Anda di halaman 1dari 5

INFORMATION of ELAKSAMANA

PERANG SALIB KELIMA


Perang Salib Kelima

Tentera Salib Frisia berhadapan dengan Menara Damietta, Mesir.


Tarikh 1217 - 1221
Tempat Mesir
Perjanjian damai selama lapan tahun antara Kerajaan Ayyubiah
Hasil
dengan Eropah
Perubahan
Damietta jatuh ke tangan Tentera Salib
wilayah
Pihak bersengketa
Tentera Salib

• Empayar Latin di
Constantinople
o Jerusalem
• Kerajaan Cyprus
• Kesultanan Seljuk Rûm
• Empayar Suci Rom
• Archduchy dari
Austria
• Kesatria Templar
• Kesatria Teutonik
• Kesatria Hospitaller Mesir

• Kerajaan Hungary • Dinasti Ayyubiah


o Croatia
o Fail:Coat of
Arms Zara.jpg
Dalmatia
o Halych
• Kaunti Holland
o Cologne
o Flanders
o Frisia

• Kerajaan Perancis

1 Present by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Preented 2009
INFORMATION of ELAKSAMANA

Komander
John dari Brienne
Bohemond IV
Hugh I
Kaykaus I
Frederick II
Leopold VI
Pedro de Montaigu Al-Kamil
Hermann von Salza
Guérin de Montaigu

Fail:Coat of Arms Zara.jpg


Andrew II
William I
Phillip II
Kekuatan
32,000 orang Tidak diketahui
Korban dan kehilangan
Tidak diketahui Tidak diketahui

Perang Salib Kelima (1217–1221) merupakan satu cubaan untuk merampas


kembali Baitulmuqaddis dan kawasan Tanah Suci selebihnya yang berada di
tangan orang Islam dengan langkah pertama menakluki Dinasti Ayyubiah yang
kuat di Mesir.

Paus Honorius III telah menyusun pasukan-pasukan tentera salib yang diketuai
Leopold VI dari Austria dan Andrew II dari Hungary, dan mengatur satu serbuan
terhadap Baitulmuqaddis yang pada kesudahannya berada dalam tangan orang
Islam. Kemudian pada tahun 1218, sepasukan tentera Jerman yang diketuai
Oliver dari Cologne dan satu ketumbukan tentera campuran yang terdiri daripada
askar-askar Belanda, Belanda Belgium dan Belanda Jerman yang diketuai oleh
William I, Count Holland tiba. Dalam usaha menyerang Damietta di Mesir,
mereka bersekutu dengan Kesultanan Seljuk Rûm di Anatolia yang telah
menyerang kerajaan Ayyubiah di Syria dalam satu cubaan untuk membebaskan
Tentera Salib daripada pertarungan di dua barisan hadapan.

Selepas menduduki pelabuhan Damietta, Tentera Salib mara ke selatan menuju


ke Kaherah pada Julai 1221, tetapi mereka berpatah balik selepas bekalan
mereka yang semakin susut memaksa mereka berundur. Satu serangan
mengejut pada waktu malam telah mengakibatkan kehilangan sejumlah besar
nyawa tentera salib dan akhirnya penyerahan diri tentera-tentera tersebut. Al-
Kamil bersetuju untuk mencapai perjanjian damai selama lapan tahun dengan
Eropah.

Seruan kepada Perang Salib

2 Present by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Preented 2009
INFORMATION of ELAKSAMANA

Pada musim bunga tahun 1213, Paus Innocent III telah mengeluarkan piagam
kepausan Quia maior, yang menyeru semua umat Kristian untuk menyertai satu
Perang Salib yang baru. Walau bagaimanapun, raja-raja Eropah leka dengan
perperangan sesama sendiri. Pada masa yang sama, Paus Innocent III tidak
inginkan bantuan mereka, kerana satu perang salib terdahulu yang diketuai raja-
raja telah gagal pada masa yang lalu. Dia mengarahkan perarakan, sembahyang
dan khutbah diadakan untuk membantu dalam menyusun perang salib tersebut
dengan membabitkan orang awam, bangsawan kelas bawahan dan kesatria.

