Anda di halaman 1dari 4

INFORMATION of ELAKSAMANA

PERANG SALIB KEENAM


Perang Salib Keenam

Frederick II (kiri) berjumpa al-Kamil.


Tarikh 1228 - 1229
Tempat Cyprus, Timur Tengah
Penyerahan secara aman Jerusalem kepada Frederick II. Bermulanya
Hasil ketegangan di antara Empayar Rom Suci dan Negeri Salib.
Nota: Jerusalem kemudian dirampas oleh bangsa Turki Khwarezm.
Perubahan Jerusalem, Nazareth, Sidon, Jaffa, dan Bethlehem diberikan kepada
wilayah Tentera Salib. Orang Islam mengekalkan Temple Mount.
Pihak bersengketa
Negeri Salib dan Sarasen
Empayar Rom Suci dan sekutu
 Kerajaan Cyprus
 Empayar Rom Suci
 Ibelin
 Kesatria Teutonik
 Ayyubiyah
Komander
Henry I
Frederick II
John dari Ibelin
Hermann von Salza
Al-Kamil

Perang Salib Keenam bermula pada tahun 1228 sebagai cubaan untuk
menawan kembali Baitulmaqdis. Perang ini berlaku selama tujuh tahun selepas
kegagalan Perang Salib Kelima.

Frederick II dan pihak Paus

Frederick II, Maharaja Suci Rom, melibatkan diri secara umumnya dalam Perang
Salib Kelima dengan menghantar pasukan tentera dari Jerman, namun dia gagal
untuk menyertai pasukan tentera tersebut secara langsung meskipun telah diberi
galakan oleh Honorius III dan kemudiannya Gregory IX, disebabkan dia perlu
mengukuhkan kedudukannya di Jerman dan Itali sebelum bertolak untuk

1 Present by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
INFORMATION of ELAKSAMANA

melancarkan Perang Salib. Walau bagaimanapun, Frederick sekali lagi berjanji


untuk keluar berperang selepas dimahkotakan sebagai maharaja oleh Paus
Honorius III pada tahun 1220.

Pada tahun 1225, Frederick mengahwini Yolande dari Jerusalem (juga dikenali
sebagai Isabella), puteri John dari Brienne, pemerintah Kerajaan Jerusalem pada
nama, dan Maria dari Montferrat. Frederick kini menuntut kerajaan yang sudah
kontot itu, dan mempunyai alasan bagi cubaan untuk memulihkannya kembali.
Pada tahun 1227, setelah Gregory IX menjadi paus, Frederick dan pasukan
tenteranya belayar dari Brindisi ke Acre, tetapi satu wabak telah memaksa
Frederick kembali ke Itali. Gregory mengambil peluang ini untuk mengucilkan
Frederick kerana melanggar sumpah perang salibnya, walaupun ini cuma satu
alasan, disebabkan Frederick cuba mengukuhkan kuasa selama beberapa tahun
di Itali sehingga menjejaskan pihak Paus.

Gregory menyatakan bahawa alasan bagi pengucilan tersebut ialah keengganan


Frederick untuk keluar berperang dalam Perang Salib Kelima. Bagi Gregory,
perang salib tersebut cuma satu alasan yang berguna untuk mengucilkan
maharaja tersebut. Frederick cuba berunding dengan paus tersebut, namun
akhirnya dia mengambil keputusan untuk tidak mengendahkannya, dan belayar
ke Syria pada tahun 1228 di sebalik pengucilan tersebut lalu tiba di Acre dalam
bulan September.

Perang Salib

Frederick tidak terus menuju ke Tanah Suci, sebaliknya dia mula-mula sekali
belayar ke Cyprus yang merupakan jajahan empayarnya sejak penawanannya
oleh Richard si Hati Singa dalam perjalanan ke Acre semasa Perang Salib
Ketiga. Maharaja tersebut tiba dengan niat yang jelas untuk mengukuhkan
kuasanya ke atas kerajaan tersebut, namun dia dilayan dengan mesra oleh
pembesar-pembesar tempatan sehinggalah satu perbalahan tercetus antaranya
dengan anggota keluarga Baili Cyprus, John dari Ibelin. Frederick mendakwa
bahawa keregenannya adalah tidak sah dan menuntut penyerahan jajahan John
di tanah besar, Beirut kepada pemerintah empayar. Bagaimana pun, di sini dia
telah membuat satu kesilapan, disebabkan John menegaskan bahawa kerajaan
Cyprus dan Jerusalem menurut perlembagaan adalah berasingan dan dia tidak
boleh dihukum atas kesalahannya di Cyprus dengan perampasan Beirut.
Peristiwa ini mempunyai akibat yang penting terhadap perang salib tersebut
apabila ia mengalihkan puak Ibelin yang berkuasa itu lalu menyebabkan mereka
menentang maharaja tersebut.

