Anda di halaman 1dari 13

INFORMATION of ELAKSAMANA

APA ITU HUBUNGAN LUAR?

Ilmu membantu manusia memahami fenomena alam dengan lebih jelas dan
sistematik. Lebih tepat lagi ia membantu manusia menjelaskan sebab, cara,
masa dan tempat sesuatu fenomena alam itu berlaku. Peristiwa-peristiwa
tersebut sukar dijelaskan hanya dengan berpandukan suatu bidang
pengetahuan. Peristiwa-peristiwa yang berlaku itu menyebabkan manusia lebih
matang dan berhati-hati dalam tindakan yang mereka lakukan.
Ilmu membantu manusia memahami fenomena alam dengan lebih jelas dan
sistematik. Lebih tepat lagi ia membantu manusia menjelaskan sebab, cara,
masa dan tempat sesuatu fenomena alam itu berlaku. Peristiwa-peristiwa
tersebut sukar dijelaskan hanya dengan berpandukan suatu bidang
pengetahuan. Peristiwa-peristiwa yang berlaku itu menyebabkan manusia lebih
matang dan berhati-hati dalam tindakan yang mereka lakukan.

Sebagai contoh, konflik yang berlaku kepada seseorang atau dalam hubungan
individu dengan individu lain mungkin boleh dijelaskan melalui pelbagai bidang
ilmu seperti psikologi, sosiologi dan sains politik. Bagaimana pula dengan
peristiwa-peristiwa yang berlaku pada skala yang lebih besar? Contohnya konflik
yang berlaku dalam hubungan antara sesebuah negara dengan negara yang lain
atau antara negara dengan entiti-entiti lain dalam hubungan antarabangsa
seperti syarikat-syarikat multinasional dan organisasi-organisasi antarabangsa.

Jelas di sini bidang kepakaran tertentu diperlukan bagi memahami kes-kes


seperti yang dinyatakan di atas. Berdasarkan keperluan tersebutlah maka bidang
hubungan antarabangsa diperkenalkan sebagai suatu cabang ilmu yang
bermanfaat membantu hubungan antara manusia sebagai satu masyarakat atau
komuniti dengan masyarakat lain. Apabila bercakap berkenaan perkaitan bidang
ini dengan tindakan yang dilakukan, pihak yang paling rapat berkait dengan soal
ini ialah penganalisis dan pembuat dasar bagi sesebuah negara. Peristiwa 11
September 2001 mengajar pembuat dasar supaya lebih berwaspada dan
berhati-hati. Perbincangan berkenaan sistem antarabangsa, aktor-aktor yang
terlibat dalam sistem antarabangsa dan pendekatan-pendekatan dalam
hubungan antarabangsa yang digunakan oleh penganalisis dan pembuat dasar
perlu diketahui agar kefahaman mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku pada
peringkat antarabangsa lebih jelas dan seterusnya dapat menghasilkan dasar

PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2005
INFORMATION of ELAKSAMANA

yang lebih baik dan rasional.

Apa itu Hubungan Antarabangsa?

Cara terbaik memahami maksud istilah hubungan antarabangsa ialah dengan


mentakrifkannya secara literal iaitu sebagai kajian berkenaan hubungan atau
interaksi yang melampaui sempadan negara. Berdasarkan takrif umum ini
andaian dapat dilakukan di sini bahawa hubungan yang melampaui sempadan
bukan sahaja melibatkan hubungan antara negara dengan negara bahkan juga
ia merupakan hubungan yang turut melibatkan entiti-entiti (atau dalam istilah
politik disebut sebagai aktor) lain. Entiti ataupun aktor-aktor tersebut terdiri
daripada organisasi dan institusi antarabangsa, syarikat-syarikat multinasional
dan individu-individu.

Secara tradisinya ia lebih ditakrifkan sebagai hubungan yang hanya


melibatkan negara iaitu unit terpenting yang dikaji dalam bidang ini. Takrif
sedemikian berlaku kerana ia mempunyai kaitan dengan latar belakang
perkembangan bidang ini sekitar dua peperangan dunia antara 1914-1945.
Namun, pengkaji-pengkaji hubungan antarabangsa selepas era tersebut
terutamanya sekitar 1960-an dan 1970-an mula memberi tempat kepada
peranan aktor-aktor lain dalam hubungan ini.

