

Semua perkakasan diatas berserta harga adalah merupakan spesifikasi


minimum yang di cadangkan. Anda boleh membeli perkakasan yang lebih mahal
dan bermutu jika anda mampu!.

Anda dinasihatkan supaya mendapatkan sekurang-kurangnya 5 sebutharga


sebelum membuat keputusan untuk membelinya. Perkakasan tersebut mestilah
sesuai dengan perniagaan yang anda lakukan bagi menggelakkan pembaziran.

Perisian Komputer

Anda kini mempunyai set komputer yang lengkap tetapi masih belum berfungsi
dengan sepenuhnya. Anda memerlukan perisian yang sesuai untuk perniagaan

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 18

anda. Berikut adalah perisian utama yang perlu ada pada set komputer milik
anda.

a. Windows XP Professional (OEM), Rm495.00


b. Microsoft Office 2003 Professional (OEM), Rm1068.00
c. Symantec Norton Anti Virus 2006 (Ret), Rm 108.00

Windows merupakan perisian sistem operasi yang paling penting. Ianya


merupakan perisian utama bagi “menghidupkan” komputer anda. Terdapat
pelbagai perisian sampingan lain yang diberikan oleh Windows seperti
Defragment, Address Book, Paint dan sebagainya untuk kegunaan pengguna.

Perisian Microsoft Office merupakan perisian pemprosesan data bagi kerja-kerja


menaip dokumen, penyediaan akaun, persembahan slide dan merekabentuk
laman web. Ianya merupakan perisian yang biasa digunakan oleh orang ramai
dalam memudahkan urusan kerja seharian.

Perisian Norton Anti Virus pula merupakan salah satu perisian anti virus yang
menghalang virus daripada menyerang komputer anda. Virus mampu
mengancam dan memusnahkan dokumen-dokumen dan fail-fail yang penting di
dalam komputer. Jadi, pemasangan anti virus merupakan langkah yang paling
penting untuk keselamatan komputer anda.

Talian Internet

Akhir sekali ialah talian internet. Anda boleh memohonnya dari TMNet mengikut
harga yang ditawarkan. Setakat ini, pakej yang ditawarkan bermula dengan
harga Rm55 - Rm99. Pilihan di tangan anda!

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 19

BAHAGIAN #2
5 Langkah Memulakan
Bisnes Internet

Topik 1 : Pengenalan

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 20

S
ebentar tadi anda telah diberikan peneranganmengenai persediaan
yang perlu dalam memulakan perniagaan internet. Kini, saya akan
membawakan kepada anda “5 Langkah Memulakan Bisnes Online”.

Sebelum itu, perlu saya ingatkan anda bahawa perniagaan internet ini bukanlah
bersifat skim cepat kaya atau anda boleh menjadi kaya dalam tempoh yang
singkat! Bukan itu yang dimaksudkan dengan perniagaan internet.

Untuk berjaya, anda perlu berusaha. Usaha anda mestilah berterusan. Usaha
inilah yang membolehkan anda berjaya dalam perniagaan internet. Disini saya
telah menyediakan 5 langkah untuk anda memulakan perniagaan internet milik
anda sendiri.

1. Merancang Perniagaan.
Menyatakan kepentingan merancang perniagaan, teknik merancang
perniagaan internet dengan berkesan dan menetapkan matlamat
perniagaan anda.

2. Produk & Perkhidmatan


Menerangkan ciri-ciri produk yang sesuai, kaedah memilih produk,
mengenalpasti permintaan, produk terhangat dan tips menetapkan harga
produk.

3. Laman Web
Mendedahkan tips bagaimana membina laman web yang baik, pemilihan
nama domain dan tapak laman, kandungan laman web dan ciri-ciri laman
web perniagaan yang mampu menjual!

4. Pembayaran & Penghantaran


Menerangkan kaedah-kaedah pembayaran yang biasa dan sesuai untuk
perniagaan internet serta kaedah penghantaran yang boleh dilakukan.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 21

5. Iklan & Promosi


Mendedahkan kaedah dan tips pengiklanan yang sesuai dan berkesan!
Hampir 90% kejayaan di dalam perniagaan internet adalah bergantung
kepada iklan dan promosi yang dijalankan!

Kelima-lima langkah ini merupakan langkah utama dalam memulakan


perniagaan internet. Kesemua langkah ini akan diterangkan di dalam topik
seterusnya. Saya berharap anda teruskan membaca!. Banyak tips-tips dan
kaedah-kaedah yang menarik dan mampu menjadikan anda jutawan siber!. ☺

Langkah #1 : Merancang Bisnes

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 22

B
agi memulakan sesebuah perniagaan internet atau anda ingin
mengembangkan perniagaan yang sedia ada ke dalam perniagaan
internet, perancangan yang teliti dan baik adalah perkara yang penting
sekali. Ramai yang gagal dalam perniagaan, kerana gagal untuk merancang
dengan baik. Ibarat kata pepatah, “Jika anda gagal untuk merancang, maka
anda merancang untuk gagal”.

Ramai di antara mereka yang berkecimpung di dalam perniagaan internet


terpaksa berhenti separuh jalan. Berhenti atas alasan tiada sambutan terhadap
produk yang dijual. Tahukah anda, sebenarnya mereka hanya memikirkan
keuntungan semata-mata tanpa memikirkan kualiti produk, strategi pemasaran
dan kaedah mengekalkan perniagaan yang sedia ada.

Inilah kelemahan yang banyak mengundang kegagalan. Banyak lagi faktor-faktor


penyebab kegagalan yang kebanyakkannya tidak di ambil peduli. Perniagaan
internet bukanlah hanya semata-mata sistem berjual beli secara “online” tetapi ia
lebih kepada perkhidmatan yang diberikan, kualiti produk dan juga strategi yang
digunakan untuk melariskan produk.

Di antara faktor penyebab kegagalan sesebuah peniagaan ialah :-

a) Perancangan yang tidak sempurna.


b) Kewangan tidak di urus dengan baik.
c) Memandang rendah pesaing.
d) Kaedah pemasaran yang tidak berkesan.
e) Tidak menawarkan perkhidmatan yang sebaiknya iaitu semasa dan
selepas produk dijual.
f) Tidak mahu menambah ilmu mengenai selok belok perniagaan
internet.
g) Terlalu tamak untuk mendapatkan keuntungan.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 23

h) Terburu-buru dalam memulakan perniagaan.

Kepentingan Merancang Perniagaan

Perniagaan internet yang kecil, dirancang dengan baik dan sempurna adalah
lebih baik berbanding perniagaan internet yang melibatkan modal yang besar
tetapi tidak mempunyai perancangan yang baik dan sempurna.

Apabila anda merancang, secara tidak langsung anda dapat menganggarkan


jumlah pelaburan yang diperlukan bermula dari modal awal sehinggalah
pelancaran dan pembangunan produk yang seterusnya. Juga untuk tujuan
mengembangkan perniagaan anda kelak.

Perancangan perniagaan juga dapat memperlihatkan hala tuju perniagaan ke


satu destinasi tertentu dan mengandungi langkah-langkah bagi setiap tindakan
yang diambil.

Kebiasaannya, perancangan perniagaan mengandungi beberapa aspek yang


penting. Aspek tersebut merangkumi maklumat mengenai produk yang hendak
dipasarkan di internet (akan dijelaskan di topik seterusnya), strategi perniagaan,
pemasaran, mengenalpasti pesaing, perancangan kewangan dan pengurusan
operasi perniagaan.

Teknik Penting Dalam Merancang Perniagaan Internet

Terdapat enam teknik yang perlu anda tekankan sebelum memulakan


perniagaan internet ini. Enam teknik yang saya maksudkan ialah :

i. Mengenalpasti pasaran (permintaan).


ii. Memahami persaingan dan strategi menghadapinya.
iii. Pengurusan kewangan.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 24

iv. Matlamat perniagaan.


v. Kaedah pemasaran berkesan.
vi. Pengurusan operasi

1) Mengenalpasti pasaran semasa (permintaan).


Sebelum anda memulakan perniagaan internet, perkara pertama yang
harus anda lakukan adalah mengenalpasti pasaran iaitu golongan
pembeli.

Anda perlu membuat sedikit analisis dan kajian berkenaan apa yang
golongan pelanggan mahukan. Tidak semestinya pelanggan mahukan
barangan keperluan, tetapi golongan pembeli ini mahu sesuatu yang
dapat memenuhi kehendak dan menyelesaikan masalah yang dihadapi
oleh mereka.

Contohnya, apa yang selalu ditawarkan oleh laman web perniagaan


internet? Tentu anda pernah menerima iklan yang menawarkan peluang
untuk menambahkan pendapatan, Multi Level Marketing (MLM) “online”
dan sebagainya sewaktu melayari internet. Ini secara tidak langsung
boleh dijadikan sebagai satu contoh kajian untuk mengenalpasti pasaran
yang sedia ada.

Menurut kajian, produk yang mendapat sambutan hangat ialah produk


berbentuk informasi (maklumat). Ini telah disebutkan oleh Irfan Khairi,
Jutawan Internet Malaysia di dalam bukunya iaitu Rahsia Jutawan-
Jutawan Internet Terbongkar. Namun begitu, anda masih boleh menjual
produk berbentuk barangan lain tetapi ia mestilah sesuai dengan
perniagaan internet dan mempunyai permintaan terhadapnya.

2) Memahami persaingan dan strategi menghadapinya.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 25

Ini merupakan proses yang jarang dilakukan oleh peniaga kecil di internet.
Anda perlu mengumpul maklumat dari pesaing anda dalam perkara
tertentu dan mengenalpasti strategi yang dimainkan oleh pesaing.

Anda sekarang sudah mempunyai produk anda sendiri atau produk orang
lain. Tetapi, anda belum mengetahui persaingan yang ada bagi produk
tersebut. Bagaimana caranya untuk mengenalpasti persaingan yang ada?
Cara yang boleh anda lakukan ialah dengan meneliti produk yang
ditawarkan oleh pesaing.

Anda mesti membandingkan produk pesaing anda dengan produk anda


sendiri. Ambil beberapa ciri yang menarik untuk memperbaiki kelemahan
produk anda. Dengan cara ini, produk anda lebih hebat daripada pesaing
anda!

Semasa memilih produk, anda harus berhati-hati. Sekiranya permintaan


terhadap produk tersebut adalah tinggi dan penawarannya adalah terhad,
anda disyorkan untuk merebut peluang tersebut. Tetapi sekiranya
permintaan terhadap produk tersebut adalah rendah dan penawarannya
adalah tinggi, lebih baik anda tinggalkannya sebelum anda mengalami
kerugian.

3) Pengurusan kewangan.
Ini merupakan salah satu aspek yang ramai tidak mengambil berat dan
memandang remeh tentang pengurusan kewangan walaupun anda hanya
melakukan perniagaan internet secara sambilan. Anda perlu membuat
sedikit analisis dan kajian bagaimana perniagaan anda ini dibiayai dan
kos tambahan yang diperlukan.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 26

Untuk memulakan perniagaan ini, modal adalah yang paling penting.


Tidak ada sesuatu perniagaan yang dijalankan, tidak memerlukan modal
melainkan anda adalah pekerja kepada pemilik perniagaan tersebut.

Perniagaan internet sebenarnya tidak memerlukan modal yang besar.


Anda tidak perlu berbelanja besar semata-mata mahu memulakan bisnes
internet yang pada anggapan anda akan memberikan keuntungan yang
cepat dan beribu-ribu ringgit!

Modal permulaan yang paling sesuai untuk perniagaan internet ini adalah
kurang daripada RM1,000.00 sahaja. Malah, adalah tidak mustahil modal
anda adalah kurang daripada RM500.00. Saya hanya mengeluarkan
modal RM44 untuk “hosting” dan “domain name” serta modal tambahan
untuk menyediakan eBook ini dan pengiklanan awal ini ialah RM150.00.
Semuanya hanyalah berjumlah kurang daripada RM300.00 sahaja! (Ini
kerana saya membina laman web saya sendiri)

Anda mesti mahir menguruskan kewangan milik perniagaan anda dengan


cekap kerana sebahagian besar jualan di peringkat pertama memerlukan
pelaburan semula untuk pengiklanan. (Ramai yang tidak melakukan cara
ini).

Anda digalakkan menyediakan aliran tunai pendapatan dan perbelanjaan


supaya anda dapat melihat dengan jelas akiviti perniagaan yang sedang
anda usahakan. Aliran tunai ini juga dapat menunjukkan potensi
perniagaan anda pada waktu semasa.

4) Matlamat perniagaan.
Anda hendaklah menetapkan matlamat di dalam perniagaan sama ada
untuk jangka masa pendek atau jangka masa panjang. Adanya matlamat
ini, perniagaan anda akan lebih jelas sasarannya.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 27

Anda boleh membina jadual matlamat perniagaan yang mengandungi


matlamat, tarikh matlamat itu hendak dicapai (tempoh masa), cara atau
kaedah bagi merealisasikan matlamat tersebut.

Ini akan menjadikan perniagaan anda lebih bermatlamat dan mampu


bertahan lama dalam dunia peniagaan. Anda juga boleh menetapkan
matlamat seperti untuk tempoh 6 bulan pertama, pendapatan bulanan
peniagaan anda adalah RM1,000 sebulan dan 6 bulan kedua, pendapatan
bulanan perniagaan anda RM2,000 sebulan. Mulakan dengan matlamat
yang kecil dahulu kemudian diikuti dengan matlamat yang besar.

Sewaktu menetapkan matlamat, ianya anda mestilah rasional dan yang


termampu dicapai oleh perniagaan anda. Jangan menetapkan matlamat
yang mustahil sehingga menyebabkan perniagaan anda tidak mampu
mencapai matlamat tersebut. Malah, ia boleh melemahkan semangat
untuk anda terus berada di dalam dunia perniagaan internet!

5) Kaedah pemasaran yang berkesan.


Aspek yang paling utama sekali dalam menentukan kejayaan perniagaan
internet anda adalah bergantung kepada kaedah pemasaran yang anda
gunakan. Pemasaran ini amat penting dan ia merupakan 90% daripada
kerja yang perlu dilakukan dalam perniagaan internet.

Sebelum memasarkan sesuatu produk, anda perlu mengenalpasti ciri-ciri


pasaran yang sesuai (pasaran khusus) dan bagaimana produk tersebut
dapat disalurkan atau ditawarkan kepada golongan sasaran.

Seboleh-bolehnya, anda menggunakan semua kaedah pemasaran atau


pengiklanan yang terbaik mengikut kemampuan kewangan anda. Tanpa
pengiklanan, produk anda tidak akan dibeli oleh sesiapa.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 28

Bagaimana kaedah pemasaran yang betul dalam perniagaan internet?


Semuanya akan dijelaskan di dalam eBook ini. ☺

6) Pengurusan Operasi
Apa yang dimaksudkan dengan pengurusan operasi? Pengurusan operasi
yang dimaksudkan ialah cara bagaimana anda dapat menguruskan
perniagaan internet dengan baik dan sistematik.

Ianya bermula dengan proses menghasilkan produk sehinggalah produk


tersebut dijual. Malah, ianya tidak berhenti disini sahaja, anda perlu
memikirkan perkhidmatan yang sesuai perlu ditawarkan selepas produk
tersebut sampai ke tangan pembeli.

Keenam-enam aspek diatas merupakan aspek yang paling penting sekali dalam
merancang perniagaan anda. Kandungan pelan perancangan perniagaan anda
yang ringkas ini akan menunjukkan secara jelas dan langkah-langkah yang perlu
dilakukan hasil daripada tindakan yang diambil.

Ambillah sedikit masa untuk merancang perniagaan internet anda. Tidak perlu
menyediakan kertas kerja tetapi cukuplah sekadar menconteng di atas kertas
kosong! Anda hanya perlu menambah baik perancangan perniagaan anda dari
masa ke semasa bagi memperbaiki kelemahan dan meningkatkan kualiti produk
dan perkhidmatan yang sedia ada.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 29

Langkah #2 : Produk & Perkhidmatan

B
aru sebentar tadi anda telah melakar pelan perniagaan dengan baik dan
ringkas. Kini, anda sudah bersedia untuk membina perniagaan internet
yang berdaya saing malah akan menjadi lebih hebat daripada yang lain!

Jika anda sudah mempunyai produk dan mahu mengembangkan perniagaan


atau memasarkan produk sedia ada secara online, sila lihat langkah #3. Tetapi
jika anda masih tercari-cari produk apakah yang sesuai, teruskan membaca!
Anda akan didedahkan satu persatu dan langkah demi langkah bagaimana
mencari produk yang sesuai.

Sesuaikah Produk dengan Diri Anda

Sebelum anda mahu memilih atau mencari produk untuk dipasarkan, sudahkah
anda betul-betul bersedia untuk membina perniagaan secara online ini?
Memandangkan perniagaan internet ini dilakukan secara sambilan, beberapa
perkara perlu di pertimbangkan dahulu, antaranya :

a) Produk tersebut mestilah anda ketahui (mempunyai kepakaran


yang berkaitan) dan boleh melakukannya dengan baik.
Bagi menghasilkan sesuatu produk, anda mesti mempunyai ilmu.
Dalam erti kata yang lain, anda mestilah pakar dalam bidang tersebut.
Bagaimana seseorang yang bukan pakar mahu memberikan
perkhidmatan jika tidak tahu apa yang terbaik buat pelanggannya!

b) Anda suka dan tidak kisah melakukannya setiap masa.


Produk yang anda pilih mestilah anda minat dan menyukainya. Minat
bukan sesuatu yang dipaksa, tetapi kerelaan anda melakukannya
dengan rasa gembira. Maka perniagaan yang anda lakukan, bukan

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 30

lagi dianggap kerja tetapi minat dan keseronokan yang membawa


keuntungan berganda kepada anda!

c) Mempunyai pasaran yang luas untuk dipromosikan.


Pasaran bagi produk anda mestilah mempunyai ruang lingkup pasaran
yang luas di dalam kategorinya. Pasaran yang luas membolehkan
anda mempromosikan produk dengan lebih baik dan berkesan serta
meningkatkan permintaan terhadap produk.

d) Boleh dijual dalam perniagaan internet.


Pastikan produk tersebut boleh dijual dalam perniagaan internet.
Jangan pula anda menjual produk yang mempunyai tarikh luput yang
singkat. Bayangkan bagaimana anda mahu menjual barangan basah
secara online! (Kecuali jika anda hanya mempromosi!) ☺

e) Memberikan pulangan yang lumayan kepada anda.


Produk yang anda jual mestilah boleh memberikan pulangan yang
lumayan dan berganda kepada anda. Sudah tentu anda tidak mahu
rugi. Jadi, buatlah pilihan yang tepat semasa memilih produk sebelum
anda mengambil keputusan untuk menjualnya.

f) Modal mestilah kecil (tidak terlalu besar) dan mencukupi.


Saya tekankan di sini, perniagaan internet tidak memerlukan modal
yang besar. Jangan bertindak melaburkan wang ke dalam peniagaan
internet lebih daripada RM1,000 kerana ini akan merugikan dan
melengahkan masa untuk anda mengaut keuntungan sedangkan kos
mencipta produk kebiasaanya tidaklah terlalu tinggi.

Setelah anda mempertimbangkan perkara-perkara diatas, fokus anda kini lebih


jelas tentang produk yang hendak dipilih atau dicipta. Jadi, sudahkan anda

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 31

memikirkan produk apakah yang sesuai dan menarik minat pelanggan untuk
membeli? Jawapannya terserah kepada anda.

Kaedah Mencipta dan Membangunkan Produk

Berikut merupakan 4 langkah untuk anda memilih atau membangunkan produk


anda sendiri.

i. Mengenalpasti pasaran.
ii. Buat “short list” produk.
iii. Kembangkan idea dan khususkan produk anda.
iv. Pilih yang mana satu.

1) Mengenalpasti pasaran.
Bagaimana caranya untuk mengenalpasti pasaran? Cara paling
mudah ialah dengan mengenalpasti permintaan yang ada di dalam
pasaran. Ini memerlukan sedikit masa dan kajian bagi memastikan
apakah yang sangat dikehendaki oleh pelanggan tetapi tiada atau
kurang di dalam pasaran.