Sebagai ibu kota Kerajaan Jerusalem pada nama dan kerusi Kepatriarchan
Latin, Acre berpecah dalam sokongan terhadap Frederick. Tentera Frederick dan
Kesatria Teutonik menyokongnya, namun Patriarch Gerald dari Lausanne
menyebelahi pihak Paus yang bermusuhan dengannya. Apabila berita
pengucilan Frederic tersebar, sokongan umum terhadapnya merosot dengan

2 Present by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
INFORMATION of ELAKSAMANA

mendadak. Kedudukan Kesatria Hospital dan Kesatria Kuil adalah lebih rumit;
walaupun mereka enggan menyertai pasukan tentera maharaja tersebut secara
langsung, mereka menyokong perang salib tersebut apabila Frederick bersetuju
untuk membuang namanya daripada perintah-perintah rasmi. Pada mulanya
para pembesar tempatan dengan ghairah menyambut Frederick, tetapi mereka
berwaspada terhadap sejarah pemusatan maharaja tersebut dan keinginannya
untuk berkuasa. Ini disebabkan sebahagian besar oleh layanan Frederick
terhadap John dari Ibelin di Cyprus, dan penghinaannya yang nyata terhadap
urusan perlembagaan para pembesar tersebut.

Meskipun berada bersama-sama dengan pasukan-pasukan kesatria tersebut di


atas kapal, pasukan tentera Frederick hanyalah bayang-bayang pasukan tentera
tersebut semata-mata yang dikumpulkan apabila perang salib itu dilancarkan
pada asalnya. Dia sedar bahawa satu-satunya harapan yang tinggal untuk
mencapai kejayaan di Tanah Suci ialah rundingan penyerahan Jerusalem
disebabkan dia kekurangan tenaga manusia untuk bertempur dengan empayar
Bani Ayyubiyah dalam medan pertempuran. Frederick berharap agar satu tanda
kekuatan angkatan bersenjata, satu ancaman kemaraan ke pantai cukup untuk
menyakinkan al-Kamil, sultan Mesir supaya menghormati perjanjian yang
disyorkan yang telah dirundingkan beberapa tahun dahulunyasebelum
kemangkatan al-Muazzam, gabenor Damsyik. Sultan Mesir itu yang sibuk
dengan pembanterasan angkatan-angkatan bersenjata di Syria, bersetuju untuk
menyerahkan Baitul Maqdis kepada orang Frank beserta dengan koridor sempit
ke pantai.

Di samping itu, Frederick menerima Nazareth, Sidon, Jaffa dan Bethlehem.


Ketuanan-ketuanan yang lain mungkin kembali ke dalam penguasaan orang
Kristian, namun ada sumber yang tidak bersetuju. Ini bagaimana pun adalah
perjanjian tolak ansur. Orang Islam masih tetap menguasai kawasan Al Haram Al
Sharif di Baitul Maqdis, Masjid al-Aqsa dan Qubbat As-Sakhrah. Kota-kota di
Transjordan kekal dalam tangan Bani Ayyubiyah, dan sumber-sumber Arab
menyebutkan bahawa Frederick tidak dibenarkan membaikpulih kubu
pertahanan Baitul Maqdis. Perjanjian itu yang disempurnakan pada 18 Februari
1229 melindungi kedamaian sementara selama 10 tahun.

Frederick memasuki Baitul Maqdis pada 17 Mac 1229, dan menghadiri majlis
kemahkotaan pada hari berikutnya. Tidak diketahui samada dia menginginkan ini
ditafsirkan sebagai pemahkotaan rasminya sebagai Raja Baitul Maqdis; walau
apa sekalipun ketidakhadiran patriarch Gerald menyebabkan ia tidak sah. Wujud
bukti yang menunjukkan bahawa mahkota yang dipakai Frederick sebenarnya
adalah mahkota diraja, tetapi apa sekalipun tindakan mengisytiharkan
ketuanannya ke atas Baitul Maqdis adalah satu perkara yang bersifat provokatif.
Dari segi undang-undang, dia sebenarnya hanyalah pemangku bagi anaknya
Conrad II dari Jerusalem, satu-satunya anak Yolande dan cucu Maria dari
Montferrat dan John dari Brienne yang dilahirkan sejurus sebelum pemergian
Frederick pada tahun 1228.

3 Present by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
INFORMATION of ELAKSAMANA

Warisan

Kerana mempunyai hal-hal yang perlu diuruskan di tanah air sendiri, Frederick
meninggalkan Baitul Maqdis pada bulan Mei. Walaupun dia gagal membuatkan
Paus menarik balik pengucilan, namun kini Frederick telah menunjukkan bahawa
satu-satu perang salib mampu berjaya sekali pun tanpa kelebihan dari segi
ketenteraan mahu pun sokongan pihak Paus. Perdamaian sementara itu yang
tidak diterima pada mulanya berakhir pada 1239; Baitul Maqdis diambilalih oleh
orang Turki Khwarezm dalam satu pengepungan pada tahun 1244.

Frederick telah mewujudkan duluan dalam mencapai kejayaan perang salib


tanpa penglibatan pihak Paus. Perang-perang salib selanjutnya dilancarkan oleh
raja-raja perseorangan seperti Louis IX dari Perancis (Perang Salib Ketujuh dan
Perang Salib Kelapan) dan Edward I dari England (Perang Salib Kesembilan)
yang sebenarnya menunjukkan penghakisan kekuasaan pihak Paus.

4 Present by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009

Anda mungkin juga menyukai