Menurut Beridge (1992: 1), kajian hubungan antarabangsa melibatkan subjek


yang luas merangkumi aktiviti-aktiviti pelbagai bentuk negara (kuasa besar,
negara kapitalis, demokratik liberal dan sebagainya) dan aktor-aktor
antarabangsa lain seperti syarikat-syarikat multinasional. Ia juga merangkumi
kajian mengenai kaedah negara-negara tersebut mencapai dasar luar mereka
seperti propaganda serta kajian mengenai peraturan dan institusi-institusi sistem
negara yang terlibat dalam hubungan tersebut. Goldstein (1994:1) menjelaskan
maksud hubungan antarabangsa dengan lebih khusus merujuk sebagai kajian
mengenai hubungan antara kerajaan-kerajaan. Di samping itu beliau turut
memberi penekanan pada peranan aktor-aktor lain yang turut terlibat dalam
hubungan tersebut seperti organisasi antarabangsa, syarikat multinasional,
individu-individu.

PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2005
INFORMATION of ELAKSAMANA

Beliau menambah lagi bahawa hubungan politik ini dipengaruhi oleh faktor
geografi dan sejarah. Berdasarkan hakikat tersebut beliau berpendapat bidang
hubungan antarabangsa adalah bidang kajian yang luas kerana ia melibatkan
bidang-bidang ilmu lain. Henderson (1998: 1) mentakrifkan hubungan
antarabangsa sebagai proses pembahagian kuasa di antara negara-negara di
peringkat antarabangsa manakala Holsti (1995: 19) beranggapan bahawa bidang
ini merujuk kepada semua bentuk interaksi antara anggota-anggota pelbagai
masyarakat (negara) sama ada disokong oleh kerajaan ataupun tidak. Jelas di
sini hubungan antarabangsa adalah kajian mengenai hubungan dan interaksi
antara pelbagai aktor di peringkat antarabangsa dan berdasarkan takrif-takrif di
atas kita boleh bahagikan aktor hubungan antarabangsa kepada dua bentuk iaitu
aktor negara dan aktor bukan negara.

Aktor-Aktor Hubungan Antarabangsa

Siapakah aktor dalam hubungan antarabangsa? Daripada suatu segi soalan


ini mudah dijawab kerana berdasarkan takrif-takrif sebelum ini, negara dilihat
sebagai satu-satunya aktor yang dimaksudkan berdasarkan hakikat pertama,
sifat hubungan adalah melampaui sempadan (iaitu satu ciri utama negara).
Kedua, aktor-aktor lain yang terlibat adalah entiti-entiti yang terkandung atau
mewakili negara-negara tertentu sama ada disokong ataupun tidak oleh kerajaan
masing-masing. Lebih khusus lagi sebenarnya hubungan yang dimaksudkan di
sini melibatkan kerajaan negara-negara di dunia. Dalam hubungan
antarabangsa, para pengkaji hubungan antarabangsa mengkaji keputusan dan
tindakan kerajaan-kerajaan tersebut.

Namun secara realiti, di peringkat antarabangsa, hubungan yang berlaku


melibatkan aktor-aktor lain yang terlibat dengan keputusan dan tindakan
kerajaan-kerajaan tersebut. Aktor-aktor ini terdiri daripada syarikat-syarikat
multinasional (MNCs) yang selalunya mampu mengatasi keputusan dan tindakan
negara-negara bagi menentukan kepentingan masing-masing. Sesetengah
syarikat-syarikat tersebut memiliki kuasa monopoli dalam sumber-sumber yang
diperlukan oleh negara sama ada berbentuk bahan mentah, industri berteknologi
tinggi mahupun produk elektronik bagi kegunaan pengguna. Antara syarikat-
syarikat tersebut termasuklah kumpulan tujuh syarikat-syarikat pengeluar minyak

PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2005
INFORMATION of ELAKSAMANA

terbesar di dunia iaitu Aramco (Exxon, Shell Oil Company, British Petroleum,
dFrance’s Compagnie Françaaise des Petroles, Mobil, Socal, Texaco dan Gulf)
dan syarikat pengeluar kapal terbang penumpang Boeing.