Anda juga boleh menggunakan enjin carian untuk melihat apakah yang
sering dicari oleh pengguna internet. Sebagaimana yang kita maklum,
pengguna menggunakan internet untuk mencari maklumat atau
informasi bagi tujuan peribadi ataupun pekerjaan.

Terdapat beberapa laman web yang menawarkan perkhidmatan


direktori yang boleh mengenalpasti perkataan yang sering dicari oleh
pengguna internet. Antara laman web tersebut ialah
www.wordtracker.com dan juga www.goodkeywords.com. Cara ini
lebih memudahkan anda untuk mengenalpasti permintaan terhadap
produk.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 32

Sebagaimana yang saya katakan di awal topik, anda boleh menjual


produk tersebut sekiranya mempunyai permintaan yang tinggi dan
kurang atau tiada penawaran. Sebaliknya jika penawaran adalah tinggi
tetapi permintaannya terlalu kurang, adalah lebih baik anda tinggalkan
sahaja dan cari produk yang lain.

Setelah pasaran dikenalpasti, tentukan produknya. Bagaimana?


Sebagai contoh anda mendapati ramai pelayar internet mencari
peluang-peluang menambah pendapatan. Oleh itu, ebook seperti
panduan menambah pendapatan sangat dicari oleh mereka.

Jadi, anda boleh menyenaraikan seberapa banyak produk yang


mungkin boleh anda hasilkan dan secara tidak langsung memberikan
pendapatan kepada pelanggan.

2) Buat “Short List” Produk


Anda kini mempunyai banyak senarai produk yang mahu anda
hasilkan. Tetapi tidak kesemuanya anda mampu melakukannya. Oleh
itu, anda perlu menyediakan satu senarai pendek yang terbaik untuk
anda.

Caranya adalah dengan memotong atau buangkan mana-mana


produk yang tidak mampu anda lakukan dan memberikan pulangan
yang sedikit berdasarkan 6 perkara yang perlu anda pertimbangkan
seperti yang saya sebutkan di bawah tajuk “Sesuaikah Produk
Dengan Diri Anda”.

Senarai produk anda yang telah dikemaskini mestilah mempunyai


sekurang-kurangnya 1 produk dan maksimum 10 produk bergantung
kepada kemampuan anda untuk menguruskannya. Untuk peringkat

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 33

awal, saya syorkan kepada anda memadailah dengan hanya 1 - 2


produk sahaja.

Sekiranya anda menyenaraikan 10 produk, maka 8 - 9 lagi produk itu


anda tangguhkan dahulu. Tumpukan kepada produk utama. Anda
tidak akan mampu untuk melakukan semua kerja dalam satu masa
diperingkat awal, melainkan anda sudah berpengalaman!.

Setelah produk pertama anda mendapat sambutan dan perniagaan


anda stabil, barulah anda kembangkan perniagaan internet dengan
salah satu caranya menjual produk seterusnya yang telah anda
senaraikan sebentar tadi.

3) Kembangkan Idea dan Khususkan Produk Anda


Bagaimana jika produk anda bersifat umum seperti komputer, buku,
jururunding, alat komunikasi dan sebagainya? Baiklah, apa yang anda
perlu lakukan ialah mengkhususkan produk anda.

Jangan sesekali anda berfikir untuk menjual produk kepada semua


peringkat golongan. Anda akan tersilap! Ini akan menjejaskan
perniagaan anda. Jangan anggap anda akan memperoleh pendapatan
yang lebih besar sekiranya produk anda untuk semua orang.
Bukankah lebih mudah jika anda menyelam di dalam kolam yang lebih
kecil daripada lautan yang besar?

Mengapa produk khusus? Tidak bolehkah menjual produk untuk


semua orang? Boleh, jika anda mahu rugi! Mengapa saya
menyarankan kepada anda supaya memilih produk yang khusus?
Kelebihannya disini ialah, perniagaan anda lebih tertumpu dan
mempunyai sasaran kepada sesetengah golongan pelanggan!

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 34

Saya andaikan bahawa anda telah pun memilih bidang masakan atau
komputer. Kini apa yang harus anda lakukan ialah mengkhususkan
dan menyesuaikan produk untuk perniagaan internet dengan keadaan
dan kemampuan diri anda.

Lihat jadual yang saya sediakan dibawah :-

Idea - idea yang berkaitan dengan


MASAKAN KOMPUTER
a. Menjual makanan ringan. a. Menjual aksesori komputer.
b. Menjual makanan berat. b. Perkhidmatan membaiki
c. Menjual buku resepi. komputer.
d. Perkhidmatan katering (kecil). c. Kelas komputer.
e. Kursus / kelas memasak. d. Menjual buku-buku komputer.

Berdasarkan jadual diatas, anda akan dapat melihat bagaimana idea-


idea anda tadi di kembangkan. Tujuan idea ini di kembangkan adalah
untuk mendapatkan produk yang khusus dan sesuai untuk anda.

4) Pilih Yang Mana Satu


Anda kini telah mengembangkan idea produk anda. Ini lebih
memudahkan anda menentukan pilihan yang sesuai. Ia mestilah
memberikan keselesaan kepada anda untuk melakukannya.
Bagaimana cara memilih produk yang sesuai dengan diri anda?
Baiklah, bagi setiap senarai dalam jadual diatas, anda buatkan sedikit
catitan dari pandangan anda sendiri. Contohnya seperti dibawah :

a) Menjual makanan ringan.


- Boleh diusahakan tetapi agak sukar untuk menyimpan
kerana memerlukan ruang yang besar untuk menyimpan

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 35

stok (kerepek, keropok dan lain-lain). Selain itu,


memerlukan tenaga yang ramai untuk mengusahakannya.

b) Menjual makanan berat (berbungkus).


- Makanan berat sukar untuk diposkan kepada pembeli
selain tempoh kegunaan produk tidak lama.

c) Menjual buku resepi.


- Mudah, boleh dijual secara online dan tidak perlu
menyimpan stok yang banyak. Hanya menggunakan
CDROM sahaja!

d) Perkhidmatan katering (kecil).


- Boleh diiklankan di internet dan boleh mengambil
tempahan berdasarkan keperluan. Tetapi memerlukan
peralatan memasak, pembantu dan pengangkutan untuk
menghantar masakan.

e) Kursus / Kelas memasak.


- Merakam video anda ketika sedang memasak menu-menu
tertentu dan menjual video rakaman tersebut secara
online. Boleh dimuat turun.

Anda sudah pun membuat catitan bagi setiap produk yang anda
senaraikan sebentar tadi. Kini anda telah dapat melihat secara jelas
produk apakah yang sesuai untuk anda.

Sebagaimana dalam catitan diatas, ada 2 produk yang sesuai untuk


anda pasarkan secara online. Produk tersebut ialah :
1. Menjual buku resepi.
2. Kelas / kursus memasak.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 36

Sekarang anda telah mempunyai produk yang boleh menghasilkan


pulangan lumayan kepada anda. Begitulah cara atau kaedah
bagaimana anda mahu mendapatkan produk yang khusus.

Sekarang, dedikasikan masa yang ada ini untuk anda memilih produk
yang sesuai. ☺

Produk Terhebat Masa Kini!

Apa produk yang terhebat pada hari ini? Bagi anda yang belum mengetahuinya
lagi, jawapannya adalah produk informasi! Mengapa produk informasi? Ini
kerana ramai diantara kita yang mencari dan mahukan maklumat tertentu bagi
tujuan tertentu juga.

Produk informasi secara online ini lebih dikenali dengan nama e-book. Ebook
amat popular kerana ia mudah digunakan selain boleh mendapatkannya secara
terus melalui internet tetapi kenalah bayar dahulu! Ebook ini diberikan melalui
link yang disertakan ke dalam email, muat turun atau diberikan melalui CD
interaktif. Mudah bukan!

Ada sesetengah ebook diberikan secara percuma dengan tujuan untuk menarik
minat pembeli mengunjungi web tersebut. Ia bertindak sebagai e-katalog, alat
pemasaran dan juga tujuan promosi.

Ebook biasaanya di dalam bentuk .pdf dan .html. Ia dicipta untuk memudahkan
anda membaca dan mendapatkan maklumat dengan mudah. Misalnya, anda
adalah ulat buku. Jika dahulu anda terpaksa membeli rak khas yang besar untuk
meletak dan menyimpan buku-buku anda. Tetapi dengan adanya ebook ini anda
hanya perlu menyimpannya di dalam komputer atau CD. Ia tidak memakan
ruang yang besar. Sungguh menakjubkan!

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 37

Tentu anda tertanya-tanya apakah ebook yang paling popular sekali dan dicari-
cari oleh pelanggan? Jawapannya ialah ebook seperti yang anda sedang baca
ini. Mengapa? Ramai pembeli kini semakin bijak. Mereka mahu mengurangkan
kos dalam kehidupan mereka dan juga menambahkan pendapatan.

Jadi kebiasaanya pembeli akan mencari ebook seperti “Bagaimana menambah


pendapatan anda dengan…” atau yang memudahkan kehidupan mereka seperti
“Rahsia membina laman web dengan mudah hanya….”. Perkataan yang saya
tebalkan itu merupakan perkataan yang mampu merangsang minat pelanggan.
Dalam erti kata yang lain, pelanggan mahukan ebook yang dapat menyelesaikan
masalah mereka.

Masalah merupakan peluang untuk anda membina jalan penyelesaiannya.


Adanya jalan penyelesaian yang memudahkan, sudah tentu ramai pelanggan
yang mahukan jalan penyelesaian tersebut. Namun mereka perlu membayar
sejumlah wang untuk mendapatkannya. Oleh itu, masalah adalah pendapatan
lumayan kepada anda jika anda tahu menilainya!

Produk Anda Unik

Unik disini bermaksud satu kelainan. Produk anda yang unik mampu menarik
pelanggan untuk membelinya. Begitu juga dengan perkhidmatan yang anda
berikan. Ciri-ciri kelainan tersebut boleh anda wujudkan ialah dengan
menggabungkan semua ciri-ciri terbaik produk pesaing ke dalam produk anda
dan menambah kelebihan lain yang tidak ada pada produk pesaing anda.

Boleh jadi produk anda berbentuk inovatif dan sukar didapati di tempat-tempat
lain. Produk anda yang dibungkus dengan elok, cantik dan terjaga kualitinya
menambahkan keyakinan pelanggan sedia ada untuk membeli produk
seterusnya kepada anda.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 38

Anda juga boleh menawarkan perkhidmatan jualan yang unik seperti jaminan
wang dikembalikan, tawarkan hadiah, kupon diskaun, produk percuma, tempoh
percubaan percuma dan sebagainya. Pendek kata, apa sahaja perkara yang
memberikan faedah besar kepada pelanggan tanpa membebankan mereka
merupakan perkhidmatan yang disenangi sekali.

Harga Produk dan Perkhidmatan.

Masalah di dalam meletakkan harga produk menjadi sesuatu yang kadangkala


merumitkan anda. Memang benar! Jika anda meletakkan harga yang tinggi,
khuatir tiada siapa yang mahu membelinya. Jika meletakkan harga yang rendah
pula, kurang keuntungannya (dianggap tidak berkualiti). Mahu meletakkan harga
pasaran, takut pula pembeli banyak pilihan dan mencari yang lebih baik dan
murah.

Ini semua menjadi perkara biasa dalam proses meletakkan harga produk. Saya
mempunyai beberapa tips untuk anda, cara bagaimana meletakkan harga yang
rasional, munasabah dan membawa pulangan yang lumayan!

Begini caranya, ada 5 faktor yang penting perlu diambil perhatian sewaktu
proses meletakkan harga produk dilakukan, iaitu :

i) Kos tetap
ii) Kos berubah
iii) Keuntungan minimum 100%
iv) Harga tinggi
v) Harga rendah.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 39

1. Kos tetap
Kos tetap ialah kos yang melibatkan produk yang hendak dijual sahaja.
Maksudnya, jika anda mahu menjual CD, kos tetapnya ialah harga kos
CD semasa anda membelinya.

Anda mahu menjual ebook mengenai “Rahsia 1001 Resepi Tradisi 100
tahun”. Lalu anda membeli 100 keping CD kosong berharga RM80. Ini
bermakna kos tetap bagi produk ini ialah RM0.80 bagi setiap keping
CD kosong.

RM80 / 100 keping = RM0.80

Inilah yang dikatakan kos tetap iaitu kos bagi produk yang hendak
dijual.

2. Kos Berubah
Sebentar tadi kita sudah maklum mengenai kos tetap. Kos berubah
pula ialah kos yang melibatkan tambah nilai terhadap produk yang
hendak dijual. Dalam erti kata yang sebenar, kos sampingan yang
meningkatkan kos asal.

Anda sudah mempunyai 100 keping CD kosong. Untuk menjual CD ini,


anda tentu memerlukan sampul CD, “cover” CD, menggunakan
komputer untuk membuat salinan, sampul pos ekspress untuk
penghantaran dan sebagainya. Lihat senarai kos berubah dibawah :

“Cover” CD x 100 = RM20


Sampul CD x 100 = RM50
Pelekat CD X 100 = RM20
Sampul pos ekspres x 100 = RM400
Elektrik = RM10

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 40

Pegiklanan = RM50
Jumlah = RM550

Semua senarai tadi merupakan contoh kos berubah yang mungkin


kepada kos tetap bergantung kepada anda sendiri. Jumlah kos
berubah adalah RM550 kesemuanya untuk 100 keping CD.

Kos per unit = RM80 + RM550


100

= RM6.30

Harga diatas merupakan kos sebenar bagi setiap sekeping CD


kosong. Ianya disebut sebagai kos per unit. Kos ini akan menjadi
panduan kepada ada dalam meletakkan sasaran keuntungan sama
ada 100%, 200% atau 500% keuntungan bersih!.

3. Keuntungan minimum 100%


Untuk menetapkan harga jualan produk ebook, harga yang sepatutnya
anda letakkan adalah mesti mempunyai keuntungan minimum 100%.
Mengapa mesti 100%? Ini kerana setiap produk ebook mempunyai kos
yang amat rendah. Apabila kosnya rendah, ini bermakna jumlah
keuntungannya juga rendah.

Cuba anda lihat pasaran semasa. Berapakah harga yang dijual oleh
pesaing anda? Ada yang menjual RM20, RM30, RM50, RM100 malah
ada yang lebih daripada RM100. Semuanya bergantung kepada anda
sendiri dalam menetapkan peratus keuntungan yang anda inginkan.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 41

4. Harga Tinggi
Pada fikiran anda, harga yang tinggi pastinya kurang mendapat
sambutan daripada pelanggan kerana beranggapan mereka tidak
mampu untuk membelinya dan merugikan mereka.

Anda sebenarnya silap! Tidak ada salahnya anda meletakkan harga


yang tinggi pada produk anda sekiranya produk anda unik, hebat,
perkhidmatan yang diberikan juga lain dari yang lain dan produk anda
berkualiti tinggi!

Ini menunjukkan kredibiliti anda dan juga mutu produk anda yang
hebat. Walaubagaimanapun anda harus ingat, anda tidak boleh
meletakkan harga yang terlalu tinggi. Ini akan menyebabkan pembeli
akan lari dan membeli dari pesaing anda.

5. Harga Rendah
Rata-rata bagi mereka yang baru memulakan perniagaan internet,
mereka akan menawarkan harga yang murah. Ini menyebabkan
berlakunya perang harga di dalam pasaran internet. Situasi inilah yang
sedang berlaku pada masa sekarang.

Masing-masing mahu mengejar keuntungan dengan cepat tanpa


disedari bahawa perniagaan mereka telah hilang kredibiliti. Jika produk
anda murah, sudah tentu pembeli akan berkata “Eh! Murahya.. okey
ke produk ni?” pada masa itu, kemungkinan besar anda akan
kehilangan pelanggan. Sungguh merugikan!

Tidak ada salahya untuk anda meletakkan harga yang rendah. Biarlah
harga itu munasabah dan tidak terlalu rendah sehingga
menghilangkan keyakinan pembeli terhadap produk anda walaupun

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 42

ianya lebih baik dari produk pesaing anda yang dijual pada harga yang
lebih tinggi.

Bagaimana pula caranya jika mahu menetapkan harga bagi perkhidmatan yang
diberikan? Anda lihatlah kepakaran dan kebolehan anda sendiri. Jika ada
seorang yang pakar, adalah lebih baik dan anda berhak meletakkan harga yang
tinggi atau harga pasaran semasa tetapi jika anda separa pakar, anda boleh
meletakkan harga dengan peratus keuntungan yang sederhana.

Secara jelasnya, anda kini sudah mahir dalam memilih produk. Mahir juga dalam
membangun dan mencipta produk anda sediri. Adalah lebih baik anda
mempunyai produk sendiri berbanding anda menjual produk orang lain.

Dalam membangunkan produk, perkara yang paling penting sekali adalah jadilah
diri anda yang sendiri. Buatlah produk anda dengan gaya anda sendiri. Jangan
sesekali menjadi atau meniru orang lain. Ini akan menjejaskan imej diri anda.

Anda juga mesti mempunyai kepakaran dalam bidang yang anda ceburi. Jika
ada kurang pakar, anda boleh tambahkan kepakaran anda dengan membaca,
mempraktikkan, menghadiri kursus, seminar dan sebagainya. Sekaligus
menjadikan anda sebagai usahawan internet yang hebat dan mempunyai ilmu
yang luas!

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 43

Langkah #3 : Bangunkan Laman Web

L
aman web perniagaan merupakan sebuah tapak kedai yang
mempromosikan produk atau perkhidmatan yang dijual oleh anda kepada
pelanggan. Berbeza dengan kedai-kedai biasa, hanya pelanggan
tempatan sahaja yang boleh mengunjungi kedai anda untuk melihat produk yang
dijual.

Tetapi dengan adanya laman web perniagaan anda sendiri, capaian boleh
dilakukan dari seluruh pelusuk dunia dengan hanya satu laman mini sahaja.
Tambahan pula harga sewaan tapak web (web hosting) adalah amat murah
sekali berbanding harga sewa dikedai biasa. ☺

Anda sudah mempunyai produk sendiri. Apa yang harus anda lakukan
seterusnya ialah membangunkan sebuah laman web perniagaan untuk tujuan
mempromosikan produk anda. Ada dua cara untuk membangunkan laman web
perniagaan anda, iaitu :

i) Bina sendiri
ii) Upah orang lain atau syarikat.

1. Bina sendiri
Membina laman web perniagaan tidaklah sesukar membina laman
web biasa. Laman web perniagaan ini hanya mengandungi satu muka
yang panjang (tetapi tidaklah terlalu panjang) dan di gelar sebagai
laman web mini.

Hanya menggunakan Microsoft Word atau Microsoft Front Page, anda


kini sudah boleh membina laman web sendiri!. Anda juga boleh
mendapatkan “web template” secara percuma di internet. Sebenarnya

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 44

di dalam perisian microsft juga telah disediakan “web template” iaitu


Microsoft Publisher.

Anda juga patut tahu serba sedikit mengenai aturcara html, bagi
memudahkan kerja-kerja ketika membina laman web. Anda tidak perlu
tahu kod-kod html keseluruhannya. Cukuplah sekadar anda tahu kod-
kod yang penting untuk mengemaskini laman web anda kelak. Kini,
banyak buku-buku mengenai cara membina laman web dijual. Anda
boleh mendapatkannya di kedai-kedai berhampiran.

2. Upah orang lain / syarikat.


Anda tidak tahu bagaimana membina laman web? Atau anda tidak
tahu langsung bagaimana menggunakan komputer? Jangan risau,
pada hari ini ramai yang pakar dalam membina laman web.

Anda boleh meminta bantuan daripada mereka dan pastinya anda


dikenakan bayaran untuk mendapatkan perkhimatan tersebut. Ada
orang perseorangan yang mengambil upah membina laman web
dengan harga yang murah. Ada juga syarikat yang menawarkan harga
yang begitu tinggi.

Walau apa sekalipun, dalam membina laman web, kos yang


sepatutnya anda keluarkan adalah tidak lebih dari RM200 - Rm300
untuk satu laman web mini.