Perancis

Risalah perang salib tersebut telah disampaikan di Perancis oleh Robert dari
Courçon; walau bagaimanapun, tidak seperti Perang-perang Salib yang lain,
tidak ramai kesatria Perancis yang menyertainya disebabkan mereka sudah pun
berperang menentang mazhab sesat Kathar di selatan Perancis dalam Perang
Salib Albigensian.

Pada tahun 1215, Innocent III telah menganjurkan Persidangan Lateran


Keempat. Dalam persidangan ini, bersama-sama dengan Latin Patriarch dari
Jerusalem, Raoul dari Merencourt, dia membincangkan penawanan kembali
Tanah Suci di samping hal-hal gereja yang lain. Innocent mahu perang salib ini
berada dalam kawalan penuh pihak Pope sebagaimana yang sepatutnya berlaku
pada Perang Salib Pertama, untuk mengelakkan kesilapan-kesilapan Perang
Salib Keempat yang diambilalih oleh orang-orang Venice. Innocent merancang
bagi tentera salib untuk bertemu di Brindisi pada tahun 1216, dan melarang
perdagangan dengan orang Islam untuk memastikan bahawa tentera-tentera
salib dapat memiliki kapal-kapal dan senjata. Setiap tentera salib akan menerima
surat pengampunan dosa, termasuklah mereka yang hanya membantu
membiayai perbelanjaan seorang tentera salib tetapi mereka sendiri tidak pergi
menyertai perang salib tersebut.

Jerman dan Hungary

Oliver dari Cologne telah berkhutbah mengenai perang salib tersebut di Jerman,
dan Maharaja Frederick II cuba menyertainya pada tahun 1215. Frederick
merupakan penguasa terakhir yang dikehendaki Innocent untuk menyertai
perang salib tersebut disebabkan dia pernah mencabar kewibawaan pihak Pope.
Bagaimana pun, Innocent meninggal dunia pada tahun 1216. Dia digantikan oleh
Paus Honorius III yang menghalang Frederick daripada mengambil bahagian
dalam perang salib tersebut, namun telah menyusun pasukan-pasukan tentera
salib yang diketuai Raja Andrew II dari Hungary dan Duke Leopold VI dari
Austria. Andrew mempunyai pasukan tentera diraja yang terbesar dalam sejarah
perang salib (20,000 orang kesatria dan 12,000 buah garison kota).

Kempen ketenteraan

3 Present by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Preented 2009
INFORMATION of ELAKSAMANA

Baitul Maqdis

Andrew dan pasukan tenteranya belayar pada 23 Ogos 1217 di Spalato. Mereka
mendarat pada 9 Oktober di Cyprus. Dari situ mereka belayar ke Acre dan
menyertai John dari Brienne, pemerintah Kerajaan Jerusalem, Hugh I dari
Cyprus, dan Putera Bohemund IV dari Antioch untuk menentang Dinasti
Ayyubiyah di Syria.

Di Baitul Maqdis, tembok-tembok dan kubu-kubu telah dimusnahkan supaya


orang Kristian tidak dapat menggunakannya untuk mempertahankan bandar
tersebut sekiranya mereka dapat mengambil alih bandar tersebut. Orang Islam
lari meninggalkan bandar tersebut kerana bimbang akan berulang kembali
penumpahan darah semasa Perang Salib Pertama pada tahun 1099.

Pasukan tentera Andrew yang lengkap berkuda telah menewaskan Sultan Al-Adil
I di Bethsaida di atas Sungai Jordan pada 10 November. Pasukan tentera orang
Islam berundur ke benteng-benteng pertahanan dan bandar-bandar mereka. Ali-
ali dan manjanik tidak sampai pada waktunya, jadi serangannya ke atas kubu-
kubu di Lubnan dan di atas Gunung Tabor tidak membuahkan hasil. Sesudah itu,
Andrew menghabiskan masanya dengan mengumpulkan barang-barang yang
didakwa sebagai relik.

Andrew dan pasukan tenteranya bertolak ke Hungary pada Februari 1218, dan
Bohemund serta Hugh juga pulang ke negara masing-masing.