Kini keputusan dan tindakan kerajaan bukan sahaja kurang berkeupayaan


mempengaruhi syarikat-syarikat tersebut, malah sebaliknya keputusan dan
tindakan kerajaan-kerajaan pula yang dipengaruhi oleh kepentingan syarikat-
syarikat tersebut. Sebagai contoh, penguasaan Aramco dalam teknologi dan
modal dalam industri pengeluaran minyak menyebabkan pada dekad 1950-an
hingga akhir 1960-an, mereka menguasai hampir 95 peratus sumber bekalan
minyak dunia walaupun lokasi-lokasi pengeluaran minyak tersebut terletak di
kebanyakan negara-negara Asia Barat (Daniels, 1995: 450-451).

Aktor-aktor lain yang terlibat dalam proses hubungan, interaksi dan tawar
menawar ini termasuklah organisasi antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-
bangsa Bersatu, individu-individu seperti pemimpin dan warganegara negara-
negara tertentu, kumpulan-kumpulan bukan kerajaan dan kumpulan-kumpulan
pendesak seperti kumpulan pengganas. Namun, buku ini akan mengkategorikan
aktor-aktor tersebut kepada dua bentuk iaitu aktor negara dan aktor bukan
negara.

Aktor Negara

Aktor yang paling penting dalam hubungan antarabangsa ialah negara.


Negara ialah entiti yang bersempadan yang dikawal dan dikuasai oleh kerajaan
dan diduduki oleh sejumlah penduduk. Sesebuah negara bebas daripada
sebarang ancaman, ugutan dan tekanan luar malah ia berkuasa secara mutlak
(konsep kedaulatan) bagi menentukan kepentingan dan kebajikannya sendiri.
Antara lain, sesebuah negara berkuasa menggubal dan melaksanakan undang-
undang, mengutip cukai, membentuk kuasa tentera, menggunakan sumber asli
malah boleh dikatakan sebenarnya sesebuah negara dapat melakukan apa
sahaja dalam lingkungan sempadannya demi kepentingan nasional. Kedaulatan
yang dimiliki oleh sesebuah negara diiktiraf oleh negara-negara lain melalui
hubungan diplomatik dan selalunya melalui keahlian dalam PBB. Populasi yang
membentuk sebagai warganegara atau rakyat bagi sesebuah negara
membentuk masyarakat mereka sebagai suatu institusi yang berbeza daripada

PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2005
INFORMATION of ELAKSAMANA

masyarakat negara lain. Identiti institusi ini kita kenalinya sebagai bangsa.

Masyarakat antarabangsa pada masa kini menerima konsep negara sebagai


negara yang demokratik sebagai mengesahkan kerajaan yang memimpin rakyat
atau sesuatu bangsa tersebut dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya. Justeru itu,
bagi sesetengah ahli sains politik pengiktirafan antarabangsa merupakan satu
lagi ciri penting kewujudan sesebuah negara. Dalam hal ini kita dapat melihat
bahawa kerajaan-kerajaan yang tidak dipilih oleh rakyatnya seperti kerajaan
Aparteid di Afrika Selatan dan kerajaan Taliban di Afghanistan tidak dapat kekal
lama dalam hubungan antarabangsa kerana tidak diiktiraf kewujudannya oleh
masyarakat antarabangsa.

Dalam kehidupan harian, kebanyakan pembaca mentakrif istilah negara


secara umum sebagai keputusan yang dibuat oleh kerajaan sesebuah negara
atau negara disamakan dengan kerajaan. Oleh itu tindakan kerajaan diterima
secara mudah sebagai tindakan oleh rakyat sesebuah negara seperti dalam
kenyataan ‘Malaysia menyokong resolusi PBB dan Iraq menawan Kuwait’.

Secara realiti, tindakan-tindakan yang dilakukan oleh negara melalui proses


dalaman yang kompleks yang melibatkan pelbagai kepentingan dan kumpulan-
kumpulan dalaman. Malah sebenarnya, aktor yang benar-benar terlibat dalam
proses pembuatan keputusan dan pelaksanaan tindakan negara tersebut ialah
individu yang digelar sebagai pemimpin sesebuah negara (sama ada ketua
kerajaan atau ketua negara mengikut sistem politik negara-negara tertentu).
Individu-individu yang turut sama terlibat secara langsung adalah birokrat-
birokrat yang terlibat dalam kementerian luar sesebuah negara yang bertindak di
atas nama negara.