Pastikan anda mendapatkan sebut harga dari beberapa syarikat


sebelum membina laman web yang anda inginkan. Pastikan juga
syarikat tersebut bersedia membina laman web mengikut cita rasa
anda sebagaimana yang dirancangkan.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 45

Anda mempunyai dua pilihan, sama ada anda mahu membinanya sendiri atau
mengupah orang lain. Laman web saya iaitu www.ideaperniagaan.com dibina
oleh saya sendiri. Saya telah mempelajarinya sebelum saya berkecimpung
dalam perniagaan internet.

Adalah lebih baik anda membinanya sendiri kerana selain mengurangkan kos
perbelanjaan, anda juga dapat mempelajari sesuatu ilmu yang baru. Mana tahu,
satu hari nanti anda diminta untuk membina laman web perniagaan rakan anda.
Cajlah. Itu sudah menjadi sumber pendapatan anda yang baru!.

5 Tips Membina Laman Web Mini

Sekarang kita akan mulakan langkah pertama untuk membina laman web
perniagaan anda. Semasa membina laman web yang hebat dan sesuai dengan
perniagaan anda, ada 5 tips yang perlu anda ketahui iaitu :-

i) Merancang laman web anda.


ii) Pilih “domain name” terbaik.
iii) Pilih “web hosting” terbaik.
iv) Ciri-ciri dan kandungan laman web perniagaan.
v) Elak kesilapan yang biasa dalam membina laman web.

1. Merancang web anda.


Sebelum anda membina laman web mini, terlebih dahulu anda perlu
merancang apa yang anda mahu letakkan di dalam laman web anda.
Bagi anda yang tidak pernah membina laman web, anda boleh layari
mana-mana laman web perniagaan di internet sebagai rujukan dan
panduan.

Ambil sekurang-kurangnya 5 contoh laman web untuk rujukan anda.


Catatkan ciri-ciri yang ada pada laman web tersebut. Ambil ciri-ciri

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 46

terbaik dan sesuai untuk anda letakkan di dalam laman web anda
nanti.

Tambahkan beberapa ciri menarik yang tidak ada pada laman web
pesaing anda. Ini akan menjadikan laman web anda sebagai laman
profesional walaupuan ini adalah pertama kali anda
membangunkannya.

Setelah itu, anda lakarkan rekabentuk dan susun atur laman web
mengikut kreativiti anda sendiri. Anda boleh menjadikan laman web
orang lain sebagai “template” kepada laman web anda, tetapi awas!
anda perlu berhati-hati. Jangan sampai anda dituduh menciplak
rekabentuk laman orang lain.

Tanpa perancangan, laman web anda akan kelihatan kuncar-kancir


dan menyukarkan pengguna. Ini menyebabkan laman web anda tidak
menarik dan pengguna akan beralih kepada laman web yang lain dan
lebih profesional.

2. Pilih “domain name” terbaik.


“Domain” bemaksud sesuatu kawasan yang berada di dalam kawalan
seseorang. Jadi “domain name” ialah merupakan alamat atau tempat
dimana laman web anda ditempatkan. Ia boleh disimpulkan sebagai
papan tanda perniagaan anda.

Anda mesti memiliki nama domain anda sendiri supaya pelanggan


dapat melayarinya dan melihat produk yang anda tawarkan. Ia tidak
ubah seperti alamat rumah yang membolehkan sesiapa sahaja yang
mengetahuinya, sampai ke rumah anda dengan betul ☺.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 47

Nama domain bagi setiap laman web adalah tidak serupa dan ia
berbeza-beza. Pihak pendaftar tidak membenarkan dua nama domain
yang sama digunakan bertujuan mengelakkan kekeliruan kepada
pengguna dan pelayar laman web.

Begitu juga apabila anda membuka sebuah syarikat, anda perlu


mendaftar dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal
Ehwap Pengguna. Nama syarikat anda mestilah tidak sama dengan
syarikat-syarikat yang lain.

Berikut adalah beberapa tips mudah untuk memilih nama domain yang
sesuai dengan perniagaan anda.

Kata kunci yang selalu digunakan oleh pengguna.


Sambungan nama domain yang baik.
Nama domain yang pendek, ringkas dan mudah diingati.
Nama domain yang tidak mengelirukan pengguna.
Menerangkan tentang perniagaan anda.

a) Kata kunci yang selalu digunakan oleh pengguna.


Apabila anda melayari enjin carian, kata kunci yang anda taipkan
adalah ringkas dan difahami. Contohnya anda menaip wang, serta
merta senarai laman web yang berkaitan dengan wang akan
muncul.

Jadi, dalam memilih nama domain, ianya mestilah sesuai dengan


kehendak carian pelayar internet. Tetapi, bagaimana caranya?
Anda boleh mengunjungi www.wordtracker.com atau
www.inventory.overtune.com untuk melihat data pengiraan kata
kunci yang sering digunakan. Jumlah pengiraan akan ditunjukkan
bagi tempoh sebulan.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 48

Hasilnya nanti, di dalam tempoh sebulan, kata kunci tersebut telah


dicari oleh beribu-ribu pelayar internet. Cari seberapa banyak kata
kunci, supaya anda memperoleh idea yang baik untuk nama
domain anda.

b) Sambungan nama domain yang baik.


Sudah tentu anda pernah melihat sambungan nama domain
antarabangsa seperti .com, .net, .biz, .info dan .org manakala nama
domain tempatan pula adalah seperti .com.my, .net.my, .gov.my
dan bermacam-macam lagi.

Buat masa ini, pilihan sambungan nama domain yang terbaik ialah
.com. Ini kerana ianya pendek dan senang disebut. Walau
bagamanapun sekiranya nama domain anda unik dan mendapat
menarik perhatian pelayar internet, tidak salah untuk anda
menggunakan sambungan yang lain.

c) Nama domain yang pendek, ringkas dan mudah diingati.


Seboleh-bolehnya anda haruslah menggunakan nama domain
yang pendek dan ringkas kerana ia mudah diingati. Namun
demikian, kebanyakkan nama domain yang pendek dan ringkas ini
telah pun menjadi milik orang lain. Contohnya www.jutawan.com.

Oleh itu, anda disarankan menggabungkan dua perkataan yang


pendek dan sesuai berkaitan dengan perniagaan anda untuk
dijadikan nama domain bagi web anda. Contohnya
www.jutawankaya.com (sudah dimiliki).

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 49

d) Nama domain yang tidak mengelirukan


Nama domain yang anda pilih mestilah tidak mengelirukan pelayar
internet atau pengguna. Contohnya nama saya, www.fazdlie.com
adalah mengelirukan kerana mungkin pengguna akan menaip
seperti www.fazli.com atau www.fazly.com. Bukankah itu akan
mengelirukan pengguna?

Elakkan juga penggunaan nombor pada nama domain anda. Ini


juga sering berlaku di dalam perniagaan internet kerana ingin
memiliki nama domain yang unik tanpa memikirkan kesilapan yang
bakal terjadi.

Contohnya www.e-niaga2u.com boleh ditaip sebagai www.e-


niagatwou.com atau juga www.e-niagatwoyou.com. Secara tidak
langsung ini boleh menyebabkan anda kehilangan pelanggan.

Tetapi sekiranya anda mempunyai banyak wang untuk


mempromosikan alamat laman web anda, tidak ada salahnya.
Cuma anda perlu berfikir lebih dua kali, adakah perniagaan anda
kelak akan mendatangkan keuntungan yang besar dan mampu
mengatasi kos promosi? Fikirkanlah.

e) Menerangkan tentang perniagaan anda.


Anda juga seharusnya menggunakan nama domain yang
mempunyai kaitan dengan perniagaan anda. Sekiranya anda
menjual barangan tembikar, sepatutnya anda menggunakan nama
domain yang berkaitan seperti www.tembikar.com atau
www.tembikarmalaysia.com.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 50

Sekarang, anda mungkin memiliki satu nama domain yang cantik dan
menarik perhatian. Tetapi, bagaimana pula anda mahu mendaftar nama
domain tersebut?

Di Malaysia, banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan mendaftar


nama domain. Anda boleh membuat sedikit kajian mengenai bayaran
yang dikenakan oleh pendaftar. Sesetengahnya berbeza. Cara ini
membolehkan anda memilih syarikat yang berkaliber dan harga yang
ditawarkan pula berpatutan.

Buat masa ini, harga bagi nama domain yang ditawarkan antara RM20 -
RM100 atau lebih bergantung kepada syarikat. Nama domain laman web
saya iaitu www.ideaperniagaan.com berharga RM35 setahun.

Anda boleh mendaftar di www.sempoihosting.com, www.netfrims.com dan


lain-lain lagi.

3. Pilih “web hosting” terbaik.


Web hosting merupakan tapak bagi menempatkan laman web anda
seumpama anda menyewa sebuah kedai untuk berniaga. Bezanya
disini, kedai biasa beroperasi 10 jam sehari, 6 hari seminggu tetapi
dengan adanya tapak laman ini, perniagaan anda beroperasi 24 jam
sehari dan 7 hari seminggu! Sungguh hebat!

Terdapat dua jenis tapak laman yang ada di pasaran, iaitu tapak laman
percuma dan juga berbayar. Kedua-duanya mempunyai banyak
perbezaan dan hanya sedikit persamaan iaitu, menyediakan tapak
laman kepada pengguna.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 51

a) Tapak laman percuma.


Anda tentu pernah melihat alamat web atau url seperti
www.geocities.com/faizal/bisnes.html (contoh) dan juga
www.kekayaan.tripod.com. Ini merupakan tapak laman percuma
daripada Geocities dan juga Tripod.

Ada lagi beberapa web yang menyediakan tapak laman percuma


seperti Netfrims, Freespace dan lain-lain lagi. Soalnya, adakah
ianya sesuai untuk anda meletakkan laman web perniagaan di
dalam tapak laman ini?

Cuba anda renungkan, sekiranya anda ingin membuka kedai, tetapi


menumpang ruang kedai orang tanpa dikenakan bayaran, sudah
tentu anda rasa segan dan malu. Anda terasa rendah diri terhadap
pemilik ruang kedai tersebut. Ini menjejaskan imej peniagaan anda.

Begitulah halnya jika anda meletakkan laman web di tapak laman


percuma. Biasanya, pemilik tapak akan mensyaratkan supaya
mereka dibenarkan meletak iklan di dalam laman web anda. Url
laman web anda juga panjang dan susah untuk diingati.

Bukan itu sahaja malah anda menghadapi risiko kehilangan laman


web yang anda usahakan. Risiko ini boleh berlaku jika pemilik
tapak menghentikan serta merta perkhidmatan percuma yang
diberikan.

Malah, kebanyakkan enjin carian menahan dan menghalang


laman-laman dari tapak percuma untuk diletakkan dalam carian
pengguna. Amat menyedihkan sekali kerana sesetengah pejabat
kerajaan menghalang dari membuka tapak laman percuma ini yang

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 52

merupakan terdiri daripada 30% pengguna internet di Malaysia! Ini


bermakna anda hilang 30% bakal pelanggan yang berpotensi!

Oleh itu, saya sarankan agar anda tidak sesekali menggunakan


perkhidmatan tapak laman percuma ini. Banyak keburukannya
daripada kebaikan yang anda perolehi walaupun tiada bayaran
yang dikenakan.

b) Tapak laman berbayar.


Tapak laman berbayar pula seperti biasa yang dapat kita lihat ianya
menggunakan nama domain sendiri. Ianya merupakan tapak bagi
pemilik yang menyewanya. Contohnya www.ideaperniagaan.com,
www.irfankhairi.com dan sebagainya. Anda perlu memiliki tapak
laman ini untuk menempatkan laman web anda.

Laman web anda akan lebih mempunyai kredibiliti dan identiti serta
imej yang baik. Pengguna juga akan lebih yakin dengan anda
kerana menganggap tapak laman yang berbayar menandakan
anda benar-benar serius di dalam peniagaan internet.

Namun begitu, sebelum anda memilih mana-mana perkhidmatan


tapak laman berbayar ini, terlebih dahulu anda perlulah
mengenalpasti perkhidmatan yang ditawarkan. Perkhidmatan
tersebut ialah :

• Ruang storan.
Ruang storan ini adalah bergantung kepada saiz fail laman web
anda. Jumlah minimum yang saya syorkan adalah 20Mb.
Kebiasaanya, ruang storan yang digunakan hanyalah sekitar
30% - 50% sahaja untuk laman web mini.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 53

Lebihan storan tadi, anda boleh gunakannya untuk


menambahbaik dan mengemaskini laman web apabila
perniagaan anda berkembang kelak. Anda juga boleh
menambah saiz storan pada bila-bila masa sahaja.

• Ruang pemindahan (bandwidth).


Ruang pemindahan ini amat penting kerana ia menentukan
jumlah capaian pengguna dalam satu-satu masa. 3Gb adalah
ruang pemindahan yang paling minimum sebagai pilihan anda
yang mahu memulakan perniagaan internet.

Jumlah pengguna yang mampu mencapai laman web anda


dalam satu-satu masa bergantung kepada ruang pemindahan
ini. Lagi besar saiznya, lagi ramailah yang boleh melawat laman
web anda pada satu-satu masa. Anda juga dibenarkan untuk
menambah saiz ruang pemindahan ini pada bila-bila masa yang
anda inginkan.

• Sokongan teknikal.
Pastikan perkhidmatan yang diberikan melibatkan sokongan
teknikal selama 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. Ini penting
sekiranya tapak laman anda bermasalah, pihak pendaftar boleh
memperbaikinya dengan segera.

• Email yang tidak tehad.


Seharusnya, anda dibenarkan untuk menghantar dan menerima
email seberapa banyak yang anda mahu. Ini kerana
kebiasaannya anda akan menerima pelbagai email bertanyakan
produk anda.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 54

Tapak laman anda juga mestilah boleh mencipta email yang


tidak terhad seperti admin@ideaperniagaan.com,
support@ideaperniagaan.com dan sebagainya.

• Server yang baik.


Perkhidmatan server yang disediakan juga hendaklah dalam
keadaan baik dan mempunyai uptime sekurang-kurangnya 85%
dan ke atas. Ini bagi memastikan apabila server perkhidmatan
tersebut down, maka laman web anda tidak dapat diakses dan
ini merugikan anda sepanjang tempoh server tersebut
bermasalah.

• Perisian bantuan lain.


Persian bantuan lain yang sepatutnya disediakan ialah seperti
FTP, Front Page Extension, autoresponder, forwarder, My SQL
Database, Script dan sebagainya.

Untuk makluman anda, saya hanya perlu membayar sewa RM44


setahun bagi tapak laman saya iaitu www.ideaperniagaan.com.
Sungguh murah bukan! Anda juga boleh mendapatkan harga sewa
yag menarik seperti itu. Dengan syarat, anda perlu membuat
analisis dan perbandingan antara syarikat perkhidmatan tapak
laman berbayar. Anda ingin tahu di mana saya mendaftar tapak
laman bagi laman web saya? Jawapannya ialah
www.sempoihosting.com.

4. Ciri-ciri dan kandungan laman web perniagaan.


Sebagaimana di awal topik ini, saya telah menyarankan anda agar
membuat sedikit analisis berkenaan dengan pesaing anda. Begitu juga
dengan laman web yang hendak anda bangunkan, dengan sedikit

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 55

kajian anda mampu menghasilkan laman web perniagaan yang


profesional.

Cuba anda perhatikan apa yang terkandung di dalam sesebuah laman


web pesaing anda? Kemudian anda membandingkan dengan laman
web perniagaan yang lain. Lagi banyak anda dapat mengumpulkan
maklumat, lagi besar dan cerah peluang untuk menjana pendapatan
berterusan kelak! ☺

Kandungan laman web perniagaan.

Bagi menghasilkan sebuah laman web perniagaan, beberapa


kandungan utama perlu diletakkan di dalam laman web anda. Laman
web anda juga mestilah fokus kepada produk yang hendak anda jual.
Berikut adalah isi kandungan yang utama bagi laman web perniagaan.

Mengutarakan masalah yang dihadapi pelanggan.


Jika anda perhatikan, laman web perniagaan mini ini akan bermula
dengan menyebut masalah yang dihadapi oleh pelanggan.
Memang menjadi lumrah kepada manusia berhadadapan dengan
masalah.

Masalah yang dimaksudkan disini ialah yang berkaitan dengan


produk yang anda jual. Sebagai contoh, anda menjual produk
menguruskan badan, masalah yang dihadapi pelanggan ialah
masalah berat badan berlebihan.

“Anda risau dengan BERAT badan anda? Seringkali anda


sukar mendapatkan SAIZ kasut yang sesuai? MALU
berdepan dengan rakan-rakan?
Sudah puas anda cuba menguruskan berat badan

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 56

tetapi masih lagi tidak berhasil.


Banyak wang dihabiskan, banyak produk yang anda beli tetapi
semuanya sia-sia.

Ayat diatas merupakan contoh yang biasa anda dapat lihat. Ianya
memfokuskan kepada pelanggan yang mengalami masalah berat
badan. Sekaligus membuatkan pelanggan tertanya-tanya tentang
penyelesaiannya.

Memberi penyelesaian dengan menawarkan produk.


Anda mula menawarkan produk yang boleh mengatasi masalah
yang dihadapi oleh pelanggan anda. Pada masa itu, pelanggan
anda akan berkata “Inilah yang aku cari-cari”. Jika anda
mendengarnya, pasti anda akan tersenyum.

“Jangan bimbang!, Kini anda sudah mempunyai


penyelesaiannya”
Ketahulilah bagaimana ramai pelanggan kami berjaya mengatasi
masalah berat badan. Ianya sudah terbukti dan dipercayai.
Memperkenalkan…
“UBAT LANGSING CAP FATIMAH”

Contoh diatas, merupakan contoh bagaimana produk tersebut


diperkenalkan. Bukan menawarkan produk dengan menyatakan
“Belilah Ubat Langsing Cap Fatimah…”. Ini menunjukkan anda
hanya mahu menjual dan bukannya membantu pelanggan.

Menjelaskan ciri-ciri produk.


Sebaik sahaja anda selesai menawarkan produk, anda perlu
menjelaskan ciri-ciri produk tersebut. Ciri-ciri yang dimaksudkan

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 57

seperti contoh ubat langsing tadi, anda perlu menyatakan apa


bahan yang digunakan, kandungan, sukatan dan sebagainya.

Anda hanya perlu menjelaskan ciri-ciri produk secara ringkas.


Tidak perlu huraian yang panjang lebar. Pelanggan yang
membacanya hanya mahu melihat sekali imbas ciri-ciri produk
tersebut.

Menyatakan faedah yang diperolehi apabila memiliki produk.


Ruangan ini adalah yang paling penting sekali. Biasanya
pelanggan hanya mahu tahu apa faedah yang boleh diperolehi
apabila membeli produk tersebut.

Anda harus membezakan ciri-ciri dan faedah produk. Ianya tidak


sama. Lihat contoh dibawah.

“Ubat Langsing Cap Fatimah”


Ubat ini bukan sekadar menguruskan badan sahaja tetapi sesuai
untuk kesihatan, melancarkan perjalanan darah, membuang toksid
dalam badan, menghilangkan sakit-sakit sengal badan, membuang
angin dan awet muda.

Ada banyak lagi contoh lain yang boleh anda jadikan sebagai
rujukan. Lihat sahaja pada laman web pesaing anda. Apakah
faedah yang diberikan kepada pelanggan mereka?

Menyediakan ruangan testimoni terhadap produk.


Bagi anda yang baru memulakan perniagaan, pastikan anda cuba
mendapatkan maklumbalas tentang produk yang anda jual.
Pastikan juga maklumbalas tersebut adalah positif.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 58

Testimoni ini penting kerana ia dapat meningkatkan keyakinan


pengguna, malah menggalakkan pelanggan lain untuk membeli
produk anda. Anda boleh meletakkan nama, alamat dan no. telefon
(dengan kebenaran) dalam ruangan testimoni ini.

Menawarkan produk sampingan secara percuma.


Anda boleh menarik perhatian pelanggan dengan menawarkan
produk sampingan secara PERCUMA! Saya ambil contoh Ubat
Langsing Cap Fatimah tadi, anda boleh menawarkan pek kecil ubat
tersebut untuk dicuba dalam tempoh beberapa hari. Anda juga
boleh memberikan tips-tips ringkas berkaitan kesihatan dengan
newsletter percuma!

