Anda di halaman 1dari 2

INFORMATION of ELAKSAMANA

PERANG SALIB KESEMBILAN


Perang Salib Kesembilan

Operasi semasa Perang Salib Kesembilan.


Tarikh 1271-1272
Tempat Timur Dekat
Kemenangan mutlak orang Islam Mamluk.
Berakhirnya Perang Salib di Timur Tengah.
Hasil
Permulaan bagi pengakhiran negeri-negeri Tentera Salib di wlayah
Syam.
Perubahan
Mamluk menguasai Tanah Suci.
wilayah
Pihak bersengketa
Tentera Salib dan orang
Mongol

• Anjou
• Kerajaan Cyprus
o Jerusalem Mamluk
• Kerajaan Antioch
o Tripoli • orang Bahri
• Kerajaan England
• Fail:Il-Khanate Flag.svg
Ilkhan

o Armenia
Komander
Charles I Baibars
Hugh III of Cyprus
Prince Edward
Bohemond VI

1 Present by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
INFORMATION of ELAKSAMANA

Fail:Il-Khanate Flag.svg Abaqa


Khan
Leo II
Kekuatan
60,000 Tidak diketahui
Korban dan kehilangan
Besar Kecil

Perang Salib Kesembilan yang kadang kala dikumpulkan dengan Perang Salib
Kelapan, ialah biasanya dianggap Perang Salib Zaman Pertengahan utama
terakhir ke atas Tanah Suci. Perang salib ini berlangsung pada 1271-1272.

Kegagalan Louis IX dari Perancis untuk menawan Tunis dalam Perang Salib
Kelapan telah mendorong Putera Edward dari England belayar ke Acre dalam
apa yang dikenali sebagai Perang Salib Kesembilan. Perang Salib Kesembilan
gagal sebahagian besarnya disebabkan semangat perang salib yang hampir
"pupus"[2] dan disebabkan peningkatan kuasa Mamluk di Mesir.[3] Ia juga
dibayangi benteng-benteng tentera salib terakhir yang masih tersisa di
sepanjang pantai Mediterranean yang berada di ambang keruntuhan.

Prolog

Selepas kejayaan Mamluk ke atas tentera Mongol pada tahun 1260 dalam
Pertempuran Ain Jalut oleh Qutuz dan panglimanya Baibars, Qutuz telah
dibunuh, lalu meninggalkan Baibars untuk menuntut kesultanan bagi dirinya
sendiri. Sebagai sultan, Baibars meneruskan serangan ke atas tentera salib di
Arsuf, Athlith, Haifa, Safad, Jaffa, Ascalon, dan Caesarea. Ketika kota-kota
pertahanan tentera salib jatuh satu demi satu, orang Kristian meminta bantuan
daripada Eropah, tetapi bantuan datang lambat.

Pada tahun 1268, Baibars menawan Antioch, dan dengan itu memusnahkan
saki-baki terakhir Kerajaan Antioch, lalu menjamin perbatasan utara Mamluk dan
mengancam wilayah kecil tentera Salib, Kerajaan Tripoli.

Louis IX dari Perancis yang sudah pun menyusun satu ketumbukan tentera salib
yang besar dengan niat menyerang Mesir, sebaliknya beralih kepada Tunis,
tempat Louis sendiri meninggal dunia pada tahun 1270. Putera Edward dari
England tiba di Tunis agak lewat untuk membantu saki-baki tentera salib di
Tunis. Sebaliknya dia meneruskan perjalanan ke Tanah Suci untuk membantu
Bohemund VI, penguasa Antioch dan Tripoli menentang ancaman Mamluk
terhadap Tripoli dan saki-baki Kerajaan Jerusalem.

2 Present by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009