Sistem antarabangsa yang wujud pada masa kini mempunyai struktur yang
beroperasi berdasarkan peraturan dan bentuk interaksi yang tertentu.
Sesetengah peraturan tersebut bersifat jelas dan ada yang bersifat kabur. Ini
termasuk soal keanggotaan negara dalam sistem, hak dan tanggungjawab
anggota (negara) dalam sistem dan bentuk tindakan serta respons yang
seharusnya wujud antara negara-negara. Kebanyakan negara yang wujud pada
masa kini adalah bersifat negara-bangsa. Namun masih banyak negara-negara
yang belum bergelar negara-bangsa akibat kesan peperangan dunia yang sukar

PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2005
INFORMATION of ELAKSAMANA

menentukan status kewujudan mereka sama ada berdasarkan bangsa atau


sempadan. Isu-isu konflik dan peperangan yang berlaku pada masa kini banyak
berorientasikan isu perebutan sempadan dan juga konflik berteraskan kumpulan
masyarakat seperti etnik dan bangsa.

Apabila sebahagian rakyat sesebuah negara mengenal pasti diri mereka


sebagai entiti yang berbeza daripada kepentingan yang diwakili oleh kerajaan
seperti perbezaan bangsa, mereka mungkin menentang kerajaan yang wujud
demi mendapatkan hak pemerintahan dan sempadan jajahan sendiri yang
dikenal pasti sebagai kepentingan mereka. Peperangan di Balkan, Kashmir dan
di Timor Timur adalah antara isu yang berunsurkan pentakrifan sesuatu
kumpulan masyarakat sebagai satu bangsa. Kewujudan negara berasaskan
pecahan bangsa ini adalah sebahagian daripada bentuk perkembangan terkini
dalam sistem negara-bangsa kini. Sistem negara juga dipengaruhi oleh
perkembangan-perkembangan yang lain seperti globalisasi, kemajuan
telekomunikasi dan senjata nuklear.

Kemerdekaan negara-negara kecil seperti bekas Kesatuan Soviet,


Czechoslovakia dan Yugoslavia menambahkan jumlah negara di dunia. Jumlah
keseluruhan negara-negara di dunia sebenarnya bergantung pada status
negara-negara tertentu yang bersifat separa-entiti politik iaitu sama ada ia bakal
berpecah atau bakal bergabung dengan entiti-entiti politik yang lain.

Pada tahun 1999, hanya 189 buah negara wujud sebagai anggota PBB
termasuk sebuah negara berkecuali iaitu Switzerland (Goldstein, 2001: 13).
Masih ada entiti-entiti lain seperti Timor Timur yang kini belum sepenuhnya
berstatus negara dan Palestin yang masih terumbang-ambing statusnya.

Sesetengah entiti-entiti politik yang lain lebih dirujuk sebagai negeri dan bukan
negara seperti Taiwan kerana ia masih dianggap oleh China sebagai sebahagian
daripada negara tersebut. Oleh sebab itu Taiwan tidak dapat diterima sebagai
anggota PBB. Selain daripada itu masih banyak lagi tanah-tanah bekas jajahan
yang dikuasai oleh negara-negara lain seperti Puerto Rico dan Guam yang
dikuasai Amerika Syarikat, Bermuda dan Kepulauan Falkland yang dikuasai
British, Martinique oleh Perancis dan Netherlands Antilles oleh Belanda.
Beberapa entiti-entiti baru mungkin akan wujud pada masa hadapan hasil

PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2005
INFORMATION of ELAKSAMANA

pemecahan akibat tuntutan kuasa autonomi penduduk di sesebuah negara


seperti di Quebec, Kanada, Sahara Barat, Kurdistan dan sebagainya (Goldstein,
2001: 13).