Untuk mendapatkan produk percuma ini, pelanggan anda mestilah


mendaftar terlebih dahulu dengan anda. Anda boleh menggunakan
autoresponder untuk tugas pendaftaran ini. Ianya cukup mudah
dan anda kini telah memiliki maklumat pelanggan yang anda boleh
hubungi pada bila-bila masa.

Maklumat pelanggan merupakan maklumat yang paling berharga


kerana, melalui maklumat ini, anda berpeluang mempromosikan
apa jua produk yang berkaitan dengan perniagaan anda!.

Anda juga boleh memberikan produk seperti ebook yang diberikan


secara percuma apabila pelanggan membeli produk anda.
Biasanya, ebook ini akan dihantar bersama-sama produk yang
anda jual.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 59

Memberikan diskaun terhadap produk yang dijual.


Satu lagi cara yang menarik dan terbaik memikat hati pelanggan
ialah dengan menawarkan diskaun terhadap produk yang dijual.
Ianya bergantung kepada harga yang anda tawarkan.

Program affiliate.
Program affiliate juga (sekiranya anda mampu dan mahu), boleh
anda bangunkannya dengan bertujuan menggalakkan pelanggan
menjadi pengedar produk anda. Selain memberi komisyen kepada
pelanggan affiliate, jualan anda turut meningkat. Secara tidak
langsung pengedar anda menjadi ejen promosi bagi produk anda.

Borang Pengesahan Pembayaran.


Borang pengesahan pembayaran ini membolehkan pelanggan
mengisi borang secara terus selepas pembayaran dilakukan. Anda
boleh mencipta borang tersebut di dalam www.autoresponder.com.

Ini menjimatkan masa kerana sebaik sahaja anda menerima email


pengesahan pembayaran daripada pihak autoresponder, anda
boleh menghantar produk secepat yang mungkin kepada
pelanggan. Pelanggan akan menerima produk dalam tempoh yang
singkat. Ini menambahkan kepercayaan pelanggan kepada anda.
Tidak mustahil pelanggan anda akan memberitahu kepada prospek
yang lain.

Pembayaran yang selamat.


Anda perlu menjelaskan proses pembayaran yang boleh dilakukan
oleh pelanggan dan mestilah memaklumkan kepada pelanggan
bahawa kaedah pembayaran tersebut adalah selamat dan dijamin.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 60

Selain itu, anda juga hendaklah menjelaskan bagaimana produk


tersebut dihantar kepada pelanggan dan tempoh masa yang
ditetapkan. Secara tidak langsung pelanggan akan lebih yakin
dengan perkhidmatan yang diberikan.

Antara kaedah pembayaran yang boleh anda lakukan ialah wang


pos, cek, kiriman wang, bank-in, transfer dan kad kredit. Pada hari
ini Kad kredit merupakan kaedah pembayaran yang paling popular
dalam urusniaga internet.

Saluran maklumbalas atau cara untuk menghubungi.


Jangan sesekali anda tidak meninggalkan cara atau saluran
perhubungan untuk pelanggan menghubungi anda. Ini amat
penting memandangkan pelanggan suka bertanya terlebih dahulu
sebelum membeli.

Anda disarankan meletakkan nama, alamat, email dan nombor


telefon sebagai alat perhubungan. Anda juga boleh menyediakan
ruangan borang maklumbalas yang boleh diisi terus oleh
pelanggan. Malah pada hari ini, sekiranya anda mempunyai masa
yang lebih, gunakannya untuk ada berchatting dengan pelanggan
melalui Yahoo! Messenger, MiRC, Google Talk! secara online!

Apabila laman web perniagaan anda mempunyai hampir kesemua isi


kandungan diatas, anda kini boleh dianggap mahir dalam membina
laman web perniagaan. Ada juga beberapa isi kandungan yang
penting tetapi jarang diambil perhatian oleh pelanggan.

Diantara isi kandungan tersebut ialah seperti pengenalan kepada


laman web anda, latar belakang syarikat dan soalan-soalan lazim.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 61

Anda boleh meletakkan ketiga-tiga isi kandungan diatas ke dalam


laman web anda jika mahu.

Bina Laman Web Yang Menarik dan Mampu Menjual

Apakah laman web ada kini mampu menarik pelanggan untuk membeli
produk yang anda tawarkan? Disini saya akan menerangkan ciri-ciri
terbaik yang perlu ada dalam laman web anda.

• Satu laman web untuk satu produk atau perkhimatan.


Mungkin di dalam fikiran anda sudah ada pelbagai produk yang
ingin anda pasarkan. Anda merancang untuk meletakkan kesemua
produk anda di dalam web.

Jangan lakukan sedemikan! Ianya akan menyebabkan pelanggan


agak sukar untuk membuat pilihan. Anda kemungkinan akan
kehilangan pelanggan!

Adalah lebih baik anda hanya meletakkan satu atau dua produk
sahaja di dalam laman web anda. Ini menunjukkan anda lebih
profesional dan mudah menguruskanya kelak. Sudah tentu
pelanggan akan menganggap anda seorang yang pakar dalam
bidang atau produk yang anda jual berbanding jika anda menjual
pelbagai produk yang berlainan.

Sekiranya pelbagai produk yang anda jual di dalam satu laman


web, anda akan dilihat sebagai sebuah kedai yang menjual
pelbagai produk. Mampukah anda bersaing dengan Amazon.com
yang menjual pelbagai produk?

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 62

Jadi, dengan hanya menjual satu produk sahaja, pelanggan hanya


mempunyai dua pilihan iaitu sama ada mahu membeli atau tidak.
Bagaimana pula dengan produk anda yang lain? Jawapannya,
anda binalah laman web yang lain, tetapi pastikan produk anda
dapat diuruskan dengan baik terlebih dahulu. Setelah perniagaan
anda menunjukkan hasilnya, barulah anda mula membuka
perniagaan yang lain.

• Laman web mini (satu laman sahaja).


Oleh kerana anda sekarang menjual satu atau dua produk sahaja,
jadi laman web mini yang sederhana panjang (tidak terlalu panjang)
amat sesuai untuk anda.

Tidak perlu laman yang terlalu banyak muka. Ini boleh


menyebabkan pelanggan mudah merasa bosan untuk melayarinya.
Sudah tentu anda tahu, kos upah membina laman web adalah
tinggi. Dengan membina satu laman mini, sudah tentu ia
menjimatkan kos anda!.

Laman web mini mestilah padat, ringkas dan mudah difahami.


Jangan gunakan bahasa yang berbelit-belit dan menghurai dengan
terlalu panjang. Ini juga boleh menyebabkan pelanggan akan
merasa bosan dan cabut lari!.

Anda masih boleh lagi membina beberapa muka untuk kaedah


bayaran, cara untuk menghubungi anda dan program affiliate.

• Huruf yang mudah dibaca.


Jangan terlalu ghairah dalam menggunakan huruf-huruf yang
berseni dan bersimpul-simpul. Pada anda ianya cantik tetapi

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 63

kepada pelanggan, ianya menyukarkan mereka untuk membaca


apa yang anda tulis.

Apa yang lebih anda perlu fikirkan ialah, tidak semua komputer
boleh membaca jenis huruf yang anda gunakan. Maka, sebaik-
baiknya gunakan huruf Arial, Times New Roman atau Verdana
sahaja.

Gunakan warna-warna huruf seperti merah, biru dan hitam. Warna


ini dapat menarik perhatian pelanggan. Merah anda boleh gunakan
untuk menarik perhatian pelanggan. Biru pula untuk menunjukkan
isi-isi penting dan hitam untuk ayat-ayat yang biasa.

Anda juga digalakkan untuk menggunakan heading dan bullets


bagi menekankan point-point yang penting. Gunakannya juga untuk
menekankan faedah-faedah produk anda.

• Reka bentuk web yang menarik.


Tanggapan pertama pelanggan sebaik sahaja masuk ke laman
web anda, mestilah diambilkira. Walaupun produk anda lebih hebat
daripada orang lain tetapi sekiranya reka bentuk web yang anda
bangunkan tidak kelihatan profesional, dengan hanya satu klik
sahaja pelanggan boleh meninggalkan laman web anda!

Jika anda tidak mahir membina web yang cantik, saya sarankan
supaya anda menggunakan “web template”. Selain cantik, ia juga
kelhatan lebih profesional. Anda juga boleh menjadikan laman web
orang lain sebagai “template” laman anda.

Apabila pelanggan melihat web anda yang cantik dan profesional,


ia mampu menambahkan keyakinan dan menarik perhatian mereka

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 64

untuk terus membaca hingga ke akhirnya, seterusnya membuat


pembelian. Jangan ingat reka bentuk web tidak penting!.

• Ayat mestilah hebat.


Anda tidak perlu menulis seperti menulis karangan atau buku.
Cukuplah anda menulis dengan ringkas, padat dan mampu
menarik perhatian pelanggan, tetapi jangan pula terlalu pasif dan
kaku. Ini menghilangkan selera pelanggan untuk membaca.

Bagaimana, untuk menulis ayat yang mampu membuatkan


pelanggan membeli produk anda? Anda boleh mengambil
beberapa contoh daripada laman web yang lain dan lihat kaedah
mereka menulis.

Sebahagiannya telah saya nyatakan di dalam tajuk Kandungan di


dalam laman web perniagaan. Berikut beberapa tips yang boleh
anda ikuti sewaktu menulis ayat yang mampu menarik dan menjual
produk anda!.

Menulis dengan gaya sendiri.


Jangan sesekali anda meniru gaya menulis seseorang. Pada
pringkat awal, anda mungkin cenderung untuk meniru gaya
penulisan seseorang berdasarkan bahan bacaan anda sendiri.
Ini adalah perkara biasa yang berlaku kerana anda baru
menceburi bidang perniagaan internet ini.

Jadi, cuba elakkan dari menulis dengan gaya orang lain. Anda
boleh mengelakkannya dengan menulis sambil bercakap
seolah-olah anda sedang bercakap dengan pelanggan.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 65

Apabila anda menulis dengan gaya tersendiri, sudah tentu


pelanggan menganggap anda memang mahir dan pakar dalam
bidang tersebut.

Tarik perhatian pelanggan.


Bagaimana hendak menarik perhatian pelanggan pula? Satu
soalan yang baik. Anda mungkin buntu ayat apakah yang
sesuai untuk menarik perhatian pelanggan supaya pelanggan
tidak lari.

Baiklah, cuba anda lihat semula ayat yang saya berikan


sebelum ini.

“Anda risau dengan BERAT badan anda? Seringkali anda


sukar mendapatkan SAIZ kasut yang sesuai? MALU
berdepan dengan rakan-rakan?
Sudah puas anda cuba menguruskan berat badan
tetapi masih lagi tidak berhasil.
Banyak wang dihabiskan, banyak produk yang anda beli tetapi
semuanya sia-sia.

Ayat diatas ini mampu menarik perhatian golongan sasaran


kerana mereka dengan sendirinya akan tertanya-tanya apakah
yang sebenarnya hendak disampaikan oleh laman web anda.

Timbulkan minat pelanggan secara tidak langsung.


Untuk menimbulkan minat pelanggan, anda perlu bijak bermain
dengan kata-kata. Lihat saja ayat dibawah ini.

“Jangan bimbang!, Kini anda sudah mempunyai


penyelesaiannya”

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 66

Ketahulilah bagaimana ramai pelanggan kami berjaya mengatasi


masalah berat badan. Ianya sudah terbukti dan dipercayai.
Memperkenalkan…
“UBAT LANGSING CAP FATIMAH”

Pada masa itu, pelanggan anda akan semakin berminat.


Mereka berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut apa
yang mampu diberikan oleh produk anda. Maka anda pun mula
menerangkan ciri-cirinya dan faedah yang akan diperolehi
apabila menggunakan produk tersebut. Mudah bukan!.

Yakinkan pelanggan.
Anda boleh meyakinkan pelanggan dengan meletakkan
testimoni pelanggan, surat perakuan daripada badan-badan
tertentu (jika ada), bukti-bukti sampingan dan lain-lain lagi yang
sesuai diletakkan dalam web anda.

Arah pelanggan membuat keputusan.


Di dalam laman web anda, anda boleh mengarah pelanggan
membuat keputusan untuk membeli produk anda. Tetapi anda
perlu tahu bagaimana caranya. Tentu anda pernah melihat ayat
seperti dibawah ini.

“Dapatkan sekarang, selagi stok masih ada”


atau
“Tempah sekarang!!! dan anda akan menerima
poster Siti Nurhaliza koleksi terhad PERCUMA!”

Itu merupakan cara yang sesuai digunakan untuk mengarahkan


pelanggan membuat keputusan membeli produk anda. Ingat!
mengarah bukan bermaksud memaksa.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 67

Gunakan perkataan ajaib.


Apa perkataan ajaib yang saya katakan ini? Hari ini, saya
berkongsi dengan anda untuk membocorkan satu rahsia
perniagaan internet. Perkataan ajaib inilah yang mampu
membuatkan pelanggan teruja dan membeli produk hebat anda!

Perkataan ajaib itu ialah PERCUMA, DISKAUN, BONUS,


CARA MUDAH, RAHSIA dan seumpamanya. Perkataan inilah
yang membuatkan pelanggan teruja dan tertarik untuk
mendapatkan produk anda.

Elakkan dari guna perkataan seperti “BELI sekarang..”,


bahasa kasar seperti aku, kau, mereka dan seumpamanya.
Mengapa perkataan “mereka” tidak boleh digunakan?

Sebenarnya, ketika sesi mempromosikan produk anda, ia


adalah ibarat anda sedang bercakap dengan seorang
pelanggan dan bukannya dengan ramai pelanggan. Jadi,
pastikan anda gunakan kata ganti diri yang sesuai seperti saya
dan anda.

Anda kini sudah mampu untuk membina laman web yang menarik
pelanggan dan menjual produk kepada mereka. Saya andaikan, kini
anda sedang tersenyum kerana memiliki “Formula Rahsia Buat Wang
Besar Secara Online yang begitu hebat sekali!

5. Elak kesilapan dalam membina laman web perniagaan.


Sebentar tadi anda telah didedahkan dengan pelbagai maklumat
mengenai isi kandungan dan ciri-ciri yang perlu ada bagi sesebuah
laman web peniagaan.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 68

Seterusnya saya dedahkan lagi rahsia yang boleh mengelakkan anda


daripada melakukan kesilapan, walaupun kesilapan itu kecil. Saya
akan membantu anda untuk mencipta laman web mini yang hebat!

Seringkali apabila anda melayari laman web orang lain, timbul rasa
tertarik, minat dan kagum dengan pereka laman web tersebut.
Kadangkala juga, anda akan berasa bosan, menyampah dan sukar
melayari laman web kerana tidak mesra pengguna.

Mengapa agaknya perkara sebegini boleh berlaku? Para sahabat saya


sekalian, kesilapan pereka laman web ini kadangkala kecil tetapi boleh
menghilangkan prospek pelanggan dalam sekelip mata. Apakah
kesilapan kecil itu? Saya berikan jawapannya sekarang!

Link yang terputus.


Pastikan laman web anda tidak mengalami masalah ini. Sudah
tentu anda pernah melalui situasi di mana ketika anda mahu klik
pada satu-satu link untuk mendapatkan maklumat, tetapi anda
kecewa kerana link tersebut putus atau mati. “The page cannot be
found or displayed” Itulah perkataan yang biasanya ditunjukkan
pada skrin komputer anda.

Oleh itu, sebagai langkah berhati-hati, pastikan setiap link


disambungkan dengan betul. Semak setiap link beberapa kali dan
betulkan dengan segera sebelum anda memuat naik ke tapak
laman.

Link yang terputus boleh menyebabkan anda kehilangan


pelanggan sekaligus menjejaskan kredibiliti anda. Sungguh
mengecewakan!

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 69

Maklumat lama.
Rata-rata laman web perniagaan yang ada tidak dikemaskini. Apa
yang mula-mula dibina, itulah yang ada sehingga kini. Anda
bernasib baik kerana saya telah memaklumkan hal ini awal-awal
lagi kepada anda.

Sekurang-kurangnya ada perlu mengemaskini laman web anda


sebulan sekali. Ini dapat menarik lebih ramai pelanggan. Anda
boleh meletakkan tips-tips harian atau mingguan atau bulanan. Itu
sudah memadai. Juga boleh anda mempertingkatkan mutu laman
web yang ada.

Terlalu banyak jenis huruf, warna dan grafik.


Jangan gunakan terlalu banyak huruf. Hadkan penggunaan jenis
huruf kepada 1 atau 2 jenis sahaja. Apabila terlalu banyak jenis
huruf digunakan, boleh memeningkan pelanggan anda nanti!
Gunakanlah huruf seperti Arial, Verdana dan Times New Roman.

Penggunaan warna hendaklah sesuai dengan perniagaan anda.


Jangalahn terlalu kabur dan jangan pula terlalu terang. Elakkan dari
menggunakan warna-warna yang menyakitkan mata.

Elemen-elemen grafik, animasi dan teks yang berterbangan dan


berlebihan memang menarik namun ianya tidak sesuai dalam
laman web perniagaan. Grafik dan animasi ini boleh menggangu
tumpuan pelanggan. Melainkan anda menjual produk grafik,
animasi, kad ucapan, wallpaper dan sebagainya itu digalakkan
sama sekali.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 70

Halaman yang mati.


Cuba anda bayangkan, ada melayari satu laman web perniagaan
yang menjual pencuci muka. Untuk mengetahui faedahnya, anda
dikehendaki mengklik link untuk ke halaman lain. Setelah anda
mengetahui faedahnya, anda ingin membaca semula isi kandungan
di laman utama tetapi malangnya tiada satu butang untuk anda
kembali ke laman tersebut. Akhirnya anda terpaksa menutupnya
dan atau menaip semula nama domain laman web tadi.

Bukankah ini akan menyebabkan anda akan kehilangan


pelanggan? Belum tentu pelanggan anda akan kembali
mengunjungi laman web anda setelah apa yang berlaku.
Pelanggan anda mungkin akan mengunjungi laman web yang lain!

Oleh itu, pastikan anda tidak menghadapi masalah seperti ini.


Sentiasa pastikan laman anda sekurang-kurangnya boleh kembali
ke laman utama.

Perlahan untuk dibuka.


Pernah menghadapi situasi seperti ini? Saya pernah mengalaminya
sewaktu sedang melayari internet. Ianya perlahan untuk dibuka
sebab terlalu banyak fail-fail grafik seperti gambar yang mempunyai
saiz besar.

Biasanya saiz garfik seperti ini adalah dalam format .bmp. Pastikan
grafik anda adalah dalam format .jpeg atau .gif kerana ianya lebih
kecil saiznya tanpa menjejaskan mutu gambar.

Tiada maklumat perhubungan.


Kesilapan yang amat ketara ialah apabila sesebuah laman web
peniagaan tidak meletakkan cara untuk menghubunginya.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 71

Sebagaimana yang pernah saya katakan sebelum ini, pelanggan


suka bertanya terlebih dahulu sebelum membuat pembelian.
Pelanggan juga akan bertanya dan memberi komen selepas
pembelian dibuat.

Apabila tiada maklumat perhubungan, sudah pasti pelanggan anda


terkial-kial untuk mencari email atau nombor telefon anda.
Sudahlah begitu, pelayar laman web anda pasti kecewa dan tidak
yakin lagi dengan anda. Seterusnya mereka meninggalkan laman
web anda begitu sahaja.

Oleh itu, pastikan anda meletakkan email, alamat dan nombor


telefon untuk memudahkan pelanggan menghubungi anda. Selain
meningkatkan kredibiliti dan kepakaran anda, ia juga
menambahkan keyakinan pelanggan terhadap perkhidmatan yang
anda berikan.

Tidak kemas dan tersusun.


Laman web yang tidak tersusun dan kemas membuatkan
pelanggan anda menjadi keliru dengan apa yang hendak anda
sampaikan.

Pelanggan boleh jadi tidak faham apa sebenarnya tujuan laman


web anda. Bila keadaan ini terjadi, sudah tentu maksud dan tujuan
sebenar anda untuk mempromosikan produk tidak sampai ke
pelanggan. Akhirnya pelanggan akan menganggap laman web
anda sebagai sebuah laman web yang biasa yang akhirnya kurang
mendapat sambutan

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 72

Perisian baru.
Jangan sesekali menggunakan persian yang baru dan canggih.
Walaupun ia kelihatan menarik dan hebat, ianya hanya akan
menyukarkan pengguna.