Perikatan dengan Kesultanan Rum

Kemudian pada tahun 1218 Oliver dari Cologne tiba dengan satu pasukan
tentera Jerman yang baru dan Count Belanda William I tiba dengan satu
ketumbukan tentera campuran yang terdiri daripada askar-askar Belanda,
Flemish dan Frisia. Mereka berbincang dengan Leopold dan John mengenai
serangan ke atas Damietta di Mesir. Untuk mencapai matlamat ini, mereka
bersekutu dengan Keykavus I, Sultan Rûm yang berbangsa Seljuk di Anatolia
yang telah menyerang kerajaan Ayyubiyah di Syria sebagai satu cubaan untuk
membebaskan Tentera Salib daripada berperang di dua barisan depan.

Mesir

Pada bulan Jun tahun 1218, tentera salib memulakan Pengepungan Damietta
dan di sebalik tentangan daripada Sultan Al-Adil yang tidak bersedia itu, menara
yang terletak di luar bandar tersebut telah ditawan mereka pada 25 Ogos.
Mereka tidak berjaya menawan Damietta itu sendiri, dan dalam bulan-bulan
berikutnya wabak penyakit telah meragut banyak nyawa tentera salib
termasuklah Robert dari Courcon. Al-Adil juga mangkat dan digantikan oleh Al-
Kamil. Sementara itu, Honorius III menghantar Pelagius dari Albano untuk
memimpin perang salib tersebut pada tahun 1219. Al-Kamil cuba merundingkan

4 Present by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Preented 2009
INFORMATION of ELAKSAMANA

perdamaian dengan tentera salib. Beliau menawarkan Damietta sebagai ganti


Baitul Maqdis, namun Pelagius menolak tawaran tersebut. Setelah mendengar
tentang perkara ini, Count William I dari Belanda meninggalkan perang salib itu
dan belayar pulang ke negara asal. Pada bulan Ogos atau September, Francis
dari Assisi tiba di kem tentera salib dan menyeberang untuk berkhutbah kepada
al-Kamil. Pada November, tentera salib berjaya melemahkan pasukan tentera
sultan dan akhirnya berjaya menakluki bandar pelabuhan tersebut.

Dalam sekelip mata, pihak-pihak berkuasa Pope dan sekular berebut untuk
menguasai bandar tersebut, dengan John dari Brienne mendakwa bandar
tersebut adalah miliknya dalam tahun 1220. Pelagius tidak dapat menerima
dakwaan ini dan John kemudiannya pulang ke Acre pada tahun tersebut.
Pelagius berharap agar Frederick II dapat tiba dengan satu pasukan tentera
baru, tetapi dia tidak berbuat demikian; sebaliknya, selepas setahun tidak aktif di
Syria dan Mesir, John of Brienne kembali dan tentera salib mara ke selatan ke
arah Kaherah pada bulan Julai 1221.

Pada ketika ini, al-Kamil sudah mampu bersekutu dengan kerajaan-kerajaan


Ayyubiah di Syria yang telah menewaskan Keykavus I. Tentera salib yang
sedang mara ke Kaherah dilanda bencana; Sungai Nil telah banjir terlebih dahulu
daripada mereka lalu menghalang kemaraan tentera salib. Sebatang terusan
kering yang sebelumnya dilalui tentera salib juga dipenuhi air justeru menyekat
mereka daripada berundur. Dalam keadaan bekalan yang semakin susut,
mereka terpaksa mula berundur, berkesudahan dengan serangan kilat pada
waktu malam oleh al-Kamil yang mengakibatkan kehilangan sejumlah besar
nyawa tentera salib dan akhirnya penyerahan diri pasukan tentera tersebut di
bawah Pelagius.

Kesudahan

Syarat-syarat penyerahan diri ini menyaksikan pelepasan Damietta kepada al-


Kamil sebagai tukaran pada pembebasan tentera salib. Al-Kamil bersetuju
dengan perjanjian perdamaian dengan Eropah dan pemulangan secebis salib
sebenar.

Kegagalan Perang Salib ini telah menyebabkan limpahan sentimen anti-Paus


dari pemuisi Occitan, Guilhem Figueira. Gormonda de Monpeslier yang lebih
ortodoks menjawab D'un sirventes far Figueira dengan satu lagunya sendiri,
Greu m'es a durar. Dia tidak menyalahkan Pelagius atau pihak Pope, sebaliknya
menyalahkan "kebodohan" orang yang jahat.

5 Present by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Preented 2009