Saiz negara yang wujud dalam sistem antarabangsa juga berbeza. Begitulah
juga dengan saiz penduduknya. Kedua-dua elemen ini mampu mempengaruhi
kedudukan negara sebagai aktor antarabangsa. Saiz yang luas menandakan
penguasaan daripada aspek geopolitik, hasil galian dan penguasaan ruang
udara yang luas. Saiz penduduk pula memberi gambaran keupayaan sesuatu
masyarakat bertindak sebagai pasaran yang luas bagi ekonomi sesebuah
negara. Kedudukan China sejak kebelakangan ini begitu menonjol dalam sistem
antarabangsa, bukan sahaja daripada aspek politik bahkan juga aspek
ekonominya. Jumlah penduduknya yang melebihi satu bilion orang mampu
menyediakan pasaran yang luas bagi ekonomi China yang semakin
berkembang. Kedudukan China mungkin lebih berdaya saing berbanding India
dan Indonesia di mana saiz geografinya tidak dapat menyaingi saiz
penduduknya. Perkara yang sama dinikmati oleh Amerika Syarikat yang
mempunyai keupayaan geopolitik dan pasaran yang kukuh akibat saiz geografi
dan penduduknya.

Negara-negara di dunia juga berbeza daripada aspek saiz aktiviti ekonomi


mereka yang selalunya diukur pada Keluaran Kasar Negara (KNK). Amerika
Syarikat merupakan negara yang teratas dalam senarai negara yang memiliki
kadar KNK yang tinggi iaitu sebanyak $8 trilion (Daniels, 1995: 37). Kedudukan
tersebut bukan sahaja memberi ruang yang luas kepada Amerika Syarikat
supaya bertindak sebagai aktor yang aktif dalam sistem antarabangsa malah
mampu mendominasikan hampir sebahagian besar struktur sistem antarabangsa
seperti dalam PBB, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia,
Undang-undang Antarabangsa dan peraturan-peraturan perdagangan
antarabangsa dalam Organisasi Perdagangan Dunia (WTO). Satu perlima
daripada ekonomi dunia berpunca daripada ekonomi Amerika dan bersama
enam lagi kuasa ekonomi dunia, Amerika menyumbang hampir separuh
daripada ekonomi dunia (Daniels, 1995: 40). Negara-negara lain yang turut
menguasai ekonomi dunia termasuklah China, Jepun, Jerman, India, Perancis,
Britain, Itali, Brazil, Mexico, Kanada, Rusia, Sepanyol dan Korea Selatan.

PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2005
INFORMATION of ELAKSAMANA

Beberapa negara di dunia pada masa kini juga turut mempunyai kedudukan
sebagai kuasa besar dunia kerana memiliki kuasa dan pengaruh ketenteraan
dan ekonomi yang kuat. Hubungan antara kuasa-kuasa besar membentuk
sistem hubungan tambahan dalam hubungan antarabangsa. Mereka mempunyai
peraturan dan bentuk hubungan yang tersendiri sesama mereka. Kuasa terbesar
dalam kumpulan kuasa-kuasa besar tersebut yang digelar superpower lazimnya
mempunyai kuasa yang terkuat antara kuasa-kuasa yang lain merujuk kepada
pemilikan senjata dan keupayaan nuklear. Semasa Perang Dingin, dua kuasa
besar yang bergelar superpower ini berada pada Amerika Syarikat dan Kesatuan
Soviet. Kejatuhan blok komunis pada awal 1990-an bermakna hanya Amerika
Syarikat yang kekal sehingga kini dikenali sebagai superpower. Peranan negara-
negara lain turut penting dalam sistem antarabangsa namun pengaruh mereka
tidaklah setanding pengaruh yang diberikan oleh kuasa-kuasa besar dunia
sebagai aktor hubungan antarabangsa

Dalam perbincangan di atas, jelaslah aktor negara yang berdasarkan empat


ciri penting kewujudan negara (sempadan, populasi, kerajaan dan kedaulatan)
mampu memberi kesan pada kedudukan dan pengaruh negara sebagai aktor
dalam hubungan antarabangsa. Walau bagaimanapun, perlu dijelaskan di sini
tiada elemen yang tertentu yang dapat menyatakan tahap kekuasaan sebenar
sesebuah negara. Namun sehingga ini sejarah menunjukkan penguasaan aspek
ketenteraan (keselamatan) dan ekonomi menentukan kedudukan negara dalam
sistem antarabangsa.