Tidak semua pelanggan anda memiliki perisian yang baru. Jadi


seboleh-bolehnya, gunakan sahaja Microsoft Front Page kerana
ianya lebih mudah digunakan dan mudah juga untuk dikemaskini.

Anda sudah pun mengenalpasti masalah yang boleh dielakkan dan


diperbetulkan. Anda juga sudah boleh membina laman web mini
sendiri hanya menggunakan Microsoft Word dan Front Page jika anda
tahu caranya.

Anda boleh mempelajarinya daripada rakan-rakan yang mahir


membina web atau membeli buku-buku yang berkaitan dengannya dari
kedai-kedai yang berdekatan.

Berita baik buat anda, pihak kami dengan rasa berbesar hati
memaklumkan kepada anda bahawa kami dalam proses menyiapkan
ebook berjudul “Rahsia Jutawan Buat Duit Dengan Bijak” (Jangan
cuba tiru idea saya ya). Ia disertakan hak jual semula Anda boleh
mendapatkannya setelah siap nanti dengan harga yang istimewa.
Nantikan kemunculannya!.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 73

Langkah #4 : Pembayaran

Perniagaan internet menggunakan jenis pembayaran secara online dan


sebahagiannya secara manual. Ada beberapa kaedah pembayaran yang sering
digunakan dalam urus niaga internet.

Penghantaran produk juga dilakukan secara online atau pos. Ianya juga
melibatkan cara pembungkusan produk. Anda tidak perlu risau, saya akan
mendedahkan satu persatu kepada anda bagaimana pembayaran online boleh
dibuat dan bagaimana penghantaran produk dilakukan.

Pembayaran

Di dalam perniagaan internet, ramai yang masih ragu-ragu mengenai kaedah


pembayaran yang dilakukan. Adakah ianya selamat? Bagaimana pembayaran
boleh dilakukan secara online? Soalan-soalan ini sering ditanyakan oleh
pelanggan.

Sebenarnya, tidak susah untuk anda membuat pembayaran online ini. Ianya
seperti pembayaran lain yang biasa. Berikut adalah 3 kaedah pembayaran yang
sering digunakan dalam perniagaan internet.

Wang pos, kiriman wang atau cek tempatan.


Kaedah pembayaran ini merupakan kaedah pembayaran yang biasa, dan
merupakan kaedah pembayaran yang selamat. Di Malaysia, wang pos dan
kiriman wang boleh dibuat melalui pejabat Pos Malaysia manakala buku cek
pula dikeluarkan oleh bank-bank tempatan kepada pemohon yang mahu
menggunakannya. Biasanya digunakan oleh syarikat-syarikat perniagaan dan
individu yang layak.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 74

Wang Pos dan cek dari luar negara

Jika anda mempunyai pelanggan dari luar negara, mereka boleh membuat
pembayaran menggunakan wag pos dan boleh dibeli melalui laman web
www.westernunion.com. Wang pos ini akan dihantar ke alamat anda. Anda
boleh menyemak pembayaran yang dilakukan melalui laman web Western
Union berdasarkan kod pembayaran. Jadi, anda boleh mengesan sebarang
penipuan sebelum menghantar produk kepada pelanggan.

Cek luar negara mengambil masa hampir sebulan untuk ditunaikan. Pihak
bank tempatan juga mengenakan caj tertentu untuk menunaikan cek
tersebut. Bagaimana dengan risiko cek palsu? Cara mudah untuk anda
mengelakknya ialah dengan berhati-hati! Anda nyatakan kepada pelanggan
bahawa penghantaran akan dilakukan sebaik sahaja cek disahkan
kebenarannya oleh pihak bank.

Bank-in atau pindahan akaun.


Ini merupakan salah satu urusan pembayaran yang mudah dilakukan oleh
semua pelanggan di Malaysia. (Pelanggan luar negara tidak boleh melakukan
urusan pembayaran ini). Ada dua cara yang boleh digunakan untuk
pembayaran. Cara pertama melalui perkhidmatan e-banking yang ditawarkan
oleh pihak bank seperti www.maybank2u.com.my dan www.bankislam.biz.

Cara kedua ialah dengan pelanggan memindahkan wang ke dalam akaun


anda melalui mesin ATM atau boleh juga mendepositkan wang terus ke
dalam akaun anda. Ianya amat sesuai digunakan dan kaedah ini paling
popular di Malaysia!

Kad kredit.
Penggunaan kad kredit sebagai salah satu kaedah pembayaran di internet
merupakan kaedah yang paling popular dan mampu meningkatkan jualan

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 75

produk sebanyak 400%. Faktor ini disebabkan pelanggan mudah membuat


pembayaran dalam tempoh yang singkat. Tambahan pula, ia memberikan
imej yang positif terhadap perniagaan anda.

Sekiranya anda merasakan penggunaan kad kredit ini tidak perlu, anda silap!
Apabila anda tidak menggunakan perkhidmatan ini, anda akan kehilangan
hampir 90% pelanggan berpotensi. Sesuatu perkara yang sungguh
menakjubkan dengan hanya sekeping kad!

Ada dua cara yang membolehkan anda menerima pembayaran kad kredit
secara online iaitu yang pertama melalui Merchant Account (Akaun Peniaga)
yang boleh ada perolehi daripada pihak bank atau syarikat yang menawarkan
perkhidmatan tesebut.

Kebiasaannya pihak bank mengenakan syarat yang agak ketat dan


pendaftaran yang agak tinggi sehingga Rm2,000. Caj dikenakan setiap
transaksi antara 2 - 4%. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan
menaip Merchant Account atau Merchant Account Provider di laman carian.

Cara yang kedua pula ialah menggunakan Third Party Credit Card Processor
(Akaun Pihak Ketiga). Caj yang dikenakan bagi setiap transaksi antara 10% -
15%. Yuran pendaftaran pula murah hanya sekitar RM200 seumur hidup.
Anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai akaun pihak ketiga ini di
laman web berikut :

www.paypal.com
www.digibuy.com
www.2checkout.com
www.worldpay.com

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 76

Penghantaran

Sebaik sahaja pembayaran dibuat dan disahkan, anda hendaklah serta merta
menghantar produk kepada pelanggan. Jenis penghantaran bergantung kepada
produk yang anda jual. Anda wajib menghantarnya serta merta selepas
pembayaran dibuat.

Di Malaysia, beberapa jenis penghantaran yang boleh digunakan ialah seperti


berikut :

o Sampul Pos Express


Sampul Pos Express yang disedikan oleh pejabat Pos Malaysia mempunyai 5
saiz yang berbeza. Kandungan berat barangan yang dihantar antara 50 gram
atau kurang - 1 kilogram. Harganya pula antara Rm2.50 - Rm7.00 mengikut
saiz.

Kandungan yang sesuai bagi menggunakan sampul pos express ini adalah
biasanya berbentuk dokumen seperti CD, wang pos, kiriman wang, cek dan
barangn ringan yang lain mengikut syarat yang ditetapkan. Anda boleh
menyemak penghantaran tersebut melalui laman web www.pos.com.my
menggunakan kod penghantaran (pelekat berwarna kuning).

o Pos Laju
Sekiranya anda menjual produk berbentuk besar, amat sesuai untuk anda
menggunakan pos laju. Caj minimum yang dikenakan adalah Rm4.50 untuk
berat sebanyak 500grm atau kurang.

Berat maksimum bagi dokumen yang dihantar menggunakan pos laju adalah
2 kilogram manakala berat maksimum produk yang berat adalah tidak lebih
30 kilogram. Anda boleh menyemak caj yang dikenakan di dalam laman web
www.pos.com.my. Anda juga boleh menyemak penghantaran tersebut.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 77

Pihak pos malaysia juga menyediakan perkhimatan penghantaran antarabangsa.


Jadi sekiranya produk anda ditempah dari pelanggan luar negara, anda boleh
menggunakan perkhidmatan ini.

Anda juga mempunyai pilihan lain selain perkhidmatan yang disediakan oleh
pejabat pos malaysia. Anda boleh menggunakan perkhidmatan penghantaran
lain seperti DHL, UPS dan Malaysian Airlines System.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 78

Langkah #5 : Iklan & Promosi

U
ntuk menentukan kejayaan dalam perniagaan internet, salah satu faktor
yang amat penting sekali ialah pengiklanan yang berterusan. Langkah
ini merupakan 80% - 90% daripada usaha yang perlu anda fokuskan
berbanding 4 langkah sebelum ini.

Hanya dengan membina laman web perniagaan dan kemudian anda


membiarkan sahaja laman web tersebut tanpa melakukan promosi dengan
harapan pasti ramai yang akan menemui laman web anda, anda sebenarnya
silap!

Jangan lakukan kesilapan ini lagi! Seperti mana perniagaan biasa yang lain,
anda perlu menjemput seberapa ramai prospek untuk mengunjungi laman web
anda. Cara menjemput mereka ialah dengan mengiklankan laman web anda
kepada orang ramai.

Terdapat dua kaedah yang boleh anda gunakan untuk mempromosikan laman
web anda. Dua kaedah tersebut ialah pengiklanan offline dan pengiklanan
online. Kedua-duanya mempunyai fungsi dan peranan yang sama, hanya cara
sahaja yang berbeza.

1. Pengiklanan offline
Pengikanan offline sebenarnya adalah sama penting dengan pengiklanan
online. Cuma perbezaannya ialah kos yang terlibat. Kos pegiklanan offline
agak tinggi sedikit berbanding online. Namun ia merupakan satu strategi yang
amat penting.

Tentu anda pernah melihat iklan seperti www.JobStreet.com di bas


pengangkutan awam, teksi dan LRT. Begitu juga laman web

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 79

www.tmnet.com.my, tentu anda pernah melihatnya di iklani televisyen, papan


tanda, surat khabar dan berbagai-bagai lagi.

Antara pengiklanan yang boleh anda lakukan adalah seperti berikut :

Flyers
Surat khabar
Majalah
Risalah
Kad perniagaan
Kepala surat (Letter head)
Resit
Poster
Kain rentang
Pakaian
Televisyen (kalau mampu)
Papan tanda iklan
Kotak pembungkusan
Pelekat kenderaan (Sticker).
Papan tanda perniagaan
dan banyak lagi.

Semua jenis pengiklanan tersebut mampu memberikan impak kepada


prospek yang menemui iklan anda. Sudah tentu prospek anda akan tertanya-
tanya dan mahu mengetahui dengan lebih lanjut tentang apa yang ditawarkan
oleh anda. Sebagai contoh, lihat contoh iklan flyers dibawah.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 80

“Anda mahu memulakan BISNES?


“Anda mempunyai PRODUK yang hebat?
Tetapi, anda sering BUNTU memikirkannya….
Anda mahu memulakan bisnes, tetapi tidak tahu memulakannya?
Anda mempunyai produk, tetapi tidak tahu memasarkannya?
Anda mahu mengembangkan perniagaan, tetapi tidak tahu caranya?
Bisnes anda maju, tetapi masih belum memberikan pulangan
lumayan?
Jangan bimbang! Kini anda juga boleh memulakan
perniagaan “HANYA DARI RUMAH”. Dapatkan RAHSIANYA!!.
Layari www.ideaPERNIAGAAN.com. Hadiah PERCUMA! menanti anda dan
rebut ganjaran WANG TUNAI! dari kami. Cepat! selagi tawaran masih ada!.

Setelah anda membaca iklan flyers diatas, apa yang anda rasa? Ada sesuatu
yang mendorong anda untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut. Mengapa?
Begini sebenarnya. Di awal iklan tersebut, telah disasarkan kepada prospek
yang mahu memulakan perniagaan.

Oleh itu, prospek tersebut sudah tentu akan tertarik dan terus membacanya.
Apa yang membuatkan prospek terdorong dan teruja untuk melayari laman
web tersebut? Ada 3 perkara yang menjadi penyebab utama, iaitu :

1. Ingin tahu RAHSIA memulakan perniagaan.


2. Mendapatkan hadiah PERCUMA!
3. Merebut ganjaran WANG TUNAI!

Tiga faktor inilah yang membawa prospek untuk mengunjungi laman web
anda. Setiap iklan yang anda edarkan mestilah mempunyai ciri-ciri yang unik
dan mampu mendorong prospek. Ini merupakan strategi pemasaran yang
paling hebat dan berkesan!.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 81

Anda juga digalakkan untuk mempamerkan logo disetiap iklan yang anda
siarkan. Impak yang diberikan oleh logo perniagaan anda memberikan
gambaran kepada pelanggan bahawa anda menjalankan perniagaan dengan
profesional. Malah, logo lebih mudah diingati kerana mempunyai bentuk dan
warna yang menarik, contohnya logo saya! ☺

Sesebuah logo perniagaan itu tidak perlu direka dengan bentuk yang
pelbagai, cukuplah sekadar logo yang ringkas, simbolik, warna yang terhad
dan grafik yang menarik.

2. Pengiklanan Online
Pengiklanan online mampu memberikan kesan yang hebat dalam perniagaan
internet jika anda anda tahu menggunakannya!

Tidak ada gunanya jika anda membina laman web yang cantik dan menarik
tetapi tidak ada sesiapa pun yang mengunjungi laman web anda atas sebab
tiada promosi yang kurang meluas di internet. Terdapat berjuta-juta laman
web yang ada dan adalah mustahil pelanggan boleh menemui laman web
anda tanpa melakukan pengiklanan online.

Apabila anda mengiklan secara online, ianya dilakukan secara automatik


selama 24 jam dan 7 hari seminggu. Malah pengiklanan ini tidak hanya
terhad di Malaysia sahaja, ia turut menjangkau sehingga ke seluruh dunia.
Kosnya juga amat murah berbanding pengiklanan offline. Secara tidak
langsung, perniagaan anda adalah perniagaan antarabangsa!

Bagaimana caranya untuk mengiklan secara online? Di dunia internet,


terdapat berbagai-bagai jenis laman web yang menawarkan perkhidmatan
pengiklanan. Ia boleh dibahagikan dengan dua kategori iaitu iklan percuma
dan iklan berbayar.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 82

Bagi anda yang baru menceburi bidang perniagaan internet ini, langkah
terbaik yang boleh anda lakukan ialah dengan mengiklankan di ruangan iklan
percuma. Anda boleh mulakan langkah ini satu demi satu dan kemudian
mengiklankan pula di ruangan iklan berbayar. Berikut adalah beberapa jenis
pengiklanan online yang terkenal.

eBay.com.my dan Lelong.com.my


Tentu anda pernah mengunjungi laman web ini. Jika tidak pun, tentu anda
pernah mendengar laman web ini. Ini merupakan sebuah laman melelong
pelbagai jenis barangan mengikut kategori produk.

Setiap pengunjung yang berminat dengan produk yang dilelong perlu


mendaftar terlebih dahulu sebelum boleh membida. Malah sesetengah
produk yang telah habis tempoh melelong dijual melebih dari harga
pasaran sebenar!

Anda boleh mengiklankan di dalam laman eBay.com.my dan


Lelong.com.my. Tiada bayaran pendaftaran dikenakan. Hanya caj-caj
tertentu yang peratusnya amat rendah akan dikenakan apabila produk
tersebut dapat dijual.

Kedua-dua laman web ini menyediakan ruangan maklumbalas kepada


pelanggan yang membeli produk . Sekaligus anda boleh menjadikannya
sebagai testimoni kepada pelanggan yang lain. Untuk maklumat lanjut,
anda boleh kunjungi laman ini di www.ebay.com.my dan
www.lelong.com.my.

Enjin Carian
Enjin carian merupakan cara pengiklanan yang paling popular digunakan
oleh semua usahawan internet. Tiada kos dikenakan apabila anda

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 83

mengiklan alamat web anda di dalam enjin carian. Anda hanya perlu
mendaftar dan klik diruangan “Add site” untuk mengiklan laman anda.

Namun ianya bergantung kepada kandungan dan populariti laman web


anda. Semakin popular laman web anda, maka semakin tinggi kedudukan
anda di dalam enjian carian. Tetapi ia bukannya mudah. Ada beberapa
syarat yang perlu diikuti.

Pertama, laman web anda mestilah mempunyai kepadatan kata-kunci


yang berkaitan sama ada di laman web atau juga di ruangan Tag META.

Apa dia Tag META yang saya maksudkan sebenarya? Tag META adalah
terdiri dari kod-kod HTML dan merupakan salah satu dari ciri-ciri yang
penting supaya enjin carian dapat mengindeks laman web anda untuk
disenaraikan di kedudukan teratas. Lihat Tag META yang saya
maksudkan di bawah. Anda boleh dapatinya jika menggunakan perisian
Ms Front Page di ruangan HTML.

Tag Title
Tag Title ialah tag yang merupakan tajuk laman web anda. Ianya
dipaparkan di dalam enjin carian sebagai link (berwarna biru) seperti yang
anda pernah lihat semasa menggunakan enjin carian Yahoo! contohnya.

Gunakan tajuk yang mengandungi kata kunci yang sesuai dengan produk
anda. Kata kunci anda mestilah khusus iaitu jika anda menjual buku, buku
apakah yang anda jual? Jika buku berkaitan komputer, kata kunci anda
mestilah mengandungi perkataan komputer. Lihat contoh Tag Title bagi
laman web ideaPERNIAGAAN.com.

<TITLE>Jutawan, Formula Rahsia Buat Wang Besar Secara Online,


Tambah Pendapatan dan Mulakan Perniagaan</TITLE>

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 84

Tag META Keywords


Tag ini mengandungi kata kunci yang pendek dan ringkas. Ianya
bergantung kepada produk yang anda jual. Mudah cerita, masukkan kata
kunci yang sering dicari oleh pelayar internet dan bersesuaian dengan
produk anda. Contohnya adalah seperti :

<META
content= "jutawan, kaya, duit, wang, formula, bisnes, perniagaan, ringgit,
pendapatan, bisnes internet, usahawan, berniaga, jualan, produk, e-book."
name=Keywords>

Tag META Description


Tag ini pula mengandungi keterangan mengenai laman web dan produk
yang anda pasarkan. Jadi, tag ini juga amat penting kerana ianya akan
dipaparkan oleh enjin carian dibawah tajuk berwarna biru (link).
Contohnya seperti :

<META
content= "Idea perniagaan hebat menjana pendapatan lumayan.
Dapatkan e-book anda sekarang." name=Description>

Ketika anda menulis kata-kata yang mampu menjual produk anda di


dalam laman web, penuhkan dengan kata kunci yang berkaitan. Lagi
banyak kata kunci, lagi banyak peluang untuk disenaraikan di kedudukan
teratas dalam enjin carian.

Kedua, sentiasa mengemaskini kandungan laman web anda dengan


informasi terkini dan yang terakhir ialah bertukar-tukar link dengan laman
web lain yang berkaitan dengan jenis perniagaan anda.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 85

Antara enjin carian yang boleh anda gunakan untuk mengiklankan alamat
laman web anda supaya tersenarai di dalam ruangan carian adalah
seperti berikut :

Yahoo.com
Google.com
AltaVista.com
Lycos.com
MSN.com
Cari.com.my
Dan banyak lagi..

Laman web anda mestilah berada di kedudukan yang tertinggi iaitu 20


senarai teratas di dalam enjin carian. Mengapa 20 senarai teratas?
Apabila seseorang pelayar laman web mencari sesuatu maklumat di
internet, enjin carian akan memaparkan sehingga beratus-ratus senarai.

Senarai link atau web pada muka surat pertama halaman mengandungi
20 senarai. Peratus pelayar internet untuk mengklik link pada halaman
pertama adalah tinggi berbanding halaman kedua, ketiga dan seterusnya.

Iklan Banner
Anda mengunjungi sebuah laman web. Di dalam laman web itu kelihatan
pelbagai iklan banner yang hampir kesemuanya beranimasi. Ianya
menarik dan mempunyai pelbagai saiz. Ada yang kecil, sederhana dan
besar.

Di dalam fikiran anda, iklan banner apakah yang pertama akan dicapai
oleh pelanggan? Sudah tentu iklan banner yang besar dan terletak di
ruangan atas atau tengah.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 86

Iklan banner sebegini mengenakan caj bayaran mingguan, bulanan dan


tahunan bergantung kepada pemilik laman web tersebut. Bayaran yang
dikenakan juga berpatutan dan murah. Pemilik laman biasanya telah
menetapkan harga mengikut saiz-saiz tertentu selain dari tempoh masa
yang dikehendaki pelanggan.

