Anda di halaman 1dari 1

INFORMATION of ELAKSAMANA

PENGISTIHARAN JIHAD DALAM UNDANG-UNDANG

Kuala Lumpur-Hari ini (12 Julai) hari yang cukup bersejarah dalam dunia kepeguaman negara
apabila kes Lina Joy menjadi pencetus gagasan peguam Muslim Malaysia bangkit melancarkan
'jihad undang-undang' demi mempertahankan Aqidah dan kedaulatan Islam yang termaktub
dalam perlembagaan Malaysia. Seluruh dewan mesyuarat Mahkamah Syariah 'tegang dan
panas' apabila disimbah benzen semangat Islam yang meluap-luapkan api perjuangan semua
hadirin yang terdiri daripada peguam, pensyarah universiti dan juga pelajar undang-undang untuk
bertindak agresif mempertahankan undang-undang Islam dan kedaulatannya.

Dalam kes Lina Joy (kini beusia 43 tahun) telah memohon kepada pihak mahkamah untuk
memadamkan kalimah ISLAM dalam kad pengenalannya. Dalam permohonan tersebut,
Mahkamah tinggi memutuskan bahawa tindakan ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara
untuk menghalang usaha menukar agama adalah benar. Bagaimanapun, Sri Ram salah seorang
hakim mahkamah Tinggi menolak keputusan tersebut dan bersedia untuk mengubah keputusan
tersebut. Sekiranya keputusan tersebut berubah maka ia akan memberikan ruang yang seluas-
luasnya kepada rakyat untuk memilih agama mereka. Inilah suatu bahaya kepada Aqidah umat di
Malaysia.

Peguam Pembela Islam atau PPI berjaya ditubuhkan dengan dipandu oleh Sdr Zainur
Zakaria, dibantu oleh 13 anggota sekretariat badan bertindak antaranya Puan Kamar Ainiah, sdr
Rosidi, Sdr Zainur Rejal, Sdr Radzi, temasuk Zulkifli Nordin dan beberapa senior lawyer yang
'very high profile' dalam persada kepeguaman. Asas perjuangan badan bertindak ini adalah
mempertahankan kedaulatan Islam setelah 'kacau-bilau' yang dicetuskan oleh beberapa gerakan
(yang mempunyai agenda mengenepikan Islam) untuk 'mengganggu' peruntukan yang telah
termaktub dalam perlembagaan.

Manakala ACCIN dianggotai ABIM, JIM dan lain-lain akan membantu menyelaraskan usaha
menyampaikan maklumat dan kesedaran kepada masyarakat Malaysia terutama berhubung soal
Aqidah dan kedaulatan Islam yang diperuntukan dalam perundangan negara. Media juga akan
digempur habis-habisan dalam memimpin pandangan umum terhadap isu 'kebebasan beragama'
yang amat kritikal dan membimbangkan mutakhir ini.

Teman dan rakan-rakan melihat segenap penjuru dewan tersebut dengan pandangan yang
sangat terharu melihatkan obor ISLAM kian bersemarak dan menjangkakan ia pasti dan pasti
akan terus bersemarak. Kebangkitan seumpama ini sangat membanggakan. Setelah sekian lama
peruntukan undang-undang ISLAM yang makin diperkecil dan diperlekehkan, Allah telah
menyatukan seluruh peguam Muslim dan mereka yang berjuang dalam arena perundangan
untuk bangkit mempertahankan kalimah ALLAH dalam jihad undang-undang. Marilah kita
kembali bersatu seumpama kesatuan umat dalm mempertaankan Aidah Natrah suatu ketika
dulu. Semua rakyat dan pemimpim bangkit mempetahankan Islam demi seorang wanita yang
ingin dikafirkan semula oleh sistem perundangan Kuffar.

Sebagai umat Islam kita akan terus berusaha mempertahankan Aqidah rakyat dan
membimbing rakyat untuk menghayati Islam yang Syumul. Semoga kita diberikan kekuatan untuk
terus berjuang mempertahankan Islam yang kian dicabar oleh musuh Islam diserata dunia, dari
segala sudut , dari segala dimensi. Doakan kejayaan kepada para pejuang Islam dalam semua
lapangan supaya mereka sentiasa diberikan Hidayah, kekuatan dan kemenangan. Teruskan
jihad ini kerana inilah Jihad kita pada hari ini. Masanya telah tiba.

PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2006