Aktor Bukan Negara

Negara mungkin bertindak sebagai aktor terpenting dalam hubungan


antarabangsa namun mereka tetap dipengaruhi, dikawal, dikekang oleh pelbagai
aktor-aktor lain yang dikenali sebagai aktor bukan negara. Aktor-aktor bukan
negara ini, boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Pertama, kumpulan
yang berada dalam negara yang mempengaruhi dasar luar negara. Sebagai
contoh, di Malaysia kesatuan sekerja mungkin bertindak sebagai kumpulan
pendesak yang mampu mempengaruhi dasar kerajaan mengenai peluang
pekerjaan bagi tenaga asing di Malaysia. Kemasukan buruh asing secara bebas
sama ada buruh mahir ataupun kasar boleh menggugat peluang pekerjaan bagi
tenaga buruh dalam negara dalam suasana aktiviti ekonomi yang semakin

PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2005
INFORMATION of ELAKSAMANA

kurang di negara. Pertubuhan seperti Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna


Malaysia (FOMCA) berkeupayaan mempengaruhi dasar kerajaan dalam
melindungi pengusaha dan pengguna tempatan daripada produk, bentuk dan
premis-premis perniagaan yang diimport dari luar negara.

Kumpulan-kumpulan yang sama turut wujud di negara-negara luar yang


bertindak mempengaruhi keputusan dan tindakan kerajaan dalam usaha
melindungi kepentingan masing-masing. Sebagai contoh, peladang-peladang di
Eropah berkuasa mempengaruhi Kesatuan Eropah (sebelumnya dikenali
Komuniti Eropah) supaya melancarkan dasar Common Agricultural Policy (CAP)
yang mampu melindungi kepentingan hasil pertanian tempatan dan pada masa
yang sama meletakkan halangan ke atas barangan pertanian yang diimport dari
negara luar komuniti tersebut.

Tindakan-tindakan yang dilakukan aktor-aktor bukan kerajaan tersebut


membantu mempengaruhi bentuk aktiviti ekonomi yang kebanyakannya menjadi
agenda dalam politik antarabangsa. Perkembangan dan kepesatan dalam aktiviti
ekonomi yang berlaku pada masa kini melampaui keupayaan dan kuasa negara
untuk mengawal. Pelaburan asing terus masuk ke negara-negara tertentu bukan
atas insentif yang disediakan oleh kerajaan tetapi atas desakan syarikat-syarikat
multinasional supaya terus bersaing mencari lokasi pengeluaran yang lebih
efisien dan menguntungkan mereka. Keuntungan yang dibawa oleh mereka
melalui pemindahan modal, teknologi, peluang pekerjaan dan pendapatan hasil
cukai bagi kerajaan tempatan mengatasi kepentingan-kepentingan lain yang
mungkin ada pada negara yang menerima kedatangan mereka.

Sebagai contoh, pada 1996, kerajaan Nigeria menerima pelaburan syarikat


minyak Royal Dutch Shell membuka loji petroleum di kawasan perairannya
walaupun menerima desakan daripada kumpulan pencinta alam tempatan.
Keupayaan syarikat-syarikat perniagaan yang pada mulanya bersifat aktor
dalaman sesebuah negara yang menentu arahkan perjalanan hubungan
antarabangsa meletakkan mereka kalaupun tidak melebihi mungkin menyamai
kedudukan negara. Oleh sebab itu dalam sesetengah perbincangan akademik,
syarikat-syarikat multinasional juga digelar syarikat-syarikat transnasional.

PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2005
INFORMATION of ELAKSAMANA

Satu lagi bentuk aktor bukan negara ialah organisasi-organisasi antarabangsa


bukan kerajaan (INGOs). Organisasi-organisasi swasta ini, sesetengahnya
mempunyai saiz dan sumber yang besar yang mampu mempengaruhi aktor-
aktor lain seperti negara, MNCs dan INGOs yang lain. Peranan mereka mula
diterima di peringkat antarabangsa walaupun tidak setanding peranan negara.
Antara kumpulan-kumpulan ini termasuklah kumpulan The Greenpeace,
International Olympic Committee, International Studies Association, Federation
Internationale de Football Association (FIFA) dan sebagainya. Sesetengah
organisasi-organisasi tersebut ditubuhkan bermotifkan politik, kemanusiaan,
ekonomi dan teknikal. Namun kesemuanya mampu memberikan pengaruh
sebagai aktor yang penting dalam hubungan antarabangsa.