Bagaimana cara yang betul untuk mengiklan menggunakan banner?


Adakah perlu membina banner yang beranimasi dan teks yang terbang
melayang di ruang web?

Jawapannya adalah tidak semestinya begitu. Saya lebih suka jika banner
tersebut dapat menyampaikan info terus kepada pengguna. Anda boleh
mengambil contoh flyers yang saya berikan untuk membuat banner
sebelum ini. Hanya perlu tambahkan sedikit grafik dan warna yang
menarik, itu sudah memadai.

Iklan Teks
Kos iklan teks ini lebih murah berbanding iklan banner. Malah, ada laman
yang menawarkan iklan teks secara percuma. Anda boleh mengambil
peluang kedua-duanya sekali.

Perlu anda tahu, di dunia perniagaan internet, enjin carian lebih


mengutamakan teks berbanding gambar. Ini kerana teks dapat dikesan
dengan mudah berbanding gambar yang boleh jadi memiliki nama fail
yang berlainan. Namun begitu, jika gambar itu menarik, sudah tentu
pelayar internet dengan mudah mengklik gambar tersebut

Forum
Anda boleh juga mengiklankan di dalam ruangan forum yang ada di
laman-laman forum. Tetapi anda tidak boleh mengiklankannya secara

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 87

melulu. Jika anda berbuat begitu, berhati-hatilah, anda mungkin akan di


marahi oleh moderator forum.

Meletakkan iklan dengan secara membuta tuli di ruangan forum yang


tidak berkaitan boleh menyebabkan laman web anda di senarai hitamkan
atau tidak dibenarkan lagi memasuki forum tersebut. Jadi, cara
pengiklanan bagaimanakah yang boleh dilakukan?

Soalan yang amat baik sekali. Di dalam forum, telah sedia ada kategori-
kategori yang khusus. Anda masuk ke kategori yang berkaitan dengan
produk anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan memberikan
informasi-informasi terkini berkaitan dengan bidang perniagaan anda.

Jika anda menceburi bidang perniagaan membina laman web, maka anda
boleh memberikan tips-tips membina laman web yang baik, cara
menggunakan html dan sebagainya.

Setelah itu, diakhir perbicangan anda, letakkan logo atau slogan dan
alamat laman web anda. Ia dikenali sebagai tanda tangan (signature).
Pengunjung yang membaca ruangan tersebut akan menganggap anda
seorang yang pakar dalam bidang tersebut. Ia mampu menarik minat
untuk mengenali anda dengan dekat. Oleh itu, dengan adanya alamat
laman web anda tadi, ia memberikan kemudahan kepada pengunjung
untuk mengujungi laman web anda kelak.

Email
Saya pasti, anda tentu pernah menerima bepuluh-puluh email iklan sama
ada iklan dari dalam atau luar negara. Malah apabila ia semakin kerap,
ianya membuatkan anda berasa bosan dan benci dengan email yang
tidak diundang.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 88

Email-email yang tidak diundang ini di namakan spam. Spam di internet


dianggap sebagai penganggu. Tindakan undang-undang boleh di ambil
apabila ianya keterlaluan dan menyusahkan pemilik email. Ini bermakna
anda tidak boleh menghantar iklan melalui email tanpa kebenaran.

Bagaimana kaedah yang sesuai untuk mendapat kebenaran dari


penerima email? Kaedah paling sesuai ialah dengan meletakkan borang
kosong yang mengandungi nama dan email di dalam laman web anda.
Contohnya adalah seperti ini :

Dapatkan eBook “8 Rahsia Jutawan Malaysia” secara PERCUMA!


Sila isikan borang dibawah, supaya kami boleh menghantarnya
dengan segera!

Nama :

Email :

Hantar

Kami hargai privasi anda. Segala maklumat anda adalah dirahsiakan!.

Apabila pengunjung mengisi maklumat yang diperlukan, secara


automatiknya pengunjung tersebut membenarkan anda memberikan email
yang diminta kepadanya.

Anda boleh menggunakan program autorespoder untuk perkhidmatan ini.


Tiada bayaran yang dikenakan. Anda hanya perlu menyalin kod HTML
dan tampalkan ke dalam laman web anda. Sungguh mudah! Antara
aotoresponder yang popular adalah seperti :

www.autoresponder.com
www.aweber.com
www.getresponse.com

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 89

Sebaik sahaja pengunjung mengklik butang “Hantar”, secara


automatiknya, autoresponder akan menghantar eBook yang diminta ke
email pengunjung tersebut. Sistem autoresponder juga menghantar
maklumat nama dan email pengunjung kepada anda.

Selain pengunjung tersebut menerima eBook yang diminta, anda boleh


meletakkan nota kaki atau tanda tangan yang mengandungi maklumat
ringkas mengenai produk dan alamat web anda di akhir email. Anda juga
digalakkan menghantar info-info semasa berkaitan bidang perniagaan
anda sekurang-kurangnya 7 kali. Sebaik-baiknya biarlah berterusan
seperti seminggu sekali atau sebulan sekali.

Iklan Backend
Iklan backend ialah iklan susulan. Ianya kaedah dimana penjual
menawarkan sesuatu kepada pelanggan selepas pembelian yang
pertama iaitu semasa pelanggan masih memegang wang tunai atau kad
kredit.

Cuba anda lihat restoran makanan segera seperti KFC. Sewaktu anda
selesai memberitahu menu makanan yang anda mahukan, pekerjanya
memberikan senyuman kepada anda dan bertanyakan soalan seperti ini,
“Itu sahaja encik? Encik mahu tambah kentang goreng?” (contoh). Lalu,
tanpa berfikir anda pun bersetuju kerana tertawan dengan senyuman
yang diberikan. Tambahan pula kentang goreng tersebut hanya beberapa
ringgit sahaja! Cuba anda bayangkan jika 100 pelanggan yang datang
dalam sehari ditanyakan soalan seperti itu dan kesemuanya bersetuju
membeli kentang goreng tersebut. Agak-agak anda, berapakah jumlah
jualan yang dapat dilakukan dalam sebulan? ☺

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 90

Ini merupakan strategi yang paling baik dan amat berkesan sekali Anda
juga boleh melakukannya di dalam perniagaan internet seperti
menawarkan 2 pakej produk yang berlainan kepada pelanggan dengan
harga yang istimewa. Pakej pertama ialah produk yang mahu dibeli
pelanggan dan pakej kedua ialah disertakan dengan produk sampingan
yang hebat dan sesuai dengan produk pertama!

Anda juga boleh menghantar email terima kasih dan penghargaan kepada
pelanggan setelah pembelian dilakukan. Disamping itu, anda boleh
menawarkan produk terbaru kepada pelanggan tersebut dengan harga
diskaun kepada pelanggan tersebut.

Cara ini dapat meningkatkan jualan anda sekurang-kurangnya dua kali


ganda daripada jualan biasa. Jadi, gunakanlah strategi ini sebaik yang
mungkin.

Blog
Pada waktu mula-mula blog diperkenalkan, ramai yang membina blog
sebagai tempat perbincangan, cacatan peribadi, berkongsi pendapat dan
sebagainya. Ianya mudah dikendalikan berbanding laman web.
Perkembangan dunia perniagaan internet membolehkan perkongsian
idea, pendapat dan komen secara terus dengan pelanggan anda.

Ia bertindak seperti forum tetapi lebih ringkas dan mudah. Ianya disusun
mengikut post terkini. Pelanggan juga boleh memberikan komen
mengenai setiap post yang anda hantar dan boleh dibaca oleh semua
pengunjung laman.

Ruangan blog ini mampu menarik perhatian pelawat yang sama sekiranya
anda sentiasa mengemaskini ruangan tersebut dan mempunyai informasi

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 91

dan tips-tips yang segar serta berguna kepada pelawat. Anda boleh
membina blog di laman-laman berikut :

www.blogstreet.com
www.blogwise.com
www.blogdex.net
www.wordpress.com

eZine atau eBook Percuma


eZine atau eBook yang diberikan secara percuma ini biasanya merupakan
artikel ringkas mengenai sesuatu informasi yang berkaitan dengan
perniagaan anda. Saya telah pun memberikan contoh sebelum ini cara
bagaimana pengunjung menerima eZine atau eBook melalui
autoresponder.

Artikel yang ditulis tidaklah terlalu panjang, ia hanya sekitar 3 hingga 10


muka surat sahaja. Kandungan artikel tersebut mempunyai isi yang
menarik, tips-tips yang ringkas dan mudah serta kisah kejayaan
usahawan internet dan testimoni di dalam bidang perniagaan.

Kebiasaanya format eZine atau eBook ini dalam format .pdf atau.doc.
Ianya boleh diedarkan secara percuma kepada sesiapa dengan syarat
tidak boleh menukar apa jua isi kandungan tersebut. Ianya mestilah yang
asal.

Diakhir eZine atau eBook itu diletakkan iklan yang mengajak pembaca
mengunjungi laman web anda. Anda juga boleh meletakkan borang
tempahan untuk pembelian produk yang anda jual.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 92

Program Affiliate
Program affiliate merupakan satu program yang ditawarkan kepada
pengunjung laman web yang ingin menjadi ejen jualan bagi produk yang
ditawarkan. Ianya hampir sama dengan ejen jualan biasa, cuma ia
dijalankan secara separuh masa dan online.

Komisyen yang diberikan kepada ejen jualan adalah tinggi. Kebiasaannya


40% hingga 60% daripada harga jualan. Tiada bayaran pendaftaran
dikenakan kepada ejen. Namun begitu anda dikenakan kos untuk
pembelian dan pemasangan program affiliate ini iaitu antara Rm100.00 -
Rm200.00 (yang paling murah di Malaysia). ☺

Program affiliate mempunyai sistem yang dapat mengesan jumlah jualan


yang dilakukan oleh ejen jualan. Ia iuga dapat mengesan daripada ejen
manakah prospek atau pelanggan membeli produk tersebut. Selain
daripada itu, ia dapat mengesan jumlah klik daripada pelayar internet.

Apabila seseorang pelanggan telah mendaftar untuk menjadi ejen, beliau


akan diberikan satu link yang perlu ditampal ke dalam laman webnya atau
diiklankan link tersebut. Link yang diberikan mungkin berbentuk banner,
teks atau link biasa yang boleh didapati dari sistem affiliate.

Ejen boleh mengenalpasti berapakah jumlah produk yang dapat dijual dan
komisyen yang bakal diperolehi melalui sistem affiliate yang disediakan
kepada ejen jualan untuk menyemak jualan mereka.

Anda boleh mendapat maklumat lanjut mengenai program affiliate ini di


www.myaffiliateprogram.com dan www.linkshare.com. Untuk berjaya di
dalam program affiliate ini, anda perlu dengan menarik seberapa ramai
yang mungkin untuk menyertai program affiliate anda dan utamakan

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 93

kepentingan pelanggan seperti komisyen, kemudahan laman web


percuma dan pembayaran yang cekap dan cepat.

Anda sudah jelas dan terbayang iklan apa yang sesuai untuk anda lakukan.
Pelbagai idea-idea pengiklanan yang unik dan menarik mungkin anda mahu
buat. Pastikan kos pengiklanan anda tidak menjejaskan keuntungan anda. Tidak
ada gunanya juga jika anda membuat iklan terlalu banyak sehingga berbelanja
beribu-ribu tetapi produk yang dijual tidak mendapat sambutan.

Seelok-eloknya mulakan pengiklanan dengan modal yang sedikit iaitu termasuk


dalam kos memulakan perniagaan internet (kurang dari Rm1,000). Setelah
produk anda mendapat hasilnya, laburkan sebahagian keuntungan tersebut
untuk mengiklan dengan lebih meluas. Ini lebih baik dan mengurangkan risiko
kerugian.

Cuba anda lihat syarikat-syarikat perniagaan internet dunia yang gagal bertahan
dan akhirnya menutup operasi. Semuanya kerana kesilapan dalam melaburkan
terlalu banyak wang tanpa perancangan yang betul.

Anda juga disarankan agar jangan meminjam dengan mana-mana pihak.


Cukuplah dengan memulakan perniagaan kecil dari wang simpanan anda. Ini
lebih membuatkan anda berhati-hati semasa menjalankan perniagaan
berbanding anda memperoleh wang pinjaman yang besar sehingga anda
menjadi rambang mata.

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 94

BAHAGIAN #3
Formula Rahsia

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA Buat WANG BESAR Secara Online # 95

Topik 1 : 19 Bisnes Terhangat di Pasaran

T
entu anda menantikan topik ini. Melihat tajuknya sahaja, anda dapat
membayangkan 19 bisnes yang mampu mengaut keuntungan besar
buat anda. Memang benar!. 19 bisnes terhangat di pasaran ini
merupakan bisnes yang mendapat permintaan yang paling tinggi sekali di dalam
perniagaan internet.

Untuk tidak menghampakan anda, dibawah ini saya telah senaraikan 19 bisnes
yang terhangat di pasaran. 19 bisnes ini telah terbukti keberkesanannya di dalam
perniagaan internet. Sama ada perniagaan online tersebut berbentuk kedai atau
pasaraya seperti www.amazon.com atau pun perniagaan mini yang menjual satu
produk dalam satu masa seperti www.dapatwang.com.

19 produk terhangat di pasaran yang saya maksudkan itu ialah :

1. Buku 15. Elektronik


2. Kad ucapan 16. Alat permainan
3. Kesihatan 17. Pengiklanan kecil
4. Permotoran 18. Pembelajaran / Pendidikan
5. Pakaian 19. Khidmat nasihat / juru
6. Pelancongan runding
7. Makanan
8. Muzik
9. Hartanah
10. Barangan kemas
11. Komputer
12. Cakera padat
13. Sukan
14. Barangan isi rumah

Hakcipta Terpelihara © 2006 • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA buat WANG BESAR secara Online # 96

19 bisnes yang disebutkan tadi merupakan produk berbentuk umum. Skopnya


amat luas tetapi masih lagi membawa keuntungan jika produk anda tidak
terkeluar dari senarai 19 jenis bisnes tersebut.

Saya tekankan disini kepada anda. Ambil salah satu daripada 19 senarai bisnes
yang saya berikan di atas. Jenis bisnes yang anda ambil mestilah anda
mempunyai kepakaran terhadapnya. Jangan pula anda ambil bisnes
pelancongan tetapi anda tidak tahu apa-apa tentang pelancongan.

Saya akan membantu anda mengembangkan produk umum tersebut.


Sebenarnya saya pernah tunjukkannya kepada anda di Langkah 2 : Produk &
Perkhidmatan, cara bagaimana mengembangkan jenis bisnes ini. Disini saya
mengambil contoh peralatan komputer. Berikut adalah senarai produk khusus
yang saya berikan kepada anda! Malah selepas ini anda boleh terus
menggunakan produk ini.

1. Set komputer yang lengkap.


Anda boleh menjadi ejen jualan set komputer yang lengkap dan canggih di
internet. Caranya dengan menjadi orang tengah atau pihak ketiga. Sesiapa
yang mahu membeli set komputer, boleh membelinya kepada anda.

Anda tidak perlu menyimpan stok. Anda adalah pihak ketiga, jadi segala
pemasangan set komputer di lakukan oleh pihak kedua iaitu pemilik kedai
komputer (panel anda). Setelah siap, anda hanya perlu menghantar kepada
pembeli sahaja!

2. Perisian komputer
Anda juga boleh menjual perisian komputer dengan syarat anda mempunyai
lesen untuk menjual perisian tersebut. Lesen boleh diperolehi dari pemilik

Hakcipta © 2006 ideaPERNIAGAAN.com • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA buat WANG BESAR secara Online # 97

asal atau pengeluar lesen perisian sebagai tanda syarikat perisian


memberikan kebenaran untuk anda menjualnya secara online.

3. Perkakasan komputer (RAM, monitor, keyboard, mouse, pen drive dan


sebagainya.
Anda tentu memiliki perkakasan komputer yang lama tetapi masih boleh
digunakan lagi. Apa kata anda menjualnya di eBay.com.my atau
Lelong.com.my! Tawarkan dengan harga permulaan Rm10.00. Apabila
pembida membida barangan tersebut, harga akan meningkat sedikit demi
sedikit. Tidak mustahil harga terakhir yang anda perolehi melebihi harga
semasa barangan tersebut!

4. Baikpulih komputer.
Jika anda mempuyai kepakaran membaiki komputer, tawarkan perkhidmatan
anda dengan mengiklankan di dalam laman web. Nyatakan apa kepakaran
anda beserta sebut harga seperti memformat cakera keras, memasang
windows baru, membaiki kerosakan papan litar dan sebagainya.

5. Kelas komputer online.


Anda mungkin pakar dalam sesetengah perisian. Contohnya anda pakar
dalam perisian multimedia, animasi dan grafik. Anda boleh iklankan kelas
online di laman web anda dengan tawaran harga dan pakej yang berpatutan.
Setiap hari anda hanya perlu menghantar satu topik atau tutorial beserta klip
video kepada pelajar anda. Semuanya boleh dilakukan hanya dari rumah!

6. Buku perisian.
Jika tadi anda menjadi guru kelas online kepada pelanggan anda. Apa kata
tutorial yang anda hantar itu, anda jilid dan bukukan. Kemudian, iklankan di
laman web perniagaan anda. Juallah dengan harga yang berpatutan sesuai
dengan kepakaran dan usaha anda membukukannya!

Hakcipta © 2006 ideaPERNIAGAAN.com • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA buat WANG BESAR secara Online # 98

Itulah tadi 6 produk khusus yang boleh saya nyatakan kepada anda. Anda boleh
menambahnya sebanyak yang mungkin. Saya syorkan kepada anda supaya
menyenaraikan 20 jenis perniagaan yang anda mahukan bagi setiap 19 bidang
perniagaan terhangat di pasaran!

Pilih yang benar-benar anda mahir dan pakar. InsyaAllah, bisnes anda akan
maju dan memberikan pulangan yang tinggi melebihi jangkaan anda!

Hakcipta © 2006 ideaPERNIAGAAN.com • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA buat WANG BESAR secara Online # 99

Topik 2 : Rahsia Mahir Dalam Bisnes

M
emulakan perniagaan internet bukanlah sesuatu perkara yang boleh
dianggap mudah. Ianya memerlukan usaha yang gigih dan
berterusan serta tidak mudah mengalah. Untuk berjaya, anda mesti
berusaha dengan bersungguh-sungguh dan lakukan yang terbaik untuk diri
anda.

Tidak mungkin anda boleh menjadi kaya hanya dalam sekelip mata apabila
menjalankan perniagaan internet. Jangan mudah terpengaruh dengan kisah
kekayaan yang dicapai dalam masa sehari dan tidak diyakini kesahihannya.

Irfan Khairi yang merupakan jutawan internet di Malaysia sendiri pun mengambil
masa hampir 3 tahun untuk mendapat pendapatan bersih sebanyak
Rm1,000,000.00 (bagi satu jenis perniagaan yang dijalankannya). Anda boleh
mendapat pendapatan sebanyak itu dalam masa yang singkat jika produk anda
mendapat permintaan yang tinggi, produk anda tiada saingan, harga yang tinggi,
produk yang berkualiti, perkhidmatan yang terbaik dan sebagainya!

Tetapi, mampukah anda untuk melakukan segala-galanya sempurna (perfect)?


Bagi diri anda yang masih baru terlibat di dalam dunia perniagaan internet ini
diumpamakan seperti bayi. Perlu meniarap dahulu kemudian merangkak.
Setelah mahir merangkak, bertatih pula. Dari bertatih, kemudian berjalan dan
akhirnya sudah boleh berlari dengan laju!

Menjalankan perniagaan internet bukan hanya semata-mata mahu mendapatkan


keuntungan yang besar tetapi ia disertai dengan tanggungjawab, usaha, minat
dan yakin pada diri sendiri.

Hakcipta © 2006 ideaPERNIAGAAN.com • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA buat WANG BESAR secara Online # 100

Disini saya berikan kepada anda beberapa tips untuk anda mengendalikan
perniagaan internet dengan baik dan sempurna. Cara ini adalah lebih selamat
daripada anda melakukan perniagaan dengan tergopoh gapah!

