Anda di halaman 1dari 3

KERTAS CADANGAN PENUBUHAN

PEMBIMBING RAKAN SEBAYA


SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGEI WAY
PETALING JAYA, SELANGOR

1.0 PENDAHULUAN

Khidmat murid bantu murid merupakan satu khidmat sokongan yang penting dalam
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Oleh sebab murid adalah lebih mudah
ditemui dan dijangka lebih memahami curahan perasaan rakan, maka mereka lebih mudah
dirapati. Golongan murid yang terlatih dalam kemahiran asas menolong sangat penting
untuk menguatkan lagi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
2.0 MATLAMAT

Membina satu kumpulan murid SK Sungei Way yang mempunyai kemahiran asas untuk
membantu dan membimbing serta menjadi kumpulan rakan sebaya yang positif.

3.0 OBJEKTIF

3.1

Memahami dan menguasai kemahiran asas komunikasi dan berupaya


mempraktikkannya dengan rakan-rakan, guru, keluarga, dan orang lain.

3.2

Memahami dan menguasai teknik-teknik asas dalam kemahiran kaunseling


supaya mereka dapat berfungsi sebagai PRS yang peka kepada perasaan
rakan.

3.3

Mendapat pengetahuan dan berupaya memahami dan menilai kelebihan dan


kelemahan diri.

3.4

Membina strategi bagaimana meningkatkan kelebihan diri dan mengurangkan


kelemahan diri supaya dapat membina sikap positif.

3.5

Memahami sifat-sifat remaja dan aspirasi mereka dan dapat membantu diri
dan rakan-rakan untuk membina matlamat hidup yang positif.

3.6

Membina daya dorongan untuk membina budaya saling membantu, hormat,


dan kasih mesra antara rakan-rakan dan masyarakat sekolah.

4.1 KUMPULAN SASAR

4.1 Murid yang berminat


4.2 Kumpulan Perintis

- Tahun 3, 4, dan 5

seramai 20 orang murid lelaki dan

perempuan di bawah kelolaan seorang jurulatih / guru pembimbing.

5.0 INPUT KURSUS

Merujuk kepada Modul Panduan Pelaksanaan Program Mentor Mentee, Unit Hal Ehwal
Murid, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia.

6.0 JANGKA MASA KURSUS

Masa tidak kurang daripada 15 jam


( Satu sesi 2 jam x 1 kali seminggu )
7.0 SUMBER KEWANGAN

7.1 PCG Bimbingan dan Kaunseling


7.2 Sumbangan murid yang dilantik sebagai PRS
7.3 Derma PIBG
7.4 Derma masyarakat

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bagi tahun ini, kursus melatih kumpulan PRS adakan diadakan pada peringkat dalaman
sahaja iaitu dikendalikan oleh Guru Kaunseling dengan menjalankan aktiviti-aktiviti asas
dalam bidang Perkembangan Diri dan Kemahiran Asas Komunikasi. Oleh yang
demikian, hanya keperluan untuk membeli peralatan tulis sahaja yang diperlukan:
Kertas Sebak

= 10 x 50 sen

= RM 5.00

Kad manila

= 10 x 60 sen

= RM 6.00

Kertas warna

= 5 x 80 sen

= RM 4.00

Pen Marker ( Merah, Hitam, Biru ) =6 x RM 2.50 = RM 15.00


Jumlah

= RM 30.00

9.0 PEMILIHAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA ( PRS )


9.1 Pemilihan calon PRS berdasarkan Lampiran 1

10.0

CARTA ALIRAN PELAKSANAAN PRS


10.1 Carta aliran pelaksanaan PRS berdasarkan Lampiran 2

11.0

PENUTUP
Kemenjadian murid dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah
menjadi fokus utama perkhidmatan. Kewujudan PRS di sekolah banyak membantu
guru bimbingan dan kaunseling mengenal pasti permasalahan murid melalui
maklumat yang disampaikan disamping anggota PRS itu terlibat dalam membantu
rakan mereka. Guru bimbingan kaunseling akan sentiasa memberi latihan kepada
anggota PRS agar mereka dapat menguasai kemahiran asas bimbingan dan
kaunseling.

Disediakan oleh,

(MOHD ASAHAR BIN HAMIDON @ HAMDON)


Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa
SK Sungei Way