Akhir sekali, aktor bukan negara juga dapat dilihat daripada segi organisasi-
organisasi antara kerajaan (IGOs). Organisasi-organisasi tersebut dianggotai
oleh kerajaan negara-negara tertentu. Contoh yang terbaik adalah seperti PBB
dan agensi-agensi yang wujud di dalam PBB sendiri. Organisasi-organisasi yang
sama termasuklah seperti Bank Dunia, IMF, Organisation of Petroleum Exporting
Countries (OPEC), The International Atomic Energy Agency, WTO, Association
of South East Asian Nations (ASEAN), Liga Arab, North Atlantic Treaty
Organisation (NATO), Organisation of African Unity (OAU) dan banyak lagi.
Setiap IOGOs mempunyai peranan tersendiri dan berbeza daripada segi saiz
dan keupayaan (Goldstein, 2001: 15).

Kedua-dua organisasi iaitu INGOs dan IGOs lebih dikenali sebagai organisasi
antarabangsa membantu memenuhi fungsi-fungsi yang berguna dalam
hubungan antarabangsa. Berdasarkan penjelasan di atas, jelas peranan yang
dimainkan oleh aktor-aktor bukan negara juga penting dalam hubungan
antarabangsa. Namun, peranan negara sebagai aktor terpenting tidak dapat
dinafikan memandangkan pertama, negara adalah lapisan terakhir yang
menentukan corak hubungan tersebut dan kedua yang lebih penting ialah selagi
sistem antarabangsa yang wujud pada masa kini berupa sistem negara-bangsa,
negara terus memainkan peranan utama dalam hubungan antarabangsa.

PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2005
INFORMATION of ELAKSAMANA

Hubungan Antarabangsa Sebagai Bidang Kajian

Bidang hubungan antarabangsa adalah sebahagian daripada ilmu sains


politik. Oleh itu hubungan antarabangsa juga adalah bidang yang mengkaji politik
antarabangsa yang mengkaji dasar tindakan kerajaan ke atas kerajaan-kerajaan
lain. Namun, sebenarnya hubungan antarabangsa bersifat lebih luas daripada itu
yang turut mengkaji disiplin-disiplin ilmu yang lain seperti ekonomi, sejarah,
sosiologi dan disiplin-disiplin lain lagi. Sehubungan dengan itu, beberapa
universiti menawarkan kursus hubungan antarabangsa sebagai subjek pilihan
atau sekurang-kurangnya dibincangkan dalam kursus-kursus tertentu seperti
sains politik, undang-undang antarabangsa, ekonomi dan sosiologi.

Hubungan politik antara negara-negara meliputi pelbagai bentuk aktiviti seperti


diplomasi, peperangan, perdagangan, pakatan, pertukaran budaya, penglibatan
bersama dalam organisasi antarabangsa dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti tertentu
yang wujud dalam hubungan tersebut boleh menjadi isu yang perlu diperhatikan
oleh bukan sahaja oleh pembuat dasar bahkan juga oleh sarjana-sarjana seperti
isu rundingan dagangan antarabangsa dan konflik etnik tertentu. Sehubungan
dengan itu, pembuat-pembuat dasar mempunyai dua bentuk respons terhadap
isu-isu tersebut iaitu sama ada secara bekerjasama atau berkonflik. Pilihan yang
dibuat sudah tentu mempengaruhi bentuk hubungan antara sebuah negara
dengan negara-negara lain. Dalam hal ini, sarjana-sarjana hubungan
antarabangsa memberi penekanan pada kedua-dua bentuk hubungan dalam
kajian mereka.