1. Pilih produk yang mendapat permintaan yang tinggi.


Diawal eBook ini telah saya bincangkan bagaimana anda boleh mencari
produk yang mendapat permintaan paling tinggi. Pilihlah bidang produk
yang anda yakin boleh memasarkannya.

2. Baca semua maklumat mengenai produk yang anda pilih.


Sebelum memulakan perniagaan internet, pastikan anda mencari seberapa
banyak maklumat berkaitan produk yang anda pilih. Mengenalpasti ciri-ciri,
kualiti dan kemampuan produk tersebut sama ada mampu menarik
perhatian pelanggan atau tidak.

3. Tambahkan pengetahuan mengenai produk dan perniaagaan internet.


Banyakkan membaca buku-buku, menghadiri seminar usahawan,
perniagaan, kursus-kursus yang berkaitan dengan bidang perniagaan anda.
Tetapi janganlah terlalu membazirkan wang. Anda boleh menghadiri kursus
ini sedikit demi sedikit sebelum dan semasa anda sedang menjalankan
perniagaan internet.

4. Tambahkan pengetahuan mengenai pengurusan kewangan.


Walaupun anda memulakan perniagaan ini secara kecil-kecilan, jangan
anda abaikan pengurusan kewangan perniagaan anda. Cara ini dapat
mengenalpasti prestasi perniagaan anda dan merancang sesuatu dengan
lebih baik dan memperbaiki kelemahan yang ada.

5. Mulakan perniagaan secara sambilan.


Adalah lebih baik jika anda memulakan perniagaan internet ini secara
sambilan. Jangan sesekali anda berhenti bekerja. Bukankah lebih baik anda

Hakcipta © 2006 ideaPERNIAGAAN.com • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA buat WANG BESAR secara Online # 101

mempunyai dua pendapatan sekaligus daripada satu pendapatan sahaja?


Anda mempunyai masa 24 jam sehari Anda bekerja makan gaji cuma 8 jam
sehari. Tidak ada salahnya jika anda mengambil lagi 2 - 3 jam untuk
menjalankan perniagaan internet!

6. Beli alat-alat yang perlu sahaja.


Anda tidak memerlukan terlalu banyak peralatan untuk memulakan
perniagaan internet. Apa yang anda perlukan ialah set komputer, talian
intenet dan produk. Cukup mudah untuk memulakannya. Malah anda boleh
memulakan segala-galanya dari bilik tidur anda!

7. Gigih berusaha dan tidak mudah putus asa sehingga berjaya.


Kekayaan tidak akan datang bergolek dan kejayaan tidak akan datang
melayang. Segala apa yang anda inginkan perlulah disertai dengan usaha
yang gigih. Berusahalah bersungguh-sungguh dalam mencapai matlamat
yang diinginkan sehingga ianya tercapai. Jangan sesekali berputus asa.
Seperti Albert Einsten, dia mencuba beribu-ribu kali bagi menghasilkan
mentol yang kita gunakan pada hari ini.

8. Pastikan anda tidak menghadapi masalah bekalan.


Seboleh-bolehnya, anda tidak mempunyai masalah bekalan bagi produk
yang anda jual. Ini bagi mengelakkan pelanggan tidak merungut dengan
perkhidmatan yang diberikan. Adalah lebih baik anda menjual produk yang
tidak memerlukan ruang besar untuk menyimpan stok yang banyak. Ingat,
anda menjalankan perniagaan secara sambilan dan bukannya sepenuh
masa!

9. Jangan berikan produk yang tidak bermutu.


Produk yang kurang bermutu dan berkualiti pastinya sukar menepati cita
rasa pelanggan. Sekaligus perniagaan anda juga merosot walaupun

Hakcipta © 2006 ideaPERNIAGAAN.com • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA buat WANG BESAR secara Online # 102

permintaan terhadap produk anda adalah tinggi. Jika anda membina produk
sendiri, dapatkan testimoni dari rakan-rakan sebelum memasarkannya!

10. Iklankan perniagaan anda dengan berkesan.


Bagi meningkatkan jualan, anda disarankan membuat banyak iklan bagi
produk anda. Iklankan produk anda di tempat-tempat yang menjadi
tumpuan ramai. Iklankan juga kepada golongan sasaran. Juga boleh
mempromosikan secara individu kepada individu yang lain (bersua muka).
Tetapi janganlah sampai tidak menghormati keadaan dan masa pelanggan!

11. Gunakan ayat-ayat yang hebat.


Anda boleh menggunakan ayat-ayat dan perkataan-perkataan yang hebat
seperti PERCUMA!, RAHSIA!, dan sebagainya. Jangan sesekali anda
menggunakan perkataan yang susah dan sukar seperti ayat-ayat bombastik
dan futuristik.

12. Hantar pesanan tepat pada masanya.


Jangan memandang remeh soal penghantaran produk. Sebaiknya selepas
anda menerima pesanan dan telah mengesahkan pembayaran, terus
sahaja menghantar produk yang dipesan kepada pelanggan. Jika tidak,
pelanggan akan ternanti-nanti produk yang mereka pesan. Jangan sampai
mereka kata anda cuba untuk menipu mereka!

13. Gunakan percetakan yang bermutu (bagi eBook, perisian).


Jika anda menjual produk seperti eBook, buku, perisian dan sebagainya
yang melibatkan percetakkan, gunakanlah alat percetakkan yang bermutu.
Jagalah kualiti produk yang anda hasilkan. Sebagaimana di kilang,
pengeluaran barangan dijaga oleh Quality Control (QC), anda juga
sepatutnya boleh!

Hakcipta © 2006 ideaPERNIAGAAN.com • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA buat WANG BESAR secara Online # 103

14. Beri hadiah tidak dijangka.


Berikan hadiah yang tidak dijangka oleh pelanggan. Tidak semestinya anda
perlu memberikan hadiah yang mahal. Cukuplah dengan memberikan
hadiah yang ringkas dan murah kerana cara ini membuatkan mereka lebih
menghargai dan mempercayai anda.

15. Tawarkan produk kedua selepas pembelian pertama (backend).


Anda patut melakukan cara ini. Menawarkan produk sampingan kepada
pelanggan mempu meningkatkan jualan anda sehinga dua kali ganda.
Malah ia juga dianggap perkhidmatan yang wajib diberikan selepas
pembelian produk pertama.

16. Segera membalas email pelanggan.


Jangan melengah-lengahkan masa untuk membalas email pelanggan.
Seperti mana anda, pelanggan juga mahu sesuatu maklumat itu diberikan
dengan cepat. pelanggan tentu ternanti-nanti balasan email dari anda untuk
mendapatkan jawapan yang diharapkan. Sebaiknya, balaslah email dalam
masa 24 jam.

17. Maklumkan jika terdapat masalah bekalan.


Jika stok anda habis, segera maklumkan kepada pelanggan anda melalui
email ataupun telefon. Anda disarankan supaya menggunakan telefon
kerana ia lebih cepat dan boleh berinteraksi secara terus dengan pelanggan
dalam menerangkan hal yang sebenarnya bagi mengelak rasa tidak puas
hati pelanggan.

18. Rekod perniagaan anda.


Catatkan segala rekod perbelanjaan dan pendapatan yang anda lakukan.
Sekurang-kurangnya sediakan Penyata Aliran Tunai. Ia mampu
memberikan gambaran sebenar kedudukan semasa perniagaan anda. Juga
boleh dijadikan sebagai bukti kepada pendapatan bulanan anda kelak.

Hakcipta © 2006 ideaPERNIAGAAN.com • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA buat WANG BESAR secara Online # 104

19. Jangan sesekali menipu pelanggan.


Elakkan daripada menipu pelanggan di dalam perniagaan internet. Ini boleh
menyebabkan anda kehilangan pelanggan selama-lamanya dan tiada
kredibiliti. Malah tidak mustahil anda tidak akan berjaya membina
perniagaan internet di masa akan datang walaupun berpuluh-puluh kali
anda cuba. Sebaiknya, amalkan sikap yang positif dan menjaga
kepentingan pelanggan.

Hakcipta © 2006 ideaPERNIAGAAN.com • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA buat WANG BESAR secara Online # 105

Topik 3 : 7 Tips Tawan Hati Pelanggan

P
elanggan adalah raja. Tentu anda pernah mendengar istilah “Customer
is always right” yang bermaksud “Pelanggan adalah sentiasa benar” di
dalam bahasa Malaysia. Walaupun kadang-kadang istilah ini
adakalanya tidak sesuai kerana ada juga pelanggan yang bersikap kasar, tetapi
bagi memastikan perniagaan anda berjalan dengan baik, anda patut membiarkan
pelanggan menang.

Sungguhpun begitu, ada masih mempunyai hak di antara pelanggan. Contohnya


anda boleh menetapkan syarat-syarat jual beli. Cara ini membolehkan anda
mengambil tindakan sekiranya berlaku pelanggaran syarat yang telah ditetapkan.

Satu perkara yang patut anda tahu ialah “Pelanggan itu bukan pembeli tetapi
pembeli itu adalah pelanggan”. Maksudya setiap pelawat yang mengunjungi
laman web anda merupakan pelanggan anda tetapi belum tentu mereka membeli
produk anda. Manakala mereka yang membeli adalah pembeli dan juga
pelanggan.

Jadi, mana satukah jenis pelanggan yang paling penting untuk anda jaga dan
hargai dengan sebaiknya? Sudah tentulah kedua-duanya, tetapi yang paling
utama ialah pelanggan lama anda. Bukan senang untuk anda memperoleh
pelanggan yang baru. Adalah lebih mudah anda menawarkan produk yang baru
kepada pelanggan lama berbanding pelanggan baru.

Di bawah ini saya berikan anda rahsia bagaimana mahu menawan hati
pelanggan. Rahsia tersebut ialah :

a) Beri hadiah PERCUMA!


b) Bina hubungan dengan pelanggan.

Hakcipta © 2006 ideaPERNIAGAAN.com • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA buat WANG BESAR secara Online # 106

c) Ucapkan terima kasih.


d) Tambahkan kualiti produk & perkhidmatan.
e) Beri baucer atau kupon diskaun.
f) Mudahkan proses pembelian.
g) Beri hadiah tidak dijangka.

1. Beri hadiah PERCUMA!


Anda boleh berikan hadiah PERCUMA! kepada pengunjung laman web anda
seperti memberikan eBook atau eZine, sample produk, CD dan sebagainya
mengikut kemampuan anda.

2. Bina hubungan dengan pelanggan


Bagaimana membina hubungan dengan pelanggan? Ikutlah nasihat saya ini.
Sekarang anda mempunyai rekod pelanggan yang telah membeli produk
daripada anda. Anda boleh berikan tips-tips percuma, infomasi ringkas terkini
pada setiap minggu atau bulan.

Pelanggan anda tentu akan berasa bahawa anda mengingati dirinya dan
dihargai. Mereka juga berasa gembira kerana mendapat tips-tips yang dapat
membantu mereka dalam bidang yang diceburi.

3. Ucapkan terima kasih


Setiap kali pelanggan selesai membeli produk anda, jangan lupa
mengucapkan sedikit penghargaan dan terima kasih diatas pembelian produk
anda. Selain itu, kirimkan kad ucapan terima kasih bersama produk yang di
pesan kepada pelanggan.

4. Tambahkan kualiti produk atau perkhidmatan


Sesuatu produk yang yang dijual, pasti akan wujud produk yang baru dan
lebih hebat daripada produk lama. Jadi anda boleh menambahkan kualiti

Hakcipta © 2006 ideaPERNIAGAAN.com • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA buat WANG BESAR secara Online # 107

pada produk anda. Contoh jika anda menjual eBook, anda boleh
mengemaskini kandungan serta isinya.

Anda boleh menjualnya kepada pelanggan lama dengan harga istimewa dan
harga biasa kepada pelanggan baru.

Anda juga digalakkan meningkatkan mutu perkhidmatan. Jika sebelum ini


anda memberikan tips kepada pelanggan setiap bulan, apa kata anda berikan
tips setiap minggu.

5. Beri baucer atau kupon diskaun


Di dalam perniagaan internet. Baucer atau kupon diskaun ini seperti perkara
yang wajib diberikan kepada pelanggan. Jadi, anda juga patut memberikan
diskaun yang berpatutan kepada pelanggan. Jangan sampai anda kerugian
sudahlah!

6. Mudahkan proses pembelian


Proses pembelian yang rumit hanya akan menyusahkan pelanggan. Akhirnya
pelanggan berpotensi ini tidak jadi membelinya. Proses pembelian yang
paling mudah adalah dengan menggunakan kad kredit dan e-banking.
Gunakan kedua-dua kaedah pembayaran ini.

Anda juga wajib menerangkan langkah-langkah pembayaran yang dilakukan.


Walaupun pelanggan sedia maklum berkenaan prosesnya, tetapi dengan
penerangan yang anda berikan menambahkan keyakinan mereka untuk
membayar harga produk anda!

7. Beri hadiah tidak terjangka


Hadiah tidak terjangka adalah seperti produk yang dipesan dihantar bersama
hadiah-hadiah lain dan kemudian disertakan hadiah istimewa yang pelanggan
sendiri tidak tahu akan menerima hadiah tesebut.

Hakcipta © 2006 ideaPERNIAGAAN.com • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA buat WANG BESAR secara Online # 108

Contohnya adalah seperti produk yang anda jual ialah eBook + Software
percuma + Kupon diskaun. Anda boleh menambah 10 eBook percuma
ataupun anda berikan kursus pembelajaran online mengenai produk yang
anda jual secara percuma selama 10 hari. Semuanya bergantung kepada
kreativiti anda!

Saya telah mendedahkan rahsia bagaimana menawan hati pelanggan. Dengan 7


rahsia tadi, saya yakin anda akan dapat mengekalkan pelanggan dalam jangka
masa yang panjang.

Saya ingin menceriatakan satu kisah yang menarik berlaku kepada diri saya
sewaktu membeli kad prabayar di sebuah kedai milik peniaga Cina. Peniaga
Cina itu menyambut saya dengan senyuman dan bertanyakan kepada saya apa
yang saya mahukan.

Kemudian, setelah saya memperoleh kad prabayar tersebut, dia memberikan


saya sebatang pen. Saya terkejut lalu bertanya kepadanya, “dapat pen percuma
ke?”. Dia tersenyum dan menjawab “ya”.

Pada masa itu, hati saya berasa gembira dan seronok. Walaupun pen itu adalah
pen biasa tetapi seronok kerana dilayan dengan baik. Tidak seperti sesetengah
kedai yang menjual kad prabayar, ada caj sebanyak RM0.50 dikenakan
walaupun dengan membeli kad prabayar dan bukannya secara sms (Jangan
marah ya). ☺

Jadi, pilihan di tangan anda. Jika anda mahu mengekalkan perniagaan anda
dalam jangka masa yang panjang, tawanlah hati pelanggan. Tetapi jika anda
hanya sekadar mahu menjual dan mendapat untung, pasti anda akan rugi kelak.

Hakcipta © 2006 ideaPERNIAGAAN.com • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA buat WANG BESAR secara Online # 109

Topik 4 : Rahsia Menerima Pesanan

S
ebaik sahaja anda memulakan perniagaan internet, anda menerima
banyak tempahan, tentu anda akan berasa gembira dan seronok. Dalam
hati anda berkata-kata, “selepas ini lagi banyaklah tempahan yang aku
terima…!”. Hentikan berfikiran begitu. Jangan sangka anda sudah berjaya
dengan tempahan yang begitu banyak.

Pada masa hadapan, Belum tentu anda menerima banyak tempahan seperti
pada masa mula-mula anda menjual produk. Malah, tidak mustahil jumlah jualan
anda akan merosot secara mendadak.

Jangan risau, saya ada cara bagaimana untuk mengekalkan jumlah pelanggan
sekurang-kurangnya 80% daripada yang asal lagar tidak merosot terlalu banyak.
Anda boleh mengekalkannya sewaktu proses penghantaran kepada pelanggan
dilakukan. Caranya adalah seperti dibawah ini :

1. Sediakan produk anda dengan sebaiknya.


Sebaik sahaja anda menerima produk, buat salinan (eBook) atau sediakan
produk anda dengan sebaiknya. Pastikan produk anda tidak mengalami
kerosakan atau terjejas kualitinya.

2. Kad ucapan tarima kasih.


Sertakan kad ucapan terima kasih kepada pelanggan diatas pembelian
produk yang dibelinya. Sertakan juga kata-kata yang manis dan bermotivasi.
Cukuplah sekadar kad yang ringkas dan teks yang tidak berjela-jela. Jangan
pula anda tulis seperti menulis surat! ☺

Hakcipta © 2006 ideaPERNIAGAAN.com • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA buat WANG BESAR secara Online # 110

3. Sertakan tawaran produk yang lain.


Jika anda mempunyai produk lain, anda digalakkan menyertakan maklumat
produk anda (surat jualan bersama borang tempahan) kepada pelanggan.
Namun begitu, produk yang anda tawarkan mestilah sesuai dengan
perniagaan anda. Contohnya, jika anda menjual ubat langsing, produk
sampingan yang boleh anda jual ialah seperti eBook mengenai senaman, tips
diet pemakanan yang sihat dan sebagainya.

4. Tawarkan baucer atau kupon hadiah.


Jangan lupa tawarkan baucer atau kupon hadiah kepada pelanggan.
Pelanggan boleh menggunakan kupon ini untuk membeli produk terbaru anda
dengan harga istimewa berbanding harga yang ditawarkan kepada
pelanggan baru. Kupon tersebut juga boleh digunakan untuk menghadiri
kursus-kurus yang anda jalankan dengan harga potongan yang hebat!

5. Hantar produk dengan kualiti terbaik


Setelah selesai melakukan 4 perkara diatas, maka kini anda boleh mengepos
produk tersebut kepada pelanggan. Poskan dengan keadaan yang baik dan
selamat. Anda juga hendaklah memaklumkan kepada pelanggan bahawa
anda telah menghantar produk tersebut. Sertakan maklumat penghantaran
seperti kod atau barkod yang membolehkan pelanggan menyemak secara
online.

Lakukanlah kesemua langkah-langkah yang disebutkan diatas tadi. Anda


hendaklah seboleh-bolehnya menyediakan produk tersebut dalam masa 1 hari
dan menghantarkannya pada hari yang sama.

Sekiranya anda menerima tempahan yang begitu banyak, lakukannya sedikit


demi sedikit mengikut langkah yang telah ditunjukkan. Contohnya, jika anda
menerima 100 tempahan sehari, anda boleh menyediakan produk tersebut
dalam masa 1 hari dan mengeposkannya pada keesokkan hari.

Hakcipta © 2006 ideaPERNIAGAAN.com • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA buat WANG BESAR secara Online # 111

Topik 5 : Optimumkan Bajet Anda

D
alam memulakan sesebuah perniagaan internet, pasti anda
mempunyai bajet tersendiri. Sama ada besar atau kecil bajet tersebut
tetapi jka ia digunakan dengan sebaiknya dan dengan cara yang
efektif, pulangannya tetap berganda!

Bagi anda yang baru menceburi bidang ini, bajet yang ditetapkan sekurang-
kuranganya RM500.00 dan maksimum adalah RM1,000.00. Bagaimana anda
mahu mengoptimumkan keseluruhan bajet yang anda bagi menghasilkan
pulangan yang lumayan?

Baiklah, dengan andaian anda mempunyai sebuah komputer sendiri di rumah


dan produk yang anda mahu hasilkan ialah eBook. Produk tersebut telah siap
dan tinggal masa untuk di pasarkan. Anda mengambil keputusan untuk
memasarkannya di internet dan menjualkannnya dengan harga Rm50.00 setiap
satu.

Di bawah ini saya telah membuat jadual bagaimana anda boleh


mengoptimumkan 2 bajet yang berbeza untuk rujukan dan panduan anda :

Bajet Anda Rm500.00 Bajt Anda Rm1,000.00


Nama Domain Rm35.00 Nama Domain Rm35.00
Tapak Laman (50Mb) Rm45.00 Tapak Laman (50Mb) Rm45.00
Laman Web (Upah) Rm200.00 Laman Web (Upah) Rm200.00
Iklan (1) - awal Rm200.00 Iklan (3) - awal Rm600.00
JUMLAH Rm480.00 JUMLAH Rm880.00
Baki Rm20.00 Baki Rm120.00

Hakcipta © 2006 ideaPERNIAGAAN.com • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA buat WANG BESAR secara Online # 112

Jadual diatas menunjukkan anda telah mengambil inisiatif untuk mengiklankan


dan mempromosikan eBook anda dengan harga setiap satu iklan ialah
RM200.00. Anggap setiap iklan itu menarik minat 500 orang. Kadar pengubah
(conversion rate) adalah sebanyak 1% bagi setiap 100 orang iaitu 1 : 100.

Lihat pula jadual dibawah yang melibatkan jualan antara dua bajet diatas.

Rm500.00 - baki Rm20.00


Bulan Iklan Jumlah pelawat Jumlah Jualan (Rm) Baki (Rm)
1 1 500 250.00 270.00
2 1 500 250.00 320.00
3 1 500 250.00 370.00
4 1 500 250.00 420.00
5 2 1000 500.00 520.00
6 2 1000 500.00 620.00

Rm1,000.00 - baki Rm120.00


Bulan Iklan Jumlah pelawat Jumlah Jualan (Rm) Baki (Rm)
1 3 1500 750.00 870.00
2 4 2000 1,000.00 1,070.00
3 5 2500 1,250.00 1,320.00
4 6 3000 1,500.00 1,620.00
5 8 4000 2,000.00 2,020.00
6 10 5000 2,500.00 2,520.00

Kedua-dua jadual diatas menunjukkan jumlah iklan yang sama dengan setiap
satunya menarik perhatian 500 orang dan sebanyak 1% iaitu 5 orang akan
membeli produk tersebut. Dapat dilihat disini bahawa dengan modal yang besar,
anda dapat mengaut keuntungan yang besar juga. Tetapi iklan yang ada diatas
merupakan iklan yang berbayar tidak termasuk iklan percuma yang boleh anda
sertai.

Hakcipta © 2006 ideaPERNIAGAAN.com • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA buat WANG BESAR secara Online # 113

Jika anda dapat perhatikan, ada 3 perkara yang perlu anda berikan tumpuan
sepenuhnya semasa memilih iklan berbayar terutamanya. 3 perkara tersebut
ialah :

1. Jumlah pelawat
Sebelum anda memilih mana-mana agensi pengiklanan secara online
ataupun offline, pastikan kaedah pengiklanan manakah yang mempunyai
ramai pelawat. Semakin ramai pelawat dalam sesebuah iklan itu, semakin
ramailah pelanggan anda.

2. Kadar pengubah (conversion rate)


Setelah mengenalpasti jumlah pelawat, anda juga harus memastikan kadar
pengubah yang tinggi dalam sesebuah iklan. Kadar pengubah inilah yang
akan menentukan jumlah jualan anda kelak.

3. Kos iklan
Sekiranya kedua-dua perkara diatas telah anda lakukan sedikit analisis dan
kajian, kini anda menentukan pula kos pengiklanan yang sesuai. Ingat,
anda mempunyai bajet yang terhad, jadi anda perlu mengoptimumkan bajet
yang sedia ada dan memastikan kos tidak melebihi bajet.

Iklan anda mestilah mampu menarik ramai pelawat dan pembaca. Rujuk topik
Lagkah 5 : Iklan dan Promosi. Cuba lihat contoh kajian dan analisis bagi 4 iklan
yang dipilih (contoh sahaja) dengan harga produk Rm50.00 setiap satu.

A B C D
Jumlah Pelawat 500 1000 1200 1400
Kadar Pengubah 2% 1% 1.5% 1.5%
Kos Iklan (Rm) 200.00 200.00 300.00 500.00
Jualan (Rm) 500.00 500.00 900.00 1,050.00

Hakcipta © 2006 ideaPERNIAGAAN.com • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA buat WANG BESAR secara Online # 114

Jika anda melihat sekali imbas Iklan A mempunyai kadar pengubah yang tinggi
dan Iklan D mempunyai jumlah pelawat yang tinggi. Kedua-duanya mampu
memberi pulangan yang hebat!

Walaubagaimanapun, saya mempunyai cara bagaimana untuk memberikan


pulangan yang lebih hebat! Sekarang dengan andaian anda bermulakan modal
sebanyak Rm500.00 seperti jadual diawal tadi. Lihat apa yang boleh anda
lakukan.

Rm500.00 - baki Rm20.00


Bulan Iklan Jum. Pelawat Jum. Jualan (Rm) Baki (Rm)
1 1 x Rm200 (A) 500 500.00 520.00
1 x Rm200 (B) 1000 500.00
2 1,420.00
1 x Rm300 (C) 1200 900.00
1 x Rm200 (B) 1000 500.00
3 4,120.00
4 x Rm300 (C) 4800 3,600.00
1 x Rm200 (B) 1000 500.00
4 12,220.00
13 x Rm300 (C) 15,600 11,700.00
1 x Rm200 (B) 1000 500.00
5 36,520.00
40 x Rm300 (C) 48,000 36,000.00
1 x Rm200 (B) 1000 500.00
6 109,420.00
121 Rm300 (C) 145,200 108,900.00

Cuba anda lihat, dengan hanya bermodalkan Rm500 bagi memulakan


perniagaan internet, dalam tempoh 6 bulan sahaja anda mendapat pulangan
Rm109,420.00! hampir 21800% keuntungan diperolehi!

Jadual diatas merupakan kaedah mempelbagaikan iklan yang menguntungkan


dan terbaik. Kesemua keuntungan dilaburkan semula ke dalam iklan bagi
menarik lebih ramai lagi pelawat dan meningkatkan jualan bulanan!

Hakcipta © 2006 ideaPERNIAGAAN.com • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA buat WANG BESAR secara Online # 115

Topik 6 : Bisnes Tanpa Produk

T
anpa perlu mempunyai produk sendiri, anda masih boleh membina
perniagaan internet. Malah, ianya lebih mudah dan menguntungkan!
Anda tidak perlu berfikir lagi selepas ini mengenai apa yang hendak di
pasarkan di internet. Saya akan berikan kepada anda bagaimana caranya.

Ada 2 model produk yang berpotensi untuk anda pasarkan di internet tanpa perlu
memiliki produk iaitu :

1. Program Afíliate
Sebelum ini saya telah menjelaskan apa yang dikatakan program affiliate
iaitu melantik beberapa ejen untuk mengedarkan produk milik laman web
tersebut. Contoh laman web yang menyediakan affiliate seperti
www.dapatwang.com, www.tsunamiwang.com dan sebagainya.

Jadi, anda boleh sertai program affiliate ini dan menjadi ejen kepada
produk tersebut. Tiada bayaran pendaftaran yang dikenakan kepada
anda. Ianya PERCUMA! Apa yang anda akan perolehi nanti adalah
komisyen atas jualan yang anda lakukan.

Sebelum menyertai program affiliate ini, anda harus berhati-hati. Terdapat


beberapa program affiliate yang cuba menipu ejen dengan tidak
memberikan komisyen sebagaimana yang dijanjikan.

Oleh itu, perkara utama yang perlu anda ambik kira ialah sebelum
mengambil keputusan untuk menyertai program affiliate ialah :

Hakcipta © 2006 ideaPERNIAGAAN.com • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA buat WANG BESAR secara Online # 116

a. Rekod yang baik.


Pastikan anda membaca komen-komen di laman blog pemilik
produk tersebut. Baca juga testimoni orang ramai terhadap produk
yang di pasarkan. Ikutlah perkembangan semasa laman web
tersebut. Anda juga boleh terus bertanya sendiri kepada ejen-ejen
produk tersebut untuk mengetahui pemilik produk menjalankan
tanggungjawabnya terhadap ejen atau tidak.

b. Memberikan anda link yang betul.


Setelah anda mendaftar sebagai program affiliate, pemilik program
affiliate akan memberikan anda satu link yang mengandungi
nombor ejen anda atau nama anda sendiri. Pastikan anda
mencuba link tersebut dan menyemak rekod di akaun affiliate anda.

c. Menyediakan akaun affiliate untuk anda.


Adanya akaun affiliate ini membolehkan anda menyemak jumlah
klik yang di klik oleh pelawat dan juga jumlah jualan yang telah
anda lakukan. Anda juga boleh menyemak jumlah komisyen yang
akan anda terima nanti.

d. Memberikan anda bayaran mengikut apa yang telah dijanjikan.


Pastikan pemilik program affiliate memberikan bayaran komisyen
mengikut apa yang telah dijanjikan. Jika tidak, hubungi segera
pemilik tersebut dan menuntut bayaran serta meminta penjelasan
yang sewajarnya.

e. Menyediakan laman web untuk promosi.


Sesetengah pemilik program affiliate tidak menyediakan laman web
untuk anda. Jadi anda mungkin bermasalah atau tidak mempunyai
modal untuk membina laman web. Sebaik-baiknya carilah program

Hakcipta © 2006 ideaPERNIAGAAN.com • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA buat WANG BESAR secara Online # 117

affiliate yang menyediakan laman web untuk ejennya, melainkan


jika anda mahu membina laman web sendiri.

f. Memberikan anda banner atau iklan teks yang mengandungi


link milik anda.
Pemilik program affiliate wajib memberikan anda iklan-iklan banner
dan teks supaya anda boleh menggunakannya untuk tujuan
promosi di laman web iklan, forum, laman web anda dan
sebagainya.

Saya menggalakkan anda supaya menyertai program affiliate seperti ini.


Ianya cukup mudah dan anda dapat menjalankan perniagaan internet
dalam masa yang singkat iaitu dalam masa satu hari sahaja! Malah jika
anda rajin membuat promosi link anda (tanpa melakukan spam), pulangan
yang akan anda terima pasti nampak hasilnya!

Saya sendiri menyertai program affiliate. Apa yang penting dalam program
affiliate ini ialah promosi, promosi dan promosi. Tanpa melakukan
promosi, anda tidak dapat melakukan jualan langsung. Ingat, promosikan
link anda!

2. Program pemasaran berangkai atau Multi Level Marketing


Pernahkah anda menyertai program Multi Level Marketing seperti Jozaco,
Sureco, Amway, Zhulian dan sebagainya? Tentu banyak produk-produk
menarik yang pernah anda pasarkan kepada kawan-kawan sepejabat,
jiran tetangga dan saudara anda sendiri.

Berdasarkan pengalaman anda sewaktu mempromosikan produk, tentu


terdapat produk yang mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
Jadi, gunakan kesempatan yang ada ini untuk pasarkan secara online.
Secara tidak langsung anda memasarkannya ke seluruh dunia!

Hakcipta © 2006 ideaPERNIAGAAN.com • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA buat WANG BESAR secara Online # 118

Mula-mula anda ambil katalog yang mengandungi gambar dan maklumat


produk tersebut. Imbaskan gambar produk ke dalam komputer. Lakukan
sedikit pengeditan menggunakan perisian Adobe Photoshop dan jadikan
gambar tersebut menarik.

Kemudian, anda mula membina laman web sendiri. Ingat! Anda hanya
perlu membina laman web mini sahaja kerana anda cuma memasarkan
satu produk yang pernah mendapat sambutan yang hebat!

Bina laman web mini anda sebagaimana yang saya nyatakan di dalam
Langkah 3. Anda perlu nyatakan faedah mengapa pelawat perlu memiliki
produk tersebut. Seboleh-bolehnya berikan semua maklumat yang
dikehendaki oleh pelanggan.

Daftarkan nama domain dan tapak pelayan (hosting) untuk memuat naik
laman web anda. Kini anda sudah pun memiliki perniagaan internet anda
sendiri! Sungguh mudah! ☺.

Apabila anda mendapat pesanan, anda hanya perlu mengambil stok dari
francais yang berdekatan dengan anda atau anda boleh juga menyimpan
sedikit stok di awal perniagaan anda.

Cara yang terbaik ialah cuba berbincang dengan syarikat MLM anda
untuk menguruskan perkhidmatan penghantaran. Ini bermakna, anda
hanya perlu menguruskan pesanan yang diterima dari pelanggan.
Kemudian anda menghubungi syarikat MLM untuk menghantar produk
tersebut kepada pelanggan anda dengan memberikan butir-butir pesanan.

Segala kos penghantaran adalah di tanggung oleh anda. Jadi, pastikan


harga produk yang anda tawarkan adalah termasuk caj perkhidmatan

Hakcipta © 2006 ideaPERNIAGAAN.com • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA buat WANG BESAR secara Online # 119

penghantaran. Anda mungkin akan menerima termpahan dari luar negara


sekiranya produk tersebut adalah produk tempatan! Perniagaan anda kini
sudah masuk ke peringkat global!

Begitulah 2 model produk yang mampu memberikan pulangan yang lumayan


kepada anda. Memiliki perniagaan sendiri merupakan impian bagi setiap orang
tetapi tidak ramai yang mampu merealisasikan impian tersebut. Kini dengan cara
yang paling mudah, hanya dengan perniagaan internet, anda dapat
melakukannya!

Hakcipta © 2006 ideaPERNIAGAAN.com • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA buat WANG BESAR secara Online # 120

BAHAGIAN #4
Penutup

Hakcipta © 2006 ideaPERNIAGAAN.com • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA buat WANG BESAR secara Online # 121

Topik 1 : Cari Rezeki atau Kekayaan?

S
ejak akhir-akhir ini, perniagaan internet hampir di pandang serong. Ada
sesetengah eBook yang dijual tidak bermutu dan berkualiti. Ada juga
eBook yang dijual tidak memenuhi kehendak pelanggan, berbeza
sebagaimana yang diwar-warkan oleh penjual di laman web.

Tidak kurang juga yang cuba mengambil kesempatan dengan menjual eBook
orang lain tanpa kebenaran (cetak rompak). Ada juga yang menjual eBook
sendiri tetapi melanggar peraturan-peraturan pemasaran di internet seperti
menghantar SPAM, SCAM dan sebagainya. Ini semua menyebabkan imej
perniagaan internet tergugat dan menjadikan pelanggan tidak mahu terlibat
dalam urus niaga secara online.

Sekiranya anda mahu mencari rezeki dengan jalan yang benar, buatlah
perniagaan anda sejujur-jujurnya. Curahkanlah segala ilmu yang ada ke dalam
eBook yang anda tulis. Kekayaan akan menghampiri anda dengan sendirinya
nanti!

Amat malang jika anda hanya memikirkan harta dan kekayaan semata-mata,
saya pasti ia akan pergi lebih jauh lagi dari anda. Malah mungkin meninggalkan
anda untuk selama-lamanya. Pelanggan juga tidak mempercayai anda lagi.

Kekayaan tidak akan datang tanpa usaha yang berterusan. Begitu juga semasa
anda menjalankan perniagaan internet. Walaupun ianya mudah untuk diuruskan
tetapi jangan sesekali memberikan eBook yang tidak berguna dan maklumat
yang salah. Juga jangan terlalu mengikutkan nafsu dan sifat tamak semata-mata.

Perniagaan internet yang berkaitan dengan eBook adalah bagi mereka yang
ingin berkongsi pengalaman, pengetahuan dan memberikan perkhidmatan

Hakcipta © 2006 ideaPERNIAGAAN.com • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA buat WANG BESAR secara Online # 122

kepada orang lain. Bukan untuk mereka yang hanya semata-mata memikirkan
keuntungan.

Sesebuah perniagaan internet tidak akan mendapat keuntungan dalam masa


yang singkat. Jangan percaya jika ada sesiapa yang menawarkan keuntungan
atau pulangan dalam masa yang singkat. Jauhilah mereka. Berdasarkan kajian,
perniagaan internet ini akan membuat seseorang menjadi kaya-raya hanya
selepas 3 tahun jika dijalankan dengan jujur, berterusan dan baik.

Kesimpulannya, bagi anda yang mahu memulakan perniagaan internet, jangan


hanya memikirkan keuntungan semata-mata. Perniagaan internet bukanlah skim
cepat kaya tetapi ia sebuah perniagaan yang sama dengan perniagaan yang
lain. Niatkan di dalam hati anda untuk mencari rezeki dengan cara yang benar
dan betul! Biarlah rezeki itu halal!

Hakcipta © 2006 ideaPERNIAGAAN.com • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA buat WANG BESAR secara Online # 123

Topik 2 : Mulakan Langkah Anda

A
nda sudah mempunyai ilmu yang cukup berharga untuk dipraktikkan.
Amat sayang sekali jika anda masih ragu-ragu untuk memulakan
perniagaan internet. Rata-rata rakyat di Malaysia masih kurang
berkecimpung di dalam dunia perniagaan, apatah lagi perniagaan internet.

Apabila diajak berniaga, pelbagai alasan diberikan. Apa yang ditakutkan adalah
rosiko kerugian. Jika ini berlarutan, akhirnya golongan “penakut” ini tidak akan
kemana-mana. Apabila orang lain sudah berjaya dan maju, golongan ini masih
tidak berubah. Alasan yang diberikan, “Sudah nasib saya begini” atau “Dia
berjaya sebab bernasib baik”.

Mujur anda adalah dari golongan yang berani berdepan dengan risiko! Anda
berani melakukannya kerana mempunyai semangat dan azam yang tinggi!

Nasib seseorang tidak terletak pada takdir semata-mata. Kita boleh mengubah
nasib dengan cara berusaha dan bersungguh-sungguh. Sekali gagal adalah
perkara normal bagi di kalangan peniaga yang baru bertatih.

Pengalaman kegagalan merupakan pendidikan dan pengajaran yang amat


berharga dan menjadi panduan dalam meneruskan perniagaan anda. Kita
banyak mendengar kisah-kisah kejayaan dan kisah-kisah jutawan yang bermula
dengan modal yang kecil dan kemudian gagal.

Mereka berusaha untuk bangun lagi tetapi kemudiannya gagal. Mereka bangun
lagi, dan gagal sekali lagi. Akhir sekali mereka berusaha dengan pengalaman
kegagalan yang dijadikan iktibar dan panduan perniagaan yang betul. Akhirnya
mereka berjaya mencapai impian ke arah kebebasan kewangan!

Hakcipta © 2006 ideaPERNIAGAAN.com • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA buat WANG BESAR secara Online # 124

Anda sebagai rakyat Malaysia adalah amat beruntung sekali kerana penglibatan
rakyat Malaysia di dalam perniagaan internet masih lagi kurang. Hanya 20%
sahaja daripada urusniaga di internet di Malaysia dijalankan oleh peniaga-
peniaga kecil dan syarikat.

Jadi, inilah peluang anda untuk menjadi salah seorang daripada peniaga kecil
itu. Cukuplah jika anda dapat menguasai 1% daripada urusniaga internet di
Malaysia. Sekurang-kurangnya anda memiliki perniagaan yang memberikan
pulangan lumayan setiap bulan hanya berkerja 2 - 3 jam sehari!

Apa yang penting sekarang ini, tanamkan azam yang kuat dan mendalam.
Tekadkan hati dan bulatkan fikiran anda untuk membina perniagaan internet
sendiri. Tetapkan matlamat dan impian yang munasabah untuk dicapai.

Lakukannya secara sambilan. Jika anda mempunyai pekerjaan tetap, jangan


sesekali cuba berfikir untuk berhenti. Bukankah lebih baik anda mempunyai dua
pendapatan dalam masa sebulan?

Setiap langkah yang anda aturkan hari ini, merupakan penentu kekayaan anda
masa depan. Catatlah apa yang ingin anda lakukan esok dan lakukannya! Jika
ada perkara yang tidak selesai, bawakan keesokkan harinya dan selesaikannya
terlebih dahulu. Begitulah seterusnya. Semoga ada berjaya.

Teruskan Usaha Anda !

Hakcipta © 2006 ideaPERNIAGAAN.com • http://www.ideaperniagaan.com •


Formula RAHSIA buat WANG BESAR secara Online # 125

Hakcipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang, mencetak atau


menggunakan mana-mana bahagian eBook ini dalam apa jua bentuk sama
ada elektronik, fotokopi, rakaman atau apa jua cara yang boleh di ambil
tindakan tanpa keizinan daripada pihak pengarang dan penerbit. eBook ini
mengandungi Hak Jual Semula!

Hakcipta © 2006 ideaPERNIAGAAN.com • http://www.ideaperniagaan.com •

Anda mungkin juga menyukai