Skop kajian dalam hubungan antarabangsa adalah luas dan bergantung


kepada bidang-bidang yang berkaitan dengan hubungan antara negara-negara.
Secara tradisi, hubungan antarabangsa lebih mengkaji permasalahan mengenai
peperangan dan keamanan iaitu bidang yang dikaji dalam pengajian
keselamatan antarabangsa. Sekitar tahun 1950-an hingga 1960-an, selain
mengkaji mengenai peperangan dan keamanan, hubungan antarabangsa turut
mengkaji isu-isu seperti diplomat, pembentukan pakatan dan perjanjian, serta
pembangunan dan pengukuhan kuasa tentera. Selepas Perang Dingin tamat,
tumpuan kajian hubungan antarabangsa yang berteraskan isu keselamatan
diperluaskan. Ia bukan lagi bersifat kajian yang menyentuh berkenaan
perlumbaan kuasa ketenteraan antara kuasa-kuasa besar dunia bahkan turut

PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2005
INFORMATION of ELAKSAMANA

melibatkan konflik serantau, konflik etnik dan perdagangan. Penglibatan sarjana-


sarjana hubungan antarabangsa dalam proses pembuatan dasar luar negara
turut meningkat akibat perkaitan secara langsung antara bidang-bidang yang
dikaji dengan isu-isu yang dihadapi oleh negara-negara pada ketika itu.

Pada sekitar 1970-an dan 1980-an, kajian dalam hubungan antarabangsa


meluas kepada tumpuan kajian mengenai ekonomi kerana hubungan antara
negara pada ketika itu lebih didominasi oleh hubungan ekonomi. Peristiwa
kejatuhan harga minyak di pasaran pada 1973-1974 dan 1979-1980
menyebabkan jurang hubungan antara negara-negara semakin jauh
terutamanya kedudukan antara negara maju dengan negara membangun.
Hubungan yang bersifat ekonomi ini turut melibatkan isu-isu sampingan yang lain
seperti isu alam sekitar, migrasi, pemindahan teknologi, pelaburan terus asing
dan sebagainya. Berdasarkan kepada perkembangan tersebut, beberapa
sarjana menganggap hubungan antarabangsa tidak tepat jika dikaji dengan
menggunakan kaedah politik tetapi seharusnya turut dikaji daripada perspektif
ekonomi. Justeru itu, bidang politik ekonomi antarabangsa diperkenal dan
memberi saingan pada bidang kajian keselamatan antarabangsa yang lebih
mendominasi hubungan antarabangsa sebelumnya.

Proses globalisasi yang melanda pada dekad 1990-an merubah tumpuan


kajian dalam hubungan antarabangsa kepada peranan aktor-aktor selain
daripada negara yang turut berperanan menentukan perjalanan sistem
antarabangsa. Namun ini tidak sama sekali mengetepikan negara secara
langsung sebagai aktor yang paling penting dalam kajian hubungan
antarabangsa. Bermula kurun ke 21, kajian hubungan antarabangsa kembali
kepada skop kajian yang tradisi iaitu mengenai isu keselamatan. Walaupun
dunia dikejutkan oleh serangan pengganas pada 11 September 2001 ke atas
Amerika Syarikat, pengkaji hubungan antarabangsa berpendapat ia bukanlah isu
yang baru kerana ia masih berupa isu keselamatan, konflik dan peperangan
yang sebelum ini menjadi tajuk utama kajian dalam hubungan antarabangsa.
Konflik di Asia Timur, konflik di bekas negara Soviet dan konflik antara India dan
Pakistan adalah antara isu-isu yang berkaitan dengan keganasan dan konflik.

PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2005
INFORMATION of ELAKSAMANA

Jelas di sini kajian dalam hubungan antarabangsa merangkumi pelbagai isu


lain yang bersilangan dan berkaitan dengan hubungan antara negara-negara
dalam sistem antarabangsa. Dalam kata lain, unit analisis dalam kajian
hubungan antarabangsa masih tertumpu pada aktor utamanya iaitu negara-
bangsa. Apakah negara sahaja yang menjadi aktor penting dalam hubungan
antarabangsa? Buku ini cuba membincangkan pelbagai isu yang berkaitan
dengan peranan pelbagai aktor-aktor dalam hubungan antarabangsa dalam
pelbagai isu merangkumi isu konflik etnik serantau, perdagangan dan
perundangan. Dalam buku ini juga perbincangan umum akan menyentuh
mengenai bentuk hubungan antara pelbagai aktor dalam pelbagai peringkat
seperti hubungan diplomatik antara negara, krisis hubungan Utara-Selatan dan
sebagainya.

PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2005